Jumaat, 30 September 2011

Video : Penjelasan perlaksanaan Hudud dalam Islam

Video : Deputy minister to launch portal for public feedback

Video : Petugas DUN Kota Anggerik Bukan Pelaku Dalam Video Blogger Pro Umno

Konspirasi Felda kurangkan pendapatan peneroka- Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyambut baik usaha 365 peneroka Felda di Pahang yang memfailkan saman tuntutan sebanyak RM200 juta ke atas lembaga itu.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Temerloh, semalam, bagi menuntut ganti rugi berhubung penipuan dalam urusan membeli dan memproses kelapa sawit.
Menyifatkan penipuan itu sebagai satu konspirasi yang dilakukan Felda, Izzah berkata ia turut memberi kesan besar kepada pendapatan peneroka.

Hisham defends meeting with Perkasa

http://4.bp.blogspot.com/-TJHvmR0uUbM/ThBTnOCYCRI/AAAAAAAAA0g/QtrXEKu6WPo/s1600/Optimized-hisham_S.jpg(The Malay Mail) Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has defended meeting Malay rights group Perkasa over the abolishing of the Internal Security Act (ISA) 1960.
Yesterday Perkasa met with the minister to hand over a memorandum on the group’s demands relating to the two new laws replacing the ISA.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had announced during his Malaysia Day address the government would repeal the Act and introduce two new laws during the next parliamentary sitting.
Hishammuddin denied he was politically biased by meeting Perkasa and explained the ministry had met other groups as well.

Corporate Welfarism and the Munafikation of Malays

SAKMONGKOL AK47
I found Walla’s comments on my recent article too rapier-sharp by nature, to leave them mothballing as mere comments. In citing Walla, I find sweet revenge too. Walla’s comments can’t be touched by any of those mercenary bloggers on a secret UMNO payroll. 

Any time I write critically of Mahathir, there’s this buffoon who says I am paid by KJ. I wished I were so then I can drive around in Porsche Cayenne (as does Mukhriz) or a Maserati (as does Nazir Razak). Maybe I can also own a Bentley as do many UMNO ministers.

Guan Eng memohon ampun - UMNO bila pula nak mohon ampun?

Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Menteri P Pinang, Lim Guan Eng kerana bertindak untuk memohon ampun kepada Sultan Johor kerana isu kenyataan beliau di Singapura baru-baru ini. Kenyataan beliau itu telah di isukan sebagai kenyataan yang memburuk-burukan negeri Johor serta Sultan yang menaungi negeri itu.

Guan Eng telah memohon ampun dan maaf kepada Raja yang menaungi rakyat dan negeri Johor. Beliau memohon ampun jika kenyataan yang belum tentu kesahihannya itu menyinggung perasaan kebawah Duli Tuanku Johor.

Tindakan Guan Eng ini melambangkan sifat gentleman beliau dan memahami yang negara kita mempunyai Raja-Raja Melayu yang rakyat patut menzahirkan ketaat setiaan kepada Raja-Raja Melayu sentiasa. Tindakan memohon ampun ini adalah satu sifat kepimpinan yang tinggi dan merendah diri yang ada kepada pemimpin muda ini.

Musim haji tiba lagi

Kini musim haji tiba lagi. Tetamu ar-Rahman telah mula berduyun-duyun ke Tanah Suci menyahut seruan haji.
Tahniah kepada semua yang terpilih pada tahun ini. Kepada yang belum terpilih, diharap bersabar dan teruskan berdoa, insya Allah suatu masa nanti giliran anda akan tiba jua.
Bersempena dengan suasana musim haji ini, elok kiranya dikongsikan beberapa kelebihan Tanah Suci Makkah agar yang akan pergi itu dapat melipat gandakan lagi amalan semasa di sana dan mengambil peluang sebanyak-banyaknya untuk menghayati keberkatannya.

Siasat ‘jerung besar’ cagar tanah Felda Plantation

PUTRAJAYA, 30 Sept: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berani menyiasat ‘jerung besar’ yang didakwa terlibat membuat keputusan mencagarkan keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun.
Anak meminta SPRM menyiasat keputusan tersebut kerana dikhuatiri terdapat unsur penyelewengan dan salah guna kuasa memandangkan ianya diputuskan ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab tidak ada dalam mesyuarat kerana menunaikan umrah.

Video - East - Taiwan: Sex in the city

Video : Krisis Air Selangor FOMCA cuba temukan SYABAS dan LUAS

Video : Yemen Says Al-Qaida-linked Cleric Awlaki Killed

Video : Demonstrations in Tahrir Square

Cara Mudah Buat Duit : Penalti hingga 35 peratus jika lewat isytihar cukai - LHDN

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenakan penalti antara 20 peratus dan 35 peratus terhadap pembayar cukai yang lewat atau gagal mematuhi penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
Peraturan baru ini berkuat kuasa 1 Jun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata pengenaan penalti itu akan dilakukan mengikut tempoh kelewatan penghantaran BNCP, antara 12 bulan dan 36 bulan.
“Amaun penalti yang akan dikenakan tidak melebihi tiga kali ganda cukai yang dikenakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata LHDN memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh pembayar cukai apabila lewat atau gagal mengemukakan BNCP mengikut tempoh yang ditetapkan.
Tindakan itu akan dikenakan di bawah Subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 melalui arahan terbaharu, yang merupakan pembaikan kepada arahan sebelum ini untuk menghasilkan peningkatan dalam pematuhan penghantaran BNCP mengikut tempoh.

Utusan Kalah Lagi : Mahkamah dapati Utusan bersalah fitnah Khalid Samad

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Malaysia bersalah memfitnah ahli parlimem Shah Alam, Khalid Samad dalam kenyataan yang disiarkan di muka akhbar berkenaan.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham Prasad berkata plaintif (Khalid) telah berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - adalah salah.

S'gor state seat for Tee Keat, nothing at all for Soi Lek and Tsu Koon?

S'gor state seat for Tee Keat, nothing at all  for Soi Lek and Tsu Koon?Amid speculation that he will be asked to shift to a state assembly seat, former MCA president Ong Tee Keat has come out shooting. And his target is none other than his successor Chua Soi Lek, perceived to be the stumbling block to his political ambitions
The love lost between the two men is well known. Their relationship is no less than the one between proverbial cat and dog, with a quarrel bound to break out within minutes of them being in the same room.
Tee Keat, currently the Pandan MP, has from day one used Soi Lek's tainted past against him when the latter tried to upstage him and inveigle his way into the favour of the top Umno leaders.
Their most heated exchanges took place during the 2009 to 2010 period, when the feuding became so uncontrolled it plunged the MCA into chaos and special EGMs had to be called to sort out the leadership crisis in the party.

Kehidupan Penggeledah Sampah Di Jakarta Yang Menginsafkan

Hari Jumaat ialah hari insaf

Selamat datang ke Bantar Gebang, tapak pelupusan sampah terbesar di Jakarta. Terletak 30KM dari ibu negara Indonesia, Bantar Gebang, menempatkan 2000 keluarga yang kerjanya menggeledah sampah untuk dikitar semula untuk menyara hidup. Setiap hari dianggarkan lebih 6000 tan sampah warga Jakarta dilambakkan disini. Kerja sebagai penggeledah (scavenger) bukanlah mudah dan tidak lumayan. Dalam seminggu gaji purata mereka ialah RM125 (RP 350 000). Mereka bekerja siang ke malam mencari bahan yang boleh digunakan semula. Jika bernasib baik mereka mungkin terjumpa barang kemas atau alatan elektronik yang dibuang secara tak sengaja. Akibat terlalu daif ada dintara mereka yang mengitar semula sisa makanan yang dijumpai untuk mengalas perut. Dibawah ada foto seorang remaja bernama Pamulung yang membuat sate dari daging yang terbuang. Selain dari mengitar semula sampah mereka juga kadang kala terjumpa mayat orang. FFFFUUUU. Kebanyakkan diantara mereka beragama Islam dan walaupun pekerjaan ini dianggap kotor tak lupa solat jemaah. Insaf yet readers?


Menegak Agama Membela Bangsa: Sejarah perjuangan kemerdekaan PAS

"Setelah mencapai kemerdekaan sampailah kita kepada peringkat perjuangan mengisi kemerdekaan, dari sini bermulalah peringkat kedua perjuangan kita, peringkat jangka panjang perjuangan PAS.

"Sebagai sebuah parti yang berideologi, kita berazam hendak mengisi kemerdekaan itu dengan ideologi kita sendiri, iaitu ideologi Islam atau Islamisme. Kita percaya dengan Islam sahajalah negara kita dan umat kita dapat dibawa ke arah keselamatan dan kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

"Dengan lain-lain perkataan bahawa tugas kita yang terpenting sesudah tercapainya kemerdekaan ialah berikhtiar supaya undang-undang dan peraturan yang diamalkan dalam masyarakat dan dalam pemerintahan negara, sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah. Dengan itu barulah ada nilainya Islam itu sebagai agama pembimbing hidup kemanusiaan." - Prof Zulkifli Mohamad

Senarai KESILAPAN yang dilakukan rakan Facebook penyokong Pakatan Rakyat...

Oleh Zulkifli Yahaya

Menurut satu kajian yang dibuat terhadap rangkaian laman sosial terkemuka, Facebook, pada bulan April 2010 terdapat 5.5 juta pemegang akaun FB di Malaysia. Ia dianggarkan 19.6 peratus dari 28 juta rakyat Malaysia.

Setahun selepas itu, iaitu pada April 2011, pemegang akauan FB bertambah ke angka melebihi 10 juta. Pertambahan dalam masa setahun adalah sekali ganda menjadikan pemegang akaun FB di Malaysia merupakan 35.6 peratus dari penduduk keseluruhan.

Najib Lanjutkan Tempoh Persaraan Ke 60/65/70 - Kerja Sampai Mati

Oleh: MERONG

Kamu sibuk dgn isu sejarah/Guan Eng,  Najib secara senyap buat “long term plan” utk HOLD duit KWSP. Najib seperti biasa mengkambing hitamkan CEUPAC utk membawa usul melanjutkan tempoh parsaraan kpd 60 atau 65 atau 70.

Akan di bentangkankan ke dewan rakyat bulan depan. Alasan yg digunakan utk menolong rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Memfitnah Orang Mati- Malaysia Boleh ?

Oleh Hanifa Maidin

Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth dengan pertuduhan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Hishamuddin Rais: Bawa kes kematian dalam tahanan ke antarabangsa

Dengan mengambil contoh "kes kapal selam scorpene", aktivis sosial Hishamuddin Rais melontarkan cadangan agar badan bukan kerajaan (NGO) membawa kes kematian dalam tahanan ke antarabangsa, untuk membuat desakan dari luar negeri, dan bukannya berulang-kali membuat laporan di balai polis yang sesungguhnya tidak membuahkan hasil.

Malah, Hishamuddin Rais (gambar kiri menyifatkan usaha "membuat laporan terhadap polis tentang salahlaku polis" sebagai "kerja gila", dan sesiapa yang berbuat demikian berulang-kali semestinya seseorang manusia yang tidak siuman.

Prioritise issue of Penan rape

The opposition will be 'watching' the progress of minister Fatimah Abdullah who helms the new Sarawak Women's Ministry.
KUCHING: The opposition whilst welcoming the creation of a new state Women and Family Development Ministry wants the state government to prioritise the Penan issue.
Sarawak DAP has called on Women Minister Fatimah Abdullah to be serious with the issue of rape of Penan women allegedly by timber workers.
Pending assemblywoman Violet Yong said the opposition will be ‘watching’ Fatimah’s performance with ‘keen interest’.
“Reports after reports of rapes have been made over the years, and yet the reports have not been taken seriously by the state government,” she said.

Matematik dan Sains dlm Inggeris: Tiket Muhyiddin ke kerusi PM?

Matematik dan Sains dlm Inggeris: Tiket Muhyiddin ke kerusi PM? Pergolakan tentang pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang tidak selesai ini memberikan risiko terhadap masa depan  dasar pendidikan di Malaysia. Pada tahun 2009, ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan, Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu akan ditukar kembali ke Bahasa Malaysia. Seperti biasa, penyokong-penyokong tegar dan pak turut BN mengalu-alukan langkah tersebut, walaupun mereka inilah juga yang mengagung-agungkan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad apabila beliau mula melaksanakan pengajaran subjek-subjek itu dalam Bahasa Inggeris.

Hudud tak menjadi buat BN, Nik Aziz dapat sambutan orang bukan Islam

Hudud tak menjadi buat BN, Nik Aziz dapat sambutan orang bukan Islam Dengan selesainya isu hukum hudud, Mursyidul Am PAS sememangnya ada sebab untuk tersenyum lebar. Beliau telah berjaya memujuk rakan pakatannya, DAP.
DAP dan PKR sudah sedia maklum akan aspirasi PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri telah pun membentangkan pelaksanaan hukum hudud di dalam dewan rakyat masing-masing. Namun, apa yang menjadi penghalang adalah kerajaan pimpinan UMNO yang enggan memberikan kebenaran untuk melaksanakannya.
Tetapi, Nik Aziz yang telah berusia 80 tahun, juga memegang jawatan sebagai Menteri Besar bukanlah sembarangan orangnya. Beliau tidak mungkin akan memaksa pelaksanaan hudud di negera ini semata-mata untuk kepentingan sendiri dan cita-cita Islam PAS.

Skandal Scorpene: Lodin Wok dan rakan korporat Najib mungkin dipetik

Skandal Scorpene: Lodin Wok dan rakan korporat Najib mungkin dipetikBeribu batu jauhnya, peguam Perancis, Joseph Breham sedang dalam persiapan terakhir sebelum muncul di kota London malam ini. Beliau diberitakan akan bercakap dihadapan para hadirin antarabangsa, memperjelaskan maklumat terkini tentang siasatan kes berprofil tinggi yang mana syarikat gergasi senjata DCN telah membayar imbuhan kepada wakil kerajaan Malaysia termasuklah kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Breham yang juga anggota Pertubuhan Peguamcara Hak Asasi Manusia Antarabangsa, telah dilantik oleh Suaram untuk mewakilinya dalam memfail aduan terhadap DCN di kota Paris awal 2010.

Halang qazaf, bertentangan Maqassid Syariah- bekas mufti

SHAH ALAM: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pelaksanaan Maqasid Syariah bertentangan dengan realiti sebenar pentadbirannya, kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya.
Sebagai contoh katanya, jika seseorang mendakwa dianiya dan membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah, kerajaan sepatutnya membenarkan dan bukannya menolak kes itu ke mahkamah sivil.
“Menghalang kes Qazaf dibicara di mahkamah Syariah bermaksud menafikan peranan mahkamah syariah itu sendiri.
“Saya sebut ini tidak semestinya merujuk kepada kes Qazaf individu tertentu, tetapi persoalan penting dalam isu ini ialah menafikan peranan mahkamah syariah bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah,” katanya.

Bajet: Jangan sampai bawa bencana untuk feel good factor

KUALA LUMPUR, 30 Sept: PAS memberikan amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar jangan terlalu ghairah memberikan 'feel good factor' dalam bajetnya kerana dibimbangi ia menjadi bencana kepada negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, nampak jelas kebelakangan ini Najib menuju ke arah itu.

"Ura-ura Najib mahu menaikkan gaji dan imbuhan untuk kakitangan awam dalam bajetnya nanti adalah untuk memberi 'feel good factor' menjelang pilihan raya ini.

"Namun, kena ingat data yang ada sekarang menunjukkan ia satu yang negatif kepada ekonomi kita," katanya.

Sebuah laman web melaporkan, Najib akan membentangkan sistem baru gaji kakitangan awam yang dijangka bakal memberikan kenaikan gaji sehingga 40 peratus kepada kakitangan awam tahun depan.

Flip-flop : Saya tidak sebut 'pemansuhan kuota'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau tidak bermasud untuk memansuhkan kuota bumiputera dalam ucapannya sebelum ini.
Sebaliknya, Najib menjelaskan bahawa ucapan itu bermaksud supaya usahawan bumiputera menjadi lebih berdikari dalam bersaing dengan kaum lain.
"(Wartawan) tidak dengar ucapan saya dengan betul. Saya tidak sebut pemansuhan kuota tapi saya sebut jangan terlalu bersandar pada kuota.
"Peniaga bumiputera mesti lebih berdikari untuk bersaing dengan orang lain supaya kita lebih dihormati. Tapi saya tidak sebut sama sekali berhubung pemansuhan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media yang memetik kenyataannya ketika menjawab satu soalan di program Khazanah Megatrends Forum 2011 pada Rabu lalu.

Usul mansuh ISA ke parlimen Mac 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mengemukakan usul untuk memansuhkan akta ISA ke parlimen pada Mac depan.
Sementara itu, usul untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat pula akan dibawa ke parlimen pada sesi yang bermula minggu depan, katanya lagi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.
Selain itu, usul untuk pindaan ke atas Seksyen 27 Akta Polis pula akan dibentangkan pada November, katanya lagi.
“Majlis tertinggi hari ini sebulat suara memberi sokongan kepada pengumuman saya berhubung cadangan kerajaan untuk mansuh akta berkenaaan,” kata presiden Umno itu.

Muhyiddin: Tiada sekolah kerajaan aliran Inggeris

SERDANG, 30 Sept — Sekolah kerajaan aliran bahasa Inggeris tidak akan diwujudkan di negara ini kecuali jika berlaku perubahan dalam Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.
Katanya sebagai Menteri Pelajaran, beliau bertanggungjawab untuk melaksanakannya berdasarkan akta dan dasar itu yang antara lain menyebut bahawa menyatakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.
“Kalau di sekolah swasta, itu lain ceritalah,” katanya ketika ditanya mengenai permintaan pihak tertentu supaya kerajaan menubuhkan sekolah aliran bahasa Inggeris.

BM for Maths & English to continue

Bahasa Malaysia will continue to be a medium of instruction in national schools. The Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said it would not be possible for the government to set up national English medium schools due to policy and the National Education Act (1996).“English medium schools are unlikely to make a comeback due to the country’s existing education policies.
“However, we have consented for national-type (vernacular) schools to use the Chinese and Tamil languages (as the medium of instruction),” he said.

Salam BONAMA

Salam BONAMA. BO for Bodek... NA for Nak dan MA for Mampus. Hahahaha.... Budaya salam Bodek Nak Mampus!!

Tapi kan.... antara banyak-banyak salaman BONAMA dalam UMNO, yang paling klasik ialah ini....


Gerakan Politik Kiri di Kampung Jenderam

Gerakan politik kiri di kampung Jenderam menarik untuk dikaji dan difahami, kerana secara perbandingan, kampung Jenderam adalah salah satu pusat atau kubu gerakan politik kiri yang terkuat, bukan saja pada peringkat daerah Hulu Langat, tetapi juga pada peringkat negeri Selangor.

Sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi, di samping beberapa faktor yang umum bagi seluruh daerah Hulu Langat, diperkirakan ada faktor khsusus yang mempengaruhi kemunculan dan perkembangan gerakan politik kiri di kampung Jenderam, iaitu  pengaruh dari Indonesia.  Pengaruh dari Indonesia ini boleh dilihat dalam empat perkara yang berikut:

Daripada mati sakit jantung, lebih baik mati dibunuh Umno

Sehari dua ni Umno mencipta kemenangan demi kemenangan. Dari isu hudud sampailah isu jenayah yang statistik kata tinggi di Johor. Umno tentu rasa dia macam ketua mafia yang ditakuti di negara ini. Manakan tidak, tindak tanduk pembangkang nampak sangat diagendakan oleh Umno.

Saya bertemu beberapa kawan yang kata tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini. Bila ditanya kenapa, depa kata nanti Umno make an issue out of it. Tak pa, saya tak akan mencarut lagi. Tapi nampak sangat pembangkang-pembangkang berjiwa kontot ini terang-terang diagendakan oleh Umno.

Pakatan sudah mendapat tempat di hati rakyat Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah mendapat tempat di hati rakyat di negeri itu yang akan menolak Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Haniza Talha.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang berkata rakyat Selangor tertekan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan ‘tidak sabar’ menukar kerajaan negeri sekarang.
“Wanita Keadilan Selangor merasakan ia suatu kenyataan yang cuba menidakkan tahap sokongan yang semakin menjunam dan takabbur (Muhyiddin) yang amat menjengkelkan,” ujar Haniza dalam satu kenyataan media hari ini.

Hudud: MCA, Gerakan terus dicabar keluar BN

KUALA LUMPUR, 30 Sept: MCA dan Gerakan terus dicabar supaya keluar dari BN sekarang, bagi menunaikan cakapnya untuk berbuat demikian sekiranya Umno melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukuman hudud di negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan BN.

Kedua-dua parti tersebut dicabar supaya membuktikan cabaran yang dibuatnya itu adalah cabaran yang bersungguh-sungguh supaya ia jelas kelihatan tidak hanya mainan politik mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukuman hudud sememangnya telah digunakan di sebuah negeri yang berada di bawah BN sekarang iaitu di Terengganu atas nama Kanun Jenayah Syariah Terengganu.

Isa kini musuh nombor 1 warga Felda?

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Bagi warga Felda, Pengerusi baru mereka, Tan Sri Isa Samad kini menjadi musuh nombor satu mereka.

Tidak sampai setahun dilantik oleh Datuk Seri Najib Razak untuk menjaga Felda, Isa didakwa menunjukkan belangnya yang sebenar satu per satu.

Kemuncak kemarahan mereka kepada Isa adalah perlantikan beliau sendiri sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam mesyuaratnya menjelang Aidil Fitri lalu.
(Bangunan KPF yang tersergam indah)

Mesyuarat itu pula dibuat kononnya atas sekeping surat yang ditunjukkan Isa kononnya persetujuan Najib agar beliau mengambilalih KPF.

Yang tragisnya bagi warga Felda, pengambilalihan ini dibuat ketika pemegang jawatan itu, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak ada.

Ketika itu, Dzulkifli sedang menunaikan umrah di Makkah dan hanya pulang ke tanah pada hari keempat Aidilfitri.

Dr Asri disyor ketuai muzakarah hudud dicadang PAS


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Pusat Penyelidikan PAS mencadangkan agar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilantik mengetuai muzakarah mengenai pelaksanaan hukum hudud, yang disyorkan oleh parti Islam itu semalam.
“Cadangan melantik Dr Asri (gambar) ini dilihat boleh diterima oleh semua pihak memandangkan beliau tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sama ada PAS, PKR dan Umno.
“Justeru pelantikan beliau akan lebih menjayakan muzakarah ke arah pelaksanaan usaha yang murni ini,” kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki.
Semalam, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi negatif yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negara ini.

Hudud: Pemimpin DAP, PAS keliru dalam soal Perlembagaan, kata pakar


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Menurut Aziz (gambar), beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.
Kerajaan negeri Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 masih berusaha untuk melaksanakan hukum hudud itu di negeri itu. PAS mengambil langkah yang sama di Terengganu ketika memerintah antara 1999 hingga 2004.
“Setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Jawapan Sultan Johor mengecewakan Utusan dan TV3?


Setelah Guan Eng menafikan beliau ada membuat sebarang ulasan memburuk-burukkan rekod keselamatan negeri-negeri lain khususnya Johor semasa diwawancara di Australia, TV3 telah menyiarkan satu rakaman audio yang dikatakan beliau menghina Johor.

YDP Yadim dicabar buktikan hudud sebenar

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Aziz Jamaluddin Mhd Tahir yang menyatakan masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya “menentang hukum hudud yang sebenar.”
“Bagi DPPM, kenyataan Aziz seperti menuduh PAS yang mencipta hudud, bukannya ia datang daripada hukum Islam.
“Jika demikian, DPPM mencabar Aziz untuk membuktikan apakah hudud yang sebenarnya,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor sebagai respons kepada kenyataan Aziz yang disiarkan di dalam portal berita The Malaysian Insider, hari ini.
Justeru, beliau meminta Aziz memberikan perbezaan antara hudud yang diperjuangkan PAS dengan hudud yang diperintah Allah SWT untuk dilaksanakan.

True nationalists were in fact common rogues

Was Umno 'technically' the running dog of British imperialism?
Technically this country was never colonised! This was the statement by an elder statesman who pontificated us for many years during the Umno general assembly, saying that we have been colonised for over 400 years.
Now, I can have some fun at the verbal gymnastics game. Technically, Umno was the running dog of British imperialism, but in fact it wasn’t.
In fact, it was a nationalist party. Technically, all the other leftist political parties then were freedom fighting organisations, but in fact they were terrorists.
The likes of Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Janggut, Tokku Paloh were technically true nationalists but in fact they were common rogues.

Maaf Sultan Johor, tetapi mahu saman media

PULAU PINANG, 30 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) memohon maaf kepada Sultan Johor ekoran rasa tersinggung baginda tentang kenyataannya namun beliau akan menyaman media kerana memutarbelitkan kenyataannya.

"Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

"Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Kerajaan tolak cadangan biaya parti politik...tapi kompenan BN sejak dulu terima..!!!!

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, kerajaan telah menolak cadangan pembaharuan untuk membolehkan parti politik mendapat pembiayaan daripada negara.

Abdul Rashid berkata, cadangan berkenaan ditolak kerana ada pihak yang akan menubuhkan parti semata-mata untuk mendapatkan dana berkenaan.

Perangsang Selangor sasar 1,500 siswazah berniaga

SHAH ALAM, 30 Sept: Sebagai salah satu agenda dan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) telah menganjurkan satu program untuk membantu siswazah-siswazah Selangor bagi penyediaan mereka memasuki alam pekerjaan.
(Gambar: Pendaftaran siswazah hari ini.)
Pengerusi Kumpulan Selangor Berhad, Raja Idris Raja Kamarudin menjelaskan pada satu sidang media bersama Menteri Besar Tan Sri Abd Khalid Ibrahim hari ini, pihaknya meletakkan sasaran membantu lebih 1,500 siswazah dari Negeri Selangor untuk mendapatkan pekerjaan atau memulakan perniagaan sendiri.

Bantu siswazah: Selangor perlu tenaga mahir, berkelayakan

SHAH ALAM, 30 Sept: Usaha kerajaan negeri Selangor dalam menjayakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) tidak hanya tertumpu kepada meningkatkan sumber ekonomi mahupun kepada warga emas sahaja.
(Raja Idris [kiri] dan Tan Sri Khalid semasa sidang media selepas pelancaran program Rangsangan Kerjaya untuk siswazah Selangor hari ini)

Akibat pecah amanah 1,000 perantis DTM terkontang kanting


LUMUT, 30 Sept: Ekoran kegagalan pembinaan kapal NGPV (New Generation Petrol Vessel) akibat penyelewengan kewangan dan rasuah pada tahun 2006, bukan sahaja duit rakyat yang hangus tetapi menzalimi anggota tentera.

Video : Today in History for September 30th

Video : Gold rush ravages Malaysian forest

Video : Diskaun kompaun MBSA hinggai 70 peratus mulai bulan depan

Video ; PAS Selangor Tidak Akan Laksana Hudud

Video : Klip video skandal DUN Kota Anggerik PKR buat laporan polis terhadap Papagomo.

Video : MiMBAR Bantu Kurangkan Kebergantungan Kepada Ah Long

PNB beli 23.5 juta saham SP Setia

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Permodalan Nasional Bhd (PNB), yang telah membuat tawaran am mandatori untuk mengambilalih pemaju hartanah, SP Setia Bhd, kini mengumpul saham-saham itu dalam pasaran terbuka..
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia Jumaat, SP Setia berkata PNB telah membeli 23.5 juta saham di pasaran terbuka pada harga RM3.868 sesaham, kira-kira empat sen di bawah harga RM3.90 yang PNB tawarkan untuk baki saham yang ia tidak miliki.

Malaysia to propose new security laws next week

Malaysia to propose new security laws next weekSINGAPORE - The Malaysian government is expected to table legislation on security reforms as early as next week, when parliament resumes its sitting.
Home Minister Hishammuddin Hussein said the government is serious about implementing the promised reforms, which are part of the political transformation to allow greater civil liberties in the country.
Speaking after meeting Malay rights group Perkasa to address its concerns over the government's recent decision to scrap the controversial Internal Security Act that allows detention without trial, Hishammuddin reiterated Prime Minister Najib's commitment to allow greater freedom of expression and civil liberties in the country.

UMNO seperti dapat nafas dan peluru baru...

Oleh: OrangSilver


Aku juga turut sedih dengan keputusan MPP berkaitan hudud. kalau diteliti PR berada diposisi yg cukup selesa memandangkan beberapa orang kuat Kristian bertaraf Bishop menyokong perlaksanaan hudud untuk orang2 Islam.

Sokongan juga datang dari bukan Islam melalui Kelab Penyokong PAS walaupun baru beberapa tahun berdamping dengan PAS.



Ini menunjukkan potensi yg besar dimasa depan. Apabila Najib terpaksa akur dengan tuntutan MCA dan gabungan dalam BN dan menjamin untuk TIDAK melaksanakan hudud, umumnya terutama masyarakat Islam /Melayu yg selama ini menyokong umno/BN mula memandang serong kepada UMNO.

Bebalis Masyarakat Membangun

"Bebalisme adalah orang yang authoriarian…"
--Syed Hussein Alatas, dalam Intelektual Masyarakat Membangun

Tujuan kongkongan adalah pembodohan.  Begitulah di sesebuah negeri apabila dihambat dengan pelbagai undang-undang draconian, termasuk lembaga penapisan misalnya, ia tidak lain akan berpenghujung kepada pembodohan ke atas masyarakat.  Penguasa yang mengongkong, atau disebut Profesor Syed Hussein sebagai "authoritarian" dapat bertahan berkuasa hasil pembodohan terhadap rakyatnya.

BNM: Pengawalan kad kredit lebih ketat

Bank akan cuba menangani beban hutang kredit yang terus meningkat menggunakan kaedah pembayaran semula dengan mengenakan kadar faedah yang berpatutan. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara ia akan dilaksanakan mulai Sabtu, dan semua bank akan turut melaksanakannya pada hari yang sama.
Semua bank akan menjadualkam semula baki kad kredit setiap pelanggan mereka dengan menumpukan perhatian kepada perbelanjaan serta faedah yang paling tinggi. Dengan cara ini bayaran yang diterima daripada pemegang kad kredit pada bulan September akan digunakan untuk mengimbangi nilai barang dengan kadar faedah paling tinggi kerana ia melibatkan kepentingan mereka yang belum bayar.

Tiada tanda Taib akan berundur

Pengumuman kabinet baru Sarawak yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan senarai kabinet yang telah dijangka.Ketua Pemuda PAS negeri, Mohammad Arifiriazul Paijo berkata, tidak banyak perubahan yang dilakukan di dalam kabinet baru Sarawak kali ini.Katanya, beberapa perkara yang perlu bagi Pemuda PAS Sarawak ingin tekankan berkenaan barisan kabinet baru Sarawak kali ini.
Menurutnya, hampir semua muka-muka lama masih lagi dikekalkan sebagai menteri penuh kabinet Kerajaan Negeri Sarawak.

CONTOH PERNIAGAAN BUMIPUTERA

KENAPA TAK SAMAN?

nota:
dalam buku ini disenaraikan
dengan jelas dan teperinci
bagaimana panddy kutty
menghabiskan 160 bilion ringit duit rakyat

pandy kutty tak berani jawab
kah kah kah




NAJIB BELUM JAWAB KOS SELENGGAR RUMAH RM49 JUTA
– keadilan daily

Ketika Najib Razak cuba menonjolkan imejnya berjiwa rakyat termasuk ‘menaiki bas’ dan berbasikal, Perdana Menteri itu masih gagal menjawab kos selenggara kediaman beliau dan timbalannya yang menelan belanja RM50 juta setahun.

Antara Najib, Jabba the Hut dan Pilihanraya

Antara Najib, Jabba the Hut dan PilihanrayaAntara sebab sebab yang diberikan oleh simpatisan BN tentang video ‘Undilah’ ialah bilamana Jabba the Hut berdiri membelakangi poster Najib Razak. Kami berjaya mendapatkan Si Jabba bagi menjelaskan isu ini:
MC: Kenapa awak berdiri di hentian bas ini di depan poster Najib?
Jabba: Dude, saya hanya menunggu bas.
MC: Awak panggil saya ‘dude’?
Jabba: Kan ke panggilan ‘dude’ itu cool.
MC: Awak tidak cuba melawakkan Najib kan?
Jabba: Dia lebih pandai melakukannya sendiri.
Siapa pemenang pilihanraya yang bebas dan telus?
Berasaskan temuramah ini, jelas tiada unsur perlekehan yang ditujukan kepada Najib di dalam video Undilah itu.