Selasa, 13 September 2011

Video : Forum Rakyat - Kajian Semua Sejarah Kemerdekaan Negara (part 5)

PAS anggap Tun M hina Raja-Raja Melayu

TEMERLOH, 13 Sept: PAS menganggap kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa British dijemput ke tanah air untuk menjadi penasihat pentadbiran adalah memperlekeh dan menghina Raja-Raja Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada hakikatnya penjajah Inggeris itu bukanlah baik tetapi menggunapakai strategi tertentu sehingga sebahagian orang Melayu boleh merasa senang berlindung di bawah mereka.

Video : Problems for Libya and Abdul-Jalil

Adakah Malaysia bersedia untuk menghadapi peperangan?

Adakah Malaysia bersedia untuk menghadapi peperangan? Rungutan tentang sogokan dan rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia, terutamanya dalam perolehan senjata, telah menjadi isu lama tetapi berdasarkan pembelian besar yang agak luar biasa yang dibuat sepanjang dekad ini, nampaknya ia telah mencapai tahap di mana perhatian serius harus diberikan kepada hal ini.
Keselamatan negara jelas dipertaruhkan. Berbilion-bilion telah dibelanjakan tetapi adakah tentera darat, tentera laut dan udara kita telah diintegrasikan secara bersepadu dan dinaik taraf, atau pihak berkuasa Malaysia sekadar membeli alat permainan mahal? Ini adalah soalan-soalan yang harus ditanya oleh orang ramai.
Membelanjakan wang cukai rakyat wang untuk mendapatkan peralatan tentera adalah sesuatu yang rakyat Malaysia harus waspada. Ia bukan sahaja mahal tetapi sebab untuk membeli peralatan ketenteraan nampaknya tidak logik dan tidak masuk akal.

Isu Burukan Mat Sabu Tidak Banyak Untungkan Umno@BN

SEMALAM seorang rakan yang akhir-akhir ini begitu permis terhadap Pas memberi tahu dan bertaya saya, apakah saya sudah dengar atau tidak rakaman perbualan Mohamad Sabu dengan Norma Abdul Rahman yang pernah dihadapkan ke mahkamah syariah Kota Bharu kerana dituduh berkahlwat?

Saya sedikit terpinga mendengar pertanyaan dan pemberitahuan kawan itu. Tetapi sedikit pun tidak merasa pelik kerana saya sudah menduga bahawa kisah di hotel perdana itu akan muncul juga.

Saya tidak bertanya panjang dengan persoalan itu sebaliknya kawan itu cuba memperpanjangkan cerita berkenaan. "Berat kali ini Pas?" katanya menanti sambutan daripada saya terhadap isu itu.

"Nak jadi timbalan presiden Pas macam mana kalau lagu tu. Mampus Pas," katanya lagi mahu menarik perhatian saya. Saya tetap juga tidak peduli. Kawan ini nampaknya sudah juak benar dengan Pas gara-gara Mat Sabu yang diperbesar-besarkan untuk tujuan politik itu.

Utusan - ibarat beruang sayangkan tuannya

Dr Mahathir Mohammed telah menasihati Najib supaya jangan mengadakan pilihanraya dahulu. Buat masa sekarang UMNO perlu menumpukan masa untuk meneliti calon-calon yang sesuai untuk memastikan parti itu menang dan diberikan sokongan oleh rakyat.

Isu memilih calon-calon yang ‘winnable’ memang selalu disebut oleh DS Najib dan beliau berjanji akan memastikan calon BN semuanya calon yang ‘winnable’ (boleh memang). DS Najib merasakan dan mungkin telah mengaku oleh kerana permainan politik yang sarat dengan politik kotor termasuk politik wang dan mengampu sejak dua tiga dekad yang lalu UMNO sudah kekeringan kepimpinan di setiap peringkat termasuk peringkat tertinggi.

Sesungguhnya apa yang disarankan oleh Mahathir itu benar kerana UMNO sudah kehilangan kepimpinan. Tetapi Mahathir juga yang memulakan mencantas dengan sistematik dan menggunakan kebijaksanaan beliau secara salah dengan menghilangkan barisan kepimpinan yang baik dan hanya menerima mereka yang pandai satu perkara, iaitu mengampu dan memastikan kuasa peribadi di dalam parti dan negara tidak terjejas.

Aku Marah Kat Mat Sabu Sebab Duit Nenek Moyang Aku Di Kebas UMNO

Oleh periapahit

"Aku marah betul la kat Mat Sabu. Yang dia pi kacau sejarah Malaysia pasai apa? La ni semua jadi haru biru. Negara Malaysia Merdeka tanpa dijajah. Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Maharajalela dan ramai lagi dah jadi pengkhianat Negara sebab bunuh mata-mata melayu yang berkerja dengan “PENAUNG @ PENASIHAT” British.

Aku juga marah dekat Mat Sabu sebab lepas ini, akan hilang satu cuti dari kelendar Malaysia. Tak ada lagi sambutan Merdeka. Lagi marah aku pada mat Sabu sebab lepas ini semua buku teks sejarah kena tulis semula…banyak duit tu nak guna. Lagi marah aku pasai lepas ni semua guru sejarah kena masuk kelas pemulihan untuk sejarah baru sebab Mat Sabu kacau sejarah lama.

PKFZ : 'Arahan jemaah menteri tak diikut demi kebaikan'

port klang free zone pkfz auditMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Kementerian Kewangan (MOF) tidak mengikut arahan Jemaah Menteri dalam usaha pembelian tanah di Pulau Indah kerana perlu menimbang cara terbaik mendapatkan tanah itu.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Zaharah Shaari, 62, berkata walaupun Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk membeli tanah berkenaan tetapi mereka juga meminta Kementerian Kewangan membuat penilaian di atas keputusan itu.

Video : Rockets Fired at US Embassy in Afghan Capital

Video : Tambahan 2,000 Kuota Untuk Jemaah Haji malaysia

Video : TELCO Diingat Jangan Bocor Data Pelanggan

Video : Isu Dijajah, Sambutan Merdeka Hanya Sia sia

Video : Forum Rakyat - Kajian Semula Sejarah Kemerdekaan Negara (part 4)

Video : Al Jazeera uncovers link between Jordanian PM and casino deal

Isu dijajah: PKR dakwa kenyataan Majlis Profesor bodohkan rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah membawa kepada implikasi besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu.
Ketua Penerangan Dr Muhammad Nur Manuty berkata kenyataan beberapa profesor juga menimbulkan persoalan baru sama ada negara benar-benar merdeka dan untuk “apakah kita meraikan kemerdekaan?”
“Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Kata beliau, PKR merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama MPN yang menegaskan bahawa negara ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British.

Semua keputusan RCI tak boleh disemak semula

NONEKeputusan bahawa penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak boleh disemak semula terpakai untuk semua kes, kata Majlis Peguam Malaysia.

Naib presidennya Christopher Leong berkata Mahkamah Persekutuan mengesahkan prinsip bahawa penemuan dan syor suruhanjaya itu tidak boleh disemak semula kerana ia bukan keputusan yang terikat dengan undang-undang.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini berhubung rayuan terhadap penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi kes klip video kontroversi yang melibatkan peguam terkenal Datuk VK Lingam.

Leong menyifatkan keputusan itu sebagai suatu dasar yang baik kerana jika tidak, kepentingan kewujudan suruhanjaya berkenaan akan terhakis dengan teruk.

Nazri: SPRM akan siasat semua laporan...betoi kaa...!!!

NONESuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa-apa laporan yang dikemukakan kepada mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media bagi pihak Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengenai sama ada siasatan terhadap peguam negara - yang didakwa terlibat dalam kes rasuah melibatkan sebuah syarikat pembinaan - dimulakan.

Pindaan ISA: Tiada keputusan lagi, kata Hisham...pulak dah..!!!

NONEKerajaan masih meneliti pelbagai aspek kemungkinan meminda undang-undang kuku besi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau menafikan laporan baru-baru ini yang mendakwa kerajaan sedang menimbang untuk memansuhkan akta kontroversi itu tetapi enggan menghurai lanjut.

"Kami sedang melihat apa yang diperkatakan sebelum ini dan sedang mengusahakan pihak-pihak yang berkepentingan untuk berbincang. Persetujuan hampir tercapai dan ia (cadangan pindaan itu) bukan sesuatu yang baru," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama bekas Ketua Polis Negara di kementeriannya, di Putrajaya.

Video : Pakatan Sedia Kerjasama Dengan PSC Demi Reformasi Pilihan Raya

Video : Banjir Di Perlis

Video : 'Gov't, opposition should jointly decide GE date'

Video : Kawasan Catat Udara Baik,34 Sederhana

Video : Pemuda PAS Desak Kerajaan Batal Terus Cukai Enam Peratus Kad Prabayar

Video : Fitnah Liwat 2 Anwar Tidak Pernah Dapat Keistimewaan

Video : Egypt's media crackdown

Video : Al-Qaida Posts Sept. 11th Video

Najib serah RM121 juta kepada Rahim Tamby Chik melalui RiSDA?

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memberi RM121 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang dipegerusikan Tan Sri Rahim Tamby Chik. Pemberian itu diumumkan selepas Rahim yang juga salah seorang dari trio  ‘Datuk T’ mendedahkan klip video fitnah di Hotel Seri Carcosa, Kuala Lumpur pada 23 Mei lepas; yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika ditanya oleh wartawan mengenai pemberian istimewa oleh kerajaan Barisan Nasional, Rahim hanya berdalih bahawa pemberian itu adalah yang terbesar pernah diterima oleh Risda, bukan dirinya.
“Ini adalah berita gembira kepada pekebun kecil getah di seluruh negara. Maka saya nasihatkan kepada pekebun kecil, jangan tangguh kerja penanaman semula pokok getah walaupun ketika ini harga pasaran getah memang tinggi.
“Selain itu, harga getah dijangka akan terus tinggi dan dapat menampung serta menjamin kehidupan golongan pekebun kecil pada masa depan,” dalih beliau di majlis sambutan Hari Raya Puasa Risda Plantation 2011 di Kuala Lumpur.

UMNO Parti Tidak Berprinsip

Mula-mula prof cina kankung yang dah tak laku Khoo Kay Khim kata negara tak pernah kena jajah, lepas tu bangun pulak gerombolan prof-prof semak samun pencacai Umno dengan ketuanya seorang Kling bagi kenyataan negara tak dijajah..dan tetiba bangun lagi sorang mamak perkasa kata....apa nama....memang kita tak pernah kena jajah....kita yang jemput mat saleh mai sini tolong perabih harta merdak kita sampai licin.
Orang putih datang belasah semua hasil bumi kita bahagi sama rata dengan raja-raja...bila rakyat minta sikit semua pakat kata...tak payahlah, rakyat tak reti guna duit...rakyat melayu ni malas, ada duitpun malas nak pi kedai...bagi kami sajalah ...rakyat duduk diam-diam...pikir cara nak buat jarum...kata balaci orang putih.

Pada semua yang kata macam tu...Prof Aziz bari kata....lu orang semua sudah gila...buat kenyataan tak tentu hala...dulu lain sekarang lain...tak ada prinsip.....gelabah bewak sebab kena perangkap sambutan merdeka hanya untuk Umno telah didedahkan oleh Mat Sabu...hahaha, Aziz Bari memang sempoi!....

Ambiga ulangi: Saya tak akan bertanding

NONEMengulas spekulasi bahawa Pakatan Rakyat telah menyenaraikan beliau sebagai seorang daripada calon pada pilihan raya umum ke-13, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengulangi bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding.

"Kepentingan tunggal saya pada pilihan raya umum ke-13 adalah untuk memastikan bahawa ia bersih dan adil," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Saya sahkan bahawa saya tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang."

Bekas presiden Majlis Peguam itu hairan bagaimana spekulasi berhubung pencalonannya itu boleh timbul dan mengulangi beliau hanya mengetuai gabungan reformasi pilihan raya.

BERSIH mendapat publisiti meluas berikutan penganjuran perhimpunan jalanan 9 Julai lalu yang menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di negara itu, Sejak itu, media arus perdana dan parti pemerintah sering-kali cuba memburukkan imej Ambiga dan mengaitkannya dengan pembangkang.

8 TUNTUTAN BERSIH, SPR Dan KOMUNIS

IPOH: Kehangatan dan pasca Bersih 2.0 yang menjadi agenda perbualan rakyat semakin tenggelam dek isu sejarah yang diputar belit oleh pemimpin umno bn dan media pro kerajaan

Justeru, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan, dalam kehangatan masyarakat berbincang soal siapa pejuang dan petualang negara, maka pelbagai natijah dan kesan yang timbul.

Katanya, secara umumnya ia dilihat positif kerana telah membuka ruang dan minda masyarakat untuk membelek semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara. Namun hakikat yang lebih besar ialah, sejarah sudah tidak boleh diubah dan sejarah tidak pernah menipu manusia, jelasnya. Tambahnya, penipu dan penyeleweng hanya datang dari mereka yang berkepentingan bagi mendapatkan sokongan moral dan simpati politik tertentu, khususnya umno” .

Tun M dicabar akui Umno bukan pejuang merdeka

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Jika bersetuju bahawa Malaya tidak pernah dijajah, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk mengakui bahawa Umno bukanlah pejuang kemerdekaan, cabar Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ketua penerangannya Riduan Mohamad Nor berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyokong kenyataan Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British boleh memberi maksud Umno bukan pejuang kemerdekaan.

"Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah.

Umno fail saman RM30 juta ke atas KM Pulau Pinang

Datuk Zainal Abidin Osman, penang umno chiefBadan Perhubungan Umno Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana didakwa membuat tohmahan dan fitnah terhadap Umno bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti Umno sebagai sebuah parti politik orang Melayu.

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata, notis tuntutan itu memberi Lim tempoh tujuh hari mulai esok untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat fitnah kepada Umno.

Katanya, jika Lim gagal berbuat demikian, Umno akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan susulan.

Beliau memberitahu pemberita di Georgetown hari ini, Umno Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.

3 hari berlalu, mana senarai masuk Umno?

Yb Mohd Nasir Zakaria
Sudah berlalu tiga hari cabaran Dewan Pemuda PAS kawasan Padang Terap. Nampaknya, tiada respons daripada kepemimpinan Umno bahagian Padang Terap.

Gagallah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut.

Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umnomenjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13. |

Sehingga, lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki yang dipertua, setiausaha, ketua Pemuda, ketua Muslimat dan ketua ulama sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi X dan Y. Zaman Jepun bolehlah.

Ada beberapa teori kegagalan:

Hishammuddin: Laporan siasatan Bersih 2.0 sudah siap


PUTRAJAYA, 13 Sept — Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Hishammuddin Hussein berkata laporan siasatan berhubung perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sudah lengkap untuk dikemukakan kepada Kabinet. Enam jawatankuasa telah ditubuhkan dua bulan lalu untuk menyiasat dakwaan bahawa pihak polis telah bertindak kasar dalam menangani perhimpunan itu, yang turut menyaksikan satu kematian.
“Laporan itu sudah lengkap dan akan dibentangkan di Kabinet. Saya menyerahkan kepada Tan Sri Ismail (Omar), yang merupakan Ketua Polis Negara, untuk mendedahkan butiran laporan siasatan agar orang ramai akan mengetahui perkara yang benar,” kata Hishammuddin kepada pemberita hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan bekas-bekas ketua polis di Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Bajet 2012: Dr M harap Najib jaga hati ‘orang Melayu dan bukan Melayu’


KUALA LUMPUR, 13 Sept — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan depan akan menangani rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu yang dirasakan agak ketara sejak kebelakangan ini. Jelas beliau, rasa tidak puas hati yang membawa kepada pelbagai tuntutan itu berpunca daripada tanggapan dan tafsiran berbeza yang dibuat terhadap konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh pentadbiran Najib.
Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Kalau Rosmah bagi RM100 juta kat aku


 Oleh: MSK
Ekoran dari posting aku yang bertajuk "You speak English aaa?", aku dapat email dari sorang member kat universiti. antaranya berbunyi, "jangan la salahkan kami saja. Hang tau ka…kami la ni macam cikgu sekolah menengah. Nak ajar, depa punya teruk. Aku setuju dengan hang, standard English kita makin teruk, tapi kami nak buat macam mana? Patutnya grammar kena belajar masa sekolah rendah lagi tapi cikgu sekolah rendah buat apa? Cikgu sekolah menengah buat apa? Kalau basic pun lemah..sampai kat kami, kami nak buat macam mana?"
 

Zainal Kling Jangan Jadi Bodoh....

ZAINALKONTROVERSI yang dicipta Mat Sabu semakin hangat apabila beberapa orang tokoh-tokoh politik dan sejarah memberi komen balas.   Ada yang membela dan menentang  kenyataannya bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan.
Kekeliruan yang dicetuskan bertambah parah apabila Prof. Datuk Dr. Zainal Kling pula menegaskan yang Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British.
Menurut beliau, Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 1874 merekodkan yang Tanah Melayu hanya dilindungi atau dinaungi oleh British dan hanya tiga negeri sahaja yang dijajah iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Rampas Pulau Pinang dari PR: UMNO mohon maaf kepada Koh Tsu Koon?

Untuk merampas kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat, pemimpin UMNO Pulau Pinang telah memohon maaf kepada Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, agar hubungan antara kedua-dua parti yang terjejas sebelum ini dapat dijalin semula.

Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir yang sering menyerang Koh Tsu Koon sebelum ini, dikatakan telah berjanji kepada Koh Tsu Koon bahawa dirinya tidak akan menyerang Gerakan lagi.  Malah, UMNO Pulau Pinang berjanji agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang pemimpin Gerakan, seandainya Barisan Nasional menang di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Isu Dijajah : Sambutan Merdeka Hanya Sia-sia, Kata Mat Sabu


KUALA LUMPUR 13 SEPT : Sambutan Hari Kemerdekaan selama 54 tahun ternyata sia- sia jika benar Tanah Melayu tidak pernah dijajah, seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah sekali gus bersetuju dengan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.

Hawkers suspect corruption in tycoon deal

Syed Mokhtar al-Bukhary wins an RM58 million purchase bid for the land but the Jalan Merlimau market hawkers consider it a death knell for their business.

KUALA LUMPUR: The Jalan Merlimau market is stark in its bareness. With a dusty cement floor, wooden beams and clutter of stalls, tables and chairs there is really nothing much to notice.
Except perhaps for the long pristine white banner hanging right in the middle of the market trumpeting the accolades of businessman Syed Mokhtar al-Bukhary who has since won an RM58 million purchase bid for the 3.08 acre land.
The 300 hawkers, in what is better known as the Kenanga market, regard the banner as a death knell for their business.
The company, Konsortium Jentera Sdn Bhd/Nusantara Sdn Bhd, will build a Wholesale Textile Centre there but has reneged on an earlier agreement to house the market into the new building.

What happened to MACC probe on Taib?

Sarawak opposition believes that Taib Mahmud must clear his name in view of the latest German investigation into his family-linked business dealings.
KUCHING: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) must release immediately details of its investigation into Chief Minister Taib Mahmud’s alleged abuse of power and corruption.
The call comes on the heels of reports that the German Federal Financial Supervisory Authority (BaFin) has launched investigations into Deutsche Bank on account of its business relations with Taib’s family.
Calling for an update on the MACC probe, Sarawak PKR chief Baru Bian asked: “What has happened to the investigation? We want to know the status of the investigations…”
“This is very important in view of the latest allegation against the chief minister of money laundering.”

KENYATAAN MEDIA : Rundingan Kerusi PRU 13 PR negeri Johor


Akhir-akhir ini, beberapa kenyataan-kenyataan dan pandangan-pandangan telah dikeluarkan melalui media oleh pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Johor, termasuklah dari Parti KEADILAN Rakyat sendiri berhubung hal rundingan kerusi pilihanraya umum ke-13 di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat Negeri Johor. Kenyataan dan pandangan yang diutarakan walaubagaimanapun, telah mengundang spekulasi dan persepsi yang pelbagai.
Saya ingin menyebut bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah pun membuat suatu ketetapan dan mengeluarkan arahan kepada kesemua pimpinan-pimpinan parti masing-masing supaya hal ehwal rundingan kerusi tidak dibincang mahupun dihebah secara terbuka.

PKR: Rundingan kerusi Pakatan tidak boleh dihebahkan

Tentunya dalam mana-mana proses perundingan, akan ada wujudnya keadaan yang menduga kesefahaman semua pihak yang berunding.
PETALING JAYA: PKR menyokong Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng meneruskan rundingan bagi mencapai persetujuan hakiki dalam urusan rundingan kerusi dengan parti lain di negeri itu.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengeluarkan arahan pimpinan parti supaya hal ehwal rundingan kerusi tidak dibincang mahupun dihebah secara terbuka.
“Proses rundingan kerusi di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat merupakan suatu proses yang berterusan yang menjadi tanggungjawab bersama pimpinan PKR, PAS dan DAP.

MES: Selangor telah belanja RM465 juta

SIRI PERTAMA
SHAH ALAM, 13 Sept: Sejumlah RM465 juta telah dibelanjakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak tahun 2008 sehingga April 2011.

Jumlah ini meliputi fasa pertama hingga ketiga yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri pada Program 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 20 Jun 2008, kira-kira tiga bulan selepas mengambil alih pemerintahan negeri itu.

Antara program fasa pertama itu termasuk Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Emas, Tabung Pendidikan Anak-anak Pelajar Ladang, Bekalan Air Percuma Bagi 20 meter padu Pertama, Program Meningkatkan Hasil Batuan Dan Mineral serta Program Khidmat Krisis Sehenti (OSCC).

Tunai 5 tuntutan atau Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Kerajaan BN diingatkan agar melaksanakan tuntutan 5 perkara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat jika tidak mahu himpunan aman Bersih 3.0 yang akan mengambil tempatnya.

Tuntutan lima perkara itu bukan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan jika Kerajaan BN benar-benar ikhlas mahu melakukan reformasikan pilihanraya di tanah air, melainkan jika pihak kerajaan hanya sekadar bersandiwara.

Bukit Kepong: Muhyiddin tidak mahu debat dengan Mat Sabu...........

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai isu  pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Timbalan Perdana Menteri (gambar) memberitahu bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau.
Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: “Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya.”

Ada apa dengan politik perkauman?

Oleh Abdul Manan Abdul Razak

Pemerintahan Barisan Nasional selama 54 tahun telah menyebabkan rakyat Malaysia dipecahbelahkan mengikut kaum masing-masing. Oleh itu BN menerusi parti-parti komponennya telah mempropagandakan perjuangan terhadap sesuatu kaum yang seolah-olah dilihat hanya UMNO berjuang untuk orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan MIC untuk kaum India serta lain-lain komponen yang secara dasarnya adalah sama.
Setelah sekian lama di bawah pentadbiran BN, kini rakyat sudah sedar akan politik berasaskan perkauman yang dibawa oleh BN tidak membawa kepada perpaduan.
Tsunami politik 2008 telah membuktikan kebenaran rasa tidak puas hati rakyat yang ditafsirkan dalam bentuk kertas undi.

Milik siapa sejarah Malaysia

Oleh Muhammad Nazreen

Adakah sejarah yang ditimbulkan pada peristiwa Bukit Kepong diisi dengan fakta-fakta yang tepat? Dan apakah nama ‘Mat Indera’ itu wajar dianggap sebagai pengkhianat bangsa atau pejuang kemerdekaan? Isu Bukit Kepong dan penelitian semula
Tanggal 5.00 pagi, 23 Februari 1950, Malaya di bawah jajahan British dikejutkan dengan peristiwa berdarah serangan komunis terhadap rumah pasung (balai polis) Bukit Kepong sehingga melibatkan banyak nyawa terkorban.
Peristiwa ini menjadi titik hitam bagi seluruh anggota rumah pasung Bukit Kepong yang menyebabkan ramai keluarga kehilangan korban. Difahamkan, sekitar 200 gerila komunis yang diketuai Goh Peng Tun menyerang rumah pasung terbabit.

Sastera sejarah dan perjuangan Mat Indera

Oleh H FANSURI
APABILA Perdana Menteri ‘mengiktiraf’ arwah Noramfaizul Mohd Nor, bekas jurukamera BernamaTV sebagai wira, maka ‘phttp://www.topnews.in/files/Najib-Tun-Razak.jpgengiktirafan’ itu bukan wujud dalam kekosongan.
Jauh di sudut hati Najib Razak, beliau ingin beritahu semua orang, bahawa Timbalas Presiden PAS Mohamad Sabu itu tidak betul ketika menyebut Mat Indera sebagai salah seorang wira negara.

Saman Felcra: PAS tidak terlibat dengan konsultan

KUALA LUMPUR, 13 Sept: PAS mengingatkan peserta Felcra yang ingin memfailkan saman terhadap institusi tersebut bahawa parti tidak terlibat dengan mana-mana konsultan yang menawarkan perkhidmatan untuk membantu mereka.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) mengingatkan demikian ekoran menerima maklumat daripada peserta Felcra mengenai khidmat konsultan yang ditawarkan.

"Saya nak mengingatkan peserta-peserta Felcra bahawa PAS tidak bertanggungjawab kepada mana-mana elemen ataupun individu-individu yang cuba mengambil kesempatan kononnya mereka ini konsultan yang boleh membantu peserta Felcra untuk memudahkan urusan mereka seperti menyiapkan fail kes, sukat kebun peneroka dan sebagainya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Lawak Bodoh...????

Klik gambar kalau tak puas baca atau...
lu orang ada penyakit rabun jauh/dekat... hahaha...

Amacam.... nampak tak kebodohannya sama macam lawak alif mim nun wau bunyinya "Sarkas"..... hahahaha....

Ahaaks : Maklumat dakwaan rasuah Gani Patail akan disiasat SPRM

Maklumat dakwaan rasuah Gani Patail akan disiasat SPRM

PUTRAJAYA: Maklumat berhubung dakwaan mengaitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang disogok bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif Ho Hup Bhd,Datuk Vincent Lye, akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Namun menurut Menteri diJabatan Perdana Menteri,  Datuk Nazri Aziz di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM, maklumat mengenai hal itu tidak perlu didedahkan kepada umum.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan kempen perangi rasuah melalui eksi di bangunan PICC hari ini.

Video : Apex court quashes review of Lingam RCI

Video : Hero's welcome for Turkish PM in Egypt

Video - Mat Indera: Harakahdaily disoal siasat

Video : Najib dituntut laksanakan 5 perkara sebelum PRU

‘Be serious or face wrath of Bersih 3.0′

If the government is 'playing games' with regard to electoral reforms, then a PAS leader warns that another street protest may take place.

KUALA LUMPUR: The opposition has warned the government that another Bersih street rally will take place if the latter does not take electoral reforms seriously.
Speaking at a press conference here, PAS Kubang Kerian MP Salahuddin Ayub said the government was treating the upcoming Parliamentary Select Committee (PSC) on electoral reforms as “window dressing”.
“If the PSC is (seen only as) window dressing or games, then we want to remind the government that Bersih 3.0 will take place.
“Don’t waste all our committment and our sincerity in helping. If it is true (that Barisan Nasional) is willing (to implement the reforms), then we will cooperate.
“If it is merely window dressing, then wait for Bersih 3.0,” he added.

Electoral reforms first, then GE

Pakatan Rakyat says the government must not dissolve Parliament until the PSC's recommendations are implemented.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat has demanded that the Barisan Nasional government implement electoral reforms before calling for a general election.
DAP Rasah MP Anthony Loke said that a Parliamentary Select Committee (PSC) on electoral reforms would be meaningless if Parliament was dissolved now.
“The suggestions (raised) in that committee will have to be debated in Parliament in the first session next year,” he said, referring to the proposed PSC, which would be tabled in the Dewan Rakyat this October.
Loke said that any ideas and suggestions raised on electoral reforms would come to naught if the government went ahead with the next polls.

6P or not, cops continue crack down

PETALING JAYA: The 6P amnesty programme to register legal and illegal foreign workers in the country has allegedly failed to stop the police from reining in aliens without proper permits.
Several management companies appointed to register the immigrants claimed that the police have been harassing and extorting money from those registered under the 6P programme, and in some cases arresting them.
“All these while the police have been doing this: extorting money from legal or illegal immigrants, it’s the norm. So now, eventhough the Home Ministry has this programme and you have immigrants with the proper 6P papers, the police still claim not to recognise that,” said an owner of one management company based in Seremban, who declined to be named.

Abuses of the NEP: Impact on investment and brain drain

Abuses of the NEP: Impact on investment and brain drainI refer to Dr Gairuzazmi`s long Letter entitled ``Don’t blame the NEP `` that appeared in the NST on Sept 5,2011.
His conclusion that I quote herewith -- ``Yes , the NEP has been abused and has its weaknesses , but to blame the NEP for the brain drain or the drop in Investment , is empirically wrong `` . However I respectfully submit that he cannot be right , based on the following grounds !
Firstly let me kindly ask the scholar to answer this simple question -Why would many major domestic and foreign investors or even Malaysian brain- drain migrants , want to invest or work in Malaysia , when there are Nep abuses and other major weaknesses ?
Would investors prefer to accept these Nep abuses and the 30 % Equity requirements , when they can instead easily invest in more attractive business environments in Asean and the wider world of greater opportunities elsewhere ?

Talk of Najib axing ISA panned, Pakatan calls on BN to jointly fix GE-13 date

Talk of Najib axing ISA panned, Pakatan calls on BN to jointly fix GE-13 dateThere is talk that Prime Minister Najib Razak is mulling the idea to dismantle the Internal Security Act as early as this week and his motivation is alleged to be the 13th general election, which may be held this year despite growing objections from his party colleagues.
Although, repealing the ISA would be good news to the public and also a victory for the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim, who have waged many a mighty battle against the oppressive law, few Malaysians seriously believe that Najib will carry through such a move.
"No way Najib will axe the ISA. That's the BN's last tool to cripple the Pakatan leaders should BN fail in GE-13," PAS MP for Bukit Gantang Nizar Jamaluddin told Malaysia Chronicle.

Teks Sejarah : Buku Terbitan DBP & KPM Kata UMNO Tak Tuntut Kemerdekaan


Pas mendakwa pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan kurang tepat berhubung perjuangan parti mereka menentang penjajah British untuk menuntut kemerdekaan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, dakwaan itu disokong oleh fakta yang tertera pada buku teks Sejarah Tingkatan 5, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Pada muka surat 103, ada dinyatakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Umno dikatakan hanya membuat rundingan dengan British untuk menolak Malayan Union dan bukan menuntut kemerdekaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini, semalam.

PAS pantau janji isentif pekebun Risda..elak masalah seperti Felda dan Felcra..!!!

KUALA LUMPUR,13 Sept: PAS akan membuat pemantauan bagi memastikan pekebun kecil mendapat insentif untuk projek tanaman semula getah di bawah Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, PAS menyambut baik pengumuman kerajaan untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM121 juta kepada Risda bagi menampung kos penanaman semula getah di seluruh negara bermula tahun depan.

Namun katanya, pemantauan harus dibuat bagi memastikan peruntukan itu sampai kepada pekebun kecil yang memerlukan.

"Saya mengalu-alukan pengumuman Risda akan dapat peruntukan RM121 juta sebab apa yang berlaku sebelum ini, peruntukan untuk duit tanam semula itu tidak mencukupi.

Najib enggan siasat Musa-Gani, takut rahsia Altantuya terbongkar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung pemalsuan bukti dalam kes rasuah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Peguam Anwar, R Sivarasa menyifatkan Najib enggan membuat siasatan terutama terhadap Gani kerana takut penglibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya akan dibongkar.
Sivarasa berkata demikian mengulas pendedahan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbarunya semalam.
“Kenapa tak berani ambil tindakan, kita tidak boleh mengekalkan peguam negara (Gani) yang melakukan jenayah (memalsukan bukti).

Penjajah : Zainal dan Ghani cuba tukar sejarah

Kenyataan Profesor Zainal Kling bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British telah menimbulkan pelbagai polemik baru.

Kenyataan Zainal setaraf sahaja dengan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang tiba-tiba menukar kenyataannya kepada Mat Indera adalah komunis.

Propaganda : Karikatur 'kekejaman komunis' di Utusan pula...

Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak... Warga emas dan kanak-kanak dicampak ke dalam api yang sedang marak....

Ia antara enam karikatur kontroversi oleh pelukis Hamzah Mohd Amin yang memaparkan kekejaman komunis ke atas orang ramai.

Karikatur itu disiarkan di akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini. Menurut edisi cetak dan juga online - akhbar itu melaporkan Hamzah, 71, datang ke pejabat Utusan semalam bahi menyerahkan sendiri karikatur yang dilukisnya itu.

Hukum telco kerana tetapkan harga, kata Pakatan

Pakatan Rakyat mahu kerajaan membatalkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar dan menghukum syarikat telekomunikasi kerana bersekongkol menekan rakyat dengan menetapkan harga.

Komunis Baik : Muhyiddin pertahan kerjasama Parti Komunis China, isu Mat Sabu tiada kaitan

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kehadirannya pada satu majlis makan malam yang diadakan bersama Parti Komunis China sebagai satu pertemuan dengan rakan perdagangan utama Malaysia, yang tidak harus dikaitkan dengan isu Mohamad Sabu.
Beliau (gambar) akan menghadiri majlis makan malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China Sun Zhenglai di sebuah hotel di sini malam tadi.
“Hubungan diplomatik kita dengan China adalah yang terbaik buat masa sekarang dan yang kedua dari segi eksport global. Kita ada hubungan yang rapat dalam perdagangan dan industri, pelaburan. Saya tidak melihat isu sedemikian sebagai satu halangan.

Video : Forum Rakyat - Kajian Semula Sejarah Kemerdekaan Negara (part 3)

Video : Forum Rakyat - Kajian Semula Sejarah Kemerdekaan Negara (part 2)

Video : Forum Rakyat - Kajian Semula Sejarah Kemerdekaan Negara (part 1)

Video : Serangan Kulat JPA Buka Bilik Operasi di Putrajaya

Video : Today in History for September 13th

Video : How A Virus Changes The World

1Malaysia, rakyat didahulukan dengan beban tarif elektrik

Sebelum kenaikan tarif baru TNB, bil letrik saya adalah sekitar kurang dari RM100. Namun sejak kebelakangan ini bil saya melonjak purata RM140 walaupun berbagai cara saya lakukan untuk mengurangkan penggunaannya.

Kenaikan purata 40% adalah terlalu tinggi bagi rakyat yg berpendapatan rendah seperti saya namun saya bersyukur bil air jauh berkurangan disebabkan rebat yang ditawarkan oleh kerajaan Negeri Selangor.

Adalah diharapkan kerajaan memberi perhatian dan menilai semula kenaikan tarif letrik yang bukan sahaja membebankan rakyat tapi memberi impak yang tinggi terhadap inflasi negara keseluruhannya.

Saban tahun TNB dilihat tidak pernah kerugian bahkan mencatat keuntungan berlipat ganda. Jesteru apa rasionalnya menaikkan tarif jika tidak kerugian dan dimana slogan ‘Rakyat didahulukan..

Pua: Telcos’ tax is illegal

Dicision to charge the 6% service tax is akin to price fixing and is against the soon to be implemented Competition Act 2010, says PJ Utara MP.
PETALING JAYA: Petaling Jaya Utara MP Tony Pua criticised the decision by telecommunication companies to charge the 6% service tax as illegal because the companies were trying to fix prices.
“There is no question that the joint statement (on the decision) and attempt by the four telecommunication companies to raise prices by the same percentage concurrently is illegal because they are colluding to form a cartel for the purposes of price-fixing.
“The real issue at hand is the blatant and coordinated attempt by the telecommunication companies to raise prices concurrently, contemptuous of the competitive spirit,” said Pua.