Rabu, 10 Ogos 2011

Isu Gereja & Murtad Dedahkan Hipokrisi UMNO


Murtad: Umno tolak mentah-mentah usul PAS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.

"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.

Tujuh negeri umum bonus, Pulau Pinang beri minimum RM600..Guang Eng tak patut lawan kerajaan laki-bini..!!!

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor serta Pulau Pinang merupakan tujuh kerajaan negeri setakat ini mengumumkan keputusan – mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam bulan ini.
“Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di Kuala Terengganu, lapor Bernama Online.
Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.
Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) juga mengumumkan bahawa pentadbirannya akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada kakitangan kerajaan negeri.

Cukup setengah bulan untuk sampai PRU 13?


Oleh JOHARI M

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sudah mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dan RM500 untuk kakitangan awam dan pesara.

Memang pemberian ini tidak dapat dipisah daripada dibincang bawah tajuk pilihan raya, kerana sebelum ini kakitangan awam tidak diberikan bonus, kerana katanya belanjanya akan melebihi RM3 bilion untuk bonus sebulan gaji, walaupun setengah bulan pun tidak diberi sebelum ini.

Siapa "UDIN" menantu TPM Muhyiddin Yassin

Oleh: mohdnoorawang

Siapa "Si UDIN" yang dikatakan menantu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasssin memperolehi tender membekal peralatan sistem komputer untuk jabatan kerajaan yang bernilai ratusan juta ringgit.
Malah "Si UDIN" menantu TPM juga dikatakan bakal mendapat tender untuk SPR sistem komputer dan sistem biometrik untuk SPR. PDRM, .

Namun kita sebagai rakyat Malaysia ingin kepastian dan maklumat yang benar. Kita tidak mahu TPM dan menantunya difitnah oleh kumpulan yang mahu menjatuhkan maruah dan moral TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Malah rakyat Malaysia tidak mahu melihat bakal perdana menteri Malaysia dicemari dengan isu keterisan dan salah guna kuasa seperti yang berlaku terhadap pembelian kapal salam dan peralatan tentera Malaysia.

Ahaaks : Gereja bantu Melayu, respons Pusat Zakat N.Sembilan..sape tipu sape..??

Oleh: amkns

"

Berikut respons dari laman web Pusat Zakat Negeri Sembilan berikutan laporan akhbar Berita Minggu dan Harian Metro 7 Ogos 2011 bertajuk “PUJUKAN GEREJA” dan “NUR TIADA PILIHAN” dimana seorang wanita Melayu iaitu Puan Nur dari Ampangan, Seremban mendakwa sebagai ibu tunggal gagal mendapat bantuan berterusan Baitulmal lalu dibantu oleh pihak gereja.

Women gang up against Obedient Wives Club: Sex is not everything or is it?

Women gang up against Obedient Wives Club: Sex is not everything or is it?Barely a few days after the launch of the infamous Obedient Wives Club in the Batu Kawa new township in Sarawak, PKR's women section and DAP Batu Kawa state assemblywoman, Christina Chiew, ganged together to condemn the OWC, advising women to be sensible and stay away from it.
When it was launched last Sunday with its first branch at Batu Kawa, the women from both parties were horrified that such a degrading club could make its way to Sarawakian shores. The main aim of the OWC is to teach women how to be first-class prostitutes in bed to ensure that their husbands do not stray.
In a joint press conference at the PKR Stampin branch, Chiew said she was ashamed that such a club was set up in her constituency. “I think the women in my constituency and those in Kuching or Sarawak do not need this club to teach them how to please their husbands. It brings the women back to the stone-age era where their husbands’ every demand is to be fulfilled at all times. Sex will not keep a marriage happy if there is no respect, love or care,” she said.

Salinan kad pengenalan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ....

SEJAK sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Gaysec mendakwa telah berjaya mendedahkan maklumat seorang blogger anti Islam menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, pelbagai persoalan timbul.
Nor Arlene Tan Binti Khalid menafikan bahawa dirinya adalah Hajjah Sitt Al-Wuzara, begitu juga blogger anti Islam tersebut yang turut menafikan bahawa dirinya adalah Arlene Tan, rujuk sini [Penafian Arlene]

AirAsia "Telan" MAS: Berita Buruk Buat Kakitangan MAS??


Berikutan penjualan syarikat penerbangan milik rakyat, Penerbangan Malaysia (MAS), sudah ada ura-ura penamatan tenaga manusia secara besar-besaran akan berlaku, bukan setakat rombakan dalam pentadbirannya.

Guru Tak Cukup!!! Dapat ijazah guru tak boleh jadi cikgu ....apa ke jadahnya..!!!

Kesian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pinjam PTPTN. Dapat ijazah perguruan tapi tiada peluang kerja jadi guru. Kena cari kerja bukan bidang perguruan. Kalau nak jadi guru juga kena buka sekolah sendiri agaknya. Sibuk dengan kes di UNISEL rupa-rupanya anak-anak Melayu graduan UPSI teraniaya.

PAS Edar Buku Penjelasan Negara Berkebajikan.

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Buku Konsep Asas Negara Kebajikan karangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sekadar menggariskan maksud, konsep umum dan tuntutan sebuah Negara Berkebajikan.

“Buka kecil ini juga bukan sebuah tesis kajian ilmiah di mana susun atur isi dan penulisan dalam buku ini adalah disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh rakyat kebanyakan,” tulis Tuan Guru Abdul Hadi pada bahagian Muqadimmah.

Menurutnya, buku itu juga tidak bermaksud untuk memperincikan seluruh program kebajikan yang dimaksudkan oleh PAS.

APA DIA MALAPETAKA 31 OGOS

BANGUN DAN LAWAN

31 OGOS HARI MALAPETAKA

Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin dimana sahaja mereka terbuang akan menyambut hari Nakba - hari Malapetaka. Pada 15 Mei 1948 negara Israel telah di cacakkan ke bumi Arab. Semenjak tarikh itu warga Palestin dan Arab terus hidup dalam kesangsaraan. Tanah mereka telah dirampas. Mereka menjadi orang pelarian. Huru hara berterusan di bumi Arab kerana kerenah kaum Zionis Israel. Nakba ialah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Terlalu ramai Senator dalam kabinet dapur Najib

Dengan perlantikan Palanivel, Presiden baru MIC sebagai Senator dan dilantik sebagai anggota kabinet, maka kabinet Najib mempunyai begitu ramai senator. Ada lima orang senator sebagai Menteri penuh, dan ada 5 orang senator sebagai Timbalan Menteri.

Kalau saya tidak silap, semasa Tun Haji Abdul Razak Hussain menjadi Perdana Menteri, hanya ada seorang sahaja Senator yang berjawatan Menteri. Senator itu pun hanya kekal sebagai senator selama lebih kurang 6 bulan sahaja untuk memahirkan dia sebagai Menteri, dan selepas itu Menteri berkenaan meletakkan jawatan sebagai Senator dan bertanding di kawasan Parlimen Lipis, iaitu Senator Tan Sri Ghazali Shafei.


Kabinet Najib dari masa ke semasa menambahkan bilangan Senator menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

Utusan rancang gugur kalimah Islam dari PAS?

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dengan Umno hari ini seakan merancang dakyah supaya PAS menggugurkan nama Islam dari parti berkenaan menggunakan akhbar Utusan Malaysia.

PAS didesak demikian gara-gara dituduh seolah-olah tidak membela pendirian Exco Agama Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang menyokong langkah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan kontroversi tanpa waran di majlis makan malam dalam perkarangan Gereja Methodist di Damansara Utama, minggu lepas.

Jurang Realiti 3

Oleh MSK
Trend politik sekarang pun sudah mengikut trend sistem pendidikan dan sistem ekonomi.
Kalau dulu, ibubapa, guru dan sekolah bergerak secara dinamik, sekarang mereka dikotak-kotakkan untuk memudahkan kapitalis mengaut keuntungan melalui sistem pendidikan. Keputusan peperiksaan bukan lgi terletak ditangan guru..tapi ditangan politikus. Kalu peratus yang lulus rendah, maka markah lulus pun diturunkan untuk membolehkan lebih ramai pelajar lulus dan seterusnya layak untuk melanjutkan pelajaran.

Chon Kai rasa penahanannya bawah EO6 "berbaloi"

Di luar dugaan, rakyat jelata tanpa rasa takut tampil untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan, sepanjang tempoh penahanan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) - sehingga mereka dibebaskan.  Sokongan yang melambak ini amat terharu buat Choo Chon Kai, antara enam orang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO6), sehingga menganggap penahanan terhadap dirinya adalah "berbaloi"!

Choo Chon Kai (gambar kanan) agak terkilan apabila diberitahu oleh peguamnya pada 7 Julai, bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan di dalam stadium.  Beliau bimbang keputusan ini bakal menggagalkan perhimpunan BERSIH 2.0, lantas memberi tamparan terhadap gerakan demokrasi di Malaysia.

Beliau yang diputuskan dari semua saluran maklumat sungguhpun resah dengan apa yang berlaku pada 9 Julai, namun tetap enggan bertanya pegawai polis ataupun SB (anggota cawangan khas) mengenai perhimpunan tersebut.  "Kerana saya sedar, mereka tidak akan memberitahu apa yang berlaku sebenarnya.  Ada yang berkata kepada saya, hanya 20 orang ditangkap, dan Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) terjatuh dari motorsikal," katanya.

Bajet 2012 - Permata Hati : Rakyat mahu naik gaji, bukan bonus sementara

KUALA LUMPUR, : Pemberian bonus setengah bulan gaji denghttp://segalaceritera.com/atik/wp-content/uploads/2010/08/bonua.jpgan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam, hanya penyelesaian bersifat sementara, kata Adun Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya menaikkan gaji mereka berbanding hanya memberi bonus apatah lagi dalam keadaan kos kehidupan yang terus meningkat lebih-lebih lagi untuk persiapan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.


"Saya ingin memberi pandangan bahawa jika benar Najib Razak fikir perihal kepayahan rakyat, mengapa mengumumkan langkah yang cuma penyelesaian masalah bersifat sementara.

Pertukaran saham MAS-AirAsia wujudkan monopoli

KUALA LUMPUR: Pertukaran saham di antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia membangkitkan kerisauan serius tentang penguasaan AirAsia dan kemungkinan berlaku monopoli ke atas industri penerbangan tanahair.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu mungkin membawa kepada monopoli kerana ia membabitkan monopoli dan juga broker kuasa politik.
“Malah, penglibatan Pengerusi AirAsia, Tony Fernandes dan penamanya dalam lembaga pengarah MAS turut menimbulkan konflik kepentingan walaupun beliau memegang jawatan bukan eksekutif,” kata Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

PM pastikan kos hidup tinggi dapat diuruskan untuk tampung kerajaan laki-bini..!!!

NONEKerajaan akan bekerja keras untuk memastikan masalah rakyat mengenai kos kehidupan tinggi yang dihadapi mereka sekarang dapat diuruskan dalam keadaan global yang mencabar pada masa kini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melakukan yang terbaik dalam menangani kos-kos yang semakin meningkat dan mencari jalan untuk mengurangkan kesannya kepada rakyat.

Beliau berkata, Bajet 2012 akan datang akan memberikan tumpuan kepada pengurusan kos kehidupan rakyat dan kerajaan akan merancang strategi terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat dan pada masa sama menguruskan perkembangan ekonomi negara.

Justeru katanya, kerajaan telah mengumumkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ketujuh iaitu menangani kos sara hidup yang kian meningkat, tahun ini, setelah mengambil kira kenaikan harga makanan dan bahan-bahan keperluan yang berlaku di peringkat global.

Bersih 2.0 : Polis Ambil Keterangan Tony Pua


KUALA LUMPUR 10 OGOS: Polis hari ini mengambil keterangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung insiden semburan gas pemedih mata dan meriam air di Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas. 

Tony Pua yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10.45 pagi tadi berkata beliau hanya memberikan keterangan mengenai apa yang dilihatnya pada hari kejadian.

“Saya telah memberikan kenyataan saksi,  di mana saya berada di Chinese Maternity Hospital bersebelahan dengan Hospital Tung Shin di mana saya nampak secara langsung pihak polis menyembur water canon terus kepada  orang ramai yang berkumpul di dalam kompaun tersebut.”jelasnya kepada pemberita selepas memberi  keterangan.

NAJIB DAN ROSMAH YANG DIPANGGIL, PENCACAI TUKANG KIPAS PULA YANG TAWARKAN DIRI

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Najib dan Rosmah dipanggil untuk menjadi saksi kes fitnah Liwat II DS Anwar, maka beberapa ekor pencacai berebut-rebut mahu dipanggil menjadi saksi agar dapat dilihat sebagai `Panglima' untuk `cover' bos mereka.

Ezam sesumpah, Zul Kulim `firaun besar' termasuk juga Gobala yang didedahkan dapat wang jutaan ringgit keluar parti itu serta beberapa ekor lagi sanggup menjadi `tukang sapu' najis bos mereka. Ezam sesumpah mendakwa mengapa Najib dan Rosmah dipanggil sebagai saksi sedangkan mereka berdua tiada kena mengena dengan kes tersebut.

Terlalu tumpul otak Ezam sesumpah bila berkata sedemikian. Bukan Ezam sesumpah tidak tahu siapa orang pertama yang ditemui oleh Saiful untuk melaporkan bahawa kununnya dia diliwat. Malahan Saiful ke rumah Najib dengan mudah untuk menceritakan kejadian tersebut. Masih tiada kena mengena jugakah dengan kes Saiful?

Anwar slams 'secret' MAS-AirAsia, fears deal will marginalize employees

Anwar slams 'secret' MAS-AirAsia, fears deal will marginalize employeesThe MAS-Air Asia share swap announced yesterday raises serious concerns over the dominance of Air Asia over MAS and effectively reducing competition between the two. This may lead to a virtual monopoly of the domestic airline industry by in the long run and gives rise to risks and concerns associated with monopolies, more so because of the involvement of cronies and political power brokers.
The swap accompanied by effective participation of Tony Fernandes and his nominees in the board of MAS raises the likelihood of a conflict of interest notwithstanding his purported ‘non-executive’ position. This is clearly a violation of corporate governance rules and should not be condoned.

Duit Haram tuuuu : Juara Penghasut, Juara Fitnah.. Pemenangnya...????


Wooiittt... apa ka nama si botak haramjadah yang jadi juara menghasut orang kampung memulangkan semula wang wargaemas kepada kerajaan Pulau Pinang tahun lepas.... ntah apa menatang haramjadah pulak laaaaa.... nama si tua kutuk nak mampuih tuuuu.... perghhhhh.... haaaa... tu diaaa.. gambaq dia ada kat bawah tuuuu... nama dia sori gua tak tau...

20 Orang Bertopeng & Berpenyapu Tunjuk Perasaan Di SUK Selangor..ha..ha.,..orang tahu asal usul penyapu ni..!!!



Kira-kira 20 orang yang mendakwa mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi di depan pagar Bangunan SUK di Shah Alam, pagi ini.

Kumpulan itu menggelarkan diri mereka Pemuafakatan Waris Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak).

Sambil memakai topeng Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mereka membawa mangkuk tandas, penyapu lidi, berus pencuci tandas dan pencuci lantai.

Bongkar : Skandal Musa Aman Dan Kroni-Kroninya Di Sabah


Berhadapan dengan monumen Malaysia, sepanjang Jalan Pantai ada sebidang tanah, milik kerajaan.

Sebelumnya tanah tersebut dijadikan tempat perhentian bas dan teksi.

Saya difahamkan tanah tersebut milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Kini di tanah tersebut tersergam megah Hotel Horizon and Spa.

Hotel bertaraf 4 star itu dimiliki Gary Saw, seorang berbangsa Tionghua dari Semenanjung Malaysia.

MACC report against Palani over TV show funding

A Malacca PKR leader says it was a clear case of cronyism.

PETALING JAYA: A PKR leader today lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) against MIC president G Palanivel, accusing him of soliciting RM5 million from the government on behalf of a private company.
G Rajendran, vice president of Malacca PKR, lodged the report at the MACC office here. He made a similar report at the Tampin police station yesterday.
Rajendran was acting on a FMT report on Monday that was based on information given by a MIC branch chairman.
The report said Palanivel, in a letter to the Prime Minister’s Department dated March 7, asked for RM5 million for Vanakam Malaysia Dotcom Sdn Bhd to help it cover the cost of producing two TV programmes for a Tamil channel on Astro. FMT’s source said he used a MIC letterhead.

Don't worry, global stock markets now poised for a Rebound

Don't worry, global stock markets now poised for a ReboundDue to the Downgrade of the US Sovereign ratings by S&P, the current rout in the global stock markets seems like there is no end in sight. Last week the authorities hoped to downplay the severity of the downgrade by announcing it over the weekend when most markets are closed. Come Monday, all hell broke loose when the trading bells opened in Asia and Europe, with the markets all dropping like flies.
This event has long been overdue and it was just waiting for a catalyst and this time the main culprit being the downgrading of the US Sovereign status from AAA to AA+. It seems like it’s the end of the world with markets down 3-5% for the past few days. As such, there is no better time than now for contrarian play because “there is always light after the darkest hour of the night”, and now it seems to be the safest time to trade (and not invest, mind you) in the markets.

‘Nasrudin, jangan berkokok saja’

"Saya juga dikecam bila sebut jihad fisabilillah," kata Datuk Ibrahim Ali kepada Ketua Dewan Pemuda PAS.

PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali mempersoal kenapa Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi membisu ketika timbul isu kontroversi pastor-pastor Kristian yang didakwa ingin menjadikan Malaysia negara Kristian.
“Saya juga dikecam bila sebut jihad fisabililah. Saudara Nasrudin jangan berkokok saja,” kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagaimanapun beliau memuji pendirian Nasrudin menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Seksyen 13, di sini, pada 3 Ogos lalu.

Elaun Guru Banyak Ditarik Balik. Ke Mana Duit Tersebut Terbang?

http://4.bp.blogspot.com/-IeWq9rflsRs/TkHo--K1LmI/AAAAAAAAFCM/X3h7yckfnwE/s1600/281766_259417064070271_100000059387909_1164787_4847347_n.jpg

Habiskan kat PERMATA Rosmah?

Habiskan kat Shopping Rosmah?

Habiskan kat progran FAT Lady Rosmah?

Habiskan kat syarikat luar negara yang dibayar untuk naikan nama Najib dan Fat lady?

Banyak email yang kami terima supaya menyelidik dan mengutarakan apa yang telah berlaku di kementerian pelajaran malaysia sekarang ni. Ramai guru yang meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap KPM.

Jual saham YBK: Pemuda Umno untung RM75 juta atas angin...cara kerja UMNO sejak dulu ..!!

KUALA LUMPUR: Keputusan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan (YBK), satu entiti dipercayai milik Umno melepaskan 40 peratus pegangan sahamnya dalam syarikat pemaju Kuala Lumpur Eco City (KLEC), disifatkan sebagai keuntungan atas angin.
Pada 26 Julai 2011 akhbar The Star melaporkan syarikat pemaju SP Setia Sdn Bhd, bersedia mengambil alih baki saham KLEC dari YBK yang dianggarkan bernilai  RM75 juta.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, beliau difahamkan perkongsian untung berdasarkan nisbah 80:20 di antara KLEC dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Sekiranya pengambilalihan terlaksana, ke mana keuntungan RM75 juta itu akan dibelanjakan? Bagaimanakah tindakan ini akan menguntungkan golongan sasar terutama mereka yang telah dipindahkan atau adakah ini satu contoh menerima keuntungan ‘atas angin’ bagi pihak Pemuda Umno?,” kata Nurul Izzah.

JK Disiplin DAP pecat tiga ahli

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Jawatankuasa Disiplin DAP memecat tiga ahli parti itu berkuatkuasa serta merta kerana melanggar disiplin parti.

Pengerusinya, Tan Kok Wai berkata, ketiga-tiga mereka adalah Puah Ju Kian (Cawangan Telok Gadong), Yap Kon Min (Serdang Bahru) dan Tan Chew Wah (Kampung Baru Balakong).

Puah Ju Kian didakwa salah menguruskan hal ehwal cawangannya, Yap Kon Min pula didapati salah membuat kenyataan yang salah secara berulang kali terhadap pimpinan DAP manakala Tan Chew Wah pula didapati bersalah dan secara berulang kali  membuat kenyataan buruk secara terbuka terhadap pimpinan DAP.

Dr Asri: Ada yang sengaja main isu gereja

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa "diadun" dengan isu politik.

Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian pihak berkuasa agama yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc"Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.

"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata tindakan itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia "diadun dengan agama".

"Kalaulah masuk ke gereja mempengaruhi seseorang kepada Kristian, patut masuk masjid akan mempengaruhi seseorang kepada Islam. Mengapa kita halang? Apakah kita tidak suka mereka terpengaruh dengan Islam?

"Akhirnya, kita pening siapa yg jujur, siapa yg sebaliknya. Siapakah yang hendak menegakkan (keadilan) dan siapakah yang hendak bermain dengan isu?" soalnya lagi.

Impak BERSIH 2.0 ke atas luar bandar 'tak ketara'

NONEDi sebalik liputan dan publisiti meluas sama ada di dalam negara mahupun di luar negara yang ditimbulkan oleh perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, badan bancian tempatan, Merdeka Centre berpendapat impak dan kesannya ke atas rakyat adalah terlalu kecil.

"Tidak ada peralihan ketara yang dikesan," kata pengarahnya Ibrahim Suffian (kanan) kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif semalam.

Beliau menjelaskan banciannya menunjukkan tahap sokongan popular lebih kurang konsisten, sebelum dan selepas perhimpunan itu diadakan.

Katanya, sebarang pengurangan bagi sokongan kepada BN yang dikesan adalah tidak ketara dan lebih menjurus ke arah persepsi pemimpin tertentu.

"Saya fikir BN masih menguasai majoriti, khususnya di kalangan orang Melayu. Kira-kira 55 hingga 58 peratus."

Kes baju Bersih 2.0 dibicara di mahkamah


BACHOK, 10 Ogos: Mahkamah Majistret Bachok hari ini menetapkan 12 Oktober hadapan bagi sebutan kes seorang peniaga yang ditahan atas dakwaan memiliki t-shirt bertulis perkataan Bersih 2.0.
Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33 hadir bersama peguam Mohd Firdaus Yusof dan Muhamad Abdul Rashid Yah, beliau didakwa di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.
Jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen tersebut boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali.

Larangan Exco ulas isu periksa gereja kekal - MB


SHAH ALAM, 10 Ogos: Larangan terhadap semua anggota Exco negeri itu supaya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung pemeriksaan gereja oleh Jais baru-baru ini kekal sehingga kerajaan negeri mendapatkan laporan lengkap dari Jais.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri belum lagi mendapat laporan lengkap itu daripada Jais berhubung pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, 3 Ogos lalu itu.

Menurutnya, pihak Jais memerlukan sedikit masa menyiapkan laporan itu kerana turut menghadapi masalah mengambil keterangan dari 12 orang Islam yang terlibat dalam pemeriksaan itu.

Ekonomi BSKL Menjunam, Petanda Najib Gagal

SHAH ALAM 10 OGOS : Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyifatkan kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur (BSKL) sejak Jumaat lalu membayangkan ekonomi negara akan terus malap.

Rafizi berkata keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5 peratus bagi tahun 2011 mencerminkan dasar dan inisiatif ekonomi yang disuntik Perdana Menteri, Najib Razak, gagal sejak dari awal lagi.

1.5 juta PATI, bukti kedangkalan dasar ekonomi BN


KUALA LUMPUR: Jumlah 1,548,798 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di dalam negara sehingga semalam,membuktikan kedangkalan dasar ekonomi Umno-BN, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, jumlah tersebut yang didaftarkan dalam masa yang singkat dijangka mencecah 3 juta orang, tidak termasuk pekerja asing yang berdaftar secara sah.
“Tidak sampai tiga bulan jumlah warga asing PATI dikesan mencecah 1.5 juta menunjukkan anggaran warga asing seramai 2 juta adalah lebih rendah dari jangkaan dan boleh mencecah tiga juta orang,” ujarnya kepada Keadilandaily.com.
Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 30 peratus peluang pekerjaan diberikan kepada warga asing iaitu seramai kira-kira 10 juta tenaga kerja dalam negara.

KG Warisan : Pemilik tanah Kg Abdullah Hukum mangsa kerakusan pemaju

"Saya sekarang sebatang kara. Rumah sudah kena roboh, lepas ni saya dan keluarga terpaksa tidur tepi jalan, kuil, atau di mana-mana saja," kata V Sugayindran.
KUALA LUMPUR: Salah serang penduduk di Kampung Haji Abdullah Hukum, Bangsar di sini hari ini kecewa kerana rumah yang didirikan di atas tanah miliknya sejak sekian lama dirobohkan oleh pemaju bagi tujuan pembangunan projek Kuala Lumpur Eco City.
Malah V Sugayindran, pemilik asal tanah berstatus hak milik kekal (freehold) seluas empat ekar di kawasan yang didiaminya sejak bergenerasi lamanya itu tidak diberikan sebarang pampasan oleh pemaju walau sesen pun.
“Saya sekarang sebatang kara. Rumah sudah kena roboh, lepas ni saya dan keluarga terpaksa tidur tepi jalan, kuil, atau di mana-mana saja yang boleh buat tempat kami berteduh,” katanya yang tinggal bersama tiga orang anak dan dua saudara ipar.

Back to the wall, Najib tries to re-invent himself as the "best of the worst"

Back to the wall, Najib tries to re-invent himself as the "best of the worst"Malaysia’s emerging first world economy, despite the wishful thinking of Prime Minister Najib Razak, who doubles up as Finance minister, is no longer a factor that the ruling Barisan Nasional can constantly harp on at the hustings.
If the 58-year old Najib were to boast about the economy in purchasing power parity terms, the man on the street would fire back at how expensive life has become. And for Najib to argue would not only be a futile exercise, it would also be a dumb move.
Straightaway, it would set up the backs of the ordinary folk who feel the pulse of the economy from their ragged PVC wallets, and not the thick tomes of numbers that only make sense when compared with similarly sized and stressed nations.

Bersih 3.0 : SPR Tiada Hak Untuk Daftar PR Sebagai Pemilih

SHAH ALAM 10 OGOS : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai hak dalam menentukan pemegang status pemastautin tetap (PR) dalam senarai daftar pemilih untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya, kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat.

Malah tegas beliau, SPR hanya mengambil maklumat dari data JPN dan mereka tidak boleh memasukkan nama sesiapapun ke dalam daftar pemilih tanpa pengesahan JPN. 

Buku garis konsep umum Negara Berkebajikan


KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Buku Konsep Asas Negara Kebajikan karangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sekadar menggariskan maksud, konsep umum dan tuntutan sebuah Negara Berkebajikan.
“Buka kecil ini juga bukan sebuah tesis kajian ilmiah di mana susun atur isi dan penulisan dalam buku ini adalah disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh rakyat kebanyakan,” tulis Tuan Guru Abdul Hadi pada bahagian Muqadimmah.
Menurutnya, buku itu juga tidak bermaksud untuk memperincikan seluruh program kebajikan yang dimaksudkan oleh PAS.
Katanya, perincian dan susun atur program  yang menjadi pengisiannnya nanti akan dipaparkan kepada seluruh rakyat  dalam bentuk manifesto dan butiran khusus dari masa ke semasa menerusi media cetak dan lain-lain siaraya oleh PAS.
Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Dokumen Negara Berkebajikan yang akan menyusul selepas buku kecil ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci akan konsep dan tasawwur Negara Berkebajikan.
"Mudah-mudahan kita semua mendapat pahala menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan menyelamatkan manusia dengan petunjuk Allah yang sebenarnya secara beramal," ujarnya lagi.
Buku yang mengandungi tujuh bahagian dan 86 muka surat bercetak itu dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Qaryah Ramadhan, Kota Bharu pada 5 Ogos lepas.

JAIS bertanggungjawab hantar laporan - MB

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertanggungjawab untuk memberi laporan kepada kerajaan negeri berhubung serbuannya ke atas premis milik sebuah gereja minggu lalu.

Khalid menjelaskan, secara prinsip, JAIS merupakan satu jabatan di dalam pentadbiran negeri manakala ketua bagi agama Islam merupakan Sultan Selangor.

Serbuan JAIS: Penjelasan Harapan Komuniti


Harapan Komuniti - NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam - hari ini tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.

Video : Anwar Dibenar Hadir Temubual Saksi

Video : Daftar Kg Baru Sebagai Pengundi, Tindakan Jijik

Video : Terbuka Atau Tertutup, Saya Tetap Sedia Berdialog

Video : Larangan Exco ulas isu periksa gereja kekal -MB

Krisis Ekonomi: PRU 13 tidak akan berlaku tahun ini?


KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka terpaksa menangguhkan pilihan raya umum dari diadakan tahun ini ekoran kemelut ekonomi yang sedang meruncing di seluruh dunia sekarang.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menjangka, Najib terpaksa menangguh pilihan raya umum ke 13 ekoran krisis ini yang juga mula melanda Malaysia.

Menurut beliau, Bursa Malaysia sedang mengalami susut RM91 bilion dalam tempoh lapan hari lalu berdasarkan rekod yang beliau perolehi jam 10 pagi ini.

Kedudukan panik kini sedang melanda seluruh dunia khasnya Eropah dan Amerika.

Bonus: Isu ranting beri perhatian, akar pejam mata

Kerajaan akhirnya bersetuju meng'hadiah'kan bonus kepada 1.27 juta kakitangan awam yang bakal menikmati bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, manakala setiap pesara kerajaan pula mendapat RM500 yang akan dibayar pertengahan bulan ini. Jumlah pembayaran bonus tahun dianggarkan sebanyak RM2 billion.

Maka kerajaan pun dilihat begitu prihatin dengan beban ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barangan, lantaran Perdana Menteri sendiri menyebut pemberian bonus ini tidak lain adalah untuk meringankan beban perbelanjaan rakyat di musim perayaan ini.

Lynas : Badar ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembinaan dan pengoperasian loji kontroversi Lynas dalam masa yang terdekat ini.

Tindakan tersebut akan di buat menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat.

(Pertukaran dokumen antara Lynas dan Lajnah Guaman PAS)

Pua: Where is Health Ministry’s Tung Shin inquiry?

PJ Utara MP Tony Pua wants the Health Minister to reveal the status of its inquiry over the Tung Shin hospital incident and not to pass responsibility over to the police.
PETALING JAYA: Health Minister Liow Tiong Lai should take full responsibility for the Tung Shin hospital inquiry arising from the Bersih 2.0 rally on July 9, and not leave it to the police.
Petaling Jaya Utara MP Tony Pua said that it now appeared as though the ministry’s “high-level committee” to inquire into the tear-gas incident had completely “dissolved”.
“Of course they won’t say it is dissolved but (the ministry’s inquiry) is completely subjected to police investigation. It appears now that the ministry’s inquiry over the incident is the police inquiry,” he said.
Pua was speaking to the media after giving his witness statement at the Petaling Jaya police district headquarters today.

Mahkamah Malaysia : Hakim Bangang: "Boleh Datang, Senyum, Tapi Tak Boleh Cakap"!


Zabidin memang bangang sebangang-bangangnya kah kah kah...

Memang layak laa mahkamah kat Malaysia ni standard kanggaru kah kah kah...


Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan hadir semasa temubual dijalankan dengan saksi bagi kes pembelaan perbicaraan liwatnya tetapi beliau tidak dibenarkan menyoal.

So what Bersih? BN still has majority 55-58% Malay support

So what Bersih? BN still has majority 55-58% Malay supportDespite the apparent local furore and international splash that the recent Bersih 2.0 electoral reform rally is said to have created, a local pollster believes the event's immediate impact on Malaysians is practically negligible.
"There is no shift in any significant terms that we detected," Merdeka Centre director Ibrahim Suffian (right) told Malaysiakini in an exclusive interview yesterday.
He related how the polling firm's preliminary findings suggests that popular support levels have been more or less consistent, before and after the rally.
Ibrahim explained away any detected reduction in support for BN as "an insignificant reduction", caused by inflation fears or the perception of certain leaders.

Video : Rare Earth Experts Embarrassed in Malaysia

Video : A Kg Abdullah Hukum story

Najib gagal uruskan ekonomi

Angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap; selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu.
Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011 menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak (seperti Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.
Jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan. Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya. Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang.

Pengundi bertindih, Mafrel mahu siasat


KUALA LUMPUR: Selepas pendedahan mengenai kewujudan pengundi hantu berusia lebih 100 tahun dan penduduk tetap yang didaftar sebagai pengundi, kini timbul isu pengundi bertindih yang boleh mengundi di dua tempat.
Sekurang-kurangnya tujuh pengundi setakat ini dikesan telah ‘diklonkan’ dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di kawasan Parlimen Titiwangsa dan Setiawangsa, selain dikesan turut berlaku di Perak dan Terengganu.
Justeru Badan Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menawarkan untuk membantu menyiasat dan menyemak isu pengundi bertindih itu di kawasan yang menerima aduan.

Warganegara: BN sedang menjual negara

KOTA BHARU, 10 Ogos: Tindakan kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi merupakan tindakan bahaya kerana menjual negara sendiri.

Naib Presiden PAS,  Datuk Husam Musa (gambar), berkata kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN.

Menurutnya, warga asing yang datang ke negara ini berbagai jenis serta latarbelakang hidup yang berbeza.