Rabu, 12 Oktober 2011

Ditekan Dan Terus Ditekan, Presiden PMIUM Resah


Muhammad Safwan
Universiti Malaya, 12 Okt : Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Muhammad Safwan Anang@Talib diberitakan dalam keadaan tidak menentu dan resah berikutan tekanan demi tekanan dihadapkan kepada kepimpinan PMIUM saban waktu.

Pro-M Nasional : Internet ‘Slow’ Ada Kaitan PRU-13

Mohd Taufiq
Kuala Lumpur, 12 Okt : Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung isu masalah kelembapan internet di beberapa buah universiti besar negara.
Menurutnya yang juga siswa Tahun Tiga Universiti Malaya, situasi itu kemungkinan besar ada kaitan dengan ‘mood’ Pilihanraya Umum ke-13 yang dikatakan bakal berlangsung tidak lama lagi.
Pilihanraya Umum ke-13 sehingga kini diberitakan bakal diadakan sama ada 11/11/11 atau bulan Mac tahun hadapan.

Rakyat Selangor Perlu Bijak Berpolitik

Oleh USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengaucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada seluruh pengundi-pengundi rakyat Negeri Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor menggantikan Barisan Nasional yang zalim dan penuh korupsi kerana telah menjadi "ANAK EMAS" Kerajaan Pusat.

Hanya setelah Barisan Nasional mengalami kekalahan di Selangor barulah rakyat Selangor merasai kehadiran YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini ke negeri Selangor untuk bertemu dengan mereka dan mendapat imbuhan serta peruntukan segera secara mudah.

DS Najib Tun Razak menyalah guna kuasa pesawat kerajaan Malaysia untuk urusan peribadi.



Lagi salah guna kuasa? Najib disahkan guna pesawat kerajaan

Pejabat Perdana Menteri Najib Razak telah mengesahkan beliau pergi ke “lawatan peribadi” ke Perth, Australia pada 31 Ogos, hari di mana rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan daripada jajahan British pada tahun 1957.
PM dan keluarganya pergi bercuti tanpa memberitahu negara, yang melanggar protocol, dan lebih teruk lagi, diketahui bahawa Najib dan tetamu-tetamunya pergi dengan menggunakan pesawat kerajaan yang disediakan untuk urusan-urusan rasmi.

TEGANG, Cubaan Umno HALAU Lim Guan Eng Di SEGAMAT

SMS dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sekijang:

" As Salam.. hari ini (Rabu) di bawah nama Anak Johor Tolak Penderhaka, provokasi bantahan di pdg sekolah Li Chi depan Upwell pukul 6 ptg. Saudara2 ketua pemuda dipelawa membawa seberapa ramai pemuda cwgn masing2 utk bersama2 brhimpun demi maruah negeri Johor yg di perlekehkan oleh Lim Guan Eng ini. Jgn kita biarkan Cina bangsat ini brcakap sesuka hati dan jgn biarkan dia sewenang2nya memijak bumi sgmt johor ini.."

Dan petang tadi berlaku suasana tegang di Segamat provokasi-provokasi dari ahli-ahli Umno yang mengganggu program DAP di sana. Kekecohan mula tercetus antara para wakil-wakil Umno dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar apabila pendemo mula memasuki perkarangan lokasi ceramah.

Faekah dakwa Satim cuba laga MB dan istana

NONEKenyataan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), menunjukkan Umno sudah tiada isu lain hendak diketengahkan, dakwa setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Menurutnya, menteri besar tidak pernah menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti yang digembur-gemburkan pemimpin Umno.

Sebaliknya, Faekah (kanan) mendakwa, ia sengaja dicetuskan untuk membangkitkan keresahan umat Islam.

Cari dana bola sepak daripada GLC

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) menyarankan kerajaan mencari dana daripada syarikat GLC untuk mengatasi masalah kekurangan dana bola sepak.
"Hari ini bola sepak negeri dan kelab menanggung kos begitu tinggi kalau nak dibandingkan pencapaian bola sepak tempatan, contohnya Liga Super hanya dapat RM500 ribu sedangkan kos yang ditanggung RM4 juta hingga RM5 juta menyebabkan pihak swasta tak berminat buat pelaburan dalam bola sepak tempatan.
"Kita minta FAM boleh cari dana khas seperti daripada GLC untuk beri penajaan utama," katanya yang juga AJK Pemuda PAS Pusat.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan cadangan ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamad Zahrain Hashim agar kerajaan menggunakan cukai rokok dan arak untuk membiayai sukan bola sepak sebagai cadangan terkebelakang.

Hudud: PAS, DAP ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’


KUALA LUMPUR, 12 Okt – PAS dan DAP telah mengambil pendirian “bersetuju untuk tidak bersetuju” berhubung isu hukum hudud, sekali gus membawa usaha mengakhiri kontroversi yang berpanjangan membabitkan kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (picture) berkata keputusan itu dicapai pada satu pertemuan yang diadakan membabitkan kepimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat parti itu di sini Isnin lalu.
Lim berkata pada pertemuan itu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah mengulangi rangka kerja dasar bersama 2009, Buku Jingga dan juga kenyataan bersama 28 September lalu di mana hudud tidak disebutkan sebagai agenda bersama.
“Pertemuan itu memutuskan bahawa kedua-dua DAP dan PAS telah bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang hudud,” katanya.

Video : Penyebaran Agama Kristian Kepada Orang Islam Semakin Terbuka

Video : Selangor Survey

Video : Special joint task force to pressure realignment of MRT

Video-Tian Chua: Kita Tak Akan Kompromi Dalam Hak Untuk Mempertahankan Hak Orang Melayu

Video : Al-Qaida Chief Issues New Video

Video :Containers Falling From Ship Grounded Off NZ

Video : NTC fighters seize Sirte police HQ

Grand Saga’s toll contract extended

The controversial concessionaire gets until 2027 to collect toll on the Cheras-Kajang Expressway.
KUALA LUMPUR: The government has extended its contract with controversial tolled road concessionaire Grand Saga Sdn Bhd until September 2027, adding three years to the original contract.
This was revealed in a written reply by the Works Ministry to Cheras MP Tan Kok Wai.
Grand Saga, which has the concession for the Cheras-Kajang Expressway, gained notoriety in 2008 when it had a standoff with residents of Bandar Mahkota Cheras (BMC) over a barricade it had built to force them to go through its toll gate.
A road linking BMC to the highway had been completed in 2006 and allowed the residents to bypass the toll gate. Grand Saga constructed a concrete barricade three feet high to prevent this (photo, below).

Belum selesai buat Guan Eng: UMNO Johor mahukan darah

Belum selesai buat Guan Eng: UMNO Johor mahukan darahKisah UMNO Johor vs Lim Guan Eng masih belum selesai, jika mengikut kehendak NGO UMNO.
Naib Pengerusi Gerakan Aktivis Pengguna Johor (Penaja), Mohd Kassim Yusoff, berkata permohonan maaf Guan Eng tidak mencukupi.
Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu harus mengambil tanggungjawab terhadap tindakannya dan tidak menyalahkan pihak lain termasuklah pihak media kerana memutarbelitkan kenyataannya, di mana Guan Eng didakwa berkata Johor tidak ‘selamat’.
“Guan Eng ada meminta maaf melaui sebuah portal. Kami berharap beliau akan memohon maaf secara terbuka termasuklah mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membuktikan keikhlasannya,” lapor Utusan tentang kenyataan Mohd Kassim.

BN akan jatuh kerana rasuah endemik

BN akan jatuh kerana rasuah endemikDi dalam sejarah negara kita, tidak pernah rasuah berada pada keadaan yang tidak terkawal seperti selama tiga dekad yang lalu. Rasuah menjadi musuh nombor satu yang akhirnya akan merosakkan negara kita dan kita harus berterima kasih kepada kesempatan yang diberi oleh Barisan Nasional untuk kepandaian yang sangat menonjol ini.
Media menonjolkan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Kepada rejim yang sedia ada, selalunya sindrom penafian yang akan menutup retorik mereka apabila isu rasuah dibangkitkan oleh orang ramai dan ini seterusnya akan disokong dan diputar belit oleh media yang pro-kerajaan. Namun begitu, mari kita lihat kembali beberapa sorotan media yang menarik pada tahun-tahun yang lalu mengenai isu-isu berkaitan rasuah di negara ini.

Video : Liputan Royalti minyak Kelantan-Al-Jazeera

Video : Komen Rakyat, Barang Naik

Video : Jangan Kita Tebuk Bahtera Ini

Video : Polemik Hudud, Hukuman Allah Sangat Ringan

Video : Polemik Hudud, Bersama PR Jatuhkan Kerajaan BN

Mujahid Perlu Dakwah Hu Pang Chiaw Agar Fahami Hudud

PENGERUSI Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Hu Pang Chiaw menafikan yang beliau ada mengeluarkan spekulasi berunsur ugutan Pas kemungkinan akan kehilangan sokongan bukan muslim khasnya yang bergabung dalam DHPP sekiranya masalah hudud tidak dijelaskan tanpa mengambil kira pandangan mereka.
Pang Chiaw kata beliau tidak pernah berkata demikian tetapi tidak juga menjelaskan spekulasi beliau itu merupakan satu kekhalifan media massa atau tidak. Yang jelasnya kenyataan beliau itu menimbulkan kekesalan dan rasa kurang puas hati para penyokong dan ahli Pas.
Kenyataan beliau itu bukan saja dikritik secara diam oleh ahli Pas tetapi DHPP cawanagan Perak juga tidak begitu senang dengan telatah Pang Chiaw itu dan meminta Pang Chiaw menyaman akhbar yang memetik kenyataan itu kalau beliau benar tidak mengeluarkan spekulasi tersebut.

OWC's new sex book: Fight Jews to Have Islamic Sex Returned to the World

OWC's new sex book: Fight Jews to Have Islamic Sex Returned to the WorldThe Obedient Wives Club has returned to titillate Malaysians with its homgrown brand of sexual tips and advice for Muslims and newly-weds. Despite the brickbats  the club has received for urging women to behave like 'whores' in the bedroom, it has defiantly published its own A to Z on sex - the Islamic way.
In its thirst to get attention, the OWC has given the 115-page guide a most provocative title Islamic Sex: Fight Jews to Have Islamic Sex Returned to the World (Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia).
It is not clear how fighting Jews could be relevant in such a personal matter but the book is likey to be a bestseller!
Bestseller

Lelaki maut terjatuh dari kondominium bukan pegawai imigresen ...pulak dah..!!

Lelaki maut terjatuh dari kondominium bukan pegawai imigresenPUTRAJAYA - Jabatan Imigresen, Rabu, menjelaskan bahawa lelaki yang ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Kondominium Magnaville, Selayang, Selasa bukan lagi petugas jabatan itu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata berdasarkan rekod perkhidmatan, mangsa bukan lagi kakitangan di jabatan berkenaan sejak 10 Mei lepas.
"Subjek (mangsa) bukan lagi penjawat awam atau kakitangan di Jabatan Imigresen Malaysia kerana subjek telah diambil tindakan disiplin iaitu buang kerja berkuat kuasa 10 Mei 2011 di atas kesalahan tidak hadir bekerja," kata beliau dalam kenyataan di sini.
Laporan akhbar menyebut seorang pegawai imigresen di Pusat Bandar Damansara di ibu negara, maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Selayang.

Pindaan Akta Perumahan dapatkan hak milik strata

mca new cabinet member 180308 chor chee heungKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meminda Akta Hak Milik Strata 1985 dan Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 bagi melindungi kepentingan pembeli harta.

Menteri berkenaan, Datuk Chor Chee Heung, berkata pindaan akta perumahan sedia ada itu bertujuan mewajibkan pemaju membuat permohonan bagi mendapatkan hak milik strata bangunan dalam tempoh enam bulan selepas surat perjanjian jual beli (SNP) ditandatangani.

"Pindaan itu juga membolehkan sijil terbabit (hak milik strata) dapat diperolehi serentak ketika pembeli rumah menerima semua dokumen pembelian yang berkaitan termasuk sijil layak menduduki (CFO).

Ahmad Said berbelanja boros?

Oleh: Abdullah Ngah

Saya pernah kata antara Ahmad Said dan Idris Jusoh dua kali lima. Demikianlah prihal dua orang tokoh umno Terengganu yang diberi amanah menerajui Negeri minyak yang sinonim dengan negeri kaya rakyat miskin.

Tidak dapat dinafikan lagi, negeri Terengganu adalah sebuah negari yang kaya kerana pendapatan 5 peratus hasil minyak.

Dua tiga minggu ini timbul cerita pasal menteri besar berbelanja boros. Memang diakui boros sungguh, kerana telah meluluskan bajet tambahan pembinaan jalan kampong yang berharga RM200 juta.

Ramai tersenyum, Najib masih tertekan

Oleh Abdullah Ngah
Apabila Datuk seri Mohd Najib Razak berkata, kita tidak meniru cadangan mana mana pihak. Tiada siapa pun menpengaruhi atau mendesak kerajaan ramai yang senyum dan Najib tetap tertekan.

Mereka senyum kerana Najib kata kerajaan tak pernah didesak memansuhkan ISA, sedangkan kebanyakan rakyat di Negara ini menentang bulat bulat akan akta zalim itu.

Memang betul dia tidak tiru cadangan mana mana pihak dan tiada sesiapapun mempengaruhinya. Tapi seingat saya kerajaan BN telah didesak memansuhkan ISA.

Bukan satakat itu saja malahan ada kumpulan rakyat di Negara ini mengadakan demosntrasi besar besaran mendesak kerajaan memansuhkan ISA.

Selepas 4 tahun, mengapa penghakiman kes Altantuya masih belum ditulis?

Oleh Wong Choon Mei
Lebih daripada 4 tahun sudah berlalu tetapi mahkamah Malaysia masih mengheret kaki mereka ke atas tuntutan mahkamah sebanyak RM100 juta yang difailkan oleh ibu bapa Altantuya Shaariibuu, seorang warganegara Mongolia yang dibunuh di bumi Malaysia yang juga didakwa ada kaitan dengan kes rasuah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembelian kapal selam Scorpene dari syarikat gergasi Perancis, DCN.

Hukum buaya, jerung pembaham peruntukan belanjawan

Oleh Lanh
JIKA Pakatan Rakyat memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan alternatifnya yang bertemakan 'Kesejahteraan Untuk Semua', peruntukan diumuhttp://2.bp.blogspot.com/-i526ahBJ5UA/TZMCJacJpOI/AAAAAAAAA4w/4p1xM1EYhw4/s1600/in_10.1.jpgmkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak (yang kerap menyebut angka 'bilion dan bilion ringgit' di majlis-majlis ekonomi), pada pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober adalah lebih besar - RM232.8 bilion

Pelbagai insentif dan hadiah (bantuan) ditawarkan kepada rakyat daripada wang berbilion-bilion ringgit itu, tetapi apa yang ingin dimuzakarahkan di sini ketelusan sistem penyampaian bagi membolehkan rakyat yang berhak menerimanya. Adalah lumrah kebanyakan kerajaan di dunia berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat masing-masing; persoalannya adakah peruntukan atau bantuan itu sampai kepada kumpulan sasaran.

Guan Eng: Pakatan beri wang daripada lebihan bajet

Tidak seperti kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang memberikan dana bantuan kepada golongan miskin melalui lebihan bajet, bajet pilihan raya BN untuk 2012 bergantung kepada defisit perbelanjaan dan pinjaman kewangan yang akhirnya perlu dibayar oleh rakyat.

Walaupun bantuan wang tunai kepada golongan miskin dan rakyat Malaysia dialu- alukan, timbulnya persoalan di manakah Kerajaan Persekutuan akan mencari wang apabila Petronas dijangka hanya akan menyumbang dividen sebanyak RM28 bilion pada tahun ini ataupun RM2 bilion kurang berbanding tahun 2011?  Jelas bahawa unjuran Kerajaan Persekutuan bahawa pendapatan akan meningkat daripada RM183 bilion tahun ini kepada RM186 bilion tahun depan adalah tidak munasabah memandangkan dividen daripada Petronas dijangka berkurang.

"Wee Ka Siong, jangan fitnah AMK!"

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon amat kesal atas tuduhan fitnah yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong tentang blog ciplak Suara Keadilan Malaysia.  Kami meminta Wee Ka Siong agar tarik balik tuduhan yang tidak berasas sekali dan memohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam.

Tanpa sebarang bukti yang kukuh, Wee secara tidak rasional telah membuat serangan peribadi terhadap saya.  Wee seolah-olah menonjolkan dia sebagai seorang mangsa untuk mengaut simpati orang ramai.  Sebenarnya tujuan Wee adalah untuk mengalihkan fokus yang mengkritik Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemuda MCA yang hipokrit memperguna wajah wanita serta tekanan luar yang mempertikaikan identiti keahlian wanita muda tersebut.

Undi bergantung sejauh mana janji ditunaikan

Sepanjang tempoh sebulan ini, rakyat dijanjikan "transformasi politik" dan "gula-gula" dalam Belanjawan 2012.  Daripada pemansuhan akta yang mencabuli hak asasi manusia, sehinggalah bonus kepada penjawat awam, "durian runtuh" untuk peneroka FELDA, semuanya ditafsir sebagai strategi untuk memikat hati pengundi.

Bagaimanapun, penganalisa politik berpendapat, sesungguhnya janji Najib boleh memperbaiki imej dirinya, tetapi rakyat akan mengundi berdasarkan "sejauh manakah janji-janji Najib ditunaikan".  Justeru itu, penganalisa politik meramalkan bahawa PRU 13 akan diadakan selepas Disember 2011 atau Mac 2012, selepas Barisan Nasional menunaikan janjinya untuk membayar bonus setengah bulan kepada penjawat awam.

"Rakyat perlu merasai wang itu terlebih dahulu," kata Zulkifli Sulong (gambar kiri), Ketua Pengarang Harakah Daily yang menjangka bahawa PRU 13 akan diadakan selepas Disember 2011, iaitu setelah penjawat awam menerima bonus.  Zulkifli Sulong menambah, PRU akan diadakan selepas peneroka FELDA mendapat "durian runtuh", sebagaimana yang dijanjikan dalam Belanjawan 2012.

Kebebasan Ekonomi Prasyarat Perubahan

Sekali lagi tahun ini kita disajikan dengan Laporan Tahunan Kebebasan Ekonomi Dunia yang diterbitkan oleh Fraser Institute, Kanada.  Seperti tahun-tahun yang lalu, Laporan Tahunan ini mengandungi satu indeks penting yang mengukur dan membandingkan tahap kebebasan ekonomi 141 negara seluruh dunia.

Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) mula terlibat dengan penerbitan Laporan Tahunan Kebebasan Ekonomi Dunia pada tahun 2010, apabila ia secara rasmi menjadi ahli Economic Freedom Network, iaitu satu rangkaian global yang menggabungkan kumpulan-kumpulan pemikir dari seluruh dunia.  Rangkaian ini diuruskan oleh Fraser Institute yang berpusat di Kanada.  Biasanya hanya satu organisasi sahaja yang dijemput dari setiap negara, dan IDEAS bertuah kerana berjaya menjadi ahli rangkaian ini (1).

Chong mahu majlis mesyuarat ditangguhkan, bincang tuduhan rasuah Taib

Chong mahu majlis mesyuarat ditangguhkan, bincang tuduhan rasuah TaibKUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen pada Rabu menfailkan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18 untuk menangguhkan Majlis Mesyuarat bagi membincangkan penyiasatan kerajaan negara asing atas tuduhan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Menurut Chong, notis itu dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebelum pukul 10 pagi tadi dan keputusannya akan diketahui selepas sesi soal jawab di Parlimen pada Khamis.
"Ini adalah kali pertama seorang Ketua Menteri negeri dari Malaysia menjadi subjek siasatan kerajaan negera lain atas tuduhan rasuah.
"Tindakan itu telah mencemarkan nama baik negara dan menjejaskan sistem pentadbiran kerajaan kita,"katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Jui Meng hentam Ka Siong atas isu ‘gadis glamor’ MCA

Jui Meng hentam Ka Siong atas isu ‘gadis glamor’ MCAKelihatannya seperti MCA telah menimbulkan satu lagi kekecohan dan hipokrisi yang dikatakan pengkritik akan menghanguskan apa-apa kredibiliti yang tinggal pada parti itu.
Walaupun sewaktu Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA tergesa-gesa untuk meraih simpati umum untuk dirinya di atas isu Beliawani atau Pemuda Wanita MCA, telah digembar-gemburkan yang sememangnya, sekurang-kurangnya 4 daripada sekumpulan gadis-gadis cantik yang menghadiri perjumpaan tahunan Pemuda parti itu adalah model upahan.
Tetapi Kia Siong enggan menyentuh perkembangan terkini, sebaliknya memilih untuk menyalahkan pemimpin-pemimpin Pemuda PKR yang mula mempersoalkan samada gadis-gadis itu benar-benar ahli MCA.
“Secara logiknya, seseorang itu boleh membuat hubungan berikutan komentar beberapa pemimpin Pemuda PKR yang mengkritik MCA,” kata Wee yang dipetik oleh The Star. Malahan beliau mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang.

Lagi salah guna kuasa? Najib disahkan guna pesawat kerajaan

Lagi salah guna kuasa? Najib disahkan guna pesawat kerajaan Pejabat Perdana Menteri Najib Razak telah mengesahkan beliau pergi ke “lawatan peribadi” ke Perth, Australia pada 31 Ogos, hari di mana rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan daripada jajahan British pada tahun 1957.
PM dan keluarganya pergi bercuti tanpa memberitahu negara, yang melanggar protocol, dan lebih teruk lagi, diketahui bahawa Najib dan tetamu-tetamunya pergi dengan menggunakan pesawat kerajaan yang disediakan untuk urusan-urusan rasmi.
“Untuk pengetahuan Dewan, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia daripada 31 Ogos hingga 3 September 2011 adalah lawatan peribadi,” sebut jawapan bertulis kepada pertanyaan daripada MP Batu PKR Tian Chua.

Mampukah Pakatan beri layanan adil kepada media?

Jasbant Singh 
ULASAN Bolehkah media massa mengharapkan layanan adil dan saksama daripada Pakatan Rakyat jika gagasan itu berjaya menawan Putrajaya?

Persoalan ini perlu ditanya dan diperinci susulan tindak tanduk pemimpin kanan gagasan itu melayan media yang “tidak menyokongnya”; dalam erti kata lain media arus perdana seperti Utusan Malaysia, TV3 dan New Straits Times.

Kadar tol Cheras-Kajang naik 2013

Menteri kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini berkata, kadar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang akan dinaikkan pada tahun 2013.

Tempoh konsesi lebuhraya itu akan dilanjutkan selama tiga tahun lagi untuk menangani isu "kebocoran trafik" di lebuh raya berkenaan, katanya dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

"Bagaimanapun, kerajaan ketika ini masih sedang mengkaji pilihan yang dipertimbangkan sebagai langkah bagi meringankan pengguna," katanya lagi dalam satu jawapan di Dewan Rakyat.

PAS dakwa kesan sindiket daftar warga asing dari Johor di Selangor


BANGI, 12 Okt – PAS mendakwa pihaknya telah mengesan satu cubaan mendaftar warga asing menjadi warganegara secara haram dan diberi hak sebagai pengundi - kumpulan dipercayai dibawa dari Johor untuk merampas kembali Selangor.
Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Adram Musa berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan sindiket ini lewat malam tadi.
“Kira-kira 240 orang dibawa menggunakan enam bas dipercayai dari Johor untuk didaftarkan sebagai warganegara di sini (di Selangor),” katanya yang tidak menolak kemungkinan mereka akan diberi status kerakyatan untuk mengundi.

Skandal telekom: India minta bantuan Malaysia siasat Ananda Krishnan, Marshall


KUALA LUMPUR, 12 Okt – Agensi yang menguruskan tukaran asing India mahu mendapatkan bantuan Malaysia untuk menyoal siasat orang kaya T. Ananda Krishnan dan ketua pegawai kanannya Ralph Marshall berhubung skandal telekomunikasi Maxis-Aircel.
Akhbar dari Mumbai, The Indian Express berkata Enforcement Directorate (ED) negara itu mula meningkatkan siasatan ke atas operator mudah alih Aircel.
ED ditubuhkan untuk menangani ketirisan mata wang asing menerusi aktiviti penyelewengan.
“Pegawai-pegawai ED juga akan mendapatkan bantuan perundangan untuk menyoal Krishnan dan Marshall,” kata akhbar itu hari ini.
Awal minggu ini pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap Ananda Krishnan (gambar) dan Marshall bersama seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.
Bekas menteri itu ialah Dayanidhi Maran dan adiknya bernama Kalanidhi.

Sedia pakar bedah seluruh negara

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Kerajaan BN, khususnya Kementerian Kesihatan, diminta lebih prihatin terhadap masalah kesihatan rakyat dengan menyediakan pakar bedah yang mencukupi di seluruh negara.

Ahli Parlimen Pkok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, sehingga kini negara kita ternyata masih kekurangan pakar-pakar bedah termasuk di hospital-hospital utama di negeri-negeri di seluruh negara.

Menurut beliau, realiti itu antara lain boleh dirujuk di Hospital Besar Alor Star, Kedah yang ternyata amat kekurangan pakar bedah sejak dulu.

Katanya, keadaan itu amat menyusahkan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan daripada pakar bedah sehingga menyebabkan mereka terpaksa mendapatkannya di hospital-hospital di negeri lain.

Peneroka diugut tarik balik saman Felda

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Lima peneroka Felda Palong 9, Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis selepas menerima ugutan  supaya menarik semula saman mereka terhadap Felda.
Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Ladang Gedes Jempol,  kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
Menurut Peguam T Kumar seperti dipetik KeadilanDaily, peneroka tersebut diugut tidak akan menerima bantuan daripada pihak pengurusan Felda, seperti surat sokongan untuk sekolah anak-anak jika tidak menarik balik saman tersebut.

Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung

SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa (gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.

Kebebasan Ekonomi Malaysia Merudum



KUALA LUMPUR 12 OKT : Malaysia mengalami kejatuhan sekali lagi dalam Senarai Indeks Kebebasan Ekonomi Sedunia apabila kini berada di tangga ke 78 dari 141 negara , dalam laporan tahunan 2011 itu yang dikeluarkan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan menyifatkan kedudukan negara yang semakin jatuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebagai satu trend yang membimbangkan.

KDN lulus 27,293 permohonan warganegara sejak 2008

KUALA LUMPUR: Sebanyak 27,293 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dari tahun 2008 hingga Ogos 2011.
Demikian jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di dewan rakyat hari ini.
Namun, Kementerian Dalam Negeri tidak menyatakan jumlah kelulusan permohonan kewarganegaraan baru sejak 2008 mengikut kawasan Parlimen, seperti yang dituntut dalam soalan.
Jawapan berkenaan sangat mengejutkan ekoran Pakatan Rakyat sebelum ini menimbulkan isu pemberian kerakyatan kepada warga asing, termasuk warganegara Indonesia dan Bangladesh bagi tujuan mengundi Umno-Barisan Nasional.
Ia termasuk isu penduduk tetap (PR) yang mendaftar sebagai pengundi sebelum didedahkan mendapat taraf warganegara daripada Jabatan Imigresen, sepertimana kes yang berlaku terhadap seorang pengundi bernama Mismah.

Video-Khalid Ibrahim: Selamatkan Kg Baru

Video : Hurricane Jova Makes Landfall in Mexico

Video : Pakar Ekonomi Belanjawan Kerjaan Persekutuan Banyak Kelemahan

Video : Semakin Ramai Pemuda Bankrap

Video : Zahrain syor ambil cukai arak untuk bola sepak

Video : Partners and rivals

Video : Barang Naik Jangan Salahkan BN - Bung Mokhtar

PLKN: Kerajaan belanja RM4.7b sejak 2004

Kerajaan membelanjakan RM4.7 bilion bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ditubuhkan pada 2004 sehingga 31 Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata, program itu berjaya memberi kesedaran awam kepada pelatih untuk menjadi warganegara yang baik melalui imej dan perlakuan positif dan tidak mudah terlibat dengan kes jenayah.

PSC: Tiada had individu, NGO sertai pendengaran awam

Pengerusi Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) Bagi Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, jawatankuasa itu tidak akan menghadkan jumlah individu dan NGO yang akan dijemput untuk menyertai pendengaran awamnya.

Namun, beliau menegaskan bahawa organisasi seperti BERSIH perlu menyertai pendengaran awam yang akan dijalankan jawatankuasa itu melalui wakil individu.

Maximus memberi alasan, pendengaran itu hanya terbuka kepada pertubuhan berdaftar dan juga individu.

RM83.88 juta dibazirkan untuk naik imej Umno BN

KUALA LUMPUR, 12 Okt: RM83.88 juta yang dibazirkan untuk mempromosikan imej kerajaan Umno boleh digunakan untuk memajukan lebih 600 pelajar terpilih Melayu dalam masa lima tahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Untuk naikkan imej kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) di luar negara, wang rakyat lebih RM80 juta dibayar kepada syarikat perunding FBC Media.

"Ini satu lagi bukti pembohongan Umno kononnya berkhidmat untuk orang Melayu kerana RM80 juta itu boleh digunakan untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak Melayu yang masih ketinggalan dari segi pencapaian dalam bidang pelajaran," katanya.

Najib dicabar dedah RM10.1 juta kos lawatan

KUALA LUMPUR, 12 Okt: PKR mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan butiran terperinci perbelanjaan lawatan beliau ke luar negara yang mencecah RM10.1 juta setakat tahun ini.
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution (gambar) berkata, sebanyak RM9.1 juta dihabiskan untuk kos penyewaan pesawat bagi lawatan Najib dan isterinya ke luar negara, diikuti lawatan ke Kezakhstan yang melebihi RM1 juta.
“Perbelanjaan ini melampau dan kalau betul Najib telus, saya mencabar beliau membentangkan setiap perincian butiran perbelanjaan,”
“Tanggungjawab Najib ialah untuk memberikan semua maklumat dalam persidangan parlimen agar Pakatan Rakyat boleh memeriksa setiap sen yang digunakan,” kata Saifuddin, lapor KeadilanDaily.

Negara Maju : Remaja piatu henti sekolah bantu nenek sara keluarga

Usianya baru 14 tahun tetapi kesempitan hidup memaksa Ahmad Nazri Abu Bakar melupakan alam persekolahan kerana mahu membantu neneknya mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga.

Sejak darjah enam ketika berusia 12 tahun lagi, Ahmad Nazri mula membantu neneknya, Fatimah Abdullah, 59, dengan bekerja sambilan di sebuah kawasan pembinaan dengan menyusun bata.

"Saya kesian tengok tok (nenek) kerja seorang saja sebab masa itu mak sakit. Ayah pula dah meninggal beberapa tahun lalu. Bila habis darjah enam saya nekad tak mau sambung belajar dan nak tolong tok cari duit sebab hidup kami susah. Biarlah adik-adik saja yang sekolah," katanya di rumah neneknya di Kampung Peremba dekat Alor Setar.

Ahmad Nazri berkata, selepas tamat darjah enam dua tahun lalu, pelbagai kerja dilakukannya semata-mata mahu melihat emaknya, Nor Aishah Daud (yang baru meninggal dunia bulan lalu) dan adik-adiknya, Nor Hidayu, 13 dan Nor Erdiyani, 8, boleh hidup dengan sempurna.

Liwat II: Musa, Rodwan tak akan dipanggil

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan sepina Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tampil sebagai dalam perbicaraan kes liwat, pihak pembelaan hari inimemutuskan untuk tidak memanggil dua lagi saksi.

Hakim Abdul Malik undur diri berikutan usul 'plagiat'

Hampir seminggu selepas seorang ahli parlimen mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi merujuk seorang hakim Makamah Rayuan ke tribunal kehakiman kerana didakwa memplagiat satu keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Singapura, beliau hari ini bersemuka dengan hakim itu.

Pendakwaan Jahat : Mahkamah lepaskan pemuda miliki baju T Bersih 2.0

BACHOK, 12 Okt: Aktivis masyarakat, Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33 yang ditahan atas dakwaan memiliki t-shirt bertulis perkataan Bersih 2.0 pada Julai lalu hari ini dilepas tanpa dibebas Mahkamah Majistret Bachok.
Majistret Mohd Hafiz Mohd Nor melepaskan tertuduh selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wong memaklumkan mendapat arahan Jabatan Peguam Negara supaya tidak meneruskan kes itu.
Ekoran arahan tersebut majistret kemudian melepas tanpa membebas tertuduh. Hadir bersama di mahkamah ahli-ahli keluarga dan pimpinan Pemuda PAS Bachok.
Mohd Amizul Fazly diwakili peguam Firdaus Mohd Yusoff, Mohd Alami Lazim dan Mohd Abd Rashid Yah.

KL land row threatens to derail MRT project

Ong (second left) speaks during a press conference on the land acquisition in Jalan Sultan, in Kuala Lumpur October 12, 2011. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, Oct 12 — The ongoing land rights dispute between the MRT project owner and city traders here has turned into a political hot potato that could see the country’s most expensive infrastructure project delayed. The months of discussions, public engagement talks, court challenges, street protests and interventions by civil society groups and politicians across the divide have made no headway in resolving the issue.

It's not over yet for Guan Eng in Johor: Umno groups still want blood

It's not over yet for Guan Eng in Johor: Umno groups still want bloodThe Umno Johor vs Lim Guan Eng saga is far from over, if Umno-linked NGOs have their way.
Vice-chairman of the Gerakan Aktivis Pengguna Johor (Penaja), Mohd Kassim Yusoff, said Guan Eng's apology was not enough.
According to him, the Penang Chief Minister needs to be responsible of his actions and not to blame other parties including the media for spinning his statement, wherein Guan Eng allegedly implied that Johor was not a 'safe' person.
“Guan Eng did apologize through a portal. We’re hoping that he would make a public apology including meeting the Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar to prove his sincerity," Utusan reported Mohd Kassim as saying.
“The Penang Chief Minister’s silence will be a measure for the people to judge his capability to be a good example to all.

Sultan K'tan pengerusi mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sultan Kelantan Sultan Muhammmad V hari  ini mempengerusikan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja di Istana Negara.
  
Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
  
Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri-Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang tidak hadir dalam mesyuarat itu.
  
Santapan malam bagi memuliakan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja diadakan di Istana Negara malam ini.

- Bernama

Wisma Putra kaji tindakan susulan jurukamera mati ditembak di Somalia

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Kementerian Luar sedang mengkaji tindakan susulan daripada sudut undang-undang yang dapat diambil agar empat anggota tentera Burundi yang didapati menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor di Mogadishu, Somalia dikenakan hukuman setimpal.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata keempat-empat anggota tentera Burundi itu telah dihantar pulang ke negara mereka untuk dibicarakan setelah siasatan misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom) mendapati mereka bertanggungjawab menembak dan menyebabkan kematian Noramfaizul.
Katanya Perwakilan Malaysia di Nairobi, Kenya telah diminta untuk memantau perkembangan perbicaraan tersebut sehingga kes berkenaan selesai.

PAS gesa kaji semula undang-undang

KUALA LUMPUR, 12 Okt: PAS meminta kerajaan mengkaji semula undang-undang yang digunakan di negara ini dalam menangani masalah jenayah yang semakin meningkat.
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan undang-undang yang digunakan sekarang sehingga kadar jenayah, rasuah, dan maksiat seolah-olah tidak terbendung lagi.
"Dalam aspek keamanan dan keselamatan, kita melihat kadar jenayah meningkat, rasuah tak boleh diatasi, maksiat juga berlaku.
"Oleh itu kerajaan mesti mengkaji semula undang-undang yang diamalkan hari ini, mungkin undang-undang ini tidak berkesan," katanya yang juga ahli Parlimen Marang  sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Parlimen Indonesia tubuh panel khas siasat dakwaan Malaysia rampas tanah

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Parlimen Indonesia akan membentuk sebuah pasukan khas untuk menyiasat dakwaan terbaru bahawa Malaysia merampas lebih 1,400 hektar tanah di kawasan Kalimantan Barat, demikian menurut laporan Jakarta Post hari ini.
Jakarta dan Putrajaya telah mengetepikan dakwaan bahawa Malaysia merampas tanah milik republik itu.
Kedua-dua kerajaan telah pun mengatakan bahawa tiada bukti wujudnya rampasan tanah di kawasan berhampiran dengan negeri Sarawak.