Selasa, 27 September 2011

Panas! Najib bakal 'dicantas'

Bukan dari orang lain pun tapi dari dalaman Umno sendiri yang cuba ‘mencantas’ Datuk Seri Najib Razak daripada kerusi nombor satu Umno dan jawatan Perdana Menteri.

Sekarang Najib sudah sememangnya terkenal dengan kontroversi ‘kerajaan Rosmah’, ‘hantu altantunya’ dan ‘skandal scorpene’ yang kini sedang diperhati dunia dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.

Mungkin semua skandal yang dipalit pada Najib (gambar) itu dianggap sebagai menyusahkan Umno sebelum PRU-13, maka dalam Umno cuba mengatur agenda seiras apa yang menimpa mantan PM sepenggal, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah).

BN mula kenal pasti calon PRU-13

PARIS, 27 Sept – Barisan  Nasional (BN) sudah mula mengenal pasti calon bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata langkah awal itu bukan bermakna pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat tetapi bagi memastikan calon yang dipilih nanti berkeupayaan dalam semua aspek, termasuk dalam menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.
Muhyiddin berkata BN akan menggunakan pendekatan baru dalam memilih calon dengan kriteria utamanya ialah bakal calon akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pucuk pimpinan, selain sumber rasmi dan tidak rasmi.

Najib seen in poll gamble as economy weakens

KUALA LUMPUR, Sept 27 — Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will likely press ahead with snap polls by early 2012, banking on government handouts and moderating inflation to soothe worries about the economy but a possible global recession could jeopardise his chances.
Europe’s debt crisis and an anaemic US economy have reined in price pressures, the biggest worry among Malaysian voters, but also triggered fears about job security and the general outlook for the trade-reliant economy.

Media perdana bakal manipulasi kenyataan Puad

SHAH ALAM, 27 Sept: Kenyataan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi pada wacana 'Merdeka Wajarkah Sejarah Ditulis Semula' anjuran Sinar Harian hari ini bakal di manupulasikan oleh media arus perdana.
Kenyataan tersebut mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan peristiwa Memali yang menyatakan Anwar pernah mengatakan Ibrahim Libya adalah seorang penjenayah sewaktu di luar negara.
Dr. Puad mengeluarkan kenyataan tersebut apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan adakah Ustaz Ibrahim Libya juga dituduh sebagai penjenayah sedangkan beliau hanyalah membantah tindakan kerajaan ingin menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Indek jenayah VS hukum hudud


Sebenarnya persoalan hudud di Malaysia ini sememangnya cukup rumit, tapi tidak ada salah jika kita coba mulai kembali. Gurkah-gurkah di'port' berharap semoga suatu hari nanti Malaysia, Indonesia, Brunei dan negara islam lainya mampu menerapkan hukum hudud ini.

Ini macam kalo... habis KO Najib..!

Kerajaan Rakyat l Gambar kiri dirakamkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak, Sabtu lalu.
Mereka berdua turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu.
Gambar kanan pula dirakam sewaktu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas ke suatu program pada 29 Jun lalu.

Ini Amoi Bikin Umno "Meroyan" Ooo..


Suasana diatas inilah yang membuatkan pimpinan UmnoPordan tambah
"Meroyan"...Apa Yang penting,bendera PAS tidak lagi asing kepada kaum bukan
melayu,selama ini UmnoPorndan sering menakut-nakutkan kaum lain terhadap
PAS.Maka gambar di atas dapat menceritakan segala-galanya..Hancusss Umnoo....

Video : Bukti Pemuda Umno mahu bakar HQ KEADILAN

PAS Selangor Setuju Masjid Tidak Diguna Untuk Berpolitik

SHAH ALAM, 27 SEPT: PAS Selangor  bersetuju pada dasarnya agar masjid tidak digunakan sebagai medan berpolitik demi memastikan perpaduan di negeri ini terjamin.

Di samping itu, PAS Selangor juga berpuas hati dengan hasil penerangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bahawa agensi itu tidak menjadi alat mana-mana parti politik termasuk Umno kerana ia tetap berpegang dengan asas penubuhannya.


Sejarah Perlu Selasi Perkembangan Demokrasi


SHAH ALAM 27 SEPT: Kesuburan sejarah harus selari dengan perkembangan demokrasi untuk memastikan rujukannya sentiasa relevan menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.

Sehubungan dengan itu katanya, negara juga harus membuka ruang untuk memberi pengiktirafan kepada golongan yang turut serta memperjuangkan kemerdekaan tanahair.

Bercakap pada sebuah wawancana khas Sinar Harian bertajuk "Wajarkah Sejarah Ditulis Semula" petang tadi, Mohamad menyifatkan pemahaman sejarah dalam konteks tafsiran harus digilap untuk memaparkan perjuangan yang lebih jelas.

Video - Wacana Sinar-Merdeka: Wajarkah Sejarah Ditulis Semula? [bhg.2]

Piket: MTUC tak wajar bangkit bantahan sekarang, kata Putrajaya


KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kementerian Sumber Manusia mengingatkan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang bercadang mengadakan tindakan berpiket 3 Oktober ini tidak wajar membangkitkan bantahan mereka di “saat pembentangan di Parlimen.”
“Kementerian ingin menegaskan bahawa sebelum pindaan ini dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan, semua cadangan pindaan ini telah melalui proses konsultasi bersama wakil-wakil pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja.
“Sebanyak 18 kali sejak awal tahun 2010 lagi. Selain itu, draf cadangan pindaan turut telah dipanjangkan untuk pandangan dan maklum balas daripada wakil majikan dan pekerja.

Mat Sabu Bikin Profesor Pun Pening !

Oleh Litmohd
Bertarikh 14 September 2011, ketika pulang dari berjemaah isyak di masjid, penulis meluanhttp://1.bp.blogspot.com/-E-4Q1fQZ-bU/Tfbr87LlcMI/AAAAAAAAAT4/gMrnKZaPJlk/s320/tv-al-hijrah3.jpggkan masa menonton forum bertema “Nasionalisme, Patriotisme dan Islamisasi” oleh TV Hijrah. Sebagai penulis itulah sahaja antara program TV yang diminati.
Ia membariskan 2 orang tokoh akedemik dan seorang tokoh agama berkaliber iaitu dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Kelantan pesat membangun biarpun didera Pusat

BIARPUN Kelantan dinafikan peruntukan projek rumah awam kos rendah (RAKR), namun industri pembinaan di negeri ini terus berkembang.Tentunya ramai tidak menyedahttp://www.onlinetravelfair.com/wp-content/uploads/image/Travel%20News/kelantan.jpgri sejak 1990 sehingga sekarang sejumlah RM91.6 juta peruntukan projek RAKR dinafikan terhadap Kelantan.
Peruntukan tersebut disediakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 sehingga RMK-9. Sedangkan negeri-negeri di bawah teraju BN peruntukan diterima setiap tahun.Apakah ini yang dinamakan 1Malaysia atau Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?

Polis temui semula wang didakwa disamun

NONEPolis menemui semula wang tunai yang dikatakan disamun tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini pada 15 September lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar wang tunai itu, yang ditemui baru-baru ini.

Proses siasatan berjalan lancar dan banyak perkara yang perlu diselesaikan termasuk menjejaki dua lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kes itu, katanya selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkata, tempoh tahanan reman tiga pegawai SPRM itu, yang berakhir semalam, dilanjutkan tiga hari mulai hari ini.

Kes samun: Tindakan tiga pegawai ‘kesalahan serius’, kata SPRM

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengkategorikan perbuatan dilakukan tiga pegawainya, yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 15 September lalu sebagai “kesalahan serius.”
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM berkata, siasatan dalaman bagi kesalahan tatatertib ke atas ketiga-tiga pegawai agensi itu telah selesai dijalankan.
“Mesyuarat Lembaga Tatatertib SPRM yang bersidang hari ini telah membuat keputusan ke atas penjenisan kesalahan iaitu kesalahan serius sebagaimana Peruntukan 37 Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tataertib) 1993,” kata kenyataan itu.

Video : Dissidents are not founding members

Video - Wacana Sinar-Merdeka: Wajarkah Sejarah Ditulis Semula? [bhg.1]

Video : Jamuan Raya PPAS

Kristian: Hormati kami, kami terima hudud

Walaupun MCA dan Gerakan telah mengutuk PAS kerana menyatakan semula keinginan untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan, pemimpin-pemimpin Kristian berpendapat bahawa tidak ada silapnya dengan rancangan tersebut. Ini adalah kerana semua pengikut bagi mana-mana agama sepatutnya digalakkan berusaha untuk menguatkan lagi pegangan mereka, selagi mereka tidak mengganggu hak orang lain.
“Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan bahawa hak mereka yang berbeza agama dilindungi sepenuhnya. Oleh itu apa salahnya dengan perlaksanaan hudud di Kelantan atau negeri lain pun?” beritahu Ramon Navaratnam, bekas presiden ‘Transparency International’ dan pemimpin Kristian, kepada media .

Ramlah Adam diboo hadirin forum

Sejarahwan Profesor Datuk Ramlah Adam berkata, beliau mengakui sumbangan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan tetapi ia tidak sehebat sumbangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.”Kita tidak nafi Burhanuddin Helmy pejuang kemerdekaan. (Ahmad) Boestamam, Zaba, Ibrahim Yaacob… Kita tidak pernah nafi. “Tetapi perjuangannya tidak begitu hebat macam Tunku,” kata Ramlah yang disambut jeritan “boo” daripada sebahagian penonton yang hadir dalam forum “Wajarkah sejarah ditulis semula?” di Shah Alam hari ini.
Kira-kira 500 hadir dalam forum anjuran Sinar Harian, rata-ratanya penyokong Pakatan Rakyat — yang menjadikan majlis itu terganggu dengan sorakan dan laungan boo kepada ahli panel yang tidak digemari mereka.

Perkasa mob’s attack ‘premeditated’

If their intention was to hand over a memorandum as claimed, why fling bottles and stones at crowd, asks Seremban PAS chief
SEREMBAN: The Perkasa mob which disrupted a PAS dinner-cum-ceramah last Saturday had carried out a “well-planned and premeditated” attack, said Seremban PAS chief MK Ibrahim.
“The excuse that they were there just to hand over a memorandum is unacceptable. If they really wanted to do that, why throw stones and bottles at the crowd?
“This was a Hari Raya dinner as well. There were women, children and senior citizens among the crowd. They could have been badly hurt,” said Ibrahim.
“They did not come with the intention of handing over a memorandum but to deliberately disrupt the event to get cheap publicity,” he added.

Di anjung SPRM, ilusi dan realiti saling bergelut

Kalau saya boleh cadangkan satu judul buku untuk siri penerbitan Buku Fixi yang diterajui saudara Amir Muhammad, saya ingin supaya "Ilusi" menjadi terbitan seterusnya.  "Ilusi" akan mengisahkan misteri kematian Ahmad, seorang pegawai kastam yang dituduh terima rasuah dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ringkasannya pada kulit belakang akan berbunyi:

"Ahmad, 56, dijumpai berlumuran darah di gelanggang badminton kompleks bangunan SPRM.  Dia baru sahaja datang mengunjung pagi itu, tujuannya ke mari tidak pasti.  Yang diketahui, Ahmad seorang pegawai Kastam yand disyaki terbabit dalam kes rasuah.  Dia baru dilepaskan dari tahanan satu malam dalam lokap dan sesi soal siasat oleh SPRM.  Baginya, pengalaman semasa dalam tahanan ibarat neraka di atas bumi.  Kini, kematian Ahmad dalam premis SPRM menjadi mimpi ngeri isteri dan keluarga tersayang.

Skim al It’aam lonjak pasaran beras tempatan

KOTA BHARU, 27 Sept: Skim bantuan beras percuma (Al-It’aam) yang dilaksanakan di Kelantan mulai Febuari lalu berjaya meningkatkan permintaan beras tempatan sehingga 80 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri, Che Abdullah Mat Nawi berkata, perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Pengilang-Pengilang Padi Bumiputera Pantai Timur, Zakiron Zahid.
“Walau pun mulanya hanya untuk membantu meringankan bebanan rakyat miskin, namun ia turut membantu pengilang-pengilang padi, pengedar-pengedar dan peniaga beras tempatan.

Puad: Sejarah tak perlu ditulis semula kerana politik


SHAH ALAM, 27 Sept – Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi menegaskan sejarah negara tidak perlu ditulis semula jika ia hanya untuk memenuhi dan memuaskan kepentingan politik pihak tertentu.
Ini kerana jelas beliau, sejarah tidak boleh diubah sewenang-wenangnya dan sebagai rakyat negara ini ia harus dipertahankan daripada terhakis.
“Wajarkah sejarah ini ditulis semula? Apakah fakta yang ada pada hari ini salah? Atau apakah ada pertemuan baru? Atau adakah kita mahu menulis sejarah semula sebab kita terdiri dari berbilang kaum jadi ia perlu ditulis semula.

Najib, isteri akan tolak teori konspirasi

Dalam usaha mengketepikan permohonan meminta mereka tampil sebagai saksi pendakwa dalam kes perbicaraan liwat II, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menafikan mereka berkonspirasi mengenakan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Puad: Anwar mengaku Ibrahim Libya penderhaka

Dr Puad ZarkashiDebat sejarah yang dimulakan dengan isu Mat Indera kini berjangkit kepada persoalan sama ada ulama lantang Ibrahim Libya yang terbunuh dalam peristiwa Memali pada tahun 1985 merupakan seorang pengkhianat atau tidak.

Menjawab persoalan yang diajukan, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau pernah mendengar pengakuan itu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri berhubung perkara itu.

"Tentang Memali, ketika saya sedang menuntut di Amerika, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menteri pelajaran ketika itu. Saya pengerusi (sebuah) forum...

"Dia (Anwar) mengatakan Ibrahim Libya adalah seorang penderhaka, Ibrahim Libya adalah individu yang mencetuskan suasana yang boleh menimbulkan huru hara, ketegangan politik," katanya.

Kuota bumiputera akan dilupuskan, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang mencari jalan untuk melupuskan sistem kuota dalam membina kapasiti bumiputera kerana pendekan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan.

Tidak salah kalau sejarah dinilai kembali


SHAH ALAM, 27 Sept : "Pendapat kamu benar tapi pendapat aku belum tentu salah," jelas Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution pada satu program Wacana 'Merdeka Wajarkah Sejarah Ditulis Semula' anjuran Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Penduduk Kg Baru diajak tolak rang undang-undang

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mengharapkan lebih ramai penduduk Kampung Baru tampil ke depan bagi mendesak kerajaan menarik balik bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru di Parlimen pada bulan Oktober nanti.
Isu utama yang mereka bangkitkan adalah imuniti yang diberikan kepada rang undang-undang ini.

Desakan itu dibuat kepada kerajaan khususnya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Buktikan siapa yang sokong RUU Kg Baru

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Sekretariat Pembangunan Kg Bharu (SPKB) mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) mengeluarkan senarai nama penduduk Kg. Bharu yang menyokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu (PPKB).

Ia ekoran belum ada perkembangan mengenai borang referendum yang diedar kepada pemilik dan pewaris tanah bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai cadangan penubuhan PPKB Jun lalu.

Setiausaha Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS), Shamsuri Suradi memaklumkan hanya sekitar 30 peratus sahaja borang dikembalikan dan tidak dapat dipastikan berapa ramai yang menyokong dan membantah.

Siasatan Bersih 2.0: Suhakam tunggu maklum balas polis

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) masih menunggu maklum balas dari polis berhubung dengan siasatan mereka terhadap perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Ini kerana, sehingga kini, Suruhanjaya sedang menunggu maklumbalas dari pihak Polis atas permohonannya, dan peringatan seterusnya telah dikemukakan berhubung tujuan untuk menemubual Personel Polis yang bertugas semasa perhimpunan 9 Julai awam.
(Antara mangsa tembakan gas pemedih mata polis terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0)

Sabuisme cetus minat sejarah, kata profesor

Ucapan kontroversi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera secara tidak langsung merancakkan perbahasan baru berhubung sejarah tanah air, kata Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Sambil menyifatkannya sebagai fenomena "Sabuisme", Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, ia selari dengan tuntutan globalisasi dan tuntutan pelbagai pihak supaya versi lain dirakamkan bersama dalam penulisan sejarah.

"Saya baru-baru ini dalam satu forum dengan Mohamad Sabu, puluhan ribu orang hadir. Di Jabatan sejarah baru-baru ini ratusan hadir.

Fitnah Seks & Skandal : Adun Kota Anggerik nafi tuduhan blog pro-Umno....taktik lama yang serupa...!!

Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri 'Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam'.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari hari ini menafikan tuduhan fitnah oleh sebuah laman blog pro-Umno yang didakwa cuba memburukkan imej Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat beliau dan para stafnya.
Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.
Namun menurut Yaakob, hasil siasatan mendapati video klip itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat milik beliau.

Apa yang sebenarnya terjadi pada Sarbaini?

Apa yang sebenarnya terjadi pada Sarbaini?Seperti yang dijangkakan, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) terlepas dari kes kematian Ahmad Sarbaini, dengan koroner menyatakan kematian disebabkan nasib malang.
Keputusan tersbut telah menaikkan dua perasaan berbeza. MACC dan peguam Shafee Abdullah melonjak gembira, manakala balu Sarbaini berdiam diri, susah hati tetapi tidak terkejut.
Jelas sekali, Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaannya akan melakukan apa sahaja di bawah kuasa mereka unduk melindungi MACC, tidak kira betapa teruknya perbuatan MACC. Pemblog-pemblog Umno mengeluarkan amaran awal, memuat naik video seks ghairah yang dikatakan berhubung dengan kes Sarbaini walaupun lelaki di dalam klip video yang berasmara bersama wanita mat salleh tersebut tidak kelihatan seperti Sarbaini langsung.

Hudud: Hormati sebarang bentuk keputusan Pakatan Rakyat

Isu Hudud: Hormati sebarang bentuk keputusan Pakatan RakyatPemuda Pakatan Rakyat menyambut baik kenyataan dan kesepakatan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat melalui Setiausaha-setiausaha Agung parti-parti komponen KEADILAN, PAS dan DAP dalam isu hudud yang kembali dihangatkan mutakhir ini.
Kesepakatan agar semua pimpinan ketiga-tiga parti diarah tidak mengeluarkan kenyataan sehinggalah Kepimpinan Pakatan Rakyat bersidang pada 28 September dengan jelas sekali merupakan satu tindakan proaktif yang bijak agar para pemimpin kembali fokus kepada agenda memperjuangkan hak rakyat, dan Pemuda Pakatan berpandangan ia wajar dihormati tanpa kompromi.
PRU-13

Jui Meng: Hentikan rundingan rahsia dan tipu helah dalam Petronas

Jui Meng: Hentikan rundingan rahsia dan tipu helah dalam PetronasPentadbiran Najib mesti menghentikan fitnah terhadap agenda ekonomi Pakatan Rakyat dan membentuk semula perancangan kewangan Negara yang kukuh, bermula dengan mendedahkan rahsia yang menyelaputi syarikat minyak Negara, Petronas. Ini sahaja dapat menghasilkan berbilion ringgit di dalam tabung Negara, mengaktifkan semula ekonomi dan membantu berjuta rakyat Malaysia di dalam melalui keadaan sukar sekarang ini, kata ahli ekonomi dan ketua-ketua pembangkang.
“Dari 1974 hingga 2010, Petronas melaporkan ia beroleh keuntungan sebanyak RM700 bilion. Ini merupakan satu lawak jenaka. Bagi Petronas untuk menghasilkan keuntungan yang sedikit dalam jangkamasa yang panjang iaitu 36 tahun, merupakan suatu penghinaan kepada kebijaksanaan seseorang.

Another DPP stares into barrel of gun

Hours after a DPP in Kuala Terengganu is threatened by a man with a gun, another DPP in KL is robbed at gunpoint.
KUALA LUMPUR: Another senior deputy public prosecutor was attacked and robbed at gunpoint within hours after a DPP reported that she was threatened by a man with a gun on Sunday afternoon.
The second incident involved a DPP in his mid-30s attached with the Deputy Public Prosecutor’s office here.
The victim was having dinner with a few friends at a fast-food restaurant in Pudu here. He told his friends that his drink could have been spiked.
He was later bundled into car before being robbed at gunpoint at an undisclosed location. The assailants took his handphone and some cash before droping him near Nilai, Negri Sembilan.

What will Najib and Rosmah say on Thurs to set aside their sodomy subpoena

What will Najib and Rosmah say on Thurs to set aside their sodomy subpoenaIt is a given that Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor will accuse arch rival Opposition Leader Anwar Ibrahim of abusing the court process to force their appearance as witnesses in the ongoing Sodomy II trial.
And the court is expected to accept their claims and set aside the subpoena obtained by Anwar's lawyers earlier this month, after the first couple shocked the nation by refusing to testify.
"Of course, they will deny, what do you think? It will be an open and shut session," pundits who have been following the long drawn-out case told Malaysia Chronicle.
"Saiful has said he met the first couple when Najib was then the deputy prime minister. That part of Saiful's testimony has already been expunged from the court records, can you imagine? As for Rosmah, the testimony Saiful gave in court differs from his previous statements."

Baru Jumpa Fakta : 'Golongan kiri pejuang, tapi tak sehebat Tunku'..he..he.he..

  Sejarahwan Profesor Datuk Ramlah Adam berkata, beliau mengakui sumbangan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan tetapi ia tidak sehebat sumbangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

ramlah adam 150911 perkasa"Kita tidak nafi Burhanuddin Helmy pejuang kemerdekaan. (Ahmad) Boestamam, Zaba, Ibrahim Yaacob... Kita tidak pernah nafi.

"Tetapi perjuangannya tidak begitu hebat macam Tunku," kata Ramlah yang disambut jeritan "boo" daripada sebahagian penonton yang hadir dalam forum "Wajarkah sejarah ditulis semula?" di Shah Alam hari ini.

Kira-kira 500 hadir dalam forum anjuran Sinar Harian, rata-ratanya penyokong Pakatan Rakyat -- yang menjadikan majlis itu terganggu dengan sorakan dan laungan boo kepada ahli panel yang tidak digemari mereka.
Dalam pembentangannya yang sering disampuk oleh penyokong Pakatan, Ramlah menekankan bahawa sejarah ditulis berdasarkan dokumen dan rekod sedia ada.

Video : Runding semula dengan penduduk Kg Baru

Video - Zaid: Kita is prepared to be investigated by ROS

Video : Belia Perlu Majukan Diri Dari Segenap Aspek

Video - Zaki: Good judges don't come cheap

Mati kerana sudah sampai ajal?

Oleh Adil Mat Selamat

27 SEPTEMBER – Sekali lagi, hasil siasatan kes yang melibatkan kematian di premis kerajaan menemui titik buta.
Selepas Teoh Beng Hock yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam Shah Alam, Ahmad Sarbaini Mohamed pula menerima nasib yang sama, juga di pejabat/bangunan SPRM.
Malah hasil siasatan juga hampir sama, iaitu mati kerana terjatuh dari tempat tinggi, iaitu mati mengejut.
Bezanya kali ini, Jawatankuasa Inkues tidak mengklasifikasikannya sebagai bunuh diri, barangkali oleh kerana logik bunuh diri bagi orang Islam itu sukar diterima oleh masyarakat dan keluarga, maka kematian arwah Sarbini dianggap sebagai mati mengejut.

Mengapa Pakatan Rakyat diserang habis-habisan

Oleh Amaluddin Zhafir

27 SEPTEMBER – Sejak seminggu berturut-turut DAP teruk dihentam media kawalan Barisan Nasional, terutamanya lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia berkaitan hukum hudud yang UMNO sendiri telah menolak pelaksanaanya.
Dalam ruangan rencana Utusan semalam, perpaduan Pakatan Rakyat dikatakan tidak logik akal kerana kepelbagaian aliran fahaman dalam gabungan itu tidak mungkin boleh menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia.

Hudud: The Star pun fitnah Guan Eng juga

KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Yang dikatakan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tentang hukum hudud ialah, kesemua ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti akan meletak jawatan jika undang-undang jenayah Islam itu dipaksa menjadi sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Pendirian itu dibuat sebagai tanda kepimpinan DAP bertanggungjawab sepenuhnya dengan prinsip perjuangannya yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Tetapi yang dilaporkan oleh The Star pula ialah kononnya Guan Eng mengugut untuk meletak jawatan dari Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat, dan ini telah mencetuskan kecaman dan kritikan pihak kawan dan lawan terhadap DAP.

Kita tunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan

Bekas Setiausaha Kerja Kita Abdul Latif Tambi membuat laporan kepada ROS berhubung tindakan tatatertib ke atas mereka yang didakwa dibuat dengan tidak mengikut perlembagaan parti
PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) sedang menunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan berhubung laporan oleh pemimpin parti itu yang dipecat oleh presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.
Hari ini  bekas Setiausaha Kerja Kita Abdul Latif Tambi membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung tindakan tatatertib ke atas mereka yang didakwa dibuat dengan tidak mengikut perlembagaan parti Zaid telah memecat keahlian  Abdul Latif minggu lalu.
Bekas orang kuat PKR itu juga memecat ahli jawatankuasa pusatnya, Muhammad Firdaus Christopher atas pelbagai kesalahan termasuk memburuk-burukkan parti.

Pewaris gesa Rang Undang-Undang Kg Baru ditarik semula

"Kami menentang 100 peratus rang undang-undang ini, majoriti membantahnya," katanya.
KUALA LUMPUR: Pewaris tanah Kampung Baru hari ini menggesa agar rang undang-undang Perbadanan Kampung Baru di sini ditarik balik dan dibincangkan semula sebelum dibaca  dalam sesi parlimen akan datang.
Timbalan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru, Mohd Nor Hassan, 56, berkata sejak bacaan kali pertama rang undang-undang itu pada Disember lalu, majoriti pemilik dan pewaris tanah membantah cadangan itu namun tidak diendahkan kerajaan.
Mohd Nor yang juga merupakan generasi kedua Kampung Baru berkata penolakan rang undang-undang itu disebabkan tiada jaminan hak mereka akan kekal walaupun bersetuju dengan cadangan tersebut.

Tinggal 2 Minggu Lagi, Apa Khabar Bersih 2.0?

Oleh: AntiKarat


Bersih 2.0/PAS/Pakatan Rakyat pernah memberi tempoh 3 bulan kepada SPR/BN agar melaksanakan segera 8 tuntutan Bersih 2.0. Kini hanya tinggal  tidak sampai dua minggu tempoh yang diberikan akan berakhir.

Nampaknya SPR/BN tidak melakukan apa-apa. Mereka tiada rasa bersalah dan tiada rasa gentar. Malah mereka sudah berkira-kira dan membuat persiapan untuk pilihanraya ke-13.

Hudud: Najib Jangan Putar Belit Berkenaan Hudud dan Maqasid


tn_haruntaib_05Kuala Lumpur, 26 September 2011 - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb. Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) meminta supaya Perdana Menteri Malaysia yang memimpin Umno supaya memperbetulkan kefahaman berkenaan Hudud memandangkan beliau merupakan seorang Islam dan memimpin sebuah parti yang  majoriti ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Najib pada hari semalam sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama yang melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana meraikan maqasid Syariah.

PERKASA Bacul dan dayus ganggu ceramah MAT SABU

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanOleh: wfauzdin_ns

"PERKASA nampaknya sudah mula bermain kasar. Pertubuhan yang bukan anak jantan ini mula untuk tonjolkan keberanian setelah dikutuk dan dipersendakan akibat kebaculan mereka sewaktu berjanji untuk hadir semasa perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, tetapi mereka ghaib entah ke mana.

SIRI 5 (akhir): PRU13 - DUN UMNO/BN akan tergugat

Oleh: mirputra

"“Saya yakin kerjasama ketiga-tiga parti Pakatan – PKR, PAS dan DAP – akan memberi semangat kepada warga Sabah & Sarawak untuk membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang,”

Rakyat di Sabah adalah antara golongan yang berani membuat perubahan kerana telah empat kali menukar kerajaan sejak menyertai penubuhan persekutuan Malaysia pada 1963.


Isu nilai pasaran sebenar rumah Khir jadi pertikaian

Isu nilai pasaran sebenar dua lot tanah termasuk sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, Shah Alam yang dibeli bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terus menjadi topik pertikaian pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Menjelang 60 tahun, rahsia kekuatan PAS

Oleh Ustaz Idris Ahmad
PAS akan menyambut ulang tahun ke- 60 pada 1 Oktober 2011 di Dewan Milenium Kepala Batas.
PAS memilih Pulau Pinang kerana nostalgia lama PAS yang dilahirkan secara rasmi pada 24 November 1951 di Bagan Tuan Kecil Seberang Perai. PAS sudah muncul sebagai parti yang tertua di Malaysia, setelah Umno 1946 diharamkan oleh mahkamah, sedangkan Umno sekarang ialah Umno 1988.

Apa dan mengapa ISA zalim?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
RAKYAT Malaysia dihidangkan dengan berita indah kbahar dari rupa dengan pengumuhttp://loyarburok.com/wp-content/uploads/2010/07/ISA.jpg?6949c1man Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kononnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Meskipun disambut baik oleh pelbagai pihak, namun ISA masih adalah satu daripada tiga undang-undang utama di negara ini yang membolehkan penahanan tanpa bicara.

Pendukung Umno makhluk tiada pendirian

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
 
BENAR sekali apa dikata orang bahawa para pendukung Umno mengamalkan politik ‘pak turhttp://topnews.in/law/files/Mohammed-Najib-Tun-Razak.jpgut’. Mereka ini tiada pendirian sendiri, hanya tahu mengiya dan mengangguk apa yang disebut para pemimpin mereka. Sebarang pegangan atau pendirian mereka hanya bersifat sementara dan tiada yang kekal.
Arah sokongan dan kecenderungan mereka kepada sesuatu perkara boleh beralih dengan mudah.