Jumaat, 26 Ogos 2011

Murah Rezeki atau Rezeki Murah?


Laptop Lama
Kita selalu diajar untuk berdoa, "Ya Allah murahkan rezeki ku" Memang doa ini biasanya tidak ketinggalan dimasa beribadat terutama selepas solat.

Intipadi daripada doa kadang kala kita tidak ambil kisah sangat kerana doa yang kita lakukan sekadar menjadi satu tradisi untuk setiap kali beribadat atau dalam mana-mana majlis yang berciri majlis agama.

Senarai semak sebelum melangkah keluar dari Madrasah Ramadan

Beberapa hari saja lagi Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Dan mahu tidak mahu kita harus melangkah keluar meninggalkan sekolah yang hebat ini.
Sebelum melangkah keluar, beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya kita tidak melangkah dengan tangan kosong.
1. Tujuan

Allah Taala telah menetapkan bahawa tujuan madrasah ini dibuka adalah untuk melahirkan hamba yang bertakwa. “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
(Al-Baqarah:183)

Lazat Dunia Azab Alam Barzakh


PenggaliKubur96
SEKARANG ini sesekali saya duduk-duduk bersama-sama orang tasawuf, orang tarikat. Suatu hari terkesan saya dengan pandangan ini: “Semakin meningkat usia kita (terutama yang sudah memasuki usia tua, mulai 50 tahun) kurangkan beban memburu dunia sebaliknya meningkatkan amalan untuk ke alam sana.”

Kalau bukan kerana parti, tidak kami mengundi lagi

Oleh RD Hanim


Ampang, Selangor. 26 Ramadhan 1432 H - Azman berusia 10 tahun, dilahirkan dan dianugerahkan Allah dengan sifat seorang kanak-kanak istimewa. Perkembangan akalnya dan daya fikirnya tidak sempurna seperti kanak-kanak biasa yang lain.

Kanak-kanak sindrom down seperti Azman memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih bukan sahaja dari ibubapa dan keluarga, malah dari seluruh masyarakat yang mempunyai sifat kepritahatinan yang berjiwa penyanyang. Kehidupannya sekadar bergembira dan ketawa selain membesar dibawah jagaan kasih sayang ibubapa dan adik-beradiknya.

Ahaaks : Noorainee ‘control’ Muhyiddin?

tpm
AGAK mengejutkan apabila terpandang kad raya yang dihantar oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada rakyat Malaysia seluruh negara.  Ini kerana pada kad tersebut gambar isteri Tan Sri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dicetak disisi kanan manakala gambar Tan Sri Muhyiddin disisi kiri.

Dari kitab Nabi sulaiman


Oleh: MSK
Alkisah, maka tersebut lah sebuah cerita di zaman Nabi Sulaiman. Ada pun pada masa itu, akan berlakulah sebuah pilihanraya untuk memilih Penghulu hutan. Dan berebut-rebutlah diantara binatang-binatang didalam hutan untuk mencari pengaruh, supaya dapat dipilih menjadi Penghulu.
Seekor burung nuri datang berjumpa Nabi Sulaiman. “Salam Tuan. Saya ingin menyampaikan berita sedih. Ada pun pada masa ini, cuaca sangat lah sejuk dan saya merasa sangat kasihan melihat beruk-beruk dihutan menggigil kesejukan. Kesian beruk-beruk tu. Saya mencadangkan supaya kerajaan Tuan dapat menyediakan satu projek perumahan untuk beruk-beruk miskin ini.”

Guan Eng's white-flag tactic: Reject the Umno 'Animal Farm', DAP retaliates

Guan Eng's white-flag tactic: Reject the Umno 'Animal Farm', DAP retaliatesThe DAP finds the article published on page 12 of the 25th of August’s edition of Utusan Malaysia to be interesting. Utusan is saying that the DAP allegedly uses the “white flag” tactic to win sympathy votes to win elections. The question is, what is the function of a political party?
A political party’s function is to appeal to the people to give the party the mandate required to govern the country. If being humble and appealing to the public for funds is a tactic and wrong in the eyes of the ruling party and Utusan Malaysia then I suppose they should condemn Barack Obama and other political parties worldwide. All politicians and political parties all over the world gather funds from the public. This is a common form of campaigning. Being humble is the key as the citizens are the bosses of the land and we are merely appealing to be given the chance to govern and manage the country in an alternative manner.

Hentikan klise agama: Mengapa PAS semakin popular daripada Umno

Hentikan klise agama: Mengapa PAS semakin popular daripada UmnoUmat Islam di negara ini telah diingatkan supaya tidak memperkecilkan atau menghina agama lain, walaupun dalam hal mempertahankan Islam, kerana tindakan itu bertentangan dengan ajaran Islam. Ini dikatakan oleh pemimpin PAS, yang memetik ayat dari Al-Quran (6:108):
"Jangan mencaci orang-orang yang mereka sembah selain dari Allah kalau-kalau mereka perlu, dan di dalam kejahilan, mereka mencaci Tuhan."
PAS telah berubah menjadi sebuah entiti politik yang sangat disukai di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini sebelum dan selepas pilihan raya umum 2008. Apabila UMNO semakin terbabit dalam politik perkauman dan pada masa yang menjadikan agama sebagai cara untuk memenangi sokongan orang Melayu, PAS telah menunjukkan pendirian sederhana dalam politik Malaysia. Menghentam bangsa atau agama dalam politik nampaknya tidak menjadi kegemaran untuk PAS.

Badrul: MACC grilled an operations manager until 3am over the Rosmah ring

Badrul: MACC grilled an operations manager until 3am over the Rosmah ringPKR leader Badrul Hisham Shahrin has dropped a bombshell in his latest blog posting. MACC officers went to the Kuala Lumpur International Airport and interviewed one A Krishnan, whose name had appeared on a screenshot of the Customs database indicating First Lady Rosmah Mansor's alleged purchase of a RM24.4 million diamond ring.
However, it is not clear why the MACC interviewed the Operations Manager, whether to find out who blew the whistle on the transaction or to investigate if the ring had indeed been ordered by Rosmah and why was tax not paid on it.
"I got to know from my sources that following my report, MACC officers went to KLIA to probe the matter. They had detained one A Krishnan for hours over the matter before releasing him at 3am," Badrul said in his blog posting (scroll below).
"My report must be accurate or else why would MACC officers want to probe the matter at KLIA and bring in the officer for questioning?"

Najib Altantuya Bersendirian Dihentam Musuh Luar Dan Dalam

Tiada siapa lagi mahu menyanjung Najib Altantuya
kerana kegagalannya mengawal musuh politiknya dari
luar mahupun dalam Umno-APCO sendiri

Jika kita timbang-timbang saudara harus percaya bahawa Najib Razak merupakan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional yang paling banyak masalah yang kian hari kian bertambah tanpa sedikit pun tanda-tanda ia akan berkurangan.

'Lelaki Y' Mungkin Bukan Anwar


KUALA LUMPUR 26 OGOS: Laporan pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Fong mengesahkan bacaan tinggi pada ujian sperma walaupun selepas 90 jam ianya terdedah.

Walhal menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdoanld yang memberi keterangan untuk hari kedua menyatakan perkara itu adalah mustahil.

Peguam Sankara Nair yang ditemui media ketika Mahkamah Tinggi berehat mempersolkan laporan oleh Seah bersabit jumlah sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan mendakwa diliwat.

Pemuda PAS pandang serius pemerdagangan manusia

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia di tangga kedua.
“Laporan ini menunjukkan bahawa isu pemerdagangan manusia di Malaysia berada di paras yang bahaya dan sesuatu tindakan perlu dibuat bagi membanteras gejala pemerdagangan manusia,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Katanya, lambakan pekerja asing yang menjadi punca pemerdagangan manusia di negara ini adalah isu besar yang perlu ditangani oleh kerajaan.
DPPM, ujarnya mempersoalkan mengapakah pekerja negara asing boleh masuk secara mudah di negara ini walaupun pelbagai operasi penangkapan dan pembanterasan dijalankan.
“Mengapakah begitu longgarnya kawalan keselamatan di sempadan negara ataupun adakah kerana adanya rasuah yang membenarkan pekerja asing dibawa masuk secara mudah?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Video : Amendment to postal votes to be tabled in October

Video : An Ode to Bersih

Video : Orang Asli vow to protest if gov't takes land

Video : EC 'penalising' DAP with new voter rule

Video : Pendedahan Harussani Bukti Tuduhan Terhadap Anwar Fitnah

Video : Pendirian Harussani Bukti BN Lemah

Video : Biometrik Lebih Banyak Masalah Dari Dakwat Kekal, Kata Aziz

Fuziah tuntut TV3, Karam Singh Walia mohon maaf

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh menuntut permohonan maaf dari TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan.

Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker.

Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah (kiri) mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah.

Reformasi institusi agama dari kongkongan


TEMERLOH, 26 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mencadangkan secara tegas bahawa institusi-institusi agama di negara ini perlu direformasikan segera daripada kongkongan golongan berkepentingan, yang jahil dan selama ini menekan institusi agama dengan kejahilan mereka.

“Institusi-institusi agama perlu direformasikan supaya mereka boleh keluar daripada kongkongan  golongan berkepentingan ini, yang jahil dan selama ini menekan institusi agama dengan kejahilan mereka.

Apakah institusi agama nak jawab apabila berhadapan dengan Allah di akhirat nanti kerana menjadi penghalang kepada perkembangan agama, menyekat dakwah dan mengampu pemerintah yang korup dan tidak bermoral?” tegur Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannnya hari ini.

PKR: Politik kotor Umno punca Melayu pecah, bukan kerana Anwar atau Pakatan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai perpecahan Melayu membuktikan ia berlaku disebabkan “politik kotor” Umno, bukannya disebabkan faktor-faktor lain.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata, pendedahan Harussani juga membuktikan perpecahan Melayu bukan berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
“Beliau (Harussani) juga menyatakan bahawa demi menjaga perpaduan Melayu, pernah menasihati (Tun) Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat timbalanya ketika itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta membuat tuduhan liwat tanpa membawa empat orang saksi.
“Dengan kenyataan di atas, jelaslah bahawa apa yang ditanggapi sebagai perpecahan Melayu-Islam pada masa kini adalah berpunca dari permainan politik kotor para pemimpin Umno sendiri bermula dari Dr Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan.

Selangor tubuh Unit Selamat Akidah tangani isu murtad


Hasan menggesa penganut-penganut Islam yang menerima bantuan daripada gereja agar menghubungi pejabat exco beliau. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah yang akan bertindak sebagai platform menerima aduan dan permohonan bantuan daripada umat Islam di negeri itu.

Majlis Peguam gesa siasat video Jais serbu gereja bocor

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa menyiasat rakaman video mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya awal bulan ini.
Sambil mengalu-alukan tindakan kerajaan negeri Selangor membentuk Jawatankuasa Pendengaran untuk menyelesaikan kontroversi itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) berkata, maklumat yang bocor itu harus disiasat kerana ia mendedahkan 12 individu beragama Islam hadir di gereja itu sambil menyifatkan ia “tidak wajar dan tidak dialu-alukan.”
“Sedangkan siasatan Jais masih lagi berjalan dan tiada laporan dikemukakan kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar, bagaimana bahan itu boleh didedahkan secara terbuka kepada umum, ia perlu disiasat kerana ia melanggar peraturan siasatan dan ini tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan.
Maklumat siasatan Jais itu disiarkan di beberapa blog pro-Umno selain turut mendapat perhatian di alam siber.

Fitnah Liwat II : Pakar bingung calitan dubur Saiful masih baik selepas 100 jam....

Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya?

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald.

dr brian mcdonald sodomy llMenyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan
B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (kanan) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".

"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Terbongkar Lagi : Status nama 'jarang didengar' berubah


KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS hari ini membongkar lagi keraguan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terbaru, Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Mohd Adram Musa terdapat perubahan status terhadap nama 'jarang didengar' yang ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didedahkan mereka sebelum ini.
Individu tersebut adalah Jumaayah Binti Alus yang kini namanya sudah ada dalam rekod JPN.
Pada 22 Ogos lalu, pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Suhaizan Kaiat mendedahkan lima nama unik yang jarang didengar dan mempunyai dua nombor kad pengenalan berbeza.
Nama-nama tersebut seperti berikut:
1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.
2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

Lepas tangan, bukan campur tangan

Ooi Heng
 13 Mei bukan sahaja merupakan detik hitam sejarah pembangunan bangsa yang paling diingati khalayak ramai pasca kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, tarikh itu juga menandakan permulaan sejarah penapisan berkaitan akhbar tanah air semenjak kira-kira 200 tahun dahulu.

Tanggal 13 Mei 1799, peraturan berkenaan dengan penapisan akhbar telah diperkenalkan di Bengal, India.  Sejarah pada ketika itu juga menyaksikan peraturan penerbitan akhbar di India diperluaskan sehingga merangkumi Negeri-negeri Selat.  Menurut kajian Mohd. Safar Hasim, peraturan berkenaan dengan penapisan akhbar menyatakan dengan jelas bahawa akhbar hanya boleh diterbitkan setelah semakan terlebih dahulu telah dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan, atau wakil yang diberi kuasa olehnya.  Barangkali kerana Setiausaha Kerajaan tidak mahu diganggu pada hari Sabtu, yakni melakukan kerja semakan sehari sebelum akhbar diterbitkan, maka diperuntukkan juga penetapan bahawa akhbar tidak boleh diterbitkan pada hari Ahad. (Mohd. Safar Hasim (1996) Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia Sejak 1806. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.  Buku ini menjadi rujukan utama kepada sebahagian besar fakta sejarah dalam artikel ini, tetapi intepretasi fakta adalah menurut perspektif penulis.)

Pesanan Khas dari BERSIH 2.0 Sempena Hari Raya dan Hari Merdeka

BERSIH 2.0 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka kepada semua warga Malaysia. Kami ingin menyampaikan satu pesanan khas kepada semua warga Malaysia sempena musim perayaan ini.
Akhir-akhir ini, BERSIH 2.0 telah menerima beberapa kes di mana individu-individu yang belum mendaftar mendapati mereka dimasukkan dalam daftar pemilih. Terdapat juga kes di mana kawasan mengundi telah ditukar tanpa diberi notis.
Oleh itu, BERSIH 2.0 menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah-langkah ringkas berikut untuk memastikan setiap warga Malaysia memastikan hak anda kepada pilihan raya yang bersih, bebas dan adil tidak dicabuli:
Semak nama anda dalam daftar pemilih untuk memastikan maklumat anda dalam dafter pemilih adalah tepat. Semakan daftar pemilih boleh dilakukan di laman web ini: http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/
Kami berharap semua warga Malaysia tidak kira di dalam atau di luar negera untuk menyemak nama dalam daftar pemilih. Individu yang belum mendaftar untuk mengundi juga digalakkan untuk menyemak nama.
2. Sekiranya anda mendapat tahu kawasan mengundi anda telah ditukar tanpa pengetahuan atau nama anda dilampirkan dalam dafter pemilih walaupun belum mendaftar, sila berikan maklumat terperinci kepada kami di info@bersih.org atau faks kepada 03-77844978.
3. Sekiranya anda masih belum mendaftar untuk mengundi, sila mendaftar di pejabat-pejabat pos yang terdekat selepas Hari Raya.
4. Jangan mengabaikan hak mengundi anda! Pastikan anda mengundi ketika pilihan raya nanti.
BERSIH 2.0 menyeru kepada semua warga Malaysia yang balik ke kampung sempena musim perayaan ini untuk membawa pesanan ini kepada rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga di kampung. Kami berharap individu-individu yang lebih fasih dalam penggunaan Internet membantu rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih.

* Kenyataan media oleh Jawatankuasa Pepandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

Pemandu akui tanah diambil alih tampung kos MRT


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mengakui pentadbiran Najib perlu memperoleh dan membangunkan tanah-tanah di sepanjang laluan Transit Rapid Massa (MRT) bagi membolehkannya menampung kos projek berbilion ringgit itu.
Berdasarkan sepucuk surat yang dilihat oleh The Malaysian Insider, Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala memaklumkan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia, Tan Sri William Cheng, kerajaan menggunakan model rel danb hartanah kerana tidak dapat menampung kos projek membabitkan laluan Sungai Buloh dan Kajang melalui tambang semata-mata.

‘RM30mil to back BN’: Ganabatirao sees red

The MI-Voice leader denies an allegation that he has agreed to help BN win Indian votes for a sum of RM30 million.
PETALING JAYA: V Ganabatirao, the co-founder of Malaysian Indian-Voice (MI-Voice), denied speculations that his NGO will help Barisan Nasional to win Indian votes in the next general election.
It was alleged that MI-Voice would be aiding BN to rake in Indian votes in return for RM30 million.
However, Ganabatirao hit the roof when asked about this.
“The allegation is absolutely ridiculous and nonsensical,” thundered the DAP member.
On the contrary, he added that such allegations proved that BN feared him and his influence.

Politics destroyed our beliefs, liberty

It's Merdeka month and in a series of articles until Sept 16, FMT will walk along and talk to ordinary Malaysians about what 'liberty' means to them.
SPECIAL
KUALA LUMPUR: Liberty is the cornerstone of democracy, at least that’s the feeling that’s permeating the grassroots Malaysians these days.
Much has changed in this country even as we, Malaysians, journeyed through cornerstones in 1957, 1969, 1999 and 2008.
Each of these milestones – 1957′s Merdeka, 1969′s May 13, 1999′s Reformasi and 2008′s political tsunami – has left us with new knowledge, realisation and wants.
Each of these milestones has spawned new thinking which invariably has both inspired leaders and stirred insecurities within the political fraternity.

Pakatan rahsia dan liwat: Konspirasi Najib, Mahathir dan bom Malott

Pakatan rahsia dan liwat: Konspirasi Najib, Mahathir dan bom MalottKenyataan Anwar Ibrahim baru-baru ini dalam mempertahankan dirinya memang satu bukti yang memberatkan kepada musuhnya. Ia mendedahkan kelemahan ketara dalam kes pendakwaan terhadapnya dan juga sifat berat sebelah mahkamah itu sendiri dalam mengendalikan kes Liwat II berprofil tinggi itu.
Paling penting, ia meletakkan rekod yang syak wasangka selama ini bagaimana kotor politik di parti UMNO yang memerintah Malaysia , sehinggakan yang putih boleh bertukar kepada hitam dan sebaliknya tanpa perasaan atau kebenaran , keadilan dan hasrat rakyat.
Kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia dari dok mencerminkan kenyataan Nelson Mandela yang dibuat dalam perbicaraan terkenal Rivonia pada tahun 1963 di bawah rejim apartheid Afrika Selatan. Pendirian yang diambil oleh Anwar dan Mandela di hadapannya, dalam membuat kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh adalah satu protes secara langsung terhadap kegagalan mahkamah undang-undang dalam memastikan defendan akan diberikan perbicaraan yang adil. Ia mampu memberikan perlindungan terutama kepada tertuduh yang terbabit dalam perbicaraan yang bermotifkan politik seperti Liwat II.

Fuziah bidas TV3, PAS mahu tindakan terhadap Che Rosli


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Che Rosli Che Mat yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan.
Naib Presiden PKR Fuziah Salleh (gambar), yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.
PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar meminggal Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang disiarkan pada malam kelmarin.

Ketua Umno Padang Serai letak jawatan atas nasihat pimpinan parti..he.he..terpaksa laa...nooo..!!!

PADANG SERAI, 26 Ogos ─ Ketua Umno Padang Serai Abdul Rahman Mahamud telah melepaskan jawatannya itu baru-baru ini selepas dinasihatkan berbuat demikian.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas.
Dipetik Bernama Online, Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu.
“Inilah satu keindahan pada pentadbiran Umno, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini,” katanya.

Bersih: Ada rakyat belum daftar tapi nama tersenarai dalam sistem SPR

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini mendedahkan berlaku kepincangan baru dalam daftar pemilih ekoran aduan bahawa ada rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, namun nama mereka sudah terdapat dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu.
Menurut Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, rakyat juga harus melakukan semakan bagi memastikan maklumat peribadi dalam daftar pemilih lengkap dan betul.
“Akhir-akhir ini, Bersih 2.0 telah menerima beberapa kes di mana individu-individu yang belum mendaftar mendapati mereka dimasukkan dalam daftar pemilih. Terdapat juga kes di mana kawasan mengundi telah ditukar tanpa diberi notis,” katanya dalam satu kenyataan.

Dakwat kekal: SPR diingatkan keputusan 2008...jangan tipu disaat akhir...padah jawapnya...!!!

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta mengotakan janji dengan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke 13.
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mengingatkan keputusan penggunaan dakwat kekal yang dibatalkan pada  Pilihan Raya Mac 2008, meskipun ia di uar-uarkan akan digunakan pada PRU ke 12.
“Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan  sistem pilihanraya di Malaysia menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini,” kata Timbalan Ketuanya, Suhaimi Abdul Aziz.
Sambil mengalukan cadangan tersebut, Suhaimi menegaskan penggunaan dakwat kekal  mampu menyelesaikan persoalan pengundi bertindih atau pengundi yang mengundi berulang, di samping kos yang rendah.
“Di mana-mana tempat sama ada dibandar atau di ceruk kampung, penggunaan dakwat kekal amat sesuai digunakan.

PM Jepun Letak Jawatan..kat M'sia bila...???

TOKYO 26 OGOS : Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengesahkan peletakan jawatannya hari ini, bagi memberi peluang kepada Perdana Menteri keenam negara memulihkan negara matahari terbit itu daripada kesan bencana Mac lalu. 

Peletakan jawatan Kan selepas enam bulan ditimpa gempa bumi dahsyat 11 Mac lalu dan masalah kebocoran reaktor nuklear menguji kepimpinan beliau. Kejadian itu menyebabkan kecekapan pentadbiran beliau diuji dan kegagalannya mengawal krisis yang melanda Jepun dikecam.

Selepas terselamat daripada undi tidak percaya pada Jun lalu, Kan berkata, beliau akan melepaskan jawatannya dengan syarat tiga rang undang-undang diluluskan iaitu bajet kedua, rang undang-undang bajet pembiayaan dan undang-undang menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. 

Hari ini, dua rang undang-undang terakhir diluluskan. - AFP

NCR survey: ‘State cheating natives’

Section 6 of the Sarawak Land Code under which surveyed NCR lands are being classified has brought the government's 'real intention' to light.
KUCHING: The Sarawak government, which is already under heavy fire over its land policies, has been accused of “hoodwinking” poor, ignorant natives with the perimeter survey procedure which aims to demarcate native customary rights (NCR) property.
Krian state assemblyman Ali Biju has questioned the state government’s real intention of carrying out the perimeter survey of NCR lands.
“On the surface, perimeter survey looks like the government is pretending to solve NCR problems, but in reality it is the government which is creating problems in the first place.

Why is NS Umno Youth so quiet?

Its leader is unhappy because he hasn’t got a business contract, says an insider

SEREMBAN: All is not well with Negeri Sembilan Umno and this is reflected in its youth wing’s inertia in the face of speculation of an impending general election.
Negeri Sembilan Umno Youth is “almost paralysed”, according to an Umno insider who spoke to FMT on condition of anonymity.
He said youth chief Helmi Din was sulking because Menteri Besar Mohamad Hassan had refused to award him any business contract.
He said Helmi had “decided to take the quiet approach” and was not showing any interest in organising activities normally expected of Umno Youth when elections are near.

Kg Baru Bakal Tergadai :Siapa Pengkhianat Melayu?


Orang melayu di KG.Baru semakin tertekan akibat arahan dari menteri wilayah raja nong chik yan g ingin membangunkan tanah tersebut sebagai kawasan komersial .Sudah tentu terdapat taikon-taikon besar dibelakang beliau sudah tentu ada arahan dari pihak berkepentingan yang merupakan orang yang amat berpengaruh di Malaysia ini.
Tahukah anda berapa nilai tanah di kawasan Kg.Baru tersebut.Nilai tanah semasa bagi keluasan satu kaki persegi ialah rm2500 ..banyakkan dan dijangka kawasan tersebut jika Berjaya dikomersialkan keseluruhan nilai tanah boleh mencecah trillion nilainya.Jadi tidak hairan pemimpin2 umno ini sekarang begitu teruja untuk membangunkan Kg baru maka jika itu berlaku penduduk kg perlu dipindahkan .Ingatkah anda lagi dengan kg Abdullah hukum yang hanya tinggal sebuah jer rumah kg di situ ,kg kerinchi yang penduduknya dipindahkan di rumah kos rendah yang amat kecil dan tidak selesa sekarang kg melayu di kuala lumpur satu persatu telah dilenyapkan

Fitnah Liwat II: Sperma Saiful dalam dubur sendiri- Pakar

KUALA LUMPUR: Hari ini masuk hari ke-5 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Semalam Pakar DNA, Dr Brian Mc Donald memberi keterangan di mahkamah, selepas Pakar Patologi Forensik Dr David Wells selesai memberi keterangan kelmarin.
Dr Brian mempersoalkan prosedur yang dijalankan untuk menganalisa sampel DNA yang diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Menurutnya, sampel yang sudah tercemar tidak boleh diterima sebagai bukti.

Pendedahan Harussani Bukti Tuduhan Terhadap Anwar Fitnah


SHAH ALAM 26 OGOS : Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR. 

Sebaliknya, Ketua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty mendakwa perpecahan Melayu-Islam hari ini adalah berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno sendiri.

Doa Azizi makbul mahu mati dulu

Subky Abdul Latif  

HARAPAN sasterawan Azizi Haji Abdullah mahu mati dulu dari saya terkabul pada pagi 21 Ogos, 2011 bersamaan 21 Ramadhan 2011 lalu.
Dalam mingguan SIASAH keluaran 8 – 14 Februari 2009 menulis rencana bertanjuk Subky, janganlah engkau mati dulu.

Tulisannya itu memberi saya pahala kerana ia mengigatkan saya tentang kematian saya. Seseorang itu akan dapat pahala apabila dia ingat akan matinya. Saya syukur kepadanya kerana menulis rencana itu yang menyebabkan saya dapat pahala.

Dan benar dia telah mati dulu dari saya. Sekali lagi saya ingat akan kematian saya. Moga-moga dapat lagi pahala. Apabila betul dia mati dulu, saya teringat pula lepas ini saya pun akan mati juga. Tidak tahulah segerakah atau lambat. Maka ingat lagi saya tentang mati.

Bukan putihkan pendatang, tapi daftar pemilih

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Kerajaan Malaysia terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan agar tidak ghairah untuk memutihkan pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara ini, sebaliknya memberikan lebih tumpuan bagi membersihkan daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi.
Namun tindakan kerajaan BN menerusi KDN yang begitu bersungguh-sungguh melaksanakan program pemutihan Pati ke negara ini sekarang amat meragukan kerana ia dilihatkan seperti mempunyai muslihat tertentu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program pemutihan Pati yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan BN sekarang dibimbangi turut dijadikan satu alat untuk kerajaan BN mendapatkan pengundi klon bagi pihak mereka.

Arahan terbaru SPR 'menyusahkan', kata DAP

DAP hari ini mempertikaikan arahan terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya penolong pendaftar daripada parti politik mengemukakan salinan kad pengenalan bagi setiap pendaftaran pengundi baru.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata arahan berkenaan tidak menyelesaikan masalah yang timbul, termasuk pendaftaran ke atas pemegang taraf kerakyatan penduduk tetap.

Sebaliknya, arahan berkenaan menyusahkan penolong pendaftar berkenaan untuk menjalankan tugas mereka, katanya dalam satu sidang media hari ini.

Fuziah takes on TV3; PAS wants action against rogue MP


KUALA LUMPUR, Aug 26 — Pakatan Rakyat (PR) leaders in Pahang are baying for blood after TV3 featured PAS’s Hulu Langat MP Che Rosli Che Mat in a primetime news segment supporting the controversial rare earth plant currently being built near Kuantan.
PKR vice president Fuziah Salleh, who has led calls against the RM700 million refinery being built by Australian miner Lynas Corp, has demanded a retraction and apology from the Umno-owned broadcaster and also local rival Datuk Ti Lian Ker, who is Kuantan MCA chief, for alleged defamatory remarks made against her.
Pahang PAS has also called for its federal leadership to haul up Che Rosli to explain his sudden outburst that was televised on Wednesday night.
The PKR vice-president (pic) has demanded a retraction and apology from TV3 and Kuantan MCA chief, Datuk Ti Lian Ker. — file pic
Kuantan MP Fuziah said the clip “is just a concerted plot by the Barisan Nasional (BN) administration to continue their agenda of protecting Lynas for their own benefit and not for the rakyat.” PAS state information chief Suhaimi Md Saad told The Malaysian Insider that Che Rosli’s actions were unacceptable as the nuclear scientist could have used party channels or even voiced his support for the plant in party organ, Harakah.
“We know he supported the plant when we first discussed the issue in 2009. But after consulting other experts, PAS’s stand was to oppose the project. But now he has gone into the enemy’s camp to attack his own party,” he said.
TV3 ran a news piece by environmental

DAP: Calon Melayu satu kepastian

Bagaimanapun calon dan kerusi yang ditanding hanya akan diputuskan selepas rundingan pembahagian kerusi.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa parti itu akan meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya umum ke 13.
“Kita pasti mempunyai calon Melayu untuk pilihan raya umum,” kata Lim ketika ditemui di dalam majlis iftar DAP yang diadakan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.
Walau bagaimanapun, jumlah calon Melayu tidak didedahkan.
Mengulas lanjut perkara ini hari ini, setiausaha publisiti DAP dan ahli parlimen Petaling Jaya (Utara) Tony Pua berkata, “Calon Melayu akan dipilih berdasarkan merit dan kebolehan individu.”

Penduduk Kapit derita akibat sungai cetek

Kesusahan serta penderitaan penduduk di lebih 100 buah rumah panjang tersebut akibat air sungai Batang Rajang cetek dijangka akan berlarutan sehingga tahun 2015.
KUCHING: Lebih 1,000 penduduk yang tinggal di sepanjang sungai Batang Rajang bermula dari Kaki Wong Pelagus sehingga Pekan
Belaga di Bahagian Kapit akan terus dibelenggu kesusahan serta menderita akibat paras air sungai Batang Rajang yang cetek sehingga sekurang-kurangnya dua tahun yang akan datang.
Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Jemut Masing berkata, kesusahan serta penderitaan penduduk di lebih 100 buah rumah panjang tersebut akibat air sungai Batang Rajang cetek dijangka akan berlarutan sehingga tahun 2015 akibat proses penakungan air di Empangan Hidroelektrik Bakun.

Secret pacts: Time for Najib to take the stand and answer Anwar, Malaysia

Secret pacts: Time for Najib to take the stand and answer Anwar, MalaysiaAnwar Ibrahim’s recent statement in defense of himself is indeed a damning indictment to his foes. It revealed the apparent flaws within the prosecution's case against him and also the biased nature of the courts themselves in the handling of the high-profile Sodomy II case.
Above all, it put on record the long-held suspicion of how dirty politics is in Malaysia's ruling UMNO party, to the extent that white can be turned to black and vice-versa without conscience or respect for the truth, justice and the citizens' wishes.
The Malaysian Opposition Leader’s statement from the dock mirrors the one Nelson Mandela made in the famous Rivonia show trial of 1963 under the then South African apartheid regime. The stance taken by Anwar and Mandela before him, in making an un-sworn statement from the dock is a direct protest against the failure of the court of law in ensuring the defendant would be given a fair trial. It affords protection to the accused especially those implicated in a politically motivated trial such as Sodomy II.

Ranking universiti hanya 'penarafan palsu'

131010 persatua penulis nasional pena logoIsu pengaliran keluar tenaga akademik daripada Universiti Malaya (UM) ekoran daripada dasar kenaikan pangkat yang terlalu ketat dan berkiblatkan bahasa Inggeris perlu diberi perhatian serius oleh Kementerian Pengajian Tinggi khususnya.

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) berasa terpanggil untuk memperkatakan isu ini kerana ada kaitannya dengan nasib bahasa Melayu yang menjadi salah satu tunjang perjuangan PENA.

PENA akan sentiasa mempertahankan bahasa Melayu yang telah diterima sebagai teras dalam sistem pendidikan kebangsaan dan dalam semua bentuk pelaksanaannya.

North Malay Basin: Petronas tak patut nafi hak Kelantan, kata Husam

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Kerajaan negeri Kelantan kesal dengan tindakan Petronas yang mahu melaksanakan projek huluan baru bernilai RM15 bilion membuat sebarang rundingan dengan negeri itu.
Projek itu dikenali sebagai North Malay Basin.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Paduka Husam Musa (gambar) menegaskan, projek untuk membangun dan mengeluarkan simpanan gas dari kelompok medan gas yang ditemui di luar pesisir pantai Semenanjung turut melibatkan Kelantan yang telah dinafikan hak mendapatkan royalti.

Karpal: Pindaan akta gaji hanya untuk 'faedah Zaki'

NONEAhli politik veteran, Karpal Singh bertegas bahawa pindaan kepada Akta Saraan Hakim 1971 baru-baru ini adalah untuk faedah Ketua Hakim Negara yang akan bersara, Tun Zaki Azmi.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu, yang juga pengerusi DAP, berkata beliau telah membangkitkan perkara itu semasa ianya dibahaskan di parlimen dan disokong oleh wakil rakyat pembangkang yang lain.

"Ya, saya membangkitkan isu di Parlimen sebelum pindaan tersebut diluluskan. Bagaimanapun, kita bercakap tentang Parlimen BN... Mereka enggan menimbang tentangan terhadap pindaan tersebut.

"Jelas sekali, undang-undang itu dipinda untuk faedah Zaki. Saya tak tahu sama ada ini adalah apa yang kita panggil 'ganjaran' untuk perkhidmatan beliau kepada Umno," tambah Karpal.

Pemohon bantuan pejabat zakat bukan pengemis


azlanMinggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak.

Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa 'amat sederhana'. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi.

Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.

Kes Fitnah II : Sampel DNA Tidak Diuji Dengan Betul

KUALA LUMPUR 26 OGOS : Pakar Kimia di Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Dr Seah Lay Fong membuat kesimpulan yang salah terhadap ujian DNA ke atas sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan. 

Mahkamah Tinggi mendapati ujian Deferential Extracting Process (DEP) yang dijalankan Seah tidak mengikut prosedur standard berikutan gagal mengasingkan sperma dengan DNA lain pada sampel.

Oleh yang demikian menurut konsultan molekular ginetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald, Seah tidak berhak mengesahkan DNA yang ditemui datang dari seorang individu.

Pakar DNA itu merujuk kepada laporan dan keterangan Seah dalam sesi pendakwaan kes fitnah liwat II yang lalu di mahkamah. 

PAS alukan kenyataan SPR guna dakwat kekal

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS menyambut baik jika Pengerusi SPR membayangkan mahu menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bagi mengelak pengundian berganda.

Bagaimanapun kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, jika benar ia diguna menggantikan biometrik, ianya hanya satu daripada lapan tuntutan reformasi pilihan raya yang dituntut PAS dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) selama ini.

Selain penggunaan dakwat kekal, tujuh lagi tuntutan lain adalah pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan rasuah dan politik kotor.

Buang biometrik, guna dakwat kekal

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sistem biometrik banyak kelemahan berbanding dakwat kekal membuktikan pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini adalah tepat.

Exconya, Suhaizan Kaiat berkata, PAS sudah lama membangkitkan perkara itu dan kini ianya diakui sendiri oleh SPR.

"Kita sebut benda ini awal-awal dulu lagi bahawa waktu sekarang memang tidak sesuai untuk laksanakan biometrik.

"Akhirnya SPR sudah memahami selepas mereka membuat simulasi," katanya kepada Harakahdaily.