Wan Larut Wan Muda
Sebelum buku Memoir Rashid Maidin – Daripada Perjuangan Bersenjata Kepada Perdamaian ini saya ulas, lebih baik kita memahami dahulu apa yang dimaksudkan sejarah. Adakah “memoir” juga boleh dianggap sebagai sejarah?
Apa itu sejarah?
![rashid_maidin[1]](http://www.malaysiatimes.my/wp-content/uploads/2011/09/rashid_maidin1.jpg)
Sejarah merupakan fakta dan peristiwa penting yang menjadi rujukan dan iktibar kepada masyarakat sehingga ke hari ini. Maksud sebenar sejarah mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah; asal-usul (keturunan); salasilah; peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat,
tambo; dan cerita
yang disangka dongeng menjadi fakta sesudah dijumpai bukti-bukti yang mengesahkannya
Tawarikh.
Bagaimana Cerita Menjadi Sejarah?
Sesuatu sejarah asalnya bermula daripada sesuatu cerita yang disampaikan secara lisan.Namun ada juga yang dibukukan dan mempunyai fakta sejarah serta ketetapan tarikh yang sebenar.
Penerangan Sejarah (historical Explanation) dibuat oleh historian atau seseorang yang mempelajari dan mengkaji ilmu sejarah. Dalam penerangan sejarah wujudnya budaya (culture) dan cara hidup(lifestyle) sesuatu bangsa. Hal ini kerana melalui sejarah kita dapat melihat kehidupan sesuatu bangsa seperti Melayu, Cina, India dan masyarakat peribumi.
Walau bagaimanapun mengikut suatu sumber iaitu Kajian Malaysia III, 2 Disember 1985 yang ditulis oleh Abdul Rahman Hj.Ismail tentang sejarah-sejarah Melayu tidak mempunyai tarikh-tarikh yang tepat dan bersifat tak sejarah atau kadang kala disifatkan sebagai dakyah (propaganda). Sejarah Melayu merupakan hasilan suatu bangsa, cetusan sebuah budaya dan karya kerajaan yang diwakili oleh golongan pemerintah yang berhasrat supaya bangsanya dan golongannya disanjung dan dihormati.Maka untuk mencapai matlamat ini unsur-unsur dakyah dalam sejarah dipaparkan