Isnin, 19 September 2011

Kedah: Ular Tedung Dan Ular Kapak

Di Kedah mutakhir ini kononnya tercetus satu psywar atau perang saraf yang menggunakan analogi sikap ular tedung dan ular kapak.Psywar ini jauh berbeza dengan huraian Niccolo Machiavelli
mengenai singa dan serigala dalam karyanya the Pricne kerana Machiavelli mengeluarkan analoginya untuk memotivasikan kepimpinan negara dalam menjaga kelangsungannya.

Tetapi, perang saraf di Kedah ini mempunyai matlamat yang sama dengan kisah singa dan serigala ala-Machiavelli. Perang saraf ini dipercayai adalah satu daripada strategi PAS Kedah untuk mempertahankan kelangsungannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 kelak.

Kempen Pilihanraya: Intro

 Oleh: MSK
Satu perkara yang aku susah nak faham dalam politik, terutamanya politik BA hingga ke Pakatan Rakyat…ialah tentang pembahagian kerusi. Setiap kali nak menghadapi pilihanraya, setiap kali itulah pergelutan mengenai kerusi berlaku. Ada masanya, perbincangan tentang kerusi ini berlarutan sehingga ke Hari Penamaan Calon.
Tahun 2008, keadaan macam ini juga berlaku dimana penetapan kerusi dibuat disaat akhir. Dan bila dah dapat kerusi, baru terkial-kial nak cari calon. Bila keadaan terdesak, maka terpilihlah calon-calon yang tak senonoh.
Bila dah dapat calon, ramai pulak yang tak puashati. Ada yang tutup bilik Gerakan, ada yang boikot, ada yang belot. Aku rasa semua orang dah ada pengalaman ini…tapi pasai apa setiap kali pilihanraya, perkara yang sama berulang lagi?

Video : Dua Undang Undang Baru Ganti ISA Mungkin Lebih Ketat

Video : Tukar Corak Jalur Gemilang Hanya Pandangan Peribadi Wakil Rakyat,

Video : Tiada Bukti Lelaki Y Adalah Anwar

Video : Anwar Enggan Layan Dakwan Video Terbaru Blogger Papagomo

Video - Kes Fitnah II Dr Seah ''Sembunyi'' Maklumat DNA Ketiga, Dakwa Dr Brian

Video - Mahsuh ISA: Najib jgn ckp kosong

500 working visas per day for Myanmar workers

The Malaysian embassy in Yangon increases granting visas for Myanmar workers, up from 200 previously.
YANGON: The Malaysian embassy in Myanmar”s Yangon today started granting working visas for Myanmar workers at a quota of 500 persons per day, up from 200 previously, according to local media.
The visa quota set for employment agency services was also raised to 25 from 15, starting from the same day, the Weekly Eleven said.
So far, 99 overseas employment services agencies are honored by the Malaysian embassy.
According to statistics, the number of Myanmar workers, legally employed to work in 15 foreign countries, reached 330,311 as of 2010 since 1990 and such overseas workers had fetched for the country over 17 million U.S dollars.

Semakin Jelas masih ada ramai MELAYU tak nak berubah!


Assalamualaikum... Rentetan peristiwa muktakhir ini menunjukkan kepada satu arah,ia itu perubahan kepimpinan negara yang didahagakan sekian lama oleh sebahagian rakyat  tetapi cuba dinafikan oleh sebahagian yang lain.

Tanda semakin jelas bahawa yang dahagakan perubahan semakin bertambah tetapi yang masih cuba mempertahankan kepimpinan negara yang semakin mengecil dan terdesak nampaknya tetap enggan berubah atau menerima hakikat kemungkinan perubahan yang bakal berlaku.

Gambar Bogel : "Kalau tak melucah bukan UMporNO namanya..."

SEPERTI biasa, politik lucah terus dimainkan untuk merosakkan minda rakyat dan anak-anak kita.

Di internet, rakyat disajikan dengan video seks tanpa tapisan di blog-blog pro United Malays No Otak aka UMporNO, di dunia nyata bahan lucah juga digunakan untuk meraih sokongan rakyat kepada Parti Lucah, UMporNO.

Persediaan hadapi pasca pilihan raya

Oleh Abu Firdaus
PERSEDIAAN pasca pilihan raya sama penting dengan persediaan menghadapi pilihan raya. Untuk pilihan raya, persediaannya adalah kempen dan mhttp://2.bp.blogspot.com/-Z2IH4_H0yjo/Tgf2Fum6SjI/AAAAAAAAALM/EoCSe_wPC1g/s760/bendera%252BPAS.jpgemenangi pilihan raya.Tetapi persediaan bagi menghadapi keadaan selepas pilihan raya adalah berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan untuk rakyat.
Perkara ini penting kerana sejak tahun 2008, kemungkinan untuk menang di peringkat negeri adalah cerah. Malah untuk menang Pusat juga bukan suatu yang mustahil.

Ayam kian terlepas, tangan semerbak bahu tahi

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
BESAR keberangkalian semacam ada standing order atau perintah tetap (tak pasti sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis) daripada pemimpin Umno berhttp://1.bp.blogspot.com/_RG73N1nst1I/SyMO3NkbeLI/AAAAAAAAAcM/7YkASROA14w/s200/cap+ayam.jpgautoriti kepada pihak media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 supaya meninjau apa sahaja kenyataan, ucapan, ceramah malahan juga perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin oposisi agar ia dapat diterjemahkan, diolah, diputarbelitkan dengan tujuan mendiskredit parti oposisi dan pemimpin mereka dengan cara yang agak kelakar tetapi dalam masa sama cukup menjijikkan.

Kalau nak cari modal untuk membelasah pihak pembangkang sekalipun, cubalah ikhtiarkan cara yang lebih intelektual sikit.
Mengutip beberapa petikan ayat sana sini daripada pemimpin oposisi dan kemudian memandaimandai menokok-nambah dan menggunakan logik bodoh bukanlah cara terbaik untuk memancing kepercayaan rakyat.

Mat Indera: Cetusan idea Mat Sabu satu inovasi

Oleh Saleha
Mat Indera. Cetusan Idea Haji Mohamad Sabu Presiden Pas, satu Inovasi!, itulah pada http://4.bp.blogspot.com/-atpRz_izziw/TmXOQdCbVGI/AAAAAAAAUfs/7gYKLtIFJRQ/s1600/abg-mat2.jpgpandangan saya. Ketika ini riuh rendah Kisah Mat Sabu dan Mat Indera diperkatakan. Ini mendatangkan keterujaan saya untuk mengetahuinya. Haji Mohamad Sabu saya tahu dia seorang Timbalan Presiden Pas masa kini yang mencetuskan kisah ini, tetapi siapa Mat Indera.

LPF dan FINAS perlukan Panel Syariah yang aktif

1. Sungguh menyedihkan!  Ramai pihak sangat kesal dengan kelemahan ketara yang berlaku dalam Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sehingga membenarkan filem-filem yang berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan untuk tontotan umum.

2. Filem terbaru yang mengandungi unsur menghina Islam adalah "Hantu Bonceng" yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Mohd Razizan Abd Razak (Zizan RL).  Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan".

Transformasi politik Najib: Masa untuk laksanakan perubahan

Pengumuman "transformasi politik" oleh Perdana Menteri Najib Razak sempena Hari Malaysia diberi liputan positif dalam akhbar bahasa Cina, meskipun antaranya yang masih khuatir dengan "pengganti ISA".  Langkah ini ditafsir sebagai senjata PRU 13 untuk meraih undi rakyat yang mendahagakan demokrasi, pada masa yang sama menggesa agar pembaharuan ini dilaksanakan segera.

Tidak banyak "pertikaian" terhadap pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah beberapa akhbar Cina menemuramah bekas tahanan ISA, yang sempat mengisahkan pengalaman mereka ketika penahanan.  Seorang bekas tahanan ketika diwawancara Kwong Wah Yit Poh, menyifatkan pengumuman ini bagaikan "musim bunga" yang lewat.  Sungguhpun demikian, ia tetap "musim bunga" yang dialu-alukan, katanya.

Anwar: K’jaan dinasihati Apco, undang2 zalim bakal ganti ISA

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman kerajaan untuk memansuhkan  Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat nasihat dari firma Perunding Yahudi, Apco Wordwide.
Menurutnya, rakyat perlu berwaspada apabila ISA dibatal kerana kalangan pimpinan Umno sendiri menjangkakan, dua akta baru untuk menggantikan undang-undang itu dijangka  lebih keras “asalkan bunyinya bukan ISA”.
“Saya tidak percaya rakyat mudah diperbodohkan dan menilai kedudukan dalam pengumuman kerangka kenyataan yang disediakan oleh Apco.
“Biar rakyat menilai dengan sendiri. Kempen Pakatan batalkan ISA berkesan,” katanya yang pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali.

Felda Goyang : Lagi peneroka Jengka saman Felda RM510 juta

TEMERLOH, 19 Sept: Felda bakal berdepan musibah terbaru sebaik menerima tuntutan saman lebih RM510 juta dari peneroka di kawasan Jengka, Pahang dalam jangka masa terdekat.
Ini berikutan 345 lagi peneroka menyerahkan borang waran pelantikan peguam yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menyaman Felda di kawasan itu setakat ini adalah seramai 1,056 orang, lapor Keadilan Daily.
Pada Julai lalu, Felda disaman oleh 711 peneroka di kawasan itu, selain deretan saman dari peneroka di Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said dalam laman blognya mendedahkan, jumlah tuntutan oleh 1,056 peneroka terbabit merupakan jumlah terbesar setakat ini.
“Jumlah tuntutan sebanyak RM510,048,000.00 merupakan jumlah terbesar yang pernah dituntut oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda,” katanya.
Lanjutan dari kes ini, Jawatankuasa Bertindak yang mewakili peneroka-peneroka terbabit mengadakan Majlis Penyerahan Borang Pelantikan Peguam yang disempurnakan dengan kehadiran Pengarah Guaman PKR, Latheefa Koya di Markaz PAS Felda Jengka 17, semalam.
(Gambar: Latheefa Koya menerima borang waran pelantikan peguam dari sekumpulan wakil peneroka Jengka sambil disaksikan Suhaimi Said.)
Menurut Suhaimi, saman itu dikemukakan berikutan peratusan kadar perahan gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda dan kilang-kilang Felda.

Enggan beri Suara Keadilan permit, bukti Najib tidak ikhlas

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk  Hishamuddin Hussein  yang enggan memberi jawapan samada akhbar Suara Keadilan akan diberi permit semula.
“Keengganan berterusan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan permit untuk Suara Keadilan petunjuk paling jelas bahawa kerajaan tidak ikhlas untuk meliberalisasikan undang-undang media dan membenarkan kebebasan sebenar akhbar di negara ini,” katanya.

Stiker haram rosakkan bandaraya

Satu fenomena yang semakin mencemar dan merosakkan harta benda awam di ibu kota kita Kuala Lumpur ialah kebanjiran stiker atau pelekat haram yang kebanyakannya adalah perbuatan operator peminjam wang haram atau ah long.Mereka meronda sekitar ibu kota pada tengah malam dan awal pagi dengan menampal stiker yang mengandungi nombor telefon peminjam wang haram boleh dikatakan di setiap pondok telefon, papan tanda jalan, papan tanda arah, pondok sawat telefon atau Tenaga Nasional Berhad (TNB) malah pada apa sahaja harta milik awam yang terdapat di pinggir jalan.
Perbuatan menampal stiker haram ini kini dilakukan bukan sahaja di kawasan pinggir bandar malah di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Ia ternyata telah merosakkan harta benda awam dan lebih menyakitkan hati ialah stiker-stiker ini mencemar dan mengotorkan bandar raya kita.
Ia telah menukar wajah beberapa bahagian dalam Kuala Lumpur menjadi seperti kawasan ghetto Amerika yang sering kita saksikan dalam siri drama polis televisyen.
Selain memaparkan nombor telefon perkhidmatan ah long, iklan-iklan haram lain yang turut memenuhi papan-papan tanda dan jalan antara lain termasuklah tawaran perkhidmatan urutan batin, jualan ubat kuat, nombor telefon pusat tuisyen, tukang tukar tiup tayar motor dan macam-macam lagi.

Sejarah merdeka dan 'Mat Sabu direbus hidup-hidup'

Ahmad Lutfi Othman   
Seorang rakan melahirkan rasa lega apabila akhbar hari ini, 16 September, lebih tertumpu kepada pengumuman Perdana Menteri memansuhkan akta rimba, ISA.

Riuh-rendah puja-puji buat Najib Razak yang telah melakukan "inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah".

Akta ganti ISA lebih zalim

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (“ISA”). Langkah tersebut mendapat pujian semua pihak khususnya parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan.

Tetapi masih timbul tanda tanya kerana pemansuhan ISA itu bukanlah pemansuhan mutlak tanpa bersyarat malah berikutan pemansuhan itu, Kerajaan bakal memperkenalkan dua lagi akta baru bagi menggantikan ISA tersebut. Menteri Dalam Negeri pula mendedahkan bahawa dua akta baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan tersebut adalah berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom.

USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W. Bush pada 6 Oktober 2001. Akta ini diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan September 11, 2001.

Mansuh ISA: Perjuangan Pakatan, NGO bukan Umno

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap akan menafikan keputusannya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah hasil perjuangan Pakatan Rakyat, walaupun orang ramai amat faham dengan realiti itu.

Penentangan Pakatan Rakyat terhadap ISA antara lain terbukti dengan penubuhan sebuah NGO, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang membabitkan para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, tetapi dipersendakan oleh para pemimpin Umno.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, PAS, PKR dan DAP telah bersama dengan GMI sejak NGO itu ditubuhkan pada tahun 2008 lalu, manakala Umno pula menuduhkan para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat serta aktivis GMI sebagai kumpulan yang tidak memahami ISA dan kepentingannya untuk negara.

Menurut beliau, penentangan para pemimpin Umno terhadap perjuangan untuk memansuhkan ISA oleh Pakatan Rakyat disuarakan oleh para pemimpin Umno di dalam persidangan Parlimen.

Katanya, selain itu, Umno menerusi proksinya, Perkasa turut menyuarakan penentangan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat itu dengan mengadakan himpunan khas, tetapi gagal menarik minat ramai apabila hanya dihadiri sejumlah kecil peserta sahaja.

"Realiti itu amat jauh berbeza dengan himpunan yang diadakan oleh GMI yang dihadiri puluhan ribu orang yang juga para penyokong Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Laman web kenyataan PM Bangladesh digodam???

Penggodam tersebut juga telah meninggalkan mesej mengkritik kedatangan Sheikh Hasina ke Malaysia.
PETALING JAYA: Selepas laman web yang memaparkan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya yang bekerja di sini mendapat taraf kerakyatan dengan mudah, wujud dakwaan ia sebenarnya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ucapan Sheikh Hasina daripada laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pejabat Perdana Menteri itu digodam oleh individu yang mendakwa dirinya rakyat Malaysia dan dikenali sebagai M33H00N, seperti yang disiarkan dalam sebuah blog tempatan “Dr MiM”.

Anwar drops bombshell: Najib assured hardliners new laws to be just as tough

Anwar drops bombshell: Najib assured hardliners new laws to be just as toughOpposition Leader Anwar Ibrahim has dropped a bombshell, accusing Priime Minister Najib Razak of two-timing the people with a false promise to repeal the draconian Internal Security Act, while at the same time he was also assuring his Umno colleagues that new replacement laws due to be enacted would be just as oppressive.
Last week, Najib had proposed to repeal the ISA and several other emergency laws that have long helped the Umno ruling elite to persecute political rivals and maintain their hold on power. Najib saw the move as a means to shore up his flagging popularity and also build a legacy for himself amid rising calls by Umno warlords to step down.
At a press conference on Monday, Anwar minced no words, warning the public to be wary of the latest announcements. He also demanded that Najib makes public the parameters for the two new laws, saying that the people had the right to know.

Apakah akta yang akan menggantikan ISA?

Rata-rata rakyat Malaysia menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (“ISA”). Langkah tersebut dipuji oleh semua pihak khususnya parti pembangkang dan badan bukan kerajaan.

Tetapi masih timbul tanda tanya kerana pemansuhan ISA itu bukanlah pemansuhan mutlak tanpa bersyarat malah berikutan pemansuhan itu kerajaan bakal memperkenalkan dua akta baru. Menteri Dalam Negeri pula mendedahkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru itu berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom.

Pembaharuan politik, Umno kering idea

BANDAR JENGKA, 19 Sept: Di sebalik pujian melangit oleh media perdana kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung apa yang dicanang sebagai ‘pembaharuan politik’, PAS pula menyifatkan pemimpin Umno dan kerajaan hari ini ternyata kekeringan idea.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ini disebabkan kebanyakan pembaharuan yang diumumkan baru-baru ini dicedok dan ditiru daripada idea Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga.
(Gambar: Tuan Ibrahim mengagihkan wang raya kepada kanak-kanak semasa program Rumah Terbuka Aidlfitri PAS Kawasan Kuala Krau.)

Benz S-Class: Tian Chua tuntut Gerakan mohon maaf

Naib presiden PKR Tian Chua hari ini menuntut ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin supaya menarik balik dakwaan bahawa beliau memiliki sebuah kereta mewah bernilai RM800,000 yang jauh melebihi kemampuannya.

PAS desak Najib kemuka usul mohon maaf

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak mengemukakan usul permohonan maaf kepada mangsa-mangsa ISA dan keluarga mereka pada persidangan Parlimen yang akan bermula 3 Oktober ini.

Tindakan tersebut amat perlu dilakukan oleh Perdana Menteri bagi membuktikan keikhlasan hatinya untuk melakukan tranformasi politik sehingga membawa kepada pemansuhan ISA.

Husam saman Kickdefella RM5 juta


KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.
Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.
Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya  tanpa syarat.
Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT’ pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel ‘SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN’ yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel ‘HUSAM ITU PEMBOHONG’ pada hari Ahad 3 Julai 2011.

PAS dakwa LPF, Finas benar filem Hantu Bonceng hina kalimah

Promo filem Hantu Boncen mengatakan ia telah mencipta rekod kutipan jualan tiket.
KUALA LUMPUR, 19 Sept – Dewan Pemuda PAS berkata pihaknya sangat kesal dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan – terbaru Hantu Bonceng, yang disiarkan sejak awal Aidilfitri. Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem itu yang mengandungi unsur menghina Islam, arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan Mohd Razizan Abd Razak atau dikenali “Zizan RL”.
“Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut ‘Asyhadu anna Muhammadar Syaitan’ yang membawa maksud ‘aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan.

KP: Jakim tak pernah bantah forum, ada pihak manipulasi isu


KUALA LUMPUR, 19 Sept – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan bahawa pihaknya membantah penganjuran Forum on Future of Islamic Feminism anjuran bersama Islamic Renaissance Front (IRF) dan Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (Istac) di ibu negara semalam.
Sehubungan itu Ketua Pengarahnya Othman Mustapha juga berkata, Jakim amat kesal terhadap tindakan sesetengah pihak yang sengaja menggunakan nama Jakim dan memanipulasi isu demi kepentingan sendiri sedangkan jabatan itu sendiri tidak dimaklumkan tentang penganjuran forum berkenaan.
“Jakim ingin memaklumkan bahawa Jakim tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun bantahan terhadap penganjuran Islamic Renaissance Front sebagaimana dilaporkan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Akta Baru : Jangan lebih zalim dari ISA

Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ramai yang menyokong pengumuman tersebut.

Kalau benar akta ISA dimansuhkan sepatutnya tahanan ISA yang ada sekarang juga patut dibebaskan dengan segera atau dibicarakan di mahkamah terbuka. Apa erti akta ISA dimansuhkan sedangkan tahanan ISA masih lagi meringkuk dalam penjara.

Forget ISA abolition, zero-in on electoral reform

Article 149, which is meant for national security, is the mother of repressive laws, as it enables parliament to brush aside fundamental human rights guaranteed under Part 2 of the Constitution to enact laws that grant the Executive sweeping power that includes detention without trial. The human rights so affected include those enshrined under Article 5 (life and liberty), Article 9 (freedom of movement), Article 10 (freedom of speech and assembly), etc.
By Kim Quek
Prime Minister Najib Razak’s stunning announcement of his intention to repeal the abominable Internal Security Act (ISA) as well as the three archaic Proclamations of Emergency has brought much excitement to a country long struggling to rid itself of repressive rule.

Video: $77 Million of Cocaine Seized

Video: People in Gaza support Palestinian UN bid

Video : Libya's controversial rising star

Pengundi Melayu Yang Bukan Islam..!

 Oleh: MSK
Hari ni dah cukup tiga minggu laporan polis yang dibuat oleh Bekas Pengetua Sekolah, Zainal Ratin Zainal Abidin berkenaan dengan senarai nama pengundi Melayu yang bukan beragama Islam yang aku publish dalam Malaysiatimes.

MASIH RAMAI MELAYU SPESIS PAK PANDIR !

Menurut satu kenyataan yang dibuat oleh Pegawai Perhubungan Awam Polis Di Raja Malaysia, ACP Ramli Mohamed Yoosuf, lebih 900 Laporan Polis terhadap Mat Sabu telah dibuat sehingga kini..

Mak datuk !!  Banyaknya laporan Polis telah dibuat! Benarkah jumlah yang sebanyak itu? Mungkin serkap jarang je kut!  Apa-apa pun kita nak tahu, apakah dosa dan kesalahan besar telah dibuat oleh Mat Sabu? sehinggakan ramai sekali Melayu-Melayu dari spesis Pak Pandir ini tak senang duduk?  Ramai yang meroyan dan ramai yang kemaruk sangat nak buat laporan polis? Mat Sabu seolah-olah telah meletakkan sebiji bom jangka di kediaman perdana menteri .

Malaysia yang (Masih) Goyang

Hasmi bin Hashim


Menjelang Hari Malaysia, Perdana Menteri Najib Razak umumkan dalam ucapan secara langsungnya di TV1, kerajaan akan hapuskan ISA.  Beberapa akta lain, antaranya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang digubal di era Mahathir Mohamad, juga bakal dipinda.

Apa yang diumumkan Najib mencerminkan tak semua yang dilakukan pemerintah, selama sebuah parti itu berkuasa, adalah benar.  Dalam ucapannya, beliau akui era "pemerintah tahu segalanya" sudah berakhir.  Malang, kesedaran penguasa adalah lambat setelah begitu ramai orang terdekam di Kem Tahanan Kamunting; setelah media terbungkam dan kebebasan bersuara diserkap, barulah sedikit nada demokrat terdengar dari corong RTM.

"Kerajaan besar" bukan lagi konsep dan amalan yang bagus, malahan "kerajaan kecil" dengan kuasa-kuasanya yang terhad kini lebih berkesan.  "Berkesan" lebih mustahak daripada "besar".  Sebesar apa pun tak berguna, kalau tak berkesan, khususnya tak membawa manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat.  Contoh yang ada, saiz pejabat yang besar kini tak lagi menunjukkan bos di dalam pejabat itu hebat.  Pejabat yang besar hanya timbulkan karenah birokrasi yang macam-macam serta biaya penyelenggaraan yang tinggi.

Politik Kuno : Siapa Punya "Kerja" Kotor Nii..??

Ingatt beb...Umno seperti yang lu orang ketahui adalah sejenis makhluk perosak yang setiap kata-kata dan kenyataan pimpinan mereka berlawanan dengan apa yang mereka ucapkan..Jadi dengan kenyataan di bawah ini,pasti rakyat di negeri kedah dan Malaysia khasnya dapat menghidu bau hapak najis yang ditinggalkan...

Umno Negeri Kedah hari ini menafikan penglibatan dengan pemasangan poster yang mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah di beberapa kawasan di sekitar Alor Setar semalam.

Mana yang pokok, mana yang rantingnya?

Oleh Muhammad Zir
19 SEPTEMBER – Banyak pihak, terutama lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia dan blogger upahan UMNO, mengecam Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Kota Alam Shah M. Manoharan berkaitan kenyataannya di laman Facebook beliau tentang Jalur Gemilang.
Ungkapan saudara Manoharan itu tidak menggunakan kata-kata caci maki atau nista. Sebaliknya ia sekadar penyataan peribadi yang jujur dari beliau, selari dengan prinsip kebebasan memberi pandangan.
Namun, sebagai manusia, ia adalah pandangan peribadi beliau. Kenyataannya tentang Jalur Gemilang, bukan pandangan rasmi DAP mahu pun Pakatan Rakyat.

Mengapa janji Najib sukar dipercayai.?

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Janji Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanyalah setelah Perdana Menteri sedar bahawa rakyat sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan kerajaannya.
Malah, janji itu juga dibuat selepas kerajaan Malaysia dikecam hebat di dalam dan luar negara berikutan salah guna kuasa serta kekerasan yang melampau pihak berkuasa terhadap pehimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, tekanan terhadap Najib daripada kalangan orang-orang kanan kerajaan sendiri membuatkan beliau terpaksa berjanji untuk memansuhkan ISA.
“Jika rakyat tidak percaya kepada janji Najib, ia adalah salahnya sendiri kerana rekodnya sebagai Perdana Menteri sejak April 2009 tidak menunjukkan dia berani melaksanakan apa yang dijanjikannya,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Roketkini.com.

Tua atau muda ke UMNO ini?

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Kalau anda ingin mengenali seseorang itu tua atau muda, anda boleh menilai dari perbualan mereka.

Seandainya orang yang anda temui itu berbicara banyak mengenai perkara-perkara yang lepas, dan menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang lalu, itulah tanda yang sedang berbicara itu sudah tua.

Akan tetapi kalau perbicaraannya menceritakan apa yang sedang berlaku, atau apa yang akan dilakukan, maka ianya tanda orang itu muda.

PRU13 - DUN UMNO/BN akan tergugat - 3

Oleh: mirputra

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Khamis mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia, Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Politik Kuno : Umno tiada kaitan poster kritik Anwar....sape nak mengaku..ha..ha..ha..!!!

"Kalau kita (orang Umno) yang nampak poster-poster itu, kita juga akan buat laporan polis. Biar polis siasat dan kita akan ketahui 'tangan jahat' mana yang buat kerja itu," kata pengerusi Umno Kedah.
ALOR SETAR:  Umno Negeri Kedah hari ini menafikan penglibatan dengan pemasangan poster yang mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah di beberapa kawasan di sekitar Alor Setar semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Umno Kedah sendiri tidak bersetuju dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab seperti itu.
“Kalau kita (orang Umno) yang nampak poster-poster itu, kita juga akan buat laporan polis. Biar polis siasat dan kita akan ketahui ‘tangan jahat’ mana yang buat kerja itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bujang Seblak balas dendam

Dengan gah dan rakus Bujang Seblak menunjukkan mangsa di mulutnya sebagai bukti kejaguhannya kepada pihak terlibat operasi sebelum menghilangkan diri di dasar sungai.
BETONG: Buaya gergasi hitam, Bujang Seblak kini dipercayai masih lapar dan terus memburu mangsanya di sepanjang Sungai Seblak, kata Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat, Sarjan Misol Mahadi.
Semalam, mangsa terbarunya Sulaiman Abdullah, 66, belum ditemui. Sebelum kejadian mangsa telah turun ke sungai untuk menangkap udang kira-kira jam 3 pagi bersama-sama anak lelaki Endoi Sulaiman, 41 dan seorang cucunya Nazrie Endoi, 15, dengan menggunakan perahu berasingan.
Menurut Endoi, ketika serangan perahu dia dan bapanya berada dalam jarak kira-kira 50 meter.

AG Gani mum on type and timing of new laws to replace ISA

AG Gani mum on type and timing of new laws to replace ISA, otherAttorney General Gani Patail is keeping mum on what sort of new laws would be drafted to replace the Internal Security Act and several other Emergency laws, and what sort of timeline, if any, he had been given to follow by Prime Minister Najib Razak.
Najib had on Thursday proposed to repeal the oppressive preventive detention laws and create two new ones. Since then, a dispute has erupted with Minister in PM's Department Nazri Aziz saying that the earliest a paper on the new legislation could be brought to Parliament was next year. However, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin insists it could be done before the end of this year.
Feeling the pressure, Gani refused to comment.
“I have to sit down and work. Let me work first,” he told reporters who hounded him on Monday.

GMI bimbang dua undang2 baru kekal ciri ISA

KUALA LUMPUR: Gabungan Mansuhkan Akta keselamatan Dalam Negeri (GMI) menyuarakan kebimbangan dua undang-undang baru yang bakal menggantikan ISA masih mengekalkan ciri-ciri akta drakonian itu.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ini kerana undang-undang baru  itu masih tidak dijelaskan secara terperinci dan dibahaskan di parlimen.
“Apa yang Najib buat hanyalah mengumumkan pemansuhan ISA, maknanya, (ciri-ciri) ISA masih belum dimansuhkan (kerana ia belum digubal),” katanya yang memantau rapat perkembangan itu.

Sebutan kes Mahfuz saman polis, kerajaan - 4 Oktober

NONEMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 4 Oktober untuk sebutan kes saman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar terhadap polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan menangkap dan menahannya secara salah ketika perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.

Hakim Harminder Singh Dhaliwal menetapkan tarikh itu selepas mengadakan perjumpaan dengan Peguam Kanan Persekutuan Iznan Izhak bagi empat defendan dan peguam Muhammad Faiz Datuk Fadzil yang mewakili Mahfuz (berbaju kuning), di dalam kamar.

Fitnah liwat II : Tiada bukti DNA ‘Lelaki Y’ hasil dari sel sperma

Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Pakar dari Australia menegaskan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada “Lelaki Y” dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim datang daripada sel-sel air mani.
Dr Brian McDonald, saksi pembela memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pihak pendakwa tiada bukti bagi menunjukkan jensi sel yang profil DNA diperoleh.
Justeru, pakar DNA ini juga mencabar penemuan analisis yang dikendalikan oleh ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dan Dr Nor Aidora Saedon.
Malah Dr McDonald juga menekankan kemungkinan wujud kontaminasi ke atas sampel-sampel yang diambil dan diuji oleh kedua-dua ahli kimia, yang menurutnya telah diabaikan oleh mereka.
“Tiada bukti dikemukakan, yang membolehkan pendakwa membuat rumusan itu,” kata Dr McDonald (gambar kanan) ketika ditanya oleh peguam pembela Ramkarpal Singh sama ada pendakwa ada membuktikan bahawa profil-profil DNA daripada “Lelaki Y” sebenarnya datang daripada sel-sel air mani.
“Kita tidak tahu jenis-jenis sel yang sampel diambil,” kata beliau.

Panas : Umno Titiwangsa pilih calon tempatan atau luar?....

Bekas ahli parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Aziz ketika dihubungi berkata, "memang Datuk Jo (panggilan untuk Johari" calon paling sesuai untuk Titiwangsa.
PETALING JAYA: Usahawan Datuk Johari Ghani disebut sebagai calon BN bagi Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, pemangku ketua Umno bahagian itu terpaksa bersaing dengan beberapa calon luar yang dikatakan turut berminat dengan kerusi parlimen itu.
Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Mashitah Ibrahim.
BN kehilangan kerusi parlimen Titiwangsa kepada PAS apabila Datuk Jamaluddin Aziz Tahir tewas kepada Dr Lo’lo’ Ghazali dalam pilihan raya umum 2008.

‘Pelantikan penyelaras bidang kuasa negeri’

Manikavasagam gesa ahli cabang terima keputusan kepimpinan negeri
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam hari ini menjelaskan bahawa pelantikan penyelaras adalah bidang kuasa kepimpinan parti negeri.
“Semua pihak perlu menerima pelantikan yang dibuat oleh kepimpinan negeri,” kata Manikavasagam ketika mengulas laporan penolakan Mohd Bakir Wahab sebagai penyelas Dun Sementa oleh ahli jawatankuasa PKR cabang Kapar.
Akhbar Sinar Harian memetik kenyataan bahawa pengarah pilihan raya umum PKR cabang Kapar Norkhalim Mohamed bahawa penyelaras Sementa Azizi Ayob tidak diberikan surat penamatan  jawatan.
Azizi Ayob adalah ketua cabang PKR Kapar.

30 aktivis termasuk MP Sg Siput bebas tuduhan


KUALA LUMPUR, 19 Sept — Tuduhan ke atas kesemua 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput dan lima yang lain, yang sebelum ini ditahan di bawah Ordinan Darurat, digugurkan hari ini.
Pihak berkuasa mengambil langkah itu lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menarik balik tiga deklarasi darurat serta mahu mengkaji semula beberapa undang-undang lain.
Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan (gambar) berkata kesemua mereka, yang awalnya ditahan untuk siasatan berhubung dakwaan mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, dilepaskan daripada tuduhan masing-masing.

Penganjur: Pihak atasan agensi agama ‘halang’ forum hak wanita....


KUALA LUMPUR, 19 Sept — Penganjur Forum on Future of Islamic Feminism mendakwa berhadapan dengan siri tekanan termasuk daripada pihak berkuasa agama yang seolah-olah mahu menggagalkan dan menghalang program itu daripada diadakan semalam.
Selain arahan “pihak atasan” minggu lalu agar forum itu dibatalkan sama sekali, semalam penganjur menerima panggilan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) — sejam sebelum program bermula — untuk memaksa menyertakan pegawainya sebagai anggota panel.
Forum itu dianjurkan bersama oleh Islamic Renaissance Front (IRF) dan Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (Istac).

Putrajaya has admitted to a ‘prima facie case’ against A-G

KUALA LUMPUR, Sept 19 — A former senior police officer accused Putrajaya today of admitting last year to Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail’s role in allegedly falsifying evidence when it backed an independent panel’s findings on Datuk Seri Anwar Ibrahim’s “black-eye” case.
The former top cop insisted today that with Putrajaya’s endorsement, there was no longer a need to form a royal commission of inquiry or a tribunal to investigate Abdul Gani’s involvement.
“This is because there is already a prima facie case against Abdul Gani (picture) and those abetting him on falsifying evidence,” said former KL CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim in an open letter to Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar today.

Malang jika mansuh ISA untuk raih undi

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Amat malang sekiranya pengumuman memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersifat populis untuk meraih undi dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Dalam konteks ini, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan tidak mahu melihat rakyat terperangkap dalam permainan politik dilihat semakin rencam dan mengelirukan rakyat.
“Sekiranya inilah yang sebenarnya berlaku, Abim khuatir ia akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap ketelusan pemerintah yang sekaligus menjejaskan integriti serta keabsahan pihak berkenaan dalam melaksanakan agenda transformasinya.

Video : Demo Anti Isa - 2009...Apa kata puak PRO-ISA...!!!

kalau puak najib dan umno masih bangang dan bebal

tolong sumbat kepala dalam lubang punggung sendiri

mudahan sedar dalam mimpi!

Unsur sihir, khurafat dalam filem pengaruhi minda masyarakat

Ruzain Syukur Mansor
Akhbar Berita Harian melalui kolum nasionalnya pada 10 Januari 2011 telah menyiarkan sebuah berita bertajuk “Ustaz bukan penghalau hantu: Tanggungjawab sebenar pendakwah dalam filem seram perlu diperbetul”. Berita tersebut turut memuatkan petikan pendapat Ustaz Mohd Azahari Yusuf, Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia sepertimana yang dilaporkan Bernama.
Beliau mengatakan bahawa “pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata.”

Betulkah Pas Tidak Beri Kerjasama Kepada PKR Kelantan?

SERING saya mendengar keluhan hiba orang-orang PKR Kelantan kononnya Pas tidak memberi kerjasama kepada mereka. Kewujudan mereka di Kelantan relatif kecil itu seakan tidak dipandang oleh sesetengah ahli Pas. Malahan ada yang mencadangkan supaya meminggirkan langsung PKR? Betulkah?

Hak orang-orang PKR untuk menduduki atau memenuhi agensi kerajaan atau pun pembahagian kuota ahli Majlis Daerah juga tidak sepadan atau tidak dilakukan dengan adil dan mengikuti prioriti yang ada. Betulkah?

Saya tidak fikir pandangan itu akan menjadi konsensus Pas Kelantan. Harap pemimpin Pas Kelantan yang berkuasa membuat dasar dan polisi Pakatan Rakyat tidak mudah teruja dengan cadangan itu dan terikut dengan cadangan-cadangan bebas dari bawah yang kurang bijaksana dalam berpolitik.