Khamis, 11 Ogos 2011

Cara SPR membantu BN menipu

Sistem demokrasi pada umumnya merupakan suatu proses di mana pilihanraya akan diadakan bagi membolehkan rakyat jelata untuk memilih kerajaan mereka. Sesebuah kerajaan perlu memperbaharui mandate mereka apabila tibanya masa sebagai penilaian terhadap prestasi kerajaan tersebut di penggal yang lalu yang jauh bezanya dengan sistem autokratik di mana pemerintahnya tidak perlu menghadapi sebarang pilihanraya.

Walaubagaimanapun, sesuatu pilihanraya tidak semestinya membawa kepada perubahan menyeluruh di dalam pentadbiran kerajaan bercirikan sistem satu parti di mana parti memerintah sahaja yang berpeluang untuk memenangi pilihanraya tersebut. Kerajaan yang tidak berani menghadapi pertandingan di dalam pilihanraya tetapi tetap terpaksa menghadapi pilihanraya akan mencuba untuk mencacatkan sistem demokrasi tersebut dengan memutarbelit dan menyulitkan perjalanan sistem tersebut.

Kenapa takut pada DAP?

Oleh Amaluddin Zhafir

11 OGOS – Apa yang DAP janjikan bukanlah hal-hal yang berbentuk material semata-mata tetapi ikrar DAP khasnya dalam bentuk ‘roh’ untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan 1957.
Bermula dengan slogan Malaysia untuk Rakyat Malaysia kepada Utamakan Rakyat Malaysia, dan diperincikan lagi dengan Jalan Tengah Malaysia, DAP sentiasa konsisten menjunjung semangat Perlembagaan.
Sama sekali tidak pernah DAP mengkhianati roh ini. Ini kerana…
…DAP bukan UMNO.

Mursyidul Am Parti Gerakan Yang Baru

http://2.bp.blogspot.com/-N63hTVpdZ0o/TXEsI2kfmjI/AAAAAAAAG64/VAKV7rP3u-k/s1600/ali%2Bketam%2Bbiawak.jpg

Gerakan perlu pemimpin baru jika mahu rampas P. Pinang - Zahrain

PETALING JAYA 11 Ogos - Parti Gerakan perlu menukar kepimpinannya dengan menonjolkan muka baru jika mereka serius mahu merampas kembali Pulau Pinang daripada pihak pembangkang, kata seorang Anggota Parlimen bebas negeri itu.

Pakatan will take over in GE-13: "I feel it in my bones"

Pakatan will take over in GE-13: "I feel it in my bones"In the wake of the Bersih 2.0 rally for free-and-fair elections and given the many blunders made by Prime Minister Najib Razak in handling recent issues plus the "messy" way in which the country was being run, expectations for the Pakatan Rakyat to take over the federal government is high, come the next general election.
However, some remain unconvinced by the forecast of prominent academic Wong Chin Huat, who expects Pakatan to win 100 seats, 18 more than in the last general election. In the last general election, Barisan Nasional grabbed 140 out of the total 222 seats avaliable, losing its two-third majority.
Wong believed that the July 9 Bersih 2.0 rally may help push Pakatan Rakyat's 2008 tally of 75 federal seats to a whopping 100 seats. That would mean 12 seats short for the PR.

Tersepit : Nazri sahkan usaha selesai luar mahkamah, tapi bukan selamatkan Tajuddin


KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan Putrajaya memutuskan untuk menyelesaikan kes Tan Sri Tajuddin Ramli di luar mahkamah tetapi menafikan ia akan mengakibatkan usaha menyelamatkan hutang besar bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah diarahkan agar menarik balik kes saman ke atas Tajuddin awal bulan ini untuk menamatkan kes saman melibatkan Tajuddin.
Beliau menegaskan langkah itu bukan usaha “menutup dan menyembunyikan” sesuatu tetapi bagi mencari jalan penyelesaian selepas dicadangkan oleh “orang Tajuddin” kira-kira enam bulan lalu.

Video : London Riots 2011 LIVE Footage of Rioting & Looting IN ENGLAND

Video : Guys Fight With The Police In Riots - In Hackney Gets Knock to The Ground

Negara Berkebajikan: Jahil feqah politik jadi punca

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Orang yang jahil terhadap feqah politik Islam terus menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibawa oleh PAS adalah sama dengan pentadbiran kerajaan Malaysia yang ada pada waktu ini.
Malah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ada yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan adalah sama dengan istilah welfare state yang diamalkan di negara Britain dan Sweden atau liberal welfare state yang diamalkan di Amerika Syarikat.
Justeru, katanya buku kecil Konsep Asas Negara Berkebajikan perlu lahir untuk memberikan penjelasan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS adalah tidak sama dengan negara kebajikan (welfare state) yang difahami oleh kalangan pengamal sains sosial dan sains politik pada waktu ini.
“Apa yang ingin ditekankan dalam buku ini ialah bahawa pemahaman terhadap konsep Negara Berkebajikan perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaannya melalui sumber asasi ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS mengikut perlembagaannya [Fasal 5(1) dan Fasal 7(1)] dan bukan hanya slogan politik pilihan raya semata-mata,” jelasnya dalam buku tersebut.

Anak Yatim : Sedikit sumbangan lakar senyuman Aidilfitri


KUBANG KERIAN, 11 Ogos: Kisah malang yang menimpa anak-anak yatim Kampung Chicha yang disiarkan minggu lepas telah mendapat simpati yang begitu meluas daripada para pembaca Harakahdaily dan masyarakat Malaysia.

Setakat hari ini, Khamis 11 Ramadhan bersamaan 11 Ogos 2011, jumlah sumbangan yang diterima telah mencapai lebih RM20,000.
(Salahudin menyerahkan sumbangan pertama kepada anak-anak yatim kampung Chicha ekoran kebakaran rumah mereka)

Jais: Kami tak serbu, hanya ‘pemeriksaan untuk pastikan kehadiran Muslim’

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Selepas lebih seminggu laporan media, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini tampil membuat penjelasan berhubung kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dan menegaskan ia hanya “pemeriksaan biasa untuk memastikan kehadiran orang Islam.” Tegas Pengarah Jais Marzuki Hussin, pemeriksaan itu dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berdasarkan maklumat majlis makan malam muhibah itu diadakan di sebuah gereja.
“Jais hari ini menegaskan kepada umum bahawa tiada ‘serbuan’ yang dilakukan pegawai penguatkuasa Jais dan polis di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu sebaliknya hanyalah pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam.
“Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam muhibah di sebuah gereja,” katanya menambah pemeriksaan telah dilakukan kira-kira pukul 9.45 malam.

Kerang Rebus

Oleh Asi Dani

Ibu dengan nafas yang tercungap-cungap, terus gagah mengacau seperiuk kerang rebus di atas tunku dapur. Dengan asap kayu api yang semakin berkepol-kepol keluar, masih tak dapat menolak ibu ke tepi dari terus mengacau kerang-kerang itu. Begitulah sikap ibu, urusan dapur jangan ada sesiapa yang mempersoalkannya sekalipun dia sakit semput.
Dalam sibuk mengacau kerang, sambil menyorong-nyorong kayu api, tangannya masih sempat menggiling lada. Sambal lada yang masam pedas ini memang hebat rasanya. Itulah harapan tinggi seorang anak pada masakan ibunya.

Indahnya belajar bersama kaum lain

Oleh Nurul

11 OGOS – Saya dilahirkan di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak sulung daripada lapan orang adik-beradik. Bapa saya berketurunan Pakistan dan ibu berketurunan Arab, dan saya dibesarkan dalam suasana Islam.
Pendidikan saya bermula dari aliran Cina dan kemudiannya ke sekolah di Alor Setar. Kini saya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej aliran Cina di Pulau Pinang dalam bidang Multimedia Design.
Setelah menduduki peperiksaan SPM dan semasa menunggu keputusan saya telah memohon untuk memasuki kolej ini pada bulan Januari lalu. Alangkah terkejut dan gembirnya permohonan saya diterima.

LIMA BEKAS AHLI PKR mahu tunjuk hebat !!

Cuba selamatkan Najib dari terkena demam panas !

Lima ekor katak yang merupakan bekas ahli PKR  diberitakan bersedia menjadi saksi menggantikan Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam kes liwat 2  yang penuh dengan adegan-adegan senget sebelah!

Mereka  ialah Ezam Mohd.Noor bekas Ketua Pemuda Keadilan merangkap Senator Upahan Najib Tun Razak, Anuar Shaari;  bekas pegawai khas, Rahimi Osman; bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. 

Tak pastilah sama ada mereka benar-benar sanggup menjadi perisai kepada Najib! atau acah-acah aje ! Mereka mendakwa kononnya Najib tak layak menjadi saksi,  Najib tiada  kena mengena atau tidak tahu menahu dalam kes liwat Saiful itu. Wow ! apa kena dengan spesis katak lima  ekor ini? Tiba-tiba saja hari ini menyalak memanggil hujan ! Masih nak meneruskan agenda menipu rakyat?  Bukankah rakyat sudah cukup kenal dengan Najib? Najib pembelit!,  Najib lidah bercabang ! Dah cukup jelas dan terang bahawa  Najib memang terlibat ! Tak usahlah kalian nak tunjuk berani.  nak tunjuk cerdik!  Orang cerdik tak akan sanggup masuk semula kedalam tong najis !!

Babi di juadah Ramadan: Star dipanggil KDN

star pork photo report 110811Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Kes Tajuddin Ramli ditangguh hingga 29 Sept, peguam Umno membisu

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Kes saman berjuta ringgit dan saman-saman balas melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditangguhkan sehingga 29 September ini ekoran satu arahan kontroversi daripada Putrajaya agar kesemua pihak menyelesaikannya di luar mahkamah. Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun enggan bercakap mengenai isu itu hari ini meskipun arahan Putrajaya menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Nazri Aziz menyebutkan bahawa beliau akan mewakili kesemua GLC.
“Saya dalam mesyuarat (Sibu). Biar ia selesai sebelum kita bercakap... maaf, terima kasih,” kata beliau menerusi mesej SMS pagi tadi.

Tajuddin settlement proof political patronage alive and well, says Pakatan


Rafizi said Tajuddin could save more with the deal. — File pic
KUALA LUMPUR, Aug 11 —Pakatan Rakyat (PR) has flayed Putrajaya’s decision to drop all claims against Tan Sri Tajuddin Ramli, calling it proof that Barisan Nasional (BN) is resorting to political patronage to fund its war chest ahead of the next general election.

MoCS not cowering to police threats

Nervous Sarawak police, fearful of a Bersih 2.0 style gathering, have allegedly threatened to arrest participants of the Aug 13 'Walk for Democracy and Reform' in Kuching.
KUCHING: The Sarawak police have denied Movement of Change, Sarawak a permit for their Aug 13 “Walk For Democracy and Reform” programme and threatened to arrest anyone seen in the vicinity.
But a deeply disappointed but undaunted MoCS chief Francis Siah has said that “the event will proceed” despite the threats.
“The event will proceed as planned at the Museum garden at 2 pm this Saturday on a scale that will not break the law.
“Today I have contacted our friends and supporters from outside Kuching to cancel their trip to the state capital for the event.

Cronyism fuels inflation, says Pakatan

MP Dzulkefly Ahmad blames withdrawal of subsidies for rising prices.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat has challenged Prime Minister Najib Tun Razak to dismantle what it calls the culprit of inflation — crony capitalism.
“They know how to do it, but they don’t want to do it,” said Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad, who heads Pakatan Rakyat’s budget committee.
He was responding to Najib’s latest statement on what the government was doing about the rising cost of living.
“We will look into ways to improve the agriculture supply chain to ensure minimal food loss during the production and supply process,” Najib said in a blog entry on 1malaysia.com.my.

Video : Belum Ada Petunjuk Bila Boleh Temubual Najib, Rosmah

Video : MBPJ Nafi Spekulasi Mahu Sita Gereja Methodist Damansara Utama

Kenyataan Wan Ahmad bukti SPR tali barut Umno- Fuziah


 KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah salleh menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhan Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan badan itu sebenarnya tidak bebas dan berat sebelah.
Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa Pakatan Rakyat mengulangi agenda politik kotor untuk menang PRU-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.
Kenyataan Wan Ahmad itu disiarkan Utusan Malaysia- sebuah akhbar milik Umno.
“Saya nak nasihatkan Wan Ahmad agar hentikanlah dari menjadi tali barut umno dan bersifat berat sebelah”, kata ahli parlimen Kuantan itu.

Pakatan: Deputy IGP’s London-Bersih parallel insults intelligence

DIGP Khalid had said that the UK riots are evidence of the “nightmares” that can be prevented by avoiding street protests. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Aug 11 — The federal opposition has ridiculed deputy police chief Datuk Seri Khalid Abu Bakar for using the London riots, where individuals have been attacked and stores looted, to argue that street protests should be avoided. Pakatan Rakyat (PR) lawmakers, who strongly backed the July 9 Bersih rally where police dispersed demonstrators with tear gas and water cannons, said that the deputy inspector general of police was comparing “apples not just to oranges, but to spaceships.”
“The comparison beggars belief. Khalid should be reminded who is holding arms in London and who was doing the same in Kuala Lumpur,” DAP publicity chief Tony Pua told The Malaysian Insider.

SPR & JPN Khianat : Banyaknya aduan status pengundi

Oleh ABD SHUKUR HARUN
WALAUPUN momentum yang menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat http://maidoali.files.wordpress.com/2011/06/ic.jpg?w=300&h=202terus kekal sejak Himpunan Bersih 2.0, masih tetap ada kebimbangan di sana sini yang perlu diberi perhatian.
Yang paling membimbangkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini ialah berita-berita di sana sini yang mendakwa ada para pendatang yang mendapat status sebagai warganegara dan terus menjadi pengundi. Ini sesuatu yang berbahaya dan sama sekali tidak dapat diterima.

BSKL Menjunam : Persatuan Pengguna Saran Najib Ambil Ikhtibar


SHAH ALAM 11 OGOS : Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disarankan agar mengkaji semula kelemahan diri hingga menyebabkan kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur (BSKL) sejak Jumaat lalu.

Malah menurut Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George, kerugian yang dialami pelabur itu juga didakwa berpunca daripada keengganan  dari terus melabur di Malaysia berikutan bimbang dengan agenda politik yang dimainkan Umno-BN.

Bekas KP Ikim: Jais, jangan ambil masa terlalu lama


Pemandangan luar gereja DUMC di Petaling Jaya 11 Ogos 2011. — Foto Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 12 Ogos —  Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak sewajarnya mengambil masa “terlalu lama” untuk menjelaskan hasil siasatan di sebalik serbuan agensi itu ke atas majlis makan malam muhibah anjuran sebuah gereja minggu lalu. Tegas beliau, semakin lama isu ini dibiarkan berterusan tanpa penyelesaian, maka semakin lama rakyat akan mengalami kekeliruan dan semakin banyak komen, terutama komen-komen negatif dan mengandungi tuduhan atau tohmahan liar, akan menjalar dalam masyarakat.

Nazri: Saya tak arahkan GLC, saya hanya nasihati....Baik Tuan Punahsihat...!!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengakui beliau menghantar surat kepada syarikat-syarkat berkaitan kerajaan (GLC) pada 8 Ogos lalu berhubung penyelesain dengan Tan Sri Tajudin Ramli, tetapi menafikan mengarahkan mereka membatalkan saman ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia itu.

DPMM: Langkah MAS, AirAsia bukan formula terbaik

Syed Ali memberi temuramah dengan The Malaysian Insider hari ini di Kuala Lumpur. — Foto Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Penjualan dan pertukaran saham bukan penyelesaian terbaik bagi perkembangan sesebuah entiti strategik negara, kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Al Attas Syed Ali berkata pihaknya melahirkan kebimbangan ia akan menjadi satu trend penyelesaian selepas ini bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
"Kami memandang berat urus niaga sebegini di mana saham-saham pegangan kerajaan yang mewakili rakyat keseluruhan akhirnya akan terhakis kepada pihak luar," katanya kepada media sebagai respon DPMM terhadap urus niaga pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia kelmarin.

JAIS bersuara: Tiada serbuan di gereja

Selepas lebih seminggu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya bersuara buat kali pertama dengan menegaskan bahawa tiada serbuan dibuat terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya.

Sebaliknya, menurut Pengarah JAIS Marzuki Hussin, kehadiran pegawai penguatkuasanya dan anggota polis hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".

‘Post-mortem showed youth killed by cops’

A post-term on Mohd Hanafi Omar, one of the three youths killed at Glenmarie last year, shows that he had died from three gunshot wounds, says the family's lawyer.

PETALING JAYA: One of the three youths who were shot dead by police last year in Glenmarie had died from three gunshot wounds – two to the cheek and one to the chest – which was fired at a 45 degree angle.
This finding, said the family’s lawyer, reaffirmed that the three were murdered by police in cold blood.
The post-mortem report on Mohd Hanafi Omar, 22, was released to the press by lawyer N Surendran today outside the Petaling Jaya police headquarters.
The family had lodged a fresh report urging the police to open an investigation of the case for murder.
Previously, the post-mortem reports on Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15, and Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, indicated that they were shot at close range.

Video - Teen shooting: Police silence disturbing, says PKR

Workers to ‘sweat’ to reduce govt power bills

The government wants its employees to cut down on the usage of air conditioners in federal buildings to reduce costs.

PUTRAJAYA: The government is seeking to slash its hefty power bills by reducing the use of air- conditioners in all its buildings. It is also mulling to stretch the policy to the private sector.
Energy, Green Technology and Water Minister Peter Chin Fah Kui today said the move would see the government’s utility costs slashed an estimated four to seven percent for every degree of temperature reduced from the total amount spent on air-conditioning in federal buildings.
He said that the air-con temperature in government offices will be set at a minimum of 24 degrees Celcius.
About 40% to 60% of Putrajaya’s electricity bill goes to air-conditioning, Chin said, adding that the move was part of an immediate measure to kickstart the government’s long-term energy efficiency masterplan.

‘Kami tidak teragak-agak untuk gempur’ - Ugut PVTM

Persatuan Veteran Tentera Melayu juga mahu agar MB Selangor tidak mencampuri urusan Jais yang menjalankan tanggungjawab bagi melindungi kepentingan agama Islam.

SHAH ALAM: Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) memberi amaran keras kepada
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak bersikap ‘double standard’ berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mahu mencegah penganut Islam dari murtad.
Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom juga mahu agar Khalid tidak mencampuri urusan Jais yang menjalankan tanggungjawab bagi melindungi kepentingan agama Islam.
Beliau berkata amaran itu turut ditujukan kepada pihak pembangkang dan sekiranya ia gagal maka mereka tidak teragak-agak untuk menggempur mana-mana pemimpin yang mengaibkan Islam.

Hot on 'secret' MAS-AirAsia deal comes reprieve for ex-Daim Boy, Tajudin Ramli

Hot on 'secret' MAS-AirAsia deal comes reprieve for ex-Daim Boy, Tajudin RamliAmid growing concern that Malaysian taxpayers have again been taken for a ride by the UMNO elite, Opposition leader Anwar Ibrahim ticked off Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz for allegedly instructing Government-Linked-Companies or GLCs to withdraw lawsuits filed against for MAS chairman Tajudin Ramli.
Among the affected GLCs were Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd. These firms had sued Tajudin for losses suffered by MAS amounting to billions of ringgit, and there is concern that with a stroke of pen, Prime Minister Najib Razak's administration was bailing out fallen tycoon Tajudin.
"Such orders should have come from the Minister of Finance and not Nazri as this concerns GLCs. The government said it had a strong case against Tajudin involving billions of ringgit in filing the suit. It is a disturbing," Anwar, a former Finance minister, told reporters on Tuesday.

Fitnah II: Najib, Rosmah lambatkan perbicaraan- Peguam

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terpaksa ditangguhkan lagi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor masih enggan ditemubual peguambela Anwar.
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, perkara itu secara tidak langsung akan terus melambat-lambatkan lagi bicara kes itu yang sepatutnya memasuki peringkat pembelaan minggu hadapan.
“Jika mereka (pendakwa raya) tidak menyediakan semua saksi seperti dipersetujui sebelum hari Jumaat ini maka, perbicaraan tidak boleh diteruskan pada hari Isnin (depan),” kata Sankara Nair dalam satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Keadilandaily.
Najib dan Rosmah termasuk dalam senarai saksi-saksi yang mahu ditemubual pasukan peguam Anwar sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.

Video : Malaysia Tersenarai Negara Sekat Kebebasan Agama

Video - Bukit Jalil Estate: Court rules in favour of DBKL

Video :DIGP's statement shows his 'ignorance', says Nurul

Pembangunan tanah: Model rasmi kerajaan vs Cara tradisional rakyat

Komuniti kaum asli Sarawak agak resah secara umumnya apabila diperkenalkan konsep bank tanah (land bank concept) pada awal tahun 1990-an.  Mereka bimbang cara penerokaan tanah bakal mengakibatkan mereka kehilangan hak adat.  Untuk memastikan model pembangunan ini boleh dilaksanakan, kerajaan Barisan Nasional mula menyebarkan propaganda untuk meyakinkan rakyat, agar menerima pembangunan "dari atas ke bawah" ini.  Antara yang paling dipertikaikan ketika itu adalah "siapa yang dimanfaatkan" dari program tersebut.

Wakil rakyat yang berkenaan berkata kepada pengundi desa, mereka menyertai "Joint Venture Corporation" tersebut dengan "tanah" sebagai sahamnya.  Maka mereka tidak perlu membanting tulang berkebun, dan hanya perlu menunggu dividen syarikat.  Peserta projek adalah pemegang saham, dan akan menjadi jutawan selepas beberapa tahun.

Ada Berani : Najib, Rosmah masih belum muncul untuk ditemubual.....

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor masih belum muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk ditemubual walaupun perintah mahkamah sudah dikeluarkan terhadap mereka.
Ini berikutan dua saksi yang ditemubual hari ini cuma pengawal peribadi Anwar, Mokhtar Mustafa dan pemandunya, Abdullah Sani Said, lapor Malaysiakini.
Mereka ditemubual kira-kira sejam oleh peguam Anwar, Sankara Nair dan Karpal Singh.
Anwar turut hadir pada sesi temubual itu.

Prasarana tak berganjak ambil alih tanah Jalan Sultan

MRT Prasarana Negara Bhd, yang akan memiliki dan mengendalikan projek My Rapid Transit (MRT) enggan berganjak dengan keputusannya untuk mengambil-alih tanah di sepanjang Jalan Sultan bagi pembinaan terowong bawah tanah kerana penjajarannya sudah ditetapkan.

NONEPengarah kumpulan bahagian pembangunan projek Prasarana, Zulkifli Mohd Yusoff berkata koridor MRT itu mesti melalui Jalan Sultan kerana ia jalan paling optimun bagi menghubungkan stesen MRT Pasar Seni dan Merdeka.

Pada sesi taklimat dengan kira-kira 100 pemilik tanah di Jalan Sultan yang berang di Kuala Lumpur hari ini, Zulkifli berkata stesen berkenaan tidak boleh dipindahkan kerana ia mesti menghubungkan stesen LRT Pasar Seni sekarang ini dengan bangunan kontroversial 100 tingkat - Warisan Merdeka yang masih belum dibina itu.

"Bagi kami, stesen MRT Merdeka sudah muktamad,” katanya sambil menolak permohonan peniaga agar stesen Merdeka dipindahkan demi menyelamat bangunan kedai mereka.

Bila Amanah mahu tunjuk belangnya?

SUDAH dua minggu Tengku Razaleigh melancarkan penubuhan Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, namun  belum diketahui apa kegiatan dan rancangannya.

Ia hanya diketahui dengan apa yang diumumkan pada hari pelancarannya iaitu, ia mahu jadi NGO yang menghidupkan legasi kemerdekaan yang diamanah oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan fokas awalnya adalah tentang kepincangan pimpinan Perdana Menteri Najib dan halatujunya.

Oleh kerana ia didukung oleh bekas menteri dan timbalan menteri Barisan Nasional serta bekas menteri negeri dan exco, maka tentulah NGO orang-orang politik yang kurang aktif atau sudah tidak aktif itu menarik perhatian.

Banduan penjara di Kelantan dakwa dibogelkan

Seorang bekas banduan di Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan mendakwa hak asasinya dicabul sepanjang dua minggu penahanannya itu.

NONEAhmad Syauqey Abdul Ghani berkata dia dan 113 banduan lain diarahkan oleh warden penjara untuk berbogel beramai-ramai pada hari dia dihantar ke penjara iaitu pada 23 Jun lalu.

“Saya dalam keadaan takut dan keliru bersama-sama dengan rakan banduan yang lain terus menelanjangkan diri beramai-ramai. Keadaan sedemikian sangat mengaibkan saya.

“Arahan diberi secara berperingkat melibatkan 10-20 banduan pada satu-satu masa. Kami kemudiannya sekitar 20 orang diarah untuk pergi berak. Keadaan ratusan manusia bogel sangat dasyat, memalukan dan di luar perikemanusiaan,” tulisnya kepada Malaysiakini dalam emel.

Bekas sukarelawan dengan pemantau pilihan raya Mafrel itu sempat melakarkan beberapa keping lukisan bagi menggambarkan keadaan di situ.

Isu PR: KDN diberi masa 7 hari

PUTRAJAYA, 11 Ogos: Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi masa tujuh hari kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat penjelasan berhubung isu penduduk tetap (PR) menjadi warganegara dan didaftarkan sebagai pemilih.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, sekiranya KDN gagal berbuat demikian, pihaknya akan membawa perkara tersebut terus kepada Perdana Menteri.

Nisbah Menteri Kabinet Dengan Penduduk ....Kabinet Dapur Kerajaan Laki Bini..!!!

 
Fakta menarik antara nisbah penduduk dengan bilangan menteri yang dok jaga penduduk.
UK - 62 juta penduduk 23 menteri
Perancis - 66 juta penduduk 23 menteri
US - 312 juta penduduk 12 ahli kabinet
Malaysia - 28 juta penduduk 30 menteri.

Itu belum lagi termasuk Duta, Pesuruhjaya dan Penasihat Agama bertaraf Menteri
"Kabinet Malaysia = Kabinet Dapur"

Izzah: Kenyataan Khalid serlahkan kejahilannya


Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar membidas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata perhimpunan BERSIH 2.0 mungkin menyebabkan rusuhan seperti apa yang berlaku di kota London sekarang.

Beza undi PR dan BN hanya 5%- Abu Hassan

KUALA LUMPUR: Fenomena perhimpunan Bersih 2.0 yang melanda rakyat Malaysia baru-baru ini, telah memberikan momentum yang cukup besar kepada Pakatan Rakyat, berbanding Barisan Nasional.
Keadaan itu menjarakkan hanya dua peratus perbezaan undi antara dua gabungan parti politik itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, kata pengasas Zentrum Future Studies, Dr Abu Hassan Hasbullah.
“Perbezaan antara undi Pakatan dan BN hanya 5 peratus hingga 7 peratus sahaja ekoran perhimpunan Bersih tempoh hari.
“Ini kerana gambaran situasi sebenar berlaku dalam perhimpunan Bersih yang memperlihatkan kebangkitan politik generasi baru yang dikuasai golongan muda dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun,” kata Abu Hassan kepada KeadilanDaily.com.

Ayat 1000 Dinar Dalam Bilik Melacur, Hinanya!


Ayat 1000 dinar adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ayat 1000 dinar cukup ‘popular’ di kalangan orang kita,
 khususnya yang terlibat dalam dunia perniagaan.
Justeru itu tak hairanlah ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju.
Tapi percayakah anda, ayat ini juga digunakan oleh ramai pengusaha rumah pelacuran atau ‘bapa ayam’ dalam perniagaan jijik mereka itu?
Inilah realiti yang berlaku.

Hishammuddin Compromises Malaysia’s National Security By His Blind Acceptance Of 800 Boat People Rejected By Australia


Home Minister Hishammuddin Hussein’s callous support of the refugee swap between Malaysia and Australia is appalling in his attitude towards human life as a mere commodity that can be traded for money, even as he jeopardizes Malaysia’s national security.
This refugee swap will see Malaysia exchange 4000 UNHCR-recognised refugees for 800 boat people sent by Australia, for which the Malaysia government will reportedly receive RM900 million. This exchange of money between nations for human lives is vulgar and is but a form of state-sanctioned human trafficking which I condemn unreservedly.

Memahami semula sekularisme

Oleh Abu Firdaus

Ketika mulanya era kepimpinan ulama dalam PAS, soal sekularisme adalah jelas. Gerakan Islam menolak sekularisme.http://www.sekularisme.net/images/breaking_free.jpgHujahnya mudah iaitu sekularisme adalah memisahkan politik daripada agama. Sedangkan agama Islam adalah addin dan tentunya merangkumi juga politik. Justeru mengasingkan politik daripada agama adalah sesat.


Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan agama? Dan apakah yang dimaksudkan dengan politik? Agama mempunyai tiga ciri, pertama, kepercayaan dan penyembahan pada Tuhan. Kedua, agama mempunyai tradisi, upacara dan syiar masing-masing. Ketiga, agama menyeru dan menguatkuasakan perbuatan baik.

Cucu Citit Khir Toyo Usung Mangkok Tandas

Oleh Mohd Sayuti Omar
APABILA Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim membuat apologetik kepada gereja Methodist di atas keterlanjuran Jais memasuk premis rumah ibadat Kristian itu tapa mengetuk pintu saya juga kurang setuju. Terasa sangat yang Khalid membuat keputusan sendiri.

Belum pasti apakah kemasukan Jais itu benar atau secara salah tetapi Khalid sudah memohon maaf. Tindakan segera Khalid tanpa mendapat laporan terperinci itulah menguriskan hati orang Melayu, terutamanya yang mengaku kuat memperjuangkan Islam. 


Kita memahami kenapa Khalid mengambil tindakan itu iaitu untuk tidak mengeruhkan suasana. Khalid mahu agar pihak gereja tidak salah anggap dengan kejadian itu. Tetapi dalam masa sama Khalid tidak mengambil kira perasaan mereka yang kuat beragama Islam tadi.

Gejala murtad: GCM serah memo kepada Jais......Umno bantah akta murtad di parlimen...!!!!

Kebenaran dan kesahihan isu murtad ini wajar disebarkan secara meluas agar ianya dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada seluruh umat Islam.
SHAH ALAM: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru ditubuhkan, Gerakan Cegah Murtad (GCM) hari ini menyerahkan memorandum sokongan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung tindakan mereka mencegah penganut Islam dari murtad.
GCM yang mewakili 25 badan bukan kerajaan (NGO) Islam Negeri Selangor mempertahankan tindakan Jais berlandaskan peruntukan undang-undang Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam.
Memorandum itu merujuk kepada kontroversi serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, yang didakwa cuba memurtadkan segelintir umat Islam.

Hadi: Umno nak pancing undi Melayu dengan Isu Gereja...

Kenyataan media milik Umno dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali bin Abi Thalib k.w. sebagai "ucapan yang zahirnya benar tapi matlamatnya kebatilan."

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang menganggap tindakan media arus perdana mahu dilihat sebagai juara mempertahankan Islam dalam isu serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebagai usaha untuk memancing undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau menyifatkan kenyataan media milik Umno dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali bin Abi Thalib k.w. sebagai “ucapan yang zahirnya benar tapi matlamatnya kebatilan.”
Pada 3 Ogos lalu, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu gereja berkenaan di Seksyen 13, di sini ekoran kehadiran sekumpulan penganut Islam pada majlis makan malam anjuran gereja tersebut.

Bongkar Lagi : PAS dedah 264 warga Kemboja jadi pengundi hantu

264 warga Kemboja pula didaftar sebagai pengundi hantu.

PETALING JAYA: PAS terus menerus membongkar  mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan warga asing sebagai pemilih berdaftar untuk pihak tertentu dalam pilihan raya umum akan datang.
Kali ini  PAS mendakwa 264 warga Kemboja telah didaftar sebagai pengundi hantu di negeri Terengganu.
“Seramai 44 orang daripadanya tidak mempunyai rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut.
Sementara itu, Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.

Keinsafan Ramadhan Bersama Huffaz Palestin: Mohonlah Keampunan Allah

Alhamdulillah, kita masih lagi berpeluang untuk menggapai rahmat dan keampunan Allah. Sudah tentu pada setiap bulan Ramadhan kita akan mencari peluang melipat-gandakan amal kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah.
Ramadhan tahun ini memberi pengalaman baru bilamana kita berkesempatan menimba ilmu dan pengisian jiwa daripada para huffaz Palestin yang dihantar khusus oleh Rabitah Ulama Palestin ke Malaysia. Suasana kehidupan, perjuangan dan pengalaman mereka yang berbeza daripada kita dapat memberi persepsi baru terhadap kehidupan ini.
Sheikh Maher al Munajjed Sheikh Maher al Munajjed

For development’s sake, Jalan Sultan shops must go, says Prasarana


KUALA LUMPUR, Aug 11 — Sacrifices must be made in the name of development, the Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) project owner told Jalan Sultan landowners whose properties will be acquired to allow for underground tunnelling works.
Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) project development director Zulkifli Mohd Yusoff said today it was necessary to tunnel underneath Jalan Sultan as it represented the optimum alignment between the fixed points of KL Sentral and Permodalan Nasional Bhd’s (PNB) Merdeka development.
A section of those who turned up for the Prasarana briefing on August 11, 2011. — Picture by Jack Ooi
“We understand this place has been there for more than 100 years but I think all of us must realise that there must be sacrifices for development,” he told some 30 landowners at a briefing here today. “It’s not that we want to purposely acquire your land. The alignment has to go somewhere. This is for the rakyat.”
Zulkifli pointed out that Kampung Baru land had been similarly acquired for the Light Rail Transit (LRT) and other areas along the proposed Sungai Buloh-Kajang (SBK) KVMRT line will also face compulsory acquisition.
“Jalan Sultan is not the only place. We have land in Kajang, land in Kota Damansara. Everyone is affected,” he said.
He was responding to Bukit Bintang MP Fong Kui Lun, who expressed concern over the “great impact” acquisition and demolishment of part of the historic Chinatown enclave will have on the nation’s cultural heritage and tourism.

MULA KAN KEMPEN ANTI PENDATANG HARAM - INI PEMBAWA MALAPETAKA

PENDATANG HARAM MENCEROBOH WASPADA

pendatang haram masuk secara haram ke korea utara

pendatang haram akan ditangkap dan 12 tahun penjara kerja berat

pendatang haram masuk secara haram ke iran

pendatang haram ini dicap pengintip untuk isreal dan dibunuh

pendatang haram masuk ke afghanistan

akan di tembak mati

pendatang haram masuk ke saudi arabia

akan dipenjara seumur hidup