Rabu, 21 September 2011

MTUC mahu menteri batal pendaftaran kesatuan dalaman Maybank


PETALING JAYA, 21 Sept — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia hari ini menggesa kerajaan membatalkan pendaftaran kesatuan sekerja dalaman di Maybank atas alasan sudah pun ada kesatuan kebangsaan bagi mewakili pekerja-pekerja kategori yang sama di bank terbesar itu.
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perbankan (NUBE) mempertikaikan pendaftaran dan penubuhan Kesatuan Bukan Eksekutif Maybank (Mayneu).

Makin Tertekan : 240 wakil rakyat BN bermukim di Selangor

Kira-kira 240 wakil rakyat BN di seluruh negara hari ini ‘berkubu’ di Kuala Selangor dalam permukiman mereka di 891 peti undi dalam rangka merampas kembali negeri itu dari Pakatan Rakyat.Permukiman yang disertai ADUN dan ahli kelab penyokong BN itu, akan berlangsung selama tiga hari hingga Jumaat ini, dalam usaha memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
“Dalam permukiman itu, kita menghantar semua ADUN di peti-peti undi yang telah dikenalpasti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Habis Madu Sepah Dibuang Begitulah Nasib Bekas Prajurit Sarawak!

Oleh PAS MIRI


Gambar Hiasan Pasukan Sarawak Rangers

Nasib Bekas Prajurit Sarawak Yang Tidak Beri Perhatian oleh Pemerintah

PAS Sarawak sangat simpati dengan nasib dan masalah yang dihadapi oleh bekas prajurit (Sarawak Ranger Veteran Association) seperti yang dilapor oleh akhbar ‘Borneo Post’.

MB Perak sapu tanah, tak yakin BN akan kembali berkuasa

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat tentang skandal hutan seluas 74 hektar di Belum-Temenggor Forest Comhttp://1.bp.blogspot.com/_C1EPAkx1iC8/SYuf_HuT8zI/AAAAAAAAJdI/5V9v6CgobNE/s400/Datuk+Dr+Zambry+Abdul+Kadir.jpgplex (BTFC) serta kelulusan 68,503 ekar tanah negeri sejak merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat pada Februari 2009.
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berkata, aktiviti pembalakan juga berleluasa, termasuk di Segari dan Beruas.

Reformasi olok-olok BN

Oleh Amaluddin Zhafir
21 SEPTEMBER – Adakah sesuatu yang membanggakan apabila Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang paling lama memerintah melalui penggunaan undang-undang zalim, tiba-tiba menyokong penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?
Sepanjang lebih 20 tahun pemerintahan, bukan sahaja ISA tidak dikaji semula, malah banyak tangkapan telah dibuat atas alasan keselamatan walau pun yang menjadi mangsa adalah pemimpin dan aktivis politik yang tidak pernah dibicarakan.
Malah, selepas ‘bersara’ dari politik, hingga awal tahun ini, Mahathir masih mempertahankan ISA yang dianggapnya sebagai undang-undang pencegahan.

Professor Propaganda

Oleh: MSK
Ini bukan sambungan Kempen Pilihanraya, tapi satu latihan real untuk menilai sejauh mana peluang kita untuk ke Putrajaya.Aku minta hangpa layan yang ni dulu sementara aku sediakan facts and figures untuk Kempen pilihanraya seterusnya.
Kita sekarang mempunyai pelbagai sumber maklumat, dan oleh kerana terlalu banyak maklumat boleh menyebabkan kita pun kompius. Maklumat-maklumat yang menyebabkan kita kompius ini selalunya maklumat retorik atau propaganda. Apa yang kita mahukan ialah maklumat sebenar untuk membolehkan kita mengatur strategi. Dan maklumat sebenar ini…kita perlu cari sendiri, bukan dengan hanya mendengar.

Kempen Pilihanraya 3

Oleh: MSK
Matlamat
Apa matlamat kita masuk bertanding dalam pilihanraya? Semua orang akan kata “Nak menang”. Tapi realitinya, bukan semua kita boleh menang. Dalam pilihanraya, kita hanya memerlukan majority satu undi untuk menang. Kalau dalam pertandingan satu lawan satu, kita mungkin perlukan 51% untuk menang. Tapi kalau dalam tiga penjuru, mungkin kita hanya memerlukan 40%.
Ada juga tempat yang kita susah nak menang. Pas boleh menang di Gua Musang? PKR boleh menang di Pekan? DAP boleh menang di Kepala Batas? Tempat macam ni, orang masuk bertanding setakat perang saikologi.

Kempen Pilihanraya 2

Oleh: MSK
Penyelidikan
Kita fokus kepada penyelidikan dulu. Nak buat apa pun kena ada R&D. Nak buat bisnis, nak buat project paper, nak ternak ayam pun kena ada R&D.
1.       Peraturan-peraturan pilihanraya.
Perkara yang paling menyakitkan hati ialah bila pihak lawan menang free disebabkan masalah teknikal. Ada calon yang tak hantar penyata kewangan, ada calon yang bankrap. Semua hal-hal teknikal ini boleh dipelajari dalam undang-undang pilihanraya.
Kalau ada peguam duduk dalam Jawatankuasa Pilihanraya, lagi bagus. Tapi kalau tak ada, perlu ada sesorang yang memerhatikan aspek teknikal. Setiap JK Pilihanraya kena ada buku Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5), Akta Pilihanraya 1958 (Akta 9), Peraturan-peraturan pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya 1958), Peraturan-peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih 2002).

Syabas Mad - BN pula jadikan saudara hero

BN khususnya UMNO benar-benar mengelabah kerana Mohamad Sabu. Dendam mereka terhadap Mohamad Sabu tidak ada kesudahan dan batas dan ianya membayangkan rasa terhimpit kerana kemungjkinan hilang kuasa bertambah nyata. Mohamad Sabu ini hebat orangnya. Sepatah beliau berkata mengelabah habis pihak pemerintah dan tidak sudah-sudah UMNO bercakap mengenai isu Mat Indera.

Dengan tindakan membawa Mohamad Sabu ke Mahkamah hari ini membuktikan yang pihak yang memerintah sengaja tercari-cari kesalahannya untuk dijadikan isu terhadap parti PAS yang sedang mendapat sokongan yang semakin kuat dari rakyat khususnya dari mereka yang muda dan terpelajar.

AMK Selangor desak SPR jawab dakwaan 60,000 IC palsu oleh Wikileaks

Pendedahan terbaru yang dilakukan oleh Wikileaks yang mendakwa bahawa pihak UMNO dan Barisan Nasional telah mengarahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mengeluarkan 60,000 kad pengenalan palsu adalah amat merisaukan.  Dakwaan ini adalah dakwaan berat yang boleh memberikan kesan besar kepada keselamatan Negara dan masa depan rakyat Malaysia khususnya penduduk di Sabah.

Masalah pendatang asing yang kemudiannya menjadi warga Negara Malaysia di Sabah mengundang masalah sosial dan ekonomi yang besar di Sabah.  Penduduk tempatan yang berhadapan dengan masalah keselamatan akibat tingginya kadar jenayah dan masalah pendapatan akibat daripada lambakan pendatang asing ini mewujudkan persaingan serta merampas peluang pendapatan penduduk tempatan.

Najib omong kosong

Tetapi dalam tempoh 48 jam sahaja, Perdana Menteri memperlihatkan bahawa beliau tidak mempunyai komitmen politik.
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihat menarik balik ucapannya “biar hancur badan, nyawa melayang” ketika
Perhimpunan Agung Umno tahun lalu bagi mempertahankan kuasa Umno-Barisan Nasional (BN) di Seri Perdana, Putrajaya.
“Sebaliknya Perdana Menteri diminta mengisytiharkan secara terbuka bahawa beliau sanggup menerima keputusan rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, termasuk perubahan dalam kerajaan dan pucuk pimpinan,” kata Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam blognya hari ini.

Polis disaman kerana didakwa seksa lelaki

  Tiga tahun lalu, langsung tidak pernah terlintas di fikiran Prabakar Bala Krishna bahawa dia akan menderita kerana perkara-perkara yang dia sendiri tidak terfikir sanggup untuk melakukan

NONEApabila dia dicekup oleh polis pada malam 23 Dis, 2008 - bersama-sama dengan seorang lagi individu, Solomon Raj Chandran - beliau anggap bahawa ia hanya satu pemeriksaan anti-jenayah yang lazim dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk selesai.

Walau bagaimanapun, menurut Prabakar, apa yang dialaminya pada hari-hari selepas itu telah meninggalkan dia dengan trauma dan ketakutan sehingga hari ini.

Selepas lima hari dalam tahanan polis, Prabakar dan Solomon akhirnya dibebaskan dengan kecederaan yang parah - badan mereka melecur. Mereka mendakwa polis mencurah air panas ke atas mereka semasa soal siasat.

"Apabila mereka tangkap saya, mereka hanya beritahu saya bahawa saya disyaki sebagai seorang penjenayah. Saya ikut mereka kerana saya fikir mereka hanya mahu periksa air kencing saya," kata Prabakar yang bertutur dalam bahasa Tamil.

Polis diperintah bayar RM900,000 akibat kecuaian

Seorang lelaki yang lumpuh akibat ditembak polis hari ini berjaya dalam tuntutan samannya apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak polis membayar ganti rugi berjumlah RM900,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid memerintahkan Lans Kopral Nadzri Ahmad dan Ketua Polis Negara membayar jumlah itu meliputi kos tambang ke hospital, kos ulang alik sebagai pesakit luar, kos beg kencing, kehilangan pendapatan dan lain-lain.

Dalam penghakimannya Siti Khadijah berkata perbuatan Nadzri yang melepaskan tembakan terhadap Johari Kasman, 28, (plaintif) jelas menunjukkan salah guna kuasa dan terdapat percanggahan antara keterangan pakar dan afidavit pembelaan berhubung jarak tembakan dilepaskan.

"Miss Bikini Malaysia": MB, Mufti Perak digesa perjelas

IPOH, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak menuntut penjelasan Menteri Besar Perak, dan Mufti  berhubung penganjuran Pertandingan Full Moon Beach Party (FMBP) yang bakal diadakan di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti.

Program itu juga difahamkan turut akan mempertandingkan Miss Bikini Malaysia.

Setiausahanya, Salman Saleh berkata pihaknya terkejut apabila penganjuran itu turut diiklankan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan juga dipromosikan melalui laman sosial Facebook.

"Jesteru itu, kami menuntut penjelasan berikutan sudah tersebarnya hebahan pertandingan tersebut yang jelas amat memalukan.

"Kami juga amat kecewa kerana ianya diadakan di kawasan (Menteri Besar) Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang kini sebagai orang nombor satu negeri Perak dan memegang portfolio agama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Najib Altantuya Pengecut Yang Hilang Telur

Tembak tapi tak ada peluru sebab
pakai C4 letup Altantuya
kah kah kah...

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'kool'.

Blogger Umno gelar Muhyiddin 'anak paria'

Blogger Umno gelar Muhyiddin 'anak paria'"DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak semuanya banduan politik wang."
"Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.
Beliau menulis lagi,"16 September 2011 bermula konspirasi hendak menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin, dgn perlantikan setiausaha dan bendahari bekas banduan politik wang dan seorang yd diadukan melanggar perlembagaan Umno, maka dengan sendiri Parlimen Bandar Tun Razak yg dinamakan sempena bapa PM Najib dgn mudah akan dimenang oleh pembangkang. Maka Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yg pernah dia lakukan kpd Abdullah Hj Ahmad."

Video seks versi baru: Polis akan buka kertas siasatan ..apa cerita video seks hitam putih..???

Video seks versi baru: Polis akan buka kertas siasatanKUALA LUMPUR - Pihak polis akan membuka kertas siasatan baru berhubung klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana telah dimuatnaik pada Selasa di beberapa laman blog termasukpapagomo.com.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun berkata, ia hanya akan dibuat sekiranya terdapat laporan polis mengenai perkara itu.
"Kita perlu meneliti rakaman itu sebelum membuat siasatan baru.
"Prosedur siasatan yang sama akan dilakukan seperti kes (video seks dikaitkan dengan Anwar) sebelum ini bagi proses pendakwaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Ulang Tahun Facebook PDRM dan Pelancaran Twitter PDRM di sini, Rabu.

NGO, parti politik kecam Putrajaya dakwa Mat Sabu


KUALA LUMPUR, 21 Sept – Sekumpulan 46 pertubuhan bukan kerajaan dan satu parti politik mempertikaikan tindakan pentadbiran membawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke mahkamah pagi tadi berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa pihaknya kecewa dengan pendakwaan ke atas Mohamad di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
“(Tindakan) mendakwa Mohamad Sabu (gambar) ini bercanggah dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mempromosikan keterbukaan dan demokrasi ketika (perutusan) Hari Malaysia,” kata pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik terbabit dalam satu kenyataan hari ini.

Pembahagian kerusi Pakatan hampir muktamad

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat hampir muktamad, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini, Anwar memberitahu perbincangan di peringkat negeri sebahagiannya sudah selesai dan hanya menunggu laporan untuk tindakan selanjutnya di peringkat pusat.

Pendakwaan ‘terpilih’ Mat Sabu berniat jahat, kata Pakatan


KUALA LUMPUR, 21 Sept – Pakatan Rakyat mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak mengotakan janji untuk meningkatkan tahap kebebasan awam apabila mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu sebagai “berniat jahat” dan merupakan pencabulan terhadap janji-janji pembaharuan yang diumumkan Najib minggu lalu.
“Kita juga prihatin apa yang berlaku di Mahkamah Sesyen Butterworth, keputusan kerajaan untuk mendakwa Mat Sabu (gambar) bercanggah dengan apa yang diwar-warkan Najib sebelum ini.

PDRM anjur forum bincang akta baru ganti ISA...baru nak kaji dan bincang..!!!

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan forum yang melibatkan pelbagai pihak bagi membincangkan undang-undang baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata ia bagi menentukan keselamatan negara dan rakyat akan sentiasa terjamin dengan undang-undang baru itu kelak.
“Kita mempunyai persediaan... dan kita akan mengadakan forum bagi menentukan keselamatan rakyat tidak akan tergugat dengan undang-undang baru yang akan ditentukan nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Triaj PDRM di balai polis Travers.

Video : Najib Kurang Cool

Video : Najib Pengecut

Video - Hantu Bonceng: Pemuda PAS gesa Jakim bertindak

Video : Halang bercakap agama tak masuk akal

Video : Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat seleweng IC

Video : Pakatan kecam tindakan dakwa Mohamad Sabu

Video : Sel Putik Mungkin Bukan Dari Dubur Saiful - Saksi

Video : 20 September 1998 Mengubah Hidup Kak Wan

Video : Klip Video Baru Tanda Terdesak

Video : Pegawai Keselamatan Terabai Akan Dibantu

Video : Najib Tidak 'Kool'

Video : Mat Sabu Mengaku Tidak Bersalah Bakal Dibicara

Video - Mkini editor-in-chief: Najib's media reform cosmetic

Video : Today in History for September 21st

Video : A Palestinian state

Video : Inside a Gaddafi compound in Tripoli

‘Sudahkah polis siasat Papa Gomo?’

"Mengapa susah sangat hendak ambil tindakan ke atas Papa Gomo?," tanya ahli majlis MBPJ.
PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertanya mengapa polis lambat menjalankan siasatan laporan terhadap sebuah blog yang menyiarkan laporan palsu mengenai mesyuarat majlis itu bulan lalu.
Halimey Abu Bakar berkata,  laporan terhadap blog Papa Gomo itu dibuat oleh Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya 16 Ogos lalu.
Mohd Fauzi dalam laporan polisnya berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Kg Bharu: Di sana pertahan di sini rembat

Parlimen Malaysia akan kembali bersidang mulai 3 Oktober 2011 sehingga 1 Disember 2011. Seperti biasa sidang Parlimen kali ini akan menjadi tumpuan khasnya kerana Menteri Kewangan Malaysia merangkap Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2012. Dalam keasyikan rakyat ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu apakah bentuk Belanjawan yang akan dibentangkan nanti, suatu pihak yang lain tidak boleh leka dan alpa dengan nasib mereka. Pihak yang dimaksudkan ini ialah para pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu Kuala Lumpur.

Is PM Najib 'cool' on the outside but 'cold' on the inside? You decide!

Is PM Najib 'cool' on the outside but 'cold' on the inside? You decide!Many must have read or heard of this English idiom, "Don't judge a book by its cover" which means
"you shouldn't prejudge the worth or value of something, by its outward appearance alone".
Each time when a general election is approaching, you can see the talks and actions of the Prime Minister and Ministers to be ABNORMAL. Suddenly they become generous, willing to listen to the rakyat, on the spot project allocations, giving out millions and goodies like Santa Claus is in town even if it is summer time. Promises after promises of policies that they claimed will benefit the rakyat were highlighted daily on the MSM and Television.

Analysts: Cool act makes Najib hot

But will it make a difference at the ballot box? Some say it depends on the timing of the general election.
PETALING JAYA: Prime Minister Najib Tun Razak’s latest campaign to appear cool to the young may just help him win their votes, according to analysts.
However, one analyst said some of the prime minister’s new fans might not make it in time to get on the electoral roll and another said the cool factor could dissipate easily.
On the weekend, Najib appeared at the Suara Kami concert and the audience gave him a rousing welcome. Yesterday, he took part in some segments of two morning shows on radio.
Pundits have been saying that the votes of the young would be crucial in the coming general election.

Scorpenes lawyer in London on Sept 30: Najib a walking time-bomb for Umno


Scorpenes lawyer in London on Sept 30: Najib a walking time-bomb for UmnoSeptember 30 is a day Prime Minister Najib Razak and his advisers will mark on their calendars. It is the day that French lawyers will give the latest update on the Scorpenes kickbacks case involving shipmaker DCN, Najib, his close friend Razak Baginda and murdered Mongolian translator Altantuya Shaariibuu.
Cynthia Gabriel, director of Suaram, confirmed the date with Malaysia Chronicle, adding that French legal eagle Joseph Breham would head the presentation due to be made at a fund-raising dinner in London.
"Two reasons why London was chosen. One to tap the Malaysian disapora there as we need to raise a lot more funds to pay for legal expenses which will rise tremendously when the open court hearings begin. The other is of course, security. After Bourdon was deported from Kuala Lumpur, who would dare to come here. While Najib is PM, this is his territory, the lion's den," another Suaram source told Malaysia Chronicle.

Gugur tuduhan, pandangan Mohd Sabu bukan jenayah

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa kerajaan menggugurkan segera tuduhan bermotifkan politik terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana pandangannya mengenai sejarah bukan jenayah.
Penyelarasnya, Yap Heng Lung berkata, pihaknya juga menggesa kerajaan berhenti daripada menakut-nakutkan mana-mana individu yang menyuarakan pandangan yang berlainanan tentang sejarah rasmi dan ideologi.
Justeru, tegasnya Suaram mengutuk tindakan pendakwaan terhadap Mohamad Sabu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas sebab mendatangkan khianat awam selepas beliau memberikan pandangan yang berbeza tentang insiden Bukit Kepong dalam sebuah ceramah pada 21 Ogos lalu di Padang Menora, Tasek Gelugor.

PAS: Permukiman ADUN BN 'tindakan terdesak'

NONEPAS Selangor menyifatkan permukiman wakil rakyat BN di Selangor yang bermula hari ini sebagai satu tindakan "saat-saat akhir dan terdesak" untuk merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.

"Kita nampak ia sebagai usaha 'last minute' dan terdesak. Kita tidak boleh menghalang (mereka). Kita nak beritahu, rakyat sudah matang, yang banyak maklumat dan (mereka boleh) menilai," kata pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

"Rakyat boleh menilai selepas tiga tahun, ADUN kita turun padang (atau tidak)... Ini usaha terdesak untuk mendapatkan undi rakyat," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Abdul Rani (kiri) berkata usaha itu juga membuktikan pilihan raya umum ke-13 'semakin dekat'.

Pakatan setuju sertai panel khas Parlimen


KUALA LUMPUR, 21 Sept – Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihan raya walaupun sebelum ini mendesak pentadbiran Najib memberi jaminan pilihan raya umum ke-13 diadakan dengan melaksanakan cadangan reformasi panel itu.
Menurut Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), keputusan itu dibuat dengan mengambil kira banyak faktor termasuk untuk memastikan jawatankuasa itu berfungsi dengan baik dan melaksanakan tugas-tugasnya.

Karut, mana ada kes sejarah dibicara di mahkamah

BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.
(Gambar: Mohamad bercakap kepada media selepas dibebaskan oleh mahkamah.)

Makin Terdesak : Najib, Rosmah mohon ketepi sepina jadi saksi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Najib tak 'kool', kata Anwar

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'kool'.

Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

Kes liwat: Najib pilih untuk undur sebelum bertempur, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau “kurang senang” dengan pendirian terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang enggan menjadi saksi perbicaraan kes liwat beliau meskipun sudah diberikan sepina.
“Tidak sempoi, tidak sempoi,” celah isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui pemberita berhubung laporan bahawa Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan ke atas mereka.

As expected, Najib and Rosmah chickens out of Anwar's witness box

As expected, Najib and Rosmah chickens out of Anwar's witness boxAs expected, Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor have decided against complying with a subpoena ordering them to take the witness stand in the sodomy trial against Opposition Leader Anwar Ibrahim.
This is the same tactic used by former premier Mahathir Mohamad, when he sacked and jailed Anwar on manifestly trumped-up sodomy charges in 1998.
"It indicates guilt. What else is there? If they are a responsible couple with good morals and have nothing to hide, why not take the stand? What is there to be so uptight about? Show Malaysians what civic mindedness and social responsibility is about," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Siapa Damai di majlis makan malam DUMC?

Khalid Samad menyoal pembabitan wakil NGO Damai di dalam majlis makan malam di gereja tersebut dan persoalan ditujukan kepada pengerusi MAIS.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menimbulkan persoalan mengenai penyertaan sebuah NGO, Damai di dalam majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama yang diperiksa oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada awal bulan lepas.
Persoalan ini dikemukakan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa kerana Khalid tidak mahu MAIS dan JAIS diperkudakan BN.
“Adakah benar bahawa yang turut hadir di dalam pertemuan berkenaan adalah sebuah NGO bernama ‘Damai’?” soal Khalid di dalam blognya hari ini.

Ramai gila kerana Mat Sabu

21 SEPT — Habis semua orang gila kerana Mat Sabu.
Timbalan Presiden PAS itu, Mohamad Sabu telah mengusik masyarakat Malaysia yang berkecamuk fikirannya sejak berada di bawah pentadbiran 1 Malaysia. Mereka diayunkan dengan impian berpendapatan tinggi dan tiba-tiba berdepan dengan semua barang berharga tinggi.
Otak masing-masing sudah tak berapa betul kerana Hari Kemerdekaan tidak dirayakan sekali ini pada 31 Ogos tetapi diganjakkan kepada 16 September seperti yang diacah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kiranya dia berjawa menumbangkan kerajaan 1Malaysia tahun 2008 dulu.

Parti KITA sedang bergolak

NONEParti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lalu, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.

Tindakan memecat tiga anggota CWC - setiausaha pusat Abdul Latif A Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher - dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam satu e-mel hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

Fitnah Liwat II : DNA bukan dari sperma jika tidak ‘dicuci’ - Pakar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kembali bersidang mendengar perbicaraan Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perbicaraan kini memasuki peringkat pembelaan dan saksi keempat pemguam bela, Dr Brian McDonald dijangka menyambung keterangannya untuk disoal balas Pendakwa Raya.
Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden cuba  menimbulkan keraguan terhadap kepakaran Dr Brian.
Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini.

Bajet 2012: Cukai tembakau naik?

Bajet 2012: Cukai tembakau naik?KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka menaikkan cukai tembakau dalam Bajet 2012, tetapi kenaikan diramal sederhana antara satu hingga 1.5 sen sebatang.
OSK Research dalam nota penyelidikannya berkata, kenaikan yang sederhana itu bertujuan mengekang penyeludupan rokok-rokok haram yang semakin meningkat.
‘‘Kami percaya cukai rokok tidak akan dinaikkan melebihi 10 peratus kerana kegiatan penyeludupan rokok haram juga tinggi.
‘‘Selain itu, kerajaan sudah menaikkan cukai tersebut pada tahun lalu,’’ kata OSK Research dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.
Tanpa kawalan ketat, firma penyelidikan itu percaya, kejadian penyeludupan akan menjadi lebih ketara sekiranya kerajaan menaikkan lagi cukai.

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat seleweng IC

PUTRAJAYA, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan (IC).

Ketua DPPM, Nasrudin Hassan bertemu dengan Timbalan Pengarah JPN, Zulkifli Rahmat kira-kira sepuluh minit meminta beliau menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Pemantau p'raya Asia pertahan guna dakwat kekal

Penggunaan dakwat kekal pada jari tidak akan menimbulkan sebarang risiko kesihatan jika kandungannya mematuhi perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Rangkaian Pemantau Asia bagi Pilihan Raya bebas (Anfrel).

Demonstrasi besar-besaran jika GST dilaksanakan

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK)  tidak teragak-agak untuk mengajak rakyat turun ke jalan raya sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional masih berdegil melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, AMK memberi amaran akan menggerakkan rakyat khususnya golongan muda di seluruh negara bagi membantah keputusan itu.
“AMK akan mengambil inisiatif untuk menggerakkan secara meluas bersama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) kerana ini (perlaksanaan GST) merupakan beban dan akan menyebabkan rakyat yang parah.”

Rashid nafi kata Mafrel 60,000 dapat IC bantu Umno kuasai Sabah


KUALA LUMPUR, 21 Sept — Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menegaskan beliau tidak pernah mengatakan lebih 60,000 rakyat asing di Sabah telah diberikan kad pengenalan palsu dan diterima sebagai pengundi bagi membolehkan Umno-BN menguasai negeri itu.
Rashid yang meninggalkan SPR akhir 2008 berkata, beliau pernah bertemu dengan Abdul Malek Hussin ketika mengetuai badan pemantau Rakyat Malaysia Untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel), tetapi tidak pernah menyentuh mengenai isu pemberian kad pengenalan palsu sebagaimana didakwa.
“Saya pernah jumpa dia (Abdul Malek), beberapa kali, pernah datang rumah, masa hari raya (Aidilfitri) pun pernah dating . . . saya memang pernah jumpa dia dalam usaha mengadakan kerjasama baik dengan badan-badan pemantau pilihan raya di negara ini.
“Tujuan saya ialah mahu mewujudkan kerjasama dan membincangkan cara-cara bagi memperbaiki undang-undang pilihan raya, mahu mendapatkan pandangan mereka . . . itu sahaja,” kata beliau sambil menegaskan, “setahu saya, saya tidak pernah sebutkan perkara ini (isu kad pengenalan palsu kepada rakyat asing).”

Dakwa Mat Sabu bukti janji Najib tak boleh dipercayai

KUALA LUMPUR: Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengesahkan janji perdana Perdana Menteri untuk melakukan pembaharuan politik tidak boleh dipercayai.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  antara janji Najib sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini ialah tiada tangkapan bersifat politik.
“Belum  pun kering air liur, pendakwaan politik sudahpun berlaku dalam kes Mohamad Sabu.

Pantasnya Polis : Mohamad Sabu didakwa, bebas dengan jaminan RM15,000..pihak pendakwa meminta RM50,000..!!

BUTTERWORTH, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.
Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.
Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan.

Bukit Kepong: Mat Sabu didakwa, minta dibicarakan

BUTTERWORTH, 21 Sept — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini berhubung ceramahnya mengenai Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.
Mohamad (gambar) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dan minta dia dibicarakan.
Beliau dibebaskan dengan diikat jamin RM15,000.
Mohamad dikenakan tuduhan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.
Laporan Harakahdaily menyebut, pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguamnya mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.
Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.