Jumaat, 23 September 2011

Video - Anwar Ibrahim: Ceramah "Demi Rakyat" Alor Gajah (Part 2/4)

Video : Anwar Ibrahim: Ceramah "Demi Rakyat" Alor Gajah (Part 1/4)

Video : Kadar Pertumbuhan Ekonomi Selangor Memberangsangkan

Video : Families call on NTC for compensation

Charge the British, not Mat Sabu

The Malaysian government could demand for an immediate release of all relevant documents on Malaya that are held by the British government at its secret archive at Hanslope Park.
If the Barisan Nasional were really interested in righting wrongs, it would pursue the British for alleged miscarriage of justice and murders, which were never properly investigated.
BN appears to treat the rakyat like fools; it vexes us with sodomy trials, sex tapes and the rewriting of history. Then, in an attempt to bolster our flagging spirits, it tell us that the Internal Security Act (ISA) will be abolished and Malaysia made the “best democracy in the world”
Many people fail to realise that in the run-up to the general election, there is a concerted effort by Umno-BN to discredit opposition MPs and hence destabilise them.
Last month, Mat Sabu made a speech about one of Malaya’s freedom fighters, Mat Indera. As a result of this, Mat Sabu has been politically flayed, his family threatened and his home violated.

Hudud : Mampukah PAS tarik sokongan Melayu?

Isu hudud kembali menjadi berita utama dalam media, ekoran sorotan kembali ke atas isu ini melibatkan PAS, sekutu dalam Pakatan Rakyat dan parti pemerintah Umno.

Menteri besar kerajaan PAS di Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat muncul dengan tegas menyatakan pendirian mahukan undang-undang Islam itu dijalankan, sehingga mencetuskan respons keras daripada pemimpin-pemimpin DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Debat isu hudud ini terus dilihat sebagai satu strategi politik menjelang pilihan raya umum, sesuatu yang tidak dapat dielakkan ekoran masa ini ini timbul.

Umno melihat kenyataan pemimpin PAS mengulas isu hudud kali ini sebagai untuk menarik penyokong tradisional dan undi Melayu, manakala PAS melihatnya sebagai strategi Umno untuk mendorong parti-parti PR bertelagah.

Kempen plastik dari pemimpin plastik

Oleh Adil Mat Selamat

23 SEPTEMBER – Kita telah melihat bagaimana kehangatan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 sudah mula membara. Semua pasti-parti politik sedang sibuk berunding, menyusun strategi dan mengumpul modal sebagai kekuatan untuk mengharungi suatu gambaran yang disebut oleh Lim Kit Siang sebagai “kempen politik terkotor dalam kempen-kempen kotor yang pernah berlaku”.
Isyarat ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Najib Razak bukan sahaja terdesak, malah akan membelanjakan wang rakyat dalam kempen Barisan Nasional, termasuk segala sumber khazanah negara juga akan dimanipulasi secukup-cukupnya. Ibarat batang tebu yang sudah pecah diramas namun masih dipulas lumat untuk memerah hasilnya lagi.

Hudud: Antara prinsip, keadilan dan helah politik

KUALA LUMPUR, 23 SEPT – Perjuangan penting untuk umat Islam di Malaysia ialah mewujudkan suasana yang kondusif sebelum sesuatu undang-undang seperti hudud dilaksanakan.
Pakar Al-Quran dan Hadis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata suasana kondusif bermaksud tertegaknya keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat.
“Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Implikasi mansuh ISA

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Sememangnya tidak pelik apabila banyak pihak masih sangsi dan curiga dengan jaminahttp://media1-cdn.malaysiakini.com/235/922ec9f4d39a7e59ae2e825cad5517b5.gifn Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan undang-undang rimba, ISA.
Menghapuskan akta drakonian, sekali gus menyediakan ruang lebih kondusif buat kebebasan bersuara harus dipuji tetapi rekod Umno-BN selama ini membuatkan rakyat lebih cermat dan berhati-hati untuk memberikan kata-kata sanjungan. 

PERKASA: Nik Aziz , Karpal gaduh olok-olok

mat indera forum 150911 perkasa president ibrahim aliPERKASA mendakwa "pergaduhan" Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh berhubung pelaksanaan hudud cuma lakonan dan sandiwara supaya PAS meraih sokongan Melayu.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, "gimik politik" itu cuba menunjukkan ketegasan PAS yang dianggap pak turut atau tentera upahan kepada DAP "untuk menghancurkan kepentingan orang Islam".

"Kenyataan tegas olok-olok dan gertak olok-olok Nik Aziz itu merujuk kepada bantahan awal Karpal Singh yang berkata, kenapa PAS timbul semula hukum hudud.

Hudud: Mengapa Pakatan Rakyat perlu melatah?

Kadang-kadang apabila difikirkan, memang letih melayan karenah ahli-ahli politik Malhttp://2.bp.blogspot.com/_vhzTox9qC_Y/SzBCKp99QJI/AAAAAAAAAbc/DEKk0o-4cok/s400/hudud1.jpgaysia, tidak kira dari mana parti sekali pun. Telatah mereka seolah-olah tidak menggambarkan cita-cita rakyat, sebaliknya sibuk dengan agenda peribadi masing-masing.
Isu terbaru tentang hudud, atau lebih tepat lagi, isu yang dikitar semula dari semasa ke semasa, lebih mencerminkan permainan politik daripada penegasan mengenai akidah atau agama.
 
Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa dahagakan publisiti mencabar PAS supaya melaksanakan hudud di Kelantan, kepimpinan parti itu menempelak bekas Perdana Menteri  yang  telah menghantar suta pada 1994 mengugut mahu mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan bertegas mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) berkaitan hukum hudud.

Hudud: MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno

MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

KITA - Ketuanya kehulu ahli-ahlinya ke hilir.

Parti KITA sedang menghadapi masalah dan krisis yang agak besar tetapi parti ini merupakan parti yang masih kecil dan belum lagi mempunyai apa-apa ‘consequence’ kepada politik negara kita. KITA adalah parti lama yang diperbaharui namanya dan ianya diketuai oleh Zaid Ibrahim yang kita semua kenal.

Saya dijemput untuk menghadziri majlis pelancarannya di Sime Darby Convention Center tahun lepas dalam satu upacara yang agak gemilang dan ‘impressive’ penampilannya. Parti yang bernama baru itu baru setahun jagung umurnya dan masyarakat belum lagi melihat parti ini sebagai parti yang mendapat perhatian rakyat. Parti ini hanya dikenali sebagai parti yang sinonim dengan Presidennya yang terkenal itu, Zaid Ibrahim.

PSC Tidak Bermakna Jika Tuntutan Bersih 2.0 Tidak Dilaksana


PETALING  JAYA 23 SEPT :Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang akan diadakan pada bulan hadapan bagi mereformasikan pilihan raya yang lebih adil dan saksama tidak bermakna sekiranya lapan tuntutan Perhimpunan Bersih 2.0 tidak ditunaikan,kata Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0, Dr. Subramaniam Pillay. 

Dr Subramaniam berkata Perdana Menteri, Najib Razak perlu benar-benar konsisten  menyelesaikan segala tuntutan rakyat dalam Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi memastikan matlamat penubuhan PSC tercapai sebelum PRU-13.

Isu hudud kembali petanda PRU dekat

Kemunculan semula isu pelaksanaan hukum Hudud yang dimulakan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) menandakan pilihan raya umum (PRU) sudah hampir tiba.Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan Tantawi berkata, isu pelaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihan raya.“Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahu pun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan.
“Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim-musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekali pun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hudud: The last hurdle to Putrajaya for Pakatan, the last defense for BN

Hudud: The last hurdle to Putrajaya for Pakatan, the last defense for BN Didn't Dr Mahatir during his tenure fervently declare that Malaysia is an Islamic country ? And if he did, so what is the fuss about PAS's intention to impose hudud law. MCA should not pretend not to know that during Mahathir's administration, Malaysia was openly declared to be an Islamic state.
But at that time, all the BN component parties kept quiet. The DAP was the only political party that strongly opposed Mahathir's declaration. Chua Soi Lek should have blasted Mahathir, but why was Chua silent? Even now, it is not too late. If he is serious, Soi Lek should make a bold stand not only to PAS but also to Umno. MCA, to cover up its failure to stand up to Mahathir, has made DAP a scapegoat and bogeyman.

SKMM perlekeh rakyat

Video hebahan awam "Undilah" memupuk semangat demokrasi, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menempelak tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengeluarkan arahan pemberhentian penayangan video hebahan khidmat awam “Undilah” yang diterbitkan oleh Pete Teo untuk badan NGO Undi Malaysia.
Beliau menyifatkan tindakan SKMM itu sebagai merendah kemampuan dan memperlekeh kebijaksanaan berfikir rakyat Malaysia.
“Di kala para pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara pengamal “demokrasi terbaik” di dunia, tindakan seperti yang dilakukan SKMM ini jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan seakan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya,” kata Nurul dalam kenyataan medianya hari ini.

Soi Lek is bluffing, if MCA left BN he will be charged for oral sex

Jui Meng: Soi Lek is bluffing, if MCA left BN he will be charged for oral sexStop bluffing and confusing the people, PKR vice president Chua Jui Meng told his former colleagues in MCA and Umno as the two parties drummed up a crescendo over the hudud law issue.
"If Chua Soi Lek has any guts, he will take the MCA out of the BN now. The fact is he can't do that because the moment there is any inkling he is going to, Bukit Aman will call him up over his sex video. The mouse may squeak now and then, but make no mistake, the sword is still hanging over his head," Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"As for Muhyiddin and Umno, we challenge them to lay out the time line of when they will implement hudud. Prove to the Malays and the Muslims how sincere you are about Islam by stating a clear and definitive framework for hudud in Malaysia. Otherwise, it is clear as day and night that the two of them, MCA and Umno, are merely playing a coordinated game to split and divide the people again. Muslims and Malays to turn to Umno and the Chinese to the MCA."

Lantikan Isa sebagai Pengerusi Koperasi Felda tidak sah

Tindakan Najib melantik Mohd Isa jelas menyalahi tiga syarat yang terdapat dalam undang-undang kecil KPF.
SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan membantah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik Pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) kerana pelantikan itu tidak menepati tiga syarat undang-undang kecil KPF.
Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata tindakan Najib melantik Mohd Isa jelas menyalahi tiga syarat yang terdapat dalam undang-undang kecil KPF.
Menurutnya, undang-undang kecil itu menyebut “Seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah merupakan seorang Peneroka Felda atau Anak Peneroka Felda atau memegang jawatan tetap di dalam Felda.”

Sokong BN: KPN perlu kembali ke sekolah

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dinasihatkan kembali ke sekolah, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.
Ini kerana katanya, Ismail masih jahil dan gagal memahami sistem demokrasi dan pengasingan kuasa seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan.
“Sebagai KPN, beliau bukan sahaja tidak boleh mencampuri urusan eksekutif, tetapi juga bidang perundangan dan kehakiman negara.
“Jelas, kenyataan KPN ini mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Polis ialah barua Umno BN,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Bayar FBC Media RM57 juta bazir dana awam

KUALA LUMPUR: Pakar perunding perhubungan awam mendakwa tindakan perdana menteri menggunakan FBC Media untuk menggilap imej Malaysia di luar negara, sebagai satu penipuan yang jelas dan pembaziran dana awam.
Simon Anholt, yang mempelopori asas penjenamaan negara sebagai satu kaedah mengukur, membina dan mengurus reputasi sebuah negara, berkata, meskipun perhubungan awam amat diperlukan dalam sektor swasta, ia amat dicurigai apabila sesebuah negara juga boleh menaikkan imejnya menggunakan cara sama.
“Adalah bukti yang cukup banyak di sekeliling kita yang menunjukkan ia merupakan pembaziran wang pembayar cukai,” katanya kepada Radio BFM dalam satu temubual pagi semalam.

Hudud: Naib Presiden PAS gesa elak bincang ‘dasar tak mungkin’ sekarang


KUALA LUMPUR, 23 Sept — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat tidak membincangkan isu hukum hudud yang tidak mungkin boleh dilaksanakan sekarang, sebaliknya memberi fokus ke atas kerjasama padu menawan kerajaan pusat.
“Kita tidak perlu membincangkan perkara-perkara yang tidak mungkin boleh dilaksanakan... semua pihak kena faham perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata sekarang bukan masa yang sama kondusif untuk melaksanakan hukum hudud.

Hudud: Pusat tiada kuasa, Kelantan harus cabar Akta Mahkamah Syariah


KUALA LUMPUR, 23 Sept — Perlembagaan tidak menghalang pelaksanaan hukum hudud sebab tidak ada peruntukan mengatakan tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam itu dan Kelantan harus mencabar Akta Mahkamah Syariah 1965, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.
“Di sisi undang-undang hudud boleh dilaksanakan di Malaysia, di peringkat persekutuan atau negeri. Atau di kedua-dua,” kata beliau (gambar) mengulas kontroversi berkaitan pelaksanaan undang-undang hudud yang muncul semula sejak awal minggu ini.
“Bahkan sebahagian undang-undang Islam telah pun dilaksanakan. Contohnya keluarga Islam, perbankan dan jenayah syariah,” kata beliau sambil menambah, jika pihak kerajaan pusat mengatakan bahawa undang-undang Islam dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan, “apa akan jadi dengan undang-undang itu?”

Terbukti : 'SPR akan gugur 220 warga asing'

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan sejumlah 220 lagi warga asing daripada rang daftar pemilih di negeri itu.

Mereka antara 222 orang yang dibantah PAS Paya Jaras - dalam parlimen Subang - dan didengar suruhanjaya berkenaan pada Selasa dan Rabu lalu.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS DUN itu Mohamad Fisal Mohamad Yusoff berkata, semua mereka memegang kod 71 dalam kad pengenalan penduduk tetap (PR) - kad pengenalan merah - sewaktu membuat semakan.

Inkues Sarbaini: Blog Umno guna video seks ‘serang’ Kastam

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Blog-blog yang pro-Umno mengeluarkan video seks - usaha yang dilihat sebagai percubaan mahu mencemarkan reputasi pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia menjelang keputusan inkues yang akan diumumkan berhubung kematian Ahmad Sarbaini Mohamed, Isnin ini.
Video itu, yang kelihatan dirakamkan secara rahsia, menunjukkan seorang lelaki Melayu mengadakan hubungan seks dengan wanita Caucasus, dipercayai di sebuah bilik hotel.
Blog theunspinners merupakan laman pertama mengeluarkan video itu, mendakwa lelaki dalam rakaman itu adalah seorang pegawai kastam manakala wanita itu pula pelacur rakyat Rusia.
Lelaki dalam video itu tidak dinamakan tetapi pemblog itu memaut rakaman tersebut yang berjudul “Pegawai Kastam Yang Terlampau,” dengan kematian seorang pegawat kastam di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Video : Simpanan Tunai Selangor RM1 1 Bilion

Video - Bersih: Demands can be implemented without PSC

Video : Kes Mat Sabu Ditangguhkan

Video : Today in History for September 23rd

Video : Kempen Tunai 8 Tuntutan, Baru 30 Sept

Video : Bersih wants technical glitches sorted out

Hati-hati ulas isu hudud,perangkap UMNO@BN?

Pemimpin-pemimpin kanan PAS mengambil tindakan segera ‘merawat mudarat politik’ pagi ini dengan menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat agar memberi fokus ke atas isu-isu kebajikan rakyat dan tidak terperangkap dengan serangan Umno-BN termasuk soal hukum hudud sekarang.Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.
“Isu ucapan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu, isu bendera (Jalur Gemilang), isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Warga negara segera ancam keselamatan negara

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Kewarganegaraan segera yang diberi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kepada warga asing mengancam keselamatan rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Mustaffa Kamil Ayub, lapor KeadilanDaily.
Menurut Mustaffa, ia memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi, politik dan sosial masyarakat semata-mata bagi memenuhi kelangsungan politik Umno-BN.
“Isu penting yang tidak boleh ditolak dalam isu ini ialah ia bakal mengundang peningkatan jenayah dalam masyarakat.
“Sebab, setiap warga asing memiliki latar belakang budaya berbeza dengan rakyat kita,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajeed baru-baru ini yang mengakui rakyatnya mendapat kerakyatan mudah di Malaysia sejak setahun lalu dengan syarat mengundi Umno BN.

Edisi Siasat ntv7: Dokumentari tentang kemiskinan Sabah dipancung!

Sementara Perdana Menteri Najib Razak dipuji kerana menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.

Dokumentari bertajuk "Saya nak ke sekolah" (I want to go to school) ini dijadualkan untuk disiarkan dalam rancangan Edisi Siasat di stesen televisyen ntv 7, jam 11.30 malam, pada 22 September 2011.  Menurut sumber, dokumentari ini telah dihantar untuk semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada awal minggu ini, dibenarkan dengan  "nasihat" agar sedikit "suntingan" (tapisan) dibuat sebelum disiarkan.

Copycats Najib and Rosmah take a leaf from Dr M's 2001 move

Copycats Najib and Rosmah take a leaf from Dr M's 2001 moveWere we ever surprised that things would turn out this way? Was it ever going to be a surprise that Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor would apply to strike out the subpoena placed on their heads?
In the beginning, the couple refused to attend an interview to ascertain whether they were viable witnesses for the Sodomy II trial. They made it clear that they would only do so if a subpoena was served on them. Anwar's lawyers then applied for one, a subpoena was served and even-though the decision itself was a surprise; it was clear the motive in allowing it to happen was merely to ensure both Najib and Rosmah would never take the witness box, ever, in the Sodomy II trial.
Why is this so? Because this method to evade taking the witness stand was done before, back in 2001 by none other then ex-premier Mahathir Mohamad.

Balu dakwa peguam SPRM fitnah Sarbaini

Balu kepada Ahmad Sarbaini Mohamed hari ini mendakwa peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam prosiding inkues telah memfitnah Allahyarham suaminya melalui satu kenyataan.

Maziah Manap berkata beliau kesal dengan tindakan oleh peguam SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mendakwa Penolong Pengarah Kastam Selangor itu meninggal dunia ketika cuba melarikan diri untuk berjumpa seorang rakan.

"Kenyataan (hujah peguambela) SPRM tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan semasa inkues dan merupakan satu tohmahan dan spekulasi oleh SPRM sehingga membabitkan nama pihak ketiga," kata Maziah dalam satu kenyataan.

Hudud: Pakatan jangan masuk jerat Umno-BN,


KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pemimpin-pemimpin kanan PAS mengambil tindakan segera ‘merawat mudarat politik’ pagi ini dengan menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat agar memberi fokus ke atas isu-isu kebajikan rakyat dan tidak terperangkap dengan serangan Umno-BN termasuk soal hukum hudud sekarang.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, mutakhir ini media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.
“Isu ucapan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu, isu bendera (Jalur Gemilang), isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Undilah video blacklisted for telling M'sians to have courage, this is their country

Undilah video blacklisted for telling M'sians to have courage, this is their countryA decision to stop government-controlled TV stations from airing a bi-partisan 4-minute video clip encouraging the people to vote has raised eyebrows and increased public ridicule for Prime Minister Najib Razak, who two weeks ago grandly announced measures to make Malaysia "the best democracy in the world".
"Nice work MCMC. Your blocking undilah video will mean more people will see it. That's good because it is a must see!! Great video!" Ambiga Sreenevasan, the chairman of polls watchdog Bersih, said on Twitter.
"Dia kata kita mau demokrasi terbaik ka atau demokrasi terbalik (Did he say we want the best democracy or the opposite)?" tweeted Dzulkefly Ahmad, the PAS MP for Shah Alam.

Kempen 'Tunai 8 Tuntutan, Baru PRU-13' 30 Sept

PETALING JAYA, 23 Sept: Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan satu kempen baru iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".

Jawatankuasa Pepandu Bersih 2.0, Dr Subramaniam Pillay menjelaskan pada satu sidang media kempen ini adalah lanjutan kepada tuntutan himpunan Bersih 2.0 yang diasakan pada 9 Julai yang lepas.

"Kempen ini bertujuan untuk meneruskan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan untuk reformasi pilihanraya dan untuk memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak mengadakan pilihanraya umum sebelum lapan tuntutan segera Bersih 2.0 itu ditunaikan.

Umno Cuba Gadai Tanah Rezab Melayu


SHAH ALAM 23 SEPT : Umno Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berdasarkan maklumat yang didedahkan di dalam portal Malaysia Waves, tanah rezab Melayu itu cuba dijual kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.

Menteri Besar menerima permohonan berkenaan daripada pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada tahun lalu. Dalam surat berkenaan juga dinyatakan syor Pentadbir Tanah Daerah Petaling yang menolak permohonan berkenaan atas alasan mengekalkan kouta bumiputera.

Anwar sampai mesej PRU 13 di Terengganu hari ini

KUALA TERENGGANU, 23 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan mesej sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Setiu dan Kuala Nerus, hari ini.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, siri lawatan Anwar ke negeri ini bagi menyampaikan mesejnya secara langsung kepada rakyat.

“Hari ini, Datuk Seri Anwar akan berkunjung ke Permaisuri, Setiu dan Batu Enam, Kuala Nerus untuk bertemu rakyat secara langsung.

“Anwar akan menyampaikan sendiri mesej kepada rakyat di Terengganu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, insya Allah,” ujarnya kepada Harakahdaily ketika berkunjung ke Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka PAS Terengganu di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.

'MCA akan berpisah dengan Umno jika laksana hudud'

MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga akan sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Pasca-9 Julai: Bersih anjur kempen Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13


PETALING JAYA, 23 Sept — Dua bulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai, kempen Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13 akan dilancarkan bagi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjamin pembaharuan pilihan raya sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13.
Kempen itu akan dilancarkan 30 September ini di ibu negara.
Gabungan pertubuhan bukan kerajaan itu berkata meskipun perdana menteri telah menjanjikan jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk memperbaiki sistem pilihan raya, syor-syor panel itu perlu merangkumi lapan tuntutan mereka dan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13.
“Jika tidak, ia hanya kerja perhubungan awam... sia-sia, seperti tidak ada apa-apa makna. Sepatutnya beri mereka waktu untuk melaksanakan tugas, kemudian baru boleh panggil pilihan raya,” kata salah seorang ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Subramaniam Pillay pada sidang media hari ini.

Putrajaya haram klip Undilah canggah slogan Najib


PETALING JAYA, 23 Sept — Pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.
Justeru kepimpinan Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membenarkan agar klip itu - satu bentuk pemakluman awam — terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.

HUDUD : TAKTIK KOTOR MAHATHIR MENJADI


Seperti yang dijangka, Mahathir berjaya memporak perandakan semula hubungan PAS dan DAP sekarang ini. Isu Hudud yang dibangkitkan semula berjaya mengenakan kedua-dua pihak. Maka, berperanglah antara Nik Aziz dengan Karpal Singh. Paling melucukan, kali ini Berita Harian pula kali ini mengambil alih tugas Utusan Malaysia untuk mensensasikan keadaan. Tujuannya cuma satu sahaja, bila DAP keluar Pakatan Rakyat, maka hancurlah impian Pembangkang untuk menguasai Putrajaya selepas ini.

Belanjawan Najib Jamin Harga Barang Naik Tahun Depan

Membaca butir-butir penting dari Belanjawan Najib Tun Razak, saya terfikir satu perkara yang sangat-sangat penting untuk diperkirakan:


Di manakah Najib Mahu Mencari Wang Untuk Membayar Perkara2 Di Dalam Belanjawan Beliau?

Setahu saya, negara Malaysia "berhutang" (baca: defisit) di dalam tiap-tiap belanjawan semenjak 1997. Sehingga hari ini, hasil dari belanjawan "kurang duit" selama hampir 15 tahun berturut-turut, hutang kerajaan Malaysia telah mencecah hampir 54% dari hasil negara. Ini mengikut laporan rasmi Bank Negara.

PAS Terengganu janji tawaran terbaik untuk rakyat

KUALA TERENGGANU, 23 Sept: PAS menjanjikan kerangka manifesto terbaik sebagai tawaran kepada rakyat Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata manifesto pilihan raya PAS Terengganu telah siap 90 peratus.
Justeru itu, katanya dalam masa terdekat ini akan diketengahkan beberapa ‘tawaran’ kepada rakyat dan masyarakat umum.

LPF: Jakim akui Hantu Bonceng tak hina Nabi Muhammad......ha.ha..Jakim..!!!

KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng yang ditayangkan sejak akhir bulan lalu tidak mempersendakan Nabi Muhammad. Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.
Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
“Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas,” katanya dalam kenyataan.

IGP: BN boleh kalah PRU jika gagal urus isu ISA...ha.ha...terbongkar Polis BN..!!!


KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.
Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.
Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.

Video : Recognising the Palestinian state

Video : Tun Mahathir Ada Niat Jahat

Video : Jangan Manipulasi Sejarah Kerana Taksub Politik

Video : MPN Lakukan Jenayah Akademik

Video : Dr. Dzulkefly Beri Amaran pada Mahathir.

Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun ..tanda pakatan tak pandai perintah eh..!!

SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.
“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.
Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong,  Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.
Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.

Analisis Pakatan Rakyat menuju PRU 13 di Sabah

Pendahuluan
Pada 16 September yang lalu, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia, Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Convention and Event Center, Star City, Kota Kinabalu Sabah. Konvensyen ini dihadiri oleh semua penyokong dan ahli dari Pakatan Rakyat seluruh negeri.
Konvensyen yang bermula dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang itu bertujuan untuk merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Tawaran PR
Tawaran baru Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat Sabah meliputi 20 perkara. Antaranya adalah mengenai agama, menjunjung kedaulatan negeri Sabah, menangani pendatang asing tanpa izin (PATI), pemuliharaan tanah Sabah, Borneonisasi, pengambilalihan Blok L dan M, 20 perkara autonomi Sabah, royalti minyak dan gas, dasar kabotaj, pengawalan cukai hasil negeri Sabah, kajian fungsi FELDA dan FELCRA, Yayasan Orang Asal, pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat, peranan Yayasan Sabah dan lain-lain.

Kadar Pertumbuhan Ekonomi Selangor Memberangsangkan


SHAH ALAM 22 SEPT : Kadar pertumbuhan ekonomi bagi Negeri Selangor sehingga tahun 2030 dijangka pada kadar lima peratus setahun. Statistik juga menunjukkan hampir 22 peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disumbangkan oleh negeri Selangor.

Perkara ini dinyatakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam taklimat kepada Yang di-Pertuan Agong di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Majlis itu adalah sempena lawatan rasmi ke bawah duli tuanku ke Selangor.

Taklimat tersebut turut dihadiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, para EXCO kerajaan negeri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.