Sabtu, 10 September 2011

Dr M: Saya tiada kaitan dengan Penawar didakwa desak Najib undur...cakap terbalik...!!


KUALA LUMPUR, 10 Sept — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak terlibat dalam Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang awal bulan lalu didakwa menggerakkan usaha memaksa Datuk Seri Najib Razak agar berundur.
Penawar yang diketuai oleh bekas Ahli Parlimen Shah Alam dan bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin telah pun menafikan dakwaan sedemikian sebulan lalu.
Sehubungan itu, Dr Mahathir (gambar) menegaskan beliau tidak tahu adanya gerakaan seumpama itu dan sekiranya ada beliau sama sekali tidak terlibat.

Tak perlu takut minta maaf, Ibrahim Ali nasihati Mat Sabu..ha..ha.ha..uweeek..!!!

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Datuk Ibrahim Ali menasihati Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu agar meminta maaf dan tidak perlu takut untuk berbuat demikian atas kenyataan berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong di Pulau Pinang bulan lalu, yang menjadi kontroversi buat minggu ketiga sekarang.
Presiden Perkasa ini berkata ucapan Mohamad atau Mat Sabu pada majlis itu amat mengelirukan dan secara tidak langsung pemimpin kanan PAS itu dilihat cuba mengubah fakta sebenar sejarah negara.
“Mat Sabu tidak perlu takut atau malu untuk menarik balik ucapannya tempoh hari atas alasan terlanjur. Ini kerana ‘ular yang menyusur akar, tidak akan hilang biasanya,” katanya dipetik Bernama Online.

Husni sahkan IWK akan digabung dengan entiti kerajaan

IPOH, 10 Sept – Putrajaya akan menggabungkan syarikat pembetungan negara Indah Water Konsortium (IWK) dengan sebuah unit kerajaan, demikian disahkan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini, mengesahkan laporan The Malaysian Insider semalam.
Ahmad Husni berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Ekonomi Kebangsaan baru-baru ini.

PPSMI: Kajian JMM tidak tepat, kata Kementerian Pelajaran

BATU PAHAT, 10 Sept – Kajian oleh Jaringan Melayu Malaysia  (JMM) yang menunjukkan 50 peratus ibu bapa mahukan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak tepat kerana ia dilakukan secara tidak komprehensif.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan kajian terbabit dilakukan tanpa mengambil kira pelbagai aspek, dan hanya bergantung sama ada ibu bapa bersetuju terhadap PPSMI.
“Kajian itu tidak meliputi tentang keberkesanan PPSMI dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Ia (kajian) tidak dilakukan secara empirikal dan tidak komprehensif,” katanya dipetik Bernama Online.
Puad berkata, pihaknya telah melakukan kajian terperinci ditambah pula dengan beberapa perbincangan meja bulat dengan pakar pendidikan negara sebelum membatalkan pelaksanaan PPSMI.
Malah menurut beliau,  kementerian juga menolak PPSMI berdasarkan keputusan pelajar yang merosot dalam subjek sains dan matematik pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2008.

Video : NTC commander on the battle for Bani Walid

Aziz Bari: Seperti Ops Lalang, polis jadi ‘kambing hitam’ halang Bersih 2.0


KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berkata kerajaan tidak harus mempersalahkan pasukan polis berhubung kesan akibat cara menangani isu Bersih 2.0 – yang didakwa menjadi antara punca kemerosotan kepimpinan Najib dan kerajaan pusat.
“Kerajaan tidak boleh mempersalahkan polis dalam isu Bersih,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
Justeru, Aziz (gambar) berkata pasukan polis sebenarnya sebahagian daripada perkhidmatan awam dan ia terletak di bawah penyeliaan kuasa eksekutif iaitu kerajaan pusat semasa.

Video - Special edition: Libya's future

Video : Niger a safe haven for Gaddafi loyalists

Video : Current Egypt- Israeli relation timeline

PAS perlu segera laksana 'negara berkebajikan'

PAS perlu segera menterjemah konsep negara berkebajikan yang ditawarkan sebagai agenda parti itu dalam pilihan raya umum akan datang, kata pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi Abdul Hamid.

Katanya, konsep yang diuar-uarkan PAS itu perlu dilihat sebagai alternatif yang kukuh untuk ditawarkan kepada rakyat dan bukan satu retorik kosong semata-mata.

"Negara berkebajikan ini mesti mempunyai pelbagai elemen yang menyentuh keperluan rakyat selain daripada agenda yang telah dibentangkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Putrajaya nafi cukai kad prabayar mahu biaya Umno hadapi PRU

BACHOK, 10 Sept – Tuduhan  sesetengah pihak kononnya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM adalah untuk Umno membiayai pilihan raya umum kelak, amat tidak bertanggungjawab.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali dan tiada kaitan langsung dengan pilihan raya.
“Ia satu tuduhan melulu dan tidak waras,” katanya dipetik Bernama Online.

Bukan dijajah: Pemimpin PAS dakwa Prof Zainal hina bangsa sendiri


KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pemimpin-pemimpin PAS terus melahirkan pendirian kecam sambil menyifatkan kenyataan Prof Zainal Kling yang menganggap Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British atas alasan hanya ada perjanjian naungan sebagai sesuatu yang memalukan dan menjatuhkan kredebiliti beliau sebagai ahli akademik.
Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan beliau yang mewakili Majlis Profesor Negara (MPN) menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka.
“Kurikulum sejarah sekolah-sekolah sejak sekian lama memahamkan pelajar kita bahawa British adalah penjajah dan kita merdeka dari penjajah dengan laungan Merdeka!
“Ia tidak memerlukan seorang profesor untuk memahami bahawa ‘merdeka’ membawa pengertian kebebasan dari sesuatu penjajahan dan bukan naungan,” kata Ahli Parlimen Parit Buntar ini dalam satu kenyuataan hari ini.
Mujahid menambah, kenyataan beliau turut menghina pejuang bangsa selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya “istilah ‘pejuang kemerdekaan’, mengapakah adanya semangat nasionalisme menentang penjajahan British?”

10,000 peluang pekerjaan baru di Selangor

SHAH ALAM, 10 SEPT – Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor menawarkan hampir 10,000 peluang pekerjaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berikutan kemasukan pelaburan bernilai RM5.2 bilion.
Kejayaan besar ini adalah hasil pentadbiran negeri yang telus, bertanggungjawab dan cekap yang telah meluluskan 135 projek, jauh lebih tinggi dari negeri-negeri lain dalam tempoh yang sama tahun ini.
Negeri-negeri lain hanya mencatatkan di antara 2 dan  93 projek sahaja dalam tempoh yang sama.
Dalam tempoh ini, Selangor menerima pelaburan asing RM3.1 bilion dan pelaburan tempatan RM2.1 bilion. Daripada 135 projek yang diluluskan pula,  89 adalah pelaburan baru manakala 46 adalah mengembangkan pelaburan sedia ada.

Nasib Pemandu Teksi Selangor, Kuala Lumpur Bakal Terbela


KLANG 10 SEPT: Keperitan hidup yang dialami pemandu-pemandu teksi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang terbeban sejak sekian lama akibat eksploitasi golongan yang tidak bertanggungjawab bakal menemui titik noktah apabila Pakatan Rakyat akan membawakan suara mereka ke parlimen bulan hadapan. 

Project M 1994: Till now, Jeffrey unable to shake off King of Frogs tag

Project M 1994: Till now, Jeffrey unable to shake off King of Frogs tag There is much debate over who is the most notorious political defector in the Malaysian scene. One of the chief contenders in Jeffrey Kitingan, whom most Malaysians in the peninsula remember as the young and dashing younger brother of Sabah strongman Joseph Pairin.
But along with bell-bottoms and John Travolta dance-steps, those days have faded. Sad to say, Jeffrey is still known as the King of Frogs as far as many Sabahans are concered. Few have forgiven him for the 1994 debacle in which his brother's Parti Bersatu Sabah government was toppled, paving the way for the peninusla-based Umno to take root and flourish in the Land below the Wind.
Till now, both brothers seldom talk about what happened although they have remained on talking, if slightly distant, terms.

Three brothers file report over police brutality

Handcuffed, assaulted and asked to pay a bribe of RM150 for a traffic violation
KUALA LUMPUR:  Three brothers lodged separate police reports against police after they were allegedly beaten up while hancuffed and asked to pay a bribe to settle a traffic offence.
M Gunasegaran, 22, M Thenes, 20 and M Magendran 15 lodged their reports at the Tanjung Malim Police station in Perak after the incident.
Gunasegaran, a wireman, said that on Sept 4, he was on his way to buy groceries at a shop not far from his home when he was stopped by a police officer for not wearing a helmet.
“I was not carrying the necessary documents when I was stopped and offered to show it to  the officer if he allowed me retrive them from my home.

BERSIHkan Senarai Undi

Pernah anda melihat ic warna hijau ? alamat kiamat ke apa ni ? ...... selepas didedahkan semalam oleh Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, hari ini Kad Pengenalan Hijau jd pengundi, LESAP dlm JPN , Numi Syukri 880306115096 ,Hasmidah Bt Surahbil 820315126446,Jamaluddin Tahir , 840803125475, Sebarkan !


http://semakan.jpn.gov.my/semak_nokpt/


Selagi tidak dibersihkan, jangan bubar Parlimen ! 

Mat Indera Tidak Menambah UNDI BN

Oleh Prof. Hamirdin

Dalam lecuran air liur BN untuk meraih undi setelah mensensasi isu Mat Indera Mat Sabu, mereka masih lagi tidak berpijak ke bumi yang kukuh. Mempromosi dan menggendang isu ini segegak garuda melanda bumi tidak menaikkan undi kepada BN, cuma apa yang berjaya dilakukan oleh Goebbles BN ialah menaikkan semangat perkauman yang tinggi dan mengkompomkan untuk kali yang kesekiannya bahawa demi undi, BN lakukan apa sahaja untuk meraihnya.

Joseph Geobbels

Sejarah yang disongsangkan?

Oleh: IbnuSabah

"Isu banyak sangat untuk ditulis. Setiap rakyat mempunyai peranan masing-masing dalam membongkarkan segala kebenaran yang masih disembunyikan oleh penguasa elitis politik rakus, bukan sahaja tentang sejarah. Bahkan pentadbiran negara, keadilan, pendidikan, politik rakus, sistem pilihanraya yang rosak, sistem kewarganegaraan yang diperkoasa, harga barangan asas yang melonjak, perlakuan rasuah yang membeban rakyat dan negara dan macam-macam ada!

Sejarah disongsangkan

Keputusan kes empangan Bakun tamparan kuat terhadap hak rakyat

PSM melihat keengganan hakim membuat keputusan sebagai kegagalan menegakkan prinsip-prinsip Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asal.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan menyelar keputusan kes yang tidak berani membuat keputusan mengiktiraf hak tanah adat masyarakat dalam kes Bato Bagi dan lima yang lain menentang kerajaan Sarawak.
“Keputusan kes ini adalah satu tamparan kuat kepada hak asasi dan hak tanah.
“Keputusan yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, Hakim Mahkamah Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Shariff membuktikan sekali lagi sistem kehakiman negara ini gagal memberi keadilan kepada masyarakat tertindas,” kata Arutchelvan dalam satu kenyataan media.

Gambar Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Berasmara Dengan UMNO/BN

Orang tuduh dia nak perosak kerajaan PR Selangor...balik-balik dia pulak tuduh Kerajaan PR Selangor mahu jatuhkan dia dari penjadi pengerusi MAIS...hahaha tak ada aki punya orang. Orang bukan nak perjatuh hang tu, tapi nak suruh hang masuk politik bertanding dah gila meroyan sangat pada Umno/BN.
Semua orang tau hang tu gila meroyan pada Umno/BN, mabuk masygul jatuh cinta dengan UMNO/BN, pa saja Umno/BN buat yang salah dipejam matakan, sebaik saja PR buat hang terus ambil tindakan hahaha hang memang parah...cakap tarak serupa bikin...memalukan tak ada maruah....pembohong....tak telus...gila pangkat.....kemaruk duit projek....hahaah itu semua ciri-ciri Umno yang hak kemaruk cinta sangat la hahaha...tengok bukti-bukti gambar hang dok asmara dengan Umno
Berasmara dengan YB BN dalam perkarangan Masjid.Baju YB terang ada lambang  BN, hang ok saja...hahaha..hang memang mabuk bercinta dengan Umno/BN

Video : SAMM Terbitkan 'FITNAH'

Video : Kisah Mat Indera Terus Popularkan Mat Sabu

Video : Fighters breach Bani Walid, Sue Turton reports

Video : Laporan Polis Risalah Palsu Di Dun Penanti.

JOHOR : PAS 25, DAP 15, PKR?

PKR Johor enggan memberitahu jumlah kerusi yang akan ditandingi tetapi pengerusinya berkata, beliau berasa deja vu untuk bertanding.
PETALING JAYA:  Dua komponen Pakatan Rakyat – PAS dan DAP – masing-masing mengatakan akan bertanding 25 dan 15 kerusi DUN Johor dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, Ketua PKR negeri Datuk Chua Jui Meng masih membisu mengenai perkara tersebut.
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamed menegaskan parti itu sedia melepaskan enam atau tujuh kerusi kepada DAP dan PKR.
Ini adalah ekoran dari kemahuan PKR dan DAP yang mahu bertanding di lebih banyak kerusi di negeri kubu kuat Umno.
PAS bertanding 34 kerusi DUN  dalam pilihan raya edisi 2008.

Najib’s warped understanding of extremism

His attempt at scoring political points at the expense of Ashraf Haziq, who was attacked during the London riots, shows more evidence of his hypocrisy

Can Prime minister Najib Abdul Razak gauge the subtle distinctions (or should I say, ‘the glaring differences’?) between extremists and the excrescence of society?
In a letter to The Times, UK, Najib thanked the British for helping Ashraf Haziq, the Malaysian student who was caught up in the London riots and set upon by thugs, who then robbed him on the pretext of helping him.
Najib said: “Thank you for helping a young Malaysian in his hour of need, and thank you for proving once again, that London is a city where outsiders are welcome but extremists are not”.
According to the official report by Bernama, Najib described the incident as senseless, callous and brutal which had ‘shocked Malaysians to the core’.

Mengapa Rosmah Ingin Sangat Ke Tempat ini..?? Tinggal terus kat sana...!!!


MANCHESTER, Britain – Ia mungkin planet idaman wanita. Sekumpulan ahli astronomi percaya mereka telah menemui sebuah planet yang terbentuk sepenuhnya daripada berlian.

Nik Aziz lawat keluarga Allahyarham Noramfaizul

SERDANG, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham Noramfaizul, wartawan BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman keluarga Allahyarhan di Taman Serdang Raya kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Turut serta dalam kunjungan itu delegasi Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketuai Siti Zailah Yusuf.

SAMM Terbitkan 'Fitnah' Untuk Ingatkan Rakyat Tentang Perjuangan Sebenar


SHAH ALAM 10 SEPT : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bakal menampilkan buku kedua terbitannya, bertajuk 'Fitnah' yang menerangkan secara ringkas, padat dan mudah mengenai 'Fitnah 1' yang bermula dengan buku 50 Dalil, 'Fitnah 2' dan isu video seks yang menghiasi arena politik negara mulai 12 september ini.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin berkata, penerbitan buku ini bertujuan mengingatkan masyarakat umum bagaimana bermulanya kisah bersatunya rakyat untuk menentang regim yang rakus dan zalim dalam mempertahankan kekuasaan yang dimiliki mereka.

Majlis profesor tersasar jauh dari kebenaran....kena tukar MPN (Majlis Pengampu Negara)

Mohd AzmiAbdul Hamid & Abdul Ghani Samsudin

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) terkejut dengan pendirian apa yang dipanggil Majlis Professor Negara yang mengatakan perjuangan golongan kiri bukan perjuangan kemerdekaan.

Mengulas rumusan oleh majlis yang dikatakan dianggotai oleh para ahli professor yang diwakili oleh Datuk Prof Zainal Kling, TERAS dan SHURA berpendirian sejarawan tersebut bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma'ruf dikalangan rakyat.

Mana mungkin tafsiran ini dapat diterima sedangkan British lah yang telah mengharamkan pelbagai pergerakan Melayu seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dengan tuduhan bahawa semua gerakan ini adalah gerakan komunis. Kata-kata terkenal Datun On Jaafar “ada bahaya dari gunung” merujuk kepada gerakan Islam Hizbul Muslimin di Gunung Semanggul yang ditunding sebagai gerakan komunis.

Negara berkebajikan untuk semua, kata Presiden PAS


GOMBAK, 10 Sept — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep negara berkebajikan yang diperkenalkan parti Islam itu akan adil kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.
Kata beliau, konsep negara berkebajikan yang merupakan ucapan dasar presiden Jun lalu merupakan altenatif untuk menghidupkan amalan demokrasi yang gagal dilakukan kerajaan pusat sedia ada.
“Kita nak undi semua bukan orang Melayu sahaja, ini tanggungjawab kita untuk betulkan keadaan. Kita adil untuk semua,” katanya kepada The Malaysian  Insider.

Wacana Merdeka makin tambah kekeliruan

IPOH, 10 Sept: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menyifatkan Wacana Merdeka yang dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) semalam gagal menjelaskan tajuk asal perbincangan mengenai tragedi Balai Polis Bukit Kepong: Siapa wira sebenar.
Malah, kata Ketua Penerangan PAS negeri, Ahmad Nuri al-Amin berkata pentas wacana tersebut lebih menjadi medan mencetuskan polemik baru yang menyanggah fakta besar yang telah diterima pakai selama 54 tahun dengan menafikan sejarah kemerdekaan negara.
Katanya, penafian terhadap kemerdekaan negara pada tahun 1957 itu lahir dari fakta yang disebut berulang kali oleh para panelis wacana bahawa Tanah Melayu langsung tidak pernah dijajah oleh British, suatu kenyataan yang tidak disiarkan oleh media massa perdana yang dikuasai kerajaan.

Evakuasi pelajar Syria, mengapa menari ikut rentak media?

Muhammad Nadir al-Nuri Kamaruzaman   
Kebangkitan rakyat Syria menentang kezaliman rejim Bashar Al-Assad ternyata menjadi episod derita yang berlarutan hingga ke hari ini, tatkala kebangkitan umat sebangsa mereka di negara-negara jiran berjaya mencapai hasil yang didambakan. Bermula sebagai rayuan membebaskan tahanan politik oleh ahli keluarga mereka yang terbabit, desakan menghapuskan undang-undang darurat ala-ala Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Malaysia dan seruan kebebasan berpolitik sejak 16 Mac awal tahun ini, rakyat bertukar angin apabila mula tekad menuntut pertukaran kerajaan setelah tuntutan-tuntutan awal ibarat menggertak dinding batu - buat kering tekak, tapi dinding tidak bergerak.

Perubatan tradisi

Oleh: MSK
Sejak lepas Raya, aku cuba menulis tentang perkara-perkara remeh. Tentang bahasa Perak, Bahasa Inggeris, dan Perubatan Melayu. Didalam blog-blog lain, orang bercakap tentang Sejarah. Manakala yang terbaru, tentang Ekonomi.
Semuanya hancur. Bahasa Melayu sudah banyak kali dipinda tapi masih gagal menjadi bahasa ilmu. Banyak perbendaharaan kata yang diambil dari Bahasa Inggeris, sedangkan perbendaharaan kata yang sedia ada dalam dialek-dialek dinegara kita dibiarkan.
Penggunaan Bahasa Inggeris juga semakin lama semakin merudum. Mungkin aku silap, tapi tahap Bahasa Inggeris yang ada sekarang di university lebih teruk dari tahap LCE masa aku dulu. Sedangkan yang dapat “A” semakin lama semakin bertambah.

PAS: Umno macam wira filem Hindi, bukan pejuang kemerdekaan

GOMBAK, 10 Sept — Selepas diserang tanpa henti sejak 15 hari lalu, kepimpinan tertinggi PAS hari ini melancarkan serangan balik dengan menyifatkan Umno yang diasaskan Datuk Onn Jaafar bukan pejuang kemerdekaan sebenar seperti didakwa pemimpin parti Melayu itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan, Umno yang kini diketuai Datuk Seri Najib Razak bukanlah pejuang kemerdekaan.
“Ya, senang sebut,” katanya apabila menjawab adakah Umno merupakan pejuang kemerdekaan, pada sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno seperti “wira Hindustan.”

Nigeria : Hakim Perintahkan Potong Tangan 2 Pencuri


Pengadilan Syariah di utara Nigeria telah memerintahkan bahwa dua orang harus diamputasi tangan kanannya karena mencuri seekor banteng milik petani.
Keputusan oleh pengadilan Syariah di Zamfara diputuskan pada Jumatkemarin (9/9) . Dalam putusannya Hakim Muhammadu Abubakar, menyatakan pengadilan akan melaksanakan hukuman terhadap Auwalu Abubakar Tsaure (23 tahun)dan Lawalli Musa Tsaure (22-tahun)pada 8 Oktober mendatang selama hari pasar dan terbuka untuk publik sebagai saksi pelaksanaan hukuman.
Pengadilan memperkirakan harga banteng yang dicuri lebih dari 800 dolar. Seorang terdakwa mengatakan dia akan mengajukan banding atas putusan tersebut, sedangkan terdakwa yang lebih muda mengatakan ia tidak akan mengajukan banding.
Nigeria, rumah bagi 150 juta orang, sebagian besar wilayah terbagi antara selatan yang Kristen dan Muslim di utara. Sekitar selusin negara-negara agian bdi wilayah Utara menerapkan hukum Syariah.

Bermula Tahun Ini: Tiada Lagi Sambutan Hari Kebangsaan - Najib.

Ohhhh... tuhan dah beri gua petunjuk beb.... hahaha.... barulah gua sedar bahawa selama ini gua buta sejarah....

Pakar Sejarah Khoo Kay Kim, Zainal Keling dan ntah apa nama sorang lagi pompuan tuuuuu.. pakar sejarah jugak (Dr. apa kenamanya binti Adam) yang gua tertonton dalam buletin tv3 suku sekejap tadi... diorang nih bagitau kat semua rakyat bahawa Tanah Melayu (Malaya) tak pernah di jajah oleh British....

Telco Digesa Jangan Bebankan Rakyat


PETALING JAYA 10 SEPT : Syarikat telekomunikasi (Telco) digesa agar tidak terus membebankan rakyat yang sedia terkesan dengan keadaan ekonomi negara mutkahir ini.

Naib presiden PKR, Tian Chua berkata, Telco sepatutnya membuat kajian yang teliti terlebih dahulu serta mengkaji kesesuaian masa untuk menaikkan cukai tambahan kepada pengguna perkhidmatan prabayar bermula 15 September ini.

Tian pada satu sidang media di pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat semalam berkata, mereka yang paling terkesan kepada pertambahan caj ini ialah mereka yang berpendapatan rendah yang rata-ratanya juga adalah pelanggan perkhidmatan prabayar.

Kenapa Tunku laungkan merdeka jika tidak dijajah

KUALA LUMPUR, 10 Sept: “Rakyat tertanya-tanya, jika negara tidak pernah dijajah, kenapa Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka?
“Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, sekarang terbukti siapa yang hendak membohongi sejarah.
“Rasa kesian kepada profesor upahan Umno yang mengakhiri hidup mereka yang akan dicemuh oleh semua makhluk di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Video : UMNO Bukan Pejuang Kemerdekaan

Video : KDN Harus Siasat Kenapa JPN Gagal Kemaskini Pangkalan Data

Hadi: ‘Negara Berkebajikan’ for all, not just Malays


KUALA LUMPUR, Sept 10 — The Islamist concept of a “Negara Berkebajikan” mooted by PAS is for the welfare of all communities and not just for Malays or Muslims, its president Datuk Seri Hadi Awang said today.
Hadi, who had mooted the idea in June to counter the ruling Barisan Nasional (BN) government’s welfare state argument, admitted to The Malaysian Insider today the concept was aimed at winning votes for the looming 13th general election.
Hadi said PAS ‘wants everyone’s votes, not just the Malays’. — File pic
But he insisted the concept would benefit all citizens regardless of ethnicity and faith, and was not pandering to the Malay majority, contrary to a recent report by international weekly The Economist. “We want everyone’s votes, not just the Malays,” he told The Malaysian Insider today after opening the day-long “Negara Berkebajikan” party convention, aimed at educating its grassroots members on what the concept means.
He said that it was because the voters were not limited to within the Malay community but also from other ethnicities.
The Economist took aim at Malaysia’s lop-sided racial policies in its latest issue and expects both the BN and the opposition Pakatan Rakyat (PR) to pander to the Malay vote despite the risk of further damage to already frail ethnic ties.

Perihal Emas: Bahana menyimpannya terlalu lama

Perihal Emas: Bahana menyimpannya terlalu lama Emas tidak mempunyai apa-apa keistimewaan selain mempunyai kilauan yang cantik. Permintaan untuk emas berkait rapat dengan permintaan di kala waktu cemas. Jika didalam tempoh satu atau dua tahun, pada saat-saat pelabur menjadi cemas, anda akan mendapat banyak keuntungan dengan emas. Tika saat mereka merasa sedikit selesa, anda tidak akan mendapat apa-apa pula keuntungan. Dalam pelaburan jangka panjang, emas sememangnya tidak menguntungkan.- Warren Buffet bercakap perihal pelaburan emas.
Emas bukanlah pelaburan yang baik bagi pelabur. Ia lebih kepada insurans di waktu menghadapi keadaan sukar. Seperti apa yang dinyatakan Warren Buffet, permintaan emas akan naik jika orang menjadi takut. Ini menjelaskan bahawa permintaan bagi emas berkolerasi dengan ketidak tentuan pasaran. Semakin keadaan tidak menentu, semakin tinggilah permintaan untuk emas.

Wong Mun Hoe perlu dedahkan kepentingan peribadi, kata DAP

Wong Mun Hoe perlu dedahkan kepentingan peribadi, kata DAPDAP mendesak Penyelaras BN bagi KADUN Pantai Jerejak Wong Mun Hoe supaya mendedahkan kepentingan peribadinya dalam PenEvents Sdn. Bhd., syarikat pengurusan bagi Penang International Sports Arena (PISA) sebelum melontarkan bantahannya terhadap Projek sPice (subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre) yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Wong Mun Hoe menyatakan dirinya hanya seorang pekerja lama dalam syarikat tersebut adalah suatu kenyataan yang tidak jujur sekali, lantas menunjukkan Wong Mun Hoe merupakan seorang pemimpin Gerakaan yang tidak bercakap benar.
Apa yang dipertanggungjawabkan oleh PenEvents Sdn. Bhd. ke atas Wong Mun Hoe bukanlah sekadar seorang kakitangan biasa dalam syarikat tersebut. Wong Mun Hoe enggan bercakap benar membuktikan bahawa beliau berniat untuk memesongkan rakyat jelata supaya mereka dapat berpendirian sama dengan pemimpin-pemimpin Gerakan bagi membantah projek tersebut.

PRU-13: Siapa akan menang dan senario-senario yang mungkin

PRU-13: Siapa akan menang dan senario-senario yang mungkin Soalan terbesar yang dihadapi oleh Malaysia sekarang, siapa yang akan memenangi pilihan raya umum. Malaysia telah sampai ke persimpangan selepas 54 tahun ditadbir BN. Kini, terdapat harapan mengenai perubahan. Pakatan Rakyat berkemungkinan besar boleh mendapatkan Putrajaya.
Kini sudah sah mentadbir di empat negeri, Pakatan menguasai hampir lima puluh peratus daripada kepercayaan rakyat. Tidak ada keraguan tentang hal itu, 'majoriti senyap' semakin sedar bahawa mereka mempunyai satu lagi pilihan selain dari BN, dan ramai yang mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan raya umum ke-13 nanti.
Cubaan oleh kerajaan untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya telah menunjukkan bahawa BN tidak mempunyai zon selesa dan kurang keyakinan untuk merebut kembali Putrajaya. Serangan tidak berhenti-henti terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu termasuk roadshow, dan kemarahan anggota tentera veteran yang disiarkan di saluran TV yang dikawal oleh BN menunjukkan bahawa BN semakin terdesak. Tidak ada keraguan tentang hal itu, serangan ke atas Anwar dan Guan Eng juga akan meningkat pada hari-hariyang mendatang dan merupakan satu bukti bahawa BN sanggup melakukan apa sahaja sekarang.

Terperangkap : Kini Bukan Mat Sabu, Tapi UMNO Yang Nak Ubah Fakta Sejarah


Bukan dijajah: PAS cabar Majlis Profesor terbit bahan ilimiah

PAS mencabar Majlis Profesor Negara (MPN) terutama jurucakapnya Profesor Zainal Kling agar menulis artikel atau buku ilmiah bagi mengemukakan cadangannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.

“Demikianlah sepatutnya seseorang ahli akademik apalagi yang bergelar profesor mengemukakan sesuatu pandangan supaya pandangannya dapat dinilai dan dibahaskan oleh ahli-ahli lain dalam komuniti akademik. Mengeluarkan sesuatu cadangan intelek atau tesis tidak memadai hanya melalui sehelai dua muka surat kenyataan akhbar,” kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

Vacilliting Taib amuses DAP

Chief minister's cabinet reshuffle may only be done in December after the outcome of SUPP’s delegates conference
KUCHING: Chief Minister Abdul Taib Mahmud’s delay in reshuffling his cabinet after the state election in April has amused Sarawak DAP.
“Sarawak cabinet members are useless as only one person will do the talking and make the decisions,” said Chong Chieng Jen, Sarawak DAP Secretary.
He was asked to comment on Taib’s recent statement that he needed more time to prepare a complete list as many changes have to be made.
“Sarawak can have 10 cabinet ministers or 30 ministers, and they amount to nothing as basically, only Taib does the talking and makes all the decisions.
“The rest are just for show. They are puppet ministers. So whether Taib is reshuffling his cabinet or not, it does not matter,” said Chong, who is also state assemblyman for Kota Sentosa.

The stink in Malaysia's arms procurement: Guess who benefited most?

The stink in Malaysia's arms procurement: Guess who benefited most?
The continued revelations of corruption within the Defence Mininstry have caused much consternation amongst the public. Even WikiLeaks has reported a diplomatic cable between the US Embassy in Malaysia and the United States that alleges corruption in Malaysia’s defense procurement in which Umno politicians, agents, civil servants and military officials routinely receive 30 per cent “commission” on deals.
The US embassy also noted that many government tenders did not follow procurement rules. Instead, there were shadowy agreements without any tendering process, relying on “money politics” where awards were granted with a cut of funds circulating back to the politician or Umno through different channels.

Video : Polis sebelum merdeka bukan pegawai British

Video : Selangor Catat Pelaburan RM5.2 Bilion Dalam Tempoh Enam Bulan Pertama

Video : Kerajaan Jangan Memberi 'Gula-Gula' Sementara Kepada Rakyat

Felcra Seleweng : 37 peneroka Felcra buat laporan polis

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Seramai 37 peneroka Felcra Nasaruddin (Belia) di Bota, Perak telah membuat laporan polis berhubung kes penyelewengan pemberian hak milik tanah dan penyelewengan kos pembangunan tanah oleh pihak Felcra terhadap mereka, kelmarin.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Seri Iskandar dengan diwakili Yusuf Mat, 50, dan ditemani 5 orang rakannya yang lain yang turut menjadi peneroka di kawasan itu.

Menurut Yusuf, Felcra Nasaruddin (Belia) telah diteroka dengan tanaman kelapa sawit dan getah sejak tahun 1973 lalu dan setiap peneroka diberikan 10 ekar tanah oleh Felcra seperti yang tercatit di dalam surat perjanjian.

Kedutaan diserbu, duta Israel dan staf keluar Mesir

KAHERAH, 10 Sept — Duta Israel ke Mesir meninggalkan Kaherah hari ini ekoran gelombang keganasan yang menyaksikan penunjuk perasaan yang marah menyerbu bangunan misi rejim Yahudi itu di sini.
Penunjuk perasaan bertempur dengan askar Mesir di depan Kedutaan Israel, Kaherah awal pagi ini. — Foto Reuters
Media kerajaan melaporkan bahawa sebuah pesawat Israel tiba di Kaherah untuk membawa keluar duta, keluarganya dan kakitangan mereka kembali ke Tel Aviv. Perkembangan terbaru ini membawa Mesir ke dalam krisis diplomatik paling buruk sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan Februari lalu.
Keganasan meletus malam tadi.
Amerika Syarikat, yang menyalurkan berbilion dolar dalam bentuk kerjasama ketenteraan kepada Mesir sejak perjanjian damai dengan Israel pada 1979, melahirkan kebimbangan ekoran keganasan selepas penunjuk perasaan mencampakkan dokumen-dokumen kedutaan dan bendera Israel melalui tingkap.

Konvensyen bukti PAS sedia hadapi PRU-13

GOMBAK, 10 Sept: PAS tidak gentar untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa meskipun sedar Umno BN sedang rancak melakukan penipuan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN tidak akan dapat menutup penipuan mereka dalam sistem pilihan raya khususnya isu daftar pemilih dalam keadaan dunia yang serba canggih ini.

Presiden PAS: BN guna isu Mat Sabu tutup taktik tipu pilihan raya

GOMBAK, 10 Sept — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.
Menurut Presiden PAS (gambar), pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan “penipuan cukup besar” yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain.

Rakyat keliru "fakta" Malaysia tidak pernah dijajah

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Kenyataan jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling semalam bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, mencetus kekeliruan baru terhadap pemahaman sejarah di kalangan rakyat.

Bukan sahaja dilihat sebagai "fakta sejarah baru", namun ianya juga dilihat bercanggah dengan apa yang diajar kepada rakyat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu.

Seperti biasa, laman sosial Facebook, Twitter dan blog antara yang digunakan rakyat negara ini membangkitkan kekeliruan itu.

Jika benar Malaysia tidah pernah dijajah British, antara persoalan yang dilontarkan termasuklah kenapa kita menuntut merdeka sedangkan tidak pernah dijajah.

Selain itu ada juga natara mereka mempersoal siapakah perdana menteri Malaysia yang pertama ketika "dinaungi" British, kenapa 31 Ogos 1957 diwartakan sebagai hari merdeka sedangkan tidak pernah dijajah dan perlukah tarikh 31 Ogos tersebut disambut lagi selepas ini.

Dr Zainal Kling dalam sidang media semalam berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Video : Hoda Abdel-Hamid updates from Libya's Ras Lanuf

Video : Crowds attack Israel embassy in Cairo

Video : Egyptians break into Israeli embassy in Cairo

Video: Egyptians Break Into Israeli Embassy

Fakta Sejarah Hingga Hari Kiamat

UNTUK MEREKA YANG MASIH KURANG SEDAR

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Pra Pru 13 : `Taburan’ wang di kubu kuat PAS

Adun Manir itu mendakwa, Umno membeli pengundi dengan harga RM200 ke atas.
Pilihan raya umum 13 Fokus DUN Manir
PETALING JAYA: PAS Terengganu mendakwa Umno telah menabur wang ringgit untuk merampas kerusi yang mereka kalah dalam pilihan raya umum lalu.
Salah satu kerusi yang menjadi idaman Umno ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang diwakili oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.
Adun Manir itu mendakwa, Umno membeli pengundi dengan harga RM200 ke atas.
“Umno memang mahu merampas kerusi Manir ini sejak dulu lagi kerana mahu meruntuh kekuatan PAS di negeri ini.
“Mereka menggunakan pelbagai cara tetapi InsyaAllah Dun Manir akan kekal di tangan PAS,” tambahnya.

Chegu Bard mahu Utusan Malaysia sedar diri

“Minggu lepas saya telah menghantar email kepada Utusan Malaysia bagi menjelaskan semua ini tetapi sehingga hari ini tiada sebarang respon dari mereka."
SEREMBAN: Kecewa dengan pemberitaan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menipu orang Melayu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin  bersama ahli SAMM mengambil tindakan menampal tiga keping poster bermesej di hadapan pejabat akhbar tersebut di Seremban.
Chegu Bard bersama penyokongnya menampal poster tersebut bagi menjelaskan dan menafikan tuduhan laporan akhbar tersebut pada 30 Ogos lalu yang mencabarnya untuk membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan isu cincin berlian RM24.45 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

KDN Harus Siasat Kenapa JPN Gagal Kemaskini Pangkalan Data-Mafrel


SHAH ALAM 10 SEPT : Alasan lapuk yang digunakan oleh Jabatan Pendaftran Negara (JPN) bahawa agensi itu gagal mengemaskini pangkalan data sehingga mengakibatkan bukan warganegara disenarai sebagai pemilih di negara ini adalah alasan yang longgar dan meragukan.

Menurut Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh, kegagalan mengemaskini data dalam tempoh tiga tahun bermula tahun 2008 adalah sesuatu yang serius dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus membuat tindakan susulan mengenainya.

"Bunyinya agak meragukan kerana kalau 2008, sekarang ini sudah 2011, sudah 3 tahun berlalu, biasanya data ini sudah dikemaskinikan.

Kita boleh namakan anak kita P Ramlee, tetapi tidak akan jadi P Ramlee

Dalam isu siapa pejuang kemerdekaan negara sekarang sedang hebat diperdebatkan. Tetapi tidak apalah, kerana pilihanraya sudah hampir tiba. Umno memang sebuah parti yang memperjuangkan kemerdekaan tetapi UMNO hanya memasuki perjuangan kemerdekaan itu di pusingan akhir perjuangan itu dan UMNOlah yang kumpulan yang terakhir untuk menyudahkan perjuangan dan menerima kemerdekaan itu.

Yang menjolok buahnya ramai tetapi belum berjaya. Tetapi kejayaannya sampai apabila UMNO wujud untuk menyambut buah yang akan jatuh setelah banyak pihak yang menjoloknya. Memangpun hakikatnya siapa yang menjolok buah itu jarang-jarang yang dapat menyambutnya. Selalunya orang lain yang menyambutnya dan mereka lah yang menerima buah-buah yang jatuh tadi.

Kapal perang Turki akan iringi flotila


KAHERAH 9 Sept. - Turki akan menghantar kapal-kapal perangnya untuk mengiringi flotila kapal bantuan kemanusiaan dari negara Malaysia ke Genting Gaza bagi mengelak insiden serangan Israel pada tahun lalu daripada berulang.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, kapal perang Turki kelas pertama akan dikerah melindungi flotila kapal-kapal dari negara ini yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

"Mulai sekarang, kami tidak akan membiarkan kapal-kapal kami diserang oleh Israel seperti yang berlaku kepada Freedom Flotilla pada tahun lalu," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Al Jazeera.