Jumaat, 16 September 2011

Mansuh ISA bantu proses bina negara-bangsa: DAP

Mansuh ISA bantu proses bina negara-bangsa: DAPGEORGETOWN - DAP menyifatkan tindakan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai langkah positif yang mampu membantu proses pembinaan negara-bangsa dan mengangkat amalan demokrasi.
Sambil menyambut baik pengumuman kerajaan itu semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA bakal membuka ruang demokrasi lebih luas dan memperkukuhkan amalan hak asasi di negara ini.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, tindakan kerajaan Pusat itu adalah satu langkah positif, bersejarah dan bakal memberi kesan sangat besar kepada proses pembinaan negara-bangsa.

Selangor, medan paling sukar pada pilihan raya akan datang?

Selangor, medan paling sukar pada pilihan raya akan datang?KUALA LUMPUR - Selangor, dikatakan negeri terkaya di negara ini, merupakan permata berharga yang bakal menjadi rebutan di antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Namun, untuk memenangi negeri itu bukan tugas mudah, sama ada di pihak BN mahupun pakatan PAS-PKR-DAP.
Berikutan desas desus bahawa pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa, penganalisis turut memberi tumpuan pada Selangor dan meramalkan agak sukar bagi pembangkang mengekalkan negeri itu manakala BN akan berdepan tugas getir untuk menawannya semula.
Penganalisis politik di Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian berkata bukan lagi rahsia bahawa BN menumpukan banyak usaha untuk menawan semula negeri itu.

Video : Mansuhkan ISA Cubaan Najib Pulih Popularitinya

Video : ISA mansuh, GMI mansuh?

Video : Apa Kandungan Akta Baru

Video :Mansuh ISA Akhirnya Najib 'Tunduk' Kepada Tuntutan Buku Jingga,

Video : Mansuhkan ISA, Petanda Pilihan Raya Makin Hampir

Video : Kaji Semula Akta Polis ,KPN Akan Jumpa Peguam Negara

Gamis gesa kerajaan mansuh Auku

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa kerajaan meneliti semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang saban tahun diperjuangkan oleh mahasiswa untuk memansuhkannya.
“Saya minta untuk kerajaan juga turut mengkaji dan memansuhkan akta Auku ini,” kata Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan.
Katanya, Auku menjadi halangan kepada mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Ia, ujarnya menggariskan bahawa hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia.
Menurutnya, pembatasan hak-hak asasi warga institusi pengajian tinggi (IPT) dalam Auku juga bersalahan dengan piawaian Hak Asasi Manusia PBB.
“Perkara ini merupakan suatu keaiban kepada Malaysia yang mendokong prinsip demokrasi.

Bekas setiausaha pusat Kita bidas Zaid Ibrahim..Kita Serupa...!!!

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Abd Latif A Tambi yang dipecat sebagai setiausaha pusat Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) kelmarin mencabar tindakan Presidennya Datuk Zaid Ibrahim itu dengan mendakwa parti tersebut tidak dipimpin dengan telus, sebaliknya sudah beralih daripada matlamat penubuhan.
Abd Latif dimaklumkan mengenai pemecatan daripada jawatannya kelmarin manakala Muhammad Firdaus Christopher, ahli jawatankuasa eksekutif pula dikenakan tindakan digantung keahlian.
Zaid Ibrahim
Sehubungan itu, kata Abd Latif, beliau tidak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya termasuk mendengar tuduhan-tuduhan yang dibangkitkan sedangkan parti mendakwa memperjuangkan kesederhanaan, demokratik dan liberal. Dalam surat terbuka yang dihantar kepada Zaid hari ini, Abd Latif berkata, “sejak kebelakangan ini, tindakan-tindakan parti tidak lagi telus dan telah beralih daripada objektif asas kewujudan, misalnya mempromosi dan menggalakkan isu-isu menyentuh kepentingan dan akan memastikan kepentingan orang ramai.”
“Malah lebih penting, tindakan-tindakan dalam parti sendiri bertentangan dengan prinsip saya dan apa yang saya sentiasa perjuangkan,” kata Abd Latif dalam surat itu yang salinannya dipanjangkan kepada media.
Malah dalam surat itu beliau mendakwa, pandangan-pandangan yang dikemukakan untuk membawa perubahan dalam Kita tidak diterima dengan baik dan berhadapan dengan kecaman teruk daripada Zaid.

PM mansuh ISA di saat terdesak – TG Nik Aziz

MACHANG, 16 Sept: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagai langkah di saat-saat terdesak.
“ISA sepatutnya dihapus sejak lama dulu dan bukan di saat-saat terdesak seperti sekarang. Zaman komunis sudah lama berlalu, lagi pun tidak ada lagi fahaman komunis kecuali sekular di Malaysia.
“Sejak dahulu ISA telah membuat jenayah kepada alim ulama di Kelantan. Sebab itulah saya menyertai PAS kerana melihat pengkhianatan Umno terhadap alim ulama.
“Ulama PAS dikenakan ISA sedangkan kita ada mahkamah, hakim dan peguam,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia di padang Majlis Daerah Machang di sini, hari ini.
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kelantan dan Hari Malaysia diserikan pelbagai persembahan antaranya kebudayaan melibatkan Melayu, India dan Cina.
Selain itu pertunjukan mempertahankan diri dan tempur tanpa senjata oleh Rejimen Askar Melayu Diraja yang memukau hadirin.

Guan Eng: Najib mansuh satu ISA, mahu gubal dua ‘ISA’

GEORGE TOWN, 16 Sept — Lim Guan Eng menegaskan langkah pentadbiran Najib mahu menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan dua undang-undang baru satu perkembangan yang mengecewakan dan penjenamaan semula akta yang kontroversial itu.
Justeru kata beliau, inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan malam tadi adalah sesuatu yang tidak bermakna jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu mengadakan undang-undang baru bagi tujuan yang sama.
“Ya, sudah pasti ia berita yang baik tetapi jika anda mahu menggantikan dengan dua undang-undang baru, maka ia akan menjadi dua ISA?
“Kami tidak mahu melihat satu situasi di mana anda memasukkan wain yang lama dalam satu botol yang baru,” kata beliau pada sidang media hari ini.
Lim (gambar), seorang bekas tahanan ISA berkata, rakyat Malaysia mahukan elemen peruntukan boleh menahan seseorang tanpa perbicaraan dibuang daripada mana-mana undang-undang pencegahan yang mahu diadakan.

Nazri Aziz – the defective law minister

Taxi drivers, just like politicians, are a law unto themselves. There are also allegations that the taxi companies are controlled by corrupt politicians.
Minister in the Prime Minister’s Department Mohamed Nazri Aziz said that the government was serious in fighting corruption and announced the latest Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC) initiative whereby taxi drivers would become mini-ambassadors and informers on behalf of the MACC.
He added that if the information the cabbies supplied was successful in securing arrests and convictions, they could also be rewarded for their efforts.
Nazri said: “The government is committed to battling corruption through its transformation plan by establishing a National Key Results Area for corruption and reducing corruption via increased enforcement and prevention, while improving the people’s perception of the government’s and public services’ integrity.”

Peanuts, not sweeping reforms

Let’s not be fooled, people. The changes Najib announced are merely cosmetic, and will have to be passed in Parliament first before they become effective.

By Kee Thuan Chye
PEANUTS. That’s what Prime Minister Najib Tun Razak’s so-called “sweeping reforms” are. They hardly amount to a political transformation.
While it’s cheering to note that the Internal Security Act (ISA) will be repealed – finally, after our many years of waiting – and that the Emergency proclamations are to be lifted – a decision that is decades overdue – it’s disturbing to be told that they will be replaced by two new laws aimed at preventing subversion and safeguarding public order.
And even though the detention period under these new laws may be shorter, with further extensions to be made by court order, the Home Minister is still the one to decide who gets detained for suspicion of being a terrorist.

ISA mansuh, GMI mansuh?

NONEPengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh berkata, secara peribadi beliau mahu gabungan isu dibubarkan susulan keputusan kerajaan mahu memansuhkan akta kontroversi itu.

"Saya secara peribadi mahu melihat GMI ini dibubarkan. Tetapi saya rasa, tugas kami belum selesai, sehingga kita melihat ISA ini benar-benar dimansuhkan," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, pihaknya akan berbincang dengan anggota gabungan NGO itu untuk mengkaji cadangan tersebut pada masa yang sesuai.

"Di peringkat anggota gabungan, kita akan ada perbincangan nanti untuk kaji semula tindakan (membubar) yang kita akan ambil selepas ini," katanya.

Pro-ISA: Roh 'ISA 'tak terjejas.....ha..ha...ha..depa nak guna Roh Yang Mati...!!!!

NONEKumpulan pro-ISA beranggapan pemansuhan ISA dan memperkenalkan undang-undang baru sebagai ganti satu petunjuk bahawa "roh ISA" untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara tidak terjejas.

Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) mengibaratkan langkah terbaru kerajaan itu sebagai proses penjenamaan semula dan bukan "melenyapkan produk" dari pasaran.

"Pemansuhan ISA ini bukan kejayaan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) , tetapi GMI juga selepas ini perlu re-branding nama mereka mengikut aksara akta baru yang bakal diumumkan nanti," kata Penasihat Undang-undang Magaran Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan keputusan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Video - Ex-ISA detainee family: The same trauma still haunting me today

Video : Rakyat Harus Tahu Sejarah Sebenar Perjuangan

Video : Dr badrul Mansuhkan ISA, Hanya Pancing Undi Najib

Mahsuh ISA : Apa Kandungan Akta Baru ?



PETALING JAYA 16 SEPT : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendren menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Najib Razak semalam yang memberi komitmen bahawa kabinetnya mahu menghapuskan AKta Keselamatan Dalam Negeri 1967 (ISA) dan Akta Darurat.

Namun, beliau berkata pengumuman Najib sempena sambutan Hari Malaysia semalam dilihat samar- samar dan menimbulkan persoalan, adakah kerajaan pemerintah benar- benar ikhlas untuk melaksanakannya ?

SUHAKAM ulangi syor tubuh JK parlimen hak asasi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat mengalu-alukan pengumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk membatalkan Perisytiharan Darurat sedia ada, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) serta Akta Buang Negeri 1959, dan mengkaji semula dan meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan, termasuk Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967.

48 years of Malaysia

Phyllis Wong

SEPT 16 — A prominent Sarawakian, Lo Suan Hian, wrote a very personal account of the ceremony on September 16, 1963 which was published in the Sarawak Gazette on September 20, 1963.
It was fair report. Fair in the decorations, the celebrations, the ceremonial uniforms, the grandstands.
Fair in the programme with proclamation of Malaysia, raising of national fl ags, playing of anthems.
Fair in giving credit to the two doctors who attended to the governor who felt faint during the ceremony.
Fair in giving an account of the police on duty to prevent any untoward happenings.

PKR T'ganu mahu tuntut 'royalti tertunggak' 20%

PKR Terengganu hari ini menuntut Pakatan Rakyat menjadikan perjuangan menuntut royalti minyak sebanyak 20 peratus, seperti termaktub dalam Buku Jingga, mengambil kira 'bayaran tertunggak' yang tidak diterima sejak 33 tahun lalu.

Lagi tentang organik

Oleh: MSK
Sebelum tahun 1970, tak ada TV warna. yang ada hanya TV hitam putih. Tapi orang masa tu tak cakap "TV Hitam Putih"…depa cakap "TV" saja. Bila ada TV warna, barulah wujud TV hitam putih…untuk membezakan diantara dua jenis TV.
Apabila tak ada orang kaya, orang miskin tak wujud. Cuma apabila seseorang itu lebih berada dari orang lain, maka wujudlah miskin kaya.
Pertanian organik pun macam tu. Sebelum perang dunia kedua, semua pertanian di Asia tak pakai baja kimia. Tak pakai racun serangga. Semuanya organik. Tapi orang tak sebut "organik". Orang sebut "pertanian" saja.

Tindakan terdesak seorang anak bangsawan

Ekonomi dunia semakin tidak menentu.  Keadaan ekonomi tahun depan mungkin lebih teruk berbanding akhir tahun ini.  Tambahan lagi, khabar angin bahawa wujud desakan dalaman UMNO memaksa Perdana Menteri Najib melepaskan jawatannya mulai bertiup malah semakin hari semakin kencang.  Najib tidak mempunyai banyak pilihan dalam situasi sedemikian.  Kehilangan sokongan UMNO menjadikan sokongan luar lebih penting sekarang.

Dalam keadaan terdesak, Najib (gambar kiri) terpaksa mengambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Mansuh ISA: Apa selepas ini?

Langkah pemansuhan beberapa undang-undang dikritik rakyat dan menarik balik tiga proklamasi darurat merupakan mercu tanda ke arah transformasi politik yang komprehensif dan amalan budaya politik baru mengambil kira realiti semasa dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Saifuddin Abdulllah.Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berkata perkembangan terbaru juga menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas mahu mengamalkan demokrasi yang progresif dan matang dengan mengambil kira keseimbangan antara soal-soal keselamatan nasional dan kebebasan individu.
“Terbukti Perdana Menteri amat memahami tiga realiti baru yang sedang berlaku dalam masyarakat iaitu media baru sebagai gelanggang perkongsian; kemunculan kesedaran baru sosial dan transformasi, ketiga demokrasi, yang memerlukan transformasi politik dilaksanakan.

Perlukah Majlis Akhbar Malaysia?

Boleh dikatakan kesemua penerbit akhbar dan majalah utama negara telah memberikan persetujuan dasar untuk membentuk Majlis Akhbar Malaysia dalam usaha mengawal selia sendiri industri ini.Persetujuan itu dicapai selepas majlis dialog yang diadakan di antara pengarang-pengarang kanan akhbar dan majalah utama negara dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam di sini pagi Khamis.
Keputusan ini juga bermakna, satu akta baru perlu dibentuk bagi tujuan mengawal selia industri media selepas ini.
Para wakil media pada sesi dialog itu juga bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa pemandu yang akan bertanggungjawab membentuk garispanduan, syor-syor baru serta langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengenalpasti peranan yang akan dimainkan oleh Majlis Akhbar ini nanti sebagai badan penyelia industri media di negara ini.

Video : GMI tuntut 'pampasan setara' untuk tahanan ISA

Video : Mansuh ISA Waspada dengan Akta Baru Tahanan ISA

Video : Mansuh ISA Kejayaan Perjuangan Rakyat

Video : Today in History for September 16th

Najib cuba raih populariti dengan mansuhkan ISA

KUALA LUMPUR: Pengumuman Datuk Seri Najib Razak berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terpaksa dilakukan Perdana Menteri itu bagi memulihkan popularitinya yang merudum kebelakangan ini.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin juga percaya ia sebahagian semboyan awal pilihan raya umum (PRU) yang bakal disempurnakan melalui pembentangan Belanjawan 2012.
Beliau menyifatkan ‘keberanian politik’ itu terhasil rentetan merudumnya populariti Najib mutakhir ini yang menyaksikan sokongan popular Perdana Menteri itu merosot daripada 76 peratus pada Mac lalu, Mei (73 peratus) dan Ogos (59 peratus).

Baiknya kerajaan Najib.........

Malam tadi Najib PM kita umum Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) 1960 dan Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan ..
Akta ini semua untuk zaman ada komunis dulu..sepatutnya lama dah di buang ia tak berguna langsung ..sekarang mana ada komunis dah...komunis duduk rehat dah makan pencen.
Nak guna untuk apa lagi..?
Guna untuk tangkap mat sabu ia tidak releven dah ia boleh di pertikaikan di mahkamah..

ISA ini macam sampah dalam computer ..
Buat berat computer saja..
Simpan dalam recycle bin pun buat sakit mata memandang
Cleanup saja la...

Pemansuhan ISA Umpan Pilihan Raya

SATU persatu tampaknya Najib Razak telah cuba memenuhi tuntutan dan desakan rakyat. Apa yang disuarakan oleh rakyat dan digemakan oleh Pakatan Rakyat cuba ditunai dengan harapan rakyat tidak akan marah dan meradang kepadanya. Dari satu sisi ia memperlihatkan Najib seorang pemimpin yang sedia mematuhi kehendak rakyat atau pun memahami apa yang bergelora dalam rongga jiwa rakyat.

Malam tadi, satu lagi desakan rakyat telah dilunasi oleh Najib apabila beliau mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang berusia lebih 50 tahun yang zalim dan menyeksakan itu akan dimansuhkan. Pastinya pengumuman itu melegakan hati setiap rakyat negara ini dan mengejutkan kalangan mereka yang mempertahankan akta itu selama ini.

Tidak syak sesetengah merasa terkaget dengan tindakan Najib itu. Mereka seolah tidak percaya kalau Najib sedia membuat pengumuman itu. Apakah Najib sudah membuang tabiat? Yang pastinya Najib sudah membuat perhitungan mengenai untung dan rugi, luar dan dalam kalau akta itu dikekalkan atau dimansuhkan.

16 SEPTEMBER HARI INI

hari ini ialah hari malapetaka untuk sabah dan sarawak
hari ini bumi sabah dan sarawak memjadi tanah jajahan semenanjung


15 mei ialah nakba untuk warga palestin
31 ogos ialah malapateka untuk warga tanah melayu
16 seprtember ialah malapetaka untuk sabah dan sarawak


nota:
nakba ialah malapetaka
malapetaka ialah nakba





Mansuh ISA Bukan Kurnia, Tapi Kejayaan Perjuangan Rakyat


SHAH ALAM 16 SEPT : Pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Darurat bukan satu kurnia daripada kerajaan pemerintah tetapi hasil perjuangan getir rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat yang menuntut pemansuhan tersebut, menurut Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali.

Beliau menyifatkan tanpa tekanan yang berterusan kepada pemerintahan Perdana Menteri, pelaksanaan ISA dan Akta Darurat tetap akan diteruskan dan menghantui rakyat yang lantang bersuara mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.  

Umno boleh?

George Sinnathamby

SEPT 16 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will rightly have a spring in his step this morning and so will his people in Umno, thanks to his decision to propose to Parliament to repeal several draconian laws.
He will have a glow on his face (not because his wife is away on some jaunt in a private jet) because after months of flip-flops and fumbling, these moves to do away with the ISA will give him a breather. The Umno boys and bloggers will once again believe that Najib is the man (in the last few months, his stock tanked even with his strongest supporters, including Tun Dr Mahathir Mohamad) to deliver Umno a strong performance in the elections.
And what about the rest of Malaysia? My take is that the rest of us should take time today to go to mosques, temples and churches and thank that our prayers have been answered and to reflect on the fact that even the most dastardly and evil people will have to bend to the power of people backed by God.

Batalkan Hukum Buatan Manusia dan Tegakkan Syariah

Seorang pemimpin Salafi Rabu lalu menyerukan untuk penerapan hukum Islam di Mesir dan pembatalan semua undang-undang sekuler buatan manusia.
Sayyid al-Affany, sekretaris jenderal Partai Nur di Beni Suef, Mesir, mengatakan bahwa penerapan hukum buatan manusia di Mesir bertujuan untuk menerima nilai-nilai dan hukum barat, yang bertentangan dengan hukum Islam dan tradisi Mesir, di mana hukum tersebut memungkinkan orang melakukan perselingkuhan dan kemurtadan.

Mahsuh ISA : Putrajaya akhirnya insaf, langkah Najib tawaran PRU BN

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Pakatan Rakyat menyifatkan pembaharuan politik termasuk pemansuhan beberapa undang-undang, yang diumumkan oleh pentadbiran Najib malam tadi mempunyai tujuan politi dan tawaran pilihan raya Barisan Nasional (BN).
Putrajaya membuat pengumuman penting itu ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.
Sehubungan itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat terlebih dahulu berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut oleh kerajaan, hendak dibuat menggantikan ISA. Terlalu awal untuk kita memberi respons terhadap pembatalan tersebut.
“Tambahan pula ia dibuat menjelang pilihan raya yang kita lihat sebagai tujuan politik dan tawaran pilihan raya Barisan Nasional,” kata Ahli Parlimen Marang ini sambil menambah, “setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihan raya barulah ia dihapuskan.”
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada semua pejuang kebebasan dan hak asasi manusia kerana kerajaan Umno-BN akhirnya terpaksa akur dengan kebenaran dan keadilan yang mereka perjuangkan selama berdekad-dekad.
“Ribuan pejuang ini dipenjara, difitnah dan menderita pelbagai kezaliman demi untuk hak dan kebebasan rakyat yang dinodai oleh Umno-BN sejak merdeka lagi,” kata wakil rakyat ini dalam satu kenyataan pagi ini.

Mansuh ISA : Reaksi Tok Guru Nik Aziz

Reaksi Tok Guru Nik Aziz yang dipetik dari Facebook beliau...

Saya ditanya tadi oleh wartawan tentang pengumuman pemansuhan ISA. Saya katakan, setelah berpuluh ulama ditahan di bawah akta zalim ini, kerajaan baru menyedari ISA perlu dimansuh?

Mansuh ISA : Akhirnya Najib 'Tunduk' Kepada Tuntutan Buku Jingga

SHAH ALAM 16 SEPT : Biarpun pengumuman perdana menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah hasil perjuangan getir rakyat dari parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO), sejak berdekad-dekad, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Malah katanya, pengumuman yang dibuat Datuk Seri Najib semalam jelas menunjukkan bahawa akhirnya Umno-Barisan Nasional (BN) tunduk dengan tuntutan Pakatan Rakyat yang dimuatkan dalam Buku Jingganya.

Mansuh ISA: Ucap tahniah umpama terima kasih kepada British

KUALA LUMPUR: Tidak perlu mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bercadang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Ini kerana, beliau berkata ia bukan suatu ‘kurniaan’ daripada Najib sebaliknya hasil perjuangan getir rakyat dari parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO), sejak berdekad-dekad.
“Ia bukanlah kurnia kepada rakyat pada Hari Malaysia sebagaimana kita tidak memberi tahniah kepada British kerana memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Perjuangan menuntut ISA dimansuh sudah wujud berdekad-dekad lama tanpa ada surutnya. Gambar Hiasan

Trying in vain for citizenship

Ignorant civil servants in the Immigration and National Registration Departments are a bane to greencard holders.
KUCHING: What 70-year-old labourer Chai King Nin needs most in his twilight days is a Malaysian citizenship.
He’s been in Sarawak since 1953, when he came in from Indonesia together with two friends. He was 12-years-old at the time. For the past 51 years, he has been living and labouring in Sarawak.
He married a local girl and went on to have five children but he has never had a bank account or owned a property. He can’t because he does not have a Malaysian citizenship.
Not that he hasn’t tried to apply for it.
In fact Chai has tried applying for citizenship “countless times’ but the Malaysian authorities have consistently denied him citizenry.

Reforms or not, Najib likely to delay GE-13 till 2012

Reforms or not, Najib likely to delay GE-13 till 2012The repeal of the oppressive Internal Security Act as well as several Emergency laws have been played up to the hilt by the mainstream media, all of whom have rushed to portray Prime Minister Najib Razak as a hero to the people.
Many also say the reforms were aimed at boosting Najib's position ahead of snap general elections, a view which is not unreasonable. But it is still hard to imagine that Najib could summon enough courage to call for polls before the end of this year, especially after former premier Mahathir Mohamad openly advised that there was "no harm" in waiting a bit longer!
The prerogative to set the GE-13 date is in the hands of the Prime Minister and one can be sure this date will always be set to be at the most advantageous to himself and to hs Umno party. So no matter how hard the people, his rivals in Umno or Pakatan Rakyat may clamor for early polls, the whole of Malaysia will just have to wait until Najib Razak makes an official announcement.

Pilihan raya olok-olok Umno kurang sambutan....harta awam dan kerajaan jadi mangsa..!!!

KOTA BHARU, 16 Sept: Ketika rakyat sibuk dengan sambutan Hari Malaysia, Umno Kota Bharu dan beberapa bahagian di sini kelam kabut pula mengadakan pilihan raya olok-olok.
Mereka menjadikan sekolah milik Jabatan Pelajaran sebagai markas pilihan raya.
Bendera Umno dan Barisan Nasional kelihatan dipasang di pagar sekolah antaranya Sekolah Menengah Sultan Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Sekolah Kebangsaan Bunut Payong dan Sekolah Menengah Zainab II.
Malah di sekitar Jalan Telipot tidak jauh dari Sekolah Menengah Sultan Ismail juga dipasang bendera dacing.
Namun sehingga jam 10 pagi tadi hanya kelihatan beberapa penyokong Umno yang datang mengundi di pusat pilihan raya olok-olok tersebut.
Paling ketara tiada sambutan di Sekolah Menengah Sultan Ismail Jalan Telipot. Begitu juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Naim Lilbanat.

Umno disifatkan pembelot, pembuli bangsa Melayu

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Jika Umno mendakwa negara ini tidak pernah dijajah, ia menjadikan parti itu pembela terbesar penaklukan Inggeris ke atas negara ini, kata blogger ahli Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Malah, tegas beliau, ia sekaligus bererti Umno adalah pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu

Jika benar negara ini tidak pernah dijajah seperti yang didakwa, Mohd Ariff mempersoalkan apa sebenarnya peranan Umno dalam sejarah orang Melayu?

Kerajaan akui ISA zalim - GMI

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengesahkan bahawa berlaku kezaliman terhadap mangsa akta tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1960.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula sedar kebangkitan rakyat yang mahukan kebebasan dalam demokrasi yang merupakan mesej yang dibawa oleh GMI sendiri.

"Ini sebagai pembuktian berlakunya kongkongan dan cengkaman ISA ke atas rakyat selama ini.

Tahniah tapi jangan 'main wayang'

Suhaizan Kayat
Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa lagi pemansuhan akta-akta yang lain, saya menyambut baik cadangan beliau dan mengucapkan tahniah.

Saya juga mengucapkan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah berjuang berhabis-habisan selama ini terhadap perkara yang sama. Pemansuhan ini membuktikan dua perkara:

K'jaan diseru tubuh majlis perundingan kebangsaan

NONETimbalan presiden PKR, Azmin Ali berkata, adalah penting penting bagi Pakatan Rakyat, NGO dan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk duduk semeja bersama-sama mendapatkan maklum balas dari segenap lapisan masyarakat berhubung dua undang-undang baru mencegah keganasan dan aktiviti subversif.

"Oleh itu, kita menyeru agar diwujudkan Majlis Perundingan Kebangsaan bagi mengkaji serta bersama-sama menggarap dua rang undang-undang mencegah keganasan dan aktiviti subversif yang bakal dibentangkan di Parlimen kelak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kita tidak mahu undang-undang yang bakal digubal ini masih menerapkan unsur perundangan, antaranya yang mirip dengan peruntukan Seksyen 73(1) dan Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Kedua-dua peruntukan tersebut memberi kuasa kepada Menteri untuk menahan sesiapa sahaja dan membolehkan Menteri itu menyalahguna kuasa demi kepentingannya semata-mata.

Malaysia coming of age, at last! Really?

SEPT 16 — The prime minister’s Malaysia Day speech last night evoked the kind of hope and excitement the country has dreamt for. Indeed, it has been a long time coming for Malaysia. For a long-standing government to dismantle draconian laws that have literally secured and safeguarded it in power is in fact very commendable and laudable. Arguably, he deserves to be congratulated for critical reforms that are long overdue anyway.
Putting it on record, Datuk Seri Najib Razak has announced that he is repealing the Internal Security Act 1960, the Banishment Act 1959 and the three emergency proclamations will be finally annulled. Najib also wants to amend the obnoxious Printing Presses and Publication Act 1948.
The Restricted Residence Act 1933 and the law against assembly in public places i.e. Police Act (section 27) would be reviewed to allow for free assembly. Citizens would no longer, presumably, be apprehended for their political conviction or criminalised for expressing their socio-political conviction, as witnessed in the Bersih2.0 peaceful assembly.

Tahniah rakyat, teruskan perjuangan reformasi


16 SEPT — Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disambut baik oleh semua pihak. Saya tidak pasti bagaimana sikap mereka yang lantang mempertahankan ISA sebelum daripada ini seperti Perkasa Datuk Ibrahim Ali, justeru hampir tiada insan yang boleh bersetuju dengan kezaliman dan kekejaman ISA sebagai sebuah akta ‘draconian’.
Tentunya pihak yang paling bersyukur dan paling gembira ialah Warga Gerakan Mansuhkan ISA yang selama ini menjadi wadah rakyat prihatin yang merindui keadilan dan menentang kezaliman terutama ahli keluarga mangsa kekejaman ISA.

KPN jumpa AG kemuka pandangan kaji Akta Polis...nampak gaya akan lebih keras ni..!!!

NONEKetua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi memberi pandangan terhadap kajian semula ke atas Seksyen 27, Akta Polis 1967 berhubung kebebasan berhimpun.

Beliau berkata pandangan yang akan disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) meliputi aspek bagaimana hendak mengimbangkan kesejahteraan, hak bersuara dan hak berkumpul di kalangan rakyat.

"Perkara ini adalah untuk kepentingan rakyat supaya keamanan dapat terus dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan serentak Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini.

IGP: Akta lama patut dikaji sebab sudah lapuk

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi memberi pandangan terhadap kajian semula ke atas Seksyen 27 Akta Polis berhubung kebebasan berhimpun.
Beliau (gambar) berkata pandangan yang akan disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia meliputi aspek bagaimana hendak mengimbangkan kesejahteraan, hak bersuara dan hak berkumpul di kalangan rakyat.
“Perkara ini adalah untuk kepentingan rakyat supaya keamanan dapat terus dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan serentak Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

Mansuh ISA : Waspada Dengan Dua Akta Baru - Bekas Tahanan


PETALING JAYA 16 SEPT : Bekas Tahanan ISA yang dianggap subversif oleh Kerajaan Pusat menyambut baik pengumuman memansuhkan akta 'kejam' itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Bagaimanapun mereka memberi amaran agar berwaspada dan berhati- hati terutamanya dengan pengumuman dua lagi akta yang bakal digubal yang bakal menjadi 'alternatif' kepada ISA - Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang digunakan saban tahun untuk menahan tanpa bicara sesiapa sahaja mengikut perkenan Menteri Dalam Negeri.

ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim menyatakan kemungkinan Najib melakukan hal ini sekarang setelah 3 tahun mengambil alih jawatan Perdana Menteri adalah untuk memancing sokongan rakyat bagi Pilihan Raya Umum ke 13, yang boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang.

GMI tuntut 'pampasan setara' untuk tahanan ISA

NONEGerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar "pampasan setara" kepada tahanan ISA dan keluarga mereka susulan tindakan kerajaan mahu menghapuskan akta tersebut.

"Semua mangsa ISA perlu dibayar pampasan setara dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang telah dilalui oleh tahanan dan keluarga," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang media di ibu negara.

Aziz Bari: Inisiatif Najib terhad, ‘terlalu awal raikan’ langkah Putrajaya


KUALA LUMPUR, 16 Sept — Pakar Perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menegaskan terlalu awal untuk meraikan inisiatif yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak malam tadi memandangkan langkah-langkah disenaraikan Putrajaya sebenarnya tidak menyeluruh.
Kata beliau, banyak lagi undang-undang yang diharapkan pemansuhan ataupun sekurang-kurangnya dipinda tidak disebutkan langsung dalam perutusan yang disampaikan secara langsung kepada rakyat.
“Najib tidak kata apa-apa tentang pembaharuan pilihan raya, membisu mengenai kontroversi membabitkan (daftar pemilih SPR dan) Jabatan Pendaftaran Negara.
“Beliau juga tidak berkata apa-apa tentang akses kepada RTM, saluran (TV dan radio) pembayar cukai. Mengambil kira kesemua ini, apa yang disaksikan (semalam) hanya satu bentuk pengumuman... oleh itu pilihan yang ada hanyalah (kita kena) tunggu dan lihat... terlalu awal untuk kita meraikan,” kata beliau.

Sayap kiri menang, Denmark dapat PM wanita pertama

Helle Thorning-Schmidt dari Demokrat Sosial melambai ke arah penyokongnya di ibu pejabat pilihan raya parti itu di Copenhagen semalam. — Foto Reuters
COPENHAGEN, 16 Sept — Sayap kiri Denmark ‘Red bloc’ mengambil alih kuasa negara itu dengan menewaskan kerajaan Perdana Menteri Lars Lokke Rasmussen dalam pilihan raya paling sengit, yang dipengaruhi oleh kemarahan rakyat berhubung ekonomi negara yang merudum. Dengan perkembangan itu, Helle Thorning-Schmidt dari Demokrat Sosial akan menjadi perdana menteri - wanita pertama memegang jawatan itu selepas Rasmussen mengaku kalah.

Tuduhan liwat dan kaitannya dengan 16 September

Mohd Rashidi Hassan
ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.

16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.

Mansuh ISA: PAS tunggu akta baru sebelum respon

KUALA LUMPUR, 16 Sept: PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" dahulu bagaimana bentuk perundangan alternatif bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum memberi respon lanjut berhubung pemansuhan akta itu yang diumum perdana menteri malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru.

"PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri.

Negara perlukan akta halang kerajan dari menzalimi rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Negara memerlukan akta yang menghalang kerajaan dari menzalimi rakyat dan bukan sekadar penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Malah beliau melihat pengumuman penghapusan ISA adalah usaha terdesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan popularitinya yang merudum.

"Najib tertekan dan terkesan dengan tuntutan kuasa rakyat yang antara lain menuntut penghapusan ISA dan dalam keadaan terdesak ketika popularitinya merudum, beliau menyangka pengumuman penghapusan ISA adalah penawar kepada tekanan yang dihadapinya.

"Langkah drastik untuk mencari populariti itu bukan sahaja tidak akan memulihkan imejnya yang makin merudum  malah mungkin menyebabkan Najib makin tidak popular di dalam Umno kerana ISA selama ini sentiasa menjadi talian hayat dan alat Umno untuk mempertahankan kuasanya," katanya.

Ahaaks : PM Bangladesh sahkan rakyatnya jadi rakyat Malaysia??

Sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia.

Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh.

Video : Undilah - Bahasa Melayu (Afdlin Shauki Namewee Kuli Pete Teo)

Video: British, French Leaders in Libya

Video : Egyptian steel magnate jailed for corruption

Video : Hoda - Libya

Milik siapakah kemerdekaan ini?


16 SEPT — Sejak 1511 negara kita sudah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British lagi sehingga negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Selama rakyat kita tertakluk kepada penindasan dan pemerasan penjajah, maka selama itulah akan wujudnya gerakan antipenjajah oleh pejuang-pejuang negara kita.
Tiada penjajah yang akan melepaskan kepentingannya dalam tanah jajahannya secara suka rela dan aman. Justeru, dalam perjuangan menentang penjajah, tiada kemenangan yang akan dicapai tanpa pengorbanan. Demikian jugalah halnya dengan pencapaian kemerdekaan negara kita.

Perkasa: Langkah Najib jangan sampai ‘keris makan tuan’


KUALA LUMPUR, 16 Sept ─ Pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu, Perkasa mengambil sikap berhati-hati tetapi menasihatkan “jangan keris makan tuan” ekoran pentadbiran Najib memperkenalkan pembaharuan politik ─ antara lain memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Justeru, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, Perkasa mengambil sikap tunggu dan melihat undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan jangan akhirnya kelonggaran yang diberikan membawa mudarat.