Selasa, 11 Oktober 2011

Orang Melayu Melaka amalkan hukum Islam 132 tahun lalu

Catatan yang direkodkan oleh Isabella Bird dalam THE GOLDEN CHERSONESE yang merakamkan pengalaman lawatan beliau ke Semenanjung Tanah Melayu sekitar 1879 terus memukau minat saya.
Hari ini saya mahu berkongsi rakaman beliau berkenaan orang Melayu diwaktu itu iaitu kira-kira 132 tahun dahulu. Bagaimana cara hidup, pakaian, amalan orang-orang Melayu ketika itu. Ia mungkin bukan bacaan yang tepat tetapi sekurang-kurangnya kitra mendapat baying bagaimana seorang asing melihat kita 132 tahun lalu.

Bajet 2012: Pembayar cukai dilupakan

Bajet 2012: Pembayar cukai dilupakanKami amat pasti bahawa ramai di antara kita telahpun membaca beberapa kandungan utama yang penting yang telah dikemukakan di dalam Bajet 2012 di parlimen baru-baru ini. Jadi, apa yang kita perolehi daripada itu?
Perkara pokok utama di dalam masalah ini adalah kita selaku rakyat Malaysia dan juga sebagai pembayar cukai yang taat tidak menikmati sebarang jua manfaat yang dikemukakan di dalam Bajet 2012 baru-baru ini, biarpun ianya terdapat banyak “pemberian besar-besaran” namun, siapakah yang akan menampung segala perbelanjaan “pemberian besar-besaran” tersebut pada keseluruhannya? Boleh kita katakan kesemuanya akan dibiayai sepenuhnya oleh rakyat kita selaku pembayar cukai.

Teman penulis mengenang Almarhum Azizi

Oleh Abd Shukur Harun

Teman-teman penulis, termasuk Sasterawan Negara A. Samad Said, Dinsman, Asni Abas, Bara Jiwa dan lain-lain dai Seniman Paksi Rakyat telah mengadakan majlis sederhanhttp://3.bp.blogspot.com/-LWB1ASa_-Ko/TlETdl4MT1I/AAAAAAAAAEk/pmIfGWFOTd4/s1600/aziz.jpga memperingat Sasterawan Rakyat, Almarhum Azizi Abdullah di ‘Warung Rakyat’ berdekatan Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini.

Saya tidak dapat hadir malam itu kerana menghadiri dialog Bajet 2012 yang dianjurkan oleh Ahli-ahli Parlimen PAS di sebuah hotel di Ibu Negara. Namun malam itu, hati saya sentiasa ingat akan majlis memperingati Almrhum Azizi itu, malah saya sudahpun menyiapkan ucapan pendek – tribute kepada Azizi – yang hendak saya sampaikan malam itu.

Usaha Sedaya Upaya Selamatkan Kampung Baru !

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyambut baik usaha pemimpin Pakatan Rahttp://3.bp.blogspot.com/_SREdd18ROJM/TPTm3d9mIEI/AAAAAAAADtA/QHNqobEXWZ0/s1600/p1kgBaru.jpgkyat yang mahu membawa isu Kampung Baru ke pengetahuan Yang Di Pertuan Agong bagi melengah atau membatalkan terus Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 yang diluluskan di Dewan Rakyat minggu lepas.
 
DPPKT berkeyakinan Yang Di Pertuan Agong akan perkenan dengan permohonan ini kerana isu ini adalah menyentuh kepentingan penduduk Melayu dan masa depan orang Melayu.

Tuduhan Penyalahgunaan Zakat

Oleh KHALID SAMAD

Saya dimaklumkan bahawa terpadat sebuah artikel di dalam blog tertentu yang mhttp://2.bp.blogspot.com/_kOr_Kc3MKsE/S3A2aDYr5ZI/AAAAAAAADXo/qwnhE8GmUR8/S220/Khalid+Samad2.jpgenuduh saya telah menyalahgunakan wang zakat untuk membiayai pelajaran anak abah di Timur Tengah.
 
Untuk pengetahuan semua, anak saya belajar di Timur Tengah (Jordan) dari tahun 2001 hingga 2009. Saya sendiri yang membiayai perbelanjaannya, termasuk yuran pembelajaran dan kos sara hidup, sehingga dia tamat.

Kes saman fitnah Mat Sabu ke atas Utusan - 3 Nov

NONEMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 3 Nov ini untuk pengurusan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad Sabu sementara Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu yang dinamakan defendan pertama dan kedua diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, di dalam kamarnya.

Bajet 2012 tiada peruntukan tangani gejala sosial

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam mempersoal Bajet 2012 yang tidak menyediakan peruntukan khas untuk menangani masalah sosial dalam masyarakat.
NGO terbabit antaranya Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudahatus Sakinah, Pertubuhan Darul Islah Malaysia (Perkid Malaysia) dan Rumah Puteri Arafiah merupakan NGO Islam yang aktif dalam kerja-kerja mencegah dan merawat golongan yang terjebak dalam masalah sosial seperti hamil luar nikah, penyalahgunaan dadah dan keganasan rumah tangga.
Menyifatkan kerajaan sebagai tidak serius untuk menangani masalah sosial yang semakin membarah dalam masyarakat, Pengerusi Lembaga Pengarah Induk (LPI) Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah berkata, pihaknya amat memerlukan sokongan untuk menangani masalah ini.

Rosmah Bakal Menteri kewangan selepas PRU13?

Oleh Tukang Lawan
Khabarnya rosmah sekarang dah mula berjinak-jinak pulak dengan hal urus takbir kewahttp://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/image/20090315/RosmahMansor-AP.jpgngan negara , bakal menteri kewangan baru malaysia nei akan memulakan tugas-tugas rasminya sebagai menteri penuh jika umnoapco sekali lagi menang PRU13 nanti.
Petikan berita dari bernama baru-baru ini menyatakan bahawa rosmah hadir bersama membantu suami yang amat disayanginya dalam persediaan terakhir pembentangan badjet negara, sudah pasti rosmah yang sangat bijak itu juga turut menyumbangkan beberapa idea yang dirasakan sesuai.

Muka Tak Malu Ini Hendak Juga Elaun Parlimen Dinaikkan

MP Bebas tetap kemuka usul untuk naik gaji, elaun

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata beliau akan mengemukakan satu rang undang-undang untuk menaikkan gaji dan elaun ahli Dewan Rakyat.

Wee berkata beliau telah memfailkan notis usul tersebut hari ini kepada yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya lagi, usul berkenaan tetap dikemukakan walau menteri yang bertanggungjawab ke atas parlimen, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz telah menarik balik usaha untuk menaikkan gaji dan elaun berkenaan.

Projek Khas : Nama Rosmah harum di Bangladesh.......!!!


Asian University of Women (AUW) di Chittagong, Bangladesh pada Selasa mengumumkan pewujudan 10 zamalah mengambil sempena nama Datin Seri Rosmah Mansor. Pengasas, presiden dan ketua pegawai eksekutif universiti berkenaan, KamalAhmad, turut mengumumkan bahawa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak itu dilantik sebagai penaung AUW.Pada sidang akhbar selepas itu, Rosmah mengucapkan terima kasih kepada AUM kerana mempelawa beliau menjadi salah seorang daripada penaungnya.
Kata Rosmah, beliau menerima pelantikan sebagai penaung antara lain disebabkanbeliau berpendapat wujud peluang bagi wanita muda Malaysia untuk mengikutipengajian di universiti seperti itu dan berinteraksi dengan pelajar dari negaralain.
“Terdapat peluang bagi gadis-gadis kita, terutamanya daripada kalangan kurangberkemampuan dan tidak berupaya mengikuti pengajian di universiti yang bagus, untuk berada di universiti ini di mana mereka boleh memperkayakan bukan sahaja pengetahuan tetapi juga memahami budaya serta agama pelajar lain.

Projek Sg Besi sah milik Jho Low?

Pelbagai keraguan timbul berhubung Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dikenali sebagai projek Jho Low, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.Malah katanya, projek berkenaan menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2012 dan turut dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10).“Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu, dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Video : Konvesyen Mencari Identiti Selangor

Video: Kerajaan Habiskan RM94 Juta Bayar Perunding Media

Video : Pakatan mahu bawa isu Kg Baru kepada Agong

Belanjawan Pakatan beri manfaat pada wanita berbanding BN

KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddim menyelar Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri kerana tidak memberi manfaat kepada golongan wanita.
Berbanding Belanjawan Sejahtera Untuk Semua yang dikemukakan Pakatan Rakyat, katanya, ia jelas memberi keutamaan dan membela hak wanita khususnya golongan surirumah.
“Dalam belanjawan Pakatan (kita) akan beri elaun penjagaan anak kepada ibu-ibu yang layak. Malah pakatan juga akan melaksanakan bayaran kepada suri rumah bagi mengurangkan beban keluarga,” katanya kepada keadilandaily.com.

Najib tak wajar bubar hingga Bajet 2012 dilaksana

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dicabar agar melaksanakan sepenuhnya Bajet 2012 sebagaimana yang dibentangkan Jumaat lepas jika beliau yakin bajet itu realistik dan benar-benar mahu memanfaatkan rakyat.
Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Perdana Menteri juga perlu memacu sendiri pelaksanaan dan tidak membubarkan Parlimen sehingga perancangan beliau menerusi bajet itu terlaksana.
Kata Dzulkefly (gambar), Najib telah memberi pelbagai 'imbuhan' kepada hampir semua segmen rakyat, yang rata-raat adalah merupakan bayaran ‘one-off’.

Dakwa Ananda Krishnan kerana salahguna kuasa, rasuah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen KEADILAN hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jutawan terkemuka, Tan Sri Ananda Krishnan kerana didakwa terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa.
Ananda, pengarah Maxis Communication sebelum ini diketahui umum merupakan proksi dan sahabat baik kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, siasatan itu penting untuk membantu Biro Siasatan Pusat India (CBI) berhubung jenayah yang dikatakan berkaitan pemilikan syarikat telekomunikasi India, Aircel.

Seks lagi! Najib dan UMNO tidak puas, “One Night in Bangkok”

Seks lagi! Najib dan UMNO tidak puas, “One Night in Bangkok”Dalam soal seks, kelihatannya Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNOnya tidak puas. Sebaik sejurus pembentangan Belanjawan 2012 Najib, bloger-bloger UMNO sudah mengeluarkan satu lagi klip seks, kali ini mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam video di ‘hotel’ baru.
“UMNO-BN cuba untuk menyorokkan salah-tadbir ekonomi, salah guna kuasa dan korupsinya dengan mengeluarkan video-video seks palsu. Video-video ini dikeluarkan secara berperingkat oleh sebuah laman web yang berkait dengan UMNO yang penuh dengan penganiayaan terhadap pihak pembangkang,” kata Naib Presiden PKR N Surendran kepada Malsaysia Chronicle.
“Semasa kekecohan video seks ‘Datuk T’, adalah mengejutkan bila dilihat cara-cara tersusun penggunaan kenyataan-kenyataan umum yang dikeluarkan oleh trio Datuk T, pemimpin-pemimpin tinggi UMNO dan pimpinan pihak polis. Ianya dalah seperti usaha rapi untuk menghancurkan kerjaya politi Anwar Ibrahim dan menghentikan perarakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.”

Pemuda PAS: Pastikan universiti tempatan antara terbaik di dunia

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana universiti tempatan tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai 400 buah universiti terbaik di dunia dalam kedudukan Times Higher Education (THE) baru-baru ini.  Lebih menyedihkan kerana Malaysia jauh tertinggal berbanding dengan negara Asia seperti Hong Kong, Jepun dan China malah negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

DPPM berpendapat, kerajaan tidak serius dalam usaha melahirkan universiti tempatan setaraf dengan universiti terbaik dunia yang lain.  Sedangkan dalam kehebatan teknologi dan kestabilan ekonomi negara kita, sepatutnya universiti tempatan boleh menandingi kehebatan universiti terbaik setidak-tidaknya dari Asia atau negara jiran yang lain.

Kuantan Bersih, Malaysia Selamat

Rakyat Malaysia boleh berterima kasih kepada Lynas Corporation, syarikat pelombong nadir bumi terbesar di Australia, kerana melalui kontroversi pembinaan kilang pemprosesannya di Kuantan, rakyat berpeluang bersatu dalam tuntutan untuk kerajaan yang bersih dan demokratik.

Walaupun persoalan teknikal dan saintifik nampak rumit bagi mereka yang tidak lazim mengkaji sains nuklear, namun fakta kes Lynas di Kuantan cukup mudah difahami semua.  Lynas akan melombong bahan nadir bumi di Mount Weld dan mengangkut bahan lombongan itu sejauh 1,000 km ke bandar pelabuhan Freemantle.

Jual FireFly Untuk Tingkatkan Persaingan


KUALA LUMPUR 11 OKT: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mencadangkan agar Malaysia Airlines (MAS) melupuskan anak syarikatnya Firefly untuk memastikan persaingan selepas pertukaran saham syarikat penerbangan nasional itu dengan AirAsia.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, perjanjian antara MAS dan AirAsia menyaksikan Tune Air Sdn Bhd menyerahkan saham sebanyak 10 peratus daripada syarikat penerbangan tambang murah itu kepada Khazanah Nasional Bhd sebagai pertukaran bagi 20.5 peratus.

Empangan Perlis bakal pecah?

Mohamad Faisol Abdul Rahman
Ternyata apa yang diwar-warkan oleh sebelum ini – bahawa kerajaan Perlis akan memulakan projek ‘Saliran Khusus Empangan Timah Tasoh’ seawal tahun 2012 setelah proses pengambilan tanah selesai – tidak benar.Ini kerana dalam pembentangan Bajet 2012 oleh perdana menteri merangkap menteri kewangan Jumaat lepas menyebut dengan jelas bahawa peruntukan hanya melibatkan kerja menaik taraf Empangan Timah Tasoh dan mendalamkan Sungai Arau sahaja.
Justeru, kestabilan rakyat Perlis, khususnya penduduk sekitar kawasan yang pernah dilanda banjir masih dirundung gelisah.

Bajet 2012 Catat Kos Mengurus Paling Tinggi


KUALA LUMPUR 11 OKT: Ketidakupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengimbangi jumlah agihan Bajet 2012 antara perbelanjaan operasi dan pelaburan masa hadapan akan menyingkirkan kesan berganda yang diperlukan oleh ekonomi negara. Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam ucapan perbahasan di parlimen hari ini memberi gambaran bahawa bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Najib Razak bersifat hambar dan mengundang masalah kewangan negara masa hadapan.

NGO mahu Jais wujud SOP elak usaha pesong akidah Muslim

KUALA LUMPUR, 11 Okt ─ Pelbagai pihak menyifatkan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran orang Islam pada satu jamuan di sebuah gereja di Petaling Jaya sebagai bukti wujudnya kegiatan pihak tertentu yang cuba memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
Mereka meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mewujudkan satu prosedur operasi standard yang boleh diguna pakai oleh Jabatan Agama Islam di negeri-negeri agar tindakan yang diambil bagi membendung kegiatan itu tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Masakan royalti, dokumen pun tak bagi

KUALA LUMPUR, 11 Okt: PAS menggesa kerajaan Pusat berlaku jujur dalam isu tuntutan royalti Kelantan yang sehingga kini masih dinafikan pembayarannya.
Bercakap sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat semalam, Salahudin Ayub (PAS- Kubang Kerian) berkata, penemuan terbaru menunjukkan Kelantan sememangnya berhak menerima pembayaran 5 peratus royalti itu.
Beliau merujuk kepada penemuan terbaru yang mendedahkan bahawa dua lagi kawasan zon minyak ditemui di Medan Bumi dan Medan Suria yang tidak masuk dalam kawasan bertindih Joint Development Area (JDA).
"(Medan Suria dan Medan Bumi) Bukan masuk JDA. Tidak lagi bertindih dengan Thailand. Kalau JDA, okey. Itu kita beri dengan Thailand dan royaltinya kita dapat bersama tetapi yang paling baru ialah Medan Bumi dan Medan Suria," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Pembangunan: Mana janji PM sebelum ini

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib mempersoalkan tentang janji yang telah diumumkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menjadi Perdana Menteri.
Beliau mempersoalkan Abdullah pernah berjanji ingin memajukan kawasan-kawasan di perbatasan negara atau sempadan dengan melihat kawasan-kawasan tersebut dapat menyumbang ekonomi kepada negara.
"Mana janji yang telah dikatakan oleh Abdullah dulu tentang pembangunan di kawasan perbatasan negara, waktu itu beliau mengatakan pembangunan kawasan tersebut dapat menyumbang sektor ekonomi kepada negara selain hubungan dua hala dengan Thailand.
"Adakah projek yang dijanjikan itu tamat begitu sahaja apabila jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh orang lain," jelasnya ketika membahaskan Bajet 2012 di Parlimen hari ini.

Video : Pakar Ekonomi Belanjawan Kerajaan Persekutuan Banyak Kelemahan

Video : Sasaran Defisit 4 7 Dalam Belanjawan 2012 Terlalu Optimis

Video : AirAsia-MAS deal 'will kill competition'

Video: Arrests in Boston Protest

Video: Tense Protest in Seattle

Video : Interview on Afghan torture report

Video : Olive harvest reaps animosity in West Bank

PAS 60 tahun dari sudut pandangan nasional

Oleh Abu Firdaus
Bayangkan 60 tahun dahulu ketika PAS ditubuhkan, ia bermula sebagai sebuah pertubhttp://3.bp.blogspot.com/_eA-KOthxkeI/TQjUT9HNf0I/AAAAAAAAC8M/gD0PKHZH698/s400/bendera%2Bpas%2Bberkibar.JPGuhan bukan kerajaan (NGO) bernama Persatuan Islam Se-Tanah Melayu.NGO ini pula dibentuk daripada Biro Agama Umno yang mendokong gagasan Datuk Onn Jaafar supaya Umno menjadi parti nasional pelbagai kaum dan anutan agama.
Daripada sebagai sebuah NGO itu, ia berkembang menjadi sebuah parti politik yang pernah mentadbir tiga kerajaan negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

MCA bidas blog papar porno kaitkan dengan Beliawanis

Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong hari menyelar tindakan blog propembangkang yang memaparkan gambar lucah wanita dan mengaitkannya dengan Beliawanis MCA.

"Sebagai Ketua Pemuda saya sangat sedih dengan gelagat dan tindakan yang jelas tidak berertika itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Now I understand why Rembau was not chosen to be in the Cabinet,

Now I understand why Rembau was not chosen to be in the Cabinet, says AnwarMember of Parliament for Rembau Khairy Jamaluddin is confused, said Opposition Leader Anwar Ibrahim, as the Umno Youth chief continued to drag him into a verbal fight over figures presented in the Pakatan Rakyat's recently unveiled Prosperity for All alternative budget.
"This kind of attitude should not prevail. But now I understand why the Member of Parliament for Rembau not appointed in the Cabinet," Anwar told Parliament in response to Khairy's back-biting.
Double game?
Khairy, an Oxford graduate and the son-in-law of former premier Abdullah Badawi, was sidelined by Prime Minister Najib Razak when he took over as PM in April 2009. Despite beating former Selangor MB Khir Toyo and current Deputy Trade Minister Mukhriz Mahathir for the Umno Youth chief post, Khairy has had to suffer the humiliation of being denied any official role in the government.

Najib ke Perth 31 Ogos lalu atas lawatan peribadi

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Jais sahkan Bob Lokman ditahan kerana tiada tauliah

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan pihaknya menahan pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah agensi itu di Hulu Langat dekat sini malam tadi.
Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
“Jais mengesahkan satu tangkapan telah dibuat ke atas pelakon dan penghibur, Bob Lokman atas ceramah yang dlakukannya di Masjid Sg. Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober (semalam).
“Bob Lokman didapati tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada Jais. Tangkapan dibuat berdsrkan maklumat awam,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau dipercayai ahli dan pemimpin kedua PAS dikenakan tindakan oleh Jais.

Bersih: Mat Sabu sedia jadi saksi siasatan awam Suhakam


KUALA LUMPUR, 11 Okt — Mohamad Sabu berkata beliau akan menawarkan diri sebagai seorang saksi dalam siasatan awam kendalian Suhakam, yang bermula hari ini berhubung dakwaan kekasaran pihak berkuasa polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 awal bulan lalu.
Timbalan Presiden PAS itu sebelum ini mendakwa beliau telah dirempuh oleh kenderaan polis ketika sedang membonceng motosikal dan mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan.
Bagaimanpun polis telah menafikan dakwaan beliau itu.

Bob Lokman: Saya ditangkap Jais bukan kerana agama, tapi Umno

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hairan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil mendakwa beliau ditahan malam tadi bukan kerana isu agama tetapi “untuk Umno.”
Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.
Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Video : Gan wants to debate Lim on Hudud

Video : Pakatan sokong Khalid sebagai MB Selangor

Video Kotor UMNO BN Untuk Alih Perhatian Bajet

Video : MP PAS Baling Bahas Bajet 2012

Cops fired tear gas directly at demonstrators, witness tells Bersih inquiry


KUALA LUMPUR, Oct 11 — Riot police fired tear gas directly at a crowd of peaceful and “non-hostile” Bersih supporters, a witness told a public inquiry into the July 9 protests today.
Lawyer Nor Syazwani Muharam, a Bar Council representative who had monitored the rally, said that the incident occurred along Jalan Masjid Jamek where the police had told Bersih supporters to disperse and rang a warning bell three times.
“I did not see any violence by the Bersih supporters. There was no hostility from the public, I did not see any provocation from them,” she told the Human Rights Commission (Suhakam) inquiry here.
Nor Syazwani (picture) said the crowd was about “one block” away from the riot police before tear gas was fired directly at them.

Najib perlu jelas keraguan projek tapak TUDM Sg Besi

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Sikap kerajaan yang enggan menjelaskan pelbagai keraguan tentang Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi akan mengakibatkan rakyat menanggung beban, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
“Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dilihat umum sebagai ‘projek Taek Jho Low’ menjadi keutamaan Belanjawan 2012 dan dimasukkan dalam pelaksanaan ‘Rolling Plan’ Kedua yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
“Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

60 tahun pengalaman Kelantan

Oleh Wan Nik Wan Yussof
TAHUN ini merupakan ulang tahun ke-60 Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sejarah penubuhannya dicatatkan Funston (1980) ialah bermula dengan penubuhan Persatuhttp://n9kini.com/wp-content/uploads/2011/02/nik-aziz-rocky0042qiadah.jpgan Ulama Malaya tahun 1951.
Diikuti dengan Persatuan Islam Se-Malaya berikutan para pemimpinnya melalui proses saringan liku-liku perjuangan menerusi parti kebangsaan (bersama Umno), reformis agama (menggerakkan Hisbul Muslimin) dan mirip sosialis (mantan Parti Kebangsaan Melayu Malaya).

MP Kula minta tiada sidang Parlimen 25 Okt sempena Deepavali

M Kulasegaran
KUALA LUMPUR, 11 Okt ─ Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran memohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz agar tidak mengadakan sidang Parlimen pada 25 Okt berikutan Hari Deepavali pada keesokannya, 26 Oktober ini.

Malaysia di tangga ke-19 tahap pencegahan jenayah

Malaysia berada pada kedudukan ke-19 daripada 156 negara di dunia yang mempunyai tahap pencegahan jenayah terbaik, kata Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Datuk Kamarudin Md Ali.

altantuya razak baginda crime scene 180707 police lineBeliau berkata, untuk menambah baik kedudukan itu, yayasan akan meningkatkan program kesedaran secara berterusan kepada orang ramai dalam usaha mencegah jenayah di negara ini.

"Pihak polis dapat menangani kes jenayah, manakala pihak yayasan pula boleh membantu memberi kesedaran kepada orang ramai melalui program-program yang diadakan," katanya pada sidang media di Langkawi, hari ini.

Akta Kerja: Menteri Sumber Manusia kecewa MTUC mahu piket 3 Nov


KUALA LUMPUR, 11 Okt — Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pihaknya sedih dengan tindakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang memutuskan untuk mengadakan piket peringkat nasional berhubung isu Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 awal bulan depan.
Kata Subramaniam (gambar), beliau juga amat sedih dengan tindakan MTUC yang memutarbelitkan fakta dan mengelirukan orang ramai.
“Saya amat sedih dengan tindakan MTUC, Akta Kerja digubal atas permintaan kesatuan pekerja yang lain dan hanya MTUC yang menentang sedangkan saya sudah menjelaskan hal yang sebenarnya,” kata beliau.

Ibrahim says Pemandu has ‘hidden agenda’

Opening up the economy to foreign ownership is also an opposition idea, according to the Perkasa chief.
KUALA LUMPUR: The government’s liberalisation efforts took another beating from influential Malay rights group Perkasa which warned today against opening up the economy to foreign ownership.
At the unveiling of Budget 2012, Prime Minister Najib Tun Razak announced the opening up 100 percent foreign ownership of 17 sub-sectors aimed at recapturing straying investments.
Perkasa president Ibrahim Ali, a staunch advocate of Mahathir-era protectionist policies, said the move would sideline Bumiputera businesses, adding that liberalisation is an opposition idea.
He also took a swipe at the Performance and Management Delivery Unit (Pemandu) for advocating the move to open the 17 sub-sectors.

Khaled : Terlalu Awal Pinda AUKU


Kuala Lumpur, 11 Okt : Kementerian Pengajian Tinggi menyifatkan masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 kerana tempoh pindaan baru dilakukan dua tahun lalu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, tumpuan perlu diberikan terhadap hasrat kerajaan memansuhkan akta penting seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 yang diumumkan sebelum ini.

Umno masih syok sendiri di Selangor

Oleh SAFAR JUMAAT
BN bercita-cita mahu merampas Selangor. Mereka anjurkan kempen selamatkan Selanghttp://www.humanrightspartymalaysia.com/wp-content/uploads/2010/01/khalid22.jpgor. Padahal, Selangor sudah jelas lebih selamat di tangan Pakatan Rakyat dengan simpanan berjumlah RM1.1 bilion.
KETIKA Kerajaan Selangor, kerajaan negeri termaju di Malaysia mengumumkan mereka mempunyai simpanan RM1.1 bilion, khabarnya bekas pemimpin-pemimpin utama Selangor, terpaksa menahan sesak nafas dan mereka yang bercitacita mahu merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat, terkedu lidah masing-masing.

Malaysia upah perunding sokong Israel, hina Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengupah perunding asing, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza Mei lalu, kata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.
Menurut Saifuddin, FBC yang menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia sebanyak 19.6 juta Euro (RM94 juta), memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.
“Peranan FBC Media untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya, terang-terang bercanggah. Dia dapat duit kita, dia puji Israel. Kalau baca kempen online mereka, Nabi Muhammad diserang dengan begitu hina dan jijik sekali,”

Guan Eng: Sasaran Defisit 4.7 Dalam Belanjawan 2012 Terlalu Optimis

KUALA LUMPUR 11 OKT: Kejatuhan tiga mata di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) semalam memberi tamparan hebat terhadap Bajet 2012 yang baru dibentangkan Perdana Menteri minggu lalu.

Justeru pengurangan defisit fiskal negara yang dianggarkan menyusut kepada 4.7 peratus pada tahun hadapan mungkin terlalu optimis dan tidak akan berjaya dicapai menurut ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Bercakap pada sidang media di lobi parlimen sebentar tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan bajet kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan dirungkai berdasarkan lebihan pendapatan negara, tambahnya defisit secara langsung akan menambah beban rakyat jangka masa panjang.

Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Bajet: Tiada jaminan kesejahteraan wanita muda

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Isu-isu utama berkaitan golongan wanita muda seperti isu keselamatan dan perkahwinan tidak dibincangkan secara serius dalam Bajet 2012.
Pengerusi Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat, Fareedah Samad berkata, kelangsungan generasi amat penting.
Justeru, katanya usaha dan langkah-langkah yang dapat membantu generasi muda membina rumahtangga adalah langkah bijak memandangkan masalah kebejatan sosial yang semakin meruncing.
“Bahkan penekanan kepada kehidupan berkeluarga akan mengembalikan dan memartabatkan institusi kekeluargaan yang sepatutnya menjadi tunjang utama kepada masa depan negara,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Pelbagai keraguan tentang pangkalan udara Sg Besi

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sikap kerajaan yang enggan menjelaskan pelbagai keraguan tentang Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi akan mengakibatkan rakyat menanggung bebannya, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar).

"Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dilihat umum sebagai 'projek Taek Jho Low' menjadi keutamaan Belanjawan 2012 dan dimasukkan di dalam perlaksanaan Rolling Plan Kedua yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

"Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," kata beliau.

BN bayar 200 cyber trooper?

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu.

Enggan disepina: Najib, Rosmah kebal undang-undang

KUALA LUMPUR: Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya dianggap kebal dari tindakan undang-undang apabila enggan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas kenyataan Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang menganggap Najib dan isterinya mempunyai keistimewaan kerana institusi kehakiman, telah menjadi perkakas Umno-Barisan Nasional.
“Dulu Najib dengan gahnya berkata bahawa dia tahu semuanya tentang Anwar dan kini dia sendiri memohon untuk membatalkan sepina.”

Menghargai warga emas: Makna di sebalik ‘anugerah’ BN

11 OKTOBER – Selepas dua seteru politik, iaitu Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO dan Pakatan Rakyat yang kongsi oleh PAS, DAP dan PKR membentangkan Belanjawan 2012 masing-masing, maka acara seterusnya adalah sindir-menyindir dan lekeh-memperlekeh agenda antara satu sama lain. Inilah budaya berpolitik di Malaysia.
Dalam kesibukan itu, apa salahnya kita fokus kepada beberapa aspek yang menyentuh agenda kedua-dua gabungan yang salah satunya bakal dinobatkan sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Isu Lynas: Malaysia jadi ‘tong sampah dunia’ ?

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Pemuda DAP Kebangsaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan Barisan Nasional yang cuba menjadikan Malaysia sebagai ‘tong sampah dunia’ melalui projek pembangunan nadir bumi oleh Lynas di Kuantan, Pahang.
Timbalan Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan Jenice Lee berkata, kempen yang telah dijalankan bersama penduduk-penduduk sekitar langsung tidak diambil peduli oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar.
“Pimpinan kementerian itu asyik tidur sahaja, malah respon mereka terhadap desakan kami hanya dibalas dengan kata-kata kononnya dengan pembukaan kilang Lynas itu ia akan membuka 400 peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar,” katanya kepada Roketkini.
Justeru, beliau berkata, dengan ketidakperihatinan terhadap alam sekitar, kerajaan seolah mahu menjadikan Malaysia sebagai tempat longgokan sampah sahaja.
“Apabila kilang tersebut mula beroperasi, ia akan menghasilkan sisa-sisa yang tidak boleh dikitar semula dan kesan radioaktifnya tidak dapat diukur,” katanya.

Bajet PR Tidak Membantu Kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU-13


pr bajetPAKATAN RAKYAT tidak harus terus dibuai mimpi bahawa bajet yang berdasarkan Buku Jingga akan membantu kemenangan dalam PRU yang akan datang.   Sebaiknya seluruh tenaga yang ada perlu difokuskan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Tidak salah jika PR belajar dari BN dalam hal ini memandangkan BN mempunyai rekod ‘tanpa kalah’ dalam pilihanraya walaupun bukan semua yang dijanjikan mereka mampu ditunaikan.
Sedarkah kita, bahawa Bajet 2012 adalah bersifat ‘jangkaan’ atau ‘perancangan’ masa depan sedangkan rakyat lebih mudah tersentuh dengan apa yang dilihat dan dirasai mereka pada masa ini.   Masa depan itu belum tentu, tetapi masa kini sudah pasti.

Kelantan Perlu Tubuh Pasukan Polis Sendiri Untuk Laksana Hudud

polisWALAUPUN masih terdapat tentangan hebat dari DAP, PAS nampaknya nekad untuk melaksanakan hudud dan menukar persepsi ramai bahawa parti itu hanyalah kuda tunggangan dalam Pakatan Rakyat.
Jika dahulu,  Tun Dr. Mahathir menjadi penghalang, perlembagaan persekutuan menjadi alasan, kini sekutu sendiri iaitu DAP juga tidak lagi dapat mengubah pendirian PAS untuk melaksanakan hudud.
Namun, walau betapa tegas pun nada suara PAS mengenai hudud kali ini rakyat masih tetap musykil akan kesungguhan PAS  selagi ia tidak benar-benar dilaksanakan.