Sabtu, 24 September 2011

Islam syumul: Persepsi orang Melayu tersasar

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
ISLAM sebagai satu-satunya agama yang diperakui Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan Maha Pencipta alam maya ini terus berkembang serta menembusi ke beberaphttp://4.bp.blogspot.com/-rnWx-FuDshs/TfdYj-sb0DI/AAAAAAAABZM/V1SRHsasDGs/s320/Islam_mosque.jpga negara di Eropah, Afrika, Amerika Latin yang sedikit masa dahulu berorientasikan aliran fahaman Komunisme, Sosialisme, Athiesme, Kristian dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, Islam yang menjadi pegangan orang Islam khususnya di rantau Melayu ini, difahami dengan pegangan sempit dalam beberapa isu rutin harian hidup mereka seperti dalam upacara perkahwinan yang dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah dan banyak lagi, bulan Syawal diambil kesempatan dengan pulangnya sanak saudara ke kampung untuk menganjurkan majlis walimatulurus, adat diutamakan lebih daripada persoalan ibadat hingga menjejas pahala sebulan Ramadan dengan puasa, solat jemaah serta Tarawih dan yang lain.

Siapa King Maker PRU 13?

Oleh Musli Oli
Hyatt hotel agak lengang pagi ini. Orang-orang politik yang kebiasaannya memenuhi meja disebelah bar tidak kelihatan. Mana Datuk Halik Zaman, Datuk Karim Ghani dan lain-lain? Kelibat Datuk Jumat Idris dan penyokong-penyokong UMNO dan BN yang lain juga tidak kelihatan.

Saya mengambil tempat duduk biasa. Kopi O Hyatt memang best, boleh pula refill tanpa extra caj. Barangkali orang-orang politik sibuk berhari raya, bisik hati saya.

Udin Anak Yassin Terperangkap

Oleh Mohd Sayuti Omar
APABILA Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kewajibannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, UBN meloncat gembira kerana kenyataan itu sekali lagi akan diratah sebagai isu politik dalam usaha menjempitkan Pas.

Para tukang bodek dan taukeh media penjilat buntut Umno telah mula berangan-angan akan menjadi kenyataan Nik Aziz itu sebagai umpan lemak bagi mempengaruhi orang ramai agar membenci Pas.

Sejarah tidak boleh dipertikai?

CUBA bayangkan, bagaimana peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada September 1998 dicatat dalam buku teks sejarah, selepas 20 http://1.bp.blogspot.com/-YrHgUS7Z5KQ/TbwG6hILrnI/AAAAAAAAJkk/J8i0MjWQSoQ/s1600/anwar+ibrahim.jpgtahun kemudian? Apakah Anwar Ibrahim akan diperingati sebagai seorang “Bapa Reformasi”, ataupun sebagai “penjenayah” dengan 1,001 tuduhan liar ke atasnya - daripada ejen Yahudi, pengkhianat bangsa Melayu, sehinggalah peliwat yang paling tidak bermoral di dunia?

Isu daftar pemilih, harga barang ‘mati’ ditutup hal komunis

Oleh Saidah Hairan
SEMUA pihak dalam Pakatan Rakyat perlu menggunakan kesempatan dan peluang membesarkan isu daftar pemilih dan kenaikan harga barang untuk menggerakkan gelombanghttp://3.bp.blogspot.com/-VAL3OHHIrh0/Tb-pJ7xmL_I/AAAAAAAAIXg/9yabt9Ebo_Q/s1600/BN%2Bbarang%2Bnaik%2Bbudakbalun.jpg kebangkitan rakyat.
Isu ini perlu diberi penekanan serius di semua peringkat. Isu pendatang tanpa izin (Pati) yang begitu mudah mendapat Kad Pengenalan Biru (MyKad) serta berhak menjadi pengundi seolah-olah ‘mati’ kerana ditutup dengan isu komunis dan Mat Indera.

Sedangkan isu komunis itu sengaja ditimbulkan oleh BN bagi mengelirukan rakyat terhadap isu sebenar yang boleh merosakkan negara.
Jika BN membuat serangan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tanpa henti, kenapa pula Pakatan Rakyat tidak mengambil peluang menggunakan isu daftar pemilih dan kenaikan harga barang menekan BN pula?

Ahli Politik Malaysia tak minat bincang isu Pertahanan Negara

Oleh: rozmal

"Saya amat bersetuju dengan artikel yang ditulis oleh wartawan Marhalim Abas mengenai isu pertahanan, di mana ahli politik di Malaysia ini baik dari Barisan Nasional mahu pun dari Pakatan Rakyat tidak begitu prihatin untuk membincangkan masa depan pertahanan negara dengan mendalam dan serius. Bukan BN dan Pakatan Rakyat sahaja tidak bersungguh, malahan Kementerian Pertahanan sendiri menurutnya pun begitu juga.

 

Ini terbukti apabila laman web Kementerian Pertahanan asyik dengan kisah rumah terbuka Idil Fitri, begitu juga dengan laman web Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, yang semuanya terlalu tepu dengan isu politik.

8 saranan Hurgronje (Dasar Islam/Etika) Belanda Di Indonesia

Oleh: ustaznik

"snouck hurgronjeSnouck Hurgronje ialah seorang orientalis Belanda yang terkenal. Beliau telah memberikan 8 saranan kepada dasar pemerintahan Belanda di Indonesia yang berhubung dengan Dasar Islam (Dasar Etika) Belanda:

1.Pemerintah Belanda tidak perlu takut terhadap pengaruh haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban iaitu simbol haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap fanatik atau benci kepada orang kafir. Tetapi, jika mereka pulang dengan berbekalkan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap, termasuk politik, maka mereka patutlah diawasi.

UMNO Patut Malu Kepada DHPP

"Kuala Lumpur, 24hb Sep 2011. Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr. Khairuddin Razali menempelak UMNO kerana masih gagal menyatakan pendirian rasmi yang tegas dan jelas menyokong perlaksanaan Undang-undang Jenayah hudud sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.

“UMNO sepatutnya rasa malu dengan kenyataan Timbalan Ketua DHPP Pusat (Dewan Himpunan Penyokong PAS), N. Balasubramaniam yang mahukan agar Undang-undang Hudud menggantikan Akta zalim ISA” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Pakcik Makcik Akan Kongsi Harta Negara ?

Oleh: AntiKarat

"Apa khabar pakcik makcik adik abang di kampung? Dengar khabar kita akan berkongsi tanah air ini dengan pekerja asing yang datang merantau ke negara kita untuk mencari rezeki. Banyak perkara kita akan berkongsi dengan mereka. Maklumlah mereka telah diangkat begitu mudah untuk menjadi warganegara Malaysia hanya kerana kepentingan kuasa politik pihak tertentu.  Ya begitu mudah….hanya dengan berjanji untuk mengundi BN apabila diadakan pilihanraya nanti. Kalau mereka sanggup berjanji untuk pangkah BN, maka permohonan mereka akan terlaksana sekelip mata. Begitulah dengar ceritanya yang telah dihebohkan orang. JPN nafi evidens-evidens yang dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Anwar slams Umno for poking Hudud fire: Non-Muslims not be affected

Anwar slams Umno for poking Hudud fire: Non-Muslims not be affectedThe implementation of hudud in the state of Kelantan must in all circumstances be subject to the maqasid al Shari’a, that is, the Higher Objectives of the Shari’a, the most paramount of which is to ensure justice for all, regardless of race, status or religion. This warrants the existence of Shari’a judges who are capable of dispensing justice without fear or favour and a Shari’a judicial system which is independent of political pressure or other kinds of influence that would impair its functions in the administration of justice.
As a Muslim, I am bound by the commandments of my religion including the injunctions as ordained in the Holy Qur’an. As I have stated before, the right to practice one’s faith is a fundamental freedom that is guaranteed by the Federal Constitution. In this regard, it must be stressed that non-Muslims are and must continue to be in all circumstances exempt from the Shari’a jurisdiction. This view is perfectly consistent with the position of the Pakatan Rakyat as laid out in the Orange Book:

Pulp fiction and the types of BN supporters

Pulp fiction and the types of BN supportersThere are three main kinds of people who support the BN today.
First there are The Evil, they are the ones who are in power and will do anything to stay in power.
Then there are The Selfish, who benefit in one form or the other from The Evil, and so want them to remain in power so that they can continue to benefit. The Selfish care nothing for Malaysia, only for themselves.
Then there is The Uninformed, who actually believe the gibberish that the BN feeds through their TV and their newspapers. The Uninformed do things like actually pay real money to buy the NST or Utusan. The Uninformed have no idea that these newspapers, like TV3, are works of vicious fiction.

No room for ‘personal views’, Anwar told

Karpal Singh tells the opposition leader that the latter's personal views will be construed as the party's official stand.
GEORGE TOWN: DAP national chairman Karpal Singh took a swipe at Pakatan Rakyat supremo Anwar Ibrahim over the latter’s “personal view” on the implementation of Islamic law in the PAS-run state of Kelantan.
According to the veteran politician, leaders who held high positions did not have the luxury of expressing personal stands.
“There is no such thing as a personal view when one is in a top political position. When you are a top leader, your views would be construed and perceived as the official party stand,” he said.

Video : Hudud dan Jihad

Video : NTC holds presser in Benghazi

Video : Today in History for September 24th

Hudud: Anwar dakwa Umno hipokrit, mahu niat Kelantan dihormati


KUALA LUMPUR, 24 Sept — Sambil membidas Umno hipokrit, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak menghormati hasrat Kelantan mahu melaksanakan hudud meskipun ia tertakluk kepada beberapa perkara, antaranya soalan berkaitan dengan Maqasid Syariah.
Dengan merujuk kepada tulisan dalam bukunya Gelombang Kebangkitan Asia awal 1990-an, Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, adalah baik untuk semua  merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan.
“Maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Video :Ambiga conferred France Highest hounour

Video : Siapa Sebenarnya Yang ' Terseksa' Muhyddin

Video : MTUC Selangor Bijak Imbangi Keperluan Rakyat

Video : Who will support the Palestinian bid?

Video : Frost over the World - Palestine's reality - Part two

Video : Frost Over the World - Palestine's reality

BN diusul wujud jawatan TPM kedua dari M'sia timur

Usul pewujudan jawatan timbalan pengerusi BN kedua dari kalangan parti komponen BN Sabah dan Sarawak perlu dibawa ke dewan tertinggi BN untuk dibincangkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau diminta mengulas usul Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) supaya jawatan tersebut diwujudkan dan penjawatnya dilantik timbalan perdana menteri kedua bagi mengimbangi pelaksanaan dasar pembangunan antara semenanjung, Sabah dan Sarawak, sesuai dengan konsep perkongsian sama rata semasa penubuhan Malaysia.

Guan Eng nafi burukkan Johor di Australia

Lim didakwa mensabotaj negeri Johor sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia ke Pulau Pinang. — Foto fail
GEORGE TOWN, 24 Sept — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan laporan yang dikeluarkan Bernama berhubung kenyataannya memburuk-burukkan Johor ketika ditemu ramah oleh sebuah stesen radio Australia baru-baru ini.

Nasib pengawal keselamatan tidak terbela

Mereka terpaksa bekerja 30 hari sebulan dan 12 jam sehari untuk mendapatkan gaji RM1,200 sebulan.
PETALING JAYA: Rata-rata hidup pengawal keselamatan dihimpit kemiskinan umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Gaji minima RM1,200 sebulan yang diwar-warkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam pertengahan tahun lalu sehingga ini tidak dinikmati oleh pegawal keselamatan.
Mereka terpaksa bekerja 30 hari sebulan tanpa cuti dan 12 jam sehari untuk mendapatkan gaji RM1,200 sebulan.
Seorang pengawal keselamatan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang ditemui berkata, gaji pokok pengawal keselamatan tempatnya bekerja ialah RM355 sebulan untuk kerja lapan jam sehari dan 26 hari sebulan.

Hudud hanya taktik PAS untuk tagih perhatian rakyat, kata Najib

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya.
BATU GAJAH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.
Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

‘Takut hudud seperti takut hantu’

Nik Aziz Nik Mat membidas kumpulan yang menentang pelaksanan hukum hudud.
PETALING JAYA: Meskipun konsep hudud ditolak oleh rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat – DAP, namun PAS tetap nekad untuk melaksanakan hukuman hudud di negara Kelantan.
Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat merangkap Mursyidul PAS malam tadi mempertahankan pendirian beliau di Kuala Terengganu.
Beliau menolak asas penentangan kumpulan yang menentang pelaksanaan hudud dengan mengibaratkan ketakutan mereka terhadap hudud umpama takutkan hantu yang tidak diketahui.
Beliau berhujah bahawa ideologi yang dipegang oleh kumpulan politik lain sama sekali tidak boleh digunakan sebagai asas peraturan berbanding dengan Islam.

Let the people vote on hudud

The Kelantan state government has been urged to hold an open referendum for the people to decide if they want Islamic law to be implemented.
KOTA BARU: A PAS associate wants the Kelantan state government to hold an open referendum for the locals on whether the highly debatable hudud law should be adopted.
PAS Supporters Club national chairman Hu Phang Chaw said the proposed adoption of the syariah criminal enactment had once again emerged as a contentious issue, especially in Pakatan Rakyat.
To move forward on the issue, Hu asked the Kelantan government to seek an open referendum on the benefits of adopting hudud by conducting a poll throughout the state on this issue.

Filem Bukit Kepung Patut Di haramkan - Abdullah CD


Kampung Perdamaian Sukhirin, 23 September 2011 – “Filem Bukit Kepung patut diharamkan”, demikian kata Abdullah C.D., Pengasas Rejimen Ke-10, Parti Komunis Malaya (PKM).


Pandangan ini dibuat ketika beliau menjawab soalan mengenai laporan akhbar Utusan Melayu menuduh Mat Indera sebagai “pengganas”.

Mat Indera terlibat dalam satu serangan hendap ke atas Balai Polis Bukit Kepung dalam tahun 1950.

Orang ada-ada : Pertama Kali Naik Bas..???

(BAS MEWAH...PATUT GUNA BAS BIASA..!!)
PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu.

Jangan dok rasa pilihanraya lambat lagi, kena pulun habih2 dah lanie..

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir. Kalau diibaratkan dunia akan kiamat, cuma matahari terbit dari sebelah Barat yang belum berlaku. Analoginya, cuma Parlimen yang belum dibubarkan. Selain dari itu semua petunjuk menggambarkan bahawa pilihanraya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Dalam tradisi politik Malaysia, selain dari Allah SWT yang mempunyai penentuan mutlak terhadap segala sesuatu; tarikh pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri.

Sekalipun dia seorang yang boleh membuat keputusan namun pilihanraya umum adalah kerja besar yang perlukan penglibatan semua pihak. Dua pihak yang mesti melaksanakan agenda besar tersebut ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan jentera propaganda mereka.

Pemikiran melangkaui zaman

Oleh tok non

"Pemikiran melangkaui zaman bukti kepimpinan UMNO berjaya mentadbir negara" petikan Berita Nasional tv1 22 sept 11.Najib kata negara Malaysia sudah berjaya dipesada antarabangsa dalam pelbagai bidang dan diikiraf oleh dunia hasil dari pemikiran dan perancangan Kerajaan BN dalam mentadbir negara.

Persoalannya adakah kita sudah maju? Dan adakah pemikiran BN itu melangkaui zaman?Jika sistem pentadbiran seperti sekarang ini berterusan, nescaya satu hari nanti Malaysia akan mengalami masalah ekonomi yang serius.

HUDUD: Kenyataan DAP harus dipuji

"IPOH 23 Sept – “Tidak kira undang-undang apa sekalipun yang ingin dilaksanakan, ia harus memberikan keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama,” kata Datuk Ngeh Ko Ham. Pengerusi DAP Perak itu berkata, setiap agama mempunyai pelbagai tafsiran masing-masing berhubung undang-undang, justeru aspek keadilan perlu diberikan perhatian serius.

Katanya, dalam hal ini tidak bermakna DAP menolak hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berhasrat menubuhkan negara Islam termasuk melaksanakan hudud di Kelantan.
“Tidak kira sama ada sesuatu undang-undang itu menggunakan nama apa sekalipun, ia harus boleh memberikan keadilan kepada semua,” katanya.

Hanya ISA termansuh, AUKU dan akta drakonian lain masih kekal

Oleh BOESTAMAM SARI
BEBERAPA anak muda melonjak kegirangan ketika mendengar sandiwara Najib Razak bahawa ISA akan dimanhttp://aliran.com/wp-content/uploads/2010/12/ISA-protest.jpgsuh. Helah begini setaraf dengan helah Muhyiddin bahawa PPSMI akan dimansuh, walhal dasar tersebut masih wujud sehingga kini dan ‘ditunda pemansuhannya’ entah bila.
“Perjuangan kita sudah mulai menampakkan hasilnya,” kata seorang teman, “Najib dah mansuh ISA!”

Penerbit 'Undilah' berang dengan penjelasan SKMM

pete teo storyPenerbit video 'Undilah' - Pete Teo - menyifatkan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung arahannya melarang siaran pengumuman khidmat awam (PKA) itu di stesen TV tempatan, sebagai "melampau".

Ini, kata Teo, kerana SKMM melarang siaran PKA itu sebelum ia disiarkan pun.

"Setakat ini, hanya NTV7 menyiarkan versi satu minit sebagai
bahan berita, kami hanya akan berbincang dengan stesen TV minggu depan (untuk menyiarkannya sebagai iklan penuh)," katanya.

Awal hari ini, dalam satu kenyataannya, SKMM berkata arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana PKA itu masih belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.

Isu Hudud: Ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Terengganu

Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. 

Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. 

Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. 

Siapa Yang Sebenarnya 'Terseksa' Muhyiddin?


SHAH ALAM 24 SEPT : Dakwaan timbalan perdana menteri bahawa rakyat Selangor terseksa di bawah pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat di negeri ini disifatkan sebagai tindakan terdesak Umno Barisan Nasional.

Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin terpaksa melakukan perang saraf apabila mendapati rakyat Selangor sebenarnya sudah cukup selesa dengan pentadbiran PR yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.

'Hanya kroni dan suku sakat umno-BN tertekan di S'gor'

NONEKerajaan Selangor bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ada pihak yang tertekan sejak Pakatan Rakyat menerajui negeri tersebut dan mereka adalah kroni dan suku sakat Umno-BN.

Selama ini, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Faedah Husin, golongan tersebut telah mengaut kekayaan menerusi pemberian projek secara terus, menjadi orang tengah dan para pelobi.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang berharap rakyat Selangor memilih BN dalam pilihan raya akan datang setelah rakyat kini didakwa "terseksa" bawah Pakatan.

Pak Lah: Tiada sebab SKMM wajar sekat klip Undilah


KUALA LUMPUR, 24 Sept — Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tiada sebab bagi pengawal selia stesen penyiaran menghalang penyiaran klip video Undilah kerana pengumuman khidmat awam seumpama itu ke udara demi kepentingan umum sejak pilihan raya umum pertama.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan agar stesen penyiaran lokal tidak lagi menyiarkan klip video itu, yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lalu. Arahan itu difahamkan dikeluarkan oleh SKMM awal minggu ini.

MCA: Dakwa Mat Sabu ‘untungkan’ Pakatan, cemar imej kerajaan

Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 24 Sept — MCA menyelar tindakan mengheret Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke mahkamah berhubung kenyataan berkenaan peristiwa Bukit Kepong kerana ia hanya akan meninggalkan imej buruk di pihak kerajaan dan membawa simpati kepada pembangkang.
Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mengenakan tuduhan ke atas Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya akan menimbulkan keraguan mengenai dasar pembaharuan dan kebebasan sivil yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak kebelakangan ini.

Video : Malaysia not yet ready for hudud - DPM

Video - Flag remark: Six months suspension for Manoharan

Video : Don't hide from foreigners- made-voters charge, EC told

Video : PSA Berunsur Kepentingan Awam Tidak Harus Dilarang.

Video : Said Rageah gives out a very important message to the Muslim Ummah.

Muhyiddin: Usah debat terbuka idea kerusi timbalan ketua BN, TPM kedua

PENAMPANG, 24 Sept — Usul agar diwujudkan jawatan timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) kedua, yang dilantik di kalangan parti-parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak, perlu dibawa ke dewan tertinggi BN untuk dibincangkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata perkara itu adalah lebih baik dibincangkan dalam forum dewan tertinggi BN daripada diperdebatkan secara terbuka.
“Saya fikir kalau ada apa-apa pun, cadangan itu boleh dibawa ke pimpinan tertinggi kita. Kita ada saluran iaitu jawatankuasa tertinggi BN di mana semua pemimpin-pemimpin duduk di situ dan kemukakan apa saja perkara yang hendak dikemukakan.

Muhyiddin syok sendiri, kata SU Politik MB Selangor

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rakyat Selangor tertekan di bawah Pakatan Rakyat jauh terpesong dan membuktikan Umno-BN semakin terdesak untuk menagih simpati, kata pegawai kanan Menteri Besar hari ini.
Semalam, Muhyiddin berkata rakyat Selangor seakan-akan tidak sabar untuk menanti pilihan raya umum bagi menukar kerajaan negeri sekarang daripada pakatan PKR-DAP-PAS kepada BN.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata rakyat Selangor mula sedar perbezaan pemerintahan antara pakatan tersebut dan BN dan telah bertanya kepada beliau bila pilihan raya akan diadakan.

MTUC : Selangor Bijak Imbangi Keperluan Rakyat


SHAH ALAM 24 SEPT: Skim gaji minima RM1,500 yang bakal diperkenalkan kerajaan negeri Selangor pada 2012 mendapat restu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Timbalan Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, ketelusan sesebuah kerajaan dapat diukur melalui penetapan gaji minima seperti ini yang diiktiraf kesatuan itu sebagai langkah proaktif kerajaan negeri bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat.
 

Kelab Najib untuk menangi hati pengundi muda

NONEKetika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha untuk memenangi sokongan golongan muda, muncul sebuah kelab yang dikenali sebagai NRC11 - Kelab Najib Razak.

Dan angka 11 di belakangnya? Ia dikatakan nombor kegemaran perdana menteri!

Ditubuhkan pada bulan April, sasaran demografi aktiviti NRC11
sama sepertimana projek Najib - pengundi muda.

Tetapi mereka yang menyerti acara-acara anjuran kelab ini tidak akan perasaan sebarang unsur politik mengenainya.

Tiada ‘lampu hijau’ laksana hudud, tegas Najib

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.
Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.
Ketika bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Tanjung Tualang di Perak hari ini, Perdana Menteri berkata, undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini.

Hudud: Nik Aziz kini minta bukan Islam buat pendirian


KUALA LUMPUR, 24 Sept — Di sebalik kemunculan semula isu kontroversi pelaksanaan hukuman hudud sejak awal minggu ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan.
“Perbincangan terbuka, kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihormati, adakah anda akan bersetuju jika hukuman hudud dilaksanakan?
“Sila berikan pandangan anda mengenai perkara ini, tanpa prejudis, sentimen politik dan emosi,” kata Menteri Besar Kelantan dalam mesej terbaru dipaparkan menerusi laman sosial Facebook awal pagi ini.

PM, isteri nak bas dalam program lawatan ke Perak...akhirnya apa PR buat depa ikut..!!!

Buat pertama kalinya dalam siri menjelajah ke seluruh negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan dibawa menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak menuju ke destinasi yang telah diatur dalam lawatan kerjanya itu.

"Dulu naik kereta kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.

"Tak boleh pisah antara satu sama lain dan ini akan bawa pemimpin dekat dengan rakyat," katanya pada acara pertama lawatannya iaitu jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Taman Soon Choon di Ipoh.

Lawatan itu melibatkan perjalanan dari Ipoh sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km di mana perdana menteri mendekati serta bermesra dengan rakyat berbilang kaum termasuk kaum Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.

Video : Kerajaan Hanya Berhajat Perbaharui ISA

Video : Larangan undilah Tak Selari Semangat Demokrasi Pusat

Video : Interview with senior Hamas official

Video : Libya's rebel forces advance on Sirte

PSA Berunsur Kepentingan Awam Tidak Harus Dilarang

KUALA LUMPUR 24 SEPT : Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) membidas langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengarahkan 'larangan' penyiaran klip video Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) yang mengajak rakyat mendaftar dan mengundi untuk pilihan raya akan datang.

Pengarah Eksekutif CIJ, Masjaliza Hamzah mengatakan larangan tersebut berunsur politik dan bercanggah dengan prinsip demokrasi yang dipegang negara.

"Kes terbaru ini menunjukkan betapa berkuasanya SKMM dalam menentukan penyiaran dan kandungan 'online' seperti termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) yang mengawal industri Multimedia dan komunikasi negara," kata Masjaliza dalam satu kenyataan hari ini.

Keluar rumah: minta izin atau beritahu suami?

 Oleh : Odah
"Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, saya makin banyak menerima kes daripada klien lelaki. Bukannya seronok kerana berpeluang bertemujanji dengan lelaki tetapi bersyukur kerana saya diberikan kepercayaan untuk mendengar dan memberikan jalan penyelesaian terhadap kes-kes mereka. Terkini, seorang suami bertemujanji menerusi penggilan telefon, meminta kepastian tentang ketaatan yang wajib bagi seorang isteri terhadap suaminya termasuk tentang izin keluar rumah dan melakukan sesuatu tindakan.

SEJARAH DI KABURKAN : BEKAS ISTERI MENTERI NAFI TAK SIUMAN


Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja kelantan.

Membekukan harta di jalan Allah

tanah wakafIbadah wakaf adalah suatu perkara yang mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah. Seseorang Muslim digalakkan untuk melaksanakan wakaf buat manfaat orang lain, dengan memenuhi keperluan mereka yang memerlukan, semata-mata kerana mencari keredhaan Allah. Wakaf juga merupakan salah satu amal soleh yang utama yang akan berguna kepada para pewakaf setelah mereka meninggal dunia.

Abu Hurairah radiallahuanhu berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Amal soleh yang akan sampai kepada orang yang beriman selepas kematiannya ialah ilmu yang dipelajari kemudian dikembangkannya, anak yang soleh, naskhah al-Quran yang ditinggalkannya sebagai pusaka, bangunan masjid yang didirikan olehnya, rumah (wakaf) yang dibina untuk para musafir, terusan yang digalinya atau sedekah yang diberi semasa hidupnya ketika dia masih sihat. Amal soleh ini akan sampai kepadanya selepas kematiannya.”
(Riwayat Ibnu Majah)

Kempen Politik 5

 Oleh: MSK
Mesej kempen
Dalam siri sebelum ini, kita dah tau siapa sasaran pengundi kita, dimana depa berada dan siapa depa. Kalau tak tau, maknanya hangpa  tak buat kerja. Kita juga sudah ada sasaran berapa undi yang kita perlukan untuk menang. Sekarang kita kena fikir macam mana kita nak yakinkan depa untuk mengundi kita.
Sejujurnya, orang atas pagar tak peduli hangpa sapa. BN ka…Pakatan ka…Bebas ka…mampuih pi la. Semua serupa saja. Dan inilah tugas kita untuk meyakinkan pengundi bahawa kita lebih baik dari sebelah sana.
Apa yang nak kita cakapkan kat pengundi supaya menyokong kita? Apakah dengan menceritakan keburukan Umno itu sudah cukup untuk depa mempercayai kita? Apakah dengan menceritakan kebaikan kita sudah cukup untuk meyakinkan depa.
Dalam pilihanraya, satu kebaikan tentang diri kita yang kita cerita, musuh kita akan mendedahkan sepuluh lagi keburukan kita. Kalau dalam PRU 2008, kita boleh auta pengundi sebab depa marah kat Umno. Kali ini? Ada juga yang marah kat Pakatan. Kalau nak kata Umno tak bagus, depa juga boleh cari alasan kita tak bagus.

Baiknya Utusan Malaysia Hari Ini

Oleh: laniismaa

"
Utusan Malaysia(UM) menjadi begitu baik pada hari ini. UM dengan tajuk besarnya "Karpal mesti hormat pendirian Pas".
Nampak seakan-akan UM begitu baik kepada PAS dan begitu menghormati PAS. Tajuk besar untuk Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menggesa Pengerusi DAP, Karpal Singh mesti menghormati pendirian kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia adalah hak masyarakat beragama Islam sebagaimana Pas menghormati sebarang tuntutan orang bukan Islam.

Negara ISLAM: Biarkan Wacana Kritis Berjalan


Oleh Marwan Bukhari (Universiti Yarmouk) | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)
Saya kira, debat mengenai Islam dan kenegaraan pernah berlangsung hangat tatkala Syeikh Ali Abdul Raziq menggemparkan wacana politik Mesir menerusi buku terkenalnya, al-Islam wa Usulul Hukm beberapa tahun selepas kejatuhan pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan hanya sebuah buku kritikal mengenai politik kenegaraan dan Islam, sekalian ulama al-Azhar pada waktu itu seakan-akan terkejut, lantaran Ali Abdul Raziq juga merupakan salah seorang ulama al-Azhar bersama-sama mereka. Lantas, menyebabkan Ali Abdul Raziq dihukum dengan beberapa tindakan, antaranya ialah dilucutkan statusnya selaku ulama al-Azhar.

Hanya Golongan Munafiq Yang Akan Halang Penyampaian Ilmu Allah

Oleh: Tok Janggut

Cubaan menghalang ilmu Allah dan ajaran Nabi disampaikan kepada umat manusia samada melalui tazkirah atau kuliah di rumah Allah atau di tempat luar dari kawasan rumah Allah sememangnya telah disekat dan dihalang sejak zaman Nabi berdakwah lagi. Perkara sentiasa berlarutan sehingga kiamat menjelma. Halangan ini dilakukan samada dari golongan kafir atau golongan munafiq yang sentiasa wujud sejak zaman berzaman dan silih berganti.

Mitigate recession: Stop the secretive dealings in Petronas

Mitigate recession: Stop the secretive dealings in Petronas, says Jui MengThe Najib administration must stop plagiarizing the Pakatan Rakyat's economic agenda and get cracking with tough financial reforms, starting with the uncloaking of the secrecy around national oil firm Petronas. This alone could immediately pump billions back into national coffers, reactivating the economy and helping millions of Malaysians ride through the current rough patch, said economists and opposition leaders.
"Since 1974 to 2010, Petronas reports show it has made profits totalling RM700 billion. Now, this is a joke. For Petronas to make so little money over such a long period of 36 years, it is an insult to the intelligence. Then when you compare against the WikiLeaks disclosure that Petronas is the 13th most profitable company in the world, it becomes even more impossible and you realize how mind-boggling the corruption really is," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.

Govt to increase average household income from about RM1,500 to RM4,000 per month

PETALING JAYA - The Government is taking steps to increase the average household income from about RM1,500 to RM4,000 per month.
The Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) said this was necessary to keep up with the rising rate of inflation.
Its National Key Result Areas and National Key Economic Areas director D. Ravindran said this during The Star's “Protect Our Pockets” roundtable on the rising cost of living on Tuesday.
He added that various initiatives under the Economic Transformation Programme (ETP) were formulated to address the problem of uneven income distribution to transform the nation into a developed one within 10 years.

UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION MEMIKUL BIAWAK GEMOK

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


NOTA:
kerja yang paling susah ialah memikul biawak hidup
tapi ada lagi yang lagi amat susah
memikul biawak hidup yang gemok
kah kah kah



Kerajaan BN Hanya Berhajat 'Perbaharui' ISA


SHAH ALAM 24 SEPT : Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang juga seorang ADUN, Dr Nasir Hashim yakin bahawa pemansuhan ISA oleh perdana menteri hanyalah bagi tujuan melakukan penjenamaan semula terhadap undang-undang zalim itu.

Tegas Dr Nasir, adalah mustahil akta yang selama ini menjadi 'penyelamat' kepada pemerintah akan dihapuskan sama sekali, memandangkan terdapat akta baru yang bakal digubal bulan depan.

"Saya berpandangan bila nak hapuskan ISA (sedangkan) sudah berpuluh tahun kerajaan telah membentuk struktur untuk mempertahankan ISA. Bila mansuhkan ISA tetapi struktur itu masih kekal meskipun terdapat akta baru yang bakal diperkenalkan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan hanya 'memperbaharui' akta tersebut," tegas Dr Nasir.