KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia Jumaat malam.
Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul, 41, bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Sejarah tragedi Bukit Kepong perlu dikaji semula untuk menentukan siapakah sebenarnya hero dan siapakah sebenarnya pertualang di negara ini, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan.
KUALA LUMPUR, 2 Sept: Slot ucapan hari raya khusus untuk Datin Seri Rosmah Mansor adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.
ANKARA, 2 Sept — Ankara mengusir duta Israel dan diplomat-diplomat kanan negara itu selain menggantung perjanjian ketenteraan hari ini — ekoran pendedahan satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa rejim Yahudi telah menggunakan kekerasan tidak munasabah ke atas misi kemanusiaan ke Gaza pada Mei 2010, yang menyebabkan kematian sembilan warga Turki.

Sekarang ini projek landasan keretapi berkembar sedang giat dijalankan dari Johor Bahru ke Perlis. Banyaklah tanah-tanah rakyat yang diambil untuk projek ini, antaranya tanah-tanah adat Perpatih di Rembau yang diambil dengan pampasan yang jauh lebih murah dari tanah yang bukan tanah adat. Yang pasti syarikat asing mula menaruh minat untuk menguasai landasan keretapi berkembar ini, kerana infrastuktur dan prasarana yang hebat serta keluasan tanah yang besar dari selatan ke utara tanahair.

Sehubungan itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata menjelang pilihan raya umum ke-13, banyak isu sengaja ditimbulkan oleh musuh, bahkan akan ada pula perisytiharan kononnya keluar parti beramai-ramai.

Catatan yang dimuat-naik oleh portal pembocor maklumat, Wikileaks menunjukkan bahawa sekumpulan ahli-ahli politik dari Sabah dan Sarawak telah merancang untuk berpaling tadah daripada BN.
KUALA LUMPUR, 2 Sept: Para pemimpin PAS hari ini menyangkal laporan akhbar milik MCA, The Star hari ini yang melaporkan parti sedang mengorak langkah bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.