Sabtu, 27 Ogos 2011

Video : Raya-raya jugak, jangan lupa Pilihanraya

When a mufti can't meet a govt leader: 'Lu pikirlah sendiri!'

When a mufti can't meet a govt leader: 'Lu pikirlah sendiri!'That was the spontaneous reaction from PAS's Tuan Ibrahim Tuan Man at a recent public forum, after fellow panelist, Perak mufti Harussani Zakaria, related his experience of being denied a meeting with Dr Mahathir Mohamad in 1998.

“When even a mufti can be snubbed, well, think about it.

"Lu pikirlah sendiri!” remarked Tuan Ibrahim, borrowing a phrase popularised by a local comedian, which prompted a roar of laughter from the audience.

He was part of the panel at the forum in Shah Alam on August 24 called "Ulama in Politics: for Da'wah or for the Party" organised by Malay daily Sinar Harian and moderated by former Perlis mufti Dr Asri Zainul Abidin. Besides Harussani and Tuan Ibrahim, a representative from UMNO's so-called Young Ulama group, Fathul Bari Mat Jahya.

Lynas : Suatu Sikap diantara Pandangan Pakar dan Rakyat



Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, mewakili seluruh warga pemuda PAS menggesa agar kerajaan Malaysia mengarahkan agar Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu sebarang bentuk operasi pembinaan dan operasi penghasilannya sementara memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji.

Bukan hanya melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar, pakar kesihatan, pakar ekonomi, pakar undang - undang dan lain - lain pakar yang berkaitan termasuk pakar politik serta pemantau bebas antarabangsa.

Video Bajet 2012 Pakatan Kaji Tingkat Gaji Minimum

Pakatan: MRT rail, property model is land grab

Several properties in the prestigious Bukit Bintang shopping district have been earmarked for acquisition. — File pic
KUALA LUMPUR, Aug 27 — Pakatan Rakyat (PR) has accused Putrajaya of using the Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT) as an excuse to acquire prime land after it was revealed that the government will rely on property development to foot project costs. DAP international secretary Liew Chin Tong said the modified rail-and-property model was just “land grab by another name” and accused the Land Public Transport Authority (SPAD) of putting revenue considerations before the needs of the public.

Bajet 2012 : Pakatan Kaji Tingkat Gaji Minimum


PETALING JAYA 27 OGOS : Pakatan Rakyat komited dalam memelihara kebajikan golongan pekerja menerusi penetapan jumlah gaji minimum kepada semua golongan pekerja di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut diambil bagi menyelaraskan produktiviti yang disumbangkan golongan pekerja dengan pulangan yang diterima oleh mereka.

"Kita mengambil kira satu kajian yang diperkukuhkan oleh Bank Negara dimana wujud peningkatan dalam produktiviti dalam negara tetapi tidak selari dengan upah atau gaji,"katanya dalam sidang media selepas siri rundingan gagasan itu dengan Kesatuan Sekerja dan beberapa wakil daripada syarikat ekonomi di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Aduhai Salleh Majid

Ya Bassit: BEKAS Pengerusi BSKL Salleh Majid kesal dengan tindakan Exxon International menjualkan kepentingannya dalam Esso Malaysia kepada syarikat San Miguel dari Filifina. Menurut Salleh sepatutnya Exxon tidak membuat keputusan memandangkan ia sudah lama beroperasi di negara ini dan mendapat banyak keuntungan.

Beliau juga tidak faham dengan tindakan itu dan bertanya apakah masalahnya.

Nota terbuka kepada Uthman El-Muhammady

oleh : Dr Juanda
..26 hari sudah berlalu, tetapi ustaz Uthman el-Muhammady masih tidak memberikan respons yang positif terhadap ajakan dialog secara harmoni yang kami usahakan. Padahal dalam Surah al-Nahl ayat 125 Allah SWT berfirman yang bermaksud;

Gani Patail nafi dakwaan RPK disogok Ho Hup baiki rumah isteri


KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat tersebut.
Dalam tulisan menerusi blognya Malaysia Today pada 23 Ogos lalu, Raja Petra mendakwa bahawa Lye telah memberi sogokan kepada Gani dan menggunakan dana Ho Hup untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan.
Dalam respons pertama berhubung dakwaan Raja Petra, Gani memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pernah menerima sebarang wang daripada syarikat pembinaan tersebut.

Video : Umno kantoii...Ulamak Mereka "Sokong" Isu Pembesar Suara Di Pulau Pinang.

Peguam: K'jaan tak rasional, takut pembangkang

imran khanSeorang peguam Inggeris yang mewakili pertubuhan hak Hindu yang diharamkan, Hindraf tetapi dihalang memasuki Malaysia untuk berjumpa dengan anak guamnya telah membidas kerajaan BN dalam wawancaranya yang agak kritikal dan disiarkan di akhbar Britain, The Guardian.

Imran Khan (kiri) telah dihalang memasuki Malaysia pada 12 Ogos di ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) atas alasan bahawa dia mungkin menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara. Beliau ditahan kira-kira 12 jam sebelum diusir pulang.

PAS: Jual Esso kepada firma Filipina bukti BN terus gagal

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — PAS memandang serius cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad dan syarikat berkaitannya kepada San Miguel Corporation — sebuah syarikat Filipina — dan mendakwa ia satu lagi kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kepentingan negara dalam industri strategik.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata urusan jualan itu jika diteruskan akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada industri minyak dalam negara.
Baru-baru ini, San Miguel mencadangkan kepada ExxonMobil International Holdings Inc, untuk mengambil alih 65 peratus kepentingan ekuiti dalam Esso Malaysia melibatkan dana RM614.25 juta. Esso Malaysia ialah anak syarikat ExxonMobil International.

Video : Gas Malay Basin, Hak Kelantan Dinafikan

Video : Jawapan Kepada Video BERSIH2.0 Versi PDRM

Video : Anwar on Selangor gov't's 'Unit Selamat Aqidah'

Video : Pakatan alternative budget looking at 'floor wage'

Video: Isu Gereja, AMK Gesa Cari Dalang Sebenar

Video: Selangor Tubuh Unit Selamat Akidah

Video : 'Burukkan' MP, TV3 Digesa Mohon Maaf

Video: Belum Daftar Tapi Nama Tersenarai Dalam Sistem SPR

Video : Majlis Peguam Gesa Siasat Video JAIS Periksa Gereja Bocor

Bagaimana Jabatan Pendaftaran Negara Membantu Rakyat Kekal Kafir !

Sedih dan geram membaca cerita seorang pakcik berumur 85 tahun yang memeluk Islam pada tahun 1964 setelah berkahwin dengan seorang wanita muslim. Dia merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari England. Dia datang ke Malaysia pada tahun 1948 ketika waktu darurat untuk bekerja di estet.

Berkat perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak dan mereka juga mengambil 2 lagi anak angkat yang mana salah seorangnya adalah anak gadis kecil berketurunan India. Anak gadis itu dibela dan di besarkan dengan mengamalkan Islam sehinggalah pada tahun 1983.

Racialism adalah satu penyakit

Racialism adalah satu penyakit. Penyakit ini berpunca dari perasaan tekanan rendah diri. Dan untuk menyatakan kehebatan diri, maka ia akan memandang orang lain dengan penuh perasaan benci dan cemburu.
Orang yang diserang penyakit ini boleh mengambil inisiatif mengumpulkan kumpulan atau puaknya sendiri menekankan satu idea untuk dikongsikan seolah-olah idea itulah yang terbaik, dan semua pandangan dan pegangan orang lain tidak memuaskan kehendaknya.
Dalam bahasa asing, penyakit ini dipanggil "inferiority complex" dan complex ini berlawanan dengan "superiority complex" satu jenis penyakit lagi bahawa hanya dia dan kumpulan dia sahaja yang terbaik dan memandang rendah kepada pegangan dan pandangan orang lain atau kumpulan lain.
Sesetengah kamus menyatakan "complex" itu ada hubung kait dengan penyakit emosi apabila seseorang itu mempunyai sikap yang sangat teruja secara melampau mengenai sesuatu atau seseorang itu mempunyai fikiran yang melampau keatas sesuatu perkara.

KE JALAN RAYA SEKALI LAGI!

SUMPIT ORANG ZALIM



ORANG ASLI SEDIA BERDEMO LAGI JIKA TANAH DIRAMPAS
- mkini

Masyarakat Orang Asli sekali lagi akan berarak ke Putrajaya jika kerajaan berkeras membahagikan tanah-tanah adat mereka.

Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia (JKOAM) Tijah Yok Chopil berkata walaupun Orang Asli dikenali sebagai masyarakat yang aman, namun mereka tidak mempunyai pilihan jika kerajaan masih berkeras.

"Secara jujur, walaupun tindakan itu membawa risiko yang tinggi, kami akan turun ke Putrajaya, Parlimen atau Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Ini bukan satu ancaman, tetapi hidup kami kini ditekan dan kami tidak ada pilihan lain.

Ayoh ... berdemo ! Orang asal zaman bapak hang boleh le digula-gulakan....loo ni sorry deh..!!!


"Secara jujur, walaupun tindakan itu membawa risiko yang tinggi, kami akan turun ke Putrajaya, Parlimen atau Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Ini bukan satu ancaman, tetapi hidup kami kini ditekan dan kami tidak ada pilihan lain.[ lagi ]
Haha ... jangan sangka semua orang boleh dibodohkan ..
Wakakak !!!
Budaya hebat .. budaya berdemo.
Itu lah dia demokrasi ...
Wakakak !!!

Dakwat Kekal : Sapa tak setuju .. dia bangang lagi bahlul !


Dakwat Kekal Lebih Mudah Berbanding Biometrik Pada PRU - Dompok
KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berpendapat, penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya umum adalah lebih mudah berbanding sistem biometrik.[ lagi ]
Apa lagi ... ?
Buat la ...
Orang yg tak setuju tu bangang yang takut kalah ... wakakak !!
Wakakak !!!
Bangang lagi bahlul !

Buku teks Komsas: Penulis dakwa royalti tak dibayar...TPM nak tengok jerk ke...!!!

muhyiddin yasin muhyiddin yassinLima penulis telah mengutuskan surat terbuka kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, berikutan kegagalan mereka menuntut bayaran terhadap karya-karya mereka yang digunakan sebagai teks komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Malaysia (Komsas) di sekolah-sekolah menengah.

Menurut surat yang diperolehi daripada penulis novel Uthaya Sankar SB yang menerimanya selaku presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), kelima-lima penulis berkenaan "tidak menerima satu sen pun" dalam bentuk royalti, walaupun karya mereka digunakan oleh ribuan pelajar di seluruh negara.

Penulis berkenaan, Rohani Deraman, Amy Suzani Mohd Ainuddin @ Natasya Puteri, Hazama Harun @ Aida Shahir, Mohd Izan Abd Hazes @ Mohd Faris Ikmal dan Erda Roslan Khairi, mendakwa bahawa pihak penerbit telah enggan melayan tuntutan mereka.

Perpecahan Melayu atau Perpecahan Umno??

Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff pula bersetuju dengan pandangan yang di lontarkan oleh Mufti Perak dalam isu perpecahan melayu Islam yang di sebabkan oleh keegoan parti memerintah dan bukannya di sebabkan oleh pihak Pakatan Rakyat mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim..


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Di samping itu jugak, Prof Agus kata perpecahan melayu adalah dari sebab tindakan kerajaan menafikan hak orang melayu itu sendiri seperti yang terjadi kepada negeri Kelantan dalam isu royalti minyak dari Petronas.

18SX : INI Pewaris pewaris ..puteri ker...hasil dari tampuk pemerintah...



FBI didesak putuskan hubungan dengan keluarga Taib

NGO barat meningkatkan tekanan ke atas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat supaya memutuskan hubungan mereka dengan pemilik bangunan yang disewanya, Wallyson Inc kerana dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Ek- eleh: TV3 Nafi Laporan Gangguan Seksual



SHAH ALAM 27 OGOS : Sistem Televisyen Malaysia Berhad, TV3 hari ini menafikan laporan "Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual" yang disiarkan pada 23 Ogos lalu sebagai tidak tepat.

“Merujuk kepada tajuk berita berikut: "Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual"pada 23 Ogos lalu, pihak TV3 mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut selaras dengan polisi integriti syarikat.

Reformasi pilihan raya: Bagaimana M'sia dinilai?

John R Malott

Ini adalah artikel kedua mengenai cadangan-cadangan yang dibuat untuk pembaharuan pilihan raya di Malaysia, kenyataan balas oleh kerajaan, dan keadaan di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.

Membenarkan mengundi di luar negara

Anwar: Jangan halang kaum lain jika bantu umat Islam


PETALING JAYA, 27 Ogos — Umat Islam tidak harus menghalang kaum lain daripada menghulurkan bantuan kepada Muslim yang miskin kerana menjadi kewajiban kepada semua bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan, kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita tidak harus menghalang mereka... sesiapa sahaja, mana-mana kaum, mana-mana agama daripada menjalankan atau mengambil inisiatif untuk membantu sesiapa,” kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Gereja minta agar mereka diberi kebebasan untuk membantu golongan miskin tanpa mengira kaum, di sebalik dakwaan bahawa masyarakat Kristian berusaha untuk menukar agama umat Islam menerusi kerja-kerja kebajikan.

Harapan Komuniti terima ugutan bunuh....!!! Polis boleh jangka eh..siapa dia..!!!

Harapan Komuniti, yang menganjurkan majlis makan malam amal di perkarangan sebuah gereja di Petaling Jaya semasa ia diperiksa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu, membuat laporan polis semalam berikutan ancaman bunuh yang diterimanya.

Menurut sumber yang rapat dengan NGO itu, ugutan berkenaan dikesan diletakkan di pintu masuk premisnya di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, awal pagi semalam.

Isu Wahabi: Mufti Perlis masih harap Dr Uthman sedia berdialog....!!! Kenapa senyap yerk...???

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Ketia hanya tinggal empat hari menjelang Syawal, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya masih berharap pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady akan menerima pelawaan pihaknya untuk berdialog bagi menjernihkan isu “kesesatan” dan “keganasan” Arab Saudi yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi.
Juanda menjemput Muhammad Uthman untuk berdialog dengannya pada bulan Ramadan akhir bulan lalu.
“... 25 hari sudah berlalu, tetapi Ustaz Uthman El-Muhammady masih tidak memberikan respons yang positif terhadap ajakan dialog secara harmoni yang kami usahakan. Padahal dalam Surah al-Nahl ayat 125 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud ‘Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk,” kata Juanda dalam mesej dimuatkan pada laman sosial Facebook semalam.

Kantoi Lagi : Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih SPR

Kontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan.

PRU-13 : Hanya Doa Senjata Terakhir Hadapi BN, Kata Nik Aziz


KUALA LUMPUR 27 OGOS : PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hanya doa merupakan “senjata akhir” bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa.

Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan.

Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990.

Senjata doa atasi muslihat BN guna projek IC

KOTA BHARU, 27 Ogos: Biar pun tanpa nasi bungkus percuma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya.
Malah ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih.
Khemah gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai. Khemah tersebut  boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah.
Jumlah kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat.
Sebahagian peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Over-hyped bozos running GLCs

The government's biggest mistake was setting up GLCs.

The greatest disservice the government does to Malay economic advancement is the creation of government-linked companies (GLCs).
They have only served to crowd out fair competition and as a result, stifle the emergence of robust Bumi business people. They run with the Malay hares and hunt with the corporate dogs.
So, if we really understand the problem, the least damaging solution is to dismantle most of the GLCs.
That decision will only damage a small number of people but can benefit a larger number.
Corporate corruption is concealed by our misconception that those with advanced degrees and first- class qualifications are naturally good in whatever they are tasked to do.

Pemuda PAS mahu 40% calon muda

Calon tidak semestinya dari Dewan Pemuda PAS, kata Ketua Pemuda Nasrudin Hassan Tantawi.
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mahu 40 peratus calon yang dipilih pucuk pimpinan parti nanti terdiri daripada golongan muda dan muka baru.
“Dewan Pemuda konsisten dalam pendiriannya agar pucuk pimpinan memilih calon muda. Calon tersebut tak semestinya dari Dewan Pemuda.
“Dia boleh dipilih dari peringkat mana sekali pun dan dari dewan mana sekali pun,” kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang turut menegaskan faktor calon boleh menang ketika dihubungi FMT.
Beliau turut menyatakan bahawa barisan Pemuda PAS sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Phantoms of the Electoral Roll

Phantoms of the Electoral RollThere you have it. The Election Commission chairman Abdul Aziz Yusof has finally conceded that the use of indelible ink to avoid voting duplication is less problematic than using a complex and costly biometric system. So what is the problem now? Will the Election Commission make the necessary recommendation to the government or are they going to deliberate on it for the next two years?
The biometric system is a sophisticated device, a database of information made from electronic bits and bytes. Data can be added and subtracted without any trace. There is no black and white. Information can go missing in the blink of an eye. Even a computer virus can wipe out its database in seconds. It needs power to run and should there be an unfortunate blackout during Election Day, or if the machine refuses to verify a genuine voter, there will be chaos.

‘Time to stop sloganeering’

What does liberty mean to the younger generation?

PETALING JAYA: To the younger generation of Malaysians today, their understanding of Merdeka revolves around the word “liberty” and their inalienable right to think, decide and enjoy their lives.
And here’s some thoughts of the younger generation on what liberty means to them.
Independence, sovereignty and freedom

Razinah Shaheed Ali, 24,

Being a post-Merdeka child, I did not experience the process of achieving Merdeka by our founding fathers, but I nonetheless grew up feeling a sense of belonging.

If ring not linked to Rosmah, how come it belongs to Maira :Badrul asks Anuar

If ring not linked to Rosmah, how come it belongs to Maira :Badrul asks AnuarPKR leader Badrul Hisham Shahrin, popularly known as Chegubard, has hit out at party turncoat Anuar Shaari over a RM24.4 million diamond ring that allegedly belonged to Rosmah Mansor, the controversial wife of Prime Minister Najib Razak.
Rosmah has been accused of buying the ring and bringing it into Malaysia without paying tax.
Receiving the information, which has been circulating like wildfire on the Internet, Badrul had lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission.
That led Anuar, his former comrade-turned-foe, to lash out at him. Anuar challenged Badrul to make a similar report with the police and also accused him of making up the allegations against Rosmah.

To Mahathir, Anwar is still a he-devil

To Mahathir, Anwar is still a he-devilGrowing up under his leadership, one tends to have utmost fear for this man. 22 years as Prime Minister, his fame or infamy has stretched far and wide. When in power, many a Malay looked up to him with pride and respect. Sad to say, the moment he was out of power, even his deputy - the extra mild Abdullah Badawi - turned on him.
His latest article attacking Opposition Leader Anwar Ibrahim for denigrating the New Economic Policy failed to make much impact. In the past, Malaysians would have read with eyes agog at his unrestrained criticism of Anwar, who during the 1990s was popular enough to overthrow him.

PAS Johor: Kerusi lebih kerana peningkatan sokongan?

PAS Johor yakin memperoleh undi lebih banyak di negeri itu berikutan sokongan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat bukan Melayu.
PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu lebih banyak kerusi ditandingi oleh calon bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke 13 kerana sokongan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat berkenaan, kata Timbalan Ketua N Balasubramaniam.
Sementara itu, Ketua Dewan Hu Pang Chaw ketika dihubungi berkata, “hanya calon yang setia dan sesuai akan dicalonkan untuk pilihan raya kali ini.”
Bagaimana pun, beliau memberitahu keputusan pencalonan akan diserahkan kepada pimpinan PAS Pusat kerana masih ada waktu untuk mempertimbangkan perkara ini.

Porak-peranda UMNO-BN, kedangkalan Utusan

Oleh Adil Mat Selamat

26 OGOS – Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih terus kekal dengan agenda mendesak kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk melaksanakan reformasi menyuluruh sistem pilihan raya di Malaysia.
Kerajaan pula, selepas Bersih 2.0, walau pun cuba mencuci kekotoran – tungging terbalik  kenyataan, janji-janji palsu, omong kosong, tindakan ganas polis, sikap SPR seperti suara UMNO – masih gagal meyakinkan rakyat.
Cadangan Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) dilihat masih tidak konsisten kerana sekali lagi, tunggang langgang kenyataan berbeza antara Menteri manakala SPR pula awal-awal lagi bersikap takbur enggan menerima sebarang keputusan PSC.

DAP mahu rakyat buat perubahan

"Kita memerlukan negara Malaysia untuk semua rakyat Malaysia," kata Tunku Aziz.

PETALING JAYA: Naib Presiden DAP Tunku Aziz Ibrahim menyeru rakyat di negara ini melakukan perubahan kerana kerajaan Barisan Nasional sudah lama sangat memerintah negara ini.
“Sudah tiba masanya rakyat melakukan perubahan kerana selama 54 tahun itu kerajaan yang ada tidak pernah berubah atau melakukan reformasi,” katanya ketika ditemui FMT pada majlis iftar Ramadhan anjuran parti itu di ibu negara kelmarin.
Ujar beliau, “saya percaya perubahan yang akan berlaku nanti (dalam pilihan raya umum ke 13) merupakan satu perubahan yang sangat bermakna kepada rakyat.”
Menurut Tunku Aziz, walau pun Barisan Nasional memberi sogokan wang untuk memancing rakyat dan para pengundi tetapi rakyat diminta mengundi calon dari parti pembangkang.

Kilang nadir bumi: PKR sokong usaha Fuziah

Fuziah mempertahankan hak penduduk Gebeng dan harus dipuji kerana usahanya sebagai seorang ahli parlimen yang bertanggungjawab," kata Nurul Izzah Anwar.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tampil memberi sokongan dan mempertahankan perjuangan rakan sejawatnya, Fuziah Salleh dalam isu pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) di Gebeng, dekat Kuantan.
Nurul mengecam tindakan tidak bermoral Barisan Nasional (BN) memperalatkan TV3 milik Umno untuk memperlekeh usaha , Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan dan Naib Presiden PKR itu dan Gerakan Anti-Lynas menentang projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) sebagai satu usaha yang terdesak.
“BN menjalankan dakyahnya dengan berselindung disebalik dua pakar nuklear yang memusingkan fakta dan menyelewengkan matlamat dan tujuan gerakan anti-Lynas untuk memenuhi kepentingan politik mereka,” ujar Nurul dalam satu kenyataan medianya.

Pakatan confident of ‘mission impossible’

The opposition bloc aims to win 14 out of the 28 state seats in Malacca, which is a BN stronghold.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat is gearing to launch a powerful offensive in Malacca, which is considered a Barisan Nasional stronghold, in the next general election.
Although political pundits predict that BN would retain power, PKR and PAS were aiming to win more seats in the state assembly.
Sources revealed that the two opposition parties alongside DAP would bank on “Umno’s arrogance” in running the state to pull in the votes.
In the 2008 general election, BN won 23 seats while the opposition won five – all by DAP.
DAP contested eight but won the Bachang, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana and Bandar Hilir state seats. PAS contested 13 seats while PKR fielded seven candidates.

BERJUANG BUKAN MENGISI MASA LAPANG..!

Dalam meneruskan agenda yang telah dibawa oleh junjungan mulia Nabi S.A.W, marilah kita sama-sama muhasabah agar meneliti kembali sikap dan tindakan kita dalam membantu perjungan Islam ini.
Firman Allah di dalam Al-Quran dalam surah at-taubah yang bermaksud:
41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Susahnya Jadi Perempuan, Payahnya Jadi Lelaki

Ada orang mengatakan alangkah susahnya menjadi perempuan. Banyak benar kekangan, sedari kecil tidak boleh hidup bebas. Pergerakannya diperhatikan orang tua. Gerak gerinya menjadi bualan.
Hinggalah ada juga yang memberontak jiwanya, ingin keluar dari kepompong sehinggalah dibuang sifat-sifat kewanitaannya untuk menyamai lelaki. Yang jauh dari itu mempersoalkan takdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Lalu ia melanggar naluri dan fitrah seorang wanita.

HANYA JAWAB PERTANYAAN INI

BAKAL DITEMUI DI GEBENG








nota:

ini gambar kanak kanak chernobyll
satu masa nanti kanak kanak yang
sama akan lahir di gebeng





PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG TOHMAHAN AHLI PARLIMEN KUANTAN – mstar

'Pakatan Nato Umno' mahu Najib berundur


Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa memang wujud satu gerakan dalam Umno mahu PM Najib berundur sebagai PM.Kalau dulu semasa era Pak Lah Badawi sebagai PM ada gerakan mahu Pak Lah berundur sebagai PM yang diketuai bekas PM Tun Mahathir , pada ketika ini wujud gerakan yang sama dalam kepimpinan Umno mahu Najib berundur sebelum pru 13 menyusul.

Jika di Libya , Muaammar Gaddafi Presiden Libya dihambat keluar daripada pegang jawatan Presiden Libya oleh pihak pemberontak yang dibantu askar Nato keadaan yang sama kini wujud dalam Umno satu pakatan yang boleh lah dikatakan 'Pakatan Nato Umno' yang sudah hilang kepercayaan kepada Najib sebagai PM.

Who do the police serve – rakyat or Najib?

The PM's refusal to acknowledge the role of the IPCMC speaks volumes of the government's indifference to the sufferings endured by the rakyat at the hands of the police.

Police officers may drive black and white cars; however, what goes on in their jobs is a lot of gray. – Arik Matson
The 204-year-old Royal Malaysian Police (PDRM) has made news for so many wrong reasons: behaving in a trigger-happy manner, forcing a woman to do squats in the nude, raping a teenage girl inside a police station, whacking detainees which have led to their deaths, threatening and intimidating the layman, working with car-theft syndicates and refusing to help Sarawak’s Penan women and girls who for many years have been crying for help against the rapes suffered at the hands of timber loggers.

Ahaaks : Harapan Komuniti receives death threat

The NGO lodged a police report last night but has declined to reveal further details.

PETALING JAYA: Harapan Komuniti, the organisers of the thanksgiving dinner raided by the Selangor Religious Islamic Department (JAIS) on Aug 3, received a death threat yesterday morning.
The source who informed FMT of the incident was unable to provide any details except that the handwritten note was written in Malay and contained a warning to Christians that Muslims would not “lose”.
Harapan Komuniti lodged a police report at the Sea Park police station at about 10pm last night.
The police officer in charge confirmed this but said that details of the report were confidential.
When contacted Harapan Komuniti’s management appeared upset that the news had reached the media and declined to comment.
The source told FMT that the NGO was remaining tight-lipped over the incident as it was “devastated” that the home had now become an innocent target of irresponsible individuals.

Najib: ‘Kita tidak akan bertolak ansur dengan anarki’...aiks takut ke..!!! atau nak buat lepas PRU 13...!!!

PUTRAJAYA, 27 Ogos — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan komited kepada sistem demokrasi dan tidak akan bertolak ansur dengan anarki, keadaan huru-hara serta sebarang gangguan terhadap ketenteraman di negara ini.
Bercakap pada majlis berbuka puasa bersama diplomat dan kakitangan Kementerian Luar malam tadi, Perdana Menteri berkata undang-undang ketenteraman awam tidak boleh dipandang mudah seperti yang terbukti dalam beberapa insiden yang berlaku di seluruh dunia.
“Kita sentiasa memperjuangkan demokrasi di Malaysia sejak awal lagi, dan jika kita imbas kembali, terdapat satu detik penting dalam sejarah negara iaitu pada 13 Mei (1969), yang menyaksikan Allahyarham ayahanda saya menyerahkan semua kuasa kepada seorang individu.

Malaysia iktiraf NTC sebagai k'jaan sementara Libya

Malaysia mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebagai kerajaan sementara Libya yang sah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Kuala Lumpur berharap NTC, yang disokong oleh rakyat Libya, akan mengurus pentadbiran sementara negara itu ke arah perpaduan nasional, perdamaian dan pembangunan semula yang membawa keamanan dan kestabilan berkekalan kepada Libya dan rakyatnya.

3 aje...!!!! Palanivel akan jaga MAMPU, INTAN, BPA...dapat gaji free le.....!!!!

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk G Palanivel berkata Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Biro Pengaduan Awam (BPA) akan diletakkan di bawah jagaannya.

"Saya juga akan mengendalikan tugas-tugas khas. Saya akan umumkan butiran lanjut kepada media selepas 7 September," kata presiden MIC itu kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur malam tadi.

Palanivel, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri di depan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Ogos lalu, berkata beliau bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bagi membincangkan tugasnya dalam Kabinet.

- Bernama

PERKASA syor Kementerian Hal Ehwal Islam diwujudkan

perkasa burn the star 140811 ibrahim aliPertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mencadangkan Kementerian Hal Ehwal Islam diwujudkan bagi menangani segala isu berkaitan Islam yang kini semakin tercabar.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya kementerian seumpama itu diwujudkan kerana isu berkaitan Islam kini perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan soal sensitiviti yang tidak boleh dipermainkan pihak lain.

"PERKASA mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memikirkan secara serius untuk mewujudkan kementerian ini kerana jika tidak, isu berkaitan Islam tidak mampu diselesaikan dengan lebih terancang," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada lebih 100 penunggang beca sempena Hari Kemerdekaan ke-54 Malaysia, di Pasir Mas, semalam.

Melayu pecah: Kerajaan enggan dengar input rakyat juga punca, kata pakar


KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff menegaskan perpecahan Melayu yang didakwa semakin parah turut disebabkan tindakan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat.
Selain itu tegas pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan mengetepikan hak orang Melayu sepertimana yang berlaku di Kelantan.
“Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat... kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar.

Orang Asli sedia berdemo lagi jika tanah dirampas

Masyarakat Orang Asli sekali lagi akan berarak ke Putrajaya jika kerajaan berkeras membahagikan tanah-tanah adat mereka.

Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia (JKOAM) Tijah Yok Chopil berkata walaupun Orang Asli dikenali sebagai masyarakat yang aman, namun mereka tidak mempunyai pilihan jika kerajaan masih berkeras.

"Secara jujur, walaupun tindakan itu membawa risiko yang tinggi, kami akan turun ke Putrajaya, Parlimen atau Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Ini bukan satu ancaman, tetapi hidup kami kini ditekan dan kami tidak ada pilihan lain.

New investigation into film maker that took millions from Malaysia



By Ian Burrell, The Independent
Press corps in Kuala Lumpur all knew FBC had close links to the Malaysian government with special access.
One of America's most prestigious magazines, the 154-year-old The Atlantic, has become the latest high-profile news organisation to launch an investigation into its relationship with a media company that was allocated millions of pounds by the Malaysian government.
The Washington-based magazine and website is "reviewing all transactions" it had with FBC, a media company that also produced television programmes for the BBC and the business channel CNBC. The Independent revealed this month that FBC had been hired by Malaysia in a "global strategic communications campaign".