Isnin, 29 Ogos 2011

Video : Perutusan aidilfitri dari YAB Lim Guan Eng

Video : NTC leaders meet NATO in Qatar

MB: Ramadhan Tidak Bererti Tanpa Keinsafan, Keadilan dan Muafakat


SHAH ALAM, 29 0G0S: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa rakyat Selangor supaya merenung erti dan semangat Ramadhan dalam perjuangan membina kerajaan dan masyarakat madani.
Tegasnya Ramadhan tidak bermakna tanpa disadur keinsafan, dan tidak bererti jika tidak diraikan dengan keadilan, kasih-sayang, dan muafakat.
"Kita mesti memperbetulkan banyak salah faham penganut agama Islam yang melihat orang bukan Islam sebagai ancaman, malah mengambil sikap bermusuh," tegas Khalid.
Berikut adalah teks perutusan penuh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersempena Hari Raya Aidilfitri, 1432 Hijrah:

Akhbar Tamil sahkan spekulasi Najib dalam bahaya

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku.

Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.

Vell Paari turut berkata ‘terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.

Video : Zeina Khodr reports the latest from southern Tripoli

Video : Sokongan Terhadap PM Merudum 59%

Video : Dituduh Murtad, Bekas Pengetua Buat Laporan Polis

Video : Mat Sabu Mahu Saman Utusan Malaysia

Video : Mahkamah Arah Utusan Bersiap-Sedia Utk Perbicaraan Kes Saman Teresa

Video : Mahkamah Tegur Salahlaku Utusan Malaysia

Video : What's Undi Msia!?

Teks Kutbah Aidilfitri 1431H dari Presiden Pas.


 خطبة عيد الفطر1432


(يغ فرتام)

الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر . ولله الحمد .
الحمد لله الذي نزل الفرقان ليكون للعالمين نذيرا . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الأسماء الحسنى والصفات العلا . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله الرحمة المهداة والبدر الدجى . 

Bukti Umno-APCO Pengkhianat Kemerdekaan Sebenar

Kenalkah anda siapa dalam gambar ini??
Malapetaka, malapetaka buat Tanah Melayu!!

Berikut ialah koleksi video klip yang mendedahkan pembohongan parti UMNO selama ini.

Khalid: PDRM siasat Mat Sabu, 49 laporan diterima....PDRM tak nak siasat UTUSAN ke...!!!

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikatakan menghina pasukan polis baru-baru ini.
Menurut Khalid, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
“Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. Kita telah menerima sebanyak 49 laporan polis setakat ini dan ini akan disiasat secara menyeluruh,” kata beliau dipetik Bernama Online.
“Ia telah menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara dan juga ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong,” katanya selepas melawat Kanopi Ops Sikap di Jalan Sungai Buloh menghala Kuala Selangor di sini hari ini.

Pemimpin BN tidak risau kajian dakwa populariti Najib susut.,..kerana zaman najib dah berakhir kot..!!!


KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengetepikan kajian terbaru menunjukkan populariti Datuk Seri Najib Razak mengalami penurunan berterusan, sebaliknya yakin Perdana Menteri keenam itu terus menikmati keyakinan rakyat.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) berkata beliau tidak percaya yang sokongan akar umbi ke atas perikatan itu dan pengerusinya terjejas teruk memandagkan sokongan kuat terus diperlihatkan oleh rakyat.
Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus – penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai lalu.

It is time to stop buying into a lie



But if you were to believe the Prime Minister writing in his blog, Sabah and Sarawak were only states that joined an already existing country! Surely the Prime Minister of Malaysia would know history and know how his own country was formed? It is plain that history is deliberately being re-written.
By Being Vernon
May I be honest?

I am sad. I am sad because I am told by my government that I must celebrate the Independence Day of my country on the 31st of August. But what is so wrong about this that it makes me sad?

Najib tersepit antara populariti menurun dengan harapan reformasi sistem pilihan raya yang melambung

Perdana Menteri Najib Razak kini tersepit di antara pola popularitinya yang semakin menurun, dengan harapan reformasi sistem pilihan raya yang semakin melambung, seandainya dikupas satu hasil soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center, baru-baru ini.

Menurut soal selidik yang dijalankan antara 11 hingga 27 Ogos 2011 ke atas 1,027 orang responden, tahap kepuasan Najib Razak (gambar kiri) memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2010, malah jatuh sebanyak 6% kepada 59% - buat kali pertama di bawah paras 60% dalam tempoh dua tahun, sejak September 2009.  Najib mencatat kemuncak popularitinya di paras 72% pada Mei 2010, dan seterusnya menunjukkan pola menurun.

Bagi Mahathir, Anwar masih syaitan

Bagi Mahathir, Anwar masih syaitan Membesar di bawah kepimpinan beliau, seseorang akan cenderung untuk mempunyai rasa takut kepada manusia ini.  22 tahun sebagai Perdana Menteri,sudah cukup memasyhurkan beliau di seantero dunia, perihal baik mahupun jahat. Semasa berkuasa, ramai orang Melayu memandang kepadanya dengan bangga dan rasa hormat. Namun, ketika beliau turun dari kuasa, timbalannya sendiri pun, iaitu Abdullah Badawi sanggup menyerang beliau
Artikelnya terbarunya yang menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dianggap kurang berkesan. Pada masa dahulu, rakyat Malaysia mungkin akan teruja membaca artikel beliau yang mengkritik Anwar; yang pada tahun 1990-an cukup popular untuk menggulingkan beliau.

Jui Meng: MCA dan UMNO akan jadi seperti Parti KMT Taiwan

Jui Meng: MCA dan UMNO akan jadi seperti Parti KMT Taiwan Naib Presiden PKR Chua Jui Meng tidak meramalkan kepupusan parti Malaysian Chinese Association (MCA), tetapi sebaliknya melihat peluang untuk parti lamanya itu direformasikan, sembuh dan bangkit semula, mungkin selepas satu, dua atau tiga lagi pilihan raya umum, mengikut jejak parti Koumintang di Taiwan.
"Bahkan di dalam kehidupan individu ada naik turun, apatah lagi satu parti seperti MCA dengan beratus-ratus ribu ahli. Tetapi MCA akan terus hidup kerana pertama, ia mempunyai wang untuk membiayai operasinya. Ia juga mempunyai rangkaian yang luas. Anda boleh katakan ia adalah kuno tetapi ia tetap berjaya, "Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

Anti-Lynas group throws debate dare

The People's Green Coalition wants a prime time debate with TV3 environmental journalist Karam Singh Walia and two other experts.
PETALING JAYA: A member of the People’s Green Coalition which is against the Lynas Advanced Material Plant (LAMP) has challenged TV3 environmental journalist Karam Singh Walia and two other experts to a prime-time debate over the radiation hazards of the RM700 million rare-earth plant in Gebeng, Pahang
“I challenge them to an open debate on TV3 to find out the truth. Latest international finding shows that there is no safe radiation level,” said Ahmad Bungsu Hamidtua, a nuclear physicist.
“I want to ask them if they still think the project is safe after 20 years when the accumulation of waste is about five million tonnes of highly concentrated nuclear waste consisting of thorium, uranium and residue of heavy metals.

Tahan Tanpa Sebab : Polis Disaman RM5 Juta


Dua keluarga dekat sini mengemukakan saman RM5 juta terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan penahanan anak mereka yang dituduh terlibat dalam kegiatan samun dan pecah kenderaan.

Dalam pertemuan semalam, kedua-dua keluarga itu menyatakan rasa tidak puas hati berikutan penangkapan reman ke atas anak mereka.

Dalam kejadian 9 Ogos lalu kira-kira jam 1 pagi, Khairul Azani Mohd Lazawi, 21, Mohd Amir Anwar, 20, dan Mohd Khairul Liza Mohd Lazawi, 25, ditahan lima anggota polis menaiki motosikal berikutan penemuan dua palam pencucuh diubahsuai di dalam raga motosikalnya.

Kecoh pasai pengundi murtad. Salah siapa?

Oleh: MSK
Sebenarnya aku dah malas nak cerita pasai Daftar Pemilih SPR. Dah tak larat. Lagipun, sekarang parti-parti dalam Pakatan semua dah terer…dah boleh buat kerja. Bagi chance la aku nak rehat.
Tup-tup..ada orang korek cerita lam dengan membuat laporan polis. Ini semua pasai tengah heboh isu murtad. Kalau tidak…sapa pun tak mau baca posting aku. Jadi…aku kena tulis sikit sebanyak supaya orang paham.

Antara propaganda dan fitnah

Oleh Daing Yahya
29 OGOS – Sebagai ejen propaganda, media massa seperti lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia atau media milik rakyat yang dikongkong oleh kerajaan Barisan Nasional, iaitu RTM dan media kawalan BN seperti Media Prima yang menguasai TV3, Berita Harian dan New Straits Times, kerja mereka adalah memanipulasi berita atau maklumat bagi tujuan laba politik.
Dengan menyamar sebagai media massa yang mana lessen penerbitan ditentukan oleh UMNO-BN,  memang itulah kerja-kerja politik versi 1Malaysia.

Kehakiman: Tahniah atas kuantiti, cabaran untuk kualiti

Oleh Muhammad Zir

29 OGOS – Kejayaan pihak pentadbiran mahkamah patut dipuji atas pencapaian membanggakan iaitu bilangan kes sivil yang tertunggak di Mahkamah Tinggi dapat dikurangkan daripada 44,873 kes pada tahun 2009 kepada hanya 5,309 kes pada 2011.
Jika dinilai prestasi ini, memang ianya satu pencapaian yang baik sekali.
Kita dapat lihat dengan jelas bahawa, jika kakitangan yang profesional diberi ruang peranan yang kondusif serta sistem kerja yang bebas dari tekanan pihak legislatife dan eksekutif, mereka mampu melaksanakan tugas dan seterusnya mencapai kejayaan dalam urus tadbir perundangan.

Jangan anggap bukan Islam musuh - MB Selangor


SHAH ALAM, 29 Ogos: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengajak umat Islam agar memperbetulkan pandangan salah sesetengah mereka yang menganggap orang bukan Islam sebagai ancaman malah mengambil sikap bermusuhan dengan mereka.

"Semua ini hanya akan memberikan imej negatif kepada ajaran Islam yang mendokong keadilan untuk semua. Sesungguhnya usaha memecah-belahkan masyarakat dengan alasan tidak benar adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Mesej Aidilfitri: Pakatan yakin Islam galak rakyat tidak curiga

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Kerajaan negeri Pulau Pinang diterajui Pakatan Rakyat yakin Islam yang sebenar akan menggalakkan setiap rakyat untuk bersahabat dengan penuh kasih sayang tanpa rasa curiga antara satu sama lain, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
“Walau pun ada segelintir orang mahu menyempitkan ajaran Islam dengan memburukkan orang lain serta menimbulkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman, kerajaan negeri yakin bahawa Islam yang sebenar menggalakkan kita semua untuk bersahabat dengan penuh kasih sayang tanpa rasa curiga antara satu sama lain.

Hidupkan malam, pagi Aidilfitri

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
Ramadan yang mulia akan melabuhkan tirainya, menandakan berakhirnya bulan inhttp://2.bp.blogspot.com/_X-vSNtxskog/SMNNU1P19eI/AAAAAAAAAGU/IL5wvXnWE7k/s400/Hari_Raya.jpgi dan disusuli pula dengan kedatangan hari raya Aidilfitri, atau menurut bahasa Arabnya ialah ‘Idul Fitri yang bermaksud kembali kepada fitrah yang suci seperti dilahirkan oleh sang ibu, atau fitrah manusia makan pada waktu siang.
Ini kerana sepanjang sebulan di bulan Ramadan, seseorang itu telah memenuhkan agenda bulan tersebut dengan pelaksanaan amal ibadat yang mampu menjadikannya sebagai hamba Allah yang terbaik seperti membaca dan bertadarus al-Quran, bersolat jemaah sama ada solat-solat fardu dan Tarawih, bersedekah, beriktikaf dalam masjid, memberi atau menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa dan banyak lagi.

Ramadan yang kita tinggalkan...

RAMADAN pergi jua. Aidilfitri juga akan datang dan pergi. Bulan dan musim silih bergahttp://1.bp.blogspot.com/_fnDEJcY5Www/TGrLMIG0RvI/AAAAAAAAAF8/w-vSq29T7D0/s1600/ramadhan-mubarak.jpgnti. Manusia pun begitu. Seorang sepupu saya meninggal Ahad, 21 Ogos bersamaan 21 Ramadan lalu. Sama tarikh dengan pemergian penulis terkenal Azizi Abdullah.
Buku Azizi, 'Senja Belum Berakhir' sudah saya 'khatam' di bangku sekolah rendah lagi. Ertinya nama Azizi sebagai penulis sudah terpahat di hati saya sejak puluhan tahun lalu. Terpesona saya dengan kisah dalam buku Azizi itu yang berkisar masalah kehidupan petani di negeri Jelapang Padi.

Is MCA in its death throes?

It has major problems, including a sex scandal that just won’t go away and a tendency to do business as usual despite changing political realities.

PETALING JAYA: The Malaysian political radar is registering strong signals of an impending general election. Prime Minister Najib Tun Razak recently remarked that it could be held at any time soon, reinforcing a hint he had made in his call for a state of preparedness among the component parties of Barisan Nasional.
FMT talks to Stanley Koh on issues that may have an impact on the election performance of MCA, the second largest BN component party. Koh is a seasoned observer of MCA politics, having been the party’s head of research unit.

British Yang Disebut Mat Sabu Adalah British Yang Sama Yang Halau Sultan Perak

British buang negeri Sultan Perak- Melayu tidak tentang ...

Ini adalah batu peringatan di mana Dato' Maharajalela, orang Besar negeri Perak yang mengarahkan pembunuhan JWW Birch, Resident British yang pernah menjajah negari Perak. Klik gambar utk besarkan.

Mengikut sejarah, Birch telah dibunuh, pada 2 Nov 1875 oleh si Puntum seorang orang asli dan beberapa pahlawan Melayu di Pasir Salak.

Satu kenyataan sejarah yang dibiarkan berlalu begitu sahaja.Tetapi bagi saya, ia menimbulkan satu pertanyaan : Kenapa si Puntum? Penjajahan British tiada kena mengena dengan kehidupan seharian Orang Asli di hutan! Bukankah ramai lagi pahlawan Melayu ketika itu? Mana mungkin Si Puntum lebih berani ke hadapan daripada mana-mana pahlawan Melayu ketika itu.

DAP : Salam Aidilfitri & Selamat Hari Merdeka-54


Maaf Zahir Batin & Happy Merdeka Day!
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin to all Muslims in Malaysia.
The coinciding of Hari Raya Aidilfitri, the 54th National Day and the 48th Malaysia Day should be a special triple occasion of joy and celebrations for all Malaysians.

Anwar : Perutusan Sambutan Eid ul-Fitr 1432H/ 2011

Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Perutusan Aidilfitri: Tarbiyah Ramadhan pupuk ketaqwaan

Punca kepada semua jenayah ialah kerana manusia tidak bertaqwa kepada Allah SWT, kata Nik Aziz.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Aziz mengajak umat Islam supaya bersyukur dan bertaqwa kepada Allah SWT kerana diberi peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H.
“Setelah kita menjalani tarbiyah Ramadhan selama sebulan dengan ibadat seperti puasa, qiam, bacaan al-Quran dan sebagainya, kita diperintahkan untuk menyambut Hari Raya sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan menewaskan hawa nafsu.
“Semoga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmah puasa itu sendiri,” kata Menteri Besar Kelantan itu dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri yang dipetik dari bloknya.

Kaut untung dengan Komsas

Penulis memberi panduan komprehensif kepada penerbit yang bercadang menganiaya penulis menjelang 2021.

Anda mungkin antara penerbit yang gagal mendapat sebarang kontrak/tender dalam projek teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) 2011-2020.
Sekali gus anda sudah hilang peluang keemasan mengaut untung dengan menindas, memperdaya dan memanipulasi penulis yang menghasilkan karya menggunakan keringat dan kreativiti.
Usah risau! Berikut panduan berguna berdasarkan pelbagai sumber serta amalan dalam industri penerbitan di Malaysia. Jika dipraktikkan, pasti anda juga akan untung besar sebaik teks Komsas baru diperkenalkan pada 2021.
Tender dijangka dibuka seawal tahun 2016. Maknanya, anda perlu menyusun strategi licik dan tidak bermoral mulai saat ini.

Mahafiraun : I was prime minister for far too long

I was prime minister for far too long, says Mahathir    KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad enjoyed working during his 22 years as prime minister but said he had been in the position for far too long.
"Unfortunately, in 1998, we had some problems with the currency and some personalities. Because of that, I had to stay back and put things in order before stepping down.
"But I enjoyed 22 years of working and until now I still work from 8.30am to 6pm, such as meeting people, writing and reading," he told a crowd at the BookFest@Malaysia 2011.
The magnetic Dr Mahathir, 86, drew droves of shoppers to the launch of the Chinese edition of his memoirs A Doctor in the House (yi sheng dang jia) at the Kuala Lumpur Convention Centre yesterday.

PSM: Utusan tidak lapor isu sebenar

Timbalan Ketua Polis Negara juga dikritik kerana mengeluarkan kenyataan.

PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mengecam Utusan Malaysia kerana membuat laporan yang berunsur fitnah kerana memusing fakta isi ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung peristiwa Bukit Kepong.
Setiausaha Agongnya S Arutchelvan berkata PSM berpendirian bahawa apa yang ditulis oleh akhbar arus perdana milik Umno itu bukanlah isu sebenar dan terkeluar dari konteks maksud apa hendak disampaikan oleh Mohamad Sabu.
Ini adalah kerana sejarah negara ditulis dari kaca mata Umno yang telah bersekongkol dengan British untuk mendapat kemerdekaan,” ujar Arutchelvan yang mendakwa pejuang kemerdekaan aliran kiri seperti Shamsiah Fakeh tidak direkodkan di dalam buku sejarah.

Bekas tentera jangan termakan dakyah Umno dan Utusan...


BUTTERWORTH, 29 Ogos: Sambutan Merdeka sudah menjadi perayaan Umno tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Ini, katanya dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan Umno yang diiktiraf oleh penjajah.
Beliau ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Taman Kuala Bekah, Penaga semalam juga menafikan apa yang ditulis dalam media pro kerajaan kononnya beliau menghina pejuang negara dengan menyokong penganas dalam kopeni pasukan ke 4 Parti Komunis Malaya (PKM).
Baginya, sejarah sebenar tentang serangan terhadap tragedi Bukit Kepong telah diselewengkan apabila mengambarkan serangan dilakukan oleh PKM padahal ia diketuai oleh Muhamad Indera yang menentang polis yang dianggap bersekongkol dengan penjajah.

Wikileaks: MCA akui Cina dipinggirkan

MCA pada satu mesyuarat tertutup dengan pegawai diplomat Amerika Syarikat mengakui bahawa masyarakat Cina di negara ini turut dipinggirkan tetapi tidak boleh mendedahkannya kerana terikat untuk menyokong kerajaan, khususnya Umno yang memerintah negara.

Merdeka Center: Populariti Najib terus susut

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjunam ke paras 59 peratus — penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai. Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Mat Sabu: Utusan fitnah saya dan PAS

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

Utusan gagal batal saman pembelaan MP Seputeh

Utusan Melayu (M) Bhd gagal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk membatalkan pembelaan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam kes saman fitnah terhadap ahli politik pembangkang itu berhubung komennya mengenai makanan disajikan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.

Hakim Datuk John Louis O'Hara memerintahkan saman itu menjalani perbicaraan penuh selepas memutuskan Kok mempunyai kes yang kukuh untuk membela dirinya.

utusan malaysia teresa kok story utusan sues teresa kok 151008"Ini bukannya kes yang biasa dan terang-terangan untuk dibatalkan, dan kes ini patut menjalani perbicaraan penuh," kata O'Hara sebelum memerintahkan syarikat akhbar itu membayar kos RM5,000 kepada Kok.

Pada Februari 2009, Utusan Melayu menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Kok, 47, pengerusi DAP Selangor yang nama penuhnya Teresa Kok Suh Sim, kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenainya dalam akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Majoriti mahu pembaharuan pilihan raya, 48% ‘kritik’ cara Putrajaya urus Bersih


Suasana ketika perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Hampir separuh daripada rakyat negara ini tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara awal bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center. Hasil kajian firma itu yang dikeluarkan hari ini menunjukkan 48 peratus tidak bersetuju dengan cara digunakan oleh pentadbiran Najib manakala 39 peratus melahirkan pendirian bersetuju.
Mengikut pecahan kaum, pendirian tidak berpuas hati sangat tinggi di kalangan masyarakat Cina iaitu 68 peratus, diikuti 55 peratus melibatkan orang India dan 37 peratus kalangan Melayu.
Bagaimanapun dari segi puas hati, responden kalangan Melayu merekodkan 53 peratus, 28 peratus di pihak kaum India dan 17 peratus orang Cina.

Merdeka: Najib's approval rating plunges to 59% due to rising prices, Bersih

Merdeka: Najib's approval rating plunges to 59% due to rising prices, Bersih Prime Minister Najib Razak’s approval rating has plunged sharply by 6 percentage points to 59%, based on an August survey conducted by the Merdeka Center for Opinion Research.
59% of the Malaysians polled said that they were satisfied with Prime Minister Najib Tun Razak’s performance in this survey which is 6% lower compared to 65% recorded in May 2011. Broken down into ethnic groups, the survey found 69% of Malays, 38% of Chinese and 69% of Indian respondents expressed satisfaction.
From the survey, we note that the significantly reduced approval rating may be due to the increased concerns over cost of living related matters as ordinary citizens begin to feel the impact of hikes in the price of fuel and electricity. Besides pocket book issues, the poll result also suggests some linkage with adverse public perception of how the government handled events and public discourse arising from the BERSIH 2.0 rally and other related events.

Mat Sabu to sue Utusan over ‘false report’

The PAS deputy president calls Utusan's report “lies and distortions”.

PETALING JAYA: PAS deputy president, Mohamad Sabu, will take legal action against Utusan Malaysia for the “distorted and false” reporting of his ceramah in Penang’s Tasek Gelugor on Augt 21.
Last Saturday, the Umno-owned daily had quoted the PAS leader as saying that the communists who attacked the Bukit Kepong police station during the Emergency on Feb 3, 1950, were heroes and not the 17 policemen who died in the attack.
Utusan also quoted him as saying that the country’s first prime minister, Tunku Abdul Rahman, and Umno’s first president, Onn Jaafar, should not be recognised as freedom fighters because they were also British officers.
Up to 20 police reports have been lodged against Mohamad, better known as Mat Sabu, over the weekend accompanied by accusations that he intends to re-write history to turn Malaysia into a republic.

Che Rosli: Saya tak langgar dasar PAS, tak sokong Lynas...jadi apa citer..!!!!

Che Rosli: Saya tak langgar dasar PAS, tak sokong LynasKUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat berkata akan akur dengan sebarang tindakan parti Islam itu sambil menegaskan, beliau hanya muncul di TV3 atas kapasiti peribadinya sebagai seorang saintis.

Menjawab pendirian kontroversi mengenai loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dan desakan agar dikenakan tindakan disiplin, Che Rosli berkata, beliau sebenarnya telah memaklumkan saluran swasta itu bahawa tidak akan hadir sebagai wakil PAS, sebaliknya selaku seorang pakar dalam bidang sains nuklear.

Che Rosli mengetepikan kritikan banyak pihak dengan berkata, “seperti Dr Ahmad Termizi Ramli (Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan), saya muncul di TV3 sebagai saintis. Itu sahaja.”

Bukit Kepong: Utusan berbohong lagi, Mat Sabu akan saman

Bukit Kepong: Utusan bohong, Mat Sabu akan samanKANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.
"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

UMNO Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara


Sejak 52 tahun lalu, negara ini hanya diperintah oleh Umno/BN/Perikatan, selain itu tiada parti lain yang berjaya menjadi pemerintah di negara yang majoriti penduduknya Melayu.

Rencana ini ditulis oleh saudara Wan Nordin Wan Yaacob dan disiarkan dalam Harakah daily 06.11.2009. Banyak lagi perihal perbuatan dusta, khianat dan khurafat yang telah dan sedang dilakukan oleh umno telah saya ulas dan titipkan dengan jelas dalam buku "Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara"

KHIANAT SEJARAH : KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI

Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.


Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha). 

MERDEKA DENGAN DARAH

Poster ini bukan ciptaan parti komunis, juga bukan cipataan parti sosialis atau nasionalis tapi adalah ciptaan anak muda Malaysia generasi kini.



Kini dan Silam

Fakta Dikaburkan : Tokoh Kemerdekaan Sebenar Dijadikan Kambing Hitam Nasionalis.....

Tokoh Kemerdekaan yang dilupakan..

 ust-abu-bakar-albaqir.jpgUstaz Abu Bakar al-Baqir


Kelahiran
Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol,Bagan SeraiPerak tidak jauh dari Padang Rengas.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunanJawa. Datuknya berasal dari KendalJawa Tengah.Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap di Gunung Semanggol lebih kurang 1850-an . Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di KlangSelangor, kemudian pindah ke Kuala Kurau, [Perak]], untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka adalah dari bercocok tanam dan bersawah. Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah kemudian menjadi penyara hidup Mohd. Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd. Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam. Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah Mohd. Said dididik dengan didikan agama.

Penjajah British : Apa yang Mat Sabu sampaikan?

Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!


Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indra ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, 

Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan Dan Di PUTARBELIT

http://3.bp.blogspot.com/-xraHiORSdDw/TkaqVZ2ptNI/AAAAAAAAAPM/EOvozQmpqHQ/s1600/asal%2Busul%2Bsosial%2Bgolongan%2Bkiri%2Bmelayu.jpgPada penulisan objektifnya adalah untuk menjelaskan bahawa Malaysia adalah negara bangsa (nation state) yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kita hidup secara harmoni.



Akan tetapi pada penulis pemaparan tarian dan aksi kebudayaan adat yang tidak mencerminkan budaya sebenar antara etnik negara ini kerana tarian dan persembahannya bukan mengambarkan tradisi klasik sesuatu etnik sebaliknya persembahan tarian etnik yang kontemporari.

Ramadhan : Bebas daripada telunjuk syaitan

Pertama dan selamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat kembali kepada fitrah setelah melalui fasa tarbiyyah di bulan Ramadhan. Juga selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Penyelamat Ummah, Rasulullah SAW, ahli keluarga beliau, para sahabat dan tabien sekalian.
Sesungguhnya kita telah melalui fasa tarbiyyah tahunan di bulan Ramadhan yang disebut-sebut sebagai penghulu segala bulan. Selama tiga puluh hari hidup kita menyaksikan pertarungan sengit antara diri yang ingin menuntut fitrah menurut nafsu yang tidak sedikit. Justeru apabila tiba 1 Syawal, Allah Maha Suci telah mewajibkan umat Islam meraikan kemenangan perjuangan ini dengan pengharaman berpuasa dan diwajibkan kita merayakan 1 Syawal ini.

Bangunan MAIM : PAS Melaka tetap dakwa wang zakat diseleweng


MELAKA, 29 Ogos: PAS Melaka tetap mendakwa isu yang berkait dengan pembinaan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menggunakan wang zakat adalah suatu penyelewengan kerajaan negeri.
Ekoran itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari (gambar) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Alai, baru-baru ini berhubung laporan yang dibuat sebelum ini.
“Isunya tentang laporan penggunaan wang zakat sebanyak RM13.5 juta bagi membina bangunan Maim,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Persoalannya, kata beliau kenapa wang zakat digunakan sedangkan kontrak sudah diberikan kepada kontraktor untuk membina bangunan tersebut dengan tukaran tanah milik Maim.

Fahaman perkauman musuh negara nombor 1

Fahaman perkuaman adalah barah no. 1 negara dan ia bukan merupakan preskripsi ubat yang cocok untuk menyelesaikan masalah politik dan sosial negara ini. Jika dahulu penjajah menjual fahaman ini sebagai syarat utama peralihan pewarisan kuasa daripada tangan penjajah ke tangan kerajaan Persekutuan, kini ia masih digunakan sebagai senjata tembak terakhir apabila segelintir pihak gagal menyelesaikan sesuatu isu.
Bila Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, perkauman melayu ditiupkan da dilagakan dengan polisi kerajaan negeri. Bila Pilihanraya Sarawak 2011 menyaksika peningkatan undi pembangkang, rasis melayu terpekik melolong mengatakan kaum Cina bersatu menghancurkan melayu.
Bila isu gereja menyuap makanan kepada fakir miskin melayu, perkauman sekali lagi dikumandangkan walaupun ada cara agama yang labih baik dan sesuai boleh digunakan.

Mat Sabu dicabar debat isu pejuang kemerdekaan, komunis

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia, Kolonel Profesor Dato Dr Kamarudin Kachar mencabar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang kini menjadi kontroversi berhubung isu pejuang kemerdekaan dan komunis, agar beliau berdebat dengan pakar-pakar sejarah.
“Dan, jika betul-betul hendak menunjukkan kehandalan dalam bidang sejarah negara, disarankan (supaya) Mat Sabu berdebat dengan satu panel pakar sejarah negara di hadapan 200,000 orang staf PDRM dan ATM termasuk yang telah berjuang dalam zaman komunis dan juga yang telah bersara,” kata beliau yang juga bekas komander Rejimen Askar Wataniah 512 Terengganu dalam satu kenyataan hari ini.

Dah 54 Tahun Melayu Kena Tipu...???

Dah 54 tahun beb.... dah 54 tahun.... rakyat Malaysia diperbodohkan dengan sejarah umPORno... muakakakaaaaaa.....

"Sepatutnya yang melawan British adalah Hero (Pejuang yang menentang penjajahan British), tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah Penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero." - Mat Sabu (gua tambah dalam kurungan tu jer..)
hahaha.... bangangnya meLAYU...!!!!


Tengok filem Sarjan Hassan sudah laaaa.... P.Ramlee jadi Askar, boleh I... I... Sir dengan Pegawai Tentera British... hahaha... orang melayu diperbodohkan oleh British untuk menjadi askar bagi melawan Jepun.

Bangunan tergantung saingi Taj Mahal

STRUKTUR mirip stesen angkasa lepas ini memiliki 80 unit rumah kediaman.


CALCUTTA, India – Sebuah struktur menyerupai stesen angkasa lepas lengkap dengan taman di atas bumbungnya merupakan antara lebih 12 rekaan unik yang tersenarai dalam pertandingan Festival Arkitek Dunia di bandar raya Barcelona, Sepanyol pada tahun depan.

Gila Maksiat : Hantar SMS talak diri sendiri.....

Hantar SMS talak diri sendiri
MALU...pasangan yang dicekup, kelmarin.
MALU...pasangan yang dicekup, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 41 tahun nekad ‘menceraikan dirinya sendiri’ selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.
Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya.

Lewat: Jambatan Sultan Yahya Petra ke SPRM


KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) akan membawa isu kelewatan menyiapkan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua di Kota Bharu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Projek kerajaan Persekutuan yang bernilai RM157 juta itu sepatutnya dijadual siap pada Disember 2009 namun sehingga kini masih belum menampakkan akan siap dalam masa terdekat.
Beliau berkata, apa yang dibimbangi adalah wujud faktor lain khususnya rasuah dan salah guna kuasa yang menyebabkan projek itu gagal disiapkan pada waktu yang ditetapkan.
"Saya akan bawa perkara ini kepada SPRM secepat mungkin.
"Selain itu saya juga akan mencari ruang untuk membangkitkan isu ini pada persidangan perlimen Oktober nanti," katanya kepada Harakahdaily.
Baru-baru ini Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra kedua sepanjang 800 meter tersebut terpaksa dilanjutkan dan dijangka siap pertengahan 2012 berikutan mengalami masalah teknikal.