Ahad, 18 September 2011

Penyokong Tegar BN Berjuang Sejak Dulu Untuk Mansuhkan ISA......


Perkasa tolak jika undang-undang baru tiada ‘semangat’ ISA


KUALA LUMPUR, Sept 18 – Perkasa akan menolak undang-undang antikeganasan yang disyorkan oleh pentadbiran Najib jika ia tidak mengekalkan semangat pencegahan yang ada dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata kerajaan perlu mengekalkan aspek-aspek berkaitan pencegahan dalam ISA bagi memastikan pihak berkuasa ada peruntukan dan instrumen secukupnya bagi menangani aktiviti-aktiviti subversif dan menjaga keselamatan negara.
Ketua pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu ini berkata, tindakan menghina Islam dan kritikan ke atas Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan adalah antara aktiviti yang boleh mencabar kestabilan dan keselamatan rakyat.

Video : Fitnah Rakaman CCTV Datuk T Disiarkan Di Internet, AMK Lapor Polis

Video : Debt and divisions in the Eurozone

Video fitnah terbaru disebar, Anwar sedikitpun tidak gentar

GEORGETOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan tayangan susulan video fitnah terhadapnya sebaliknya mahu menumpu usaha membela nasib rakyat.
Tayangan terbaru pada video fitnah yang cuba untuk mengaibkan Ketua Pembangkan itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepadanya.
Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay.
“Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat. Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik,” sindirnya merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Umno Kelantan: Kami tidak peralat SPR..ha..ha...tapi pergunakan SPR..!!!!

KOTA BARU, 18 Sept — Umno Kelantan hari ini menafikan dakwaan bahawa parti itu memperalatkan nama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi pilihan raya olok-olok yang diadakan bermula Jumaat lepas hingga akhir bulan ini.
Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, simulasi itu tidak ada kaitan dengan SPR, sebaliknya bertujuan menguji persediaan Umno bagi menghadapi pilihan raya sebenar yang mungkin diadakan bila-bila masa.
“Ia tiada kaitan dengan SPR sebagai sebuah badan bebas yang mengendalikan urusan pilihan raya sebenar bagi menentukan pembentukan sesebuah kerajaan dan pemerintah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri bersama warga pendidik negeri Kelantan di sini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diminta mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang mendakwa Umno menyalahgunakan nama SPR dalam mengadakan simulasi pilihan raya itu.
Mengulas lanjut, Mustapa yang dipetik Bernama Online berkata,  dakwaan PAS itu tidak berasas dan sekadar bertujuan memburuk-burukkan Umno serta SPR di mata rakyat.

Pak Samad: Pemansuhan ISA 'kemenangan ghaib'

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menganggap pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumum Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu "kemenangan ghaib".

Beliau berkata, perdana menteri itu tentunya tidak akan mengakui hal berkenaan tetapi pastinya ada usaha yang menggerak dan mendesak ke arah itu.

"Selama 54 tahun tidak terfikir ISA harus dihakis, tiba-tiba sahaja dapat ilham dan (mereka) harus mengakui kelompok anak muda tidak tahan lagi (dengan ISA).

Beliau juga tidak terkejut berikutan keengganan kerajaan mengakui pemansuhan ISA itu disebabkan tekanan berterusan dari pelbagai pihak khususnya anak muda.

"Tidak pula diceritakan bahawasanya desakan itulah yang mendorongnya untuk berubah. Kalau tidak ada desakan, saya tidak fikir ia akan mansuh kerana ISA sangat mujarab untuk menekan," katanya.

Mahsuh ISA: BN jangan ‘syok sendiri’ ambil kredit, kata Mipas


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Persatuan Progresif Kaum India Malaysia (Mipas) mengingatkan Barisan Nasional (BN) jangan sama sekali menafikan peranan Pakatan Rakyat dan rakyat jelata yang mengenakan tekanan secara berterusan sehingga membawa kepada inisiatif pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sehubungan itu Setiausaha Agungnya S Barathidasan berkata, Umno-BN bertindak seolah-olah “syok sendiri” dengan pengumuman mahu memansuhkan ISA manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu kredit berhubung inisiatif itu diberikan kepada BN semata-mata.

Akta Baru : Perkasa mahu elemen ISA dikekalkan

"Kalau ia melalui proses kehakiman, ia akan mengambil masa yang begitu lama hanya untuk menentukan sama ada bersalah atau tidak," kata Ibrahim Ali.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berpendirian pihaknya tidak akan menyokong akta keselamatan negara yang baru jika semangat elemen ‘pencegahan’ yang ada dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dikekalkan.
Presidennya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibahim Ali berkata elemen tersebut amat penting dan selama ini terbukti berkesan
dalam menangani isu keselamatan negara.
Mengambil contoh isu ajaran sesat Ayah Pin, Al-Arqam, pemalsuan kad pengenalan dan kad kredit serta kegiatan subversif, Ibrahim berkata
adalah wajar pencegahan melalui penahanan tanpa bicara mengikut ISA dikenakan.

Malaysia's richest man Robert Kuok speaks out

Malaysia's richest man Robert Kuok speaks out MALAYSIA'S richest man, Tan Sri Robert Kuok, is often referred to as the "Sugar King" but the man himself says he does not like the title and deems it a "fake fame".
Kuok, whose empire includes the Shangri-La hotel chain, prefers the title "Hotel King" instead.
"I like hotel but the word king' is just a fake one," the 87-year-old billionaire said in an interview with China Central Television (CCTV) recently.
Major local Chinese newspapers have carried reports about the interview as the low-profile and media-shy tycoon rarely agrees to being interviewed.
Among the topics he talked about were his foray into the travel industry in China, the venture in the sugar refinery business and his mother.

Short of ideas and time, Umno resorts to sex scandals but makes mistakes

Short of ideas and time, Umno resorts to sex scandals but makes mistakesAs expected Umno has resorted to sex scandals to discredit Opposition Leader Anwar Ibrahim and PAS deputy president Mat Sabu, after its 'pro-Communist' and 'Malaya-was-never-a-colony' ploys failed to take root with the public and boomeranged.
But PKR leaders are unfazed by the latest attacks on their de-facto head. They poured scorn on the anti-Anwar allegation by Umno blogger Papagomo, who released a colour video clip showing two men he alleged were Anwar and Shazryl Eskay Abdullah waiting for a lift at a condominium.
Shazryl is part of the Datuk T trio, which organised a sex video conspiracy against Anwar, screening in public a pornographic tape they alleged showed Anwar in intimate acts with a prostitute.

Papagomo niat jahat, AMK lapor polis

Penulis blog itu mendakwa rakaman CCTV itu berkait dengan rakaman video adegan seks individu yang didakwa sebagai Anwar dengan seorang pelacur China.
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog Papagomo yang menyiarkan klip video dua lelaki yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Laporan dibuat Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini petang tadi.
Ini berikutan dua klip video yang didedahkan Papagomo pagi semalam yang menunjukkan rakaman litar tertutup (CCTV) dua lelaki menuju masuk ke dalam dan keluar lif bangunan dipercayai sebuah hotel di Ampang.
Penulis blog itu mendakwa rakaman CCTV itu berkait dengan rakaman video adegan seks individu yang didakwa sebagai Anwar dengan seorang pelacur China yang pernah didedahkan Mac lalu.

Video : Israel fears UN bid will escalate tensions

Tak Di Iktiraf : Dol Said-Tuk Janggut-Mat Kilau BUNUH Askar "Penaung@Pelindung" Tanah Melayu......

Selepas kisah Mat Indera menghangatkan suasana dan menghangitkan sejarah negara, timbul aduan waris mata-mata di Bukit Kepong tidak menerima pencen dan bantuan. Bayangkan kerajaan dan UMCO berkokok membela mata-mata ini, namun tidak pernah memperdulikan kehidupan waris mereka. Kalau anda berfikir, sudah tentu anda dapat mengagak wayang yang ditayangkan oleh puak-puak ini. Lagi hebat, seminggu selepas mengadu di surat khabar, isu pencen berjaya diselesaikan. Berpuluh tahun mengadu dan mengharap, masalah yang ditimbulkan oleh Mat Sabu berjaya diselesaikan dalam masa SEMINGGU.

Bila Ketua Pemuda Umno Tidak Cukup Makan?

Mohd Sayuti Omar

PAGI tadi saya ke Hulu Langat kerana menemani seorang kawan untuk beli dua ekor kambing untuk aqiqah cucunya esok. Sementara menunggu taukeh kambing tiba untuk ke ladangnya, saya dan teman itu masuk ke sebuah restoran mamak bagi membasah tekak.

Dalam kedai itu adalah dua tiga orang berusia antara 50 hingga 60 tahun. Turut sama berada di kedai itu sekumpulan tiga orang anak muda berumur sekitar 30-an.

Saya dan kawan tidak pedulikan kepada tetamu dalam kedai itu. Hinggalah terdengar dialog berbunyi; "Macam mana kelmarin, kenapa sampai tumbuk menumbuk. Katanya sampai bengkak bengkil...?" pertanyaan itu terlantur dari salah seorangnya dalam sling Minang.

Pakatan bukan rakyat ?? kata Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuh bukan kerana tuntutan Pakatan Rakyat, sebaliknya bagi mendengar luahan hari rakyat.

"Hairan saya, (angggota) Pakatan Rakyat bukan rakyatkah?" soalnya yang juga menteri besar Kelantan.

Najib semalam dilapor menegaskan, keputusan memansuhkan ISA dibuat kerajaan BN mendengar isi hati rakyat yang inginkan perubahan sedemikian.

Bukti UMNO Sayangi Islam!

Masih terngiang-ngiang kata2 DS Najib malam tadi di Konsert 'Suara Kami" malam tadi..
"Inilah Generasi baru Malaysia!!"
aduhhh!! mana teman nak sorok anak cucu teman nehhh!!

Nik Aziz harap kaum India kekal bersama Pakatan

KOTA BHARU, 18 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan demikian sebagai respons kepada surat permohonan Makkal Sakti untuk menjadi komponen Pakatan Rakyat.
Pemangku Presiden Makkal Sakti, A Vathemurthy, menyerahkan surat permohonan itu kepada beliau di Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim di sini, pagi tadi.
“Semoga sokongan kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang, insya Allah,” katanya.
Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menyampaikan sijil kepada wakil pelajar cemerlang sempena Majlis Sambutan 100 tahun Peranakan India Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), semalam.

Jaips: Pelajar kolej Perlis peluk Islam secara sukarela

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Seorang pelajar kolej beragama Hindu, yang didakwa ‘dipaksa’ memeluk Islam Julai lalu oleh pensyarahnya telah mengambil langkah itu secara sukarela tanpa sebarang unsur paksaan daripada mana-mana pihak, kata Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).
Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jaips, Kesumawati Kassim memberitahu The Malaysia Insider, pihaknya tidak berhadapan dengan sebarang masalah untuk mendaftarkan pelajar itu kerana dia telah memenuhi syarat-syarat menganut Islam mengikut kemahuannya.
Pelajar itu memeluk Islam Julai lalu dan berbula ketika Ramadan lalu.
Kesumawati berkata, dia hadir di Jaips bersama tiga saksi iaitu dua pensyarah dan isteri seorang pensyarahnya bagi mendaftarkan pengislaman secara sah.

Lanun Oh Lanun

Lanun mencuba nasib lagi!! Cuba dan terus mencuba. Tak putus asa demer weh...

Kalau dah lanun.... sampai mamposs pun akan tetap jadi lanun. Selagi derang tak dapat 'rampas' tanah di kawasan Kg Baru yang mempunyai nilai komersial yang amat tinggi, derang tak akan duduk diam. Derang akan cuba dengan apa cara sekali pun untuk memperdaya penduduk@waris Kg Baru agar menyetujui penyerahan tanah milik mereka.

Nik Aziz minta Najib benarkan hudud.....Dulu Mahathir halang...!!

KOTA BHARU – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Menteri Besar itu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika Pas Kelantan melaksanakannya.

“Kerajaan Negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya,
rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, Pas Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, Pas atau Umno sokong 100 peratus.

“Selepas hudud diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), Perdana Menteri datang Kelantan dan cakap kalau Kelantan laksana hudud kami akan bertindak.

Tuan Guru Nik Aziz Sambut Baik Makkal Sakhti Sertai Pakatan Rakyat


Pejabat Menteri Besar Kelantan hari ini sungguh ceria dengan kehadiran Pemangku Presiden Parti Makkal Sakhti, A Vathemurthy yang mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Bukan setakat perjumpaan biasa tetapi rupanya Makkal Sakhti memohon untuk menyertai Pakatan Rakyat secara rasmi.

Video : Ucapan PM Sempena Konvensyen BN Selangor

Video : Najib Berang - Beberapa Pemimpin BN Selangor 'Tipu Diri Sendiri'

Video : Penerbangan Pertama 450 Jemaah Haji ke Tanah Suci, 29 September Ini

Video : Mais Halang Ahli Politik Beri Kuliah Agama,

Video : NTC fighters face fierce resistance

Najib: Malaysia jadi negara demokrasi terbaik dengan mansuh ISA..........

PEKAN, 18 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.
Langkah itu katanya, dapat dilaksanakan kerana kejayaan pembangunan negara, sikap rakyat yang semakin matang serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap hak asasi manusia.
“Ini bukan desakan mana-mana pihak tetapi jasa dan budi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah diperjuangkan selama ini,” katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini, hari ini.
Dipetik Bernama Online, Najib (gambar) berkata, cadangan berkenaan adalah sebagai satu transformasi politik negara dalam perihal menjaga hak asasi manusia.
“Sudah sampai masa kita melangkah satu lagi ke hadapan membawa negara (ke tahap) begitu tinggi bukan sahaja dari segi ekonomi serta pendidikan tetapi pegangan prinsip demokrasi kita nak letak antara terbaik di dunia,” katanya.

Untuk yang kurang sedar

Hishamuddin Rais
British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Utusan: Mansuh ISA boleh rugikan politik orang Melayu.............

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Kumpulan Utusan, akhbar milik Umno yang sebelum ini mempertahankan dengan kuat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hari ini mendakwa usaha memansuhkan undang-undang itu boleh merugikan politik orang Melayu tetapi mereka tidak harus “gundah.”
Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia juga mendakwa kerajaan sering dituduh tunduk kepada desakan politik kaum dan belum tentu usaha diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
“Ada juga hujah yang melihat tindakan memansuhkan ISA merugikan politik orang Melayu.
“Selain itu, kerajaan dituduh asyik tunduk kepada aspirasi politik kaum lain sedangkan tiada jaminan mereka akan melonjakkan sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang,” kata Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, akhbar edisi Ahad hari ini.
Bagaimanapun Awang Selamat menulis, baginya perkembangan terbaru ini mempunyai hikmah tersendiri dan orang Melayu “jangan terlalu gundah dengan pembaharuan.”

Makkal Sakti: Vathemurthy serah surat mahu sertai Pakatan, Muhyiddin pula rasmi AGM

KUALA LUMPUR, 18 Sept — A. Vathemurthy, pemangku presiden salah satu kumpulan yang bersaing mahu menguasai Parti Makkal Sakti, hari ini menyerahkan permohonan mahu menyertai Pakatan Rakyat.
Permohonan dikemukakan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru pagi ini.
“Vathemurthy (gambar), pemangku presiden Makkal Sakti menyerahkan surat permohonan kepada YAB Tuan Guru mewakili ahli-ahli partinya untuk menjadi komponen Pakatan Rakyat.
“Pertemuan berlangsung di Pejabat Menteri Besar Kelantan sebentar tadi,” kata Nik Aziz menerusi laman sosial Facebook tengah hari ini.

Pakatan to steer away from smut politics

PKR supremo Anwar Ibrahim says that Pakatan will be highlighting policy issues and won't entertain Umno's dirty politics.
GEORGE TOWN: PKR supremo Anwar Ibrahim wants Pakatan Rakyat to focus on policy issues along the socio-economic lines instead of just countering dirty politics in the run up to the next general election.
In his first ceramah after Prime Minister Najib Tun Razak’s political reforms announced on Malaysia Day and the online uploading of a new video clip concerning his alleged sex scandal, Anwar told a moderate number of people at the City Stadium here last night that Pakatan shall not be dragged
into a pit of dirty and smut politics although such issues tend to be captivating and alluring to the masses.

Jika Pakatan Rakyat menang, ini pasti berlaku kepada Malaysia...

Jika Pakatan Rakyat menang, ini pasti berlaku kepada  Malaysia...Semua pasti tertunggu-tunggu akan pengumuman tarikh pilihan raya umum yang akan datang. Ia mungkin berita paling sensasi buat semua. Ramai yang tahu siapa yang akan menang. Orang BN atau penyokong BN tidak sabar untuk mengetahui keputusannya, begitu juga orang Pakatan, atau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika Anwar berjaya mengalahkan Perdana Menteri BN, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijangka, keadaan akan parah bagi parti Barisan Nasional yang telah memerintah selama 5 dekad. Ada juga bercakap tentang pengaliran keluar wang yang banyak dan bagaimana ratusan mesin pencarik telah disiap sediakan untuk mencarik semua dokumen yang dikhuatiri boleh menjadi bukti. Sememangnya akan berlaku huru-hara selepas PRU ke -13, tetapi itu sememangnya adalah sebahagian dari politik dan politik sememangnya kotor.

SAMM beri Rosmah hingga hujung bulan utk menjelaskan perihal cincin RM24j

SAMM beri Rosmah hingga hujung bulan utk menjelaskan perihal cincin RM24j Ketua bahagian PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin memberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Wanita Pertama Rosmah Mansor sehingga akhir bulan ini untuk menjelaskan perbelanjaan perjalanan mereka termasuk perjalanan terbaru ke Perth, cincin bernilai AS24 juta dan hubungkait besan mereka dengan pihak Mafia. Begitu juga mengenai koleksi beg Birkin Rosmah yang dikhabarkan bernilai lebih daripada satu juta.
Jika tidak, Gerakan Belia Solidariti Anak Muda Malaysia akan terus mengedarkan risalah untuk memberitahu rakyat berkaitan hak mereka untuk mempersoalkan gaya hidup mewah yang luar biasa pasangan tersebut.

Najib eyes legacy, leaving Muhyiddin with the 'new laws' baby if BN wins GE-13

Najib eyes legacy, leaving Muhyiddin with the 'new laws' baby if BN wins GE-13Prime Minister Najib Razak's surprise repeal of the ISA and Emergency laws has stirred unease within his UMNO party, especially in the camps supporting his deputy Muhyiddin Yassin, who is touted to succeed him as the Umno president soon - the earliest by the end of this year, and the latest, within 12 months after the next general election.
The 64-year-old Muhyiddin would have to contend with the backlash after Najib rushed to secure a final glory for himself. Initially, even his supporters and other BN parties were shell-shocked at the sudden move to dismantle the mechanism used by Umno to suppress political rivals for decades.Then they realised, Najib had actually retained an exit route in the form of new replacement laws to get them out of troube.

Muhyiddin nafi Putrajaya beri pekerja Bangladesh kerakyatan, hak mengundi


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dengan keras dakwaan kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pekerja-pekerja Bangladesh status kerakyatan penuh bagi membolehkan mereka mengundi memihak perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.
“Ia tidak benar. Saya tidak tahu sama ada sumber (maklumat) itu benar atau tidak, tetapi sangat jelas (ia) sesuatu yang tidak betul,” kata Muhyiddin (gambar) kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Makkal Sakti hari ini.

'Sebelah tangan suap, sebelah lagi pukul'

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Jangan hanya janji mahu kaji Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, tetapi luluskan segera permit Suara Keadilan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Tak perlulah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menambahkan lagi koleksi janjinya, banyak yang tidak ditunaikan.
"Jangan hanya janji nak kaji Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, tapi pada masa yang sama terus menyekat permit Suara Keadilan," katanya.
Mohamad melihat janji Najib itu tidak ubah seperti "sebelah tangan seolah-olah mahu menyuap makanan tetapi sebelah tangan lagi terus memukul kepala kita dengan kayu".

Suatu hari nanti Mat Bangla jadi Perdana Menteri Malaysia?

Suatu hari nanti tidak mustahil Mat Bangla akan menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana peratusan rakyat Malaysia berketurunan Bangla meningkat dari sehari ke sehari lantaran tindakan pihak berkuasa yang didakwa memberikan taraf warganegara dan hak mengundi dengan mudah kepada pendatanga asing.

Selepas beberapa tahun akan datang, komposisi kaum di Malaysia akan menjadi lebih majmuk. Akan ada rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Indonesia, Bangla, Nepal, Vietnam, Pakistan, Kazakhstan dan pelbagai lagi.

Tun M kata Komponen BN Lembik. ......Presiden BN......ha..ha..ha..


KUALA LUMPUR 17 Sept. - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan sesetengah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang nampaknya tidak begitu bermaya sejak kebelakangan ini supaya cergas semula dan turun ke padang untuk menghadapi dan membantu rakyat.

Tanpa menamakan mereka, beliau berkata parti-parti itu harus meyakinkan diri bahawa mereka mempunyai kemungkinan akan terus berjaya supaya BN akan menjadi suatu 'formidable force' atau kuasa yang kuat bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Habislah PKR : 7,000 bekas ahli PKR Selangor sertai BN - Najib.........patut sebut 70,000 baru ok...!!!


SHAH ALAM, 17 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima 7,000 keping borang keahlian untuk menyertai Barisan Nasional (BN) daripada bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari sekitar Selangor.
Mereka terdiri daripada ahli PKR di kawasan Seri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Kinrara, Petaling Jaya dan Ijok.

BN Selangor - bermimpi di siang hari

Najib berkata yang beliau tidak takut dengan Anwar kerana beliau mengakui yang dalam sebuah demokrasi parti adalah lebih kehadapan dari individu. Tetapi jika benar apa yang di katakan oleh PM itu maka beliau tidak payah menyebut nama Anwar tetapi di sebaliknya beliau sepatutnya bercakap tentang PR, bukannya Anwar.

Apa yang di katakan oleh PM itu benar kerana tidak ada sesiapa yang perlu takut pada mana-mana individu. Saya yang begitu kecil ini pun tidak takut pada Anwar dan pada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Yang perlu semua pihak takut dalam politik ini ialah rakyat yang ramai yang mempunyai hak kepada seluruh negara kita.

Najib masih nak kelentong rakyat !

Masih bersikap angkuh, takbur dan hipokrit !

Di bawah ini ialah Petikan kata-kata Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini petang semalam ……“Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim,.. saya tidak keberatan jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden”

Acah je tu,… hakikatnya sudah terbukti Najib yang sebenar ialah seorang yang  penakut!  Najib yang sebenar ialah pembohong. Contoh – Najib berjanji untuk membenarkan perhimpunan BERSIH di stadium, tapi tak ditunaikan, malahan cuba berdolak dalik. 

Menekuni perutusan Aidilfitri Tok Guru Nik Aziz

Oleh Abd Shukur
DALAM suasana sambutan Aidilfitri yang berterusan diadakan di sana sini dengan pelbagai cara, saya terkesan dengan perutusan hari raya Menteri Besar Kelahttp://dinmerican.files.wordpress.com/2010/04/nik-aziz.pngntan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.
Beliau menyeru umat Islam ketika menyambut hari raya, supaya membuka ruang beramah mesra dengan sahabat handai, jiran bukan Islam, bahkan penghuni rumah berdekatan masjid dan surau daripada kalangan bukan Islam agar dijemput sama merayakan hari raya.

Jangan loba dalam bab makan

Oleh MOHAMMAD ZAKI YAHPAR YAHYA AL-MUARI
SEBULAN pada bulan Ramadan, kita telah berjaya mengekang nafsu dengan ‘ketiadaan’ http://3.bp.blogspot.com/_oOsmX4dMORY/SsNcrdpojeI/AAAAAAAABVk/YYq5PPRr8xY/s400/openhouse.jpgsyaitan. Kita telah melakukan banyak amal ibadah dengan sebab keberkatan bulan ini. Pada waktu siangnya kita menahan diri daripada perkaraperkara yang membatalkan puasa termasuklah makan dan minum.
Kita telah pun masuk di bulan Syawal iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah. Jika dalam bulan Ramadan, kita dijamu dengan pelbagai hidangan pada waktu berbuka puasa. Dengan adanya ‘bazar Ramadan’, majlis berbuka puasa, dan bermacam lagi majlis yang menghidangkan makanan, sesetengah kita masih lagi dapat mengawal nafsu makan itu.

Perhebat isu harga barang

Oleh Zulkifli Yahya
SERANGAN bertalu-talu terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan PAS shttp://2.bp.blogspot.com/_F5WGf-xr04g/SfBIvh8JxUI/AAAAAAAAAKY/TQ1XGijqlh4/s400/barang+naik2.JPGendiri berhubung isu Mat Indera dibuat tanpa henti, setiap hari. Ada pihak dalam Pakatan Rakyat yang sudah panik, nampak macam kertas undi PAS dalam tong undi terbang melayanglayang.

Serangan media talibarut BN secara bersepadu dan bertalu-talu itu adalah salah satu daripada kaedah peperangan. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ia dipanggil Pakatan Ahzab.

Ketua Hakim yang baru harus elak jadi alat politik Umno

Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat berharap proses transisi Ketua Hakim Negara yang baruhttp://3.bp.blogspot.com/-478hDQgGMpg/TjjJc6gFWwI/AAAAAAAADZY/Nv5NGclPH68/s1600/mahkamah.jpg Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dapat menyokong hasrat murni seluruh rakyat Malaysia.
Pengarahnya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, ini kerana mereka ingin melihat Ketua Hakim Negara dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada sistem Kehakiman Negara, setelah tercalar teruk sejak peristiwa hitam pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

Papa Gomo bongkar penipuan Eskay dan Dato T!

UTUSAN Malaysia ada menyiarkan kenyataan Eskay, bahawa beliau telah memberitahu polis lokasi hotel tempat lelaki yang didakwanya adalah Anwar Ibrahim berzina dengan pelacur cina [Utusan].

Tujuan Eskay mendedahkan lokasi hotel tersebut kononnya untuk mempercepatkan siasatan pihak Polis.

AKN Ganti ISA. Berkuatkuasa Sertamerta

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh YAB Dato' Seri Najib Razak telah diganti dengan satu akta baru yang berkuasa sertamerta.

Akta baru itu dikenali sebagai AKN atau nama penuhnya Akta Keselamatan Najib.  
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu ghairah dengan pengumuman mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana undang-undang baru bakal menyusul.

Libyan forces battle to loosen grip on Gaddafi towns

Anti-Gaddafi fighters step on a picture they found of Muammar Gaddafi as they celebrate the taking of Herawa yesterday. — Reuters pic
BANI WALID, Libya, Sept 18 — Libyan interim government forces charged a desert stronghold controlled by fighters loyal to Muammar Gaddafi and battled on the streets of the ousted leader’s hometown as they struggled to quash his last pockets of support. Nearly a month since they drove Gaddafi’s forces out of the capital Tripoli, transitional government fighters have become mired in sieges of his loyalists’ remaining redoubts, raising doubt over whether they can quickly unite the vast country.
Forces backed by Libya’s National Transitional Council (NTC) made little headway against stiff resistance in Gaddafi’s birthplace Sirte yesterday, but were able to celebrate the capture of the town of Herawa 60km to the east.

Anwar Kena Sahut Cabaran Najib Untuk Berdebat

SELEPAS mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan dan beberapa akta dan undang-undang lain akan dikaji yang boleh disifatkan satu langkah berani Najib Razak, hari ini dia menunjukkan satu lagi keberanian apabila mengatakan tidak gentar dengan Anwar Ibrahim.

Katanya dia sedia berhadapan untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim ala-ala pemilihan presiden. Perdebatan itu berasaskan dan ruang demokrasi yang sedia ada.

Saya rasa bukan saja saya gembira dengan perkembangan ini tetapi orang lain juga. Saya tidak mahu soal siapa akan menang dalam perdebatan ini tetapi kalau peristiwa itu berlaku ia merupakan satu lagi perubahan politik di negara ini. Ia juga satu sejarah yang dicatat di era Najib selaku Perdana Menteri.

Jutaan demonstran bergabung dalam aksi anti-Saleh di Yaman


SANA’A (Arrahmah.com) – Jutaan orang bergabung dan memenuhi jalanan di seluruh Yaman, menyerukan peningkatan aktivitas perubahan dan mundurnya Ali Abdullah Saleh, Press TV melaporkan Sabtu (17/9/2011).

Sementara Saleh masih memegang teguh kekuasaannya, para demonstran menyelenggarakan aksi massa pada hari Jumat (16/9) di ibukota dan mengulangi pernyataan bahwa mereka tidak akan mundur sampai penguasa diktator Saleh mundur.
“Ini adalah revolusi sejati” dan “Bebaskan rakyat! Lanjutkan revolusi ini! Demi kebaikan!” teriak para demonstran.

Video : ISA Repeal-It's a people's victory 16 Sept 2011

Video : Weather did not dampen the Malaysiaku spirit

Halang bercakap agama tak masul akal

KLANG, 18 Sept: "Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun), Dr Abd Rani Othman.
Beliau yang telah ditarik balik tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini menyuarakan ketidakpuashatiannya terhadap Jais kerana ingin menyekat aktiviti dakwa di kalangan pemimpin dari PAS.
"Pentauliahan ini diwujudkan adalah kerana ini mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang kita tidak kenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
"Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.
"Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki," jelasnya.

Mansuh ISA: Kerajaan perlu penuhi syarat ‘taubat’

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali menegaskan bahawa kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Umno sekarang hendaklah memenuhi syarat ‘bertaubat’ sebelum ianya diterima.
Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Malaysia dalam satu perutusan kelmarin yang mengambil keputusan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Malaysia.
“Kita mengalu-alukan tindakan tersebut tetapi kita juga mendesak tidak akan undang-undang yang baru pada masa yang akan datang yang mempunyai matlamat dan pendekatan yang sama diwujudkan untuk menggantikan ISA, jangan bertukar kulit sahaja tapi isi tetap serupa,” ulas beliau ketika dihubungi semalam.

Hsien Loong: Kerajaan akan terus bantu Melayu Singapura.....

SINGAPURA, 18 Sept — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong memberi jaminan kerajaannya akan terus menyokong kemajuan masyarakat Melayu di negara itu.
“Masyarakat Melayu melakukan lebih baik dalam pengajian mereka dan memegang jawatan yang baik. Peluang untuk lebih ramai cemerlang, seperti kajian semula Skim Subsidi Yuran Pengajian Tinggi Mendaki (TTFS),” rangkaian televisyen tempatan Channel NewsAsia memetik beliau berkata pada sambutan Aidilfitri di Serangoon North di sini.
Antara semakan itu ialah perubahan kriteria kelayakan daripada berdasarkan pendapatan bulanan keluarga kepada pendapatan per kapita iaitu memberi peluang kepada lebih ramai pelajar Melayu mendapatkan subsidi itu.

Meeting Point — Bahagian 1

18 SEPT — Wan membuka mesej pertama dalam peti masuk dan mula membacanya. Ringkas, padat dan tidak berselindung.
“Aku suka kau. Boleh bertemu?”
Wan meneliti nama pengirim mesej itu. Patterson. Pasti nama palsu. Dia membawa kursor ke atas nama Patterson lalu mengkliknya. Profil pemuda itu terpapar di skrin komputer riba.
Dibacanya semua maklumat peribadi yang dinyatakan pemilik akaun yang menggunakan nama Patterson itu dengan penuh teliti. Dilihatnya juga foto profil yang terpapar. Juga palsu — foto Robert Pattinson. Mungkin dari filem “Remember Me”.

Selamat tinggal ISA, selamat datang GST

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Pemaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya boleh dielakkan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) telah memberi isyarat yang jelas bahawa GST akan dipaksakan ke atas rakyat selepas pilihan raya akan datang, maksudnya selepas BN menang dalam pilihan raya akan datang.
"Dengan sendirinya ia memberi mesej yang jelas kepada rakyat supaya menolak BN habis-habisan dalam pilihan raya akan datang jika mereka tidak mahu GST dipaksakan ke atas mereka," katanya.

PKR ragui klip terbaru, dakwa Umno-BN teruskan taktik lama


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan menyiarkan satu lagi sedutan klip, menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lif apartmen lokasi didakwa melanggani pelacur asing, sebagai perbuatan terdesak Umno-BN berterusan dan terancang dengan bantuan pihak berkuasa.
Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihaknya yakin tindakan sedemikian akan dipertingkatkan ketika pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Sambil menegaskan orang ramai sudah bosan dengan perbuatan sedemikian, peguam ini menambah, beliau yakin Umno-BN akan meneruskan serangan sedemikian selepas ini.