Rabu, 17 Ogos 2011

Video - Komando Kamil: 'mana pergi baki undi pos, tahun 1999?'

Panel Parlimen: Saya mahu pembangkang puas, kata Najib


KAPAR, 17 Ogos — Tiga hari selepas mengumumkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya, Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu diambil untuk “memuaskan” pembangkang meskipun mereka menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.
“Kami akan memperbaiki proses (pilihan raya) jika ia dipertikai.
“Kami tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan mereka, maka kami akan melaksanakan perubahan untuk memperbaiki sistem,” kata beliau (gambar).
“Kami mahu sesiapa yang memerintah negara ini dipilih mengikuti kehendak sebenar rakyat,” kata beliau pada majlis berbuka puasa di Pangsapuri Seri Perantau, kawasan perumahan kos rendah 11 blok dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pentadbiran negara mesti landas prinsip Islam, kata NGO


SHAH ALAM, 17 Ogos — Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari sepakat bahawa pentadbiran negara ini mesti berlandaskan ajaran Islam selain diangkat martabat agama itu agar tidak dipertikai oleh pihak tertentu.
Pemimpin-pemimpin NGO Islam juga berkata masa depan Islam akan tergadai sekiranya kepimpinan negara yang beragama Islam tidak berusaha mempertahankan, memartabatkan dan mendaulatkannya sebagai agama negara.

PAS: 14,000 pengundi 'kelahiran luar negeri' di P Pinang

NONEPAS Pulau Pinang mendakwa telah mengesan kira-kira 14,000 pengundi 'kelahiran luar negeri' dalam senarai daftar pemilih di negeri itu dan sedang menyiasatnya, untuk mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden (kanan)
berkata mereka dikesan oleh jawatankuasa pilihan raya parti sewaktu hujung minggu.

Katanya, parti itu mempunyai sistem komputernya sendiri, yang dapat mengesan bilangan orang asing atau penduduk tetap dengan angka status negeri kelahiaran '71 'dalam kad pengenalan mereka.

Merapat Jurang Realiti 3

Oleh: MSK

Perubahan boleh dilakukan sama ada melalui evolusi, revolusi atau peti undi. Kita memilih peti undi sebab itu yang dinamakan demokrasi. Aku tak harap benda ni. Kalau pilihanraya itu bersih..dah lama kerajaan BN tu tumbang.
Tapi oleh kerana yang nak naik atau yang nak turun ini adalah parti politik…ikut suka depa la.
Oleh kerana kemenangan melalui peti undi ini ditentukan oleh pengundi..maka kita perlu kenal pengundi dan cuba mempengaruhi mereka untuk menyokong kita. Apakah faktor-faktor yang membolehkan mereka menyokong kita? Yang ni jarang diperkatakan oleh orang politik…yang depa buat ialah memastikan lawan mereka lebih teruk dan mereka lebih baik. Kadang-kadang tak dak idea. Yang ada cuma slogan yang berubah setiap kali pilihanraya.

Gambaran Makkah Di Masa Hadapan..!!!

Future Makkah! itulah gambaran beberapa buah projek mega suluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC. 

Ali Rustam dan plat kereta bernilai RM 317K - Melaka maju melayu mampos!


Sejumlah RM317,000 duit rakyat bakal hangus hanya untuk perbelanjaan tender nombor plat kereta MCC 1 hingga MCC 15.? Bayangkan betapa besarnya pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka apabila dengan sewenang-wenangnya membelanjakan duit rakyat untuk nombor plat kereta.!  Apa manfaat yang rakyat dapat  dengan nombor plat kereta tersebut.??


Maklumat yang diperolehi di Pejabat JPJ Melaka menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Rakyat Tak Ada Mood Nak Kibar Bendera Malaysia Selagi BN Yang Berkuasa

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Tindak tanduk Kerajaan BN yang amat mengecewakan rakyat menyebabkan semangat rakyat untuk merayakan sambutan kemerdekaan negara semakin pudar dari setahun ke setahun.

Pada dasarnya, semua rakyat Malaysia pasti ingin merayakan sambutan kemerdekaan negara, tetapi kekecewaan rakyat terhadap tindakan Kerajaan BN menyebabkan rakyat tidak bersemangat untuk menzahirkan semangat patriotisme masing-masing menerusi sambutan perayaan hari yang amat bermakna itu bagi setiap warganegara ini.

Mencari Lailatul Qadar


Oleh: kopi_o

"Salam sihat sejahtera semua.

Puasa kita telah meghampiri ke penghujungnya, esok hari yang ke 17 kita laluinya. Entah sempat entah tidak untuk kita harungi kehidupan seterusnya. Insyaallah, kuatkan semangat dan sentiasalah berdoa semoga kita dapat lalui dan rasai kenikmatan Ramadhan dalam mengharungi sisa-sisa kehidupan di dunia ini.

Tepat . SPR Pembohong Dan Penipu Rakyat


Oleh: mohdnoorawang

"Selepas BERSIH 2.0 dan generasi 709 dituduh penghasut, kominis dan dipersetamkan oleh polis yang bertindak kejam dan tidak bertamaddun terhadap peserta BERSIH 2.0, ketua BN/UMNO yang korup perdana menteri Datuk Najib bin Razak mengaku dan membuat kenyataan .....SPR memang ada kecelaruan dan perlu dibaikpulih dengan segera.

Selama puluhantahun SPR dugunakan untuk menipu pengundi dan bersubahat dengan regim BN/UMNO untuk memberi kemenangan kepada kerajaan rasuah BN/UMNO.

Guru Sekolah Makin CELARU


Oleh: mazwandi

"Baru hamba tahu, cikgu Inggeris di sekolah seluruh Malaysia semuanya tidak pandai mengajar belaka. Manakan tidak, sehingga memaksakan 300 guru import dibawa masuk untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Apa agaknya reaksi guru bahasa Inggeris. Adakah mereka akan melenting, atau mereka akan menikus, 'kami dengar dan kami patuh'.

Namun, yang peliknya, 300 guru yang diimport nanti adalah guru Inggeris dari USA. Masaklah budak-budak. Peninglah guru-guru Inggeris. Loghat Inggeris British akan ditukar kepada loghat Inggeris USA. Haru biru.

Blogger UMNO risau dengan gelagat dan kerenah Rosmah..

Rupa-rupanya mereka juga tersedar akan situasi yang berlaku kepada Presiden parti mereka, takut juga ya... takut Najib jadi Ketua Pembangkang selepas PRU13 nanti... Misslah sorru.... tak ada siapa lagi yang nak sara hangpa.....

Cikgu Pa menimbus lubang perangkap


Oleh: tokpepijat

" Nampaknya isu serbuan gereja kembali "panas" . Semacam ada komplot dan konspirasi dalam peristiwa tersebut. Ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan :

1) Pendedahan terbaru SU PAS Dato Mustafa Ali tentang ada "elemen" UMNO dalam serbuan tersebut. UMNO Selangor melenting dan memberi tempoh 3 hari kepada Cikgu Pa untuk minta maaf. Cikgu Pa tetap dengan kenyataannya.

Zoo MB Ahmad Said Guna WANG EHSAN ?


Oleh: mohdnoorawang

"Siapa sebenar pemilik ZOO BINATANG DI KEMAMAM?. Atas undang-undang  mana seorang menteri besar memiliki ZOO BINATANG.?.

Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dikatakan menggunakan wang ehsan untuk membangunkan ZOO BINATANG SEBANYAK RM300 JUTA?. RAKYAT INGIN TAHU  SIAPA SEBENAR PEMILIK ZOO BINATANG.

Kalut dok tanya pendirian rasmi PAS, pendirian rasmi UMNO apa pulak?!!

Oleh: Saiburi Sudin
Lidah Rasmi UMNO Utusan Malaysia terus menjolok PAS untuk menyatakan pendirian rasmi parti berhubung isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Selangor.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS sudah menyatakan, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja. Kenyataan itu merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church

“Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Selama ini pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam.

"PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut," tegas Mohamad Sabu.

SPR Kantoi : Abdul Aziz Yusof Jangan Buat Pekak Badak!

Malaon SPR Aziz Yusof yang kekenyangan "terpekak badak" kah kah kah...

Apa lagi alasan malaon pencacai SPR yang kuasanya umpama hakim dunia?

Apa lagi penafian dan lebongan nak dijelaskan pada rakyat yang dah lama tau undi pos memang totok Umno-APCO punya kerja?

Jadi jangan buat pekak badak kalau telinga tu belum tersumbat lagi kah kah kah...

Kantoi : BBC akui siarkan propaganda k'jaan Malaysia yang dibayar.

Stesen penyiaran antarabangsa BBC mengakui bahawa ia telah menyiarkan rancangan yang diterbit oleh sebuah syarikat perhubungan awam yang diupah oleh kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu, FBC Media Ltd telah digantung. Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

Kementerian Pelajaran HANCUR, Muhyiddin tak kisah


"Semakin hancur pengurusan Kementerian Pelajaran sekarang ini. Dari skim kenaikan pangkat yang tidak adil, dah boleh pula ajar balik Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, ambil 300 guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat macam orang Malaysia ni tak pandai ajar BI, sistem SAPS yang mendera guru, 6 bulan guru ganti tak dapat gaji, sekolah bocor lebih 2 tahun belum baiki, ramai guru sakit jiwa dan macam-macam masalah.

 

Kenyataan "Kecewa" PM,Gambaran Kejatuhan Beliau..??

Gua tak pernah dengar lagi ucapan putus asa Pak Najib sebelum ini,Gua rasa Pak Najib adalah PM yang kalau berucap siap dengan nada suara dan gaya sekali,supaya rakyat faham dan simpati dengan nya..tapi ucapan beliau di bawah ini begitu "Pahit" sekali,mungkin sudah terasa bahang kejatuhan beliau pada PRU13 yang cukup perit baginya,tambahan pula Timbalan beliau Pak Din menjadi umpama buluh "Pepat di luar,Runcing di Dalam"..kuah3

mstar- Berucap dalam majlis berbuka puasa dengan media di Wisma Bernama di ibu negara hari ini, Najib menegaskan sekali lagi bahawa beliau berharap berjaya dalam pilihan raya melalui sistem yang bersih. "Seperti yang sering saya sebut, hari ini saya ulang sekali lagi, saya dan jemaah menteri tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan rakyat.

Sistem pilihan raya bukan hanya libatkan parti politik...

Saya amat terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar dalam ulasannya mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen Reformasi Sistem Pilihan Raya.  Beliau menyatakan "SPR turut menyarankan jawatankuasa berkenaan hanya dianggotai wakil rakyat yang mewakili parti politik masing-masing tanpa campur tangan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengelak wujudnya pelbagai kerenah yang boleh membantutkan reformasi".

Reformasi pilihan raya: Najib sekadar untuk menangguh?

Sekali lagi Perdana Menteri Najib Razak menampilkan dirinya sebagai pembawa perubahan apabila mengumumkan bahawa kerajaan akan meneliti dan mengkaji sistem pilihan raya dan sistem media yang sedia ada, selepas siri program transformasinya.  Ia memberi persepsi seolah-olah Najib akur kepada suara rakyat.  Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat pula menganggap janji Najib akan berakhir sebagaimana program transformasinya yang lain - semakin lenyap apabila masa berlalu.

Video - Retired Army Major: 'I marked hundreds of postal votes in 1978'

Video : IZZAH Gesa Najib Timbang Semula Anggota PSC

Video : Felda berdepan deretan saman

Video : 'Rumah murah generasi Felda perlu jaminan k'jaan'

Video : Anak melancarkan 'Kempen mansuhkan hutang peneroka'

‘Sack the RM4 million a year CEO’

Frequent power outages has angered Sarawakians who want the highly paid expartriate team in Sarawak Electricty Supply Corporation out.
KUCHING: The frequent power outages in the state do not justify the millions of ringgit paid to Norwegian Chief Executive Officer Torstein Dale Sjotveit and 16 other expatriates employed by the Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO).
Sarawak DAP wants the state government to sack the team and replace them with local qualified engineers.
State DAP secretary Chong Chieng Jen said Public Utilities Minister Awang Tengah Ali Hasan should sack the foreign team which is costing the state an annual RM20 million in salaries alone.
The salaries, he said, cannot be ‘justified’ because the state was still suffering from frequent power outages.

Ahaaks : Murid dedah diajar nyanyi lagu Kristian

JPN Wilayah Persekutuan siasat murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia diajar nyanyi lagu Kristian.

KUALA LUMPUR : Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan
Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) berhubung satu ruangan kolum akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.
Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.
Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat.

Arrogant Nazri does it again: Who's Bersih, why should we consult?

Arrogant Nazri does it again: Who's Bersih, why should we consult?Known for his arrogance, Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz has put his foot in his mouth again. This time his target is popular polls watchdog Bersih, which has asked to be included in the Parliamentary Select Committee for electoral reforms.
"We don't consult Bersih, I don't know who is Bersih," Nazri told reporters on Wednesday.
In case the slur was insufficient, Nazri also slammed Bersih for not knowing its place, saying it had no right to issue ultimatums including setting deadlines for the PSC to complete its w task.
"As I said earlier, we will hold public hearings. During the hearings, they like anybody else, members of the public, they can come and give their views. We don't just consult them, we consult other members of the public who have something to contribute. Because they are nothing special, there is no reason they should set an ultimatum because it is not for them to tell us what to do,” said Nazri, who is also the Padang Rengas MP.

Tahniah Najib : Pertumbuhan ekonomi Malaysia susut ke paras 4%..lagi miskin lagi baik.....

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Pertumbuhan ekonomi Malaysia menurun ke paras empat peratus – tahap paling rendah sejak kelembapan 2009 ekoran kesan penurunan permintaan luaran dan pendekatan sederhana dalam perbelanjaan kerajaan, kata Bank Negara hari ini.
Ia merupakan penurunan suku tahunan kelima berturut-turut dan merosot daripada 4.6 peratus dicatatkan pada suku pertama tahun ini.

Musafir Ramadhan Ke Tanah Rencong


Ya Jabbaar: Insya-Allah pemusifaran Ramdhan saya tahun ini akan diteruskan ke Tanah Rencong – Aceh Jumaat ini. Menjadi semacam rutin pula setiap kali tiba Ramadhan hati terpanggil untuk menjenguk tanah yang ditimpa tsunami tahun 2004 itu.

Apa lagi saat tibanya hari lebaran hati semakin terasak-asak untuk ke sana. Saat ini lambaian tangan anak-anak yang kehilangan ibubapa dan keluarga (si yatim piatu) kerana tsunami sudah memenuhi ruangan mata. Satu-satu wajah kudus yang mulus masuk menyelinak ke dalam mata mengiring perasaan dan jiwa ke sana. Hati juga mulai sebak kekangenan.

Wajah yang teduh, wajah yang bersih menari-nari meminta agar mendatangi mereka. Datanglah pak..mampirlah pak... "pior" (singgah)lah pak melihat kami. Iya, mereka bukan sangat memerlukan keperluan mewah, tetapi cukup untuk meraikan mereka dengan memegang tanagn dan mengusap-usap kepalanya.

Lebong : Harga baru 20 barang dikawal bagi Hari Raya....yang telah dinaikan harga..!!!

Ismail Sabri berkata peniaga tidak boleh menjual barangan terkawal itu melebihi harga maksimum dan mereka disyaratkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barang berkenaan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 20 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa 23 Ogos
hingga 6 Sept ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia termasuk dua barangan baru iaitu bawang besar import dan bawang putih import yang mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.
“Tahun lepas hanya 18 jenis barangan yang kita kawal harganya tapi tahun ini semua jenis bawang kita kawal harga kerana sebelum ini barangan ini menghadapi kenaikan harga.

DAP Ajak Rakyat Beramai-Ramai Daftar Sebagai Pemilih Di Saat-Saat Akhir


KUALA LUMPUR 17 OGOS : Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menggesa seluruh warganegara Malaysia yang belum berkesempatan mendaftar sebagai pemilih meluangkan masa untuk berbuat demikian di beberapa lokasi yang akan disediakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut beliau, Kempen Pendaftaran Pengundi anjuran DAP yang dijadualkan pada 20 hingga 21 ogos ini adalah peluang terbaik kepada anggota masyarakat untuk mendaftar sebagai pengundi sebelum pilihan raya umum ke 13 - yang dianggarkan berlangsung pada Mac tahun hadapan.

"15 September depan secara rasminya ialah hari terakhir untuk kami mengantar senarai pengundi baru, sekiranya ia telah digazetkan untuk pilihan raya pada suku pertama tahun hadapan yang dijangkakan pada Mac mahupun April hadapan, jadi ini ialah peluang terakhir kepada pengundi yang cukup syarat untuk mendaftar bertindak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi baru untuk sama-sama mengambil bahagian sebagai pengundi pada pilihan raya akan datang,"kata pada satu sidang media khas di Ibu Pejabat DAP hari ini.

PRU 13 : Pemuda Umno tak utamakan kuota tapi calon boleh menang

LUMUT, 17 Ogos – Pergerakan Pemuda Umno hanya akan mengemukakan mereka yang benar-benar layak dan ‘winnable’ sahaja sebagai calon pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.
Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno tidak akan meminta tempat untuk sayap tersebut.
“Jika dulu, kita minta lebih ramai calon mengisi kuota untuk calon Pemuda, dengan beranggapan kononnya jika lebih ramai calon mengisi kuota tersebut maka akan dilihat semakin hebat untuk kekuatan parti.
“Tetapi, sekarang kita bukan lagi semata-mata mengejar kuota... jika peratusan yang boleh menang hanya 20 peratus, maka sebanyak itu juga akan diminta daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya dipetik Bernama Online.
Beliau berkata demikian selepas Jelajah One Malaysia (JOM) Ramadan, di Surau Nurul Iman di Pasir Panjang dekat sini.
Katanya beliau sedang menilai calon yang layak pada kalangan anggota sayap dari semua peringkat.

Izzah Gesa Najib Timbang Semula Anggota PSC

KUALA LUMPUR 17 OGOS: Pakatan Rakyat mahu pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) yang majoritinya dibarisi wakil rakyat daripada parti pemerintah dipertimbangkan semula oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Hal ini kerana menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Ibrahim, kebiasaannya jawatankuasa-jawatankuasa khas di negara luar akan diketuai oleh pembangkang.

"Saya rujuk kenyataan media yang kita berikan semalam, kita sudah sediakan syarat rujukan sebagai jawatankuasa pilihan.

Like Najib and Rosmah, ex-IGP Musa Hassan cops out of Sodomy II

Like Najib and Rosmah, ex-IGP Musa Hassan cops out of Sodomy IIAs expected, former Inspector-General of Police Musa Hassan has refused to be a defence witness for Opposition Leader Anwar Ibrahim, who is facing sodomy charges that he has accused Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor of hatching to derail his political comeback.
Both Najib and Rosmah had pulled a similar feat last week when they complied with judge's request to turn up for the interview. However, the first couple made it clear right from the start that they did not wish to answer any questions or be interviewed at all. They also refused to take the witness stand despite having met the complainant just before he lodged the police report that led to the current trial.

Bongkak dan Angkuh : Saya tak tau siapa BERSIH?

NONE“Kita tak berunding (dengan) BERSIH, saya tak tau siapa BERSIH?”

Demikian jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz apabila diminta mengulas tuntutan gabungan NGO itu bagi mendapatkan dua laporan berhubung cadangan pembentukan jawatankuasa khas Parlimen untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini.

Sambil membidas BERSIH 2.0, Nazri berkata mereka tidak mempunyai alasan untuk memberikan kata dua, termasuk menetapkan tempoh masa kepada kerajaan untuk membuat reformasi dalam sistem pilihan raya negara.

Umno politikkan bacaan al-Quran Pulau Pinang tapi bisu isu Melaka

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara di Pulau Pinang kerana keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri dipimpin Pakatan Rakyat.
Tegas Mursyidul Am PAS (gambar), pada pandangannya tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik.
“Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang,” katanya.

Dakwa dibogelkan, ahli PSM serah memo ke Bukit Aman

Tiga anggota wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan rasmi kepada lembaga disiplin polis mengenai 'layanan buruk, pencabulan kuasa dan ganguan seksual” ke atas mereka semasa ditahan Jun lalu.

G Packialetchumy , P Indra dan P Jody membuat aduan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dengan diiringi beberapa pemimpin PSM hari ini.

Video : Four more ex-soldiers admit to postal vote fraud

Video : PSM trio take complaints to Bukit Aman

Video : Rosmah not necessarily Najib's Achilles Heel

Bekas IGP Musa enggan jadi saksi pembela..ha..ha...Pok Jib..Kak Mah..Rodwan dan Master Musa...sama jerk..!!!

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak mahu menjadi saksi pembela dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam-peguam Anwar berkata pada awalnya Musa (gambar) kelihatan mahu ditemu bual ketika ditemui petang ini.
“Pada awalnya, beliau (Musa) kelihatan mahu ditemu bual, tetapi apabila kami memperoleh merit kes, beliau berkata beliau mahu menggunakan haknya tidak mahu ditemu bual,” kata Ramkarpal Singh.
“Beliau enggan menjadi seorang saksi pembelaaan,” kata seorang lagi peguam pasukan pembela Sankara Nair.

Nazri: Panel khas Parlimen diketuai menteri, lapan MP anggota..Format 5-3-1..belum mula dah tipu..!!!


KUALA LUMPUR, 17 Ogos - Jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang akan meneliti sistem pilihan raya akan diketuai oleh seorang menteri dengan lapan anggota dari sebelah kerajaan dan pembangkang.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) memberitahu, satu usul mengenai pembentukan jawatankuasa tersebut akan dibentangkan ketika sidang Parlimen Oktober ini.
Jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu Bebas.

Parlimen : Hanya MP Kerajaan, Pembangkang, Bebas Sertai PSC


KUALA LUMPUR 17 OGOS :Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi menambah baik sistem pilihan raya yang mungkin ditubuhkan selepas 3 Oktober, akan hanya dianggotai ahli parlimen (MP) daripada parti pemerintah Barisan Nasional, pembangkang dan Bebas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan membentangkan usul untuk penubuhan PSC dwipartisan itu pada sidang Parlimen akan datang yang bermula 3 Okt dan anggota jawatankuasa itu tidak akan termasuk kalangan bukan anggota Parlimen.

Daftarkan Pasukan Beruniform, Sebagai Pengudi Parti Kerajaan

SEORANG pesara tentera, Kamarulzaman Ibrahim 53 hari ini membuat pendedahan berani dan mengejutkan bagaimana beliau telah memangkah kertas undi atas arahan pegawai pemerintah sehingga lengguh tangan.

Dalam pendedahan yang dibuat di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut bersama tiga pesara tentera lain, Kamarulzaman memberi tahu kerja itu dilakukan semasa beliau bertugas sebagai keranai di kem Terendak Melaka.
Nah sekarang semakin jelas bahawa sistem pilihan raya di negara ini tidak telus dan adil. Sudah lama pihak oposisi meminta supaya proses atau pengundian pos dimansuhkan kerana ia jelas tidak adil, namun ia tetap tidak dipedulikan.

Kalau mengikut Kamarulzaman itu, undi Pos langsung tidak membawa apa-apa kesan kerana ia dipangkah bukan atas pilihan individu sebaliknya dipangkah secara borong.

Prinsip demokrasi satu rakyat satu undi sudah lama dinodai. Jadi macam mana Mohd Aziz Yusuf dan Wan Ahmad Wan Omar hendak berdolak dalih lagi dalam hal ini. Mungkin esok Aziz dan Wan Ahmad juga akan berdalih dengan mengatakan mereka juga menjalankan tugas menurut 'pegawai pemerintah'.
Pegawai atau manusia yang tidak ada maruah akan berbuat apa-apa saja untuk menjaga temboloknya. Manusia seperti ini kalau disuruh jalan seperti itik dan melompat seperti katak akan dilakukannya.

Sebaliknya dengan pendedahan demi pendedahan mengenai kepincangan SPR dan juga penyelewengan yang dipertahankan sejak zaman Rashid Ahmad itu sudah cukup untuk Pengerusi SPR, timbalan dan setiausaha mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan. Kalaupun mereka tidak malukan kepada manusia tetapi malulah kepada lembu dan kerbau.

Di sini saya nak cadangkan kalau SPR gagal kawal undi pos, gagal berlaku adil dan telus, ubahlah saja undang-undang di mana anggota Tentara, Polis atau mana-mana pasukan beruniform kerajaan termasuk juga di pejabat PM dan Bank Negara didaftarkan terus sebagai pengundi wajib parti kerajaan.

Di mana dalam peraturan ini mereka tidak perlu datang mengundi tetapi nama mereka terus dikira sebagai pengundi parti kerajaan. Cara ini rasanya lebih senang dan tidak menyaktikan hati. Dalam persidangan Parlimen yang akan datang ini usul pindaan akta SPR untuk menjadi pegawai kerajaan beruniform sebagai pengundi wajib kepada parti kerajaan boleh dipertimbangkan. Apa kata?
MSO.

Umno Dalangi Jais, Mustapa Tidak Minta Maaf

ISU masuk tanpa izin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke gereja Methodist Damansara Utama sudah dipolitik oleh pihak-pihak tertentu. Isu ini mudah diratah oleh pihak-pihak berkepntingan untuk manfaat politik mereka tanpa mengkaji atau pun mendapatkan maklumat sebenarnya.

Bukan saja parti politik Pas dan Umno yang dilihat terdedah dengan isu ini tetapi Ngo-Ngo berorentasikan agama dan kaum juga cepat bingkas untuk mengambil bahagian sama dalam isu ini. Agak mengilankan sedikit boleh dikatakan semua Ngo menunjukkan sikap berpihak mereka dalam hal ini dengan cuba menyalahkan Pas.

Hantu, jembalang dan pontianak semua jadi pengundi

Hebat sungguh sistem pilihanraya di Malaysia apabila bukan sahaja manusia boleh mengundi malah hantu, jembalang dan pontianak juga boleh menunaikan tanggungjawabnya. Patutlah SPR menyatakan bahawa sistem pilihanraya kita adalah antara yang terbaik di mukabumi ini.

Hari ini media mendedahkan bahawa terdapat 3 pengundi yang Kad Pengenalannya tidak 'valid' iaitu mempunyai kod negeri 00 mempunyai nama dalam daftar pemilih apabila dibuat semakan online di lama SPR.

Ketiga-tiga pengundi ialah :-

1. Hasrullizam bin Halim
MyKad no: 800604002563
Tempat Mengundi: Bukit Pinang (Dun), Pokok Sena (Parlimen) dimenangi PAS pada PRU 12

2. Rosmadi bin Chik
MyKad no: 801111002544
Tempat Mengundi: Kota Siputeh (Dun), Jerlun (Parlimen). dimenangi oleh BN dengan majoriti kecil pada PRU 12.

3. Shapiza binti Ghazali

MyKad no: 811020002568
Tempat mengundi: Bukit Lada (Dun), Pokok Sena (Parlimen), dimenangi oleh PAS pada PRU 12



Ketiga pengundi ini tidak dilahirkan di mana-mana negeri dalam Malaysia kerana kod negeri mereka adalah '00'. Sahlah mereka ini bukan manusia ...............??????????????


Cuba tuan-puan 'check' sendiri di link ini. http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

Sofi Wahab

MALAPETAKA ROSMAH DAN NAJIB

Kali ini saya meminta para pembaca terbuka hati untuk melupakan segala fitnah dan tohmah yang telah dilemparkan kepada Rosmah dan Najib. Saya ingin membawa pembaca kepada realpolitik. Politik tentang kelas, ekonomi dan masa depan negara ini. Seperti yang sering saya tuliskan - kuasa politik ialah kuasa ekonomi. Siapa menguasi ekonomi akan menguasai politik. Ini realpolitik yang di eja dengan huruf k.

Para pembaca yang budiman, sila lupakan cerita dari Lebai Desas anak Desus yang mengatakan bahawa Najib pernah beranak dan beristeri dengan orang puteh ketika dia belajar di UK dahulu. Ini bukan politik. Lupakan juga cerita tentang Rosmah berhasrat agar anaknya akan berkahwin dengan anak Sultan Berunai. Ini bukan politik. Lupakan juga kesah Rosmah menggunakan khidmat bomoh dari India. Ini bukan politik. Jangan terikut-ikut dengan kesah ‘ nasi kangkang Rosmah ’. Ini hanyalah labon-labon Mak Cik Felda sambil-sambil makan kuaci ketika menunggu laki pulang dari ladang.

Baru Bedah Kepala Lutut : Ajak hayati Al-Quran tapi canggah kandungannya

WarkahDaily – Bersempena kedatangan 17 Ramadan iaitu hari Nuzul Qur'an, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Facebooknya telah mengajak rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya menghayati kandungan Al-Quran.

“Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini.

“Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat (IT), kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran,” kata Najib (gambar).

Alangkah bagusnya jika apa yang dituturkan itu juga turut dipatuhi Najib sendiri sebagai ketua kerajaan yang beragama Islam untuk turut mentaati perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran dalam urusan pentadbirannya seperti mana yang disuarakan kepada rakyat Malaysia.

Jika tidak, itu namanya hipokrit dan tak jujur dalam pertuturan. Manis mulut ajak rakyat hayati Al-Quran tetapi diri sendiri tidak mahu ambil pedoman dari Al-Quran dalam urusan pentadbiran. Al-Quran sekadar dijadikan bahan pertandingan setiap tahun tanpa menjadikannya sebagai panduan tertinggi dalam urusan kehidupan.

The rural battlefield

The rural battlefieldOver the past couple of days, the Merdeka Center appears to be publishing a lot of their findings, dampening optimism that Pakatan Rakyat could potentially win enough parliamentary seats in the 13th General Election to form a new government for the first time in our nation's history.
The study released by political scientist Wong Chin Huat presented on August 9th, would put Opposition gains to 100 federal seats up from 75, but short of the 112 seats needed to form the government. Looking deeper into the study, one can see that the biggest hurdle for the opposition to overcome is the rural folk, where Barisan Nasional continues to have a strong foothold.
One of the studies published mentioned that urban areas are more likely to vote for PR candidates, but rural areas would favour BN candidates. This is especially true for areas with low or no Internet penetration. Even in rural areas which do have Internet connection, those who use the Internet may not necessarily be interested in political news or access alternative media.

Isyarat kehancuran BN: Kemanakah MCA, MIC dan Gerakan?

Isyarat kehancuran BN: Kemanakah MCA, MIC dan Gerakan?Sejak PU yang lepas, semua orang telah bertanya persoalan ini, apakah MCA, MIC dan Gerakan sedang tunggu? Mereka tidak boleh melihat bahawa kaitan politik mereka dalam BN telah berhenti? Asas sokongan mereka terus terhakis dengan orang orang kecewa meninggalkan mereka beramai-ramai. Tiada siapa yang berminat untuk mereka, dan tentunya tidak UMNO.
MCA telah dipanggil banyak nama oleh Nazri pada masa lalu, dan terbaru kemungkinan BN-DAP ikat pertalian di atas pangkuan MCA. MCA yang paranoid kini bergegas untuk membendung kerosakan. Setelah gagal untuk mengembalikan keyakinan orang Cina, kedua-dua MCA dan Gerakan mungkin gagal pada pilihan raya akan datang. UMNO ragu-ragu pada keupayaan untuk mengekalkan kerusi mereka, apatah lagi memenangi apa-apa untuk BN.

Panel khas: Tidak bermakna jika Bersih tidak dilibatkan

Panel khas: Tidak bermakna jika Bersih tidak dilibatkan, kata LokeSPR tidak ada urusan untuk menentukan bagaimana Jawatankuasa Pemilih Parlimen Reformasi Sistem Pilihan Raya berfungsi
Saya amat terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam ulasannya mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen Reformasi Sistem Pilihan Raya. Beliau menyatakan “SPR turut menyarankan jawatankuasa berkenaan hanya dianggotai wakil rakyat yang mewakili parti politik masing-masing tanpa campur tangan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengelak wujudnya pelbagai kerenah yang boleh membantutkan reformasi”.
Wan Ahmad turut berkata cadangan supaya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) dilibatkan dalam jawatankuasa itu tidak seharusnya diterima kerana agenda utama dibincangkan adalah mengenai urusan pilihan raya untuk memberi kepuasan kepada parti politik yang bertanding.

Rosmah: A wand and wings or 2 horns and a tail

Rosmah: A wand and wings or 2 horns and a tailNearly two weeks have passed and Malaysia's First Lady Rosmah Mansor has not got into trouble in the alternative media yet. Fresh tales of her misdeeds and over-the-top lifestyle have slowed as her worst enemies soften their pace and stop leaking all her secrets to a curious press. No doubt, they will pick up their shot-guns when it is timely and pellet her again, but for now -  all is quiet on the 'Rosmah front'.
In the past month, the stories about her that regaled the nation included a gargantuan RM24.4 million diamond ring, her in-laws from Kazakhstan with dark links to the Mafia, a super-duper New York penthouse, and exorbitant trips overseas with large entourages all on public expense. In hindsight, it was an amazing month, but then July was a very busy month for the Najibs. Not only did they travel to Europe but their daughter got engaged to the scion of a very wealthy Kazakh family.

Najib mesti umum terma penyelesaian Tajuddin


KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah mengumumkan kepada rakyat terma-terma penyelesaian antara bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat.
"Najib diingatkan supaya jangan menyalahgunakan kuasanya dan mempermain-mainkan amanah rakyat kerana pertikaian antara Tajuddin dan GLC berkaitan melibatkan berbilion ringgit wang rakyat dan sudah lama berlanjutan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menyifatkan seluruh rakyat kini ditipu dan dipermain-mainkan jika benar laporan yang menyatakan bahawa hanya Tajuddin dan peguam Umno, Hafarizam Harun sahaja yang tahu terma-terma penyelesaian tersebut.
"Belum habis lagi kita menghadapi bencana di mana MAS berpindah milik dari rakyat kepada individu timbul pula isu terma penyelesaian yang digelapkan sehingga GLC berkaitan pun tidak tahu.

Tugu 1M: Mengapa JK Fatwa Melaka membisu...agaknya tugu tu islam serta karamat...!!!!

MELAKA, 17 Ogos: Tugu 1Malaysia yang dibina di Pantai Klebang dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak lama dahulu dibimbangi mempunyai unsur pemujaan selain ianya jelas suatu pembaziran.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Melaka, Ustaz Mohd Nor Omar berkata jika Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tugu seumpama itu mempunyai unsur pemujaan mengapa Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka membiarkan sahaja ianya dibina tanpa membuat teguran kepada kerajaan negeri.
"Kita bimbang tugu tersebut mempunyai persamaan dengan pemujaan terhadap berhala seperti yang berlaku pada zaman jahiliyyah," katanya.
PAS, ujarnya mahu kerajaan negeri Melaka nyatakan pendirian berhubung isu itu jangan mendiamkan diri sahaja kerana akidah umat Islam mesti dijaga"

Felda Makin Malap : Isu pinjaman RM 6 bilion Felda dibawa ke SPRM

 Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna wang Felda.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, sehingga hari ini, pihaknya belum mendapat sebarang penjelasan daripada kerajaan mahupun Felda berhubung ke mana pinjaman lebih RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu disalurkan.

azlan"Secara terperincinya, Felda tidak membuat apa-apa penjelasan tentang (pinjaman) jumlah RM6 bilion yang dimaksudkan.

"Dan kebimbangan kami ialah sekiranya sejumlah RM6 bilion ini disalurkan dengan tidak berhemah dan memberi implikasi, bagaimanakah Felda harus membayar (pinjaman) kepada KWSP. Ini memberi satu igauan buruk kepada warga Felda.

"Selaku peneroka yang mempunyai tanah 10 ekar (bagi) setiap daripada peneroka, saya percaya implikasinya bukan sahaja kepada pengurusan kewangan Felda, tetapi aset yang dimiliki oleh peneroka," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Felda Goyang : Felda kini berdepan deretan saman dari peneroka.

Deretan saman yang dikemukakan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah boleh menjejaskan reputasi agensi tanah berkenaan, kata Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).