Rabu, 24 Ogos 2011

Video : Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

Video : Kes Fitnah Liwat II Pendakwaraya Tekan Pakar Australia

Video : Penukaran Majlis Syura Kepada Jawatankuasa Pendengaran

Video : Suruh Blogger Umno Minta Maaf Dulu

Macam mana nak kempen 2

Oleh: MSK
Apabila aku menulis tentang “Macam mana nak kempen?”, matlamat aku ialah bagaimana nak mendapatkan undi dari orang atas pagar.
Aku bukan nak berdebat siapa lebih Islam dan siapa yang kurang Islam.
Aku bukan nak berdebat siapa yang betul dan siapa yang salah.
Aku bukan nak berdebat apa yang haq dan apa yang batil.
Sejak lebih 1500 tahun yang lalu, cerdik pandai Islam telah berdebat dan berhujah tentang apa yang betul dan apa yang salah, yang akhirnya menyebabkan umat Islam bukan semakin bersatu…malah semakin terpisah. Tak payah cakap tentang Sunnah dan Syiah…cakap tentang sesama Sunnah d iMalaysia saja pun dah cukup. Kalau nak cakap siapa yang benar dan siapa yang salah…apakah masalah yang tidak dapat diselesaikan selama lebih 1500 tahun itu akan dapat diselesaikan dalam masa sepuluh hari berkempen?
Dan jangan cakap kat aku suruh balik kepada Quran dan Sunnah. apakah Quran yang dibaca oleh Dr. Asri itu berbeza dari Quran yang dibaca oleh Ulama pro-Umno? Apakah Hadith yang dibaca oleh orang Pas itu berlainan dengan hadith yang dibaca oleh orang Umno? Kalau sama…mengapa Ulama JAKIM kata Dr. Asri sesat. Kalau hadith yang sama dibaca…mengapa orang Umno dikatakan menyeleweng?

Video : Saya Tidak Perlu Mintak Maaf

Video : Kata Penutup Dr Asri Ulama Politik Untuk Dakwah atau Parti

Video : Sesi Soal Jawab 2 - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti

Video : Sesi Soal Jawab 1 - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti

Video : Ulama Politik, Untuk Dakwah atau Parti? [bhg1]

PM: RM1.4b untuk bantu golongan memerlukan...lagi projek duit rakyat bakal lesap...!!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi membantu kira-kira 500,000penerima bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang akan diberikan pada setiap bulan itu bagi membantu kumpulan sasar yang antaranya terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal, dan kini termasuk balu askar dan polis.

Katanya, langkah itu bagi memastikan golongan tersebut tidak terus berada dalam keadaan terpinggir dan terbiar dalam masyarakat.

Sentimen perkauman membuat BN tidak relevan

Mengenengahkan isu perkauman memang sudah menjadi isu basi bagi generasi yang muda. Generasi muda sudah menganggapnya sebagai isu lapuk yang hanya di gunakan oleh pihak yang desperado untuk terus menunggangi rakyat untuk penting kuasa yang berlandaskan kepada pemikiran sempit setengah pihak.

Sebenarnya jika seseorang itu mempunyai pemikiran yang tenang tanpa di saluti oleh pemikiran sempit politik, isu perkauman amat menjemukan kerana itu bukanlah isu pratikal lagi dalam kehidupan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Oleh itu telah mula kita nampak jelas tanda-tanda yang menunjukan yang rakyat sudah tidak mahu lagi menerima pihak-pihak yang menggendangkan isu perkauman kerana isu itu hanya akan membuatkan mereka tidak tenang untuk hidup dalam masyarakat majmuk yang merupakan realiti kehidupan di Malaysia ini.

Rakyat sudah mula menggorak langkah untuk menghindarkan dari isu perkauman ini menjadi lebih menebal di kalangan berbagai kaum di negara ini. Dalam masa yang terdekat ini sudah ada kecenderungan yang orang Melayu untuk menyertai DAP yang sekarang ini di dominasi oleh kaum Cina dan PAS yang bukan sebuah parti perkauman.

Hilangnya sesuatu bangsa itu bermula dengan kehilangan identitinya

Nampaknya cara untuk mengharapkan UMNO mendapat mandat seperti sediakala hanyalah dengan berdoa sahaja. Berdoa agar rakyat yang mengundi akan digerakan untuk memangkah simbol BN semasa berada di dalam peti undi di dalam piihanraya nanti. Kalau ditimbang dan di tara mengikut akal fikiran kita parti ini sudah terlalu payah untuk menambah keyakinan rakyat jika dibandingkan dengan keadaan dalam pilihanraya yang lalu.

Berdoa itu berdoalah. Tetapi selain dari berdoa untuk meringankan tangan rakyat untuk memangkah simbol BN itu usaha lain patut juga dilakukan dan di sertakan dengan doanya sekali. Usaha itu ialah untuk menurunkan tahap kesombongan pemimpin serta penyokong UMNO supaya tidak bertambah jauh lagi rakyat dari parti itu. Usaha ini adalah wajib supaya rakyat tidak menjauhi parti itu lebih jauh dari pilihanraya yang lalu.

Ahaaks : Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka 1 Malaysia di Permatang Pauh.....makin terserlah dan hampir..!!!

Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu, katanya.

Ramadhan : Penyuntik 'Antivirus Dosa', Menghilang Hipokrasi


"Ustaz, apakah hikmah berpuasa, dan bolehkah hikmah dan objektif diketahui?" Tanya seorang pelajar di UK kepada saya ketika minum bersama

"Bukankah hal ibadah tidak boleh diketahui hikmah dan objektifnya?, ye saya faham tentulah objektifnya sebagai ujian ketaatan kepada Allah, tapi apa lagi ye ustaz" tambahnya lagi sebelum saya sempat membuka mulut untuk memberikan jawapan.

Anwar akan‘ ditembak’ sehingga tidak boleh berdiri: PKR tuntut penjelasan Najib

Anwar akan‘ ditembak’ sehingga tidak boleh berdiri: PKR tuntut penjelasan NajibEkoran pendedahan terbaru oleh bekas Duta AS ke Malaysia John Malott, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah meminta agar Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberi maklumat ke atas tuduhan-tuduhan bahawa mereka telah berkomplot ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke penjara atas tuduhan liwat yang direka.
Bola kini di gelanggan Najib. Beliau adalah PM dan dia mesti menyatakan dengan jelas, jikalau dia yang terlibat dan jikalau terdapat apa apa komplot dengan Mahathir dalam kes semasa dan pada tahun 1998. Saya rasa rakyat Malaysia sudah tahu mengenainya, tetapi kini bekas duta Amerika Syarikat telah memberikan maklumat yang kuat dan jelas. ini adalah serius dan mesti dijawab. untuk berdiam diri akan memalukan Malaysia. sudah tiba masanya untuk Najib sedar dia bukanlah PM hanya untuk UMNO tetapi juga untuk semua Malaysia, "kata Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran memberitahu Malaysia Chronicle.

PERKASA, Ezam dakwa MB fitnah, tipu Sultan Selangor

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor dan Pusat, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Senator Ezam Mohd Noor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Laporan dibuat ke atas Abdul Khalid kerana didakwa memfitnah dan menipu Sultan Selangor dalam isu penubuhan Majlis Penasihat Syura untuk menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin semasa ditemui di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam di mana mereka membuat laporan berkata tindakan Abdul Khalid adalah suatu kesalahan besar mengikut Akta Hasutan 1948 dan badan itu mahu Menteri Besar Selangor itu disiasat mengikut akta itu.

Money, money, money

AUG 24 — When all else fails; when policies flounder; when rumbling from within grows louder; when the reform agenda stutters in the face of resistance from interest groups, throw money around in the hope of hushing up the protestations.
This strategy was used by Tun Abdullah Badawi after his fitness to lead Malaysia was questioned by Tun Dr Mahathir Muhammad and after his early promise of reforming the country dissipated into flip-flops, missteps and pandering to his party’s demands.
He increased the salary of civil servants and even put cash in the pocket of Malaysians through a one-off RM600 payment.
Underlying this move was the view that even though the ground had soured on him considerably by 2007, putting money into the hands of Malaysians would make them put their bitterness aside and vote him in again.
We know how that strategy played out.

K’jaan Gaddafi Tumbang: BN Tidak Bimbang?

Oleh: ustaznik


tripoliPetang Selasa sebelum berbuka puasa, saya menonton aljazeera melalui internet, khusus mengenai Perang Tripoli. ‘ Toroblus’ kata orang Arab. Pemberontak (saya lebih suka menggunakan istilah pejuang) Libya menguasai Tripoli dan menuju Bab al-Aziziyyah, tempat Gaddafi berlindung.

Ahaaks : Menteri Dalam Negeri terima ancaman bunuh, peluru hidup

  Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ancaman bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini.

Bercakap di majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur, Hishammuddin berkata, kedua-dua peluru itu diletakkan dalam dua lubang pada sebuah buku.

Bungkusan itu mengandungi mesej tulisan tangan mengenai ancaman tersebut tetapi beliau enggan mendedahkan kandungannya kepada pihak media.

Bungkusan itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya.

Hishammuddin berkata beliau tidak gentar dengan kejadian itu dan berikrar untuk meneruskan tugasnya.

MB TERENGGANU "TERTIDUR BAJET RM6 BILLION"

Oleh: mohdnoorawang

TERENGGANU KAYA, RAKYAT BIASA MENDERITA, "KERAJAAN MAT SAID MEWAH DAN GUNA BAJET RM6.BILLION (RM6,000,000,000.000 SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA".
Bajet Negeri Terengganu selama tiga tahun berkepalakan Dato' Seri Ahmad Said menteri besar Terengganu sebanyak RM6 BILLOIN). Namum pembangunan Negeri Terengganu tidak sehebat bajet yang diperuntukkan. Sukar untuk rakyat Terengganu melihat dan menilai kesan bajet RM6 billion. Jelas kerajaan Terengganu, Ahmad Said dan Barisan Nasional (UMNO) gagal dan hancur luhur dengan bajet tersebut.

Panel khas: Pakatan tuntut jaminan Najib PRU hanya selepas pembaharuan


KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Pakatan Rakyat hari ini sepakat menuntut Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan selepas syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen dilaksanakan.
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, barisan kepimpinan tertinggi perikatan itut akan mempertimbangkan cadangan sama ada mahu menyertai jawatankuasa khas itu ataupun tidak selepas Perdana Menteri memberi jaminan.
Jelas beliau, pendirian rasmi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu akan dimuktamadkan bulan depan.

Pakatan beri PM, SPR peluang terakhir

Pakatan Rakyat hari ini memberi Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya peluang terakhir bagi membuktikan komitmen mereka berhubung pembaharuan pilihan raya, sebelum gabungan itu memutuskan sama ada untuk memboikot jawatankuasa khas parlimen berhubung isu itu.

Orang Melayu dah boleh buat kapal selam dan jet pejuang

"Hebat kita orang Melayu ni, dah boleh buat jet pejuang generasi kelima, buat kapal selam dan macam-macam lagi. He, he, tapi rumpun Melayu di Indonesia. Rumpun Melayu di Malaysia masih lagi sibuk bermain mercun dan meriam buluh, bermegah dengan Pendekar PT91M, Scorpene, Sukhoi dan mungkin lepas ini Typhoon. Dok sebut Typhoon tak henti-henti ribut luar biasa, kilat dan petir di Malaysia sekarang ini.

Video : Makna Perjuangan Islam

Video : Anwar Melamar

Video : Kenapa saya pakai tudung

CERITAKAKWAN : SUKA DUKA ISTERI ANWAR IBRAHIM

Berikut adalah kesemua 6 bab cerita hidup Kak Wan, di dalam format PDF. Setiap bab menceritakan episod hidup Kak Wan, dari zaman kanak-kanak Kak Wan ke dewasa, ke perjumpaan dengan suami Kak Wan, ke perjuangan Kak Wan di arena politik. Ada cerita-cerita yang manis, sedih, tegang, meluat, semuanya ada. Kak Wan menjemput semua untuk menurun-muat bab-bab untuk dibaca dan kongsikan dengan keluarga dan kawan kawan

Master, PhD dan darjat

Laptop Lama

Saya ada kawan yang lulusan biasa, bukan graduan bekerja di satu tempat bersama dengan ramai rakan sekerja yang lulusan agak tinggi.

Dia nampak tak selesa kerana ada dikalangan rakan yang graduan selalu memperkecilkan pandangan atau pendapatnya.

Hancurnya Mitos Najib? Defisit dan hutang negara yang melonjak

Mengikut pengalaman yang lalu, perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan akan bertambah pada tahun berlangsungnya pilihan raya umum.  Strategi "menggula-gulakan pengundi" adalah taktik terbaik untuk meraih sokongan.  Pada hakikatnya, perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan menunjukkan pertambahan yang jelas dalam dua PRU, yang berlangsung dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Misalnya, pada tahun 2004 ketika berlangsungnya PRU ke-11, perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan bertambah 21.4% kepada RM91.3 bilion.  Jika dibandingkan dengan tahun 2003 dan 2002, perbelanjaan operasi hanya bertambah pada 9.5% dan 7.7% masing-masing.

Perkasa : ‘Pray Anwar does not become PM’

Perkasa chief Ibrahim Ali says Anwar's recent conduct in court shows his guilt and cowardice.


PETALING JAYA: Oposition Leader Anwar Ibrahim’s recent conduct in the High Court has so incensed Perkasa president Ibrahim Ali that the latter has put out a call for Malaysians to pray for the fomer’s political demise.
Anwar had delivered a hour-long statement from the dock on Monday denying that he had sodomised his aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, in 2008. His decision to make his statement from the dock meant that he could not be cross-examined.
But numerous quarters questioned this move with his detractors surmising that his avoidance of cross-examination was reflective of his guilt.

Siapa yang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?

24 OGOS – Tak sampai sebulan yang lalu, Lim Guan Eng dituduh rasis kerana menyebut tentang cita-cita UMNO yang mahu merebut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan Nasional berjaya merampas semula pentadbiran negeri daripada Pakatan Rakyat.
Guan Eng telah dikecam hebat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan, yang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempunyai agenda jahat untuk memecahbelahkan perpaduan BN di negeri itu.
Malah, Teng yang merupakan orang kuat Gerakan di Pulau Pinang menegaskan bahawa: “’BN negeri tetap berpegang kepada prinsip bahawa jawatan Ketua Menteri datang dari parti komponen BN, selain UMNO. Malah perkara ini tidak pernah disentuh pun tetapi dia (Guan Eng) sengaja bermain politik perkauman untuk menipu rakyat.”

Ulama memandu, bukan menumpang

"Bila kita guna istilah terompah kayu memberi gambaran bila perlu orang pakai, bila tak orang biar," kata Tuan Ibrahim Tuan Man.
SHAH ALAM: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan para ulama dalam arena politik ini perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya dan bukan dijadikan ‘terompah kayu’, digunakan bila perlu sahaja.
Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai menjawab kenyataan PAS sebelum ini yang menggelarkan ulama Umno ibarat ‘terompah kayu’ dalam parti itu.
Menurut beliau, ulama berperanan memandu para pemimpin dan bukannya menumpang untuk mengesahkan sesuatu atau menangani sesuatu isu atau permasalahan.

Bukan saya minta maaf, 'Imelda' Rosmah yang kena jelaskan

Bukan saya minta maaf, 'Imelda' Rosmah yang kena jelaskanSejak semalam che'GuBard dihubungi ramai wartawan dan teman khususnya apabila media arus perdana digunakan untuk 'menyerang' che'GuBard dalam isu pendedahan berlian bernilai RM24.45 juta yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor.
che'GuBard dituntut mohon maaf dan dituduh diam dan gagal menjawab apabila kononya didedahkan menipu.
Persoalan penting ialah adakah media arus perdana berani mengeluarkan kenyataan che'GuBard mengenai perkara ini.
Sudah hampir sebulan pendedahan mengenai wujud satu kemasukan berlian bernilai RM24.45 j terkait nama 'Imelda' Rosmah. Sejak itu dia diam dan membisu cuma 'pengampu-pengampu' dia yang sibuk bertungkus lumus menjawab. Cuma sekali dia menjawab itupun hanya menuduh ia fitnah tanpa sebarang penjelasan.

Satiman Diman should look in the mirror and stop the histrionics

Satiman Diman should look in the mirror and stop the histrionicsComing across an article entitled Pindah jika benci Melayu caught me by surprise. Selangor Opposition Leader Mohamad Satim Diman had asked a famous ex-actor in the era of the 80’s to leave the country if he does not like Malays.
Apparently, making the statement at a mosque in Kampung Melayu Subang, the actor was alleged to have called the government infidel, insulted the royal institution and termed the Malays as stupid.
Even so, the practise of politicians to incite people to leave this country should stop. Politicians should have more tact in handling such polemics without goiing overboard or losing their temper. The issuing of such ultimatums for people to leave this country is rather brash and uncalled for.

PKR syak pengundi pos boleh mengundi dua kali

ops scorpene dinner 220711 tian chuaPKR hari ini menimbulkan satu lagi kesangsian bahawa terdapat pengundi pos yang mengundi dua kali memandangkan masih terdapat pengundi yang disenaraikan dalam daftar pengundi, walau Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyatakan sebaliknya.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua mendakwa sekurang-kurangnya 34 nama pengundi pos yang dikatakan telah dikeluarkan daripada kawasan tersebut dikesan masih tersenarai sebagai pengundi untuk kawasan berkenaan mengikut data di laman web SPR.

Katanya, nama berkenaan sepatutnya telah dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana pengundi tersebut telah bertukar alamat.

Naib presiden PKR itu berkata, beliau mendapat tahu perkara itu ketika membandingkan daftar pemilih terkini bagi suku ketiga 2011 dengan senarai pemilih yang dihantar kepadanya oleh SPR.

Peguam beri amaran jangan label 12 Muslim diperiksa Jais murtad


KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Peguam bagi 12 hadirin beragama Islam pada satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama memberi amaran agar tidak melabel anak guaman mereka sebagai murtad ketika media prokerajaan mendakwa mereka hendak dimurtadkan oleh masyarakat Kristian.
Muhamad Burok berkata mendakwa mereka meninggalkan kepercayaan Islam adalah satu perbuatan salah di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
“Saya ingin mengingatkan setiap orang supaya mengelak daripada menuduh mana-mana Muslim sebagai murtad, yang merupakan salah bentuk kesalahan takfir,” kata beliau.

Video : Ada objek plastik di dubur Saiful

Video : Teoh's family wants RCI suicide verdict invalidated

Video SODOMY II: Expert stumped over 'planted sperm' poser

Video : Tak Ramai Pemimpin Mahu Terima Nasihat Ulama

Video : Ulama Bukan Tempat Dapatkan Pengesahan Semata Mata

Di mana Gaddafi?

Di mana Gaddafi?TRIPOLI - Sejak kumpulan pemberontak berjaya memasuki Tripoli kelmarin kini yang masih menjadi tanda tanya masyarakat dunia sehingga kini adalah di manakah pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bersembunyi? Bagaimanakah nasib Libya selepas kejatuhan rejim pemerintahan yang dipimpin oleh beliau selama 42 tahun?

Pemberontak Libya dipercayai telah menguasai hampir keseluruhan kawasan di Libya yang terletak di bawah kekuasaan Gaddafi.

Tetapi, kehilangan Gaddafi dan kegagalan mereka untuk menahan beliau selepas mengepung kediamannya dilihat sebagai satu kekurangan untuk mengisytiharkan kejayaan penuh mereka.

Kerajaan Pak Pandir....!!!

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan Pak Pandir yang berkeriau "bukan anak kita saja yang mati, anak orang pun mati".

Beliau juga mengulangi penegasan bahawa kenaikan harga barang lebih diakibatkan oleh kegagalan kerajaan BN menguruskan ekonomi negara dan bukannya semata-mata berpunca dari kenaikan harga barang di peringkat global.

"Reaksi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) mencerminkan sikap Pak Pandir kerajaan BN yang tak habis-habis menjerit 'bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang pun mati'.

"Bila berlaku kenaikan harga, tak habis-habis menyalahkan faktor luar seperti kenaikan harga di peringkat global, 'imported inflation' dan sebagainya.

Dedah Undi Pos : PAS dakwa ramai lagi anggota tentera akan tampil

Susulan pendedahan empat bekas anggota tentera yang mendakwa telah menanda ribuan kertas undi pos dalam pilihan raya sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa lebih ramai bekas anggota itu akan tampil membuat pengakuan yang sama.

johor pas chief suhaizan kaiatPengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Suhaizan Kaiat berkata berdasarkan maklum balas yang diterimanya, ramai bekas anggota tentera menghubunginya untuk membuat pengakuan tersebut.

"Setiap kali ceramah, ada (bekas tentera) yang mengaku bahawa dia terlibat. Mereka terdiri daripada dua kategori.

"Pertama, mereka yang memangkah iaitu anggota tentera yang membuat kerja-kerja yang dilakukan oleh empat orang tersebut.

"Satu lagi, mereka yang tidak berpuas hati,kerana mereka beberapa kali tidak dapat mengundi. walhal, nama mereka ada dalam daftar pemilih," katanya dalam satu sidang media.

Melayu terus pecah sebab Najib lemah, dakwa Mufti Perak


SHAH ALAM, 24 Ogos ─ Tan Sri Harussani Zakaria buat pertama kali mendedahkan beliau pernah menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan tiga perkara menyentuh perpecahan orang Melayu yang berterusan - banyak diperkatakan sejak pilihan raya umum 2008.
Tanpa menyebut bila pertemuan dengan Najib diadakan, Mufti Perak ini berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.
“Saya kata (kepada Najib) perpecahan Melayu yang berlaku ini disebabkan kerajaan yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah,” katanya pada pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran Sinar Harian hari ini.

Umno knives out for Najib: Even Perak mufti says his gov't weak and corrupt

Umno knives out for Najib: Even Perak mufti says his gov't weak and corruptIt is clear the UMNO knives are now out for Prime Minister Najib Razak. Even Perak Mufti Harussan Zakaria, who previously only went after leaders in the opposition, gunned after him on Wednesday.
"I told Najib, 'Datuk Seri, the Malays are split because the government is very weak, betrays trust (tidak amanah) and is corrupt," Harussani said.
Harussani also revealed he had met and advised Najib to look into three important areas that were causing Malay disunity. However, he declined to give details. disunity.
Questionable behaviour
Pakatan Rakyat leaders, who in the past have borne the brunt of his rantings, said they were not surprised at the turn of events.The 58-yrear old Najib is struggling to hang onto his seat, with deputy Muhyiddin Yassin  breathing down hard on his neck.
Najib has been torn by scandal, with latest involving an expose' by the former US amnasaador to Malaysia John Malott, who confirmed that Najib had known of a plot to "nuke" Anwar until he could not stand up politically.

Video :. YBhg Tan Sri Harussani Ulama Politik Untuk Dakwah atau Parti

Video : .. Ustaz Fathul Bari - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?

Video :.. YBhg Dato Tuan Ibrahim - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?

Video:. YBhg Dato Tuan Ibrahim - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?

Video : YBhg Tan Sri Harussani - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?

Video : . Ustaz Fathul Bari - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?

Video : YBhg Dato Tuan Ibrahim - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?

Video : Ustaz Fathul Bari - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?

Video : Dato Tuan Ibrahim - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?

Video : Dr Asri & Tan Sri Harussani - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?

Video : Kata Aluan Penganjur - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?

Ulama Punya Peranan Dalam Politik


SHAH ALAM 24 OGOS : Peranan golongan ulama dalam parti PAS dilihat penting bagi memastikan hala tuju dan matlamat dasar parti itu terpelihara dan tidak terpesong daripada landasan asal.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, umum mengetahui perjuangan PAS adalah berpolitik berlandaskan syariat Islam dan menerapkan hukum hakam dalam setiap perlaksanaannya. 

Umno layan ulama macam ‘terompah kayu’

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

SHAH ALAM, 24 Ogos — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno melayan ulama seperti “terompah kayu” dan tidak mengiktiraf, malah tidak meletakkan golongan itu di kedudukan terbaik dalam pentabiran negara.
Tegas Ketua Penerangan PAS (gambar) ini, ulama tidak akan dihormati dan disanjung jika ia tidak diiktiraf oleh mana-mana parti atau pentadbiran negara.
“Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam.
“Itu yang jadi (dalam Umno), bila perlu pakai (ulama), kalau tak perlu tak pakai . . . itu yang macam terompah kayu dan ‘rice cooker’, kita tidak mahu ulama kita duduk sahaja, pemimpin mesti dipandu, kalau pemimpin baik rakyat juga akan baik,” katanya Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran hari ini.

Mufti Perak: Melayu berpecah kerana k'jaan rasuah

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."

ulama politik forum at sinar harian 240811 harussani zakaria"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.

Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".
Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri lagi.

SPR perlu daftar semula semua pengundi- Dr Tan

PETALING JAYA: Sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serius untuk membersihkan senarai pengundi meragukan, maka pendaftaran semula 10 juta pengundi di negara ini perlu dibuat semula, kata Pengarah Biro Disiplin Keadilan, Dr Tan Kwee Kwong.
Ini kerana banyak aduan berhubung kecacatan, kehilangan dan keraguan pada senarai pemilih dengan pendedahan terbaru empat bekas tentera yang memangkah undi pos untuk ribuan tentera, polis dan pasangan mereka.
“Kalau SPR serius untuk bersihkan senarai pengundi meragukan, maka 10 juta pengundi di negara ini perlu didaftarkan semula,” kata Dr Tan pada sidang media di ibu pejabat Keadilan, hari ini.

EKSEKUTIF SWASTA BERTINDAK LEBIH BAIK SEBAGAI AHLI POLITIK

MEREKA BERBEZA DARI AHLI POLITIK TRADISIONAL
  • Perkara ini bukan lah sesuatu yang baharu di dalam Dunia Politik dan Ekonomi sesebuah Negara dan ia banyak di bincangkan untuk mencari "Jalan keluar" untuk mencari dan memilih Calon-Calon untuk di jadikan Menteri-Menteri di dalam Negara
  • Dan Ramai Pemimpin Dunia yang berpandangan jauh akan menggunakan "Kaedah" ini sebagai ALAT untuk mencari bakal-Bakal Pemimpin yang mereka kehendaki di dalam Kerajaan.
  • "Kaedah" ini juga terbukti BERKESAN di dalam Negara-Negara yang bertaraf MAJU seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Singapura, Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan HongKong.
  • Ini di sebabkan selepas Era tahun 80an, Ekonomi Dunia telah berkembang dengan begitu PESAT dan setiap Negara yang AKTIF di dalam Ekonomi Dunia harus berjaya MENERAJUI EKONOMI NEGARA mereka secara lebih KOMPETITIF dengan pendekatan yang berkesan menurut keadaan Ekonomi yang sebenar.
  • Kerana itu, Negara-Negara Maju seperti yang di sebutkan itu memerlukan Menteri-Menteri yang berlatar-belakangkan Pengalaman menerajui Perniagaan di dalam Sektor Swasta.

Infaq Ramadhan : Sumbangan Untuk Pembedahan Jantung Adik Safiah Mardhiah (anak sulung Zul Bumilangit)

Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC) dan anggota Angkatan Muda KeADILan, Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit.

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung.

Najib, Rosmah Akan Beri Keterangan Di Mahkamah-Sankara


KUALA LUMPUR 24 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor bersetuju untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi memberi keterangan bersabit kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dinyatakan oleh peguam Sankara Nair setelah dimaklumkan oleh polis kepada beliau.

Najib, Rosmah dan dua bekas anggota polis berpangkat tinggi sebelum ini enggan bekerjasama dengan pasukan peguambela walaupun pendakwa telah menawarkan mereka sebagai saksi.

Namun mahkamah minggu lalu telah mengeluarkan sepina terhadap kesemua individu tersebut untuk hadir memberi keterangan dan sekiranya gagal berbuat demikian waran tangkap akan dikeluarkan.

Video : Ministry funding Nong Chik's Lembah Pantai goal?

Raja Nong Chik beri Umno RM50,000 guna dua akaun DBKL?

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin didakwa menggunakan kedudukannya untuk memberi bantuan dan peruntukan kepada pemimpin Umno dan parti itu.
Malah lebih teruk, beliau juga didakwa menggunakan lebih RM50,000 setiap minggu dengan menggunakan dua akaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Nong Chik juga ketara memfokuskan kegiatannya di kawasan yang dikatakan akan ditandinginya pada pilihan umum akan datang, iaitu Parlimen Lembah Pantai.

FBC also approached top US journal to host Najib, says Politico


A screenshot of The Atlantic magazine September 2011 edition.
KUALA LUMPUR, Aug 24 — Putrajaya’s erstwhile image consultants, FBC Media, is said to have approached top US current affairs magazine The Atlantic to host an event featuring Datuk Seri Najib Razak, United States-based political website Politico reported yesterday. It reported that The Atlantic has launched an internal inquiry into connections with the British public relations firm whose programmes have been pulled off the air by top broadcasters such as CNBC and BBC. FBC is also under investigation by British regulators for putting paid programmes in BBC as part of its RM58 million contract with Putrajaya.

DAP KM Melaka?, BN bermain api

Kita minta Umno-BN menghentikan segera fitnah tersebut, kata pemimpin PAS negeri.

PETALING JAYA: PAS Melaka mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) mula bermain api dan menyebarkan dakyah dengan mengatakan DAP akan menjadi Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13.
“Pemimpin Umno masuk ke kampung-kampung berkempen mengatakan DAP akan jadi Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah Melaka.
“Ini fitnah kerana Pakatan Rakyat tidak pernah memutuskan akan melantik pemimpin DAP sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pilihan raya umum, kata Ketua Penerangan PAS Melaka, Kamaruddin Sidek.
Ujar beliau, “kita minta Umno jangan memainkan isu ini kerana ia sensitif, kita minta mereka menghentikan segera fitnah tersebut.”

Cincin Permata : ‘Saya mohon maaf?, tak perlu’

Chegu Bard berkata beliau tidak perlu memohon maaf tetapi sebaliknya Rosmah Mansor perlu beri penjelasan.
REMBAU: Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin menegaskan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan isu cincin bernilai RM24.45 juta.
Ini berikutan permohonan maaf oleh akhbar Indonesia, Kompas baru-baru ini yang memetik laporan media cetak dan elektronik di negara ini yang mempersoalkan bagaimana dan di mana Rosmah mendapat cincin semahal itu.
Ketika dihubungi FMT hari ini, beliau berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada Rosmah walaupun beliaulah orang yang pertama yang mendedahkan perkara ini.

"Nuke" Anwar till he can't stand up: Najib, Dr M must explain, demands Pakatan

"Nuke" Anwar till he can't stand up: Najib, Dr M must explain, demands Pakatan In the wake of the latest disclosures by former US ambassador to Malaysia John Malott, Pakatan Rakyat leaders have demanded that Prime Minister Najib Razak and former premier Mahathir Mohamad come clean on allegations they had plotted to jail Opposition Leader Anwar Ibrahim on trumped-up sodomy charges,
"The ball is in Najib's court. He is the sitting PM and he must state very cleary, is he involved and was there any tie-up with Mahathir in the current case and in 1998," MP for Ipoh Barat M Kulasegaran told Malaysia Chronicle.
"I think the Malaysian public is already very well aware of all the writing on the wall, but now a former US ambassador has said it loud and clear. This is serious and must be answered. To keep quiet would put Malaysia to shame. It is time for Najib to realise he is not PM just for UMNO but also for all Malaysia."

Pengkhianatan yang paling keji oleh PM Malaysia

Kenyataan bekas duta AS: Pengkhianatan yang paling keji oleh PM MalaysiaPerdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor mempunyai banyak untuk dijawab. Sudahlah melimpah dalam skandal ke atas rasuah besar-besaran dan diperintahkan oleh mahkamah untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang mana dia telah menuduh mereka berkomplot, bekas Duta Amerika Syarikat pula telah menggugurkan sebuah bom.
John Malott, kini presiden Persatuan Jepun-Amerika Washington DC, menjaga operasi di Kuala Lumpur dari 1995 hingga 1998. Beliau memberitahu bagaimana Najib telah membuat perjanjian dan persefahaman dengan Anwar, yang ketika itu timbalan perdana menteri, dan bagaimana Najib kemudian mengkhianati Anwar. Kedua-dua pemimpin dari parti pemerintah UMNO, yang ahli-ahlinya resah dan tidak berpuas hati dengan cara kaku Mahathir Mohamad, Perdana Menteri yang memerintah Malaysia dari tahun 1981 hingga 2003.

Wak Angin : 'Dakwaan Khir boleh sebabkan menteri dari S'gor terasa hati'

Selangor Umno Youth Mob Karpal Singh Abdul Syukur Idrus 050309 05Dakwaan Dr Mohd Khir Toyo bahawa tiga menteri kabinet mahukan beliau dipenjarakan untuk membolehkan BN merampas semula Selangor, boleh menyebabkan menteri dari Selangor terasa hati, kata ketua penerangan Umno Selangor, Abdul Syukur Idrus.

"Kesan dakwaan itu (bahawa) ada tiga menteri (yang dimaksudkan). Ada (seorang) menteri di Selangor barangkali terasa hati, dan dua lagi yang lain, saya tak tahu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menteri kabinet dari Selangor ialah Datuk Seri Noh Omar yang kini memegang protfolio menteri pertanian dan industri asas tani.

Beliau adalah ahli parlimen Tanjong Karang dan juga timbalan ketua badan perhubungan Umno Selangor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sepatutnya Dr Seri Khir Toyo tidak segera melatah dengan mengeluarkan kenyataan yang belum tentu kesahihannya," kata Abdul Syukur yang juga ketua Umno Selayang.

Jarang boleh temui sperma ‘aktif’ selepas 65 jam seks, kata pakar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Patologi forensik dari Australia mengakui kemungkinan boleh menemui kepala sperma pada badan seseorang sehingga satu tempoh selama 65 jam selepas mengadakan hubungan seks, tetapi mengakui penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud.
Dr David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.

Fitnah Liwat II: Pakar buntu ditanya sperma dimasukkan

Pendakwa dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membangkitkan Kemungkinan sperma sengaja dimasukkan ke dalam dubur pengadu, dan oleh itu berkemungkinan ada orang ketiga yang mempunyai akses kepada sperma tertuduh.

NONEPeguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan (kiri) bertanyakan soalan tersebut kepada saksi ketiga pihak pembela, Dr David Wells - pakar patologi forensik Australia - mengenai kemungkinan tersebut.

Kemungkinan itu ditimbulkan oleh Yusof ekoran dakwaan pihak peguambela Datuk Seri Anwar bahawa berlaku pencemaran dan gangguan keterangan mengenai bagaimana sperma itu boleh masuk ke dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Yusof: Jika seseorang memasukkan sperma itu, dia mesti ada sperma orang berkenaan?

Wells: (berfikir seketika) Perkara ini saya serahkan kepada pakar DNA.

Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong, dalam keterangannya sebelum ini berkata, beliau menemui sperma dari sampel air mani yang diambil dari dubur Saiful.

Harussani: Saya pernah syor Mahathir ‘tak pecat, tak tuduh Anwar liwat’

SHAH ALAM, 24 Ogos ─ Menyingkap kembali peristiwa 13 tahun lalu, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun jelas Mufti Perak (gambar)  ini, bekas perdana menteri itu enggan menemui beliau.
“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

Kerajaan PAS Kelantan ambil alih bina lebuhraya KB-Kuala Krai


KOTA BHARU, 24 Ogos: Kerajaan Kelantan bersetuju mengambil alih pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai berikutan Kerajaan Persekutuan melengah-lengahkan pembinaan jambatan tersebut sebagaimana yang terkandung dalam RMK-9.

Dianggarkan sejumlah RM1.9 bilion kos pembinaan yang diperlukan berbanding peruntukkan asal RM2.3 bilion.
(Husam menyerahkan sumbangan Aidil Fitri kepada armalah di masjid Kamil Hassan)