Isnin, 15 Ogos 2011

Wanita Islam Murtad Masuk Kristian Dibogel Dan Dipukul Oleh Orang Ramai

New Delhi, Sekitar 50 orang Islam mengamuk di sebuah gereja menuntut seorang wanita, Selina Bibi agar bertaubat dan masuk semua ke dalam Islam. Mereka mengugut untuk membakar gereja tersebut jika waniat itu enggan memeluk bertaubat.

Sebelum itu Selina Bibi telah dibogelkan oleh 2 orang wanita muslim yang datang bersama sekumpulan orang ramai ke rumahnya bagi melihat tanda dia telah menjadi Kristian. Mereka percaya seorang muslim yang murtad menjadi kristian akan terdapat tanda pada tubuh badannya.

India bukanlah sebuah negara Islam tetapi rakyatnya akan segera bangun jika ada orang Islam yang murtad. Berlainan bagi negara kita kini yang didakwa sebagai sebuah negara Islam tetapi apabila penguatkuasa agama yang memang ada peruntukan undang-undang mencegah murtad membuat pemeriksaan di geraja riuh satu negara. Itu baru buat pemeriksaan dan bukannya serbuan kasar atau tidak beradab.

Pertanyaan sesi Parlimen terakhir untuk anak seorang bangsawan

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-12 (2011) berkemungkinan besar merupakan sesi Parlimen terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ketiga Belas (PRU Ke-13) diadakan.  Mengikut takwim Parlimen, Dewan Rakyat dijadualkan untuk bersidang mulai 3 Oktober 2011 sementara Perdana Menteri (PM) merangkap Menteri Kewangan Najib Razak akan membentangkan Belanjawan Negara 2012 pada petang 7 Oktober 2011.

Ramai yang menjangkakan bahawa Belanjawan akan datang merupakan "belanjawan pilihan raya" di mana pelbagai "gula-gula PRU Ke-13" akan diumumkan untuk menawan hati para pengundi.

Video : Akhirnya SPR Akui Sistem Pilihan Raya Malaysia Kotor

Video : Apa Kelayakan Mismah Untuk Malaysia Memberi Dia Kerakyatan.

Putrajaya umum bentuk panel Parlimen halusi sistem pilihan raya


KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.
Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.
Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan.
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu dengan meletakkan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.
“Jawatankuasa pemilih Parlimen akan dibentuk dalam waktu terdekat dan ia akan terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang,” kata Najib.

Mufti: Larangan guna mikrofon bukan isu politik, tapi arahan Nabi

GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.
Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.
“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

BERSIH 2.0 pertimbang heret SPR ke mahkamah

Kecewa dengan cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangani penyelewengan dan kecelaruan dalam daftra pemilih yang didedahkan media, BERSIH 2.0 bercadang mengheret suruhanjaya itu ke mahkamah.

Perkasa nak bela agama?? Jom ketawa!!


Tiga hari tak ber'internet'. Sibuk melayan cucu di Bandar Baru Bangi. Ha ha ha... Dapat tengok muka cucu... lupa internet!!

Kali ini pergi ke sana.... tak berkereta. F3M dan myself naik train jer. Bulan-bulan posa ni tak larat nak drive. Inilah first time... naik train semula after like almost 27 years. Zaman muda-muda dulu selalu ler... Walaupun keadaannya tak begitu best, tapi dah terpaksa, naik jugak ler. Now... keadaan dah berubah. So much better than before. Pulak tu, kita orang naik elektrik train. Kejap jer dah sampai. Cepat dan mudah... Selesa dan selamat!! Jimat pulak tu...

Comparing Bersih to UK riots shallow, says Umno leader


Looters run from a clothing store in Peckham, London August 8, 2011. — Reuters pic
PETALING JAYA, Aug 15 — Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah contradicted his Umno colleagues today and said it was “shallow” to liken the July 9 Bersih rally to the last week’s UK riots. The outspoken Umno supreme council member added that such an argument reflected badly on Barisan Nasional (BN).

Nazri now denies DAP invite, but talk of a 'unity' govt is starting to buzz

Nazri now denies DAP invite, but talk of a 'unity' govt is starting to buzzAs expected, Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz has denied inviting the DAP to join Barisan Nasionat to replace the MCA. Many obesrvers had said his comments were meant as a trial balloon and his denial was to save face after both DAP adviser Lim Kit Siang and Penang Chief Minister Lim Guan Eng ridiculed his proposal.
"We are surprised, it came out of the blue. Whatever is the motivation, you will have to ask Datuk Nazri but as far as we are concerned, we stand by our allies in the Pakatan," Guan Eng, the DAP secretary-general, told a press conference in Penang on Monday.
Nazri was reported by Sin Chew Daily to have made the offer on Sunday, sparking mass paranoia at the MCA and sending its president Chua Soi Lek fluttering for excuses to save face. “We cannot deny the possibility of DAP joining BN. What happens in the future, we cannot predict,” said Nazri.

Bn Berada Dalam Keadaan Situasi Yang Terdesak !


TIDAK pernah terjadi dalam sejarah politik tanahair, Umno dan Barisan Nasional (UBAN) berada dalam posisi yang sangat terdesak seperti sekarang. Penhttp://dppwp.files.wordpress.com/2010/02/kubur-umno.jpgdedahan demi pendedahan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terhadap konspirasi penuh terancang, terutama sekali manipulasi terhadap sistem daftar pemilih oleh pihak yang diamanahkan, mengundang banyak persoalan yang tidak mampu lagi dijawab.

A lesson for Najib, Hisham, the IGP and EC from the UK police chiefs

A lesson for Najib, Hisham, the IGP and EC from the UK police chiefs It looks like Prime Minister Najib Razak and his government have really dropped below the level of sub-par intelligence. They seem adamant to compare Bersih 2.0 with the riots in Britain. The whole idea that preemptive action can stop riots underscores how little the Malaysian police and BN government understand their own citizens. On a more chilling note, it also reflects the determination of the Najib administration to continue using electoral fraud to cling to power.
The premise for the riots in Britain is totally different from that of the Bersih's in Malaysia. The former was spontaneous sparked by unhappiness over an alleged case of police brutality, while the latter was a well-organized and highly-publicized rally for free and fair elections that everyone in the country had been anticipating for months.

BN Kedah umpama pemerintah ‘mulut buaya’

Hidup semasa pemerintahan penjajah seperti berada di dalam mulut buaya, tetapi berada di bawah pemerintahan BN seumpama masuk ke dalam mulut singa, demikian bidalan dibuat Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Phahrolrazi Mohd Zawawi.
Katanya, semasa di bawah pemerintahan Inggeris, tiada wakil rakyat, tidak wujud pemilihan dan demokrasi, malah hasil mahsul negara diambil sewenangnya.Rakyat baik parti kanan mahupun kiri ujar beliau, telah sama-sama bangkit berjuang untuk kemerdekaan

Umno-BN ‘muka tak tahu malu’


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan tema “BN Menang, Kedah Senang” yang diperkenalkan Umno-BN Kedah selepas 51 tahun memerintah sebagai memalukan.
“Saya difahamkan BN negeri Kedah memperkenalkan tema “BN Menang, Kedah Senang.”Tak malu sudah memerintah 51 tahun, baru nak memperkenalkan “BN Menang, Kedah Senang,” maknanya selama ini tak senang, 50 tahun lebih,”bidasnya.Ujar beliau, semasa Kedah diperintah BN, hanya sedikit hasil balak diperolehi disebabkan berlakunya amalan rasuah.“Demikian itu, perkara yang dibenarkan dalam agama bukan Islam, maka ia dibenarkan kepada orang bukan Islam. Sedang, orang Islam mesti menunaikan tanggung jawabnya me ninggalkan perkara haram yang termaktub sama sebagai amanah pemerintah. Malangnya, sempadan itu yang tidak diamalkan Umno,” tempelaknya.

'Larangan pembesar suara bukan fatwa tapi hukum'

azan islam call to prayerMufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah
berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

Dilema raksasa berkepala dua

15 OGOS — Pada suatu ketika dahulu, mengikut mitos dan lagenda Yunani, terdapat seekor raksasa berkepala dua yang dipanggil Orthrus. Ia dikatakan tinggal di Pulau Erytheia, di kawasan barat laut Mediterranean, di mana ia ditugaskan untuk menjaga sekumpulan sapi istimewa yang berkulit merah akibat dikucup dewa mentari Helios.

Pendengaran awam siasat isu MyPR-MyKad

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendesak suatu pendengaran awam (public inquiry) diadakan berikutan pendedahan isu ada pendatang asing yang kini diberi taraf kerakyatan seterusnya menjadi pengundi berdaftar dalam masa singkat.
Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ia suatu isu yang sangat serius memandangkan ia membabitkan keselamatan negara.

AirAsia-MAS: Sejarah akan berulang kata Mahfuz

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa pertukaran saham syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dimiliki rakyat dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang dimiliki individu dilihat "mengulangi sejarah lama" iaitu perpindahan MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli.

Video : Isu Murtad - MB Dalam Proses Siapkan Laporan Lengkap

Video : Anti-gov't blogger's parents quizzed by MCMC

Ugutan Perkasa untuk tarik perhatian, usah dilayan

KUALA LUMPUR: Ugutan Perkasa kononnya mahu melakukan sesuatu jika kerajaan gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara – Himpunan Bersih 2.0, video seks fitnah dan Konspirasi Kristian, hanya bertujuan meraih publisiti murahan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata ‘kesungguhan’ Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam mengugut kerajaan hanya sandiwara ciptaanya bagi mendapat tempat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Akhirnya SPR Akui Sistem Pilihan Raya Malaysia Kotor

KUALA LUMPUR 15 OGOS : Kerajaan pemerintahan didesak melakukan rombakan keanggotaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah Pengerusi SPR, mengeluarkan kenyataan kononnya tiada satu pun negara didunia ini yang mempunyai sistem pilihan raya yang bersih.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu secara tidak langsung membuktikan sistem pilihan raya di negara ini sememangnya kotor dan tidak telus sebagaimana yang didakwa Pakatan Rakyat sebelum ini.

Penganalisis : Najib Kecundang Jika Terus Tekan Rakyat


SHAH ALAM 15 OGOS : Meskipun populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau berjaya meraih perhatian rakyat berdasarkan kajian Merdeka Centre, ia bagaimanapun bukanlah jaminan pergerakan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak. 

Hal ini kerana menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kegagalan Najib mengurus tadbir negara dengan cekap, sudah lama diperhatikan oleh rakyat yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengambil keputusan meranapkan impian Najib untuk terus berkuasa.

Sistem p'raya cuba dikotorkan, dakwa Mahfuz

NONEPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff tidak wajar mempertahankan sistem sedia ada dengan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada daftar pemilih yang bersih di dunia ini, kata PAS.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu dikira memalukan dan tidak wajar" dikeluarkan oleh seorang yang mengetuai sebuah badan bebas.

"Yang (beliau) sepatutnya melihat persoalan-persoalan untuk memastikan daftar pemilihan dan proses sistem pilihan raya dapat berjalan dengan baik dan telus.

"Bukan kita membawa isu-isu yang tidak ada di dunia ini, (iaitu) daftar pemilih yang bersih seperti yang didakwanya," katanya.

Umno perlu kuasai media baru untuk terus berkuasa...

"Kalau kita tidak menguasainya kita akan tertinggal orang muda akan membaca apa yang ditulis," kata Ahmad Maslan.
KUALA LUMPUR: Anggota Umno perlu menguasai kemahiran dalam dunia siber terutama berkaitan media baru bagi menangkis secara efektif segala tohmahan dan fitnah pihak tertentu terhadap parti itu dan kerajaan, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata kemahiran seperti itu amat penting bagi mengubah sebarang persepsi negatif masyarakat terhadap Umno dan kerajaan yang cuba dibawa pihak tertentu menerusi media baru.
“Kalau kita tidak menguasainya kita akan tertinggal kerana orang muda akan membaca apa yang ditulis,” katanya selepas menghadiri wacana politik bertajuk “Pembentukan Persepsi Politik” anjuran Jabatan Penerangan Umno di sini hari ini.

‘Only three states for BN-Umno’

Barisan Nasional has lost 80% of the younger generation voters.

Former finance minister Daim Zainuddin is pessimistic about the future of Barisan Nasional. He believes that BN can say it is comfortable but only in Johor, Malacca and Pahang.
But even in Pahang, a few parliamentary seats will slip out of BN’s grasp as with a few more state seats.
But overall, Daim believes Pahang will remain under BN, according to his alter ego, The Oracle of Syed Putra, with whom I recently conversed.
And if I am at liberty to translate the body language of The Oracle, Daim is also pessimistic about the political fortunes of Prime Minister Najib Tun Razak.

Frog and snake now political pawns

First, the MIC brought a frog to its annual meeting saying it represents the Perkasa leader. In retaliation, Perkesa burned rubber snakes, saying they represent the Indian community.

PETALING JAYA: The slanging match between Malays rights group Perkesa and other political parties is putting the frog and the snake in a bad light.
The apolitical frog and snake have now being held up as a symbols of hatred by both Perkasa and the MIC.
Bukit Bintang MIC division chief S Ananthan brought a frog to the MIC annual general meeting last month, claiming that it represents Perkasa chief, Ibrahim Ali.
Yesterday, Perkasa members torched several copies of The Star for offending Muslims by including non-halal delicacies in its “Ramadan Delights” column.
And for good measure, they also burned rubber snakes in retaliation against Ananthan’s frog stunt.

Biawak Besar : Saya tak pelawa DAP

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menafikan yang beliau ada mempelawa DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan pengundi Cina kepada perikatan kerajaan pusat itu.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Nazri (gambar) berkata, beliau hanya memberi respons kepada satu soalan mengenai kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN.
“Tidak, itu tidak benar. Saya tidak mempelawa DAP,” katanya sambil menambah, “MCA mesti bekerja keras” apabila ditanya bagaimana BN akan mendapatkan balik sokongan pengundi Cina.

Umno now openly courts DAP, PAS: Jilts MCA and Gerakan

Umno now openly courts DAP, PAS: Jilts MCA and Gerakan
Paranoia has hit the roof at the MCA, with president Chua Soi Lek rushing to assure all and sundry that an invitation from Nazri Aziz, the minister in the PM's Department, to the DAP to replace MCA in the BN was his personal opinion.
But whatever bravado that Soi Lek may try to muster, there s no way he can hide the humiliation to himself and his party. The news rang out loud and clear throughout the nation - even UMNO, the BN boss, no longer wants the MCA. It has become a burden, a liability that Chua and team have failed to turn around.
It was the same story for Gerakan president Koh Tsu Koon, who thought his protection was adequate because he was cocooned within Prime Minister Najib Razak's department. But that has not stopped the UMNO-owned Utusan newspaper and a group of BN-aligned Independent lawmakers from taunting him as a 'useless' leader and telling him point-blank that it was time to go.

Umno takut kuliah agama jadi ceramah politik

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Kejahilan para pemimpin dan penyokong-penyokong Umno dalam agama terserlah, apabila ceramah Israk Mikraj yang akan disampaikan oleh penceramah PAS atas undangan mereka sendiri, diminta dibatalkan kerana bimbang akan dijadikan ceramah politik.
Sebagai gantinya, majlis ceramah itu diarahkan ditukar kepada majlis bacaan surah Yaasin, seperti yang lazim diamalkan oleh masyarakat kita pada setiap malam Jumaat, dengan diketuai oleh penceramah terbabit dengan serta merta oleh pihak penganjur atas arahan pemimpin atasan Umno.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Solehin Muhyi menjelaskan, kejadian itu pernah dialami oleh beliau sendiri sekitar tahun 2001 lalu, apabila diundang oleh pihak pentadbiran sebuah masjid di Shah Alam yang dibarisi pemimpin dan penyokong Umno untuk menyampaikan ceramah di masjid itu pada suatu malam.
Menurut beliau, ketika arahan pertukaran majlis ceramah kepada bacaan Yaasin itu diberikan kepada beliau oleh pihak pengurusan masjid itu, beliau sudah pun memegang mikrofon untuk memulakan ceramah Israk Mikraj seperti yang dijadualkan.

Chean Chung: Kekasaran pengawal Hentian Bus Pudu melampaui batas

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berpendapat bahawa kelakuan pengawal Hentian Bus Puduraya yang bertindak kasar terhadap peserta himpunan perkongsian pengalaman 709 di depan Hentian Bus Purudaya adalah penyalahgunaan kuasa dan melampau.

AJK KEADILAN Pahang Lee Chean Chung menyatakan bahawa Hentian Bus Puduraya merupakan tempat awam dan adalah mustahil bagi pengawal bertugas untuk menghalau dan bertindak kasar terhadap 15 orang masyarakat awam yang berhimpun di sana.  Selain tidak menghormati kebebasan untuk himpunan, tindakan memukul orang sebahagian pengawal adalah melampaui batas.

Bacul : Pemimpin Umno BN takut bahas, sidang DUN Perak cuma 3 jam

PERAK: Ketakutan pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) berbahas terserlah apabila parti pemerintah itu memendekkan tempoh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dari dua hari kepada tiga jam, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang.
“Sidang ini patut menjadi tempat menilai prestasi kerajaan negeri tetapi apa yang boleh dibuat dalam tiga jam? Ini helah Speaker dan Menteri Besar yang takut untuk berbahas dengan Adun Pakatan Rakyat.
“Ia sepatutnya berlangsung dua hari tetapi dipendekkan kepada satu hari, dan dalam satu hari hanya berlangsung selama tiga jam,”  katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

SKMM halang peguam wakili ibu bapa Hanief

KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili Abdul Jalil Ashaari dan Kamalia Chek, ibu bapa kepada blogger,  Nur Hanief Abdul Jalil dihalang dari mendengar sesi soal siasat yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Mereka masih disoal siasat dan kami (peguam) dihalang untuk masuk bersama.
“Saya tak nampak sebab relevan untuk ibu bapa Hanief dipanggil kerana sebelum ini siasatan sudah dibuat. Ini hanyalah intimidasi polis untuk menakut-nakutkan rakyat,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini

Antara WAJAH SUSPEK Kes Gereja DUMC di JAIS Pagi Tadi

SHAH ALAM, 15 Ogos -- Antara suspek yang hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sambil diiringi pegawai penguatkuasa JAIS (kanan) semasa hadir bagi memberi keterangan di Pejabat JAIS di sini, hari ini.

 Antara suspek yang hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas hadir bagi memberi keterangan di Pejabat JAIS di sini, hari ini.

Beberapa suspek dipanggil bagi memberi keterangan selepas JAIS melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di situ awal bulan ini.

Kenyataan2 Menghina Islam Oleh Pimpinan UMNO

Tak dengar pula UMNO memperjuangkan hudud dan murtad masa ni? Hairan hairan


1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

Nasib Peneroka Felda : 'Peneroka dapat hutang, bukan pendapatan'

palm oil palm kelapa sawit 201107
Setiausaha biro Felda PKR, Rebin Birham menyanggah dakwaan perdana menteri bahawa bahawa peneroka Felda mampu mencapai pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.
Golongan peneroka tersebut, khususnya yang terlibat dalam program tanaman semula bukannya menerima pendapatan tetapi hutang, kata Rebin.

Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Utusan Malaysia hari ini juga dipetik sebagai berkata, setiap golongan peneroka ini bukan sahaja mampu memiliki harta seperti rumah banglo malah beberapa buah kereta.
Mengulas kenyataan itu, Rebin berkata keadaan sebenar perlu dilihat dalam masalah yang berlaku di tanah rancangan yang terlibat dengan proses tanam semula.

Selangor bakal alami nasib seperti Sabah

Peningkatan mendadak dan tidak munasabah bilangan pengundi baru di Selangor menimbulkan kebimbangan bahawa negeri itu bakal menjadi 'satu lagi Sabah', kata senator DAP, P Ramakrishnan.

NONEDakwanya, pendatang tanpa izin di Sabah telah diberikan kad pengenalan biru dan menjadi pengundi berdaftar di kawasan-kawasan di mana parti memerintah adalah lemah. Akibatnya, pendatang asing kini mengatasi bilangan penduduk tempatan Sabah.

"Terdapat kehadiran jutaan pendatang tanpa izin dan haram di negara ini, terutamanya di Selangor", kata Ramakrishnan sambil meluahkan kebimbangan rakyat negeri itu bahawa apa yang berlaku di Sabah boleh berlaku di Selangor juga.

"Terdapat bukti kukuh mengenai surat Umno untuk mendaftar pendatang asing sebagai pengundi di Hulu Selangor.

Bukan Islam lebih faham bila berkawan dengan PAS

TASEK GELUGOR, 15 Ogos: Hubungan dengan PAS sejak kemenangan Pilihan raya Umum tahun 2008, banyak mengajar masyarakat bukan Islam, khususnya dalam DAP untuk mengenali dan memahami Islam dengan lebih mendalam.
Demikian dinyatakan oleh Bendahari DAPSY Pulau Pinang, Steven Sim, ketika menyampaikan ceramah bersama dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz di Markas PAS Padang Menora malam tadi.
Menurut beliau lagi, jika sebelum ini pemikiran bukan Islam banyak diracuni oleh MCA dan Gerakan dengan membuat pelbagai dakwaan yang menakutkan, tetapi kini setelah menjadi rakan dengan PAS, bukan Islam telah banyak memahami Islam yang sebenarnya.

Macam Ni Cara Rosmah Mansor Pegi Tazkirah??

Muka badak berendam senyum lepas hina Islam sebab
tak tutup aurat kah kah kah...

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis tazkirah yang diadakan di Seri Perdana, di Putrajaya.

'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

http://4.bp.blogspot.com/-GP8rtFOjZU4/ThFoOw6z3oI/AAAAAAAAAMA/tHkS21zFS1M/s320/nz-golden_churn-butter.jpg
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Benarkah rakan karib Rosmah beli kondo mewah USD31 juta?

KUALA LUMPUR: Seorang rakan kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, iaitu Taek Jho Low didakwa telah membeli sebuah kondominium mewah di New York dengan harga USD31 juta. Kondominium mewah itu terletak di Time Warner Centre, di mana belian tersebut adalah amaun tertinggi dalam urusan pembelian di penempatan mewah itu.
Sebuah portal berita melaporkan, ahli perniagaan berusia 29 tahun dari Pulau Pinang itu didakwa baru baru ini telah membeli sebuah kondominium serba mewah di New York dengan harga yang sangat tinggi dan mengundang rasa ingin tahu di kalangan ejen-ejen hartanah di sana.

Umno politikkan isu agama untuk tutup kemungkaran sendiri


KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA), Ahmad Kasim menyokong keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum azan Subuh.
“Dalam membuat ibadah, kita tidak boleh mengganggu orang lain. Kita perlu menghormati ketenteraman mereka tak kira apa jua agama mereka,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Beliau berkata, isu berkenaan sengaja dipolitik dan diperbesar-besarkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bagi memburuk-burukkan Pakatan Rakyat kononnya tidak sensitif terhadap isu itu.

MB: Tiada tindakan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama

SHAH ALAM, 15 Ogos — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri Selangor tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama walaupun didakwa telah melanggar syarat MBPJ buat masa ini.
Beliau (gambar) berkata tindakan ke atas gereja berkenaan tidak boleh dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri menerusi Pejabat Menteri Besar ketika ini sedang menjalankan kajian mengenai status gereja tersebut.
Dipetik Bernama Online, katanya, sehingga ini, kajian tersebut termasuk mendapatkan laporan penuh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ekoran pemeriksaan yang dilakukan ke atas gereja tersebut pada malam 3 Ogos lepas sebelum ia dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Fitnah RM50: Rais Yatim dicabar bawa ‘pelakon’ Bersih 2.0 ke televisyen


KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dicabar mengemukakan bukti dan saksi kononnya peserta Himpunan Bersih 2.0 diupah RM50 seorang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS), Hasbullah Ridzwan, berkata tiada cara lain bagi membuktikan ‘kesahihan’ dakwaan Rais Yatim itu, selain mendedahkan identiti individu berkenaan menerusi televisyen dan akhbar.
“Rais Yatim patutnya bawa ‘pelakon’ tersebut muncul di kaca televisyen dan akhbar selepas selesai himpunan 9 Julai. Kenyataan itu hanya untuk menarik simpati rakyat supaya menyokong kerajaan Umno BN yang semakin dihambat usia,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Semalam, Rais Yatim melempar fitnah apabila menuduh peserta Bersih diberi makan dan diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning.

Kerjasama Air Asia lebih merugikan MAS

 





















KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kerjasama Air Asia - MAS di dalam industri penerbangan tidak memberi kesan positif buat rangkaian penerbangan tempatan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Air Asia dilihat bakal mendapat keuntungan yang lebih besar berbanding MAS yang terpaksa merangkak semula setelah mengalami kerugian besar sebelum ini.
Beliau seterusnya mendesak agar penjelasan siasatan lebih terperinci dibuat terhadap kerjasama ini bagi memastikan rakyat mendapat pemahaman dengan lebih jelas di samping tidak berlaku penyelewengan.
Mahfuz berkata demikian semasa Sidang Media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut disini, hari ini.
2 syarikat penerbangan MAS dan Air Asia telah bersetuju untuk mencapai kerjasama melalui Syarikat Khazanah Nasional sebagai langkah persaingan di peringkat global.
Khazanah Nasional menjelaskan, syarikat tersebut akan memperolehi 49% daripada hasil keuntungan manakala Air Asia memperolehi 20% dan MAS sebanyak 10%.

Pelbagai pihak sokong larangan guna pembesar suara sebelum azan subuh


GEORGETOWN, 15 OGOS – Larangan menggunakan pembesar suara sebelum azan subuh di Pulau Pinang adalah keputusan penuh Majlis Fatwa Negeri tanpa campur tangan pimpinan kerajaan negeri.
Exco Hal-Ehwal Agama Abdul Malik Kassim menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulama,  professional agama serta wakil daripada istana.
“Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.”

DAP: Nazri boleh bermimpi, kami akan kekal di Pakatan


KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pemimpin-pemimpin kanan DAP mengetepikan bulat-bulat pelawaan Datuk Seri Nazri Aziz agar komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira formula Perikatan pada 1969.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Publisiti parti Tony Pua berkata, pelawaan Nazri yang dibuat menerusi satu temu bual dengan Sin Chew Daily semalam, pihaknya akan kekal dalam Pakatan Rakyat sebagai parti untuk semua rakyat negara ini.
“Nazri boleh bermimpi. Beliau perlu dapatkan perspektif dengan betul. Kami bukan (hanya) wakil komuniti Cina, kami mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya,” kata Pua kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

Di sebalik fatwa larang baca Al Quran

Pulau Pinang memang mendapat perhatian yang cukup meluas sejak 2008 tapi malangnya tumpuan media ke Pulau Pinang lebih berniat malafide dan kadang-kadang berbaur fithan dan pembohongan. Paling menarik isu Pulau Pinang ialah berligar di sekitar isu Melayu dan Islam di Pulau Pinang dengan mesej perkauman yang rumusannya ialah tentang penindasan kerajaan Dap ke atas orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Terkini ialah isu larangan membaca Al Quran dengan menggunakann pembesar suara dari corong mesjid dan surau. Sememangnya telah diduga keputusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang isu ini akan mengundang kontraversial dan pastinya menjadi bola tanggung bagi Umno dan sekutunya untuk membidas dan melibas kerajaan negeri mengikut tema serangan media
yang sudah ditetapkan oleh sutradara-sutradara di Putrajaya.

Gereja: Jangan masuk perangkap Umno

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.
“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.
Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali
Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.
Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.
“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.

Pembangkang, Bersih bertanggungjawab

GARA-gara Mark Duggan, 29 tahun terbunuh ditembak polis beberapa tempat di kota London terbakar dan berdepan dengan rusuhan.
Rusuhan dan kebakaran juga merebatkan ke luar London seperti Liverpool, Bermingham, Bristol dan Manchester.
Tidak siapa suka dengan kejadian itu tetapi ialah reaksi setengah rakyat Britain yang marah atas tindakan polis.

Utusan putar belit fakta berita Nasrudin


KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood mengingatkan Utusan Malaysia supaya tidak masuk ke dalam katogeri golongan fasik hanya semata-mata mahu menyebarkan berita yang tidak sahih dan bohong.
Berhubung dengan tajuk berita 'Nasrudin terus desak pimpinan PAS' menampakkan kedangkalan Utusan Malaysia yang sengaja memutar belit fakta dengan menyorokkan berita yang benar.
Ini kerana katanya, kenyataan Nasarudin merupakan perkara biasa dan sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat, beliau membuat kenyataan yang adil dan itulah sifat Pemuda yang tegas.

PAS pula dakwa kenyataan Perkasa bukti Umno gagal bela Islam

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pendirian Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan itu mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam merupakan satu pengakuan bahawa Umno tidak mempertahankan agama itu selama ini, kata pemimpin PAS hari ini.
“Jika Umno mempertahankan Islam, maka sudah tentu Perkasa akan mengatakan bahawa ia akan menggantikan Umno,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.