Selasa, 16 Ogos 2011

JAKIM - Wajib keluar senarai terkini produk tidak halal


KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengeluarkan senarai terkini produk tidak halal sebagai panduan orang ramai.
Sehubungan itu, pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) mengucapkan tahniah kepada Jakim yang berhasil menemui produk makanan tidak halal baru-baru ini.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons dengan kenyataan Jakim semalam mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ekoran itu, pihaknya mendesak kerajaan agar menarik balik produk itu di pasaran atau menghadkannya hanya di premis yang tidak halal sahaja.
Ini, ujarnya bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai agar tidak membeli produk itu di pasaraya-pasaraya tempatan.

Gagal bayar gaji: Firma Vell Paari di Australia disiasat..lol anak Samy Tol kencing kat Aussie..!!!

Sebuah syarikat milik anggota jawatankuasa kerja pusat MIC S Vell Paari dilaporkan sedang disiasat di Australia kerana tertangguh membayar gaji kakitangannya sehingga dua setengah bulan.

Akhbar West Australian hari ini melaporkan bahawa Ombudsman Kerja Adil negara itu telah memulakan siasatan ke atas Syarikat Motor Oka - yang menyenaraikan Vell Paari sebagai seorang pengarahnya.

Panel Parlimen: Najib bertegas pilihan raya adil, tapi perlu terus baiki..he.he..sebab tak baik le kena baiki....!!!


KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Datuk Seri Najib Razak, yang semalam mengumumkan langkah mahu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen, hari ini berkata, pilihan raya negara ini memang adil tetapi negara mesti berusaha untuk melakukan penambahbaikan ke atas sistem sedia ada.
“Pilihan raya selalunya diadakan dengan adil di Malaysia, tetapi kita mesti berusaha untuk penambahbaikan dan kecemerlangan,” kata beliau (gambar) menerusi mesej Twitternya petang ini, kira-kira 24 jam selepas mengumumkan usaha terbaru itu.
“Semalam saya mengumumkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen dwipartisan untuk membincangkan pembaharuan pilihan raya,” kata beliau hari ini.

Najib Perlu Tegas dan Konsisten....... kalau nak terus jadi PM..!!!

BARANGKALI kali ramai yang masih belum sedar yang Najib Razak sejak akhir-akhir ini semacam hilang fokus. Dia kurang kosentrasi terhadap apa yang dikatakan. Apakah Najib juga sudah dihinggap penyakit 'mumai' atau mudah lupa? Saya percaya penyakit ini tidak ada kena mengena dengan pembelahan lututnya diawal puasa lalu.

Kenyataannya akhir-akhir ini kurang kemas dan boleh berubah-buah. Dia seolah-olah berfikir selepas mengeluarkan kata-kata, bukan berfikir sebelum mengucap sesuatu. Inilah menyebabkan ada orang beranggapan Najib semakin lemah dan tidak tegas dengan apa yang diucapkan. Kalau begini caranya macam mana Najib hendak menghabiskan tempoh pertama perkhidmatannya sebagai perdana menteri. Sebab itu sudah ada kedengaran sinisan-sinisan mengatakan Najib lebih lemah daripada Abdullah Badawi.

Bar tells PM: Rakyat have grown weary, take real action with real changes

Bar tells PM: Rakyat have grown weary, take real action with real changes The Malaysian Bar welcomes the recent announcement by the Honourable Prime Minister for the establishment of a parliamentary select committee, which will discuss electoral reforms. The Malaysian Bar also welcomes the Prime Minister’s promise of a review of censorship laws. The Bar hopes that these announcements will translate into real action with real changes soon.
The rakyat has grown weary of unfulfilled promises. The Prime Minister’s announcements are welcome recognition that this discontent can no longer be ignored.
However, the government need not wait until after the parliamentary select committee has reported before considering electoral reforms.

PM needs to put a little crazy in his circle



He would suggest that a much better and cheaper way would be to perhaps invite a few hundred avid Malaysian bloggers to Seri Perdana for tea and curry puffs and tell them to help promote Malaysian tourism instead.
David D. Mathew, The Malaysian Insider
There is a man in London who travels six miles to work on his bicycle. He often walks around the office barefoot and has been spotted at work wearing a T-shirt saying “Love Me, Love My Bike”.
If you’re thinking that this man is some random bloke working dispatch — think again, because you’d be wrong.

Wan Azizah: Perlu hemah bendung isu Muslim didedah ajaran bukan Islam

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan tindakan penganut agama lain menyebarkan agama masing-masing kepada umat Islam di Malaysia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun jelas Presiden PKR ini, kaedah untuk membendung penyebaran agama lain kepada umat Islam perlu dilakukan secara berhemah bukan dengan “sentimen melulu.”
“Menjadi sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang di negeri-negeri bahawa penganut agama lain di negara ini untuk ‘berdakwah’ kepada orang Islam.

Kedua-dua Najib

Kedua-dua Najib - John MalottIanya bulan Oktober 1962, dan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertentangan mata. Orang-orang Rusia baru sahaja meletakkan peluru berpandu di Cuba, hanya 90 batu dari Amerika Syarikat. Jika mereka tidak mengeluarkan peluru berpandu itu, kemungkinan perang nuklear antara dua kuasa besar dunia akan berlaku.
Di tengah-tengah krisis itu, Presiden John F Kennedy menerima dua mesej dari Premier Soviet, Nikita Khrushchev.Satu adalah positif dan berunsur damai. Satu lagi adalah kasar dan berunsur seteru.
Apa yang perlu dilakukan? Penasihat Kennedy memikirkan bahawa mungkin ada satu rampasan kuasa di Moscow, dan sayap kanan kini memberitahu Khrushchev apa yang perlu dilakukan. Itulah sebabnya mereka menerima mesej kedua yang negatif.
Saudara lelaki Presiden Kennedy, Bobby, memberikan nasihat yang sangat menarik.
Balas mesej yang awak suka.

Gagal memenangi kaum Cina, Koh dilihat sebagai kambing hitam

Gagal memenangi kaum Cina, Koh dilihat sebagai kambing hitamPresepsi awam terhadap Presiden Gerakan Koh Tsu Koon telah membuatkan masyarakat Cina menjelir lidah dan melambai jari mereka, ramai melengkapkan gerak isyarat dengan "Saya telah beritahu kamu!"
Sekarang, ia tidak seharusnya datang sebagai satu kejutan bahawa kepada orang di jalan di Chinatown, penyebabnya adalah Perdana Menteri Najib Razak. Tidak begitu popular dengan masyarakat, ramai yang benar-benar jijik selepas dia menunjukkan "warna sebenar" dengan tidak berpegang pada kata-katanya di perhimpunan Bersih Julai 9 untuk pilihan raya yang bebas dan adil.
Ramai berpendapat, beliau kini hanya lebih sedikit daripada karikatur Ibrahim Ali dari Perkasa.Lambat laun, Najib pasti jatuh.Ini berdasarkan pandangan ramai pengulas yang bercakap dengan Malaysia Chronicle. Mereka tidak suka akan kekurangan "pendirian berprinsip" beliau.

Air laici restoran Mamak RM5.30 segelas?

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Sebuah restoran Mamak di ibu negara didapati cuba mengambil keuntungan secara berlebihan dengan mengenakan harga RM5.30 bagi segelas air laici.
Dipetik Bernama Online, seorang pengadu memberitahu hari ini, ketika mendapat bil setelah makan di sebuah restoran Mamak di sini baru-baru ini, beliau terkejut dengan harga bagi segelas air laici itu.

Video - Uthaya: 'It's unfair, we are not Indian perkasa'

Video : ROS rejects HRP's bid to register as political party

PAS real target of JAIS’ raid: DUMC dispensable collateral damage



THE MICAH MANDATE
The war drums beat ominously. The platoons are quickly mobilized for attack. The commanders are confident that their target will be hit and destroyed given numerous artillery salvos. I am not talking about shock and awe in the Iraq war. I am talking about how Jais and Umno activists have carefully orchestrated their recent attacks on a Malaysian church after their illegal raid of DUMC.
It is easy to be confused, especially when Jais and Umno activists deliberately cloud the issues with wild claims, hoping that their illegal transgression into a church will be overlooked and the innocent victim (DUMC) will somehow appear guilty, if accused repeatedly.

Can PAS lead a future government?

A Kadir Jasin

AUG 16 — Often,  in this blog and elsewhere, people asked me if the Parti Islam Se Malaysia (Pan Malaysian Islamic Party aka PAS) could rule the country?
As I wrote in my “Other Thots” column in the August 1 issue of the Malaysian Business magazine, the temptation is to refer them to the iconic song “Blowing in the Wind” by Bob Dylan.
Why not? If it gets enough support, it could. Whether it will do a good or a bad one is another issue altogether. In democracy, you don’t always choose the best to govern.
But one thing is sure. PAS could not rule the country alone.  It could rule the country only if it is able to lead the Pakatan Rakyat or any other alliance. But before it could hope to do that, it must first take over Umno’s role as the principal Malay party.

Hishamuddin patut ‘disekolahkan’ semula

Rusuhan di United Kingdom baru-baru ini telah dijadikan oleh pemimpin Umno-BN sebagai isu politik untuk menghentam Pakatan Rakyat (PR) dan pihak BERSIH 2.0 konon rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak polis kerana perhimpunan aman BERSIH 2.0 tidak menjurus ke situasi rusuhan seperti yang berlaku di UK.


Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Menurut laporan media alternatif, pemimpin Umno-BN dilihat menggunakan modal rusuhan di UK sebagai tindakan menghalalkan tindakan keganasan polis terhadap rakyat di perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas.

Pendekatan UMNO berbanding Pas

Pendekatan UMNO berbanding Pas
Dalam soal menangani persoalan murtad yang hangat diperkatakan ini, pendekatan UMNO dan Pas jelas berbeza. Bagi UMNO, sekiranya mereka berkuasa, maka yang menimbulkan persoalan ini akan ditahan di bawah ISA. Sekiranya mereka tidak berkuasa, seperti di Selangor ketika ini, mereka akan mengapi-apikan semangat orang Melayu supaya bertegang leher dengan pihak Gereja dan dengan masyarakat Kristian secara keseluruhannya.

Bagi Pas, samada berkuasa atau sebaliknya, masalah murtad perlu ditangani dengan usaha mengukuhkan pemahaman Islam di kalangan ummat Islam itu sendiri. Pendidikan Islam mesti diwajibkan di kalangan umat Islam dari peringkat sekolah rendah lagi. Sekolah agama rakyat dibantu dan jangan dicekik dan ditindas sepertimana yang dilakukan UMNO. Kuliyyah agama diperbanyakkan dan institusi Masjid dan Surau dihidupkan semula setelah ianya diusaha untuk dimatikan oleh UMNO. Masalah murtad adalah masalah keyakinan yang tergugat oleh kerana kurangnya ilmu. Maka pemantapan ilmu adalah kaedah yang paling penting.

Merapat Jurang Realiti 2

Oleh: MSK
Perubahan politik yang berlaku dikebanyakan negara-negara diseluruh dunia bukan digerakkan oleh parti-parti politik tetapi kerana kemarahan rakyat terhadap pemerintah.
Revolusi Iran berlaku kerana rakyat Iran marah kepada Shah Iran…bukan kerana gerakan yang dilakukan oleh Ayatollah Khomeini. Khomeini berada dalam buangan di Perancis dan mempunyai sedikit hubungan dengan rakyat Iran. Apabila Shah Iran tumbang, baru muncul Khomeini dan dia menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat seterusnya. Khomeni bijak kerana dia turun sebelum diturunkan dan menjadi negarawan ulung.

Zaman tipu lembu berkaca mata hijau sudah berlalu


KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Zaman untuk BN hendak menipu rakyat seperti pengembala lembu yang memakai cermin mata hijau supaya lembu memakan rumput kering sudah berlalu.
Justeru, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kerajaan BN mesti mengikut peredaran zaman dengan membenarkan semua parti pembangkang dapat akses dalam media perdana seperti tuntutan Bersih 2.0.
“Biarkan rakyat yang menjadi hakim setelah mendapat maklumat sebenar.
“Hentikan laporan berita yang berat sebelah, sedangkan pembangkang tidak dibenarkan untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Ini ekoran kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan mengkaji semula tapisan terhadap media, setelah tindakan kerajaan ke atas The Economist mengenai  perhimpunan Bersih 2.0 telah memberi kesan buruk kepada imej negara.

‘Supportive’ Pakatan lists 7 demands for Najib

Pakatan Rakyat has suggested that an international auditing firm be appointed to oversea a probe into the current electoral process.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat wants a member of the opposition to head the Parliamentary Select Committee, which Prime Minister Najib Tun Razak announced yesterday.
The request is one of seven demands the coalition has listed out for Najib’s consideration.
Hailing Najib’s decision to set up the Parliamentary Select Committee as a ‘huge feat and a win for democratic forces in Malaysia’, Pakatan said it was also important that an independent international audit firm be appointed to oversee a possible investigation into the current electoral process and systems.

Ambiga : Bersih 2.0 can’t be part of PSC

Bersih says that it cannot be part of the PSC but can be consulted. It will, however, welcome a seat if offered.

PETALING JAYA: Bersih 2.0 chairperson, Ambiga Sreenevasan, today said that the movement cannot be part of the recently proposed parliamentary select committee (PSC) for electoral reforms but it can be consulted on the issues.
Prime Minister Najib Tun Razak caught various quarters by surprise yesterday when he announced the establishment of a PSC to end allegations of the government manipulating the country’s electoral system.
Najib said that the committee would consist of members from both sides of the political divide but the opposition has also called for Bersih’s involvement in the PSC. Members of the PSC have not been announced.

Video : PAS reveals another 'phantom voter centre'

Video - Citizenship for votes: Pakatan MPs want inquiry

Video : Pertukaran Tiga Pegawai Unisel Ekoran Prestasi Kurang Memuaskan

Pengundi klon : Bukan tiga individu diklon tapi beribu lagi

KUALA LUMPUR: Tuntutan lapan perkara yang dikemukakan Bersih 2.0 wajar dilaksanakan memandangkang begitu banyak pendedahan berhubung kepincangan sistem pilihan raya selepas perhimpunan 9 Julai lalu.
Bermula dengan isu pengundi berusia lebih 100 tahun, pengundi yang memiliki taraf Penduduk tetap (PR) dan pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih SPR, kini timbul  isu pengundi bertindih atau pengundi klon.
Semalam, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizat Kaiat mendedahkan identiti pengundi klon tersebut yang bukan sahaja memegang dua nombor pengenalan diri, tetapi juga memiliki dua nombor keahlian Umno.
Penemuan itu berdasarkan semakan di laman web SPR, Jabatan Pendaftaran Negara  (JPN) dan data keahlian anggota Umno.
“Mustahil jika SPR tidak tahu perkara ini berlaku kerana bukan 10 hingga 20 nama, tetapi pihak kami mendapati beribu-ribu individu mempunyai nombor kad pengenalan sama cuma berbeza pada dua digit terakhir,” katanya.
Menurut Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, besar kemungkinan sistem pemilihan dalam Umno juga dilaksanakan dalam suasana  kotor.

Laporan polis terhadap Timbalan Ketua Polis Perak


IPOH, 16 Ogos: Adun Pakatan Rakyat Perak menggesa Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof menarik balik kenyataan terhadap mereka dan memohon maaf kepada rakyat.
Gesaan itu dibuat oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakil semua Adun Pakatan Rakyat di dalam laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, hari ini.
“Maka dengan ini, saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataannya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN.

Bersih 2.0: SKMM panggil jurufoto Suara Keadilan bantu siasatan


KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Seorang jurugambar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung gambar yang dirakamkan semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, jurugambar itu Yusriah Yusof, 50, mengesahkan perkara itu dan akan hadir memberi keterangan kepada SKMM pada Jumaat ini.
Dalam arahan kehadiran yang difakskan kepada Yusriah, dia diminta hadir bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Ya...  saya telah diminta hadir untuk memberikan keterangan mengenai gambar pada Himpunan Bersih 2.0 tapi saya tidak diberitahu gambar yang mana satu.

Pakatan: Panel khas Parlimen perlu diberi kuasa total, diketuai pembangkang


KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Sambil menyifatkan pengumuman mahu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi meneliti sistem pilihan raya sebagai “kemenangan besar bagi pejuang demokrasi”, Pakatan Rakyat mahu panel itu diketuai oleh seorang wakil barisan pembangkang.
Selain itu, Pakatan Rakyat mahu jawatankuasa tersebut mempunyai kuasa menyiasat, mengesah dan mencadangkan perubahan menyeluruh, malah diberi kuasa dan kewangan yang secukupnya.
“Pakatan Rakyat menyambut baik kenyataan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) (semalam) untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan (khas) Parlimen. Ini mengesahkan isu-isu penambahbaikan sistem pilihan raya seperti yang dibangkitkan Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0 dan kami menganggap ini satu kemenangan besar bagi pejuang demokrasi di Malaysia.

Bersih: Laporan pembaharun pilihan raya boleh sedia sebelum Mac 2012


PETALING JAYA, 16 Ogos – Bersih 2.0 yakin pembaharuan sistem pilihan raya boleh dilakukan dengan segera, menjelang Mac depan, meskipun timbalan speaker berpandangan proses itu kemungkinan mengambil masa sekitar setahun berdasarkan pengalaman lalu.
Terdahulu dalam ulasan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata berdasarkan pengalaman lalu, jawatankuasa pilihan khas Parlimen boleh bersidang sehingga selama satu tahun untuk menyiapkan kajian dan mengemukakan laporan terperinci.
Dalam responsnya, Bersih 2.0 mengesyorkan agar jawatankuasa pilihan khas membentangkan dua laporan – pertama berkaitan dengan pembaharuan segera untuk diumumkan sebelum Mac depan manakala laporan jangka panjang dalam tempoh setahun.

Video : PKR Dakwa Ada Bukti BN Seludup Pengundi

Video : FELDA Akan Terjerat Jika Teruskan Saman Fitnah

Video : Isu Warganegara - PAS bakal mengadap Yang Di Pertuan Agong

Video : MBPJ lodges report over blogger's 'fake document'

Video : Bersih wants select panel report within three months

Harga Mahal - Restoren Mamak didakwa Tipu Pelanggan...dulu..kini dan selamanya...mahal beb..!!

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Sebuah restoran Mamak di ibu negara didapati cuba mengambil keuntungan secara berlebihan dengan mengenakan harga RM5.30 bagi segelas air laici.

Seorang pengadu memberitahu Bernama hari ini, ketika mendapat bil setelah makan di sebuah restoran Mamak di sini baru-baru ini, beliau terkejut dengan harga bagi segelas air laici itu.

PAS ganti Umno atau PAS bersama Umno?

Dua tulisan terkini oleh dua pemerhati politik tempatan berhubung kedudukan politik PAS dan Umno, amat menarik untuk dinilai.

Apapun kecenderungan politik parti yang boleh dikaitkan dengan dua penulis tersebut, beberapa persoalan realistik yang dikemukakan - isu yang agak diabaikan oleh pembangkang yang berbilang kaum itu - wajar diberi perhatian.

A Kadir Jasin, dalam tulisannya membincangkan tentang kemampuan PAS memimpin sebuah kerajaan masa depan mengupas realiti kedudukan PAS dan potensi serta cabaran yang dihadapi dalam politik pakatan.

Si Katak nak jadi tikus !?

Wah! hebatnya Ibrahim Al Katakki.  Beliau berhasrat  PERKASA boleh menggantikan PAS dalam memperjuangkan Islam. PAS katanya sudah tidak boleh diharap lagi menegakkan Islam.

Menurut beliau,   semangat Islam PAS sudah cair gara-gara-bersekongkol dengan DAP !... Huh! begitulah dangkalnya pemikiran Ibrahim anak Ali ini,  bila bercakap mesti berbau perkauman, walhal sikap dan dasar DAP jauh lebih baik dari UMNO.  Parti sekutu kamu UMNO jelas semakin reput dan busuk kenapa pula DAP yang hendak dikaitkan?

Terengganu kaya, Notebook percuma tapi sekolah bocor tak mampu nak baiki..

"KUALA TERENGGANU 15 Ogos 2011 - Tingkat atas salah satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Kapas di sini yang terpaksa dikosongkan akibat kerosakan bumbungnya LEBIH DUA TAHUN LALU sehingga kini masih belum dibaiki. Malah dengan keadaannya yang terbiar begitu sahaja SEMENTARA MENUNGGU KELULUSAN DAN PERUNTUKAN, keadaannya semakin buruk apabila banyak atap pecah dan air hujan bertakung.

Pak Samad; Hang Nadim baru yang cuba dihapuskan?

Oleh Lanh
KETIKA menonton sebuah rancangan motivasi TV1 pada suatu pagi, saya mendengar seorang penceramah bersemangat menyatakan mengapa orang Islam (Malaysia) tidak menjadi bangsa global sehingga disanjung di peringkat antarabangsa termasuklah memenangi Hadiah Nobel.
Katanya, jika diteliti senarai penerima Hadiah Nobel, daripada 10 orang; mungkin 7 orang Yahudi dan bakinya orang Barat lain. Orang Malaysia kena berganjak pemikiran mereka, membuat sesuatu bukan bagai juara kampung saja tetapi termasyhur di peringkat internasional.

BN tak rasa apa-apa walaupun harga barangan terus naik!

Oleh SAFAR JUMAAT
SUKAR untuk menolak anggapan rakyat terbanyak, BN itu bukan sahaja mewakili singkatan bagi nama Barisan Nasional tetapi ia semakin popular dengan singkatan ‘Barang Naik’.
Malahan, di kalangan mereka yang berada di bawah payung BN sekalipun, tidak dapat menolak dakwaan itu.

Cina Mahu Mat Sabu tanding Di Bukit Binang

Oleh Subky Latif
TIDAK dipastikan ramai mana orang MCA sudah meninggalkan parti itu menyertai parti dalam Pakatan Rakyat. Ramai yang keluar itu mengikut Chua Jui Meng menyertai KeADILan. Tidaklah mereka menyertai PAS. Tetapi mereka menunjukkan sikap terbuka dan mesra kepada PAS.
Seorang bekas timbalan menteri yang pernah memimpin MCA Bukit Bintang, kawasan yang padat pengundi Cina di Kuala Lumpur yakin 75 peratus pengundi Cina akan mengundi Pakatan Rakyat termasuk PAS.

Kes Tajuddin: GLC terperangkap dalam dilema

NONENampaknya hanya Tan Sri Tajudin Ramli dan peguam Umno, Hafarizam Harun sahaja yang tahu terma-terma penyelesaian global yang membabitkan pertikaian membabitkan berbilion ringgit yang sudah lama berlanjutan, antara bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) itu dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat.
Penyelesaian global itu telah disebut beberapa kali tetapi tidak pernah
didedahkan sejak Oktober lalu, apabila peguam Tajudin - Lim Kean Leong - memohon penangguhan kes-kes tersebut yang sedang didengar di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, tidak seorang pun peguam GLC terbabit, telah dimaklumkan mengenai terma-terma penyelesaian tersebut, dan dengan siapa Tajudin berunding.

Skrip Sumpah Pemutihan 6P Warga Asing WAJIB Sokong UMNO/BN



Bukti!

Bagi yang mata kabur, sila baca:
 
“Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”
“Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia  kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

‘RM388m can build 9,200 low-cost houses’

An opposition Sabah assemblyman wants to table a motion to debate the government's decision to spend RM388 million to build a state administrative centre.
KOTA KINABALU: Opposition assemblyman Jimmy Wong is set to table a motion in the coming State Legislative Assembly to debate a plan to build in the poorest state in Malaysia a state administration centre costing several hundred million ringgit.
The Sabah DAP chairman said he is objecting to the RM388-million centre because it goes against the government’s “people first” slogan and will bring no real benefit to the people.
“This big sum of money can be put to better use such as for infrastructure… in Sri Tanjung itself there is an urgent need for funds for flood mitigation, dam projects and the Tawau-Kalabakan-Sapulut road.

Reformasi sistem pilihan raya: Najib akhirnya tunduk kepada rakyat..tapi masih ada agenda terlindung...!!!

Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak semalam untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parliamentary Select Committee) untuk mengkaji reformasi sistem pilihanraya sebelum PRU ke-13.  Perkembangan tersebut membuktikan akhirnya pentadbiran Najib terpaksa tunduk kepada permintaan rakyat yang dijana melalui perarakan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas.  Ini merupakan kemenangan awal hasil daripada kebangkitan rakyat menuntut sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

Soh Chee Wen mengaku berbeza pandangan dengan Anwar

Tokoh korporat kontroversial, Soh Chee Wen mengakui bahawa dirinya berbeza pandangan dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, bagaimanapun mendakwa dirinya tidak berhasrat untuk menentang Anwar.

"Memang benar wujud perbezaan pandangan antara saya dengan beliau (Anwar).  Pandangan yang tercetus daripada pengalaman saya, berbeza dengan pandangan beliau.  Tapi saya tak kisah, kerana saya meletakkan isteri saya pada tempat pertama."  Demikianlah kata-kata Soh Chee Wen, atau lebih dikenali sebagai John Soh, dalam satu wawancara eksklusif bersama Kwong Wah Jit Poh.

Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan semasa 709

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin memaklumkan kepada orang awam tentang perkembangan terbaru Siasatan Awam mengenai perhimpunan awam pada 9 Julai 2011.

Sehingga 15 Ogos, Suruhanjaya telah mengambil tindakan berikut:
  • Selesai meneliti semua pengemukaan awam yang diterima dalam bentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video sehingga tarikh tutup pada 5 Ogos 2011;
  • Mengenalpasti saksi-saksi untuk ditemu bual dan telah memulakan proses temu bual; dan
  • Berhubung dengan pihak Polis untuk mendapatkan kerjasama daripada pegawai Polis yang bertugas semasa perhimpunan awam pada 9 Julai untuk ditemu bual.

Video : Hubungan Pelbagai Kaum Di Malaysia Menurun

Video : 'Script' of migrants' oath to back BN uncovered

Video : Pakatan wants PM's word no polls till reforms in place

Video : UMNO mesti Buang Mainan Politik Kotor - Mahfuz Omar.

Video : Papa Gomo Akan Di Dakwa - Khalid Samad

Video : Gereja minta tangguh jumpa PAS

Video : JK Pilihan Khas Parlimen meragukan

AirAsia-MAS merger: What about Firefly?

In this corporate merger between MAS and Air Asia, Firefly is the victim.

The whole deal involving AirAsia and Malaysia Airlines (MAS) reminds me of the carving out of spheres of influence between the superpowers of the 18th and 19th century.
The English got Malay peninsula and the Dutch got the East Indies. They signed a treaty.
In a very similar way, this government of ours allowed the airline industry to be carved out between what they currently assessed as the poster boys.
Well, at least they see one as a poster boy – AirAsia’s Tony Fernandes.
MAS will be assigned to compete in the premium sector while AirAsia is effectively given the monopoly to handle the low-cost carriers (LCC).

Chinatown land buy: ‘Prasarana abusing law’

DAP publicity chief Tony Pua reveals that an amendment of the National Land Code allows for the use of underground land without having to acquire surface property.

PETALING JAYA: Syarikat Prasarana Negara Bhd, a 100% government-owned transport company, is abusing the law for the purposes of profit in making “unnecessary” property acquisitions in Chinatown, the DAP alleged today.
DAP publicity chief Tony Pua said the National Land Code 1965 was specifically amended in 1990 to allow for the acquisition of underground land without affecting surface property.
“This was done by inserting Part Five (A) (section 92A to 92G) under Clause 3. The amendment enables the disposal of ‘underground land’, which can either be alienated or leased or be subject to right of use,” he said.
“Clearly then Prasarana is attempting to hijack the above pieces of land which affect the heritage shoplots in Kuala Lumpur’s Chinatown for the purpose of making profit and not with the aim of undertaking the MRT project 100 feet underground,” said Pua, the Petaling Jaya Utara MP.

Sidang DUN Perak paling singkat dalam sejarah...macam sidang Dun olok-olok...

Kerajaan Barisan Nasional telah mempersendakan sidang DUN kali ini yang diadakan pada 15/8/2011. Sungguh ganjil bahawa sidang DUN itu diadakan hanya untuk 2 jam setengah sahaja. Pada hemat saya Barisan Nasional telah mencipta sejarah mengadakan sidang DUN yang paling singkat dalam sejarah.
Sidang DUN Perak paling singkat dalam sejarah, kata SivakumarDato Ganesan seharusnya berasa malu kerana mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk mengadakan sidang DUN yang singkat ini. Beliau seharusnya memberitahu kerajaan supaya tidak mempermainkan atau mengadakan sidang DUN olok-olok. Tindakan Dato Ganesan dan Kerajaan Barisan Nasional adalah satu penghinaan kepada Dewan Negeri yang mulia.
Dalam ucapan Yang Dipertua, Dato Ganesan menyebut bahawa sidang DUN kali ini diadakan semata-mata untuk memenuhi syarat tempoh 6 bulan di antara mesyuarat-mesyuarat Dewan. Beliau seharusnya berasa malu untuk menbuat kenyataan seperti itu seolah-olah kerajaan Barisan Nasional tidak berminat untuk membincangkan masalah rakyat. Memang benar terdapat syarat 6 bulan seperti yang dinyatakan oleh beliau.
Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, perkara XXXVI memperuntukkan bahawa ‘ Yang Maha Mulia hendaklah dari semasa ke semasa memangil bersidang Dewan Perhimpunan Undangan itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas satu dalam persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang dihadapan’

Cover line : Sistem pilihan raya OK, cuma perlu dikemas - TPM..ha..ha..ha..!!!

Muhyiddin: Sistem pilihan raya OK, cuma perlu dikemasPUTRAJAYA - Sambil mempertahankan sistem pilihan raya negara ini baik dan telus, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa pemilih Parlimen hanya akan bertindak sebagai saluran untuk mengemaskan proses dan tatacara sedia ada.

“Ini tidak bermakna sistem semasa tidak baik. Kami tidak pernah mempersoalkan (sistem pilihan raya) sedia ada dan banyak telah diakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)... ia (hanya) perlu dikemaskan,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di sini hari ini.

Timbalan Presiden Umno ini berkata pengumuman mengenai pembentukan jawatankuasa itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bukti Barisan Nasional (BN) serius dalam mengkaji isu-isu dibawa oleh orang ramai mengenai sistem semasa.

Pakatan mahu sidang khas PR, bukan JK Parlimen

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Perdana Menteri yang tergesa-gesa menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melarikan diri daripada desakan asasnya berhubung isu warganegara asing dijadikan warganegara ini.
Tindakan menjadikan warganegara asing sebagai warganegara merupakan satu pengkhianatan amat jelas terhadap negara yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN dan ia perlu dibincangkan dengan meluas di Parlimen, bagi menyelesaikannya demi kepentingan negara.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, namun tindakan Najib menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen amat meragukan Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi penubuhannya langsung tidak dirundingkan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan dari tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang turut melibatkan beliau yang menghantar surat rasmi ke Parlimen untuk mendesak kerajaan memanggil persidangan khas Parlimen, bagi membincangkan tindakan tidak bertanggungjawab itu, pada 8 Ogos lalu.

Pegawai Unisel ditukar kerana prestasi merosot

azlanTiga pegawai Universiti Selangor (Unisel) ditukar jawatan setelah masing-masing tidak menampilkan prestasi memberangsangkan.

Pemangku Naib Canselor Unisel Profesor Dr Anuar Ahmad berkata semua mereka juga didapati tidak memenuhi tuntutan tugasan masing-masing dan pertukaran jawatan mereka adalah perkara normal dalam sesebuah organisasi.

Mereka ialah Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman, Pendaftar Rokmaa Mat dan Pengarah Pemasaran Halid Hasbullah.

FELDA Akan Terjerat Jika Teruskan Saman Fitnah


SHAH ALAM 16 OGOS : Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan terperangkap dalam jerat sendiri jika badan itu meneruskan saman fitnah terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi bersabit artikel 'FELDA Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.

Artikel yang diterbitkan akhbar Suara Keadilan pada Jun 2010, itu dikatakan memetik kenyataan Datuk Dr Tan Kee Kwong. 

Kami Pun Rakyat Malaysia, Jangan Sisihkan Kami - Pelajar Syria


DAMASCUS 16 OGOS : Tatkala negara kecoh dengan keadaan pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera diserang dan disamun oleh sekumpulan belia ketika rusuhan di London awal minggu lalu, negara seolah- olah melupakan nasib pelajar yang masih lagi terperangkap di satu lagi negara yang kini bergolak hebat.
 

Rakaman kunjungan JAIS di DUMC kini di internet

Rakaman ringkas kunjungan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu kini boleh dilayari di internet.

Rakaman selama satu minit 25 saat itu dipercayai mula dimuat naik oleh laman blog Screwkuat.

NONEIa menunjukkan sekumpulan anggota penguatkuasa JAIS menuju ke sebuah dewan bagi majlis kesyukuran di perkarangan gereja itu.

JAIS sebelum ini menafikan tindakannya itu sebagai satu serbuan dan berkata ia hanya satu 'pemeriksaan' selepas mendapat maklumat bahawa terdapat kehadiran umat Islam pada majlis 'buka puasa' yang dianjurkan itu.

Siasatan dibuat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Video berjudul 'Jalan-jalan buka puasa, Thanksgiving Dinner Hall 3 Damansara Utama Methodist Church 3 Ogos 2011' bermula dengan sekumpulan pegawai JAIS bergerak menuju ke sebuah dewan.

Dalam video itu juga kelihatan beberapa peserta yang hadir pada majlis itu berada di luar dewan serta dua batang bunga manggar yang diletakkan di hadapan pintu masuk dewan.

Video itu bagaimanapun berakhir dengan rakaman beberapa anggota JAIS memasuki dewan yang dipenuhi dengan orang ramai dan disusuli dengan perkataan 'to be continued' (akan bersambung).

'Video itu membuktikan bahawa pihak JAIS tidak melakukan serbuan seperti yang didakwa.

''Ternyata pihak di sebelah sana terutamanya Malaysiakini dan The Malaysian Insider berbohong dan telah memfitnah pihak JAIS kerana mahu menutup kerja jahat mereka," kata blog itu.

Menurut penulis itu lagi, video itu sekadar permulaan yang membuktikan pihak JAIS memiliki bukti rakaman lengkap dan akan didedahkan pada masa yang sesuai.

Jangan jadikan keputusan Mufti Pulau Pinang isu politik


KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Seorang pemimpin PAS pusat hari ini meminta semua pihak khususnya parti-parti politik agar menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa (gambar) berkata keputusan itu dibuat mengikut peraturan-peraturan ditetapkan.
Justeru jelas beliau, keputusan yang dibuat itu tidak perlu dipertikai atau dieksploitasikan.
“Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang larangan di atas perlu dihormati oleh setiap rakyat negeri Pulau Pinang secara khusus dan rakyat Malaysia secara umum. Ini kerana berlandaskan kepada beberapa perkara termasuk Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang adalah sebuah institusi yang berautoriti membuat keputusan dalam hal yang bersangkutan dengan hukum-hukum Islam yang diajukan kepada Pejabat Mufti.

Fitnah Liwat II: Bekas IGP Musa Hassan ditemubual esok

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan dua lagi saksi potensi akan ditemuabual oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Perkara itu diumumkan oleh peguam Sankara Nair, selepas menemubual pembantu rumah Indonesia Suchiyati bersama rakannya yang lain Param Cumaraswamy dan Ram Karpal.

Sita gereja: Blogger Umno tipu

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).
Menurut Khalid, Papa Gomo  dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.
Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.

Gereja minta tangguh jumpa PAS

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Pihak Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) menangguhkan pertemuan dengan PAS yang sepatutnya berlangsung petang ini.
Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS menerima surat daripada pihak GMDU semalam meminta pertemuan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Menurut Mustafa, GMDU dalam suratnya menyatakan ianya terpaksa ditangguhkan kerana isu ini sudah menjadi terlalu umum dan mendapat pelbagai tafsiran daripada pelbagai pihak.
"Saya dapat surat semalam, GMDU minta tangguh dulu, bukan batal.

Pasca Bersih : Razak 'tukang kasut' tuntut gantirugi RM10j dari Berita Harian...

NONESeorang tukang kasut yang didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut gantirugi RM 10 juta dan permohonan maaf secara terbuka oleh Berita Harian - akhbar yang memuatkan laporan itu.

Menurut notis tuntutan Abdul Razak Endot, Berita Minggu dan The New Sraits Times Press (M) sebagai penerbit dan pencetak dikehendaki mematuhi notis itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaannya.

Notis itu dihantar oleh tetuan Sazali & Lim pada 10 Ogos lalu.

Harian itu masih mempunyai seminggu untuk memenuhi tuntutan itu sebelum tindakan mahkamah dimulakan.

Menurut notis itu lagi, Berita Harian pada 10 Julai lalu didakwa membuat pernyataan berupa fitnah di muka depannya melalui foto dan kapsyen yang membawa makna Abdul Razak sebagai perusuh yang membawa pisau.