Isnin, 3 Oktober 2011

Video : High Court Leaks

Video : "MCA loses humanity to score political points"

Video : The Crying Forest

Video : Syrians cross into Jordan

Video : Kabul's new strategy for peace

Video : Kg Baru Development Bill 2010 scrapped

Video : Azmin, Loke dan Hatta Wakili Pakatan Rakyat dalam PSC

Video : Rang Undang Undang Kampung Baru

Video : 10 Permohonan Bina Ladang Tenaga Solar Diterima

Pakatan bentang Belanjawan Sejahtera esok

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Pakatan Rakyat akan melancarkan Belanjawan 2012 versinya dengan nama Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 esok.

Belanjawan itu akan dibentangkan di Bilik Taklimat, Aras 2, Bangunan Utama, Parlimen Malaysia mulai jam 1 tengahari esok.

Antara yang akan menghadiri majlis pelancaran ini ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,   Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.

Tiga Beranak Terima Sijil Diploma, Ijazah

Mokhtar (kanan) dan isteri, Hamidah (kiri) melihat ijazah yang diterima anak mereka, Farah di Kuantan semalam.
Kuantan, 2 Okt : Tiga sekeluarga dianugerahkan diploma dan ijazah masing-masing serentak dalam Istiadat Konvokesyen Keenam di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini semalam.
Pasangan Dr. Mokhtar Ibrahim, 57, dan isterinya, Dr. Hamidah Alus, 54, bersama anak mereka, Farah Layana, 24, menerima diploma dalam istiadat yang disempurnakan Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Lagi gesaan daftar pemilih automatik

Kerajaan sekali lagi digesa untuk melaksanakan proses pendaftaran pemilih secara automatik apabila seseorang warganegara mencapai usia 21 tahun.Perkara itu sebelum ini telah beberapa kali dibangkitkan pelbagai pihak terutama selepas kerajaan mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menambah baik proses pilihan raya di negara ini.Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata proses pendaftaran secara automatik boleh menjimatkan masa dan wang ringgit kerana parti-parti politik tidak perlu lagi berkempen untuk menarik orang ramai supaya menjadi pengundi, selain pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu turun padang untuk mendaftarkan mereka.

PSC wujud atas desakan Bersih, rakyat

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memainkan peranan penting sehingga kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya seperti yang diusulkan di Parlimen hari ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan juga mesti mengakui penubuhan PSC tersebut dilakukan atas desakan rakyat keseluruhan.
“Kerajaan mesti mengakui bahawa penubuhan PSC ini adalah atas desakan rakyat. Perdana Menteri tunduk kepada keperluan terhadap reformasi sistem pilihan raya.
“Dia juga mengakui sistem pilihan raya kini tempang, tidak bersih dan perlu diadakan satu jawatankuasa untuk melihat proses-proses penambahbaikan. Ini adalah sumbangan besar rakyat Malaysia pelbagai kaum termasuk NGO Bersih,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Apa kata kita bersatu untuk syariat Islam

Nazimuddin Abdul Basi 

Pertamanya, saya tidak tahu dimanakah kesudahannya hasrat ini. Walaupun begitu, saya lontarkan sahaja ia dikesempatan ini dengan harapan sekiranya didapati baik, ceduklah ia dan panjangkanlah ia. Sekiranya tidak, tinggalkanlah sahaja.
Berikut adalah pemerhatian dan pandangan saya:
Sudah sekian lama kita hidup bersengketa disebabkan fahaman politik yang berbeza. Kelihatannya, kita lebih suka memilih untuk bersengketa kerana mahu menegakkan fahaman dan pendirian masing-masing tanpa mengambil kira saranan Al Quran dan Hadith Nabi SAW menyeru umatnya bersatu diatas tali Yang Maha Kuasa. Apapun yang menjadi pendirian kita, adakah betul dan bijak untuk ia dijadikan sebab untuk kita terus bersengketa sehingga tidak nampak kesudahannya? Adakah kita masih ingin mengungkit kisah lama sebagai alasan untuk tidak bersama? Dimanakah jalan tengahnya? Adakah kita benar-benar berusaha mencarinya?

Hormati pandangan ahli JK Parlimen

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menaruh harapan agar Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang akan dibentuk dapat menyelesaikan segala kepincangan proses pilihan raya yang menjadi perdebatan umum.

Ahli Parlimen Marang itu sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Pembentukan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen di Dewan Rakyat hari ini berkata, segala pandangan yang dikemukakan samaada daripada pihak kerajaan mahukan Pakatan Rakyat harus diterima dan dinilai sebaik mungkin.

"Saya harap pembentukan jawatankuasa ini, segala isinya  diambil secara positif, pandangan-pandangan hendaklah dihormati, jangan dibakul sampahkan sahaja," kata beliau.

Ini kerana katanya rakyat sangat mengharapkan pembaharuan dan pembersihan sistem pilihan raya termasuk di peringkat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.

Kenapa tiada jaminan menjelang JK Parlimen siapkan tugas?

KUALA LUMPUR, 3 Okt: PAS mendakwa kerajaan tidak serius untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen untuk memperbaharui sistem pilihan raya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, ianya terbukti apabila kerajaan tidak dapat memberi jaminan pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh enam bulan jawatankuasa tersebut menjalankan tugasnya.

"Pakatan minta jaminan pilihan raya tidak akan diadakan sehingga selesai tempoh enam bulan jawatankuasa ini menjalankan tugas mereka.

"Tapi kerajaan tidak dapat beri jaminan dan (Datuk Seri) Nazri (Aziz)  kata itu hak Perdana Menteri untuk nak bubar Parlimen dan adakan pilihan raya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

PAS Kelantan ucap terima kasih kepada Abim

KOTA BHARU, 3 Okt: PAS Kelantan menyambut baik serta mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Abim yang menyokong perlaksanaan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadhli Hassan mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Abim semalam.

Tak wajar larang murid lemah duduki UPSR

nutp national union of teaching professionKami mewakili Pemuda Sosialis, Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantah permintaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) kepada kerajaan supaya memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk melarang pelajar yang lemah ataupun tidak dapat menguasai aspek 3M - membaca, menulis dan mengira - daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mewujudkan penilaian tersendiri.

(Rujuk akhbar Kosmo! bertarikh 01 Oktober 2011).

NUTP yang rata-ratanya diwakili oleh pengajar membuat tafsiran sesetengah pelajar gagal mendalami pelajaran yang diajar meskipun status kesihatan mereka disahkan normal oleh doktor adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Bukan “Sugar mummy”: Jho tetap bangkitkan kemarahan terhadap Rosmah

Bukan “Sugar mummy”: Jho tetap bangkitkan kemarahan terhadap Rosmah Penafian Jho Low  'hartawan muda' Malaysia bahawa Wanita Pertama Rosmah Mansor adalah "mak angkat" atau "sugar mummy" telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat Malaysia, yang kecewa terhadap pasangan itu yang sering menonjolkan gaya hidup mewah mereka.
Di saat rakyat terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi dalam landskap ekonomi negara sekarang, rakyat Malaysia berasa kurang senang dengan cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya menjalani gaya hidup mewah ibarat orang-orang terkaya dan ternama dunia serta menjadikan tempat-tempat seperti Monte Carlo, Dubai dan New York taman permainan mereka.
"Najib datang daripada keluarga yang kaya dan dia tidak tahu keperihan hidup rakyat. Kemewahan adalah sebahagian daripada hidupnya," Keadilandaily memetik Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota; Azan Ismail sebagai berkata.

Do non-Malays trust Najib more than Nik Aziz after hudud issue?

Do non-Malays trust Najib more than Nik Aziz after hudud issue?To understand the issue of hudud we first need to examine what Islam teaches us about the value of human life.
Islam views human life as a sacred gift from God. The Qur’an over and over again stresses the sanctity of life. The life of every single individual regardless of gender, age, nationality or religion is worthy of respect. In verses referring to the sanctity of life, the term used in Arabic is nafs (soul, life); and there is no distinction made in that soul being young or old, male or female, Muslim or non-Muslim.
"Do not take any human being's life, (the life) which God has declared to be sacred - otherwise than in (the pursuit of) justice: this has He enjoined upon you so that you might use your reason." Qur’an Sûrah al An'am 6.151

Keterangan Najib penting tentukan mental Saiful – Karpal

KUALA LUMPUR: Karpal Singh, peguam yang mewakili Anwar menegaskan keterangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor amat penting dalam perbicaraan kes Fitnah II .
Ini kerana jika mereka enggan memberi keterangan, kredibiliti saksi utama pendakwa iaitu Mohd Saiful Bukhari Mohd Azlan akan terus dipertikaikan di mahkamah.
Karpal berkata demikian sewaktu pembentangan hujah dalam perbicaraan hari ini yang mendengar permohonan Najib dan Rosmah mengenepikan perintah sepina terhadap mereka supaya hadir memberi keterangan.

RUU Kg Baru: PAS anjur Konvensyen Kota 2011

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Seluruh penduduk di negara ini diingatkan agar tidak terpengaruh dengan sandiwara Umno yang menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg Baru (RUU PPKB) daripada dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan bermula hari ini.

Sebaliknya, setelah menarik rang undang-undang itu daripada dibentangkan pagi tadi, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membentangkan pula RUU PPKB yang baru petang ini.

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail (gambar) berkata, penarikan rang undang-undang itu daripada dibentangkan di Dewan Rakyat dibuat oleh pihak Umno secara tiba-tiba, pada hal sebelum ini pihak Umno sendiri telah mengakui mendapat sokongan majoriti penduduk Kampung Baru untuk dibentangkan rang undang-undang tersebut.

Fitnah Liwat II : Saksi misteri akan beri keterangan esok

Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah.

Sara Bokker, model yang mendapat hidayah

Susunan USTAZ ZAINUDIN HASHIM
TIDAK ada seorang pun yang boleh mengagak bagaimana nasibnya pada masa akan datang, sama ada akan jadi baik atau sebaliknya, semua itu telah dithttp://www.ccun.org/images/2008/November/18%20p/img9.jpgentukan Allah dalam aspek qada dan qadar yang telah ditetapkan-Nya.
Walau bagaimanapun, manusia perlu berubah jika keadaan dirinya pada masa kini tidak memperlihatkan bahawa dia seorang yang baik malah menyanggah banyak hukum Allah SWT.

Memposisi kebijaksanaan politik

BEBERAPA reaksi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa perayaan 16 Septemhttp://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/salahuddin-ayub.jpgber khususnya pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilihat sebagai telah meletakkan Najib ‘menari ikut gendang yang dipalu Pakatan Rakyat’.
Najib perlu respon dan terpaksa mengikut rentak yang sedang dimainkan Pakatan Rakyat yang mana secara konsisten PAS khususnya sejak 50 tahun dahulu menentang akta draconian yang dipergunakan Umno-BN untuk bertahan sebagai kerajaan.

Kerajaan negeri tiada kuasa penuh

Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
BANYAK kenyataan ditujukan kepada PAS supaya melaksanakan syariat khusushttp://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/0/00/Tuan_Guru_Dato%27_Seri_Haji_Abdul_Hadi_Awang.jpgnya hukum hudud yang menjadi sasaran untuk menghina Islam atau sesiapa sahaja yang mendesak hukum Islam dilaksanakan sepenuhnya.
PAS dicabar melaksanakannya kerana memerintah beberapa kerajaan negeri.Kalangan mereka yang mencabar ini lebih bertujuan untuk menakutkan khususnya masyarakat bukan Islam bagi memancing undi pilihan raya, pada hal mereka berkuasa sepenuhnya sejak lebih lima puluh tahun.

Hudud, PPSMI dan Memali

Oleh Ahmad Lutfi Othman
 
SAH, isu hudud telah dipolitik kan. Umno dan media ber bahasa Melayu yang dikawalhttp://dinmerican.files.wordpress.com/2010/08/memali.jpg?w=180&h=240nya, melalui siri serangan sejak dikecewakan dalam pilihan ra ya 2008, terus menekan PAS ba gi menggambarkan parti Islam itu tunduk kepada DAP. Targetnya tetap satu, ingin menjauhkan pengundi Melayu da ripada PAS.
Manakala bagi parti komponen bukan Melayu BN, terutama MCA dan media berbahasa Inggeris, yang dikejarnya adalah penonjolan komitmen PAS untuk terus melaksanakan hudud, bagi menjarakkan pengundi bukan Islam dengan PAS, sekali gus memalitkan imej buruk kepada sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.

Cabaran melaksanakan syariah dalam kerangka demokrasi

ISU berhubung pelaksanaan hukum pidana Islam khususnya hudud kembali mendapat perhatian umum setelah ditimbulkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ http://api.ning.com/files/KRbFUqmOYtAGgEcshE8vONGQQBmZr9dna6M64eE*6hHfXiFb*PPTEeQOLMLzrBdmlFUvl9jcEt*p*-V6t5CyWivr8UUiWUOQ/hakim.jpgNik Abdul Aziz Nik Mat.
Teruja dengan ‘sikap keterbukaan’ Perdana Menteri untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akta drakonian yang lain, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memohon pentadbiran Najib untuk mengizinkan Kelantan melaksanakan hudud.

Bila Mahathir bercakap pasal hukum Islam !?...

Bila Tun Dr Mahathir bercakap soal hukum dalam Islam, kita hanya boleh dengar, percaya jangan!. Kita faham Tun sering bercakap mengikut sedap hati dan berlandaskan logik dan hukum akal saja!  Dan yang paling penting motif disebalik hujjahnya ialah untuk kemenangan politik Umno,  itu semua orang tahu !. 

Dalam beberapa hal,  Mahathir sebenarnya bersikap tidak jujur kepada diri sendiri dan juga kepada orang Melayu,  beliau cakap tak serupa bikin !  Siapa mengikis kuasa raja-raja Melayu? Siapa menghakis hak-hak istimewa orang Melayu? Siapa penghalang hudud di laksanakan di Kelantan? Siapa yang memulakan kes fitnah paling besar di Malaysia?  Semuanya dalam pengetahuan rakyat.

Keris Umno-BN dah tumpul

Usaha Umno-BN untuk mengeruhkan hubungan DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat semakin boleh dibaca oleh rakyat dan usaha terbaru menangguk di air keruh kononnya Karpal Singh memulau sambutan ulang tahun ke-60 PAS di Kepala Batas kerana tidak menghadirinya juga tumpul.

Pengerusi DAP Pusat itu tidak hadir untuk bersama-sama semua pimpinan utama komponen Pakatan Rakyat kerana masalah kesihatannya yang tidak mengizinkan telah menjadi modal yang cuba dibesar-besarkan Umno-BN, namun ia gagal menimbulkan keresahan dan kegusaran ramai.

Sebelum ini, semasa Program Penerangan Perdana di Stadium Bandaraya, Karpal membatalkan pada saat-saat2 akhir kerana kesihatannya. Tapi Umno dan konco-konconya seperti biasa telah menembak tanpa peluru. Bagi kes di majlis penutup di Kepala Batas pun sama, ia memperlihatkan apa sahaja ruang yang ada, maka Umno-BN akan berbuat helah yang sama.

Termakan budi, tergadai jiwa dan raga?



SAKMONGKOL AK47
Ada seorang pembaca blog saya menegaskan janganlah menganggap apabila orang Melayu menyokong UMNO dan BN, mereka itu bodoh. Izinkan saya memberitahu terlebih dahulu, saya tidak berkata demikian- yang saya sebut ialah pemimpin membodohkan orang Melayu. Ada perbezaan besar antara bodoh dan di perbodohkan. Tapi itu menjadi topic lain pula yang kita tidak akan bahas disini.

Itu bukan bodoh, itu membalas budi kata nya. Mereka hanya membalas budi kepada sebuah kerajaan yang telah memberi mereka banyak nikmat kehidupan. Orang berbudi kita berbahasa, demikian natijah dari pendapat nya.

Flip-flop : Rang Undang-Undang Kampung Baru ..yng lama tarik...yang baru masuk..!!


KUALA LUMPUR 03 OKT : Pemimpin Pakatan Rakyat menyelar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kerana memasukkan rang undang-undang versi baru bagi pembangunan Kampung Baru tanpa berunding bersama sekretariat penduduk. 

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang ditemui dalam sidang media di lobi Parlimen berkata, adalah tidak wajar RUU baru itu dibahaskan oleh Menterinya Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin tanpa memanggil sekretariat penduduk terlebih dahulu untuk meneliti draf RUU tersebut.

Isma: Kerajaan pusat Pakatan tidak jamin hudud akan dilaksana


KUALA LUMPUR, 3 Okt — Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memandang positif pendirian terbaru PAS yang mengulangi ikrar untuk melaksanakan hukum hudud jika dapat menguasai Putrajaya tetapi kerajaan Pakatan Rakyat belum jamin perundangan itu akan dikuatkuasakan.
Sebaliknya jelas Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman, walaupun Isma berpandangan bahawa pengertian pelaksanaan siasah syariah lebih luas daripada sekadar melaksanakan hudud, pihaknya menganggap pernyataan hasrat PAS itu suatu yang positif.
“Pada hakikatnya isu hudud yang disebut-sebut pada hari ini tidak lebih sekadar isu politik semata-matam,” kata Abdullah Zaik.alin

Jangan tertipu bajet 'morfin melalaikan'

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Menyifatkan bajet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menjelang pilihanraya sebagai ‘morfin yang melalaikan', Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyeru rakyat supaya sedar dan tidak ditipu oleh janji-janji pilihanraya dalam bajet yang tidak pernah kunjung datang.
Tahun ini, kata beliau ialah julung kalinya rakyat dapat melihat dua tawaran bajet – satu daripada BN dan satu daripada Pakatan Rakyat (PR).
“Ambillah peluang ini untuk menilai bajet mana yang lebih menjamin kesejahteraan semua, daripada bajet yang sekadar menyuntik morphine untuk me’lalai’kan rakyat daripada kesakitan hanya sehingga selepas pilihanraya umum.

Duta EU berminat ikuti isu hudud

KOTA BHARU, 3 Okt: Isu hudud yang dicetus di Kelantan bukan sahaja menjadi polemik di kalangan pemimpin tempatan, malah turut menarik perhatian negara asing termasuk Kesatuan Eropah (EU).
Hari ini Duta Kesatuan Eropah, Vincent Piket mengunjungi Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai isu tersebut.
Ahmad berkata, duta terbabit diberi penjelasan mengenai hasrat kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud di negeri ini, namun terhalang disebabkan tidak dilakukan pindaan perlembagaan persekutuan.

ACCIN gesa perkukuh Islam agama Persekutuan

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Gabungan Pertubuhan NGO-NGO Islam Malaysia (ACCIN) bersetuju dengan saranan Mufti Perak supaya kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dikukuhkan.
Setiausahanya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, masyarakat perlu difahamkan bahawa Islam bukan sekadar agama rasmi, tetapi ia adalah agama bagi negara.
Ini, katanya bermaksud kedudukan agama Islam mestilah sentiasa didaulatkan agar ia tidak mengelirukan masyarakat Islam mahupun masyarakat bukan Islam di Malaysia.

Ayuh bersama Md Sabu 6 Oktober di Rembau


Parti keadilan rakyat rembau memandang serius politik ganas yang dimainkan oleh Umno. Dalam isu serangan dan fitnah terhadap Hj Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS, sudahlah beliau diserang menggunakan media arus perdana dan penyelewengan laporan oleh Utusan Malaysia sehingga memaksa beliau melakukan saman ke atas Utusan Malaysia, tidak cukup dengan itu Umno menyerang beliau secara fizikal juga.

Permohonan Najib, Rosnah ketepikan sepina diputuskan Khamis ini

Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan akan diputuskan pada Khamis ini.

Peguam: Najib, Rosmah bukan saksi relevan dalam kes fitnah liwat Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Najib Razak dan isterinya bukan saksi relevan dan tidak dapat menyediakan keterangan penting dalam keterangan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam-peguam mereka hari ini.
Datuk Hisham Teh, salah seorang peguam yang mewakili Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) berkata ketua pembangkang itu telah gagal menyediakan bukti kukuh bahawa mereka adalah saksi yang relevan.
Peguam itu berkata permohonan Anwar untuk memaksa Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan hanya bertujuan “memancing” maklumat daripada mereka.

Video-Siti Aishah: Najib Bapa Bankrapsi Malaysia!

Video-Piket : MTUC bantah pinda Akta Pekerjaan 1955

Video : SPR tidak upaya laksana reformasi

Video-RUU Kg Baru: Kata tarik balik, kenapa bentang baru

Video : Sejarah Ringkas 60 Tahun PAS

Scorpene: Najib akan disepina mahkamah Perancis- Suaram

LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.
“Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah,” kata Cynthia.
Katanya,  perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.

AWER: IPP menang jika rundingan semula PPA tidak dimuktamadkan

PPA generasi pertama akan berakhir di antara tahun 2015 hingga 2016.  Ini memberikan ruangan masa empat hingga lima tahun untuk membina loji janakuasa baru jika perlu.  Walau bagaimanapun, SENI MELAMBATKAN rundingan semula kepada selepas tahun 2011 hanya akan merugikan kerajaan, rakyat dan perniagaan.

Perdana Menteri telah berjanji untuk runding semula PPA untuk manfaat rakyat dan negara.  Walau bagaimanapun, kelewatan dalam rundingan semula hanya memberikan berita buruk dan mencabar Kerajaan Persekutuan dalam komitmennya untuk melindungi kepentingan rakyat.

Najib patut malu aset Taib curiga di luar negara

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Perdana Menterilah yang bertanggungjawab dan kerajaan patut berasa malu apabila aset Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi isu yang mencurigakan di luar negara, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila kerajaan Australia mengambil tanggungjawab mengenai perkara itu di bawah Konvensyen Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Konvensyen PBB menentang Jenayah Terancang Transnasional, ia amat memalukan negara ini," kata beliau sambil membangkitkan bahawa kerajaan Switzerland dan kerajaan German juga memberikan komitmen untuk menyiasat perkara yang sama.

Aduan mengenai tuduhan aktiviti rasuah Abdul Taib dan keluarga telah dirujuk oleh Menteri Luar Australia, Kevin Rudd kepada peguam negara itu.

Mansuh ISA: Najib gagal umum tarikh- Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal mengumumkan tarikh sebenar untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dia (Najib) umumkan untuk mansuhkan Akta ISA, tapi tidak nyatakan tarikh sebenar, dalam masa sama pula bercadang untuk bentangkan dua akta baru yang saya yakin tetap zalim.
“Kalau pun diperkenalkan, ia dengan adalah dua undang-undang yang keras. Tiada tanda jelas mengapa dia mahu mansuh ISA, tapi masih tak membenarkan aktiviti dan fungsi parti politik, dan tiada akses kepada media arus perdana,” kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

After 2 years, judgement on the Altantuya killers remains unwritten: Why?

After 2 years, judgement on the Altantuya killers remains unwritten: Why? More than 4 years have passed but the Malaysian courts are still dragging their feet on a RM100 million lawsuit filed by the parents of Altantuya Shaariibuu, a Mongolian national killed on Malaysian soil allegedly in connection with a corruption case involving Prime Minister Najib Razak and the purchase of Scorpene submarines from French giant DCN.
Even more glaring, more than 2 years have passed since two of Najib's former bodyguards were sentenced to hang for killing Altantuya in a jungle clearing in 2006, but the judgment for the death sentence remains unwritten. Why?
Is the abnormal delay due to the Malaysian judiciary's incompetency and inefficiency, or are the Malaysian courts really as unprofessional their international image suggests? Is the Malaysian system geared towards protecting political bigwigs rather than administering justice without fear or favour?

Bolehkah PM jamin reformasi pilihan raya sebelum PRU 13?

Saya mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen ini tetapi masih mempunyai keraguan.

Sejak tahun 1970-an di Parlimen, DAP telah menyeru supaya system pilihanraya mestilah bebas, adil dan bersih.  Antara cadangan pembaharuan yang dikemukakan oleh DAP termasuklah:

1. Senarai pengundi yang bersih, jujur dan komprehensif di mana satu sistem pendaftar pengundi otomatik dilaksanakan dan setiap rakyat yang mencapai umur mengundi akan disenaraikan, berserta dengan proses pembersihan senarai pengundi dan menghapuskan semua pengundi hantu dan tidak sah;

Nurul Izzah Cadang Rang Undang-Undang Mansuhkan Darurat

KUALA LUMPUR 03 OKT: Ahli  Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan Malaysia menunaikan janji yang dibuat bulan lepas bagi memansuhkan tiga Pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa di Malaysia.

Didalam satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nurul Izaah turut sertakan draf rang undang-undang bagi pemansuhkan darurat 2011 untuk diperincikan dan disemak Perdana Menteri. Draf itu adalah usulnya sendiri bagi membolehkan kerajaan merealisasikan matlamatnya untuk memansuhkan tiga pengishtiharan tersebut. 

Hudud: Alasan DAP perlembagaan tapi Umno berbelit

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketika hudud semakin menyerlahkan kemunafikan Umno, sekurang-kurangnya DAP tidak menolak hudud atas alasan Perlembagaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"DAP sekurang-kurangnya menolak hudud dengan menggunakan hujjah Perlembagaan negara dan apa yang difahaminya sebagai prinsip sekularisme dalam perlembagaan itu.

"Tetapi, tanpa sebarang hujjah yang munasabah, malah berbelit-belit dengan dalih-dalih yang telah lama dipatahkan, Umno mengulang-ulang sikap menuduh hudud tidak sesuai dilaksanakan walaupun tidak berani lagi mencerca undang-undang hudud sebagai primitif dan sebagainya," kata beliau.

Menteri: Akta baru Kg Baru beri pemilik lebih suara digubal.....lepas tu tarik semula..!!!

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Putrajaya akan membentangkan akta  baru bagi menggantikan rang undang-undang yang ditarik balik hari ini dengan memberi pemilik tanah Kampung Baru di ibu negara lebih banyak suara dalam soal pembangunan kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu.
Pagi tadi, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memaklumkan Dewan Rakyat bahawa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ditarik balik.
Ia dibentangkan kali pertama pada Disember lalu tetapi berhadapan dengan protes pemilik dan pewaris kawasan itu.

Mahsuh ISA: Lembu punya susu tapi jangan ambil nama, PM nasihat Pakatan

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa Pakatan Rakyat tidak mengambil kredit daripada langkah pentadbirannya memansuhkan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggubal perundangan baru.
Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) sama ada kerajaan bersedia menggunakan Akta Pemansuhan Darurat yang disediakan oleh Pakatan Rakyat, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan proses penggubalan dua akta baru itu tidak lama lagi.

Dr Hatta, Azmin, Antony Loke wakil Pakatan di PSC

Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian mereka menyokong pembentukan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini tetapi menegaskan bahawa tindakan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi tidak melaksanakan reformasi atas usaha mereka sendiri.

Pembentukan JK khas reformasi p'raya dibentang

azlanKerajaan hari ini membentangkan rang undang-undang pembentukan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen bagi mencadangkan pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Turut dibentangkan adalah rang undang-undang bagi memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul bagi memansuhkan undang-undang darurat itu buat bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, pagi ini berikutan pengumumannya bulan lalu bagi menjadikan Malaysia, contoh negara demokrasi terbaik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, pula membentangkan rang undang-undang bagi pembentukan jawatankuasa khas itu.

Menurut Nazri, jawatankuasa itu akan diwakili oleh sembilan ahli parlimen - lima dari BN, tiga mewakili Pakatan Rakyat dan seorang lagi wakil Bebas.

Pemuda PAS harap tarik balik akta Kg Baru bukan gimik politik

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Dewan Pemuda PAS berharap tindakan kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru tidak bersifat sementara sebagai gimik politik semata-mata bagi mengabui mata rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Sebaliknya sayap PAS itu mahu kerajaan ikhlas dalam memastikan kebajikan dan hak rakyat di kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu terbela sepanjang masa.

Hudud: Kelantan gerakkan agensi k'jaan, organ parti

Kelantan akan menggerakkan agensi kerajaan negeri dan organ parti bagi menjelas dan meningkatkan kefahaman berhubung pelaksanaan hukum hudud, terutamanya kepada masyarakat bukan Islam, kata exconya Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Dr Mohamed Fadzli berkata, langkah itu akan dimulakan pada 8 Oktober depan melalui seminar bertajuk "Keharmonian Masyarakat Majmuk: Pengalaman Kelantan" di Pantai Cahaya Bulan, dekat Kota Bharu.

Karpal kecewa saman sivil Altantuya terus tertangguh..mungkin pada 2200 baca kot...!!!

Tidak ada perkembangan berhubung saman sivil terhadap kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab atas kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

mongolian woman bombed altantuya 081106Peguam Karpal Singh berkata permohonan saman yang difailkan oleh bapanya Setev pada 4 Jun 2007 telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah dalam pembunuhan itu telah memfailkan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Hakim berkenaan, menurut Karpal, juga masih belum menyerahkan penghakiman bertulis.

HEBATLAH ANAK MELAYU SEKARANG, SAMBUT BIRTHDAY DENGAN 'GUINNESS'

Tiada yang paling bangga dengan mereka melainkan ibu bapa mereka dan UMNO. Muka-muka merekalah yang tak mahu Islam tertegak di negara kita....

Pegang jawatan Umno untuk habuan dunia - Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi

Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan “perpecahan masih kritikal.”

Polifiksyen: Revolusi 13.2

Oleh: MSK
Sessi 2. (Professor Y. 24 September,2100 hrs)
Revolusi bukan dirancang. Kebanyakan revolusi yang dirancang selalunya gagal kerana para revolusionaer ditangkap dan dipenjara atau dibunuh. Penangkapan atau pembunuhan  ini yang mencetuskan revolusi. Tetapi revolusi tetap juga tidak akan berlaku kalau rakyat tidak tersepit dan tertindas.
Apakah revolusi tidak akan berlaku di Malaysia? Kalau ditanya kepada ahli politik, mereka sudah tentu berkata ia tidak akan berlaku kerana kalau ada ahli politik yang mengatakan begitu, sudah tentu karier politiknya akan berakhir.