Selasa, 9 Ogos 2011

Umno Gabraa...Parlimen PR Untuk Menjadi Kerajaan Pusat..

Berikut disenaraikan kerusi-kerusi parlimen yang berpotensi untuk dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Kedah
- Alor Setar, Langkawi,
Pulau Pinang - Tasek Gelugor
Perak - Larut, Parit, Kampar, Lumut

Kantoi : Lagi pengundi bertindih dikesan dalam daftar pemilih SPR

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan kewujudan beberapa lagi pengundi bertindih di parlimen itu.
Menurut Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, carian pihaknya mendapati terdapat beberapa individu yang mempunyai nama yang sama dalam daftar pemilih SPR.
Ada beberapa individu mempunyai 1 kad pengenalan lama tetapi memiliki dua pengenalan baru yang sama, nama yang sama dan mengundi di dua parlimen yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau memberi contoh nama seperti SA’AD BIN SAMSUDIN, yang memiliki no kad pengenalan lama iaitu 1479323.
Kad pengenalan barunya pula adalah 380913105681 dan 510913105553. Beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Dakwaan monopoli AirAsia- MAS adalah 'gila'...kita tunggu sape yang mengila lepas ni...!!!!

NONEKetua dua syarikat penerbangan terbesar di Malaysia hari ini menolak kebimbangan bahawa rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) yang baru dimeterai mereka akan mewujudkan monopoli.
Mereka sebaliknya mendakwa tindakan itu akan menjurus ke arah pertumbuhan dan meningkatkan daya saing dalam segmen pasaran masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata isu monopoli tidak timbul kerana perjanjian itu hanya melibatkan pertukaran saham antara syarikat penerbangannya dengan Penerbangan Malaysia (MAS).

Sapa yang main belakang?


Musa Hassan dan Rodhwan Enggan Ditemuramah Jika Anwar Ada
SHAH ALAM 9 OGOS : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof enggan ditemuramah peguambela, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sama pada sesi temubual kes fitnah liwat II. - lagi
Wakakak !!! ...
Orang yang tak mau cakap depan itu .. suka main belakang..
Wakakak !!
Jadi ... sapa main belakang?
Pirah mabok ... takut cakap depan depan ..
Wakakak !!!

PRU: Najib minta Umno jaga rumah tangga, calon biar pimpinan tentukan...sendiri mau ingat maa..!!!

PUTRAJAYA, 9 Ogos — Datuk Seri Najib Razak mengingatkan ahli-ahli Umno agar mengukuhkan perpaduan dan penyatuan di peringkat bahagian yang menjadi tonggak kekuatan kepada parti dan untuk menang dalam pilihan raya umum ke-13.
Perdana Menteri berkata ini kerana sesuatu bahagian merupakan rumah tangga induk dalam pertubuhan dan kekuatan parti bersandarkan kepada kekuatan bahagian.
Najib yang juga Presiden Umno berkata ia merupakan antara tiga faktor yang menjadi panduan kepada anggota parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya berharap kita semua dapat menjaga “rumah tangga” kita dalam parti terutama sekali di peringkat bahagian. Jika benar-benar padu, seia-sekata, kita akan beri kekuatan yang lebih untuk berjaya dalam pilihan raya akan datang,” kata beliau dipetik Bernama Online.

Najib perkukuh kedudukan Freemason di Malaysia?



GUA merujuk kepada artikel sebelum ni yang dikeluarkan oleh blog MiLo SuaM berkenaan dengan pengaruh FreeMason atau Illuminati dalam Duit Syiling Baru Negara Malaysia keluaran Bank Negara Malaysia.
Dekat sini gua ulas sikit bagi lebih jelas pengaruh-pengaruh Zionis, FreeMason dan juga Illuminati dalam Duit Syiling Negara Malaysia yang bakal berada di pasaran Malaysia seterusnya berada didalam kocek-kocek seluar kita semua rakyat Malaysia sedikit masa lagi.

London riots: how BlackBerry Messenger played a key role


Police looking on Facebook and Twitter for signs of unrest spreading will have missed out – they should have watched BBM
(The Guardian) - In October 1985, on the Broadwater Farm estate in Tottenham where the death of Cynthia Jarrett sparked riots that culminated in the brutal murder of PC Keith Blakelock, a community leader stood on his chair at a packed open-air meeting.
The man bellowed into a megaphone to the 150 residents in front of him: "You tell them that it's a life for a life from now on. This is war."

SAMPAI KIAMAT PAKATAN RAKYAT KENA TIPU DENGAN UMNO

500,000 WARGA INDON , BURMA , VIETNAM AKAN MENGUNDI PRU 13.

Written by MB Warrior
http://2.bp.blogspot.com/-1S_O6DhUaBc/Tir9er23-pI/AAAAAAAADu4/MQYMwvhuIJM/s1600/pemutihan+pati.jpg



Syarikat kawan aku dapat lesen buat pemutihan PATI ni.

Katanya ini rezeki dia nak Raya , sasaran keuntungan syarikat insya-Allah cecah juta paling tidak pun ratus ribu. Dia ni dulu kontrektor UMNO dekat Selangor yang dah tak dapat projek sebab dah tukar kerajaan Pakatan Rakyat.

Takpe , itu kesah lain.


" Hujung minggu penuh indon , bangla , vietnam datang buat pemutihan ni... "

" komisyen kompeni aku dapat pun ok.. "

BAGI RM 500 HENGGET SAMUN RM 500 JUTA !

Written by MB Warrior

Bonus raya kakitangan awam


Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan. – BERNAMA


* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.
* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.
* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

MENANGANI MASALAH ORANG YANG BERPALING DARI AGAMA ALLAH.

Written by MB Warrior http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2011/05/murtad.png


Ini masalah umat.

Berpaling dari agama Allah mungkin berpunca dari pelbagai faktor. Adalah lebih baik kita secara ikhlas melihat apa punca umat Melayu di Malaysia ini berpaling dari agama Allah dan apakah langkah bijak menangani masalah ini.

Apakah Islam berjaya menjadikan umat Melayu di Malaysia ini hidup dalam kesejahteraan ?

Sacking Of Eight Immigration Officers Does Not Exempt Them From Prosecution For Their Crimes


I refer to the report in The Sun on 9th August 2011 on the statement by the Immigration Director-General Alias Ahmad that disciplinary action had been taken and the eight immigration officers detained under the Internal Security Act ("ISA") had been sacked. The fact that they have been sacked does not exempt them from prosecution for their crimes. I ask the Minister of Home Affairs, Hishammuddin Hussein, to reconsider his decision not to charge the 8 officers in a court of law for the various offences they have committed.
The Home Minister said the eight officers had committed serious crimes such as terrorist activities, firearms smuggling, drugs and espionage as well as human trafficking. The Home Minister said the eight were freed because they have shown remorse, repented for their mistakes and have given full cooperation to the authorities to stamp out human trafficking.
I call upon the Home Minister to see that the due process of the law is complied and to charge them for the serious crimes he said they had committed. The Home Minister must not act as prosecutor, judge, jury and pardons board to release them because they have shown remorse. If remorse is the criterion for not prosecuting criminals, we will have anarchy. This is because murderers and thieves will be walking around scot free by allowing them to claim they show remorsefulness and are repentant for their crimes.
The Minister of Home Affairs must ensure that this is a nation where the Rule of Law applies and not the arbitrary Rule of Men.

William Leong Jee Keen is MP of Selayang

PKFZ land value: Ling not told about RM720mil surplus

PKFZ land value: Ling not told about RM720mil surplusKUALA LUMPUR -  A former Transport Ministry official admitted that he did not inform Tun Dr Ling Liong Sik that the RM25 psf valuation of the Port Klang Free Zone (PKFZ) land included interest, the High Court heard today.
The prosecution has said the additional interest of 7.5 per cent per annum on Pulau Indah land purchased from Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) for Port Klang Authority’s (PKA) PKFZ project had pushed the cost of the acquisition from RM1.08 billion to RM1.8 billion.
Former transport minister Dr Ling is charged with deceiving the government by concealing the fact that the 7.5 per cent interest rate was surplus to the purchase of Lot 67894 at RM25 psf — amounting to a total of RM1,088,456,000 — despite knowing that the Valuation and Property Services Department (JPPH) had already taken the interest into account when it valued the land.

Cadangan Nazri ibarat,.. penipu siasat penipu!

Tunjukkan bukti supaya SPR boleh siasat !!,   kata Nazri.

Dalam sidang akhbar bersama Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat semalam,  Nazri berjanji akan membawa permintaan mereka untuk mengadakan sidang tergempar parlimen kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung isu JPN/SPR menyalahguna kuasa.

Apa yang kita nampak di raut wajah Nazri,..  beliau kelihatan selamba,  jauh sekali untuk terkejut dengan kecurangan yang telah dilakukan JPN dan SPR itu.   

Nazri seolah-olah macam dah tahu kecurangan itu memang wujud. Di akhir kenyataannya Nazri  meminta pihak pembangkang yang membuat tuduhan agar menyediakan bukti kukuh agar SPR boleh membuat penyiasatan ! 

Siasat gereja, sokongan untuk Jais meningkat

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor, Jais, ke atas sebuah gereja di Damansara minggu lalu semakin mendapat sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan Islam, meningkatkan suara sokongan terhadap tindakan itu dalam kalangan masyarakat Muslim.

Terbaharu, Persatuan Ulama Malaysia dalam satu kenyataan menegaskan sokongan terhadap tindakan Jais seperti diperuntukkan undang-undang.

Setiausaha agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Noor dalam kenyataan ringkas itu turut menggesa semua pihak menerima kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan tidak mempertikaikannya.

Kumpulan Islam itu juga menggesa isu itu tidak dijadikan "bahan provokasi" oleh pemimpin politik dan media.

Video Sodomy II: Interviews with ex-top cops stalled

A Reluctant Symbol for Electoral Reform in Malaysia



Ms. Ambiga, who is ethnic Indian in a country that is mostly Malay and mostly Muslim, said that the protesters “exploded many myths” about Malaysians, such as the notion that people of different ethnic and religious backgrounds could not work together and that the middle class was “too comfortable to step up to the plate.” 
Her photograph has been burned by ethnic Malay nationalists, there have been calls to revoke her Malaysian citizenship and she has been threatened, via text message, with death. The movement she leads, Bersih, an alliance of 62 nongovernmental organizations pressing for electoral reform, has been declared illegal, and a demonstration that brought thousands of its followers into the streets of this capital city last month ended with nearly 1,700 arrests.

Mangsa ketuk ketampi bogel bebas tuduhan dadah


PETALING JAYA 9 Ogos – Wanita yang pernah dikaitkan dengan insiden ketuk ketampi dalam keadaan bogel, Hemy Hamisa Abu Hassan Saari, menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada pertuduhan memiliki dadah.
Majistret Nor Afidah Idris membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Zahra Ramli gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah turut membuat keputusan membebaskan empat lagi tertuduh termasuk suaminya, Kamarul Hamri Mohd Latif, 27, terhadap pertuduhan yang sama.

AirAsia-MAS link: A coup for brash Fernandes

AirAsia will acquire a 20.5% stake in ailing MAS under a share swap deal.
KUALA LUMPUR: Fast-growing budget airline AirAsia will acquire 20.5% of ailing flag carrier Malaysia Airlines (MAS) in a share swap that will see the fierce rivals join forces, the carriers said today.
The deal also gives Malaysia-based AirAsia CEO Tony Fernandes – who took over the no-frills carrier and turned into one of the industry’s biggest success stories – a voice in turning around loss-making MAS.
Under the deal, state investment arm Khazanah Nasional Bhd, which held nearly 70% of the national carrier before the deal, will get a reciprocal 10% stake in Tune Air, AirAsia’s parent company, the two sides said.

Gelombang Rakyat Bersih 3.0

Oleh MOHD SANY BIN HAMZAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat isu tindakan serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini sengaja dipolemikkan secara besar-besaran oleh pihak tertentu supaya dapat meredakan isu pemberian status warganegara kepada penduduk pemastautin tetap dalam negara ini. Isu pemberian taraf kewarganegaraan kepada pemastautin tetap adalah suatu isu yang cukup besar yang membabitkan pencabulan dan pengkhianatan terhadap kedaulatan Negara sepertimana yang telah dibuktikan oleh PAS Negeri Selangor melalui laporan polis mereka baru-baru ini.

"No stopping Aug 13 walk for democracy"

Inspired by the support for Bersih 2.0's call for electoral reforms, Movement of Change, Sarawak is hoping that Aug 13 in Kuching will be as successful despite likely police intimidation.
KUCHING: Sarawak’s ‘Walk for Democracy and Reforms’ on Aug 13 at the Museum Garden here will go on, said adamant organisors Movement of Change, Sarawak (MoCS).
Undaunted by the numerous police reports lodged against him by Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) leaders and police intimidation, MoCS leader Francis Siah said: “Aug 13 will happen, we will walk. Its only a question of the scale of the march.
“Tomorrow we meet with the Sarawak police chief … we will know then the status of our application. But we have contingency plans.”

Bursa losses at RM91 billion since last Monday

An investor monitors stock market prices in Kuala Lumpur August 5, 2011. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Aug 9 — Malaysia’s benchmark index regained some ground today but still fell 1.66 per cent as regional markets struggled to halt their slide on European and US debt crises fears. The index recovered from its early morning low of 1,423.47 to end the day at 1,472.14, down 24.85 points from the start of trading. Losers continued to outpace gainers 828 to 159, with 179 counters unchanged.
The broad-based Emas index meanwhile rebounded to 10,048.74 at market close after losing as much as 490.12 points, or 1.75 per cent, earlier.
The Kuala Lumpur share market is down an estimated RM91 billion from last Monday following last week’s rout on Wall Street, the worst since Lehman Brothers collapsed in 2008.

PKFZ : Perjanjian tanah dimeterai sebelum kelulusan kabinet

NONEMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membuat urusan pembelian tanah di Pulau Indah sebelum surat rasmi keputusan Jemaah Menteri dikeluarkan.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan, Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd Noor, 61, memberitahu mahkamah bahawa surat rasmi dikeluarkan pada 20 Nov 2002 iaitu 14 hari selepas Jemaah Menteri membuat keputusan manakala LPK membuat surat urusan pembelian pada 6 Nov 2002.

Katanya surat kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) itu dikeluarkan pada hari yang sama dengan mesyuarat Jemaah Menteri iaitu pada 6 Nov 2002 dan KDSB membalasnya sehari selepas itu (7 Nov 2002).

Abdul Rahman berkata kebiasaannya surat rasmi mengenai keputusan Jemaah Menteri akan dikeluarkan seminggu selepas mesyuarat dan bukannya pada hari yang sama.

Apa UMNO peduli dengan masa depan negara.!!


Terengganu berpengalaman menghadapi tipu-jahat Umno-BN dalam memenangi pilihanraya. Walaupun diketahui tetapi dengan kudrat yang ada amat sukar membenterasnya. Apatah lagi ianya melibatkan kerja SPR,JPN, Polis bahkan semua jabatan dibawah kerajaan. Akhirnya apabila dah habis ayat kerusi dibaca… itu pasal terbang kerusi tu.. 


Akibatnya ada pulak ahli kita yang diputus mahkamah untuk dipenjarakan kerana menahan pengundi di Rusila. Kalau tak buat macam tu… dah lama lingkup kerusi yang ditandingi oleh Tuan Guru Presiden.

‘Tenacious rakyat kept us going’

The campaign for the release of the PSM6 would not have been possible without the overwhelming support of the public, say three volunteers.
PETALING JAYA: While the six Parti Sosialis Malaysia (PSM) members were undergoing a harrowing ordeal in detention, a core group of volunteers were tirelessly campaigning for their release.
About 10 to 15 people from PSM, Jarigan Rakyat Tertindas (Jerit) and Suaram sacrifice their time and effort working around the clock to secure their release.
They held numerous campaigns to pressure the government including handing over memorandums to the home ministry or Inspector-General of Police and holding candle light vigils daily.
M Sivaranjani, a volunteer from Jerit, said that the 28 days the six were detained under the Emergency Ordinance were one of the most intense and challenging periods of her life.

Buku Konsep Asas Negara Berkebajikan


"Kuala Lumpur. 8hb Ogos 2011. Dewan Ulamak PAS Pusat mula mengedarkan buku 'konsep asas Negara Berkebajikan' karangan Datuk Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ianya boleh diperolehio semurah hanya RM 10 sahaja. Rakyat Malaysia boleh berhubung dengan Ustaz Harmie untk tempahan di talian sepertimana yang tertulis dalam iklan yang berikut.

Buku tersebut mengandungi 7 bahagian perbincangan yang bermula dengan kupasan tentang ciri negara berkebajikan dan berakhir dengan kupasan berkenaan ‘Agenda Pas ganti Umno’. Buku ini mengandungi 86 halaman dengan kupasan yang sangat menarik yang berkisar tentang konsep asas Negara Berkebajikan.

bk_ngrkebajikan_01

bk_ngrkebajikan_02

bk_ngrkebajikan_03
"

Along BN : Peneroka dinasihat dapatkan kunci kira-kira dari Felda

Ada peneroka yang berhutang sehingga RM95,000 termasuk pinjaman sara hidup.
PETALING JAYA: Biro Felda dan Orang Asal PKR menasihatkan peneroka-peneroka Felda mendapatkan maklumat mengenai kunci kira- kira dari agensi kerajaan itu sejak dari tarikh ladang mereka ditebang untuk tanam semula supaya mereka tidak ditipu.
Pengerusinya, Suhaimi Said berkata, setiap kos hendaklah diambil kira sehinggalah ladang mereka mengeluarkan hasil.
“Kemudian, selepas tahun ketiga iaitu selepas ladang mereka mengeluarkan hasil, dilengkapkan dengan kunci kira-kira yang telus. Berapakah pendapatan bulanan mereka dan berapa pula kos yang ditanggung oleh Felda.
“Dengan kunci kira-kira yang bersih dan telus ini akan dapat menentukan jumlah pendapatan peneroka dan jumlah kos yang ditanggung oleh Felda,” katanya.
Suhaimi berkata, dalam dialog di antara Biro itu dengan peneroka Felda Palong 6, Jempol, Negeri Sembilan, pada 30 Julai lalu seorang peneroka mengadu mengenai mekanisme pengiraan hutang peneroka yang dibuat oleh Felda.

Ahaaks : Bank Negara Malaysia Guna Konsultan Israel

Oleh: osmantikos

"Kami kakitangan Bank Negara (BNM) ingin membuat aduan bahawasanya pihak pengurusan BNM telah menggunakan perkhidmatan penasihat syarikat USA yang menggunakan kepakaran Israel dalam bidang pengurusan-pengurusan sumber manusia.

Kami percaya khidmat syarikat yahudi Israel tersebut, iaitu Hay Group telah digunakan secara muslihat tanpa pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.

Syarikat Hay Group telah memecah-belahkan kakitangan BNM dengan mewujudkan kasta atau martabat manusia dengan menamakan sistem pekerja sebagai ‘strategik’ dan ‘operation’. Seterusnya mereka telah memberi imbuhan gaji yang terlampau tinggi terhadap golongan yang mereka namakan strategik tanpa justifikasi yang munasabah. Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dalam jabatan-jabatan kerajaan lain (juga badan-badan berkanun lain).

Mahathir dakwa ada usaha hancurkan Umno

Beliau berkata ada pihak mengadu-domba antara Najib dengan Muhyiddin
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa ada usaha sedang dibuat untuk melemah dan menghancurkan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13.
“Kononnya saya di belakang gerakan untuk menaikkan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) mengganti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” kata beliau.
Dr Mahathir berkata demikian dalam artikel bertajuk ‘Menghancurkan Umno’ di dalam blognya, chedet.cc/blog sebagai ulasan terhadap laporan FMT minggu lalu.
“Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab.

Dr M: Congrats for ‘destroying’ Umno

Responding to a FMT report, Mahathir says that certain quarters may have sown the seeds of suspicion among Umno leaders and members.
PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad has responded to the speculation that he is once again working backstage to bring the curtain down on another political career – that of his protege Najib Tun Razak.
The former premier complained about a FMT report which portrayed him as being the force behind the alleged move to replace Najib with current number two Muhyiddin Yassin.
Mahathir also congratulated those who had expertly used psychological tactics to “destroy” Umno and sow suspicion among party leaders and members.
The former Umno president said that efforts were underway to weaken the ruling party ahead of the next general election.

Video : Ilmu Politik Penting Demi Masa Depan Negara

Video : SPR Dituntut Tubuh Jawatankuasa Khas Pantau Pilihan Raya

Video : Accepting polls reform will bring votes, Ambiga tells BN

Chinatown businesses suspicious over MRT acquisition


Traders and shop owners express their opposition to the proposed acquisition of their properties for the MRT today. — Picture by Jack Ooi
KUALA LUMPUR, Aug 9 — Traders and shop owners in the historic tourist enclave of Chinatown expressed outrage today over government plans to acquire properties in the area, and are bracing themselves for the destruction of heritage buildings to make way for the Klang Valley MRT (KVMRT) project. To date, 34 units have been served compulsory acquisition notices to make way for the KVMRT project, which runs along Jalan Sultan and Jalan Petaling, cutting through the arch that bears the name “Petaling Street” in three languages.

Parliamentary Dictatorship

By: Nash Ar- Rawy
What is democracy in Malaysia if all the important institutions are taken under parliamentary dictatorship being the subordinates of Ministral Rule i.e. Umno/BN. IGP is to protect Umno to sustain power by subdueing Bersih peaceful assembly unarmed. EC is not a free commision but to endorse phantom voters as to ensure Umno’s victory in the 13th GN. NRD is an agent of Umno collabrating and abetting with Umno as a traitor to the nation and the people legalizing foreigners PR holders being given easily within a few hours as citizenship as revealed by Malaysiakini.com
. The premier completed his treacherous acts by violating DYMM Yang Di Pertuan Agong meeting with Bersih which is recognised as a legal and constitutional NGO masses movement for a clean , free and fair Elections by promoting eight electoral reforms.

Selangor Bakal Peneraju Pilihan Raya Tempatan.


SHAH ALAM 9 OGOS : Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyambut baik cadangan kerajaan Selangor melaksanakan pilihan raya bagi melantik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di tiga perkampungan Cina akhir bulan ini.

Menurut koordinatornya, Sarah Devaraj pemilihan ketua kampung menerusi kaedah tersebut membantu menyuburkan amalan demokrasi tulen di peringkat akar umbi.

Media gagal perlekeh ’Negara Berkebajikan’

KOTA BHARU, 9 Ogos: Isu Negara Berkebajikan yang cuba dicetus polemik media harian ternyata gagal apabila orang ramai sudah lama memahami konsep yang diketengahkan PAS itu.
Malah tanggapan media kononnya dasar perjuangan PAS sudah berubah juga gagal kerana dasar itu tidak pernah bertukar sejak gerakan Islam terbabit ditubuh pada 1951 sehingga sekarang.
Sebaliknya usaha dilakukan media proUmno berjaya mengetengahkan tema muktamar PAS pada Jun lalu dalam masa singkat ke ke seluruh negara.
Bagaimanapun bagi menjelaskan lagi isu berkenaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berjaya menyiapkan sebuah buku yang dinamakan ‘Negara Berkebajikan’.

"Balik China" rears its ugly head at S'wak school: BN, Muhyiddin blamed

"Balik China" rears its ugly head at S'wak school: BN, Muhyiddin blamedAs feared, the culture of racism from UMNO is starting to make its way to Sarawak causing much anguish to all who heard a teacher telling five Chinese students to go back to China as their Bahasa Malaysia was not up to mark. The remark was heard by staff teachers and some school prefects who were near the school office.
The incident occurred in Sg. Tapah, Mile 24 at SMK Tun Abdul Razak on Friday after five out of a group of six Fifth Formers who had been suspended went back to the school to seek explanations for their suspension.
In a press conference this morning, MP for Kuching, Chong Chieng Jen who was with the five students and some of their parents said they were distressed by such seditious remarks and called for appropriate action to be taken against the teacher.

Undi : Beri warganegara, pengkhianat negara

KUALA LUMPUR:  Tindakan memberikan kewarganegaraan kepada warga asing semata-mata untuk mendapatkan undi dan kekal berkuasa merupakan satu bentuk pengkhianatan.
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Jonah menggesa pihak yang berbuat demikian didakwa di mahkamah kerana pecah amanah.
“Individu yang terlibat dalam menjayakan kewujudan pengundi hantu dianggap sebagai mencabuli etika ketatanegaraan.
“Ada juga komen kata tindakan ini satu pengkhianatan kepada negara, saya juga setuju. Contohnya, kalau yang terlibat itu pegawai tertinggi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita dakwa mereka kerana pecah amanah,” kata Jonah.

2,000 aliens have more than 2 documents

2,000 aliens have more than 2 documents About 2,000 cases of foreign nationals with one biometric authentication but having more than two documents have been detected by the Immigration Department at 69 entry points since June 1.

Immigration department director-general Datuk Alias Ahmad said that the list was being scrutinised as investigations were being carried out to determine who they were.

"This (having two documents) could be due to several reasons. One possibility is that they re-entered the country using a new passport after replacing the old passport which was about to expire, " he told a media briefing here.

Taib Mahmud, sebuah enigma diselubungi rasuah

Taib Mahmud, sebuah enigma diselubungi rasuah Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, telah menarik perhatian media untuk semua sebab-sebab yang salah. Gambaran yang diberikan tidak begitu baik pasa pilihanraya negeri April 2011, tetapi pada tahap yang sangat peribadi, yang paling menyakitkan ialah pada bulan Disember tahun lepas.
Pada umur 74 tahun, berambut putih dan bermuka pangkas, Taib berkahwin dengan isteri keduanya, Ragad Waleed Alkurdi yang berusia 28 tahun. Dia pasti tidak dapat mengelak daripada mendengar sebahagian daripada komen-komen yang tidak begitu manis yang ditujukan kepada dirinya dan Ragad. Musim Bunga dan Musim Luruh, Summer dan Winter, Beauty and the Beast, itu hanya beberapa ucapan yang lebih mesra didengar yang dibuat mengenai perkahwinan mereka.

Pakatan MUNGKIN mampu rampas 100 kerusi Parlimen

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.

Baca betul betul.. dia kata MUNGKIN tu.. mungkin akan menang tapi bergantung juga kepada performance yang ditunjukkan oleh ADUN-ADUN dan juga MP-MP yang telah menang dulu..

Kalau dulu dah menang nak jenguk pengundi pun susah.. jangan harap kali ni boleh menang lagi!!

Bonus tidak bantu golongan berpendapatan rendah

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Pengumuman pemberian bonus setengah bulan kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri dikhuatiri tidak membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahrir Syed Mohamud berkata, para penjawat awam khususnya yang berpendapatan RM1,500 ke bawah mengharapkan pengumuman yang lebih baik.
"Kita tidak tahu jumlah sebenar sebab gaji berbeza-beza. Pengumuman ini terlalu umum.
"Kumpulan yang berpendapatan rendah misalnya gaji mereka RM1,000 mereka akan dapat RM500. Adakah ianya boleh menceriakan keluarga itu untuk menyambut hari raya?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Anak: Laporan bedah siasat Baharudin 'bercanggah'

NONEKeluarga kepada allahyarham Baharudin Ahmad mengemukakan satu akuan bersumpah ke Mahkamah Tinggi berhubung dakwaan percanggahan dalam laporan bedah siasat ke atas jenazah tersebut.
Akuan bersumpah itu dikemukakan semalam untuk dimasukkan bersama dengan dengan notis usul yang difailkan sebelum ini bagi memaksa Pejabat Peguam Negara menjalankan inkues terhadap kematian lelaki berkenaan.
Permohonan siasatan khas itu dibuat susulan kepada laporan polis yang dibuat balu allahyarham, Rosni Malan pada 17 Julai lalu yang mendakwa bahawa kematian Ahmad (foto kiri) disebabkan oleh tindakan polis semasa perhimpunan berkenaan.

Pasca Bersih 2.0 : SPR Dituntut Tubuh J/kuasa Khas Pantau Pilihan Raya

KUALA LUMPUR 9 OGOS : Sebulan berlalu sejak Himpunan Aman Bersih 2.0 yang mengumpulkan puluhan ribu rakyat Malaysia di kota Kuala Lumpur, namun perjuangan menuntut pilihan raya bersih dan adil masih diteruskan.

Terbaru, Jawatankuasa Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan tiga jawatankuasa khas yang dianggotai parti politik untuk mengkaji masalah berkaitan pilihan raya.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, tiga jawatankuasa itu adalah untuk menyelesaikan daftar pemilih, menjelaskan kaedah biometrik dan pengundian awal.

Ahaaks : Azmil digugurkan dari MAS, pertukaran saham dengan AirAsia selesai....bahagaimana dengan penafian khazanah....alaa hai Bung Mokhtar...!!!

Pemimpin-pemimpin dari Khazanah, MAS dan AirAsia pada majlis menandatangani perjanjian pertukaran saham di Kuala Lumpur, petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Pengarah Urusan MAS Tengku Datuk Azmil Zaharudin digugurkan daripada jawatan itu selepas pemegang-pemegang saham syarikat penerbangan nasional itu memuktamadkan urusan pertukaran saham dengan AirAsia Berhad hari ini. The Malaysian Insider difahamkan satu jawatankuasa eksekutif diketuai Tan Sri Azman Yahya akan mengendalikan hal ehwal MAS manakala operasi harian pula akan diuruskan oleh oleh Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Bhd Mohd Rashdan Mohd Yusof, yang juga ahli lembaga syarikat itu.

PKR syor Jais-gereja bincang cari jalan penyelesaian


KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Disebalik kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengesyorkan agar semua pihak berkepentingan terutamanya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama “duduk semeja” untuk mencari penyelesaian kemelut yang tercetus itu sehingga menimbulkan banyak keraguan.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Ahmad Kassim berkata, maklumat yang diperoleh umum kini sangat meragukan ekoran banyak pihak telah mengeluarkan kenyataan tidak bertepatan mengenai apa yang berlaku Rabu lalu.

Kontroversi twitter: Chan Li Lian tidak gentar untuk bertanggungjawab ke atas hujahnya

"I think all the Christian shud march for all the persecution they had done to us and our lord."  (Saya menganggap semua kristian harus berarak kerana penganiayaan mereka ke atas kita dan Tuhan kita.)

Status twitter yang diperbarui pada jam 10.55 malam, 29 Jun 2011 ini telah menyebabkan Chan Li Lian (gambar kanan), seorang blogger disiasat di bawah Akta Hasutan, dan tuduhan menyertai perhimpunan haram.  Bermula dengan amaran daripada Setiausaha Blog House, Tony Yew pada laman sosial tersebut; disusuli dengan aduan polis terhadapnya, dan akhirnya isu ini diperbesarkan oleh media.

Akta Jenayah Akidah bukti Umno tidak ikhlas..hukum hudud dan qisas ditolak...!!

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Saranan mewujudkan Akta Jenayah Akidah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno mempertahankan Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Cadangan itu bukan sahaja ketinggalan zaman, malah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkaitan kepentingan Islam atau dalam usaha-usaha mempertahankan Islam.
"Nampak benar bila Umno nak tonjolkan diri sebagai jaguh, akta mengenai murtad pun dicadangkan.
"Tetapi bila hal berkaitan Islam tidak menguntungkannya dari segi politik, Umno bukan sahaja tidak mahu menyokong malah menentang dan memfitnahkan habis-habisan seperti yang berlaku terhadap Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993," kata beliau.

PUM: Jangan jadikan isu gereja-Jais bahan provokasi


KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa semua pihak terutamanya pemimpin politik agar tidak menjadikan isu serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sebagai “bahan provokasi.”
Menurut Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor, tindakan pemimpin politik yang memberikan keterangan tanpa bukti boleh menimbulkan lebih banyak keraguan.
Beliau juga meminta media agar tidak memperbesarkan isu serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petalin Jaya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Rabu lalu.
Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja tanpa waran kira-kira 10 malam.

“Oh” Dengarlah “Jeritan Batinku”

Oleh A Samad Said
KETIKA ini sebenarnya saya sedang hanya bersama Merjah—hewan khayalan sayhttp://ilmuanmuda.files.wordpress.com/2011/07/unggun-bersih-a-samad-said.jpg?w=448&h=298a. Kami meninggalkan sedetik tasik warga hewan yang damai itu. Sekali ini kami tidak bersama kumpulan pipit, merpati, rusa, monyet, kambing dan, ya, sang buaya!
Memang saya bersama Merjah saja. Dan, di kafe mini di KL Sentral.

Ada pesanan lara yang ingin saya sampaikan kepada wakil masyarakat hewan. Selama ini masyarakat insan tidak sedia menerimanya. Dan Merjah (yang wujud di mata saya dan ghaib di mata khalayak) sedia menerimanya.

Semangat merdeka pudar kerana BN kecewakan rakyat


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Tindak tanduk Kerajaan BN yang amat mengecewakan rakyat menyebabkan semangat rakyat untuk merayakan sambutan kemerdekaan negara semakin pudar dari setahun ke setahun.
Pada dasarnya, semua rakyat Malaysia pasti ingin merayakan sambutan kemerdekaan negara, tetapi kekecewaan rakyat terhadap tindakan Kerajaan BN menyebabkan rakyat tidak bersemangat untuk menzahirkan semangat patriotisme masing-masing menerusi sambutan perayaan hari yang amat bermakna itu bagi setiap warganegara ini.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, keadaan itu agak berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakyat negara-negara lain di seluruh dunia, termasuk Indonesia, apabila tibanya bulan sambutan kemerdekaan negara masing-masing.
Menurut beliau, antara bukti kekurangan semangat rakyat negara ini untuk merayakan sambutan kemerdekaan negara boleh dilihat dari kekurangan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di rumah-rumah, kenderaan-kenderaan dan premis-premis masing-masing.