Khamis, 15 September 2011

Tahniah GMI (Gerakan Mahsuhkan ISA)

Akhirnya pemerintah kerajaan laki-bini akur dengan tuntutan rakyat. ISA akta zalim..bertahun-tahun rakyat diancam dan ugut dengan ISA...kini tuntutan rakyat adalah benar..kezaliman tetap akan tewas akhirnya.

Memaknai Kemerdekaan Menjelang Sambutan Pembentukan Negara Malaysia

Kita baru sahaja menyambut ulang tahun ke 54 Kemerdekaan negara dan esok rakyat negara ini akan menyambut pula Hari Malaysia pada tanggal 16hb September. Setiap kali menjelang dua sambutan yang sungguh bererti itu, kita pastinya mengambil kesempatan tersebut untuk menghimbau sejarah negara. Himbauan tersebut pada asalnya mahu menjana semangat patriotisme, keyakinan, dan kegigihan untuk berusaha membangun negara bernama Malaysia ini, yang usianya jika dibandingkan dengan negara lain, sebenarnya masih muda.
Namun sudah beberapa lama rakyat negara ini disogokkan dengan naratif sejarah yang dilakar oleh sesetengah pihak sahaja. Tujuan asal sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan disampaikan kepada generasi seterusnya ternyata menyimpang dari halatuju yang sebenarnya.

K'jaan mansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.
"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

ISA dimansuh, tiga proklamasi darurat dibatal


KUALA LUMPUR, 15 Sept — Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan sama sekali dan kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru untuk mengekalkan keselamatan negara, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Selain itu kerajaan juga mengumumkan tiga proklamasi berkenaan dengan darurat yang berkuat kuasa sejak beberapa dekad lalu akan ditamatkan.
“Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dikaji secara komprehensif.

Janji Najib Di Hari Malaysia 2011...!!! Text Ucapan Penuh.


Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1.Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2.Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mampan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

Najib promises to repeal ISA, other Acts but new laws will be made in their place

Najib promises to repeal ISA, other Acts but new laws will be made in their placePrime Minister Najib Razak has promised to repeal the Internal Security Act 1960 (ISA) and the three Emergency Declarations when the Parliament sits next month, beginning October 3.
However, he added that new laws would be enacted to protect the peace, harmony and security of the country. He also announced that the government would not require media organizations to renew their annual printing and publishing permits, one of the main factors that  has kept the mainstream tied to the government's apron strings.
*Government to table motion in parliament to repeal all 3 Proclamations of Emergency currently in force so that Malaysians can move forward
*Internal Security Act to be repealed; replaced with anti-terrorism laws limiting detention without trial; no one to be arrested for their political ideology

PM umum ISA dimansuhkan..tuntutan rakyat adalah benar..!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Court green lights Bukit Bintang MRT challenge


Su Tiang Joo (left) says his clients will not discount an out-an-court settlement with the authorities.

KUALA LUMPUR, Sept 6 — The High Court here has allowed Bukit Bintang landowners to challenge the compulsory acquisition of nine plots of land in the capital’s premier shopping district for the Klang Valley Mass Rapid

Dijajah atau dinaungi?

Anwar Ridhwan
amin iskandar article 291008 merdekaNegara yang bertamadun dan berdaulat terlebih dahulu harus bebas daripada penjajahan politik.

Mutakhir ini timbul polemik sama ada Malaysia pernah dijajah oleh Inggeris, atau hanya dinaungi oleh Inggeris.

Kali ini mari kita kembali kepada pandangan pakar sejarah. Mereka ialah Barbara Watson Andaya dan Leonard Y Andaya yang telah menghasilkan buku Sejarah Malaysia (Petaling Jaya: Macmillan, 1982, 391 halaman).

Anwar: Rakyat mahu tahu sejarah sebenar perjuangan

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara kini beradadi persimpangan sementara rakyat mahu mengetahui sejarah sebenar perjuangankemerdekaan serta berhasrat menolak dongengan ciptaan pemerintah.
Selain itu katabeliau, para sarjana dan intelektual pula tidak boleh lagi tinggal diammembisu.
“Mereka harusbingkas bangun bersama rakyat keseluruhannya menjadi penyuluh menelusuri jalanmemaknai kemerdekaan dan membangun negara Malaysia ini,” kata Anwar dalamperutusan sempena sambutan Hari Malaysia esok.
Ketua UmumPakatan Rakyat ini menyentuh poin ketika wujud polemik mengenai pejuang-pejuangkemerdekaan dan juga persoalan sama ada negara ini benar-benar dijajah olehkuasa asing.

Video - PERKASA: Mungkin kerajaan lemah

Video Perkasa: Mat Sabu menghina pejuang kemerdekaan

Video : Umno Selangor Bersedia Di Dalam Pentas Politik

Video - UK, France to Libya: Help Coming, Avoid Revenge

Video : People and Power - Blood and Dust

Bersih 3.0!!!!!!!!! Kebangkitan anak anak muda negara!!!!!

 ANAK ANAK MUDA SEMUA..
 ADAKAH KITA SUDAH SEDIA?
UNTUK BERSIH 3.0?
DEMI KEBAJIKAN KITA BERSAMA?
DEMI KESATUAN KITA YG KUAT?

Bekas komando 69 bidas Zainal Kling


Seorang bekas anggota Komando 69, membidas kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang mendakwa kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British.DSP (B) Mohd Noor Razak berkata kenyataan itu cukup mengelirukan rakyat negara ini yang sudah maklum tentang sejarah penjajahan Inggeris di negara ini.Beliau berkata, kenyataan Zainal juga tidak tepat kerana proses penjajahan British ke atas Tanah Melayu pada waktu itu berlaku dalam banyak bentuk.
Katanya, perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan telah lama berlaku dalam negara ini dan kenyataan Zainal seolah-olah memperlihatkan gerakan mendapatkan kemerdekaan oleh para pejuang negara tidak relevan.
“Sememangnya Tanah Melayu pernah dijajah. Jika kita tidak dijajah, apa perlunya kita dapatkan kemerdekaan? Apakah tujuan sebenarnya kenyataan mengelirukan itu dikeluarkan…” katanya dalam Program Kerusi Panas, terbitan Radio24 di Wisma Bernama.

Gaji tak naik-naik, harga barang naik 2 kali ganda

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) berkata rakyat Malaysia semakin sengsara lantaran kegagalan kerajaan pimpinan BN menguruskan ekonomi negara.

"Contoh paling mudah ialah tentang isu kenaikan gaji, di mana gaji dari tahun 1990-an bagi seorang Jurutera muda yang baru kerja adalah RM1800-RM2000, sekarang ini gajinya Jurutera pun sama lebih kurang RM2,200 sebulan, sedangkan harga barangan sudah naik hampir 2 kali ganda".

Apa kemungkinan yang berlaku jika BN menang PRU 13?


Di bawah ini kemungkinan-kemungkinan yang berlaku yang akan ditanggung rakyat jika BN menang PRU 13?

1) Cukai GST akan dikenakan
2) Cukai 6 % untuk telefon Top Up
3) Harga minyak akan naik
4) Harga barangan keperluan dan perkhidmatan akan terus naik
5) Kos perubatan akan meningkat
6) Kos pendidikan anak-anak meningkat
7) Bahasa Melayu dan Jawi dipinggirkan
8) Undang-undang zalim ISA, OSA dan lain-lain dikekalkan.
9) Undang-undang Islam hanya dipinggirkan bukannya Islam Memerintah tetapi Islam diperintah
10) Negara akan semakin teruk kerana rasuah, kronisme, dadah, penyelewengan dan sebagainya

Banyak lagi ........

Pertikaian Hanya Kepentingan Politik

hishamKUALA LUMPUR : Pelbagai pertikaian terhadap kerajaan yang dibangkitkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ketika menganjurkan perhimpunan haram Julai lalu hanyalah demi kepentingan politik pihak tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, segala pertikaian itu dijadikan agenda politik yang dieksploitasi oleh pihak yang berkemungkinan mempunyai motif tersembunyi.
Katanya, ketika perhimpunan Bersih mahu dianjurkan, kerajaan merasakan bahawa ia tidak boleh mengambil sebarang risiko lain kerana khuatir perhimpunan itu akan lebih berbaur perkauman dan menyentuh soal agama.
Oleh kerana itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan kepada kumpulan tersebut sebuah stadium untuk mereka anjurkan perhimpunan itu.

Betul-betul menzahirkan kewujudannya

Wan Larut Wan Muda

“Ujud sifat Allah ertinya ada, lawannya tiada, mustahil tiada, wajib ada. Ujud sifat manusia pula kadang kala ada, kadang kala tiada kerana mati, uzur atau sakit ataupun kekangan masa.”

Solat Zuhur belum, aku sudah ditazkirahkan oleh Cikgu Math Muda sekolah anak aku, Angah lewat tengah hari semalam.
Sewaktu menunggu Angah habis kelas pagi, aku melilau tengok tapak projek Ikan Keli yang terbengkalai berhadapan sekolah itu. Dulu sikit punya gah projek ini tapi kini tinggal lalang saja. Tiba-tiba terasa ada tangan menepuk bahu dengan perlahan tapi kemas.

Fuyoo : 900 lebih Laporan Polis terhadap Mat Sabu telah dibuat...

Pegawai Perhubungan Awam Polis Di Raja Malaysia, ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan bahawa sehingga kini jumlah laporan Polis yang dibuat terhadap Mat Sabu berikutan ucapannya yang mengatakan bahawa Mat Indera adalah penjuang sebenar bukannya anggota Polis yang terkorban dalam satu ceramah.

Mak Aih!! Banyaknya laporan Polis dibuat.. atas kesalahan apa entahlah sebab kalau dikatakan Mat Sabu menghina Polis masa kejadian Bukit Kepong tu kita belum merdeka dan semua Polis tu berkhidmat dengan British..

Umno ingat menang saman macam tikam nombor ekor

Sapa mau percaya kata Umno boleh tumbang di 5 negeri dalam pru 12 yang lalu.Sapa pon tak percaya kecuali Kelantan yang jadi kubu Pas sejak tahun 1990 yang lalu.Umno kalah di Kedah.BN tumbang di Pulau Pinang.Umno kalah di Selangor dan tewas di Perak dan diambil balik Perak dengan cara beli adun keparat Pakatan Rakyat yang buloq(lapar) duit pada tahun 2009.

Dulu Umno ada banyak duit.Tabung Umno penuh dengan duit di negeri yang kini dikuasai PR.Kini dah tiga tahun lebih Umno jadi merana kerana sumber kewangan di 4 negeri yang dikuasai PR tidak lagi dapat membantu Umno jana wang macam zaman Umno kuasai negeri yang ditawan PR.Kata SM Salim dalam lagu beliau 'Dulu lain sekarang lain' dah kena pada Umno .

Kini Umno yang sumber kewangannya terjejas cari jalan dengan kerja menyaman mana-mana pihak yang kata kat Umno di Pulau Pinang dan Selangor.Umno ingat dengan saman ni akan tutup mulut mana-mana pihak yang tuduh Umno jadi tukang fitnah, jadi hantu raya , jadi manusia tapi perangai macam setan yang suka adu domba dengan harapan orang Melayu akan sokong Umno.

OLE-OLE POLITIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA .SELANGOR.....


Tak salah ke?
Kalau BN/UMNO tak salah, kalau MB Khalid nak masuk Sekolah ..awal2 dah ada amaran dan alasan. Gambar MB Khalid sebagai Menteri Selangor pun tiada tempat dalam Sekolah terutama di Dewan besar Sekolah ini.

Selamat Hari Malaysia: Al Fatihah Al-Marhum Rosli Dhoby


Al-Marhum Rosli Dhoby difitnah Inggeris sebagai penderhaka, penjenayah, penjahat dan menemui ajalnya ditali gantung penjajah. Jenazahnya juga dihina inggeris, makam tanpa nesan, dikuburkan di dalam penjara Kuching, Sarawak.

Warkah terakhir Al-Marhum:
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

1948 UMNO MENOLAK KEMERDEKAAN DAN HANYA MENYAMBUT MERDEKA PADA 1957.2011 BARU NAK SAMBUT HARI MALAYSIA


“Buat jarum sebatang pun kita tak mampu, ini hendak mereka”.

Ayat ini diungkap oleh orang UMNO ketika British hendak beri kemerdekaan pada tahun 1948. Pada era itu semua negara yang dijajah satu persatu menuntut kemerdekaan. British sedar lambat laun penduduk Malaya akan bertindak sedemikian. Pada tahun itu (1948) gabungan AMCJA-PUTERA telah merangka  10 Perlembagaan Rakyat  dan telah dikemukakan kepada Bristish sebagai asas perlembagaan Negara. Perlembagaan ini dilihat lebih menjaga kepentingan rakyat termasuk ‘Raja-raja melayu mempunyai kuasa sebenar’ bertanggungjawab kepada rakyat melalui Majlis Mesyuarat.

GEROMBOLAN SEDANG MEMIKUL BIK MAMA

MEMIKUL BIAWAK HIDUP

PAS DAKWA MAHATHIR RANCANG MAHU JATUHKAN NAJIB - minsider

PAS mendakwa bekas perdana menteri Mahathir Mohamad menggunakan pengaruhnya untuk menjatuhkan kepimpinan Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar(gambar) berkata langkah Mahathir yang menasihatkan Najib agar melewatkan pilihan raya umum ke-13 adalah satu bentuk tekanan terhadap Najib selaku Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Saya lihat dalam Umno sekarang berdepan isu calon atau isu parti sendiri yang mana mereka mahu meletakkan calon yang boleh menang... Mahathir cuba beri mesej bahawa beliau (Najib) juga tidak berkelayakan sebagai seorang calon.

“Kalau kita lihat hari ini Najib menjadi liabiliti dan beban kepada Umno-BN, sebab itu diminta supaya dilewatkan pilihan raya umum ke-13, malah dalam Umno juga ada gesaan supaya Najib berundur sebelum pilihan raya umum ke-13,” katanya pada sidang media di sini.

Video : 'Najib, ikut cadangan Buku Jingga'

Panel khas Parlimen: Lima syarat Pakatan gila, kata Nazri

KUALA LUMPUR,  15 Sept – Jawatankuasa pilihan khas Parlimen tetap akan diteruskan meskipun tanpa penyertaan wakil Pakatan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.
Beliau berkata ini kerana syarat penubuhan jawatankuasa itu tidak memperincikan bahawa ia hanya boleh berjalan dengan kehadiran dan penyertaan pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan.
“Jawatankuasa pilihan khas Parlimen ini mesti dianggotai ahli-ahli Parlimen. Itu sahaja. Asalkan kita isi sembilan orang ahli parlimen di situ, maka sahlah dia.
“(Syarat) tak sebut pula jawatankuasa pilihan khas Parlimen mesti terdiri daripada pembangkang, tidak ada. Itu adalah ehsan kerajaan. Kita punyai majoriti, (maka) atas ehsan kitalah. Kita baik, kita bagilah mereka tiga. Itu sahaja... bukan hak merekapun,” katanya selepas menghadiri majlis hari raya anjuran Amanah Raya Berhad.

Pelaburan tertinggi, slogan 'Selangorku' bukan kosong

Faekah Husin
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membentangkan data ringkas jumlah pelaburan di Selangor sehingga Jun 2011 yang mencecah RM5.2 bilion yang terdiri dari 135 projek. Selangor mencatat peningkatan ketara dari segi bilangan projek berbanding negeri lain yang kebanyakannya kurang daripada 50 projek.

Pak Samad backs call to stop Merdeka fests

The national laureate asks why Mahathir allowed celebrations for 22 years if he believed that the British never colonised Malaysia.
PETALING JAYA: National laureate A Samad Said today joined the call for a stop to all Merdeka celebrations until Malaysians settle the question of whether Malaysia was ever a British colony.
The poet, novelist and activist said the issue needed clarification, now that former premier Dr Mahathir Mohamad and Zainal Kling of the National Professors’ Council had gone against conventional belief to assert that the British never colonised this country.
“So now I think we have every reason to rectify this,” he said. “And I agree that we shouldn’t celebrate until we really know whether we’re Merdeka or not.”
Samad said he wondered why Mahathir had taken so long to tell Malaysians what he truly believed about Malaysia’s past relationship with the British.

Malaysian Scorpene Submarine Corruption Case Legal Briefing

The Solicitors International Human Right’s Group (SIHRG) and Malaysian Human Rights NGO (SUARAM) will be hosting a briefing and fund raising event in relation to the French Scorpene submarine deal in which French giant shipbuilder DCNS is alleged to have paid millions of Euros in kickbacks to top Malaysian officials.
Joseph Breham, a renowned French lawyer from Sherpa, a non-profit organisation dealing with human rights legal issues and Cynthia Gabriel from Suaram will provide up-to-date briefings followed by an open dialogue session. William Bourdon, a colleague of Mr Breham, who is also part of the French legal team, was unfortunately deported by Malaysian authorities in July this year en route to speak at fund raising events in the Malaysian capital Kuala Lumpur. Please join us for what is bound to be an interesting and engaging evening.

Jamil Khir Mengaku Ubahsuai Rumah Guna Duit Sendiri

Rumah Jamil Khir Baharom di Kampung Batu Muda yang melalui kerja-kerja pengubahsuaian. — Foto ihsan www.keadilandaily.com

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersedia untuk bersumpah bagi membuktikan yang beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya di Kampung Batu Muda, Batu Caves, dekat sini.Jelas Jamil Khir, rumah itu telah dihuni bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian dibuat menggunakan wang sendiri.
“Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.
“Saya berani bersumpah kalau mereka berani,” kata beliau pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Semalam, portal Malaysia Today telah menyiarkan gambar rumah milik Jamil Khir yang mana didakwa dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Najib Altantuya Kini Selangkah Lagi Menuju Paris!!


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia (dan Mongolia) sudah tibaaa kah kah kah...

Nazri: JK khas diteruskan meskipun tanpa Pakatan

NONEJawatankuasa khas parlimen (PSC) tetap akan diteruskan meskipun tanpa penyertaan anggota parlimen pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana syarat penubuhan jawatankuasa itu tidak memperincikan bahawa ia hanya boleh berjalan dengan kehadiran dan penyertaan pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan.

"PSC ini mesti dianggotai ahli-ahli Parlimen. Itu sahaja. Asalkan kita isi sembilan orang ahli parlimen di situ, maka sahlah dia.

"(Syarat) tak sebut pula PSC mesti terdiri daripada pembangkang, tidak ada. Itu adalah ehsan kerajaan. Kita punyai majoriti, (maka) atas ehsan kitalah. Kita baik, kita bagilah mereka tiga. Itu sahaja... bukan hak merekapun," katanya kepada pemberita pada majlis hari raya anjuran Amanah Raya Berhad di Kuala Lumpur hari ini.

Kuasa raja 1948 sekadar di kertas

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini menolak pendapat ahli akademik terkenal Prof Datuk Ramlah Adam berhubung kuasa raja selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Katanya, berdasarkan kerangka perjanjian itu dan konteks raja berperlembagaan, raja sebenarnya sekadar formaliti dan mula kehilangan peranan.

NONE"Contohnya, meskipun perlantikan menteri besar adalah kuasa mutlak sultan, ada sejarahwan yang mencatat bahawa Umno mendesak supaya para pemimpin mereka dilantik ke jawatan itu.

"Fenomena itu tidak mengejutkan kerana Umno berjaya menggembleng Orang Melayu menentang Malayan Union dan raja-Raja terhutang budi kepada mereka," kata Dr Abdul Aziz (kanan).

Ramlah semalam ketika mempertahankan status polis semasa tragedi Bukit Kepong berkata, selepas 1948, British benar-benar menjadi penasihat raja-raja Melayu dan arahannya tidak mesti diikuti, berbeza ketika Perjanjian Pangkor dimeterai pada 1874.

JAIS: Tiada lagi tauliah ceramah bagi ahli politik

NONESemua ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, kata
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.
Katanya, JAIS tidak akan menyambung tauliah mereka selepas tempoh yang diberikan tamat.
"Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.
Beliau memberi contoh seperti yang berlaku kepada pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Abdul Rani Osman yang tidak diperbaharui tauliahnya.
Diminta memberikan jumlah ahli politik yang diberi tauliah sebelum ini, Marzuki berkata beliau tidak dapat memberi angka yang tepat.

PPSMI: Abim gesa Page, JMM jangan cetus polemik baru

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa pertubuhan bukan kerajaan Page dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM)  tidak mencetuskan polemik dengan meminta supaya dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dihidupkan semula secara pilihan.
Ketua Biro Penerangan Abim, Abu Qassim Nor Azmi berkata, gesaan Page dan JMM agar diberikan “autonomi” kepada sekolah untuk memilih PPSMI adalah berdasarkan kajian mereka yang mendakwa sebahagian besar guru dan ibu bapa mengharapkan agar ia dilaksanakan semula.
“Walaupun menghargai keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Page dan JMM dalam usaha mereka mengendalikan kajian tersebut, akan tetapi Abim mendapati terdapat keraguan pada cara pelaksanaan dan hasil dapatan kajian tersebut yang boleh dipertikaikan kesahan dan kebolehpercayaannya,” kata beliau.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Abim menyambut baik ketegasan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Fuad Zakarshi yang menolak kajian yang dikemukakan oleh JMM atas faktor yang sama.

Video : China's Uighers fear a Han economic takeover

Video : Sarkozy, Cameron in Tripoli

Video : Niger Gaddafi loyalists vow support

Video : Saudi warns US over Palestine

Video : Laporan Serbuan Jais Ke Atas Gereja DUMC Siap

Video : Hanya Kerajaan Berjiwa Rakyat Akan Dipilih Rakyat

Video - Reforms: Najib should follow Pakatan lead

Video : MAS union delays picket after meeting chairperson

Video : Bapa Saya Saksi Sebenar Kekejaman Komunis - Anak Dato' Onn

Video : Mat Indera Ketuai Serangan Di Bukit Kepong - Zulkifli Abdul Rahman

Video : Polis Bukan Pegawai British - Prof. Ramlah Adam

UMNO mesti buat pendirian - kita pernah dijajah atau pun tidak?

Saya mengikuti perbalahan tentang sejarah negara yang sedang hebat diperkatakan oleh banyak pihak dan individu. Majlis Professor Negara (MPN) menyatakan yang negara kita tidak pernah dijajah, tetapi hanya merupakan negara ‘protectorate’ Inggeris sahaja.

Saya pun pernah bersekolah sikit-sikit dan boleh lah membaca dan menulis sikit-sikit serta faham sikit-sikit isu yang sedang hebat diperkatakan oleh mana-mana pihak termasuk isu sejarah yang luas diperbincang dan diperkatakan oleh orang ramai sekarang ini.

Bagi saya isu tentang samada negara kita pernah dijajah atau tidak ini merupakan isu sensitif yang tidak tertera kerana setelah kita mempunyai kerajaan tadbiran rakyat sendiri kita belum lagi ada sejarah yang kekal untuk dibaca oleh generasi kita.

Enchik: Ia sampai ketika dia telah pergi

Oleh Mazir Ibrahim

Sekitar tahun 1982, berangkatlah Enchik sekeluarga menuju ke sebuah kawasan penempatan baru, sebuah bandar yang baru dibuka. Mereka sekeluarga meninggalkan kampung yang sudah didiami semenjak tahun 1920-an.
Perjalanan ke penempatan baru ini tidak menjanjikan apa-apa buat Enchik dan keluarganya. Hanya merentas badai tanpa mengetahui apa yang ada di sebalik ombak.
Mereka perlu berpindah kerana tanah lama yang didudukinya sudah diambil oleh tauke pembajak tanah.
Siapa Enchik
Enchik adalah nama gelaran kepada seorang insan yang punya banyak keistimewaan. Wibawanya hingga menyebabkan kaum keluarga dan sanak-saudara menggelarnya Enchik sahaja, tanpa panggilan biasa di kalangan keluarga.
Dahulunya seorang penghulu dan guru. Di kampung lamanya, seorang penghulu hidup seperti seorang menteri. Segalanya tidak pernah kurang.
Dan menjelang 1980-an, semua itu telah luput. Enchik akan meninggalkan tanah, rumah dan semua kemudahan yang dimilikinya, walau semua itu tak pernah diminta dari sesiapa pun.
Ketika Enchik berjalan keluar dan memijakkan kakinya ke titi terakhir di halaman rumah, dikalih pandangannya ke belakang melihat rumah kayu lama yang tersergam indah buat kali penghabisan. Dia tidak menangis, tetapi kesedihan itu dapat dilihat pada air mukanya.

Pendapatan keluarga Malaysia masih rendah

Pendapatan isi rumah rakyat Malaysia akan terus berada di tahap rendah sekiranya kerajaan masih terus dengan agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang hanya menguntungkan kroni Barisan Nasional.
Penasihat DAP Dr Chen Man Hin berkata, walau pun selepas 54 tahun negara mencapai kemederkaan serta 48 tahun Malaysia dibentuk, negara ini masih terperangkap dalam keadaan di mana 60 peratus pendapatan isi rumah berada di bawah RM3,000 sebulan.
“Kebelakangan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengambil langkah meyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara akan kembali melonjak.

Enam bulan akan datang sebagai penentu

Enam bulan mendatang bakal membuktikan sama ada pilihan raya umum lalu yang berjaya mewujudkan sebuah kerajaan berjiwa rakyat akan semakin menyerlah atau hilang sama sekali di Pulau Pinang.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, setelah lebih tiga tahun merintah negeri, Pakatan Rakyat bukan sahaja telah menjadikan Pulau Mutiara lebih bersih, hijau dan selamat, malah telah menunjukkan perubahan drastik terutamanya dari segi corak pemikiran dan keyakinan rakyat.
“Warga Pulau Pinang semakin yakin dan optimis terhadap masa depan kerana mereka boleh bergantung kepada kerajaan yang mendengar kata rakyat, melakukan kerja untuk rakyat dan memberikan harapan untuk masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam perutusan Hari Malaysia yang dikeluarkan hari ini.

Bila Umno nak protes Pak Samad?

Sekarang ini rakyat sudah hilang rasa takut untuk menyatakan kebenaran! Dua minggu lepas Mat Sabu mendakwa Mat Indera adalah seorang pejuang kemerdekaan,  bukan komunis seperti yang didakwa oleh British dan pengampunya Umno.

Terbaru dalam satu forum  di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur bertajuk  "Milik siapakah kemerdekaan ini?"  Pak Samad  dengan tegas dan berani telah membuat satu kenyataan yang boleh membuat orang Umno menjadi bengang! 

Di bawah ini ialah secebis dari kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam forum itu,...

Insaflah Melayu, tinggalkan budaya tali barut.


Assalamualiakum,Kini sejarah semakin diungkap dan diselongkar serta terus dimanupulasikan oleh setengah pihak demi mencari pengaruh.Polimik yang kelihatan tiada kesudahan ini sebenarnya telah beberapa kali cuba didedahkan oleh beberapa pihak yang sedar tetapi tidak diendahkan sehinggalah muncul Abang Mat yang dikatakan semakin ditakuti oleh pihak yang masih memegang kuasa dalam negara.

PRU13 - DUN UMNO/BN akan tergugat

Oleh: mirputra

Ada faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan Barisan Nasionl  kalah teruk dan kehilangan beberapa negeri kepada PR. Keberanian pengundi Melayu, Cina, India dan pengundi wanita serta pengundi muda tidak memangkah Barisan Nasional ini cukup menghairankan.
Kebanyakan pemimpin bertaraf menteri tidak berjiwa rakyat lagi kerana segala masalah kenaikan harga barang, kenaikan harga petrol , tol lebuh raya, kenaikan kadar jenayah , peluang kerja dirampas oleh pekerja asing , rasuah yang dikatakan meningkat,

Media Umno berkempen politik ala Yahudi

Akhbar milik parti Umno, Utusan Malaysia berterusan menabur fitnah dan memesong fakta mengenai kenyataan pucuk kephttp://4.bp.blogspot.com/_vGi46E7srto/TLOmudC10bI/AAAAAAAAETU/jLUNRpQ3uwg/s400/Utusan+Malaysia+2-7-09.jpgimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.
Mereka tidak akan berhenti dari menjalankan propaganda memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, mencetus polemik, menghasut rakyat, seterusnya menanam bibit-bibit kekacauan yang bakal mengundang bencana yang lebih besar.

Utusan Malaysia dan Umno sebenarnya menjalankan kegiatan kempen politik ala-Yahudi. Inilah hasil nasihat syarikat perunding APCO Worldwide yang berjaya memporakperandakan politik negara.

Makin dikutuk, makin ditiru Buku Jingga

Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan dengan dasar Islam dan tamadun manusia.

PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh.

Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran "jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka".  Demikian juga, Rasulullah S.A.W ada bersabda "kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat."

Kenyataan Mat Sabu sesuatu yang pernah disetujui kerajaan

Serangan kerajaan terhadap "komunis" baru-baru ini, semata-mata untuk menyanggah kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, semakin dipertikai.  Pengamat politik, Lee Ban Chen berkata kerajaan pada hakikatnya telah mempunyai pendirian, bahawa sumbangan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mempercepatkan pencapaian kemerdekaan "tidak dipertikai dan tidak dinafikan", ketika menandatangani Perjanjian Damai Haadyai pada tahun 1989.

Beliau memetik dari buku Setiausaha Agung PKM, "Chin Peng: My Side of history", bahawa kerajaan melalui wakil polis, Rahim Noor pada ketika itu telah menyatakan pendirian tersebut.  "Kalau kerajaan Malaysia sudah membuat perjanjian dengan CPM (PKM), dan mengaku mereka sudah ada sumbangan untuk mempercepatkan pencapaian kemerdekaan negara kita... Jika itulah pendirian kerajaan, bermakna apa yang dikatakan Mat Sabu itu memang sesuatu yang tepat, dan sesuatu yang telah disetujui oleh kerajaan Malaysia.  Jika itulah halnya, maka sekarang mengapa buat heboh?"

BN gearing up for S’gor assault

A high-level meeting will take place on Saturday to discuss ways to strengthen the state BN machinery.

SHAH ALAM: Selangor Barisan Nasional will seek to strengthen its machinery when state leaders meet at a convention this Saturday, another sign that the general election is near.
The meeting will be held behind closed doors and include top leaders.
Among those slated to attend is BN chairman and the coalition’s Selangor chief, Prime Minister Najib Tun Razak, who has made regaining Selangor an important mission.
“The forum will discuss ways to strengthen BN in Selangor and its machinery at every level as part of our preparation for the 13th general election,” Mohd Zin, the state chapter’s secretary, told a press conference here.

Waspada isu komunis jika mahu menang PRU13

Tujuan media arus perdana memutarbelitkan isu Mat Sabu sokong Mat Indera supaya anggota mahupun bekas polis, askar dan penjawat kerajaan Melayu menolak beliau dan PAS.

PETALING JAYA: PAS diingatkan supaya berhati-hati memainkan isu pejuang komunis di Tanah Melayu yang menuntut kemerdekaan jika tidak mahu hilang sokongan semasa Pilihan Raya Umum akan datang (PRU13).
Ini kerana PAS mungkin hilang sokongan daripada akar umbinya sendiri memandangkan majoriti kawasan pilihan raya yang ditandingi PAS terdiri daripada masyarakat Melayu.
“Tujuan media arus perdana memutarbelitkan isu Mohamad Sabu @ Mat Sabu sokong Mat Indera supaya anggota mahupun bekas polis, askar, dan penjawat kerajaan Melayu menolak beliau dan PAS semasa PRU13 kelak kerana mereka melihat iltizam politik Mat Sabu itu secara salah.

Mat Sabu becomes a record-setter of sorts

Over 900 police reports lodged against him and it's all the work of Umno, says an amused PAS secretary general, Mustafa Ali.
PETALING JAYA: The number of police reports lodged against PAS vice president Mohamad Sabu over his alleged remarks on the 1950 Bukit Kepong incident continues to rise.
As of yesterday, over 900 have been lodged, a steady growth from the 500 made last week.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) public relations officer ACP Ramli Mohamed Yoosuf confirmed that the number of reports is “well over 900 now”.
PAS secretary-general Mustafa Ali chuckled when informed of the matter and said in jest that Mohamad or better known as Mat Sabu, was “a record-setter” .

Lynas chief avoids talk on risk management plan

An anti-Lynas group went to Western Australia to meet the Lynas CEO but they did not receive any commitment from him.
KUALA LUMPUR: The Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) group went to West Australia in July to meet Lynas Corporation CEO Nick Curtis.
The CEO did meet them but he avoided all questions on the risk management plan forthe Kuantan plant.
Today SMSL rep Tan Boon Tee told a press conference that the only good thing that came from their visit was to get a commitment from the Freemantle mayor in West Australia to call for the rare earth refinery, currently being built in Gebeng, Kuantan, to be relocated to Australia.
Several other Australian political figures have also expressed their interest to raise the issue, Tan said.
Earlier, Tan along with two other SMSL reps, Clement Chi and Lee Chi Hung, presented SMSL’s video presentation of their activities in West Australia.

Zaid a tyrant, says sacked Kita man

Muhammad Firdaus Christopher alleges that the party boss has financial problems and behaves like Saddam Hussein.
KUALA LUMPUR: Former Kita central executive committee member Muhammad Firdaus Christopher today accused Zaid Ibrahim of running the party like a dictator, calling him a “Saddam Hussein”.
Seething over the way he has been sacked from the party, he said the allegations against him were lies.
Kita working secretary Masrum Dayat announced in a press statement yesterday that the party had terminated Firdaus’s membership because he had smeared its name on his personal Facebook and Twitter pages.
Masrum alleged that Firdaus was avenging the recent termination and also insinuated that Firdaus was behind the technical problems that the party’s website faced yesterday.

Greater Democracy, Greater Democracy - Najib's new buzzword and mirage

Greater Democracy, Greater Democracy - Najib's new buzzword and mirageIn a few hours time, Prime Minister Najib Razak will make announce a slew of earth-shaking reforms, including relaxing the Internal Security Act, if the information from his administration is accurate.
But after so many rounds of let-down, few Malaysians are holding their breath and certainly no believes that the measures would "redefine the political landscape of Malaysia." A government source was reported by the Star to have said, "We already have the Government and economic transformations. This is now the time for political transformation in line with current global developments."
However, despite the sweet words, most Pakatan leaders are expecting more cosmetics from the 58-year-old Najib, who desperately needs to prop up his fast-sinking popularity. His approval rating plunged 6 percent to 59 percent in August compared to 65 percent in May.

Hanya Kerajaan Berjiwa Rakyat Akan Dipilih Rakyat

GEORGETOWN 15 SEPT : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan tempoh enam bulan dari sekarang adalah penentuan samada eksperimen politik dan hasil kejayaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 sebelum ini dapat melahirkan kerajaan berjiwa rakyat di negeri itu atau tidak.

Dalam kenyataan media sempena Hari Malaysia, Guan Eng berkata, usaha Pakatan dalam menjadikan Pulau Pinang lebih bersih, hijau dan selamat sepanjang tiga tahun setengah mentadbir negeri itu seharusnya sudah menampakkan perubahan dari segi pemikiran dan keyakinan rakyat.

PM dicadang fokus kepada media dan ISA

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Menjelang pengumuman Perdana Menteri sempena hari Malaysia esok, 16 September, pelbagai pihak mencadangkan dua perkara yang diberikan tumpuan oleh beliau, ISA dan media.

Perdana Menteri dicadang agar memberikan kebebasan kepada media dengan cara memansuhkan Akta Penerbitan dan Akta Mesin Cetak bagi membolehkan reformasi terhadap media di negara ini berjalan.