Khamis, 29 September 2011

Scorpenes should dive and Altantuya should be alive, not a pile of ashes

Scorpenes should dive and Altantuya should be alive, not a pile of ashesSummer is turning to autumn in London, the chill is in the air, and the Guards in Buckingham Palace have swapped their bright red summer outfits for grey winter greatcoats. Weather never stops the tourists from coming to London though and they will still be thronging Buckingham and the busy streets of London.
But on Friday, the 30th of September, at one of the lecture theatres of the BPP Law School in Red Lion Street, a short walk from Holborn station, a more serious gathering will take place.
The Solicitors International Human Rights Group (SIHRG) and Suaram have organized a briefing and fund-raising event on the Malaysian Scorpene corruption case. Speakers will include Joseph Breham of SHERPA, the French non-profit organization that has taken up the case, and Cynthia Gabriel of Suaram. Approximately 300 to 500 participants are expected, many of them Malaysians residing in London.

Nizar Jamaluddin and the future of Perak politics

Nizar Jamaluddin and the future of Perak politicsThe statement by a politician that Barisan Nasional (BN) would retain power in Perak in the next general election is barely credible. The sentiment on the ground does not really favour the incumbents. According to political pundits, the next general election would see a keen contest in Perak between Pakatan Rakyat (PR) and BN and the outcome would see PR taking over the state government with a simple majority.
The loose Pakatan Rakyat (PR) coalition of the DAP, PKR and PAS won Perak in the 2008 political tsunami but fell from power during the infamous 2009 power grab by BN. Perak was under PR government for only 10 months until the BN power grab in February 2009. This political fiasco for PR still hounds not only those assemblymen who had to concede defeat in the Assembly but also the electorate in Perak.

Guan Eng "cemburu" atau Umno mahu Johor benci pakatan?

Guan Eng "cemburu" atau Umno mahu Johor benci pakatan?Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dituduh "Cemburu" terhadap Johor,  telah membuat keputusan untuk bersuara apabila beliau diserang media baru-baru ini. Beliau dikatakan memberi komen buruk terhadap kadar jenayah di Johor.
Walau bagaimanapun, beliau yang sering menjadi sasaran akhbar yang dikawal oleh BN lebih berhati-hati dalam menjawab soalan mengenai kenyataan beliau itu. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau masih memeriksa rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama di TV3 yang memperdengarkan komen-komen yang kritikal terhadap Johor semasa lawatan ke Singapura baru-baru ini.

As 'hudud' backfires on BN, a smiling Nik Aziz reaches out to non-Muslims

As 'hudud' backfires on BN, a smiling Nik Aziz reaches out to non-MuslimsWith the dust settling on the hudud law issue, PAS' revered Spritiual Adviser Nik Aziz Nik Mat has reason to smile. He and his party have won a major concession from coalition partner, the DAP.
PAS' aspiration to implement hudud in Kelantan and Terengganu has been acknowledged by its partners DAP and PKR. Both states have already passed hudud into law at their respective state assemblies and whai is now stopping the implementation is the Umno-led federal government's refusal to give the go-ahead.
But the 80-year old Nik Aziz, who is also Kelantan Mentri Besar, is no fool. He is also a gentleman and would never think of forcing hudud on the state just to satisfy his own and PAS' staunch Islamic convictions. Already, he has begun to reach out to the non-Muslims to further calm their fears over hudud, which is feared because of the types of punishment it prescribes which include amputation of limbs, whipping and stoning to death.

Lagi macam-macam ada, bersunat vs ayam jantan

A Kadir Jasin

29 SEPT — Bila saya muncul di TV al-Hijrah baru-baru ini, pengacara mudanya, antara lain, merumuskan agar kita jangan memandang ke belakang lagi. Kita hanya memandang ke hadapan.
Dalam perbincangan panel mengenai cadangan pemansuhan ISA itu, saya membahasakan diri saya haiwan purba yang tidak pupus — the living dinosaur.
Jadi saya sarankan kepada beliau supaya membuang semua cermin pandang belakang keretanya dan cuba pandu dengan tidak ada rear view mirror. Sejarah ada cermin pandang belakang kehidupan dan tamadun manusia.
Kalau kita buta sejarah, samalah dengan memandu tanpa cermin pandang belakang. Tapi kalau kita asyik tengok cermin pandang belakang masa memandu, kita boleh langgar pokok atau jatuh sungai.
Jadi dalam posting kali ini, saya hendak ajak pembaca tengok cermin pandang belakang sebab saya baru baca balik buku Tingkatan Enam Rendah saya (tahun 1967) bertajuk “Adat Isti’adat Melayu” karangan Syed Alwi Bin Syed Sheikh Al-Hadi dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

MTUC kekal pendirian, Putrajaya berusaha elak piket


KUALA LUMPUR, 29 Sept — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan pertemuan khas dua jam dengan Kementerian Sumber Manusia pagi tadi tetapi kekal dengan pendiriannya mahu mengadakan piket berhubung pindaan Akta Kerja Isnin ini.
Kementerian Sumber Manusia mahu meneruskan jadual bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010.
Bagaimanapun sama ada pendirian MTUC akan berubah ataupun sebaliknya akan diketahui Sabtu ini selepas forum mengenai rang undang-undang kerja itu di Petaling Jaya.

Hudud: Sekarang Umno gigit jari

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Pemimpin Umno menunggu-nunggu keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan harapan ini adalah masa untuk melihat ikatan Pakatan Rakyat berkecai.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai  keputusan perbincangan, hasilnya  amat mengecewakan pimpinan Umno kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku.
“Sekarang Umno gigit jari,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Pahami Perjuangan Pakatan Rakyat..!!

SIAPA DALANG WAYANG PAK DALANG

PAKATAN HUDUD HANYA JIKA ADA KONSENSUS SEMUA PARTI – minsider

Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud yang muncul kembali sebagai isu ‘panas’ minggu lalu tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.

Benarkah wujud tali barut dalam agensi k'jaan?

Umar Zain
 
Merujuk kepada artikel Malaysiakini 'Utusan: Orang Anwar Resapi Badan Kerajaan?' yang mengulas artikel Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia 28 September 2011, Kelab Penyelidikan Politik Malaysia (KPPM) tertarik untuk memberikan beberapa pandangan.

Isu ini sekiranya benar wujud perlu diberikan satu perspektif yang betul, komprehensif dan perlu diambil tindakan dengan segera setelah proses pengenalpastian dilakukan.
Dari penerangan yang diberikan saudara Zaini, apa yang beliau maksudkan ialah sikap berpura-pura pegawai-pegawai dalam agensi strategik kerajaan yang pro-Anwar menyalurkan maklumat sulit dan maklumat yang tertakluk kepada klasifikasi tertentu kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Dalam bahasa spy dan propaganda ia dirujuk sebagai musang berbulu ayam, talam dua muka iaitu tali barut atau 'agen' yang berjaya menyusup masuk sehingga ke peringkat tertinggi dalam sesebuah pengurusan organisasi.

Video : Ust Azhar Idrus - Cara Mengumpat Versi UTARA

Video : Dato Seri Anwar Ibrahim - Melayu Tak Selamat Tanpa ISA ??

Video : "Undang-Undang Mestilah Dinamik" - Dato' Seri Hishammuddin

Video : Soal Keselamatan Tidak Boleh Di Kompromi - Ibrahim Ali

Isu kuota: Najib hanya pancing undi bukan Melayu- Jui Meng

JOHOR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa 30 peratus kuota bumiputera akan dihapuskan, hanya untuk memancing undi bukan Melayu, kata Naib Presiden KEADILAN, Chua Jui Meng.
Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai satu retorik bagi menagih undi kaum Cina dan India menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
“Ini tidak boleh dipercayai, bila dia akan laksanakan? Dia (Najib) hanya nak tarik undi bukan melayu saja. Ini hanya cakap saja tapi bila diperingkat perlaksanaan tiada tindakan,” ujarnya.
Menurut Jui Meng, isu kuota bumiputera sebenarnya tidak menguntungkan golongan Melayu yang masih miskin dan ketinggalan dari sudut ekonomi, sebaliknya hanya mengutamakan kroni Umno.

Mata lebam Anwar: 29 Sept detik hitam sejarah negara

KUALA LUMPUR: Tanggal 29 September 2008 genap 13 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di mahkamah dengan mata lebam akibat dibelasah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Tarikh itu menyaksikan institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diperkudakan bagi memenuhi konspirasi peringkat tertinggi, termasuk badan kehakiman untuk memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Tragedi mata lebam Anwar merupakan detik hitam pada era pemerintahan diktator Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merencanakan satu konspirasi untuk menjatuhkan timbalannya itu dengan fitnah seks dan salahgunakuasa.
Ketika Anwar muncul di mahkamah dengan mata lebam selepas ditangkap polis pada malam 20 September 1998, Mahathir menuduh Anwar  memukul dan mencederakan dirinya sendiri.
Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim  ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.

Kehebatan KM Melaka Ali Rustam

Salam Sejahtera...
Kepentingan anak-anak perempuan yang termengandung 1Malaysia boleh diselesaikan...

Rakyat negeri sendiri apa cerita.........

Problem ni kat kampong bro, bukan dalam bandaraya,..... Mak cik ni walaupun terpaksa merangkak, membongkok, bila tiba musim PRU, mereka inilah sasaran UMNO untuk mendapat rayuan undi... Kesian kaum ku orang melayu, asyik kena tipu dengan UMNO......

PPSMI: Page bawa isu ke Unesco


KUALA LUMPUR, 29 Sept – Pertubuhan bukan kerajaan Page meneruskan perjuangannya berkaitan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke Unesco, kata Pengerusinya Datin Noor Azimah Abdul Rahim hari ini.
Noor Azimah berkata, pihaknya terpaksa mengambil langkah itu selepas usaha mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak menemui hasil yang diharapkan.
“Kami terpaksa bawa ke Unesco... lepas itu tidak tahu ke mana lagi, mungkin kepada Tuhan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider secara berseloroh.
Terdahulu dalam satu kenyataan, kata beliau, Page telah memanjangkan surat berkaitan kepada Ketua Pengarah Unesco Irina Bokova pada 19 September lalu.

Kita dan masjid


masjidAda kalanya jika saya tidak sempat tiba di rumah dari pejabat sebelum waktu matahari terbenam, saya akan singgah di sebuah masjid jamek di tengah perjalanan bagi menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah. Masjid tersebut saya kira agak berusia juga, namun keadaan fizikalnya masih berada pada tahap yang memuaskan. Pastilah ia mendapat penjagaan yang baik daripada ahli-ahli jawatankuasa serta para jemaahnya.
Setiap kali saya berjemaah Maghrib di situ, saya dapati hampir 80 peratus ahli jemaahnya terdiri daripada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Dalam hati tertanya-tanya juga, ke mana perginya anak-anak muda? Saya cuba bersangka baik, mungkin kebanyakan orang muda di kawasan ini sudah berhijrah ke bandar. Atau mungkin juga mereka seperti saya, bekerja di lokasi yang agak jauh dari tempat tinggal dan terpaksa solat Maghrib di mana-mana destinasi ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Boleh jadi juga mereka berjemaah di masjid atau surau lain yang berada di dalam kawasan ini.

Mamat Utusan! Hanglah Bapa Musang Berbulu Ayam!

Oleh Muhammad Sanusi

Mamat yang jadi bos Utusan (baca: surat pekeliling UMNO) ni bimbang sungguh bercampur sedih pilu bila banyak maklumat penting (baca: kerja tak betoi) Perdana Menteri (baca: Presiden UMNO) dibocorkan oleh orang-orang Anwar Ibrahim yang meresap masuk dalam jabatan- dan agensi strategik kerajaan.

Dengan kebocoran banyak maklumat penting itu, dia bimbang (baca: takut terseret dengan dia sekali) nasib DS Najib akan jadi macam Muammar Ghadafi.

Perlembagaan Persekutuan Wajib Di Ubah Untuk Membolehkan Hudud Di laksanakan

Oleh Zulkifli Sulong

  KUALA LUMPUR, 29 Sept: Pakatan Rakyat berjaya mencapai kata sepakat semalam untuk membenarkan PAS membuat penjelasan dan penerangan tentang undang-undang jenayah syariah termasuk hudud.

Bagaimanapun pelaksanaannya akan bergantung kepada kejayaan untuk mendapat kata sepakat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ianya dilaksanakan.

Nyanyuk Orang Yang Dah Nazak........

Oleh  PUTERI BULAN

Kadang-kadang kita terfikir, macamana sebenarnya mentaliti pemimpin-pemimpin UMNO APCO..hamprak..mungkin bagi mereka rakyat Malaysia ni semua bodoh..tak cerdik..ibarat lembu dicucuk hidung..kena mandrem..ubat pelali...yes man...dan macam-macam lagilah..

Satu persatu...cerita ke..kenyataan ke..yang mengarut, tak masuk akal, buat orang geli tekak ( nak muntah ) mendengarnya... Puteri nak senaraikan 2-3 perkara yang Puteri ingat.

BN/UMNO Masuk Dalam Tong Taik MCA Dan MIC.

Oleh: mohdnoorawang

"UMNO dan pemimpin yang benama Melayu dan Islam menyalak tentang HUDUD yang disarankan oleh PAS sejak sekian lama. UMNO dan pemimpin yang bernama Melayu dan berugama Islam menuduh PAS menolak HUDUD KERNA TAKUT KEPADA DAP.

ISU HUDUD disalak semula oleh pemimpin UMNO termasuk bekas perdana menteri Tun Mahathir, satu satunya pemimpin yang bernama Melayu dan berugama menghina Nabi Muhammad SAW.

Sebenar hukum hudud tidak dilaksanakan atau tidak terletak kepada BN/UMNO. Kerana perlembagaan Malaysia yang dibuat oleh BRITISH 54 tahun perlu digubal semula bagi memberi laluan melaksanakan hukum hudud.

UiTM tindas graduan Melayu, saman sumber pendapatan

"September 29, 2011 SHAH ALAM -  Universiti Teknologi Mara (UiTM) meminta pelajarnya terutama mereka yang bakal melangsungkan konvokesyen bulan depan agar bertemu dengan pengurusan pusat pengajian tinggi itu bagi menyelesaikan isu saman, yang sesetengah mendakwa mencecah RM5,000.

PRU-13 : Peringatan Buat Pemimpin Politik Malaysia

Oleh: mahmod

"Saya menyeru kepada semua kaum muslimin khususan para pemimpin politik di Malaysai. Jadilah seorang pemimpin yang bersifat ADIL  dan BERIMAN dan TAUHID berpandukan hadith di bawah nescaya tuan/puan akan selamat di dunia wal akhirat:

 KeadilanRasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah. INTISARI : Jangan berbuat zalim kepada rakyat dan pengundi yang telah memilih anda menjadi pemimpin kerana doa mereka amat mustajab. Memadai 40 orang mendoakan akan Nampak hasilnya segera.

1 setiap 5 pelajar sakit mental, prihatinkan ahli politik kita?


Kajian pakar mendapati seorang dari setiap lima orang pelajar di Malaysia pada ketika ini menghidap sakit mental. Satu angka yang menggerunkan kita semua. Apakah belanjawan yang akan dibentangkan Oktober 2011 nanti akan menekankan bajet untuk merawat pesakit mental atau ahli politik kita di Malaysia ini hanya sibuk berpolitik?

Bagaimana pula dengan cendekiawan agama, pejuang agama, pejuang bangsa kita, adakah hanya mahu membicarakan hukum hudud yang sudah jelas di dalam Al Quran?

 
Kita perjuangkan apa sebenarnya?
 

‘Mukmin on Seven’

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
SEMACAM ada satu obesesi terhadap angka ‘tujuh’. Dalam dunia buku-buku motivahttp://4.bp.blogspot.com/_7eEDW0QHcdc/TMMBsdalYdI/AAAAAAAABEM/OtZnjyF7j3U/S220/mukmin-profesional-celik-mata-hati.jpgsi, barangkali Stephen R. Covey merintis penggunaan angka tujuh ini menerusi judul bukunya yang sehingga kini sudah terjual 15 juta naskhah. Bermula dengan The Seven Habits of Highly Effective People, lahirlah karya-karya lain yang menggunakan angka ‘tujuh’ sebagai judul buku.
Tidak mustahil terdapat lebih daripada tujuh jenis kelaziman yang terdapat pada diri seseorang yang berjaya. Tetapi di atas sebab yang tidak diketahui, angka ‘7’ menjadi angka ‘favourite’.

Jaga 7 Sunnah Rasul

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Polifiksyen: Revolusi 13.1

 Oleh: MSK
(Atas sebab keselamatan, semua nama individu dan nama tempat dalam presentasi ini adalah fiksyen.)
Sessi 1 (Professor X. 24 September 2011. 1600hrs).
Ahli politik tidak mencipta trend..tapi mereka mengikut trend. Tapi anehnya, mereka ini yang dikatakan pemimpin..manakala mereka yang mencipta trend dilupakan. Apakah trend politik di Malaysia?
Pelbagai ramalan dan andaian sudah kita baca dan dengar tentang halatuju politik di Malaysia.  Mat Sabu kata Selangor tak selamat. PKR kata Pakatan boleh mendapat 2/3 di Selangor. BN kata mereka akan tewas di Perak dan Negeri Sembilan. Aspan Alias kata Umno hanya mampu menang 76 kerusi di Semenanjung. Ong Kian Ming kata Pakatan boleh dapat 90 kerusi.

Jalan Tengah Malaysia

Oleh Liew Chin Tong
29 SEPTEMBER – Jalan Tengah Malaysia tidak mudah untuk dicapai, bagaimana pun adalah jelas bahawa mana-mana gabungan politik yang mampu melangkaui garis-garis sempit kaum, agama dan wilayah, mampu memegang kuasa kerajaan pusat.
Sekarang, Barisan Nasional merupakan kerajaan tertua di dunia yang masih berkuasa dengan rekod yang tidak pernah digugat. Gabungan asal BN, Perikatan mula memenangi pilihan raya persekutuan bagi pemerintahan sendiri pada 1955.
Usia panjang BN memegang kerajaan adalah kerana kejayaannya memanipulasi amalan habuan dan rotan.

Malaysia di bawah Barisan Nasional: Demokrasi kelas tiga?

Oleh Abdul Manan Abdul Razak

29 SEPTEMBER – Pentadbiran negara selama ini dimonopoli oleh Barisan Nasional yang nampaknya ingin memegang tampuk pemerintahan selama-lamanya. Rakyat dikawal dan dijerat agar tidak berdaya melawan dengan pelbagai cara.
Penindasan dan kezaliman dipraktikkan manakala pemimpin baru pula digula-gulakan dan diikat kaki supaya tidak ke mana-mana sehingga pembaharuan gagal dilaksanakan. Jenis demokrasi apakah ini?
Tidak hairanlah Malaysia diletakkan di tangga ke-89 dalam amalan demokrasi tulen. Sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan dicemari dan telah menjadikan Perdana Menteri terlalu berkuasa hinggakan institusi istana tidak langsung berkuasa kecuali dalam hal-ehwal agama Islam sahaja.

Hudud dan beberapa gambaran salah

Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud.  Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.

Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam.  Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud.  Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir (discretionary punishment).  Mekanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya.

Muzakarah terbuka untuk betulkan persepsi buruk terhadap perundangan Islam

Isu Hudud merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihanraya.  Isu hudud bukan isu politik, tapi ia seringkali dipolitikkan untuk menimbulkan polemik dalam masyarakat, sehingga golongan yang bukan ahli dan golongan bukan Islam turut campur tangan dalam membahaskannya.

Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya.

Kertas kerja politik kiri "ditolak" selepas "isu Mat Sabu"

Kertas kerja berjudul "Gerakan politik kiri di Hulu Langat, 1946-1948", tulisan Dr. Mohamed Salleh Lamry telah "ditolak" daripada dibentangkan dalam satu seminar "Sejarah Daerah Hulu Langat", anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor (PSMCS), selepas berlakunya "isu Mat Sabu".

Seminar tersebut dijadualkan untuk diadakan pada dua tahun yang lalu, tetapi telah ditangguh untuk sekian lama, dan diberitahu akan diadakan pada 15 Oktober 2011.  Namun demikian, kertas kerja oleh Mohamed Salleh Lamry telah ditolak daripada dibentangkan, lantaran isu Mat Sabu yang mencungkil kontroversi, baru-baru ini.

Sekali lagi Haris Ibrahim dilarang masuk ke Sarawak

Sekali lagi, Presiden Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), juga pengendali blog The People’s Parliament, Haris Ibrahim dilarang untuk menjejakkan langkahnya ke dalam sempadan negeri Sarawak, setelah mendarat pada jam 5.15 petang di Lapangan Terbang Kuching, tadi.

Beliau dibawa oleh pegawai imigresen setelah tiba di kaunter, dan menunggu di Gate 2 untuk kapal terbang Ak 5217 yang bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 7.10 petang, sambil dipantau dua orang pegawai imigresen.

Haris Ibrahim (gambar kanan) mempersoalkan, "Apa yang ditakutkan kerajaan negeri Sarawak?  Saya datang ke Kuching hanya untuk menghadiri satu forum anjuran Malaysian Civil Liberties Movement, membawa agenda perubahan kepada rakyat, dan agenda perubahan yang diinginkan rakyat.  Jadi apa yang ditakutkan kerajaan negeri Sarawak?"

Kantoi : Sah Umno Dalang Disebalik Serangan Gangster Ke atas Program Libat Hj Md Sabu .

http://4.bp.blogspot.com/-D_cWtvV3qvM/ToRT4UR4jTI/AAAAAAAAFT4/ZQZ1cU61e-M/s1600/Puak%2BUMNO%2BSeremban%2Bcopy.jpg

PAS NS buat laporan polis terhadap PERKASA


PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhubung laporan dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa NGO tersebut akan mengadakan protes jika timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berceramah di negeri itu.

Selamat datang ke Sambutan 60 Tahun PAS

Saya di antara orang yang paling gembira apabila mendengar PAS Pusat menerima cadangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk membawa PAS ke tapak asalnya di Pulau Pinang ketika PAS merayakan 'Sambutan 60 tahun PAS' di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 30 September hingga 1 Oktober ini.
(Kanan: Padang Bandaran Butterworth.)
Sebabnya kerana ahli PAS terutamanya generasi muda harus tahu sejarah perjuangan ulamak terdahulu yang keluar dari Umno lalu menubuhkan sebuah parti berteraskan Islam bukan main-main sebagaimana yang menjadi amalan kepimpinan Umno dari dulu sehinggalah sekarang.

Pasca Bersih : Tak catat nama, nombor punca gagal saman polis

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Seramai 57 ahli PAS gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka dalam himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kegagalan mereka berbuat demikian kerana sebahagian daripada polis yang menangkap mereka itu hanya meletakkan nama, tetapi tidak meletakkan nombor keahlian polis pada uniform yang dipakai oleh mereka ketika melakukan tangkapan terhadap orang awam pada hari itu.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi (gambar) menjelaskan, selain itu, sesetengah daripada mereka sememangnya terlupa untuk mencatat nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka pada hari itu disebabkan tidak terfikir, akibat kekalutan, tertekan atau terlalu hairan dengan tangkapan yang dilakukan ke atas mereka.

Felda Goyang : 365 peneroka lagi saman Felda RM175 juta

TEMERLOH, 29 Sept: Seramai 365 orang lagi peneroka sekitar Jengka hari ini memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh menuntut ganti rugi sebanyak RM175 juta.

Peguam R. Sivarasa memberitahu ini merupakan saman yang kedua oleh peneroka daripada Gugusan Jengka di mana Jun lalu 711 melibatkan pemeroka dari 16 tanah rancangan Felda seluruh Jengka menuntut RM344 bagi jumlah kerugian selama 15 tahun (sejak 1995).

Katanya, asas tuntutan peneroka ialah Felda sudah melakukan penipuan dan pecah amanah dalam urusan kadar perahan gred (KPG) jualan hasil sawit.

NUBE dakwa kekerasan diguna surai piket, polis nafi

Polis menafikan dakwaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) bahawa polis menggunakan kekerasan bagi menyuraikan piket di hadapan bangunan Maybank, Mont Kiara, di ibunegara pagi tadi.

Manakala NUBE dalam satu kenyataan mendakwa, kira-kira 50 anggota polis menggunakan kekerasan terhadap anggota NUBE yang ingin mengadakan piket tersebut.

Kesatuan itu mendakwa tindakan tersebut melanggar hak asasi manusia dan kesatuan sekerja.

NUBE menegaskan piket diadakan secara aman dan polis tidak mempunyai sebab untuk menyekat anggota NUBE menyertai piket yang sah di sisi undang-undang.

Bekas tentera bersama Pakatan Rakyat 2 Oktober

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) akan mengadakan Himpunan Perdana Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 2 oktober ini, jam 9.00 malam.

Himpunan itu bertujuan melancarkan penubuhan Kerabat yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat mengenai isu kebajikan bekas tentera yang tidak terbela.
Menurut Presiden Kerabat Selangor, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar), himpunan tersebut akan mengumpulkan bekas anggota tentera di seluruh Malaysia.

Bekas OCPD: Bukit Aman buat keputusan 'tak bijak'

Seorang bekas pegawai kanan polis yang terlibat dalam peristiwa Memali mendakwa keputusan pegawai atasannya di Bukit Aman untuk menangkap pemimpin PAS Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya sebagai 'tidak bijak'.

Penulis teks Komsas cari keadilan

Empat penulis mendakwa penulisan mereka dipilih sebagai teks Komsas tetapi tidak terima royalti.
PUTRAJAYA: Empat penulis hari ini menghantar surat rayuan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan kegagalan mendapatkan royalti.
“Kita dah buat macam-macam menerusi DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), FMT (Free Malaysia Today). Sampai bila nak tunggu?”
Rohani Deraman, penulis cerpen Warkah Daripada Ibu dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius DBP menimbulkan persoalan.
Antologi tersebut digunakan untuk pelajar Tingkatan 2 di seluruh negara.
Pada peringkat awal cerpen diterbitkan pada 2001 oleh Penerbit Mega Setia Emas dan kemudiannya oleh Edu Quest Publisher pada 2007.

Guan Eng "jealous" or Umno trying to stir up Johoreans against Pakatan

Guan Eng "jealous" or Umno trying to stir up Johoreans against PakatanAmid accusations he was "jealous" of Johor, DAP secretary-general Lim Guan Eng has decided to break his silence over the latest media attacks against him, this time over allegedly disparaging comments over Johor's crime rate.
However, being a favorite target of the BN-controlled press, Guan Eng was cautious in responding to queries if he had made the remarks. The Penang Chief Minister said he was still checking the audio recording aired on Buletin Utama on TV3 that showed him making the critical comments while on a recent visit to Singapore.
"If I had made the statement, let's look at the context in which it was made... it was a private conversation," Guan Eng told a press conference on Thursday.

Tanggungjawab MP Umno sokong hukum hudud

KOTA BHARU, 29 Sept: Anggota parlimen (MP) Umno yang beragama Islam perlu turut sama bertanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan menjadi kenyataan.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, mereka mesti menyokong hasrat PAS melaksanakan perundangan Islam di Kelantan dengan melakukan beberapa pindaan undang-undang di parlimen.
"Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut mencadangkan supaya peruntukan undang-undang yang sedia ada sekarang perlu dipinda terlebih dahulu," katanya di sini.

Fahami Kanun Jenayah Syariah II Kelantan

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta rakyat memahami bahawa Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 diluluskan secara demokratik iaitu melalui undi di Dewan Undangan Negeri (Dun).

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat sedikit perbezaan pendapat di kalangan pemimpin DAP dari segi penafsiran undang-undang tersebut iaitu sebarang undang-undang jenayah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Mahkamah Sivil, bukan Mahkamah Syariah.

"Di Kelantan, enakmen tersebut wujud mengikut prosedur di Dewan Undangan Negeri yang mendapat sokongan 39 undi sewaktu dibentang.

"Jadi tak timbul kita melanggar prinsip demokrasi cuma percanggahan pendapat di sini dan DAPmenentang kerana penafsiran yang berbeza...mungkin DAP tak setuju bukan soal hudud tapi soalnya kerana pada penafsiran DAP bahawa sebarang undang-undang jenayah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Syariah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Perundangan Islam: PAS cadang muzakarah libatkan NGO, Umno


KUALA LUMPUR, 29 Sept – PAS mencadangkan agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi negatif  yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negara ini.
Selain itu PAS turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti dan Umno mewakili parti pemerintah.
“Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Klip Undilah tak disenangi orang ramai, kata Rais....BN yang tak suka..!!!

KAMPUNG GAJAH, 29 Sept – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.
“Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, Rais berkata, penarikan semula penyiaran klip video Undilah sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

Mansuh ISA: Kerajaan tak kompromi isu keselamatan

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddinKerajaan tidak akan berkompromi berhubung soal keselamatan, ketenteraman awam dan kedudukan negara dalam menggubal undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketika memberi jaminan tersebut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagaimanapun berkata beberapa peruntukan di bawah ISA akan dikekalkan, misalnya berkaitan dengan proses pemulihan terhadap orang tahanan.

"Daripada segi pemulihan, itu merupakan satu kekuatan yang amat diperlukan di mana kita ada kepakaran... saya percaya tidak akan disentuh (tidak dipinda).

"(Tetapi) daripada segi tempoh tahanan... dengan dunia yang serba canggih, mungkin tempoh itu tidak perlu begitu lama. Tetapi perkara itu sedang difikirkan dan digubal oleh Peguam Negara," katanya.

Samun: Tiga pegawai SPRM bebas dengan ikat jamin polis..!!

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kes samun di KLIA pada 15 September lepas, telah dikenakan ikat jamin polis.
Laporan Bernama Online memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, mereka dibebaskan sehingga 4 Oktober kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan.
Tiga pegawai itu, yang bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, ditahan berhubung kes menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000.

Hudud: Tak guna mesyuarat, kata MCA

Pemuda MCA menyifatkan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat sebagai usaha yang tidak berguna kerana setiap parti anggota pakatan itu mempunyai pendirian dan ideologi berbeza dalam pelaksanaan hukum hudud.

'Saya tak gentar amaran PERKASA'

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.

Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

Video : PKPS Anjur Seminar Akuakultur Peluang Besar Tingkat Ekonomi

Video : Penyewa Empire Gallery Kabur Masa Depan Perniagaan

Video : Penjelasan perlaksanaan Hudud dalam Islam

Video : Bahrain medical staff sentenced over protests

Video : Anti Gaddafi forces come out in Tripoli

Video : Election date set for Egypt parliament

Video : Dedah Afidavit Peguam Najib Dan Rosmah Buat Aduan

Video : MTUC Minta Kerajaan Gubal Undang Undang Mengenai Faedah Persaraan

Video : Jom Shoping Dun Sungai Pinang

Video : Kerana Kepentingan Politik Buat FELDA Cagar Tanah

Video : Mahkamah Benarkan Kerajaan Selangor Dapatkan Dokumen

Video: Dramatic Pictures of Kirkuk Blast

Video : Perkasa moots committee on detention without trial

Video - Perkasa: It is their right to hold protest

Video : Court to hear Najib-Rosmah application on Monday

Asri: Hudud hanya atasi jenayah tertentu, bukan gambaran negara Islam

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Hukum hudud hanya mekanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu dan bukannya gambaran keseluruhan negara Islam, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Malah kata beliau, bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.
Asri (gambar) melahirkan pandangan ini ketika hukum hudud kembali sebagai isu kontroversi selepas PAS menggerakkan usaha ke arah itu 17 tahun lalu.
Minggu lalu beliau berkata belum ada masa yang kondusif untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.
“Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir.

Apa Pentingnya Baju Kahwin Norman-Memey Dipamer Di Muzium Negara!!

Radio Sinar melaporkan baju pengantin -gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia untuk majlis resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan dipamerkan di Muzium Negara.

Timbul persoalan apa kepentingannya baju mereka dipamerkan di sana. Apakah mereka tokoh yang boleh dijadikan contoh dalam dunia hiburan. Apakah ingin ditunjukkan betapa mahalnya baju pengantin mereka. Apakah kepentingannya kepada negara.

Lainlah kalau Piala Suzuki AFF 2010 dipamerkan di sana, bolehlah ia untuk tatapan masyarakat umum keseluruhannya.

Mungkin selepas ini Muzium Negara akan bertukar fungsi, selepas ini Muzium Negara akan menjadi tempat mempromosi barangan komersial!!