Isnin, 12 September 2011

FITNAH - Buku Terbaru Terbitan SAMM Kini di Pasaran


Mulai Isnin ini (12 Sept.) akan siap dicetak dan berada di pasaran buku kedua terbitan SAMM. Buku kedua ini bertajuk Fitnah mengandungi 250 muka surat menerangkan kita secara ringkat, padat dan mudah mengenai Fitnah 1 yang bermula dengan buku 50 Dalil, Fitnah 2 dan isu video seks.


Penerbitan buku ini bertujuan memperingatkan semua kisah dimana kita bermula untuk bersatu melawan regim kerana kes perbicaraan ini telah menjadi titik penyatu perlambangan kerosakan negara apabila semua elemen dipergunakan untuk membunuh seorang insan bernama Anwar Ibrahim.

Dengan penerbitan buku ini bertujuan untuk memahamkan rakyat betapa perlu bangkit segera untuk membebaskan Jabatan kehakiman, Polis dan maruah negara ini dari terus dipandang buruk oleh dunia. Perbicaraan fitnah 1, fitnah 2 dan konspirasi video seks membuktikan bagaimana negara ditadbir dengan begitu rakus oleh pihak terdesak. Harus diingatkan ia bukan kerana susuk Anwar semata - mata, kes Anwar hanya penyatu untuk rakyat bangkit dan sedar mengenai kebobrokan negara dan perlunya reformasi demi kelansungan negara ini.

Jangan Jadi Tali Barut Penjajah British

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyatakan pendirian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Profesor Zainal Kling  dalam Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

AMK Malaysia berpandangan kenyataan yang dikeluarkan sebenarnya menambahkan kekeliruan dan kecelaruan fakta sejarah lebih lima dekad sejak negara Merdeka kepada generasi muda. Malahan kenyataan sedemikian dipertikaikan kerana tiada sokongan kajian dan ilmiah yang lebih tuntas dan mendalam daripada seluruh ilmuan negara dan rakyat Malaysia.

Video : Soalan Pemuda PAS Untuk Mahathir

Video : Telco Tangguh Kutipan Cukai Prabayar

Video : Gaddafi's last strongholds

Video : Hoda Abdel-Hamid on Ras Lanuf refinery attack

Video : Gadhafi Son Flees to Niger; More Libya Fighting

Video : Scenes of clashes in Bani Walid

Fakta sejarah: PAS bidas ‘bomoh Umno’ kelirukan rakyat, ahli sendiri


KUALA LUMPUR, 12 Sept – Sambil membidas “bomoh Umno” nampaknya menentukan bahaya atau tidak seseorang, PAS berkata, rakyat dan ahli Umno sendiri bertambah keliru dengan percaturan politik pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
“Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini.
Kata beliau, apabila terbongkarnya fakta bahawa parti Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (PKM) dengan menandatangani perjanjian,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”
 “Jika kita mengikut logik Perdana Menteri, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

Masalah Calon : Najib wajar tangguh panggil PRU, kata Mahathir


PUTRAJAYA, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamed menasihatkan Datuk Seri Najib Razak agar melewatkan pilihan raya umum ke-13 dan merasakan bahawa Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon-calon terbaik yang akan mewakili Barisan Nasional (BN).
Dr Mahathir menjawab soalan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan ketika temu bual RTM di sini.
Bekas perdana menteri ditanya mengenai komen-komen mendakwa ketua-ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah satu sama lain untuk menjadi calon pilihan raya.

Video : O.B.L. The documentary

Video : Dunia Mula Faham, Islam Agama Keamanan

Video : Ustaz Wan Ji - TGNA & PRU13 (part 3)

UMNO Yg Jajah Pemikiran Melayu - Maha Firaun Pandi Kutti.

GUA BANGKANG SIAPA KATA TANAH MELAYU DI JAJAH?
TANAH MELAYU TAK PERNAH DI JAJAH..
PEMIKIRAN MELAYU SAJA YG GUA TELAH JAJAH..
SUPAYA GUA DAPAT MENUTUP KEBENARAN SEJARAH..
SEBAB GUA TAHU PEMIKIRAN MELAYU DULU ADALAH LEMAH..
KERANA MEREKA BUTA SEJARAH..
DAN SENANG BRITISH TONGSAMPAH..
KAH KAH KAH

Umno ‘Akur’ DAP Bukan Komunis....Propaganda lapuk makan diri..!!!

dap-umnoPROPAGANDA murahan dipalu bertalu-talu konon DAP adalah parti serpihan komunis. Segala provokasi jahat itu biasa didendang dalam media arus perdana termasuk televisyen bila menjelang pilihanraya.
Siapa tidak tahu, media arus perdana menjadi barua dan pak turut Umno dalam mengatur perang saraf terhadap Pakatan Rakyat (PR). Benda yang tidak berlaku cuba diada-adakan agar fikiran rakyat bawahan dapat dipesongkan dengan dakyah jahat mereka.

Mat Sabu Wajib Saman Pihak Dedahkan Perbualan Lucah

MT SBNAMPAKNYA ‘bintang’ Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS semakin ‘bersinar’ sehingga dilihat mampu menggugat populariti Anwar Ibrahim dengan pendedahan rakaman perbualan lucah yang didakwa membabitkan dirinya dengan bekas pasangan khalwatnya, Normah Halim.   Rakaman ini dilihat mampu menyamai ‘rating’ video seks Anwar sekali gus memberi impak besar kepada Pakatan Rakyat.
Walaupun hanya ‘suara’ dan bukan ‘gambar’ yang menjadi isu, sebagai seorang yang ‘disyaki’, Mat Sabu tidak harus hanya menjawab ‘no komen’ setiap kali ditanya mengenai perkara tersebut.   Di manakah kelantangan dan keberanian Mat Sabu untuk berhujah dalam isu ini?  Kenapa tiba-tiba mengambil sikap endah tak endah?  Bukankah maruahnya  yang sedang dicabar?  Kalau pun tidak peduli dengan maruah diri, bagaimana pula dengan maruah Normah?   Seorang lelaki budiman pasti menjaga maruah wanita termasuk wanita yang tidak dikenali, apatah lagi jika maruah isteri sendiri yang menjadi pertaruhan.

Hunger strike protester collapses

And another takes his place to pressure Pahang government to honour court ruling to pay timber logging firm RM70 million for breach of contract.
KUALA LUMPUR: One of 10 men from a logging company staging a hunger strike relay against the Pahang government collapsed this morning and had to be sent to the hospital here.
Shareholder Ramli Suleiman, 46, is the second person to have ‘burnt out’ after surviving only on liquids for five days. The first was 68-year-old John Chong who was sent home on Saturday morning after suffering from intense pain.
A doctor diagnosed that Chong cannot continue the strike as the man’s hernia had relapsed. Both men started the strike last Thursday.
Earlier today, Ramli was found in a weakened and incoherent state, lying in a makeshift tent in front of the Loke Hup temple in Segambut.

Kita wants to be a ‘loyal’ opposition

The party aims to distance itself from the confrontational culture employed by Pakatan Rakyat towards the government, says its chief Zaid Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Former Umno law minister Zaid Ibrahim said his party Kita wants to be a “loyal” opposition, supporting the government where necessary and highly critical if it steps out of line.
In a bid to change Malaysia’s “warlike” political culture, Zaid said: “Unless we see clear flaws and shortcomings in the administration’s policies and actions, our first instinct is to support the government. Kita is a small set-up with few resources, but we hope to be a loyal opposition.”
“This also means we will not attack the government just to gain political mileage. We will give credit where credit is due, and will rely on reasonable tests to determine our responses,” he said in his blog posting today.

Ignorantum Homo Sapiens


 Oleh: MSK
Ada satu komen dari Wan Larut dan satu mesej dari Atikah Awang kat Facebook yang menarik perhatian aku.
Wan Larut menulis macam ni..” Tapi abg Mat, anak saya kata bau mcm di kubur saja”. Ini komen Wan Larut bila aku kata kalau nak bedak sejuk berbau wangi, bubuh bunga tanjung atau bunga kenanga. Anak Wan Larut kata, macam bau kubur. Aku kata..anak Wan Larut masih boleh mengenal bauan dan haruman. Macam mana dengan anak-anak yang lain?
Pancaindera kita semakin lama semakin kurang digunakan ataupun under-optimized. Sekarang kita semakin banyak menggunakan jari daripada menggunakan mata, telinga, hidung dan lidah.
People looking without seeing. People listening without hearing. People talking without speaking.
Dan apabila menggunakan lidah untuk merasa, ramai yang hanya tahu membezakan diantara sedap dengan tak sedap.

Jejaka paling popular hari ini.

Oleh: MSK
Semalam, Manchester United mengalahkan Bolton Wanderers dengan jaringan 5-0. Sementara itu, Liverpool tewas kepada Stoke City dengan jaringan 0-1. Kalau diikut kepada persepsi hari ini, Man U terus unggul manakala Liverpool, Arsenal dan Chelsea nampak gusar.
Keunggulan Man U ini ada kena mengena dengan Mat Sabu. Kalau Man U terus popular di Liga Perdana Inggeris, Mat Sabu terus unggul di Liga politik Malaysia.
Dalam tahun 2009, nama Nizar Jamaludin begitu popular, sehinggakan hampir setiap hari blog-blog pro-Umno bercerita tentang Nizar, sekarang hampir setiap hari nama Mat Sabu menjadi buah mulut orang-orang Umno. Malah populariti Mat Sabu sudah menenggelamkan nama Anwar dan Najib.

The Federation of Malaya Independence Act 1957

Any such agreement as aforesaid may make provision for the termination of Her Majesty’s sovereignty and jurisdiction in respect of the said Settlements, and of all other Her power and jurisdiction in and in respect of the Malay States or the Federation as a whole, and the revocation or modification of all or any of the provisions of the Federation of Malaya Agreement, 1948, and of any other agreements in force between Her Majesty and the Rulers of the Malay States.


Palsukan Bukti : Surat Terbuka Bekas Pengarah SB Kepada KPN.

Selain daripada diri saya sendiri, saya mendapat maklum terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pihak yang pernah menemui Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak (PM Najib), bertujuan menyarankan supaya sesuatu tindakan diambil terhadap Gani Patail dan Musa Hassan. Ini memandangkan salahlaku jenayah yang telah mereka lakukan, adalah sangat ketara dan telah membebankan Negara, selain daripada memusnahkan kepercayaan Rakyat terhadap Institusi-Institusi Kerajaan.

Bekerjasama untuk merdeka

SERANGAN Umno terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hanyalah taktik jahat Umno untuk mengelabui mata rakyat di negara ini. Umno cuba menanamkan persepsi buruk bahawa PAS kini menyokong komunis.
Realitinya tidak begitu. Dalam ucapan Mohamad Sabu di Kg Manora Pulau Pinang, tiada maksud yang membawa ke arah itu. Umno dengan sengaja membesarkan isu ini untuk menangguk di air keruh.

Umno tidak kisah . . .

Oleh Mohamed Hanipa Maidin
ADAKAH Umno ambil kisah menceritakan sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan negara? Hakikatnya Umno tidak kisah untuk memutarbelitkan ucapan Mohamad Sabu apabila Timbalan Presiden PAS itu menghidangkan sejarah perjuangan kemerdekaaan tanah air dari perspektif yang berbeza.
Umno juga tidak kisah bahawa selama ini sejarah perjuangan kemerdekaan negara disogokkan oleh Umno kepada rakyat dari kacamata Umno semata-mata.

Umno lakukan jenayah kerana label Mat Indera komunis

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB dan ANIS NAZRI
PAS menyifatkan Umno-BN melakukan jenayah kerana melabel Mat Indera sebagai komunis, sedangkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan yang menentang British.
Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali semasa mengadakan sidang media 6 Septembetr lalu berhubung pendirian PAS dalam isu ucapan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Malaysia tidak pernah dijajah ! – apa kata PM?

Tahniah Mat Sabu ! Sedikit saja Timb.Presiden PAS ini  membuka mulut tentang siapakah pejuang kemerdekaan sebenar,.. satu Malaysia jadi riuh dan kecoh bagai diledak sebiji bom atom!

Pepimpin-pemimpin Umno jadi kelam-kabut dan panik seolah-olah baru saja tersedar dari sebuah mimpi ngeri. Maka timbullah berbagai-bagai kenyataan balas yang pro dan kontra. Isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat Negara sebenarnya amat menarik untuk dibincangkan secara ilmiah,  maupun dikedai-kedai kopi.

Professor ini (gambar) telah memberikan pendapat atau kenyataannya iaitu,.. Malaysia tidak pernah dijajah!  Ganjil dan sumbang benar bunyinya!  Sudah 54 tahun Malaysia merdeka,  dan sudah 54 tahun Malaysia terlepas dari cengkaman penjajah Britisih.  Sudah 54 tahun juga rakyat Malaysia meraikan atau menyambut hari kemerdekaan setiap kali datangnya 31 Ogos,  tiba-tiba hari ini ada suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa Negara Malaysia  tidak pernah dijajah.

MAS- Air Asia deal revisited.

We hear of disturbing news that 15,000 MAS workers want the MAS-AA deal stopped. They have threatened to not vote BN in the coming GE. Is this the proverbial spanner thrown or does it suggest that the MAS-AA deal was indeed opaque and shady?

I asked the Oracle of Syed Putra- can the MAS-AA deal be stopped?  And what do you think of the deal?

It’s difficult for anyone not to impute some massive insider trading in the deal. Just like the recent purchase of E&O by Sime Darby just after a central figure in E&O increased his shares. But the authorities appear to be neutered when it comes to the rich powerful and the connected.
A few months ago, the same person increased his shares ahead of the announcement involving Kencana and Sapura Crest Petroleum. Now I hear, there are rumors saying that the PDA (Petroleum Development Act) is going to be amended that will effectively turned Sapura- Kencana into a second PETRONAS. It will acquire the same monopolistic rights over energy resources.  PETRONAS our national oil company will have to share the industry cake with somebody.

Kesederhanaan kerajaan Pakatan Pulau Pinang

Oleh Amaluddin Zhafir


I
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika ditemui di pusat khidmatnya di Jalan Kedah, Pulau Pinang, berkata, DAP bersama rakan dalam Pakatan lebih bersedia berbanding 2008 bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang pada bila-bila masa.
“Sebagai Pakatan, kita sentiasa berusaha untuk memenangi rakyat dengan pelbagai program dan aktiviti. Apa yang kita lakukan sepanjang tiga tahun ini adalah lebih bagus dari Barisan Nasional dahulu,” katanya.

Pra PRU13 : Janji-janji terdesak BN....

Oleh Adil Mat Selamat

Kita sudah mendengar desas-desus tentang pilihan raya dan bermacam-macam kemungkinan lagi. Yang terbaru ialah ialah khabar angin kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), demi memujuk hati rakyat yang sudah meluat dengan Barisan Nasional.
Jika benar khabar angin ini, kita sebagai warga yang merdeka menerima dengan senang hati. Kita amat mengalu-alukan apa jua perubahan ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi yang melibatkan hal-hal keselamatan dan hak kebebasan individu.

Alahai, Cikgu Saleeh!

Penulis mempunyai alasan untuk berasa amat simpati selepas membaca catatan di blog Presiden PENA.

Pada petang 28 Ogos 2011, semasa tidur sebentar, saya bermimpi bertemu Dr Mohamed Saleeh Rahamad. Maka saya menulis sedikit catatan di blog sebagai kenang-kenangan.
Kemudian, seorang rakan menghubungi saya dan memberikan alamat blog pensyarah itu yang saya panggil “Cikgu Saleeh”.
Catatan blog itu pada Januari dan Februari 2011 banyak berkisar tentang kontroversi novel Interlok Edisi Murid (2010). Membaca dan meneliti segala catatan yang lahir dari hati ikhlas Cikgu Saleeh menimbulkan pula rasa sedih, kecewa dan simpati dalam diri saya.
Saya mengenali Cikgu Saleeh semasa saya meneruskan pengajian di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1993-1998).

Taktik Lama : Penangguhan pelaksanaan cukai 6% hanya untuk PRU 13?

Walaupun saya berasa lega dengan pengumuman syarikat telekomunikasi bahawa kenaikan harga prabayar akibat cukai 6% akan ditangguhkan, kita juga perlu berhati-hati dengan pengumuman ini.  Adakah ini bermakna penangguhan ini hanyalah sehingga Pilihanraya Umum ke-13 dipanggil untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri?

Saya juga tetap berpendapat bahawa cara Najib Razak menangani kemarahan rakyat akibat kenaikan harga tersebut memberi isyarat yang salah kepada golongan niagawan.  Ketika ini, saya pasti banyak syarikat lain yang turut menjalankan amanah mengenakan cukai perkhidmatan mengikut undang-undang akan mula merasa bimbang kalau-kalau mereka mendapat panggilan dari Pejabat Perdana Menteri meminta mereka menanggung cukai tersebut.

Terbongkar : 'Bukti dipalsukan pada bicara kes rasuah Anwar'

musa hassan police igp pc 250607 mumTuduhan salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 adalah salah kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

Isu dijajah: Siapa pemerintah sebenar sebelum 1957, PAS tanya Dr M

KUALA LUMPUR, 12 Sept ─ “Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957? Sultan atau British,” demikian salah satu persoalan dikemukakan oleh pemimpin Pemuda PAS hari ini.
Pagi tadi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi penjelasan kepada pandangan kontervesi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) melalui jurucakapnya Prof Dr Zainal Kling di mana menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini.

Video : DAP Serah Aduan Rasmi Kepada SPR

Video - Ustaz Wan Ji - TGNA & PRU13 (part 2)

Video - Ustaz Wan Ji - TGNA & PRU13 (part 1)

Video : Kontrak Untuk Semua,Selangor Mahu Keluarkan Lesen Kontraktor

Video : Today in History for September 12th

Video : Anita McNaught on fighters' push for Bani Walid

Video : Gaddafi's third son 'flees to Niger'

Video - Tidak dijajah: PAS cabar Umno nyata pendirian

Mat Zain: Musa, Gani duped Dr M into sacking Anwar


Dr Mahathir previously said he was not initially convinced of the allegations against Anwar. — Picture by ack Ooi
KUALA LUMPUR, Sept 12 — A former senior police officer today claimed that Tan Sri Musa Hassan and Tan Sri Abdul Gani Patail had fabricated evidence against Datuk Seri Anwar Ibrahim, leading to his sacking from government by Tun Dr Mahathir Mohamad in 1998.

Malaysia's headache with Najib and Rosmah: Their own Bonnie and Clyde?

Malaysia's headache with Najib and Rosmah: Their own Bonnie and Clyde?Over the years she has been under constant public scrutiny; her perfectly made-up face, well-arched eyebrows, big 80’s-style hair, and even her handbags have featured prominently on Malaysia’s blogosphere.
Yes, we are speaking about none other than the First Lady of Malaysia Rosmah Mansor, sometimes better known as FLOM, which incidentally is also the acronym for the six-person “butler service” unit established in the prime minister’s office to cater to Rosmah’s whims and fancies. Her high-living style has not gone unnoticed by the public, and is at times arguably even more contentious than her husband’s political status.
Versus Michelle Obama
Indeed, the uproar about Rosmah’s alleged USD24.4 million ring from Jacob & Co. and her collection of Birkin bags have been dominating Malaysia’s media world for the past couple of months, while Najib’s probable ousting from UMNO in the coming elections have remained in the rear-view mirror. The lifestyle of the rich and the famous piques more interests than plain old politics, as always.

Umno's Armageddon: Malaya not colony, only British acted as if it was, says Dr M

Umno's Armageddon: Malaya not colony, only British acted as if it was, says Dr MFormer prime minister Mahathir Mohamad has joined the fray over whether Malaya was ever a colony of the British.The former Umno president said he agreed with controversial historian Zainal Kling that Malaya was never "technically" colonised, it was just the British that behaved as though it was by giving orders.
“We were technically never colonised. What we did was the Sultans decided to invite the British to come and advise them on how to administer the country. We were not conquered in that sense. Just like Penang, we were paid to give them a kind of trading station. But the fact remains that when the British were here, they operated as if we were colonised. In other words, the British did not advise, they gave orders," the 85-year old Mahathir told a press conference.

Bakul sampahkan sejarah tulisan ‘profesor kangkung’

Azmin Ali menyampaikan sumbangan kepada rakyat.
PERAK: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyelar beberapa sejarahwan yang sanggup menjadi ‘profesor kangkung’ dengan memutar belit sejarah bagi menonjolkan Umno.
“Pakatan Rakyat harus membakul sampah buku sejarah tulisan profesor kangkong dan menulis semula sejarah dengan fakta tepat dan adil,” kata Ahli Parlimen Gombak itu pada sambutan Aidilfitri anjuran cabang Pasir Salak dihadiri lebih 200 orang, semalam.

Dunia Mula Faham, Islam Agama Keamanan- Anwar Ibrahim


MUNICH 12 SEPT : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan negara majoriti Muslim kini telah mula meninggalkan persepsi bahawa Islam dilihat sebagai mundur, dikaitkan dengan keganasan dan pentadbiran zalim dan bergerak ke arah sederhana dengan pembaharuan demokratik pentadbiran mereka.

Beliau menyatakan pemberontakan Arab di negara seperti Mesir, Libya dan Syria merupakan tanda bahawa majoriti Muslim memilih demokrasi dan keadilan sebagai pegangan mereka berlandaskan prinsip Islam.

Jerman arah siasat pengubahan wang haram keluarga Taib

azlanKementerian Kewangan Jerman telah mengarahkan siasatan ke atas hubungan perniagaan di antara keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Deutsche Bank, bagi mengenalpasti jika terdapat unsur-unsur pengubahan wang haram.

Menurut NGO Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland, arahan siasatan itu dikeluarkan berikutan aduan pihaknya.

BMF mendakwa kementerian kewangan Jerman dalam jawapan e-mel berkata ia telah 'meminta pihak berkuasa penyeliaan kewangan Jerman untuk menjelaskan dan memeriksa keadaan yang dinyatakannya dalam surat kepada Canselor dari sudut pengubahan wang haram.

Filem Hindi : Penangguhan cukai 6% hanya sandiwara PRU 13

KUALA LUMPUR, 12 Sept: PAS menyifatkan penangguhan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar oleh kerajaan hanya sekadar permainan politik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya tidak lebih sekadar sandiwara kerajaan Umno BN, bagi meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dibawah pemerintahan mereka.

Penarikan tauliah terhadap Khalid Samad tidak adil

Sebagai penduduk Shah Alam sejak sekian lama, saya ingin memprotes kenyataan Abdul Rahman Palil seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian keluaran 12 September 2011.
Semenjak Khalid Samad memenangi kerusi Parlimen, saya kerap kali mengikut tazkirah dan khutbah yang disampaikan oleh Khalid Samad.
Sepanjang mendengar tazkirah dan khutbah beliau, tidak pernah saya mendengar apa-apa perkara yang bersalahan dengan Islam mahupun dengan adat istiadat Melayu. Apa yang diperkatakan Khalid Samad adalah sesuai dengan Islam dan tidak menyalahi mana-mana tuntutan Islam

Zunar akan terima anugerah Hellmann-Hammett

BANGKOK, 12 Sept: Selepas menerima anugerah di Amerika melalui CRNI, kini kartunis Zulkifli Anuar ul Haq atau Zunar akan menerima anugerah dari badan hak asasi antarabangsa pula.

Beliau akan menerima anugerah Hellmann-Hammett award di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT), Bangkok Rabu, 14 September ini.

Selain Zunar, dua lagi penulis akan menerima anugerah Hellmann-Hammett ini iaitu Chiranuch “Jiew” Premchaiporn (Thailand) dan Hang Chakra (Cambodia).

Umno punca kuasa sultan terhad

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan Umno adalah pewaris kepada sistem yang ditinggalkan oleh penjajah.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas situasi terkini di tanah air berkenaan dakwaan bahawa hanya Umno adalah pejuang kemerdekaan.
“Ianya seolah-olah menafikan peranan golongan lain yang turut berjuang untuk mencapai kemerdekaan di negara ini.
“Apa yang kita lihat melalui sejarah ialah kemerdekaan diberikan kepada orang Melayu oleh orang putih kepada golongan yang paling mereka (British) percayai pada waktu iaitu Umno,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, British sudah tentu akan memastikan bahawa bukan sahaja kepentingan politik mereka akan terjaga bahkan ekonomi British juga turut dijaga.

British: Pemuda Johor mohon penjelasan Tun M

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Pemuda PAS Johor meminta mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan terhadap beberapa persoalan termasuk penjajahan British dan kemerdekaan negara.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, ini ekoran Tun Mahathir telah memberi penjelasan kepada pandangan kontrovesi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) melalui jurucakapnya, Prof Zainal Kling di mana Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British menasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini.
Walaubagimana pun hakikatnya British bukan menasihat baginda tetapi British telah mengarahkan baginda mengikut telunjuk mereka.
“Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut,” ujar Suhaizan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Persoalannya, kata beliau adalah:

Mat Sabu lawan Zainal Kling

Sejarah memang memerihalkan perkara yang sudah berlalu, namun ia bukan benda mati, malah pentafsirannya cukup dinamik, hidup dan sentiasa berkembang, sehingga boleh merumuskan  pelbagai persepsi. Fakta sejarah sukar dibohongi tetapi "pihak yang menang" mempunyai pengaruh tersendiri untuk "memesongkannya".

Begitulah menariknya polemik sejarah kemerdekaan negara, yang tiba-tiba saja menarik perhatian semua lapisan masyarakat mengikutinya daripada dekat, apabila ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan Utusan Malaysia dan hingga kini, selepas lebih dua minggu, masih menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV.

PKR dakwa program RM2b ATM tiada 'roadmap'

tian chua nurul izzah 080911PKR mendakwa mendapat maklumat mengejutkan mengenai program Network Centric Operations (NCO) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM2 bilion dianugerahkan secara runding terus oleh Kementerian Pertahanan kepada sebuah syarikat terkenal.

Dua naib presidennya juga mendakwa, hingga saat ini, PKR difahamkan projek itu masih belum mempunyai 'roadmap' yang memuatkan program ini dalam keperluan kerangka pertahanan negara di masa hadapan.

MoU: Kenapa Umno mahu mengemis idea CPC

KUALA LUMPUR, 12 Sept: PAS mendakwa Parti Komunis China (CPC) tetap berbahaya dan parti itu sejak dahulu sehingga sekarang konsisten menolak fahaman komunis.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad  berkata, Umno bagaimanapun cuba menghalalkan tindakan mereka mengadakan perjanjian persefahaman (MOU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah meninggalkan ideologi lama mereka.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Bukit Mertajam, semalam.

Hishammuddin harus akui kelemahan sendiri

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengakui kelemahannya sendiri sebagai Menteri Dalam Negeri, bukannya menyerang pemimpin-pemimpin PAS dan menafikan fakta-fakta jelas yang dikemukakan oleh PAS.

Sebagai parti yang memperjuangkan dasar Islam dan bertanggungjawab, PAS tidak akan mengemukakan isu-su rekaan, tetapi kesemua isu yang dibangkitkan berdasarkan fakta jelas yang boleh dibuktikan pada bila-bila masa.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, begitu juga dengan isu yang dikemukakan oleh PAS berhubung dengan pemberian kerakyatan kepada warganegara asing yang dilakukan oleh Kerajaan BN yang ternyata mempunyai bukti-bukti yang jelas.

Menurut beliau, isu tersebut bukanlah isu rekaan, tetapi ia dikemukakan berdasarkan semakan yang dilakukan dari semasa ke semasa oleh PAS.

Kalau tidak dijajah, JWW Birch kawan kita?

GOMBAK, 12 Sept: PAS membidas sikap membisu pemimpin Umno BN berhubung kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, pemimpin Umno perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan itu kerana Zainal adalah ahli Umno.

"Pemimpin Umno kena bertanggungjawab sebab Zainal Kling mewakili Umno. Kita nak tahu pendirian pemimpin Umno.

"Apa pendirian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Kalau tak pernah dijajah semua buku teks kita perlu diubah semula," katanya kepada Harakahdaily.

PKR terkejut negara tidak pernah dijajah

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama Majlis Profesor Negara (MPN) yang menegaskan bahawa negara ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British.

Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah semata-mata sebagai pelindung berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu di ketika itu.

"Sesungguhnya, kita melihat kenyataan tersebut mempunyai implikasi yang besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu.

"Ia menimbulkan persoalan baru, apakah kita ini benar-benar merdeka dan untuk apakah kita meraikan kemerdekaan? Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British," kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar).

Minum petang Najib-Hakim timbul persoalan pemisahan kuasa

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk “minum petang” dengan beberapa hakim tertinggi di Istana Kehakiman telah menimbulkan prasangka Majlis Peguam terhadap sistem pemisahan kuasa di negara ini.

Dalam satu kenyataannya, pengerusinya Lim Chee Wee (gambar) berkata adalah penting untuk membezakan antara pembaharuan kehakiman yang menjadikan proses pentadbiran cekap dalam satu tangan, dan pembaharuan untuk mengatasi masalah, yang dilihat atau sebaliknya, dengan integriti kehakiman.

Nik Aziz: Profesor tidur terlalu lama

NONEMenteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan
kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.

Mahathir merepek, kata Aziz Bari

Bahang polemik kemerdekaan negara kini berpindah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula selepas beliau hari ini menyokong pendapat Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, sebuah portal berita membuat semakan dan menemui versi berbeza pendiriannya - yang dilapor merujuk zaman prakemerdekaan sebagai "zaman penjajahan British" dan "pemerintahan kolonial British".

"Mahathir merepek; lupa? Buat-buat lupa?" soalnya merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 .

Sehubungan itu, Dr Abdul Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, persetujuan Dr Mahathir dengan pandangan Dr Zainal menunjukkan bahawa kedua-dua mereka "putar alam".

PKIPM dakwa Majlis Profesor ‘iktiraf’ British, mahu kenyataan ditarik balik

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKIPM) menggesa Majlis Profesor Negara (MPN) menarik balik kenyataan pihaknya minggu lalu bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan ia seolah-olah mengiktiraf kehadiran kuasa itu di Tanah Melayu.
Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihaknya berpandangan kenyataan akhbar MPN itu tidak boleh dipandang sebagai bernilai ilmiah dan wajar ditarik balik.
“Amatlah malang bagi negara ini sekiranya para ilmuwan kita gagal memahami metod penelitian sejarah secara objektif dan ilmiah.

Dr M: Secara teknikal, negeri Melayu tak dijajah

mahathir pc 260608 01Hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Justeru, Mahathir bersetuju kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.

"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.

Mahathir: Malaysia tak dijajah, tapi penasihat British pemerintah sebenar


SERDANG, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.
Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”
“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.
“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir (gambar).

Lebih ramai pertikai Zainal Kling

pkpim president ahmad fahmi mohd samsudinPelbagai pihak terus membidas kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (bawah) berkata , kenyataan MPN membawa kesimpulan dasar protectorate Inggeris sebagai "tujuan murni" dan seolah-olah mengiktirafnya sebagai "wira pelindung", sekali gus menafikan perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan.

"PKPIM merasakan kenyataan MPN sebagai keliru dan tidak objektif apabila MPN dilihat gagal memberi tafsiran yang lengkap dan memuaskan tentang konsep 'kedaulatan negara'.

Misteri surat izin Komsas

12 SEPT — Isu mengenai sekumpulan penulis yang mendakwa dinafikan hak royalti teks Komsas ternyata masih jauh daripada menemui titik penyelesaian.
Surat rayuan yang ditulis oleh Rohani Deraman (Johor), Amy Suzani Mohd Ainuddin (Kelantan), Hazama Harun (Kuala Lumpur), Mohd Izan Abd Hazes (Kuala Lumpur) dan Erda Roslan Khairi (Putrajaya) pada 26 Ogos 2011 tidak mendapat perhatian pihak berwajib.
Begitu juga e-mel rasmi kepada Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran dan semua penerbit terbabit pada 2 September. Hanya Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bersikap profesional dan gentleman dengan mengirim balasan yang memang memuaskan hati.