Sabtu, 3 September 2011

Bukit Kepong: Pemuda Umno gerak Pentas Patriot ‘lawan’ Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pemuda Umno mahu mengadakan program ceramah umum jelajah – yang dikenali sebagai Pentas Patriot – di seluruh negara untuk menghargai wira negara ekoran kontroversi di sebalik kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong dua minggu lalu.
Setakat ini Mohamad mempertahankan kandungan ceramahnya pada 21 Ogos lalu, tetapi menegaskan tidak menyebut perkataan komunis. Beliau juga telah menegaskan tidak akan memohon maaf.
Sebahagian besar kepimpinan Pakatan Rakyat juga mempertahankan pendirian Mohamad dan menggesa kerajaan mengkaji semula fakta sejarah.

Ketua Biskop: Pastikan reformasi sebelum PRU-13

archbishop murphy pakiam and pm najib razakKerajaan perlu memastikan bahawa pembaharuan pilihan raya dimulakan dan diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang diadakan, kata Ketua Biskop Roman Katolik Malaysia, Tan Sri Murphy Pakiam.

"Sebagai rakyat Malaysia, kami berkongsi visi yang sama untuk melihat sebuah negara Malaysia yang lebih baik.

"Kami menyeru kerajaan untuk memastikan pembaharuan dalam proses pilihan raya dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan.

Tanjung Pagar: Singapura akui Untung Besar dan Bersejarah

Lee Hsien Loong dan Najib mengumumkan perincian persetujuan yang dicapai dalam POA kepada pihak media di Hotel Shangri-La, semalam. Perhatikan betul-betul senyuman mereka. Perdana Menteri Singapura ketawa gembira dan puas kerana rundingan itu menguntungkan negaranya. Najib tersengeh kerana terpaksa akur menjual dan gadai warisan negara kerana dia mendapat tekanan daripada Amerika, Perancis dan Singapura lantaran kesemua skandal Sex, Rasuah dan Pembunuhan yang terkait dengan Najib menjadi pertaruhan mereka. Ini juga hasil nasihat yang diberikan olih Apco kepada Najib.

Agenda Sulit UMNO. Satu demi satu dibongkar dan terbongkar


TINJAU KAWASAN KTM: Encik Shanmugam (kanan) dan BG Tan Chuan-Jin (enam dari kiri) melawat Stesen Kereta Api Bukit Timah semalam. -- Foto ZAOBAO

Nota: Ini adalah antara agenda sulit Umno.

Musa Hitam - Khianati Parti, Bangsa dan Tanah Air


Tun Musa Hitam telah akhir-akhir ini menjadi JURU Cakap kepada kerajaan kepimpinan Abdullah Haji Ahmad. Setiap kritikan terhadap Abdullah, akan ada sahaja Musa Hitam cuba mempertahankan Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang terbukti GAGAL.

Populariti Najib Lebih Menjunam Tahun Depan


Kemerosotan populariti Datuk Seri Najib Razak yang mengalami kejatuhan baru-baru ini, akan berterusan pada masa depan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

Beliau menjangka, Najib akan melakukan sesuatu gimik bagi menaik imejnya dengan mengumum ‘benda-benda baik’ pada pembentangan belanjawan, Oktober depan.

“Dari segi psikologi, aliran graf ini akan terus menurun kerana kegagalan pentadbiran Najib menangani kos sara hidup yang kian meningkat dan sistem daftar pemilih yang kotor,” katanya kepada Keadilan Daily.

Misi Somalia bukan agenda publisiti, kata pemimpin Umno


Gambar diedarkan oleh Bernama menunjukkan Noramfaizul sedang merakamkan keadaan di sekitar di Mogadishu, beberapa jam sebelum dia terbunuh. – Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 3 Sept – Wakil rakyat Umno menafikan dakwaan kononnya misi kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke Somalia yang berakhir dengan kematian seorang jurukamera Bernama TV semalam merupakan agenda publisiti Umno-BN. Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor terbunuh selepas terkena tembakan peluru sesat di Mogadishu semalam manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan cedera di tangan dan dilaporkan stabil.
“Ini memang misi berisiko,” kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kepada The Malaysian Insider.
“Jangan salahkan (ketua misi kemanusiaan Datuk Abdul) Azeez (Abdul Rahim) sekarang. Biasanya akan ada risiko dan saya pasti beliau sudah mengambil langkah keselamatan bagi setiap mereka yang terlibat,” kata Ahli Parlimen Rembau ini.
Dalam laporan awal hari ini, Abdul Azeez berkata, kemalangan yang meragut nyawa Noramfaizul itu sukar diterima rakyat Malaysia.

Mana ucapan takziah dari Perdana Menteri?

HEBOH di dada-dada akhbar dan media elektronik berita tentang kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia [Jurugambar maut]

Berita ini benar-benar menggemparkan negara. Utusan Malaysia dilihat meletakkan berita kematian jurugambar itu di muka depan akhbar propaganda nombor satu itu.


Pelbagai pihak telah memberikan ucapan takziah termasuk Nik Nazmi mewakili KEADILAN, kepada keluarga almarhum Noramfaizul Mohd Nor di atas pemergiannya menyaksikan sendiri kebenaran segala janji-janji Allah [TMI].

Umno BN yang munafiq?

Buletin online melaporkan:
Umno telah mengadakan MoU dengan Parti Komunis Cina pada 5 ogos 2011. Malahan ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis Cina.

Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) atau Dap atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kemunting.
 
Apakah Komunis Cina, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? Komunis, ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat. Kenapa umno hipokrit?

VIDEO : PART 2 - SIDANG MEDIA MAT SABU: MENJAWAB FITNAH KOMUNIS TV3, MEDIA PERDANA

VIDEO : PART 1 - SIDANG MEDIA MAT SABU: MENJAWAB FITNAH KOMUNIS TV3, MEDIA PERDANA

Hospital Tutup : Najib Bercuti Ke Australia untuk Fisio Therapy lutut pada Hari Kebangsaan?

Semalam Malaysiakini melaporkan Najib bercuti ke Australia ketika negara menyambut kemerdekaan yang ke 54, dan ini membuktikan betapa tidak patriotiknya Najib.

Bagaimanapun seorang Pembantu Najib yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu.

Cerita Bersahabat Dengan Orang-orang Soleh

Oleh: BayangDiAir

"

Dengan siapa kita berkawan atau bersahabat? Bercerita dengan kawan yang minat bola, kita akan dapat maklumat tentang bintang bola, team-team dunia yang handal dan keputusan terkini bolasepak dunia. Bercerita dengan kawan yang minat memancing, kita akan tahu tentang lubuk ikan di laut atau di darat, umpan terbaik dan pengalaman memancing yang menarik. Bercakap dengan kawan yang minat bermain saham, kita akan mendapat maklumat tentang naik turun saham, jatuh bangun ekonomi dunia, harga minyak dunia, tukaran matawang dan harga emas terkini.

Jadi Hal Pulak : Bakal besan Rosmah terlibat kes kehilangan usahawan terkenal Kazakhstan?

UMUM mengetahui bahawa anak perempuan Rosmah Mansor, Nooryana Najwa telah bertunang dengan anak saudara Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan.
Tunang Nooryana Najwa adalah anak lelaki Maira Nazarbayev yang juga merupakan bakal besan Rosmah dan Najib [TMI].

Implikasi besar isu ganti Azizan

Isu melibatkan dakwaan PAS berhasrat menggantikan menteri besar Kedah menjadi berita hangat dalam politik Malaysia pada masa ini, ketika semua pihak sedang membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telahpun menafikan kewujudan perancangan menggantikan Azizan itu, selepas satu tempoh yang cukup panjang untuk pelbagai spekulasi tersebar.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan cuba diganti oleh kepimpinan PAS ekoran kesihatannya, sebab yang ditolak oleh Azizan yang mendakwa dirinya kini sihat dan mampu menjalankan tugas selepas menghadapi serangan jantung.

Azizan walau bagaimanapun dilapor berkata bersedia berundur sekiranya diarahkan oleh parti, pendirian yang selari dengan amalan penguasaan parti ke atas kerajaan negeri ditadbir PAS.

Kenapa BN/UMNO bersusah payah sangat nak jadi pembangkang?

Oleh Aspan Alias
Jelas, pilihanrayua semakin hampir. Banyak isu yang dipaparkan oleh pihak partihttp://sandakan.files.wordpress.com/2009/11/bn-flag.jpg kerajaan sekarang memberikan bayangan yang kuat yang pilihanraya sudah hampir tiba dan ada pandangan yang menyatakan pilihanraya akan di adakan pada penghujung tahun ini juga.

Keputusan untuk memanggil pilihanraya ada di tangan UMNO khususnya kepada Presidennya yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Anwar's Sept 16: What was the fuss about and what went wrong?

Anwar's Sept 16: What was the fuss about and what went wrong?The Malaysian political landscape is dotted with instances of politicians leap-frogging from one party to another. It is something to watch for in the aftermath of any general election, to the extent that it is no longer seen as abnormal but rather a facet of political life.
Currently, there are no legal grounds in Malaysia to say that when an elected parliamentarian decides to switch to another party, he or she is liable to lose the seat. Neither is there a law that can stop one from jumping ship. All of it is legal and lawful. Not just here but in many countries all over the world including the United States, Japan and Britain. There, when one jumps, it is usually due to a falling apart in ideology or a very strong feeling of opposition to a particular policy or law that the incumbent party wishes to introduce, but which is totally against the representative's principles and boundaries of acceptance.

Anti Komunis, Tetapi Berasmara dengan Parti Komunis China

Oleh Idris Ahmad
Umno telah mengadakan MoU dengan Parti Komunis Cina pada 5 ogos 2011. Malahan ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuhttp://4.bp.blogspot.com/-b-DVDDAHm0o/TgwAgm8_dTI/AAAAAAAABWs/SOYsErUof6g/s400/Communists%2BUMNO.jpgk mempelajari daripada Parti Komunis Cina. Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) atau Dap atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kemunting.

If Mat Sabu was wrong about Bt Kepong, Tuah and Jebat could be Chinese pirates!

If Sabu was wrong about Bt Kepong, Tuah and Jebat could be Chinese pirates!When I read Malay literature on the Malacca Sultanate period in primary school days, I had always come across stories about Hang Tuah and Hang Jebat, the more famous among several other “Malay” warriors with the surname “Hang”.
“Malay” in inverted commas was because we at tender age of 10 to 11 never doubted that these two legendary heroes were the pride of the Malay sultanate. Serving the then Sultan Mansur Shah as obedient servents of royalty. How could we forget the “duel” between the two sworn “brothers” Tuah and Jebat.
Five years into secondary 3, we once again encountered the two Malay heroes through a literature books, and nobody (including the “ignorant” teachers I guess!) corrected our young minds about our misconceived belief the two were indeed Malay heroes. We had been indoctrinated so much to think thus, and our history lessons never did mention about Hang Tuah and Hang Jebat with details that we remain indoctrinated till we left school these two were indeed Malaya heroes and deserved constant mention in officialdom.

Presiden Somalia kesal dengan kematian jurukamara BernamaTV

Presiden Somalia kesal dengan kematian jurukamara BernamaTVPUTRAJAYA - Presiden Somalia Sharif Sheikh Ahmed menyampaikan ucapan takziah dan kekesalan beliau atas kematian Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh kerana tembakan peluru sesat di Mogadishu pada Jumaat.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ucapan takziah itu disampaikan oleh presiden berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pemimpin Somalia itu menghubungi Najib.

Anifah berkata kerajaan Somalia juga memberi jaminan untuk menjalankan siasatan dan laporan yang menyeluruh berhubung insiden pahit tersebut.

Kantoi : Najib singkatkan cuti di Perth bagi sambut jenazah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini di Perth, Australia akan memendekkan lawatannya itu dan akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang esok.

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

RCI siasat PATI di Sabah tak mungkin, kata Wikileaks


Menurut kabel sulit Amerika Syarikat, harapan adalah tipis bagi menyaksikan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung masalah pendatang haram di Sabah dan meletakkan tanggungjawab itu di bahu "ahli-ahli politik era Mahathir" di negeri itu.

Bagaimana agaknya Umno tulis sejarah Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Setelah membuat satu kenyataan yang membuatkan rakyat terfikir bagaimana sepatutnya sesebuah sejarah harus ditafsir, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini sekali lagi mengajak rakyat berfikir mengenai kesahihan penulisan sejarah oleh manusia, dan mengapa sejarah tidak harus diterima bulat-bulat tanpa soal selidik terlebih dahulu.

Menggunakan ungkapan sinis ‘Yang menang tulis sejarah, yang kalah buat puisi’, Tuan Ibrahim berkata adalah sukar untuk mencari penulisan sejarah oleh manusia yang jujur, kerana majoriti penulis sejarah menulis dari perspektif di pihak mana mereka berada dan ada yang menulis di bawah kawalan ketakutan dan telunjuk golongan berkuasa.

Video : NTC military chief defends his past

Video : Inside Story - Gaddafi and Libya's tribes

Video : Negotiating takeover of Bani Walid

'Menang tulis sejarah, kalah buat puisi'

'Menang tulis sejarah, kalah buat puisi'
Kata-kata sinis itu menggambarkan betapa sukarnya mencari penulisan sejarah oleh manusia yang jujur, kerana majoriti penulis sejarah menulis dari perspektif di pihak mana mereka berada dan ada yang menulis di bawah kawalan ketakutan dan telunjuk golongan berkuasa.

Fakta Kejadian Kg Memali: ‘Tidak kami sangka polis sanggup membunuh’ (2)

Latarbelakang
Usaha untuk menangkap Ibrahim Libya dilakukan bermula dari Sept 2, 1985 sehingga beliau berjaya diberkas. Situasi di mana orang kampung sendiri memberhentikan OCPD Baling, Tunku Muzaffar dan dua orang lagi pegawai polis yang sedang dalam perjalanan pada Okt 22 adalah di antara titik permulaan kepada ketegangan. Namun ramai yang mengepung OCPD, mereka dapat ditenangkan sehingga Tunku Muzaffar dibebaskan.
Pada Nov 19 sewaktu berlaku kepungan dan tindakan polis, seramai lebih kurang 160 orang kampung berkumpul di kawasan rumah Ibrahim Libya.
Polis melepaskan tembakan apabila tiga empat orang pengikut Ibrahim Libya meluru keluar dari tempat persembunyian mereka.

Fakta Kejadian Kg Memali: ‘Tidak kami sangka polis sanggup membunuh’ (1)


 Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 masih tersemat di dalam fikiran kebanyakan orang terutama masyarakat Baling dan lebih-lebih lagi ahli keluarga 14 orang yang korban.

Putrajaya perlu betulkan fakta sejarah, bukan lalai rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Di sebalik kontroversi kenyataan mengenai tragedi Bukit Kepong, kepimpinan pembangkang meneruskan desakan agar kerajaan pusat mendengar desakan rakyat agar membuka kembali lembaran sejarah supaya ia dapat diletakkan di tempat yang betul.
Justeru Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menegaskan, selepas 54 tahun negara merdeka, generasi muda harus berani kembali menyingkap sejarah.
“Mengibar bendera dan melaung merdeka bukan penyelesaian mutlak. Sejarah yang cuba dikaburkan oleh pemerintah harus kembali dibuka dan dibahas agar yang hak diletakkan ditempat yang betul,” kata beliau dalam satu kenyataan.

PERSIDANGAN PARTI KOMUNIS KOMANWEL, 1947..DESAK BRITISH BERI KEMERDEKAAN MALAYA..!!!

Rashid Maidin adalah seorang pimpinan Jawatankuasa Pusat PKM dan pimpinan penting Rejimen Ke-10 selepas Abdullah C.D.. Beliau dikatakan orang Melayu yang pertama menyertai PKM. Beliau juga merupakan rakan seperjuangan Abdullah C.D., Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhammad, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan lain-lain.

Pada tahun 1947, beliau mewakili Parti Komunis Malaya menyertai Persidangan Parti-parti Komunis Komanwel di London. Meneliti catatan beliau masa itu, kita dapat merasakan betapa menggeloranya perjuangan kemerdekaan yang dilancarkan golongan kiri dan satu perpaduan yang kukuh terjalin antara berbagai aliran dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air.

RASHID MAIDIN KE LONDON PADA 1947 DESAK BRITISH..!!!

Selepas  kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, arus perjuangan menuntut kemerdekaan bersemarak secara global.

Di peringkat Komanwel satu Persidangan Parti-Parti Komunis  telah diadakan di London.  Persidangan ini  telah mendesak pihak British memberi kemerdekaan kepada negeri jajahannya. Antara wakil PKM di persidangan itu  ialah Rashid Maidin. Ketika persidangan ini  Tunku Ab Rahman juga berada di London  kerana sedang belajar di jurusan undang-undang. Beliau telah mengutus surat kepada Rashid Maidin dan memohon maaf  -   tidak dapat hadir ke persidangan tersebut  sebagai pemerhati kerana sibuk. Tunku  mendoakan kejayaan Persidangan Parti-Parti Komunis itu.

Jalan Sultan businesses get short end of MRT line


Naina Mohamed has witnessed the evolution of Chinatown over the last five decades from his shop on Jalan Sultan. — Picture by Jack Ooi
KUALA LUMPUR, Sept 3 — From his perch in front of Hotel Lok Ann, newsstand owner Naina Mohamed has witnessed Chinatown’s transformation from a quiet area mainly catering to locals into a bustling tourist hub over the past five decades.

KEADILAN ucap takziah kepada keluarga jurukamera Bernama......Najib ucap takziah dari mana yerk..?

KUALA LUMPUR: KEADILAN mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban ketika memainkan peranannya membantu mangsa tragedi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia.
Pada kenyataan media pagi ini, Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmii Nik Ahmad berkata KEADILAN mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang soleh.
“Allahyarham meninggal dunia pada bulan yang mulia, ketika menjalankan kerja kebajikan dengan penuh dedikasi dan keberanian. Al-Fatihah,” katanya.
Beliau menyifatkan kematian jurukamera Bernama TV itu sebagai mengejutkan rakyat Malaysia, ketika umat Islam negara ini meraikan Aidilfitri.

Part 1 - Kebajikan: Negeri Christchurch Ikut Islam.. M'sia?

Oleh Dr. Ubaidullah Mustaffa
Catatan Pengalaman: Christchurch Sebagai Contoh Negara Berkebajikan
Pengenalan

Saya dan keluarga tiba di New Zealand semasa musim luruh. Pada waktu itu cuaca tidak begitu sejuk lagi. Kerajaan New Zealand melalui agensi-agensi kebajikannya telah menemui saya di sebuah masjid di New Zealand untuk menghulur bantuan sebagai persiapan menghadapi musim sejuk.

Nurul Izzah - Kemenangan dan kemerdekaan


http://2.bp.blogspot.com/_xCW4Jfa-SWE/TLXMWVBRU_I/AAAAAAAAKY8/qi4YJmZufcY/s320/nurul+izzah+4.jpg

Aidilfitri hari kemenangan;

Kejayaan menempuh halangan;

Mengenali erti kekurangan;

Bagi yang tahu kesenangan.

Bukit Kepong, Bukit Katil dan Bukit Uhud

Bukit Kepong
Setakat ini Mat Sabu masih yakin dengan dirinya dalam al-kisah di Bukit Kepong walaupun dihujani dengan 'peluru' dari pelbagai arah termasuk sebuah rocket 'tua' dilancarkan kepadanya.

Bangsa Lain Megah Dengan Sejarah Mereka

Orang-orang Eropah bermegah dengan sejarah bangsa mereka walaupun sejarah bangsa mereka itu tidak semuanya baik untuk dijadikan contoh tauladan, tetapi sejarah tetap sejarah, dan mereka tetap mengiktirafkannya.
Begitu juga sejarah Bangsa Arab, Bangsa India, Bangsa China -- mereka tetap mempertahankan sejarah mereka sebagai catatan yang tidak boleh direka-reka atau dipinda-pinda mengikut nafsu.
Tidak seperti UMNO yang menolak sejarah bangsa. Mereka catatkan didalam sejarah perkara-perkara yang mereka gemar, dan mereka buang dari catatan itu perkara-perkara yang mereka tidak gemar.

UMNO, British dan PKM.. Sejarah yang tidak dicatat sebagai Sejarah..!!

Ditulis oleh Tongkat Bahaman

“Musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat…..” Prof. Shamsul Amri Baharudin.

Ini bukan nasihat dari seorang profesor kangkong. Ini nasihat dari seorang yang betul-betul profesor yang cuba menyedarkan pemimpin-peminpin UMNO supaya mereka dapat melihat siapa musuh mereka sebenar.

Mereka juga perlu sedar dan faham bahawa kita sedang berada di abad 21 dan bukan lagi era tahun 60an abad 20 di mana rakyat mendapat maklumat hanya dari corong Radio Malaya dan berlibur dengan menonton wayang pacak di padang yang menceritakan tentang bahaya cacing kerawit kemudian diselit pula dengan propaganda-propaganda….!


Ini zaman IT - Pasca Angkasa Lepas (makna ditekan) di mana berita dan peristiwa dapat dipancar sekelip mata menerusi satelit ke seluruh dunia. Zaman Generasi You Tube, Twitter – Face book; anak semua bangsa berkenal dan berinteraksi dengan pantas menerusi sistem saraf rangkaian maklumat digital – generasi perubahan yang sedar bahawa mereka bertanggung jawab untuk memberi makna kepada masa depan serta hak dan nasib rakyat.

FOTO TERAKHIR Jurukamera Bernama SEBELUM DITEMBAK

MOGADISHU - FOTO TERAKHIR ... Foto Noramfaizul yang diambil pada awal pagi bersama rakan-rakan media dan blogger, Bani Amin Ahmad Zabidi (Minaq Jinggo) beberapa jam sebelum dia ditembak, di sini, Jumaat.

If Pakatan Rakyat won, this is what would happen to Malaysia...

If Pakatan Rakyat won, this is what would happen to Malaysia...Everyone in this country is fixated on when the next general election will be. It is probably the most hotly awaited news. Everyone is sure who will win. Be Enders, or so the supporters of BN are called, cannot wait to know the results. Neither can the Pakatanis, or the supporters of the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim.
If Anwar does trounce Prime Minister Najib Razak's BN as he is widely expected to, the casualties at the coalition that has ruled for 5 decades would be high. There is even talk of mass capital flight and how hundreds of shredding machines have been ordered and put on standby to shred all incriminating documents. Yes, there will be ensuing chaos in the aftermath of GE-13, but that is politics. And politics can be rather dirty.

Najib is ‘politically finished’

According to a seasoned Umno politician, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin isn't as 'stupid as he looks' and that the '3M' threat is 'something the Najib camp is manufacturing'.

Many of us have fond memories of former Kedah menteri besar, Sanusi Junid, for 1,001 reasons. He can be comical at one time, deadpan serious at another.
Sanusi, who joined Umno in 1963, used to regal many of us with his caustic remarks aimed at disarming Umno president Najib Tun Razak or discrediting Najib as it were.
He related his many conversations with Najib’ father, Tun Razak.
One of these conversational bites was when Tun Razak was sighing about how Najib couldn’t cut his teeth into politics.
Sanusi would let out a half smile when he tells us of the moment when he cheekily asked: “Why Tun?”
And Tun Razak replied: “Too much skirt chasing.”

Cry of the silent millions goes unheeded

When the Malayan flag was hoisted in 1957, 'every person there did not represent one race, they were Malayans,” recalls Mrs FR Bhupalan, who was then a 30-year-old mother of two.

KUALA LUMPUR: At the age of 84, Rasammah Bhupalan’s eyes still light up at the mention of Aug 31, 1957.
Her eagerness when sharing what she witnessed that momentous day is infectious and at times poignant.
Known to many as Mrs FR Bhupalan, she was both a Malaysian freedom fighter and social activist.
Having championed causes such as the anti-drug abuse movement, women’s rights, education and social justice, Bhupalan was one of the earliest women involved in the fight for Malaysian (then Malaya) independence.
At the age of 16, she joined the Rani of Jhansi Regiment, the women’s wing of the Indian National Army, to fight the British.

A first in Malaysia: Special Raya slot for PM's wife

A first in Malaysia: Special Raya slot for PM's wifeSep 2 - A special slot to air a Hari Raya message from the wife of the prime minister has become a first in Malaysian history.

Commenting on the move, PAS vice president Mahfuz Omar said unlike Rosmah Mansor, the wives of past prime ministers had never been accorded any special television appearance to deliver Hari Raya message.

"Prior to this, only the prime minister was given such a slot.

"Rosmah is the first person in history other than the prime minister to be given a special slot to deliver Hari Raya message," said Mahfuz.

Keutamaan dan Manfaat Puasa enam hari di bulan Syawal



Arrahmah.com – Suasana bahagia dalam perayaan hari raya idul fithri tidak perlu melalaikan umat Islam dari menjaga kontinuitas amal mereka. Itulah pesan yang diangkat oleh para khatib pada khutbah di hari Jum’at pertama di bulan Syawal ini. Shaum Ramadhan yang telah ditunaikan selama sebulan penuh tidak menutup kemungkinan memiliki berbagai kekurangan. Untuk itu, shaum sunah selama enam hari di bulan Syawal adalah salah satu amalan utama untuk menyempurnakan pahalanya.

Selain UMNO Pihak Lain Semuanya Pengkhianat Negara

DALAM HIDUP MANUSIA CUMA ADA DUA SITUASI..JADI PILIHLAH YANG MANA SATU BENAR?


DALAM HIDUP MANUSIA CUMA ADA DUA SITUASI.. ORANG BAIK ATAU ORANG JAHAT... PEJUANG ATAU PENGKHIANAT.. WIRA NEGARA @ PETUALANG NEGARA... BERGANTUNG KEPADA PERSEPSI DAN PENERIMAAN SESEORANG TERHADAP SESUATU PERISTIWA SEJARAH @ INDIVIDU..

Mesej Aidilfitri: Slot ‘bersejarah’ untuk Rosmah..Tak pernah berlaku sebelum ni....

KUALA LUMPUR, 3 Sept — PAS mempertikaikan slot ucapan Aidilfitri istimewa dan berturut-turut untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi media elektronik sambil menegaskan, perkembangan sedemikian tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, “sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya.”
“Sebelum ini, hanya Perdana Menteri mendapat slot seperti itu,” kata beliau dipetik Harakahdaily.
Pandangan sedemikian juga diketengahkan oleh beberapa pihak termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat menerusi ruang media sosial Twitter sejak hari pertama Aidilfitri.
“Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri,” kata Mahfuz lagi.
Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, ia adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penyelewengan sejarah Umno

Oleh: MSK
 Ini adalah sejarah penubuhan Umno yang tertera dalam laman web Umno-Online. 
Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Kuasa Badak : Raya awal, sebab Najib mau bercuti....

Pertama sekali bila aku baca laporan Malaysiakini tadi, aku terus menyumpah. Celaka!!
Sekarang aku tau pasai apa sambutan hari merdeka dibuat pada 16 September…sedangkan tarikh hari merdeka ialah pada 31 Ogos. Pasai apa?
Dan sekarang juga aku tau pasai apa Hari Raya jatuh pada 30 Ogos…sedangkan ramai yang menyangkakan ia akan jatuh pada 31 Ogos. Malah, Indonesia merayakan Eidul Fitri pada 31 Ogos.
Rupa-rupanya, untuk memudahkan Najib dan Rosmah pergi bercuti di Australia. Celaka!!

Noramfaizul, Seorang Profesional Tulen, Kata Pengerusi Bernama

IBU Jurukamera BERNAMATV, Noramfaizul Mohd Nor (gambar kecil), Naemah Abdul Majid ditenangkan ahli keluarga selepas mengetahui anaknya meninggal dunia terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia di rumahnya di Taman Serdang Jaya di Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terbunuh dalam insiden tembakan di Mogadishu, ibu negara Somalia, disifatkan sebagai seorang profesional tulen yang tidak mementingkan diri dan sanggup melakukan pengorbanan berani dalam melaksanakan tugas.

Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman berkata: "Pemergiannya akan dicatat dalam sejarah Bernama sebagai seorang profesional yang tulen dalam memenuhi tugas dan memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan tulen.

Sah!!Umno Adalah Komunis!!

PEMBANGKANG ADALAH KOMUNIS..
TETAPI PARTI KAMI ADALAH PARTI YG MENYOKONG KOMUNIS..
KENAPA? TAK PERCAYA?
DI BAWAH INI BUKTINYA.. - MENTERI Hisyamuddin
KAH KAH KAH

Tidak patriotik, Najib sambut Merdeka di Australia?

SEPATUTNYA manusia yang paling patriotik sekali di negara ini seharusnya adalah orang nombor satu negara, iaitu Perdana Menteri Malaysia.
Namun perkara sebaliknya berlaku, di saat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 54, pemimpin nombor satu negara memilih untuk bercuti ke luar negara iaitu ke Australia.

MB Kedah diberhentikan.. Apa agenda Star dan pihak dibelakangnya....?

Star Tertinggal Keretapi...

Apa agenda Star dan pihak dibelakangnya....?

Maluku & Malaka : Sejarah MELAKA

Oleh: ishah

"Dalam pemahaman masyarakat muslim lokal, Maluku diartikan dengan daerah raja-raja. Pengertian tersebut memiliki korelasi dengan masuknya Islam pertama kali di Maluku, sesuai sejumlah dukumen sejarah, pada abad ke VII Masehi. Misi dakwah dan dagang para mubaligh membuat Islam masuk ke Maluku. Cengkeh dan Pala di Maluku, cendana di Timor merupakan produk primadona dunia ketika itu.

Ketika panglima Islam Tariq bin Ziad atas perintah Gubernur Islam Afrika Utara dalam pemerintahan Walid bin Malik atau Al-Walid I (705-715) dari Dinasti Umayyah, berhasil menaklukan Spanyol dari Goth Barat, kekaisaran Visigoth. Islam menjadikan Cordoba di Spanyol sebagai ibukota sekaligus sebagai pintu memasuki Eropa.