Ahad, 11 September 2011

Video : Today in History for September 11th

Video: Afghan Attack Wounds 80 Americans

PRU 13 : MCA juga sedia tukar kerusi dengan komponen BN

KUALA LUMPUR, 11 Sept — MCA juga sanggup bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
Semalam, Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel semalam bahawa parti itu bersedia untuk bertukar kerusi dengan parti komponen BN yang lain.
Hari ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) berkata pihaknya bersedia berbuat demikian sekiranya langkah itu dapat memastikan kejayaan lebih besar kepada BN.
“Kita sokong idea itu kerana melihat dalam konteks yang lebih besar iaitu BN dapat membentuk kerajaan,” katanya dipetik Bernama Online.
Dr Chua juga berkata pemimpin pusat parti itu sedang memberi talkimat kepada pemimpin akar umbi bagi mempersiapkan mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Gossip Ter-HOT


Gossip terhot!!

Kedudukan Najib sebagai Piem 1Malaysia dalam bahaya. Mengapa??

Gossip berbunyi...

Mahligai Pemimpin Gila Dan Tamak..!!


Video : Israel, Egypt Try to Stem Embassy Riot Damage

Video : Japan marks six months since disasters

Video : Bali bombing, nine years later

Video - Afghanistan: Ten years after 9/11

Video : The September 11 decade

Antara pejuang kemerdekaan dan pejuang ideology

Mohd Jamizal Zainol

11 SEPT — Di Malaysia sekarang ini begitu hangat dengan polemik siapa pejuang kemerdekaan yang sebenar sekonyong Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) Mohammad Sabu semasa dalam ucapan politiknya mengatakan Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong juga ialah seorang pejuang kemerdekaan.
Mat Indera dikatakan seorang pejuang gerila bersenjata di bawah Parti Komunis Malaya (PKM) yang ketika itu dengan ganas menyerang dan membunuh anggota polis Melayu di Bukit Kepong. Akibatnya, ramai yang marah dan terluka dengan pendedahan Mohammad Sabu terutamanya sang adikuasa Umno dan anggota keselamatan seperti polis dan tentera

Najib Altantuya Menggelabah, Pakatan Rakyat Makin Mara Ke Putrajaya


Di sebalik ribuan rakyat yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka di Permatang Pauh, nampaknya kegusaran Najib Altantuya semakin ketara.

Apa tidaknya, dengan cubaan berbaur ugutan terhadap mana-mana pihak yang cuba nak tukar sejarah, sebenarnya dia runsing Pakatan Rakyat akan londehkan (baca: sedang dan terus) segala kebusukan yang Umno-APCO bakal tinggalkan apabila selesai pilihanraya umum ke 13 selesai kelak.

UMNO adalah HAK MUTLAK ROSMAH MANSUUR!!!!!!


PERHATIKAN GAMBAR RUMAH TERBUKA MONGGOLIA INI..
DI SELITKAN ANAK PANAH KUNING SEKALI SEBAGAI..
TANDA TANYA ANAK ANAK MUDA..
KAH KAH KAH

Setiausaha politik Najib pasang umpan nak jadi calon?

MENJELANG Pilihanraya Umum ke 13, jentera Barisan Nasional, sedang menjalankan kempen besar-besaran di negeri Kelantan untuk memancing undi. Pelbagai cara pelik dan unik digunakan untuk mengumpan pengundi Kelantan.

SEMUA PENIPUAN KINI TERBUKA

BOESTAMAN DENGAN MATA MATA
MAT SABU : UMNO MEWARASI SIKAP PENJAJAH - mkini

GOMBAK, 11 Sept ─ Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menjadi serangan Umno terus-menerus sejak tiga minggu lalu berkata, parti Melayu kebangsaan itu mewarisi sikap penjajah yang menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka.

Bercakap pada ceramah Negara Berkebajikan: Tawaran PAS malam tadi, Mohamad berkata, beliau sedih apabila dituduh mengagung-agungkan komunis.

“Saya dulu pernah ditahan ISA atas tuduhan pelampau agama, walaupun sudah lebih 30 tahun saya melalui jalan yang mendokong perjuangan Islam, bersama-sama mendokong kepimpinan ulama yang bermula pada 1983, berada di sini sehingga sekarang sebagai timbalan presiden, terus mendokong dasar Islam, tiba-tiba sekarang dituduh komunis... tak sedihkah? Jahat sungguh,” kata beliau.

Video : Landasan Perjuangan Saya Ialah Islam

Video : MP Mahu Status IWK Dibentang Di Parlimen Bulan Hadapan

Video : Umno ubah fakta sejarah

Video : Umno fears the facts of history

PAS cabar Umno buat pendirian Malaysia tidak pernah dijajah

Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menyambut Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Miles Kupa pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran PAS, hari ini. - Foto oleh Jack Ooi
GOMBAK, 11 Sept — PAS mencabar Umno menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah menjadi tanah jajahan British dan tidak dijajah oleh mana-mana kuasa asing lain.

T'ganu diminta sedia kertas kerja mengenai 'bin, binti'...Islam dan hukum syarak bakal tercemar..!!!!

NONEKerajaan Terengganu diminta segera mengemukakan kertas kerja mengenai cadangannya supaya anak tidak sah taraf mempunyai bin atau binti dengan nama bapa kepada kerajaan pusat secepat mungkin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) ketika membuat permintaan itu menyarankan kerajaan Terengganu agar mengambil kira konteks hukum syarak dalam kertas kerja tersebut.

Kertas kerja ini perlu lengkap dan berlandaskan hukum syarak supaya boleh dibincangkan sama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana saya melihat ia (cadangan) baik.

"Bagaimanapun kita juga perlu melihat dalam konteks hukum iaitu melalui ayat al-Quran berbunyi 'panggillah mereka itu dengan nama bapa-bapa mereka' dalam pengertian bin mereka yang sebenar," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas cadangan kerajaan Terengganu mengenai perkara itu baru-baru ini.

'Tak nak' ahli akademik kelirukan masyarakat

Thean Soon Fatt
Saya tertarik dengan surat Profesor Dr Abdul Aziz Bahari. Beliau dengan mudah sekali mematahkan hujah-hujah Profesor Khoo Kay Kim dan Profesor Zainal Kling.

Nampak sangat terdapat orang-orang akademik yang cuba menggilap kasut pemerintah sambil menonjolkan hujah-hujah yang begitu rapuh lagi keliru.

Ahli-ahli akademik ini sanggup menyalahgunakan gelaran dan kedudukan mereka untuk mengelirukan fikiran rakyat. Bagi mereka, ilmu bukan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran tetapi alat untuk mencari nama dan kedudukan.

Benarkah Tanah Melayu tidak pernah dijajah?

Jofri Jaraiee

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Zainal Kling. "Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya baru-baru ini.

Kalau benar tanah air kita tidak pernah dijajah British seperti dakwaan Profesor Datuk Zainal Kling mengapa kita mesti menyambut hari kemerdekaan setiap tahun?

Adakah benar dakwaan profesor tersebut bahawa adalah kesalahan yang amat besar kalau kita katakan kita terjajah selama 400 tahun.

9/11 : Bangunan Pengganti World Trade Center

Phoenix Bangkit!
Ini ialah 1 World Trade Center. Bangunan yang dibina dari sisa abu dan darah mereka yang mati pada hari ini 10 tahun yang lalu. Amacam? Aku lawak nama dia je? 1WTC nama macam sesuatu yang dinamakan oleh #NajibulGhunnah sahaja. HAH!





Mat Sabu, NGO dan laporan polis

Oleh Haris Zuan

 Menjelang sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia seluruh negara terasa kemeriahannya. Tapi kali ini tidak hanya dirayakan secara tipikal dengan melekatkan Jalur Gemilang bersubsidi di kenderaan dan premis masing-masing tetapi disemarakkan dengan isu pejuang kemerdekaan sebenar.
Oh, ya, ketika tulisan ini disiapkan, isian semula prabayar untuk semua rangkaian telefon mudah alih dikenakan cukai sebanyak 6 peratus. Mungkin ini juga termasuk dalam acara sambutan Merdeka.
Mat Sabu – maaf, memperkenalkan siapa beliau hanya akan menghina popularitinya kini – menarik perhatian seluruh warga dengan mengangkat semula tokoh Mat Indera, sebagai pejuang kemerdekaan.

Selepas BERSIH 2.0, 16,010 Anggota Polis Akan Naik Pangkat ......

Seramai 16,010 anggota polis berpangkat Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka iaitu selepas lima tahun berkhidmat. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata melalui kaedah kenaikan pangkat itu, anggota berpangkat Lans Koperal yang telah memenuhi syarat perkhidmatan, layak dinaikkan ke pangkat Koperal tanpa melalui proses temuduga. "Selepas lima tahun perkhidmatan sebagai Lans Koperal, anggota tersebut layak dinaikkan pangkat jika memenuhi syarat-syarat perkhidmatan iaitu lulus undang-undang tetap jabatan, lulus tapisan jabatan dan diperakukan oleh pegawai pemerintah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Makmal Forensik, Maktab Polis Diraja Malaysia di sini Sabtu malam. Ismail berkata fasa pertama telah selesai dilaksanakan pada 15 Julai lepas yang melibatkan 1,294 anggota dinaikkan pangkat manakala fasa seterusnya iaitu 14,716 anggota lagi akan dinaikkan pangkat secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Wakaf Terbesar Di Malaysia : Usaha selesai kes tanah wakaf Chenderong luar mahkamah gagal


KUALA LUMPUR, 11 Sept - Nasihat mahkamah agar plaintif dan defendan menyelesaikan kes mencabar status konsesi tanah wakaf Chenderong lebih 25,000 hektar — keluasannya hampir sama dengan bahagian pulau negeri Pulau Pinang, tidak menjadi kenyataan ekoran keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menolak cadangan dibawa pihak memfailkan tuntutan.
Hari ini, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, yang menguruskan tanah tersebut, menolak cadangan yang diketengahkan oleh plaintif.
Salah seorang peguam plaintif Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, pihaknya menerima makluman daripada peguam defendan bahawa pihaknya memutuskan tidak dapat menerima cadangan plaintif atas alasan apa yang dilakukan mereka selama ini adalah betul mengikut undang-undang.
Ekoran perkembangan itu mahkamah dijadual akan mendengar sepenuhnya kes tersebut selepas ini. Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu mengetengahkan nasihat itu akhir Mei lalu.

Anything But Umno

We can only surmise that Gani Patail has enough to sink Umno dulu, kini dan selamanya. Just like probably VK Lingam knew too much that he could not be charged with subverting justice by trying to influence in the appointing of judges and just like how Tajudin Ramli knows enough about the backroom deals to warrant the government asking GLCs to stop litigation against him.
Ali Kadir, 

Raja Petra Kamarudin (RPK), the blogger, is right. We don’t know if Pakatan Rakyat will be able to govern our beloved country responsibly or walk the talk.
But we do know that they will not be worse than the plundering and blundering hordes of Umno. I say Umno and not BN because in reality the BN component parties such as the MCA, MIC, etc are subsidiaries of Umno. They may have a different flag, motto and even president but their mission statement is to be subservient to Umno.
The elections are around the corner. How do we know that? Simple, the clamour for allocations and funds is getting louder in Umno. Soon, we will be asked to make a choice and by my reckoning the choice is clear: Anything But Umno.

‘Not going to be easy for Najib’

Analysts say Najib is caught in a bind and will have to tread extremely carefully to avoid being seen as favouring Muslims or the non-Muslims in his efforts to mediate.
ANALYSIS
KUALA LUMPUR: A raid on a church by Muslim authorities has raised religious tension in Malaysia and could cost Prime Minister Najib Tun Razak votes in an election set for 2013 but which many expect to come much earlier.
The raid has sparked an angry verbal battle between Christians and the majority Muslims, forcing Najib to seek what may be an elusive peace between the ethnic Malays and minorities, both of which believe the government isn’t doing enough to safeguard their rights.
Conservative Muslims want the government to crack down on what they say is growing boldness by Christians to try to convert Muslims, which is an offence in Malaysia, while ethnic minorities worry their rights are being eroded.

MP Mahu Status IWK Dibentang Di Parlimen Bulan Hadapan


SHAH ALAM 11 SEPT : Kerajan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepatutnya membentangkan hal yang berkaitan kepentingan awam melalui saluran yang betul seperti sidang parlimen dan bukannya diketahui melalui "sumber-sumber" tertentu dalam kementerian.

Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, status sebenar syarikat pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) yang pernah diselamatkan oleh kerajaan menggunakan duit rakyat sebelum ini, hakikatnya memerlukan penelitian yang serius memandangkan ia pernah merugikan dana awam.  

Bukan hantu la....

Oleh: MSK
Ramai orang ingat, bila seseorang tu dah ada title, maka dia tergolong dalam orang pandai. Kalau title dia Ustaz, mesti pandai ugama. Kalau title dia Lebai, bawah sikit.
Begitu juga dalam pendidikan, kalau dia SRP, yang tu low class. Kalau ada SPM..tinggi sikit. Kalau ada ijazah, yang tu pandai. Kalau ada Dr. atau Proffessor..yang tu paling kelas!
Apa yang umno buat untuk menjadikan orang-orang Melayu pandai ialah dengan menaiktaraf title. Kalau dulu sapa yang belajar di kolej, cuma dapat Diploma. Sapa yang belajar di Universiti, dapat ijazah. Lantas, kolej dinaiktaraf jadi Universiti dan peluang untuk mendapatkan ijazah dipermudahkan. Hasilnya melambaklah graduan yang ada ijazah dan bergelar professional. Bila dah ramai professional, orang yang ‘tak professional’ macam aku dah susah nak cari makan.
Kira-kira empat tahun dulu.(2007), aku dijemput oleh Friends of Botanical Garden Penang untuk memberikan satu lecture tentang alternative lifestyle. Fokus aku ialah pemakanan dan perubatan tradisi.

Mengapa Najib membisu tentang Mat Indera?

 
Catatan saya adalah berkaitan datuk kepada Dato Seri Najib Razak yakni kisah tentang bapa kepada Tun Abdul Razak Hussien.Sebagaimana yang kita maklumi Najib Razak dilahirkan dari keluarga bangsawan feudal Melayu.Datuknya adalah Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang Hussien bin Mohd Taib.
Sewaktu penjajahan Jepun,Dato Hussien menjadi Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Temerloh yang telah dijawatnya semenjak tahun 1924.Sewaktu Jepun menduduki Temerloh,maka bermulalah kisah ini yang tidak pernah dicatat di dalam mana-mana buku sejarah

Dato Hussien telah ditangkap oleh Kempetai Jepun atas tuduhan menjadi tali barut Inggeris.Jepun yang terkenal dengan keganasan mereka diluar perikemanusiaan akan menyiksa siapa sahaja yang ditangkap tidak kira yang ditangkap itu bersalah atau sebaliknya malah bukti juga tidak perlu cukup sekadar syakwasangka sahaja.Itulah nasib yang menimpa Dato Hussien apabila beliau ditangkap dan dibawa ke Rumah Pasung Temerloh.

Majlis Perjumpaan Hari Raya bersama keluarga Borhanuddin Al Helmy

Oleh DPP Perak

Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Berikut dimaklumkan majlis tersebut seperti berikut:-

Tarikh : 11 September 2011

Tempat : 222, Lorong 3, Kampung Sungai Tapah Tambahan, Ipoh.

Masa : 2.00 hingga 5.00 petang

Harap maklum, terima kasih...


SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Najib beri amaran jangan cuba nak ubah sejarah..hu..hu...siapakah yang ubah sejarah..???

KUALA LUMPUR, 11 Sept ─ Datuk Seri Najib Razak memberi amaran supaya jangan ada mana-mana pihak cuba mengubah sejarah dengan mengagung-agungkan mereka yang mengkhianati tanah air seperti komunis.
Dipetik Berita Harian Online, Perdana Menteri (gambar) dipetik berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Penanti di Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini.
Pada Selasa lalu, PAS menggesa Putrajaya agar membentuk sebuah jawatankuasa Kabinet untuk meneliti semula fakta sejarah berkaitan perjuangan kemerdekaan di sebalik kontroversi ekoran kenyataan timbalan presidennya Mohamad Sabu, bulan lalu.

Video : Mat Sabu Tidak Disiasat Bawah ISA

Video : Laporan Polis Risalah Palsu

Video : Guan Eng on 6% Prepaid Tax

Video : 'Saya perjuang Islam, bukan komunis'

Rumah Terbuka M'sia: Najib terpaksa gempur kubu Anwar....makin terdesak..!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu di Permatang Pauh dengan menaiki sebuah teksi.

Menurut Bernama, ketibaannya pada pukul 12 tengah hari disambut ribuan penduduk tempatan yang datang seawal 8 pagi, dengan diiringi paluan gendang pelbagai kaum dan komuniti 1Malaysia oleh kumpulan gendang tentera dan pelajar sekolah.

federal government hari raya open house permatang pauh 110911 01Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, barisan menteri kabinet dan pemimpin BN negeri.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu dimulakan dengan acara sentuhan rakyat oleh Perdana Menteri dan pemimpin BN dengan berkunjung ke rumah Norasmah Othman, 41, suri rumah yang terpaksa bekerja untuk menyara enam orang anak slepas suaminya menghidap penyakit kulit kronik.

Koleksi Ucapan Tunku, Mahathir, Pak Lah dan Najib SAHKAN M'sia Pernah DIJAJAH

Ucapan Tunku Abd Rahman ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, “... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britain; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh...” (Thus today a new chapter opens in our relationship with Britain; our colonial status has given place to full equality)

Dalam perutusan sambutan Hari Kebangsaan Ke-25 pada tahun 1982, setahun selepas dilantik sebagai perdana menteri, Dr Mahathir memulakan ucapan dengan berkata, “Hari Kebangsaan kali ini merupakan peristiwa yang amat penting. Sambutan Jubli Perak ini menandakan sesuku abad kita telah merdeka, bebas dari belenggu penjajahan, dan sesuku abad kita menentukan nasib kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang bebas dan berdaulat. Syukur, alhamdulillah, negara kita sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera dan terkawal, dan hari ini, kita dapat menyambut Jubli Perak negara kita dalam suasana aman dan bahagia.”

Anak Zina Berbinkan Bapa: Langkah Kerajaan Terengganu Diselar


Bakal rosak salasilah

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) membantah mekanisme yang dicadangkan kerajaan negeri Terengganu bagi membolehkan anak tak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti kepada nama bapa berikutan tidak bertepatan dengan hukum syarak.

Presidennya, Mohamad Isa Abd Ralip berkata, anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada nama bapa berikutan ia menyentuh soal menetapkan keturunan atau pertalian kekeluargaan berdasarkan hubungan darah yang sah iaitu menerusi ikatan perkahwinan yang ditetapkan syarak.

AWER: Cadangan penswastaan Indah Water melanggar Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membantah cadangan penswastaan Indah Water Consortium (IWK) oleh 1MDB (1 MalaysiaDevelopment Berhad) kerana ia memudaratkan keadilan sosial dan ekonomi serta tidak sehaluan dengan undang-undang di Malaysia.

Perkhidmatan air dibahagikan kepada perawatan air, bekalan air dan perkhidmatan pembentungan.  Akta IndustriPerkhidmatan Air 2006 (WSIA) adalah undang-undang yang mengawalselia semua perkhidmatan air dari segi teknikal, ekonomi dan kualiti perkhidmatan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.  Undang-undang ini mula dikuatkuasakan pada tahun 2008.

NGO berkhidmat untuk Rakyat Malaysia

1. NGO dan Kepentingan Rakyat

Kewujudan dan pembentukan NGO adalah untuk mempertahankan, memajukan dan mengembangkan kepentingan masyarakat tertentu.  SUARAM terbentuk dalam keadaan krisis dalaman parti pemerintah berlaku pada 1987 dan penahanan ISA secara besar-besaran di bawah operasi lalang.  Selepas dibebaskan pada tahun 1989, bekas tahanan operasi lalang dan mereka yang terlibat dalam "kumpulan sokongan keluarga tahanan" (families support group) telah mengasaskan SUARAM untuk berkempen bagi memansuhkan ISA dan untuk memantau, mendokumenkan dan untuk mempertahankan hak asasi manusia.  Sejak itu, SUARAM menjadi NGO utama yang menentang penahanan tanpa bicara.

Sejak tahun 1989, SUARAM telah menjadi penyelaras utama gerakan anti ISA dan lain-lain akta tanpa bicara seperti Ordinan Darurat (EO) dan Akta Dadah Berbahaya (DDA).  Pejabat kami berfungsi memberi perlindungan kepada mereka yang ahli-ahli keluarganya telah menjadi mangsa penindasan kerajaan.  Kami menghantar rayuan segera di seluruh dunia setiap kali berlakunya penahanan (tanpa bicara) atau penindasan hak asasi manusia.

Masalah kaum India berpunca dasar tamak UMNO-BN

Punca kepada masalah-masalah masyarakat India di Malaysia adalah kerana dasar UMNO-Barisan Nasional yang terkenal dengan tipu helah dan konspirasi mengaut keuntungan untuk poket sendiri semata-mata.
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy berkata, beliau secara berprinsip menolak untuk berdebat dengan MIC atau PPP berhubung masalah masyarakat India kerana mereka ibarat lalang dalam BN.
“Masalah dihadapi masyarakat India selama ini adalah berkaitan masalah dasar UMNO. Apa hasilnya kalau saya berdebat dengan MIC atau PPP?” katanya mengulas cadangan forum debat anjuran Malaysian Indian Business Association (MIBA) yang dijadualkan di Kuala Lumpur esok.

Komsas: Empat penulis lapor polis

Mereka mengadu bahawa penerbit enggan bayar royalti selepas terbitkan karya mereka sebagai teks Komsas.
KUALA LUMPUR: Empat penulis yang karya mereka terpilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) membuat laporan polis semalam kerana merasakan diri mereka ditipu dan dianiaya penerbit.
Mereka ialah Rohani Deraman (gambar) yang membuat laporan polis di Johor Bahru, Amy Suzani Mohd Ainuddin (Kota Bharu) serta pasangan suami-isteri, Mohd Izan Abd Hazes dan Hazama Harun (Kuala Lumpur).
Amy Suzani membuat laporan di di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa pada pukul 12:30 tengah hari semalam.
“Saya merasakan inilah pilihan paling tepat setelah terlalu banyak dolak-dalik oleh pihak terbabit. Pintu untuk perbincangan yang membolehkan saya mendapat hak saya bagaikan sudah tertutup.

Cukai perkhidmatan 6%: Najib tuding jari....siapa pula akan jadi kambing hitam..!!!

"Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6% ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan," kata Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli.
PETALING JAYA: Kegemaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak suka menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya sendiri tidak disukai rakyat sudah menjadi tabiat.
“Oleh itu tidak hairanlah apabila Najib menyalahkan syarikat telekomunikasi atas kenaikan harga akibat cukai perkhidmatan 6%,” kata Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media.
Katanya, adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan Belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

SEJARAH MERDEKA: Rakyat Semakin Keliru..bila MPN celaru...!!

Oleh Naib ketua DPP

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) terkejut dengan kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) yang mendakwa bahawa Tanah Melayu atau Malaysia bukannya dijajah oleh British tetapi hanya mentadbir Negara ini sahaja ketika sebelum Negara yang dikatakan mendapat Kemerdekaan pada Tahun 1957 daripada British. Bagi kami ianya satu kenyataan yang dangkal lagi memalukan oleh kerana mereka yang dikatakan berpendidikan tinggi hatta bertaraf Profesor amat mengelirukan sejarah tanahair serta rakyat amat terperanjat sama sekali.

31 OGOS Hari Penipuan Sejarah Malaysia.?

Oleh: mohdnoorawang

"Sudah 54 tahun rakyat Malaysia menyambut hari sejarah menipu 31 OGOS setiap tahun. Jika benar apa yang dikatakan oleh dua orang PROFESSOR KHOO KAY KIM DAN PROFESSOR ZAINAL KLING ahli sejarah dan ahli akademik.

Mengapa baru sekarang dua orang PROFESSOR dan orang yang sealiran dengannya bersuara dan membuat kenyataan bahawa NEGARA MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH OLEH BRITISH?

PM. Najib Sudah Pelupa Hanya Suka ikut kata Bininya

Oleh: mohdnoorawang

"Hakikatnya rakyat Malaysia harus sedar dari tipuhelah Pm Najib Razak. BN/UMNO yang menaikkan CUKAI PERKHIDMATAN KEPADA 6 PERATUS BERKUATKUASA JANUARI 2011.

Pm Najib razak merangkap menteri Kewangan membentang BAJET NEGARA 2011 DI DEWAN RAKYAT DAN MELULUSKAN 6 % CUKAI PERKHIDMATAN DALAM SEMUA BIDANG TERMASUK RERTORAN DAN TELEKOMINIKASI.

Cukup anih dan amat malang Najib Razak terlupa dan menuding jari kepada operator telekominikasi, cukai perkhidmatan  yang dibuat oleh Najib dan BN/UMNO.

Parti Umno rekaan British semakin tergugat

Oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Saya ingin membuat kenyataan media terhadap beberapa persoalan yang mengejutkan Negara akhir-akhir ini , pada asasnya saya melihat ada satu kecenderungan dari para professor yang menjadi pengampu kepada kerajaan BN yang mahu perbodoh rakyat.

Keadaan ini tidak boleh kita biarkan kerana kesannya amat buruk kepada masa depan negara.

Dari sudut lain saya menjagkakan juga merupakan strategi untuk terus menerus mengalih pandangan rakyat kepada isu lain yang lebih besar, juga selepas isu komunis nampaknya kurang menjadi.

Populariti Najib jatuh merundum: Dr M beri isyarat giliran Muhyiddin

Populariti Najib jatuh merundum: Dr M beri isyarat giliran Muhyiddin Keadaan baru-baru ini nampaknya tidak memihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam komen mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, beliau jelas menunjukkan dia telah menjauhkan dirinya daripada anak didiknya. Beliau bersetuju dengan penemuan kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan kedudukan populariti Najib menjunam 6 mata peratusan kepada 59% daripada 65% sejak tiga bulan yang lalu pada bulan Mei.
Reaksi Mahathir, walaupun kurang menyenangkan, adalah penting memandangkan ramai ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin BN mempertikaikan atau menolak tinjauan pendapat oleh Merdeka Centre ini. Walaupun berusia 85 tahun, Mahathir masih merupakan broker kuasa yang masih bersuara dalam UMNO, parti politik terbesar yang telah memerintah secara autoritarian di Malaysia sejak 5 dekad yang lalu.

Dr M: Sejarah di sekolah kurang tepat..pulak..!!!

tunku abdul rahman merdeka declaration 261004Matapelajaran sejarah yang diajar di sekolah-sekolah dilihat kurang tepat kerana tidak mempunyai latar belakang perjuangan kemerdekaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata subjek itu tidak begitu tepat kerana salah satunya cerita mengenai peranan Tunku Abdul Rahman yang memperjuangkan kemerdekaan negara tidak banyak disebut dalam sukatan matapelajaran berkenaan.

"Ramai daripada generasi muda tidak begitu faham dengan sejarah dan asal-usul negara kerana ada percubaan untuk mengubah sejarah daripada fakta kepada khayalan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Centennial KSAH-SAHOCA di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata kerana itulah kerajaan perlu menumpukan apa sebenarnya berlaku supaya tulisan tentang sejarah negara tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik semasa.

Malaya was never a colony: Umno makes a fool of itself and the country

Malaya was never a colony: Umno makes a fool of itself and the countryAnyone following the Umno vs Mat Sabu debacle may be a little confused as to why the PAS leader glorified the Communists as reported by Utusan Daily, whom he is  about to sue for twisting his words.
Contrary to the historical perception shaped by 5 decades of BN hegemony, the Communists did play a role as freedom fighters in the country against the British Occupation. This debacle has caused a furore among army and police veterans whose forefathers had fought against the Communists and British Rule, and who have little or no knowledge of what actually transpired.
Mat Sabu’s good intentions were grossly misquoted by the mainstream media and sad to say, some distinguished professors aligned to the BN saw fit to support their politicians rather than the facts as they were.

Royalti tak dibayar: Penulis buat laporan polis

muhyiddin yasin muhyiddin yassinKecewa dengan reaksi kerajaan yang gagal menyelesaikan masalah tuntutan royalti sekumpulan penulis yang karya mereka terpilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas), seorang daripada mereka membuat laporan polis.

Rohani Deraman, penulis cerpen berjudul 'Warkah dari Ibu' (2001) dan novel 'Cempaka Putih Untukmu' (2001) membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Johor Bahru Selatan, semalam.

Dalam laporannya, Rohani mendakwa kedua-dua hasil karyanya itu yang dicetak dan digunakan sebagai teks Komsas tetapi tidak dibayar sebarang royalti.

“Tindakan ini saya anggap sebagai penganiyaan dan penipuan terhadap penulis sebagai individu yang menghasilkan karya berkenaan dan berhak mendapat royalti/honorium,” petik laporan itu.

PKPIM desak Putrajaya tunai janji mansuh PPSMI

KUALA LUMPUR, 11 Sept ─ Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak agar Kementerian Pelajaran bertegas dalam keputusannya memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Putrajaya telah memutuskan untuk memansuhkan dasar PPSMI secara berperingkat mulai 2012.
Presiden PKPIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata cadangan Kementerian Pelajaran untuk mempertimbangkan memberi autonomi kepada sekolah untuk memilih sama ada menggunakan Bahasa Malaysia atau Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik adalah sangat mengejutkan.
“PKPIM menganggap keputusan Kabinet yang diumumkan sebelum ini tidak dipandang secara serius oleh kerajaan dan keputusan ini boleh berubah pada bila-bila masa memandangkan terdapatnya usaha-usaha pihak tertentu seperti Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) yang mahu mempengaruhi pihak kerajaan secara konsisten untuk memastikan pemansuhan dasar berkenaan ditarik balik,” kata Fahmi dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas IGP Rahim dakwa Mat Sabu rakus mahu menang PRU

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak harus “rakus” sehingga hanya mahu menang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya dan memperkukuhkan pengaruh politik.
Malah Rahim yang menjadi perhatian ekoran insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berkata, beliau juga tidak mahu Mohamad menggunakan polis sebagai modal ataupun bahan politik sehingga menggambarkan mereka sebagai “satu jabatan daripada Umno.”

'KJ budak baik, berpotensi jadi pemimpin PAS'

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin kerana ketua pemuda Umno itu tidak banyak 'menghentam' dan menyerangnya secara peribadi.

azlanSebaliknya, pada ceramahnya di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam semalam, Mohamad berkata beliau memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana timbalan presiden Umno itu yang banyak menyerangnya supaya "bertaubat dan bertakwa".

"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.

"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," katanya dengan nada menyindir dan dipetik Harakahdaily.

Saya perjuang Islam, bukan komunis - Mat Sabu

GOMBAK, 11 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pegangan dan perjuangannya adalah Islam sejak kecil lagi dan bukan komunis seperti dilabel Umno dan akhbarnya, Utusan Malaysia.

Berucap dalam ceramah di Dewan Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam tadi, Muhamad berkata pegangannya dan perjuangannya terhadap Islam tidak pernah berubah sejak dulu lagi.

"Saya memilih perjuangan atas dasar Islam. Masa remaja dulu saya pilih Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Kemudian tahun 1978 saya sertai perjuangan parti Islam (PAS), sokong perjuangan ulama.

Kolonial: Ucapan PM dari era Tunku sudah hujah ‘negara pernah dijajah’


KUALA LUMPUR, 11 Sept — Di sebalik kontroversi kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong, elemen yang menjadi polemik terbaru ialah sama ada negara ini pernah menjadi tanah jajahan Britain dan dijajah oleh kuasa asing.
Dua hari lalu, PAS mencabar Majlis Profesor Negara (MPN) terutama jurucakapnya Profesor Dr Zainal Kling agar menulis artikel atau buku ilmiah bagi mengemukakan cadangannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.

PAS : Lucutkan Gelaran Profesor Zainal Kling

KUALA LUMPUR 11 SEPT : Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa mahu pihak Majlis Profesor Negara (MPN) melucutkan keanggotaan Profesor Zainal Kling bagi memelihara kredibiliti majlis ini kerana menimbulkan kekeliruan dengan mendakwa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.
Mujahid berkata, kenyataan Zainal yang mewakili MPN itu telah menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka.

“Oleh itu saya menuntut supaya pihak MPN melucutkan beliau dari terus menganggotai MPN bagi memelihara kredibiliti majlis ini dan menuntut supaya gelaran profesor (beliau) ditarik balik kerana menghina sejarah bangsanya sendiri dan penghayatan kemerdekaan yang baru sahaja kita sambut,” kata pemimpin PAS itu dalam satu kenyataan media.

Video : Fighters bring battle to Libya's Sirte

Video : NTC chief arrives in Tripoli

Video : Fight for Bani Walid continues

Jaminan PAS: PM, TPM tetap Muslim jika Pakatan tawan Putrajaya


KUALA LUMPUR, 11 Sept - Datuk Mustafa Ali memberi akar umbi PAS jaminan bahawa dua jawatan tertinggi kerajaan pusat - perdana menteri dan timbalan perdana menteri - akan diketuai oleh komuniti Islam jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13.
Parti itu dilihat memberi jaminan bagi mengekalkan sokongan kalangan orang Melayu khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar sementara spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Hisham: Biar Peguam Negara tentukan tindakan ke atas Mat Sabu...rakyat menunggu reka tuduh tu..!!!

KLANG, 11 Sept ─ Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong.
Beliau (gambar)  berkata kes Mohamad banyak berkisar kepada undang-undang dan oleh itu hanya Peguam Negara yang dapat menentukan bentuk tindakan terhadap beliau.
“Saya tak boleh cakap lebih dari itu, nanti orang tuduh kita menyuruh dan mengarah Peguam Negara.

PM, DPM to remain Muslim, PAS assures Malay electorate


KUALA LUMPUR, Sept 11 — PAS has moved to assure its grassroots that the country’s top two leaders will still be Muslim if Pakatan Rakyat (PR) takes over the country. The issue was raised at the Islamist party’s national meeting here yesterday as its political rival Umno has touched on the viability and captaincy of the PAS-DAP-PKR opposition pact.
“I can guarantee you the prime minister will be a Muslim, and hopefully the deputy prime minister will also be a Muslim,” party secretary-general Datuk Mustafa Ali told PAS delegates attending the day-long briefing of its “Negara Berkebajikan” concept to be rolled out as part of the party manifesto for the 13th general elections widely expected to be called by end of this year.
“Imam, Insya Allah, selamat [the imam, Insya Allah, is safe],” he added.