Isnin, 10 Oktober 2011

Cara Mudah Jadi Munafik Atau Kafir : Poster Hina Hudud Ni Puak Mana Yang Buat Hah???

Zina Dan Rogol Menjadi-jadi Di Kalangan Pelajar Sekolah

Empat pelajar rogol rakan sekolah

SUNGAI PETANI – Empat pelajar tingkatan tiga dan empat di sebuah sekolah menengah di Gurun dekat sini ditahan reman semalam dipercayai terlibat dalam kes rogol melibatkan seorang pelajar perempuan dari sekolah sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, keempat-empat mereka berusia 15 dan 16 tahun itu didapati telah merogol rakan sekolah mereka di sebuah rumah salah seorang suspek di Gurun.

Terus Terdesak : Video Seks "Paman Anwar di Patpong Bangkok" Tersebar di Blog Pro UMNO.


KUALA LUMPUR, 10 Okt. – Satu lagi rakaman klip video hitam putih yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet sejak pagi tadi oleh beberapa blogg blogg UMNO.
Klip video yang bertajuk "Paman Anwar Di Patpong Bangkok " dengan durasi 2  minit 25 saat itu menampilkan seorang lelaki dalam keadaan memakai jubah mandi yang berlegar disekitar katil sambil bermain talifon bimbit.

Singkir MB cerita mengarut- KEADILAN Selangor

KUALA LUMPUR: Desas desus mengatakan hubungan antara Adun Selangor dengan Menteri Besarnya semakin rapuh merupakan cerita mengarut dan tidak berasas, kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.
Beliau merujuk laporan portal berita Antarapos.com, kononnya terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu yang mendesak pimpinan parti memecat Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kata Shuhaimi, hubungan antara Adun Selangor dengan Khalid I bukan sahaja baik, malah mereka juga menyatakan sokongan dan ikrar taat setia untuk mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor.
“Kita akan mempertahankan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor sehingga selesai term (tempoh) lima tahun, sehingga parlimen dibubarkan atau DUN dibubarkan.

Abdul Khalid Terus Teraju Selangor: Anwar


KUALA LUMPUR, 10 OKT : Ketua  Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan tiada cadangan daripada pihak parti untuk menggantikan tempat Khalid.

Anwar berkata demikian kepada wartawan di lobi Parlimen apabila diaju pertanyaan mengenai kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Ini dibangkitkan soal yang dilaporkan kononnya ada usaha untuk minta diganti Tan Sri Khalid ini. Ini cerita tahun pertama  tentang cara pengurusan Tan Sri Khalid yang agak tegas dan sebagainya,”katanya.

Video-MRT realignment: Spad reply 'incongruous, unbelievable'

Video-FORUM FESKUM 5 Sdra Safuan

V

Umno perlu sokong hudud

Anggota parlimen (MP) Umno yang beragama Islam perlu turut bertanggungjawab memastikan pelaksanaan undangundang Islam di Kelantan menjadi kenyataan.Anggota Exco kerahttp://api.ning.com/files/KRbFUqmOYtAGgEcshE8vONGQQBmZr9dna6M64eE*6hHfXiFb*PPTEeQOLMLzrBdmlFUvl9jcEt*p*-V6t5CyWivr8UUiWUOQ/hakim.jpgjaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, mereka mesti menyokong hasrat PAS melaksanakan perundangan Islam di Kelantan dengan melakukan beberapa pindaan undang-undang di parlimen.

“Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut mencadangkan supaya peruntukan undang-undang yang sedia ada perlu dipinda terlebih dahulu,” katanya di sini.

MP Pakatan Selamatkan RM30 Juta Wang Rakyat

Oleh Mohd Sayuti Omar
AKHIRNYA Putrajaya terpaksa menarik balik cadangan untuk menyemak semula kemudahttp://aws.mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/bajet-copy-565x376.jpghan untuk Ali Parlimen seperti mana diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2012 yang dibentangkan pada Jumaat lalu. Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz hari ini.

Kata Nazri beliau telah menarik balik cadangan itu selepas mendapati ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan untuk menyemak kemudahan untuk ahli Parlimen itu. Cadangan itu katanya membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta.

Hasan Ali respon kepada isu pemesongan akidah

Sebagai EXCO Hal Ehwal Islam negeri ini saya sangat menyanjung tinggi titah yang dikeluarkan oleh istana mengenai isu pemesongan akidah yang hangat diperkatakan sejak beberapa minggu yang lalu.

Mengenai titah Baginda itu, saya suka melihatnya dari dua perspektif.  Pertama, dari sudut bahasa titah itu sendiri yang begitu tegas menghendaki supaya perkara pemesongan akidah tidak lagi berlaku di negeri Selangor.  Kedua, dari sudut semangat (spirit) titah tersebut dalam mana Baginda Sultan sebagai payung agama menzahirkan komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap Islam khususnya yang berkaitan dengan akidah ummat.

Daripada kedua-dua perspektif yang dinyatakan di atas, saya membuat kesimpulan bahawa Baginda Sultan mahukan MAIS dan JAIS sebagai agensi yang bertanggungjawab secara langsung dalam isu ini supaya bertindak secara profesional.

Anwar: Mandat penuh kepada Khalid

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berhubung tuntutan untuk mengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor telahpun diselesaikan secara "demokratik."

"Kita beri mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya kepada wartawan di bangunan parlimen hari ini.

NONETambahnya, beliau juga sering mendengar rungutan demi rungutan untuk menukar ketua umum dan juga menteri besar.

"Tapi kita tidak boleh ketepikan pandangan mereka. Kita dengar dan keputusannya adalah untuk menyokong Khalid," katanya lagi.

Ditanya bilakah keputusan itu dibuat, Anwar berkata perkara itu merupakan satu "isu lama" tetapi timbul semula "baru-baru ini."

Isu berkenaan timbul apabila dilaporkan satu laman web bahawa hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh.

Malah, lapor laman AntaraPos.com, terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu mahu pimpinan parti menggugurkan Khalid daripada jawatan menteri besar.

'AntaraPos usaha Umno kekang populariti Khalid'

ngo pro selangor government rally 230111 faekahDakwaan dan cubaan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor adalah cara Umno bagi mengekang lonjakan populariti pemimpin itu yang mutakhir ini begitu memberangsangkan, kata setiausaha politiknya, Faekah Husin.

Faekah berkata usaha itu bertujuan menjejaskan populariti dan kredibiliti Khalid yang kini mengatasi pimpinan Umno mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

“Blog (AntaraPos.com) yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini.

“Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan Umno ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Datuk Seri Najib (Razak) yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari timbalannya Tan Sri Muhyidin (Yassin),” kata Faekah dalam kenyataannya malam ini.

Najib has gone kaput! There are no measures to shield against global recession

Najib has gone kaput! There are no measures to shield against global recessionThe 2012 Budget has not made much impact to convince the people to vote for the incumbent Government. Malaysia's financial strength should not be taken for granted. Any fine economist would have recommended a development budget — pumping more money for development to encourage productivity, especially during these uncertain times of the looming global economic slowdown and recession which may cause many to lose their jobs. But this Budget seems not seem to adhere to this fiscal discipline. It’s more of a spending Budget to ensure the political survival of the incumbent government.
It’s definitely a Budget that throws some money here, there and everywhere, to get that "feel good moments" in order to gain votes in the coming General Election. Economic productivity has not been its main prong but a section of the population would get a small monetary reward each and in a month or so the handouts would have been spent.

Video : Bajet 2012 Banyak Pembaziran

Video : Proposed hike in MPs' allowances to be withdrawn

Video : BN behind distasteful hudud leaflets

Video : Sherine Tadros updates on the latest from Egypt clashes

Video : Al Jazeera talks to an eye witness from Egypt clashes

Video : Egypt violence

Video : Anwar on MPs' allowances

Video : Gaji MP tidak Wajar Dinaikkan

Hudud: DHPP Perak teguh di belakang PAS

IPOH, 10 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak yang mempunyai ahli paling ramai di Malaysia berdiri teguh di belakang pimpinan PAS Pusat dalam isu hudud.

Ketuanya, Beh Heng Khim berkata, DHPP Perak menyokong penuh jika hudud dilaksanakan khususnya di Negeri Kelantan.

"Tidak ada sebab kami menolak Hukum hudud," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak.

Beliau berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut kepada hukum itu kerana ia lebih baik daripada hukuman yang sedia ada.

10.83 peratus murid tercicir

KUALA LUMPUR - Dari tahun 2006 hingga 2010 kira-kira 10.83 peratus keciciran murid di peringkat sekolah rendah dan menengah yang mengikuti sistem persekolahan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dicatatkan.
“Bilangan keciciran pelajar sekolah menengah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 9.42 peratus berbanding sekolah rendah kira-kira 1.41 peratus, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak semua murid tersebut tercicir terus daripada mengikuti sistem persekolahan, sebaliknya sebahagian besar mereka meneruskan pelajaran di sekolah swasta, sekolah agama rakyat, Sekolah Menengah Persendirian Cina, sekolah antarabangsa dan madrasah.
“Pada Jun tahun lalu, kira-kira 140,000 murid di peringkat sekolah rendah dan menengah belajar di sekolah swasta.”

Despite Najib's promised reforms, Ops Lalang still a very real threat

Despite Najib's promised reforms, Ops Lalang still a very real threatOn October 27, Malaysia will remember the 24th anniversary of one its most notorious political crackdowns, where Prime Minister Najib Razak, who was then the Umno Youth chief, had played a major role in the swoop that saw 106 activists, journalists and politicians put behind bars under the oppressive Internal Security Act.
It appears that the memories are still fresh and wounds remain open for those who were incarcerated for their beliefs. Last week, PAS vice president Mahfuz Omar accused Umno Youth of stirring up Malay fanaticism and racial fervor during its mass rally for the Malays at the TPCA Stadium in Kuala Lumpur.
"Operasi Lalang in 1987 had caused a lot of people to become victims of ISA including myself and several others in the Parliament today, following the racial tension due to the statement from Najib, representing the Umno Youth and Lim Kim Sai, representing MCA," Mahfuz told Parliament last week.

SMS Pang Chow Bikin "Sebak" Penyokong PAS..

Baru terima sms sebentar tadi dari Mr Hu Pang Chow, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP berkaitan laporan Surat Khabar Sinar Harian.

"Saya Hu Pang Chow (Ketua DHPP Pusat) menafikan dengan sekeras-kerasnya mengatakan DHPP enggan sokong parti (PAS) jika hudud dilaksanakan dan ancam tinggalkan PAS yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini. Sebagai salah seorang pengasas Kelab yang kini jadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian, umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit didapur."

JuRaGan : Gua Tabik sama luu..Hebat braderr Pang Chow ni.Harap para
blogger siasat dulu sebelum kita hentam orang yang telah banyak
berjasa seperti beliau..Jangan kerana nila setitik,rosak gulai se kawah.
Umno Haprak sentiasa menangguk di air keruh!!

Terbukti Bajet BN 2012 Pinggir Kakitangan Kerajaan!


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Ini bukan kisah dongeng.

Ini bukan Maharaja Lawak.

PKFZ : OC Phang jawab 'tak tahu' semasa disoal

Bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang hari ini memberi jawapan 'tidak tahu' dan 'tidak ingat' ketika disoal oleh pendakwaan pada kes penipuan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

Umno not ready for Nov/Dec polls

Prime Minister Najib Tun Razak is not heeding his former mentor Dr Mahathir Mohamad's unsolicited advice.

A former prime minister who was also a former finance minister and never known for fiscal frugality has warned the west not to spend in denial.
Was Dr Mahathir Mohamad also targeting our current Prime Minister Najib Tun Razak?
In a world set upon by slower economic growth, where do we sell our exports? Can we maintain our price of oil and gas to ensure we have enough funds to finance the RM232.8 billion Budget 2012?
For now these factors seem not to worry Najib who is also the current finance minister.

Adakah penafian dan penipuan SOP Hisham?

Adakah penafian dan penipuan SOP Hisham? Dalam kenyataan yang tidak masuk akal, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Onn berkata cuma satu pegawai polis sahaja yang melanggar Standard Operating Procedure (SOP) dengan melancarkan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin semasa perarakan Bersih 9 Julai. Dan untuk menambahkan kehinaannya, Hishamuddin menambah dengan berkata rakyat hanya membesar-besarkan isu tersebut.
Menteri Dalam Negeri itu berkata kejadian di hospital itu cuma satu daripada "enam atau tujuh" kesilapan yang hanya melibatkan kesalahan seorang pegawai polis. "Berkenaan Tung Shin, ada putar belit yang menunjukkan seperti SOP polis yang tidak betul. Ini cuma satu kejadian.. hakikatnya yang mereka hanya melihat pada satu kejadian, dikaitkan dengan masalah disiplin dalaman berdasarkan SOP, bagi saya, adalah seperti mengatakan bukit kecil itu gunung."

Anwar wants special Parliament meet if GDP aim unmet

Anwar said Najib’s deficit reduction would be false if a supplementary spending bill is tabled in the middle of 2012. — File pic
KUALA LUMPUR, Oct 10 — Datuk Seri Anwar Ibrahim today demanded Parliament reconvene for a “special sitting” if Putrajaya fails to meet its “unreasonable” gross domestic product (GDP) growth forecast. The opposition leader today poured cold water over Datuk Seri Najib Razak’s Budget 2012 tabled on Friday, claiming the prime minister’s predictions and his administration’s alleged penchant for unbridled spending would likely worsen the country’s deficit.

Video: Violent Clashes in Egypt

Video : Cairo on edge after deadly clashes

Video : Dakwa Ekonomi Rancak Anwar Bidas Najib

Video-FORUM FESKUM 4 Dr Zaharuddin

Video-FORUM FESKUM - 3. Prof Madya Dr Abu Hassan

Video-FORUM FESKUM - 2. Kata Aluan Moderator Forum

Video-FORUM FESKUM - 1. Kata Aluan Pengerusi Majlis

Video : Minta UMNO Beri Amaran Kepada Parti Komponan BN

Video : DAP tidak setuju burukkan hudud

Video : Pakatan setuju tarik balik kenaikan elaun MP

Bersih 2.0: Siasatan awam Suhakam esok

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunanan kekerasan melampau ketika perhimpunan Bersih 2.0 esok.
Siasatan yang akan berlangsung di pejabat Suhakam di sini, bermula pukul 9 pagi, akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi suruhanjaya Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
“Suruhanjaya telah memutuskan untuk mengadakan siasatan awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011,” kata Suhakam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Anwar :Gaji MP Tidak Wajar Dinaikkan

KUALA LUMPUR 10 OKT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat kini bukan masa yang sesuai untuk menerima cadangan kenaikan gaji ahli-ahli parlimen.

Ini kerana menurut beliau, berdasarkan pertumbuhan ekonomi negara yang lembab termasuk saranan gaji minima yang tidak dipersetujui kerajaan, maka tidak munasabah untuk Pakatan pembangkang mempertimbangkan perkara tersebut walaupun mendapat keluhan daripada ahli-ahli parlimen yang lain.  

Projek RM250 juta isteri menteri berbangkit lagi

NONEDakwaan pemberian projek sekitar RM250 juta membabitkan suami dan anak seorang menteri kabinet yang menemui kegagalan berbangkit lagi dalam parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.

"Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri," katanya.

Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.

Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat.

Skandal telekom: Siasatan CBI India tiada impak, kata Maxis Bhd

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Tindakan pihak berkuasa mengadakan siasatan ke atas tokoh perniagaan T Ananda Krishnan dan ketua pegawai kanannya Augustus Ralph Marshall tidak akan memberi kesan ke atas syarikat telekomunikasi terkemuka negara Maxis Berhad, demikian menurut syarikat itu hari ini.
Laporan media awal hari ini menyebut kedua-dua mereka disiasat bersama seorang bekas menteri pusat India dan adiknya.

Mampukah Bajet 2012 bantu BN rampas P Pinang?

Meskipun pelbagai pihak memberi pujian yang melangit ke atas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun pemimpin-pemimpin BN Pulau Pinang masih tidak pasti segala janji yang ditaburkan itu mencukupi bagi mereka merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Anti-hudud leaflets in circulation

Khalid Samad smells Umno’s involvement.
KUALA LUMPUR: Unknown persons are distributing anti-hudud leaflets showing PAS spiritual leader Nik Aziz Nik Mat dealing violently with non-Muslim Pakatan Rakyat leaders.
Shah Alam MP Khalid Samad of PAS suspects that Umno has something to do with this.
“We don’t know who gave these out, but they’re probably from Umno,” he said as he showed two such leaflets to reporters in Parliament today.
“Even if they weren’t involved directly, maybe they advised their friends in Barisan Nasional to tarnish the name of Islam.”
The leaflets show Nik Aziz’s face superimposed on a man’s figure. One has the figure holding up the severed head of Penang Chief Minister Lim Guan Eng. The other has the figure, dressed like a Japanese soldier, chopping off PKR vice president Chua Jui Meng’s hand with a samurai sword.

PNB says not seizing reins at SP Setia

Hamad had met Liew to “reassure him of PNB’s best intentions for SP Setia.” — File pic
KUALA LUMPUR, Oct 10 — Permodalan Nasional Bhd (PNB) said today Tan Sri Liew Kee Sin will remain as SP Setia Bhd’s chief executive. In a filing to Bursa Malaysia today, PNB said its policy is to not be involved in the management of companies it invests in, and to leave day-to-day operations to professional managers.

Pakatan MPs wants SPAD to come clean over VIP line shift

Pua called the explanation over the realignment “unacceptable”. — File pic
KUALA LUMPUR, Oct 10 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers today accused the Land Public Transport Commission (SPAD) of issuing “contradictory excuses” in explaining the alleged realignment of the Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT) to spare the home of a noted personality.

Kedai 1Malaysia untuk kroni Umno BN

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Perancangan Kerajaan BN untuk membina lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia diyakini akan memberikan keuntungan kepada kroni-kroni para pemimpin Umno BN, tetapi akan menimbulkan lebih banyak masalah bagi ekonomi bumiputra, terutama pengusaha-pengusaha kedai runcit di kampung-kampung.

Walaupun peruntukan tersebut melibatkan jumlah kewangan cukup besar sehingga RM40 juta seperti yang dinyatakan dalam Bejet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri 7 Oktober lalu, tetapi ia tetap tidak akan dapat dinikmati oleh keseluruhan rakyat.

Video : Empire - Palestine state ... of mind

Video-WACANA HUDUD 14 Penutup oleh YB Khalid Samad

Video-WACANA HUDUD SSJ 11 Ustaz Fathuk Bari

Elaun MP : Apa yang bermain difikiran PM??

Putrajaya menarik balik rancangan untuk menaikkan saraan ahli-ahli Parlimen ekoran bantahan dilahirkan oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat. Yang ni buat wa salute sikit kat Ketua pembangkang dan pimpinan utama Pakatan Rakyat sebab bagi respon yang cepat dan bidasan yang sedikit power, boleh buat PM dan gerombolan terkedu seketika.


Niat sebenar tentang kenaikan elaun MP ni dilihat seperti perangkap dan jika ada MP Pakatan Rakyat yang cepat melatah, nescaya akan menjadi senjata yang cukup-cukup berkesan untuk menghancurkan kredibiliti perjuangan Pakatan Rakyat.

Bajet 2012 : Malapetaka bagi penghuni kampung tradisional.

Pembentangan Bajet 2012 tidak ubah seperti ‘dentuman guruh di langit, tapi hujannya tidak pasti turun lagi!’ Oleh itu, jangan dahulu curahkan air ditempayan, bimbang hujan tak turun, rumah kering kontang kehabisan air.

Tunggu dahulu. Pastikan apa yang digambar-gemburkan sebagai ‘angpow’ dan hadiah ‘duit pilihanraya’ bagi kalangan anggota tentera, polis, pemandu teksi, pesara, etc., benar-benar berada dalam genggaman mereka, barulah boleh dikatakan sah ia ‘hadiah pilihanraya’ yang dijanjikan Najib dalam Bajet 2012.

Pengundi luar bandar juga akan tolak BN nanti

KUALA LUMPUR, 10 Okt: PAS yakin, penduduk luar bandar juga akan menolak BN sedikit waktu lagi dengan perkembangan pesat teknologi maklumat yang ada sekarang.

Ini kerana, BN tidak akan mampu mengawal media sebagaimana yang dilakukannya sekarang sehingga menyebabkan BN hanya disokong pengundi luar bandar.

Demikian kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataanya kepada Harakhdaily.

Sehubungan itu, Perdana Menteri diberikan ingatan, dengan teknologi maklumat yang ada sekarang, penduduk luar bandar juga akan menolak BN apabila mereka mendapat maklumat yang tepat nanti.

Ranking universiti: Malaysia perlu lebih masa

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, universiti negara ini memerlukan masa antara tujuh hingga lapan tahun lagi sebelum layak disenaraikan dalam kedudukan atau ranking 400 universiti terbaik di dunia.

Katanya, universiti di negara ini masih memerlukan masa supaya penyelidikan yang dibuat matang sebelum "terlibat lebih aktif" dalam sistem kedudukan kelolaan majalah Times Higher Education (THE).

Tuduhan Jahat : 24 aktivis PSM dilepas tanpa dibebaskan

Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini melepaskan tanpa bebas semua 24 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dituduh berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen subversif tanpa alasan sah.

Hakim Ikmal Hishan Ahmad Tajuddin membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwa gagal mengemukakan kes terhadap pertuduhan selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada prosiding hari ini.

US firms leery of Bank Negara’s role, says leaked cable

KUALA LUMPUR, Oct 10 — Bank of America (BoA) was pressured by Bank Negara to give out low-cost home loans and set up a global online banking server locally to expand its business here, a US envoy here cabled to Washington in October 2007.
Malaysia’s central bank also imposed rules on other US firms, including laying down quotas as well as constructing buildings and hiring local workers in exchange for allowing them to operate in the country, said the leaked cable.
But to the US firms, Bank Negara’s actions were biased towards Putrajaya’s development plans and raised serious questions about its role as a neutral financial regulator, said the WikiLeaks document posted this morning on the Malaysia Today website.

Mampukah Bajet 2012 kembalikan kuasa 2/3 BN?

Dr Rosli Yaakop   
Belanjawan 2012 cukup pemurah. Ada yang berlinangan air mata mengenangkan kemurahan hati Perdana Menteri Malaysia. Semua golongan mendapat habuan. Berjuta-juta orang murid sekolah yang belum layak mengundi pun mendapat  habuan. Ibu penulis bakal mendapat RM3,000 sebab arwah ayahanda pernah menjadi AC di zaman penjajah.

Wartakan Kampung Melayu Di Bandar

KUALA LUMPUR 10 OKT: Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) menuntut agar kerajaan mewartakan kampung Melayu sebagai kampung tradisi. 

Perkara tersebut dikemukakan oleh pengerusinya, Ishak Surin yang khuatir penempatan warisan penduduk Melayu majoriti akan lupus dalam pembangunan pesat negara. 

Sehubungan dengan itu Ishak tampil ke parlimen hari ini untuk menyerahkan memorandum kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan agar kepentingan masyarakat Melayu di tengah-tengah bandar terbela.

Dakwa Ekonomi Rancak :Anwar bidas Najib

KUALA  LUMPUR 10 OKT : Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ekonomi negara berkembang baik dibidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakikatnya kata Anwar ekonomi negara masih rapuh dalam suasana ekonomi global tidak menentu.

Perdana Menteri meuar-uarkan seolah-olah ekonomi Malaysia sudah rancak semula dengan menyebut kejayaan menarik pelaburan asing (FDI) dalam tahun 2010 dan separuh tahun pertama 2011. 

Pakatan Rakyat Syorkan Jumlah Dividen Petronas Dikurang Kepada RM26 Bilion Sahaja


KUALA LUMPUR, 10 OKT : Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya kerajaan mengurangkan jumlah dividen yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan persekutuan bagi tahun 2012 kepada RM26 bilion. 

Kerjaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional mengenakan bayaran dividen sebanyak RM30 billion daripada Petronas. Pakatan di dalam bajet alternatifnya mengenakan bayaran dividen sebanyak RM26 billion. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini lebih kecil dan akan mengajar kerajaan berjimat dan mengamalkan disiplin fiskal untuk mengekang hutang negara.

Harapan Komuniti berterima kasih kepada Sultan

Peguam yang bertindak bagi Harapan Komuniti, NGO yang menyokong kumpulan HIV, Annou Xavier, mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan baginda mengenai siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Anwar: Kenaikan elaun hanya untuk kepentingan MP

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, cadangan kenaikan elaun untuk ahli parlimen hanya memberi kepentingan besar kepada peruntukan elaun dan bukannya untuk menggaji kakitangan.

Atas dasar itulah beliau menolak cadangan berkenaan, kata Anwar (kiri) ketika ditanya wartawan di bangunan parlimen hari ini.

"Sebahagian besarnya pergi kepada elaun ahli parlimen, ini tidak boleh diterima.

"Jika (jawatankuasa kecil) kembali dengan cadangan baru, kata mereka hendak sediakan pegawai penyelidik, pembantu di parlimen, itu perkara lain.

Skandal telekom: India fail kes ke atas empat termasuk Ananda Krishnan, Ralph Marshall

NEW DELHI, 10 Okt — Pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap tokoh perniagaan Malaysia T Ananda Krishnan  dan ketua eksekutif kepercayaannya Ralph Marshall bersama seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.
Agensi berita Press Trust of India berkata tiga tiga syarikat termasuk Maxis telah disenaraikan dalam kes itu.
Dua syarikat lain ialah Aspro dan Sun TV dari India.
Bekas menteri India itu ialah Dayanidhi Maran dan adiknya bernama Kalanidhi.
Press Trust of India berkata Biro Siasatan Pusat (CBI) mengadakan serbuan ke atas premis kedua-dua beradik di Delhi dan Chennai.
“CBI telah memfaikan kes ke atas adik-beradik Maran, Ralph Marshall dan T Ananda Krishnan (gambar) dan tiga syarikat di bawah Seksyen 120b Kanun Keseksaan India yang dibaca bersama Seksyen 13(2) dan Seksyen 13 (1)(d) dan juga Seksyen 7 dan 12 Akta Pencegahan Rasuah.
“Kes ini didaftarkan pada 9 Oktober. Serbuan diadakan di New Delhi dan Chennai,” kata jurucakap CBI Dharini Mishra hari ini.
Bekas ketua Aircel C Sivasankaran mendakwa bahawa Dayanidhi Maran ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada Kumpulan Maxis dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran pelaburan dibuat oleh syarikat itu menerusi rangkaian Astro di Sun TV dimiliki oleh keluarga Maran.
CBI berkata selepas Aircel dijual kepada Maxis pelaburan dibuat oleh firma Malaysia ke dalam bisnes keluarga Maran.

Ramai pekerja diperlakukan macam khadam

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat Malaysia sehingga kini rata-ratanya masih berada dalam keadaan daif, manakala di kalangan pekerja pula masih juga terdapat mereka yang diperlakukan seperti khadam serta dibayar gaji di bawah paras kemiskinan.

40 peratus dari rakyat Malaysia tinggal di dalam isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang dari RM1,500 sebulan, manakala tiga perempat dari golongan itu adalah berketurunan Melayu (Bumiputra) yang kononnya dibela oleh Umno BN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, namun dalam masa yang sama, kekayaan negara dipusatkan kepada segolongan kecil golongan kaya dan mahakaya, dengan 50 peratus kekayaan dan pendapatan yang dijana oleh ekonomi negara dibolot oleh golongan 20 peratus terkaya di negara ini.  

Hadir mesyuarat tertutup Bajet 2012, Siapa Rosmah?

PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansur dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.
Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.
Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.
Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.

Undi pos penyelamat Umno di parlimen Jeli

JELI, 10 Okt: Rahsia kedudukan selesa Umno dan Barisan Nasional (BN) di kawasan parlimen Jeli, Dun Bukit Bunga dan Dun Kuala Balah sebenarnya banyak bergantung kepada undi pos.
Ini dibuktikan pada pilihan raya umum lalu undi pos di kawasan parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997, Dun Bukit Bunga (1,554) dan Dun Kuala Balah (1,149).
Manakala undi pos di Dun Air Lanas hanya 294 undi. Jumlah pengundi pos yang sedikit membolehkan PAS melalui Abdullah Ya’kub memenangi Dun berkenaan.
Undi pos ternyata banyak membantu Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila menang dengan majoriti 4,436 undi pada pilihan raya umum lalu.
Tanpa undi pos calon BN di parlimen Jeli mungkin hanya dapat sekitar 1,300 undi. Begitu juga di Dun Bukit Bunga calon BN Mohd Adhan Kechik menang hanya dengan majoriti 348 undi. Tanpa undi pos Adhan mungkin tewas lebih 1,000 undi.

Indian police ‘book’ tycoon Ananda Krishnan, Ralph Marshall in telco graft scandal

NEW DELHI, Oct 10 — Indian investigators have filed a case against Malaysian tycoon Tan Sri T. Ananda Krishnan, his trusted executive Ralph Marshall together with a former Indian telecom minister and his brother on charges of criminal conspiracy over a controversial deal involving telecommunication giant Maxis and India’s Aircel.
A Maxis spokesman told The Malaysian Insider the company is aware of the case when contacted this afternoon.
“We’re aware of that and we’ll get back to you,” the corporate communications official said.
State news agency Press Trust of India said three companies, including Maxis, have also been listed in the case. The other companies are India’s Aspro and Sun TV.
The former Indian minister is Dayanidhi Maran and his brother Kalanidhi. PTI said the Central Bureau of Investigation (CBI) today conducted raids at the premises of the Maran brothers in Delhi and Chennai.

Video-WACANA HUDUD SSJ 13 Dr Khairuddin

Video-WACANA HUDUD SSJ 12 Prof Aziz Bari

Video-WACANA HUDUD SSJ 10 Dr Khairuddin

Video-WACANA HUDUD SSJ 9 Prof Aziz Bari

Video-WACANA HUDUD SSJ 8 Ustaz Fathuk Bari

Video-WACANA HUDUD 7 Dr Khairuddin

Video-WACANA HUDUD 6 Prof Aziz Bari

Video-WACANA HUDUD 5 Ustaz Fathuk Bari

Video-WACANA HUDUD 4 Dr Khairuddin

Video-WACANA HUDUD 3 Prof Aziz Bari

Gabungan kecewa timbang undi tak percaya ke atas SU Agung MTUC


KUALA LUMPUR, 10 Okt — Mesyuarat majlis am khas Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) petang ini dijangka panas dengan beberapa gabungan badan induk itu tidak puas hati dengan Setiausaha Agung Abdul Halim Mansor termasuk ada yang mahu membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau.
Kesatuan gabungan itu dikatakan kecewa dengan cara Halim mengendalikan krisis berhubung kait dengan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat Khamis lalu, dan mengambil tindakan didakwa bertentangan dengan keputusan MTUC termasuk berada di luar negara minggu lalu.

Najib now vulnerable: Budget 2012's biggest gainer is Muhyiddin

Najib now vulnerable: Budget 2012's biggest gainer is MuhyiddinIf Prime Minister Najib Razak had hoped to 'wow' the country with his record-size Bugdet 2012, then he must have been disappointed with the response. Not only were the opposition and indpendent financial analysts scathing about his lack of long-term planning, the deafening silence from the public gallery could not have gone unnoticed by his peers in Umno.
Already, the camp supporting Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin to take over is stronger and outnumber those who side him. The Budget 2012 presentation now confirms that Najib has run his full course. He and his advisers have no more ideas, they have no savvy. What other bullets does he have to fight Muhyiddin?
"We don't want to get caught in a guessing game over the GE-13. But Najib won't hold it this year, that's looks quite certain. The thing is, after such a huge Budget and so many goodies, what else can he introduce to change voters' perception of him and his administration? If the current response is any indication, Najib and Umno may well lose big, which is what former PM Mahthir himself has pointed out," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.

Budget 2012 : ‘Where’s the Auditor-General’s report?’

Pakatan asks whether the delay is a tactical move to prevent MPs from discussing the contents of the report.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat wants to know what has happened to the Auditor-General’s (A-G) report which should have been presented in the Dewan Rakyat before the debate on Budget 2012.
Opposition Leader Anwar Ibrahim said that it was strange for Parliament to debate the budget before the A-G’s report was presented.
“Unfortunately, we are debating the budget today, but the Auditor-General’s report has not been presented,” Anwar told the Dewan Rakyat today.
He said this while presenting his response to Najib’s Friday announcement of Budget 2012.
“To my understanding, perhaps the house secretary can check; (this has) not happened before… that the Auditor-General’s report has not been presented before the budget was debated,” he added.