Isnin, 8 Ogos 2011

Khalid RM1 JUTA Bising, Rosmah RM24 JUTA Diam Dan Kelu....takut...!!!


Oleh: mohdnoorawang

" Tan Sri Khalid menteri besar Selangor menyediakan dana khas RM1 juta untuk tindakkan " fail bantahan senarai pengundi yang meragukan dalam senarai SPR Malaysia". Mungkin ramai orang tidak tahu/ atau kumpulam UMNOapco sahaja yang buat bodoh, wang tersebut untuk dibayar kepada kerjaan atau SPR setiap penama yang meragukan dalam senarai pengundi.Setaiap bantahan perlu dibayar atau didepositkan wang, kalau tidak pehak SPR dan kerajaan BN/UMNO tidak menerima bantahn tersebut.

Ada Dalang Cemarkan JAIS, ISLAM Dan RAJA SELANGOR ?

Oleh: mohdnoorawang

" Isu JAIS MENYERBU GEREJA DUMC dijadika modal politik kotor pemimpin UMNOapco dan media UMNOapco. Syabas anda jadi pengkhianat dan mencemar jabatan JAIS dan mencemar insitiusi Raja dan sultan yang menjadi payong Islam di Negeri Selangor dan negeri sma dengannya.

Memang pertuduhan tidak baik, namun hakikatnya di Malaysia acuan 54 tahun UMNOapco menjadi guru dan mendidik rakyat dan kakitangan kerajaan dari serendah rendahnya dan setingginya tingginya jawatan dijadikan kuda dan lembu pemimpin UMNOapco demi keperluan politik perut dan kuasa.

LKS: Dakwaan 'Little China' Chua satu pembohongan

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mengecam Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mendakwa DAP berniat untuk mewujudkan 'Little China' di Malaysia.

NONEAhli Parlimen veteran itu menggelar Chua "pembohong yang hanya
mahu memberi bahan penyebaran khabar angin" oleh media arus perdana yang pro-kerajaan.

Lim (kanan) berkata ianya "tidak masuk akal, liar dan tidak bertanggungjawab" bagi Chua, dalam ucapannya di konvensyen MCA Sabah semalam, untuk menuduh DAP berjanji untuk mewujudkan 'Little China" sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan kerajaan pusat.

DAP, katanya, sentiasa komited kepada "Malaysian Malaysia, di mana pelbagai kaum, agama, budaya dan wilayah dapat menemui perpaduan dan keharmonian melalui dasar-dasar pembinaan negara yang adil dan saksama".

Dalam satu kenyataan Lim berkata: "Chua tidak mungkin percaya bahawa dia boleh menipu pengundi Cina di Malaysia untuk mempercayai pembohongannya itu.

"... Dakwaan Chua Soi Lek di Kota Kinabalu semalam ... mesti berkedudukan antara pembohongan yang paling keji dan pengecut dalam politik Malaysia, yang direka untuk membantu ultra Umno untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu."

Betulkah pemastautin diberi hak mengundi?

Oleh Aspan Alias
Isu besar yang hangat diperkatakan hari ini ialah isu pendatang asing yang menjadi pemastautin telah diberikan kerakyatan dan terus diberikan hak mehttp://4.bp.blogspot.com/_xqSSw3Yyxe4/SWhGvzs-ExI/AAAAAAAAA8U/WWS3oM9mZSs/s400/PARLIAMEN.jpgngundi. Ahli-ahli Parlimen pembangkang telah menghantar surat hari ini untuk mendesak persidangan Parlimen tergempar dipanggil untuk membincangkan isu seramai 1600 orang pemastautin tetap yang dikatakan diberikan kerakyatan penuh untuk memudahkan mereka menjadi pengundi semasa pilihanraya umum yang akan datang.

Jika isu ini benar ia merupakan isu yang sangat besar dan merbahayakan negara serta Sistem Raja Berpelembagaan Negara kita. Kita sedang menghadapi masalah besar di Sabah tentang isu ini dan kita masih lagi tidak mahu belajar dari kesilapan ini semata-mata kerana ingin mempertahankan kuasa yang kita anggap sudah sampai ketepian itu.

Hari Orang Asal Sedunia 2011: Sumbangan wanita dan belia dalam sumber ekonomi dan hutan

Hari Orang Asal/Asli Sedunia diraikan pada 9 Ogos setiap tahun untuk mempromosi dan melindungi hak Orang Asal/Asli.  Acara ini juga mengiktiraf segala pencapaian dan sumbangan oleh Orang Asal/Asli.  Tahun ini di Malaysia, tema yang dipilih adalah menumpukan kepada sumbangan wanita dan belia Orang Asal/Asli dalam sumber ekonomi dan pengurusan hutan.

Sempena sambutan perayaan selama empat hari ini (6 - 9 Ogos di Penampang, Sabah) anjuran bersama Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Program Organisasi Kerjasama Komuniti (PACOS) dan beberapa pertubuhan lain, SUHAKAM telah mengadakan satu forum pada 8 Ogos bertemakan Pembangunan Ekonomi Orang Asal/Asli.  Pesuruhjaya SUHAKAM Jannie Lasimbang telah membentangkan kertas kerja bertajuk Ekonomi, Pekerjaan Tradisional dan Teknologi Orang Asal dalam forum tersebut.  Sambutan ini turut mempamerkan sumbangan Orang Asal/Asli kepada ekonomi dan pengurusan hutan mereka melalui pameran.

RM65 Bilion Hangus: Najib Altantuya Makin Merudum ...alaa..tak leh shopping PERMATA beb..!!!

Penurunan trend ekonomi global bakal mengheret kabinet Najib Altantuya ke dalam krisis
ekonomi paling buruk sejak 1997 dan memaksa pilihanraya umum diadakan tidak lama lagi

Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion ‘terhakis’ dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat.

Apa ada pada Kedai 1Malaysia..???

http://2.bp.blogspot.com/-12THt5rR8-M/TgcCcjsSa9I/AAAAAAAAH7I/_la6e6Feneg/s1600/Kedai%2B1Malaysia.jpg
nak tanya pendapat anda apakah kedai 1malaysia sebenarnya baik untuk kita???tgk dulu video kat bawah nie lepas 2 baca kesimpulan yg saya buat kat bawah,hanya sekadar pendapat saya je nie.........

Umno suggests formation of politics marketing department ...sale..sale..!!!

Umno suggests formation of politics marketing department
KUALA LUMPUR - Umno plans to set up a marketing department which will play a role in marketing the party in a more systematic manner to the people, said its information chief, Datuk Ahmad Maslan.

He said the establishment of the department was most crucial to ensure that the tasks of carrying out analyses, planning and implementing political activities which were currently carried out by the party's information department, could be implemented more effectively.

"I will bring up the matter to the information meeting of the Umno headquarters tomorrow to be discussed at a higher level," he told reporters after attending an Umno discussion on "Political Marketing Methodology", here today.

Ahaaks : Betulkah Menantu TPM Dapat Projek Biometerik?

KETIKA menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Tengku Razaleigh Hamzah petang semalam saya didatangi oleh seorang kawan. Beriya dia menarik tangan saya ke tepi, menjauhi dari orang lain. Cara dia berbuat begitu seolah-olah apa yang beliau hendak beritahu itu perkara yang sulit dan amat penting.

Saya sambil membetulkan samping akur dengan tarikan tangannya. Berceritalah dia dalam keadaan serius dan meminta saya dedahkan. "You kena dedah ini untuk kebaikan negara. Negara kita sudah habis," katanya.

Dia ini adalah bekas Ketua Pemuda Umno di sebuah bahagian di Utara yang kini sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti lagi kerana kecewa dengan apa yang berlaku dalam partinya itu.

Royalti: Rayuan Kelantan ditolak, Putrajaya kekal pencelah

PUTRAJAYA, 8 Ogos – Kerajaan pusat kekal sebagai pencelah dalam saman yang difailkan kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas kerana melanggar kontrak berhubung royalti minyak.
Saman itu juga dikekalkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baru (NCvC), dan bukan di Mahamah Komersial Baru (NCC) di mana saman itu difailkan.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin hari ini menolak permohonan kerajaan Kelantan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 Mei tahun ini yang menolak dua daripada rayuan-rayuannya, lapor Bernama Online.

PGSM: Cari punca susah dapat bantuan Baitul Mal

musa awang syarie lawyers association pgsmPersatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menegaskan Baitul Mal perlu lebih agresif dan turun padang, untuk mencari punca dan masalah kenapa ada pihak yang susah mendapatkan bantuan daripadanya.

"...(ini) kerana dana yang dipegang oleh Baitul Mal adalah amanah dari seluruh umat Islam yang mengeluarkan zakat," kata timbalan presiden PGSM, Musa Awang.

Katanya, ia ekoran rentetan isu yang disiarkan oleh kebanyakan media berhubung pujukan gereja terhadap umat Islam, untuk menerima bantuan gereja bagi meneruskan kehidupan, lantaran kepayahan
mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitul Mal.

"Dedahan media tentang isu ini boleh menyebabkan kebolehpercayaan umat Islam terhadap institusi Baitul Mal terjejas, dan ditakuti pihak yang akan mengeluarkan zakat akan membelakangkan Baitul Mal," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Umno tubuh Jabatan Pemasaran Politik.......he.he..Politik Umno dah tak laku beb..!!!

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Umno bercadang menubuhkan sebuah jabatan pemasaran yang akan berperanan melaksanakan kerja-kerja pemasaran parti yang lebih sistematik kepada rakyat, kata Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata penubuhan jabatan itu amat penting bagi memastikan tugas-tugas seperti melakukan analisis, merancang dan melaksana aktiviti politik yang pada masa ini dilaksanakan oleh jabatan penerangan parti, dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Saya akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat penerangan Umno induk yang akan diadakan esok untuk dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Penerangan Umno yang bertajuk “Metodologi Pemasaran Politik” hari ini.
Dipetik Bernama Online, Ahmad berkata metodologi pemasaran politik merupakan satu istilah yang harus difahami setiap anggota Umno dan penting untuk dilaksanakan dalam menyampaikan hasrat parti kepada rakyat.
“Jika semua anggota Umno tahu istilah ini dan tahu melaksanakannnya ia akan memudahkan kita untuk buat kerja,” katanya.

MENGAPA DAN BAGAIMANA MURTAD BERLAKU

ALLAHUMMA SHOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD"

BONGKAR !!! Bukti seorang boleh mengundi 4 kali

Hari ni gua bawak lagi 1 kes yang perlu diambil perhatian... Kes yang agak unik... 1 individu dengan 1 Kad Pengenalan Lama, memiliki 2 MyKad yang nombornya berlainan,1 MyKad telah dituntut oleh individu ini manakala 1 lagi MyKad belum dituntut dan masih berada dalam simpanan JPN Wilayah Persekutuan (KL).

Paling menarik ialah, individu ini telah disahkan oleh SPR sebagai pengundi berdaftar yang sah dan layak mengundi di 2 Parlimen dan 2 DUN yang berlainan.


Berikut adalah butir-butir individu.

No Kad Pengenalan Lama: 6397062

No MyKad 1: 620108-08-6991 (Kad telah diambil)
No Mykad 2: 620108-08-6713 (Kad sedia diambil)
Nama: Mohd Rashid bin Ismail

Bukti semakan dalam laman sesawang JPN seperti dibawah:


Berikut pula adalah hasil semakan di laman sesawang SPR:

Sekiranya segala pendedahan yang dibuat ini tidak membawa sebarang perubahan didalam SPR dan juga JPN, gua fikir ada baiknya Gerakan BERSIH 3.0 dilancarkan 3 bulan dari sekarang.

Kita akan ke Jalanraya dan kali ini gua tak rasa Jalanraya di Kuala Lumpur sebagai tempat yang menarik. Ada baiknya kita kejalanan dan seterusnya berkampung di perkarangan Ibu-Pejabat SPR dan perkarangan Ibu-Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.


Terus berkampung disana sehingga Perubahan dilakukan didalam Daftar Pemilih. Kalau SPR dan JPN cuba nak main gila dengan Rakyat, Rakyat pun boleh tunjukkan apa itu "Gila".

Laporan polis terhadap video perkauman tuduh DAP naikkan harga barang

KUALA LUMPUR, 8 OGOS – Ada pihak telah menghasilkan video atas nama 1Malaysia untuk memfitnah DAP sebagai dalang yang menyuruh semua peniaga Cina menaikkan harga barang supaya rakyat sengsara.
Klip video di laman Youtube bertajuk “Sembang Rakyat – Kedai 1Malaysia” telah dimuatnaik oleh orang yang menggunakan nama gelaran Kawasaki9722, bertujuan menggunakan sentimen lapuk perkauman dengan menuduh DAP mewakili peniaga-peniaga Cina menaikan harga barang di Malaysia.
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari menempelak pihak yang menghasilkan video tersebut kerana cuba menipu rakyat Malaysia dengan fakta yang dangkal serta membangkitkan api perkauman.

Tragedi Tung Shin: Pihak berkuasa masih dolak dalik

KUALA LUMPUR, 8 OGOS – Setelah sebulan pihak polis melepaskan gas pemedih mata dalam kawasan Hospital Tung Shin sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0, pihak berkuasa masih mencari helah untuk lari dari tanggungjawab.
DAP hari ini menyelar Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Kesihatan kerana masih berdolak dalik berhubung kesedian empat pemimpin DAP untuk membantu jawatankuasa tersebut berkaitan serangan gas pemedih mata oleh polis.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, Kementerian Kesihatan sengaja mengelak tanggungjawab menyiasat itu kerana mereka sedar bahawa seluruh dunia sudah mengetahui kebenaran bahawa memang hospital tersebut diserang.

Kontroversi gereja, Pemuda PAS mula tunjuk pendirian tegas

Hampir seminggu selepas tercetus kontroversi ekoran siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja di Damansara, Selangor, PAS mula menunjukkan sikap tegas berhubung tindakan pihak berkuasa agama itu.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini menegaskan sokongan terhadap tindakan Jais dan Datuk Dr Hasan Ali, selepas mendengar penjelasan daripada bekas pemimpin PAS Selangor itu.

Kenyataan ketua Pemuda PAS ini merupakan yang paling tegas daripada parti Islam itu selepas episod yang menjadi kontroversi di Selangor itu.

"Saya memahami kedudukannya, menghormati pendiriannya, menerima keikhlasannya dan menyokong tindakannya dalam hal ini, demi melihat aqidah Islam dipertahan dan diperjuangkan," tegas Nasrudin dalam blognya.

Serbuan Gereja Dan Tanyalah Ustaz

Oleh Zolkharnain Abidin
‘SERBUAN’ JAIS
Kisah ‘serbuan’ JAIS ke atas sebuah ‘gereja’ di Selangor sehari dua ini memanaskan balik isu-isu agama. Bagi golongan yang merasa dirinya pembela agamahttp://media1-cdn.malaysiakini.com/390/68aedbf3f232435dc430e4a1113ac83e.gif tegar, tindakan JAIS disokong penuh dengan alasan mempertahankan aqidah umat Islam. Sementara satau pihak lagi yang agak liberal melihat tindakan JAIS itu wajar ‘dilihat’ semula kerana tindakan itu telah mencalarkan imej Islam dimata penganut agama Kristian negara ini.
Entahlah. Situasi yang dihadapi ini memang sukar ditemui noktah penentunya. Sejauh mana aqidah Islam terbela, atau sejauh mana pula imej Islam tercalar, sukar untuk dinilai.

Kutipan zakat tinggi, tapi umat Islam masih miskin

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menuntut pihak yang mempunyai autoriti dalam institusi zakat di Selangor supaya tidak hanya berbangga dengan kutipan zakat yang meningkat setiap tahun.
Ini kerana Pengurusan zakat di Selangor sepatutnya telah menyelesaikan masalah pembangunan ekonomi dan taraf hidup umat Islam serta menjadi teladan kepada negeri-negeri lain, kata Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Ridzwan.
“Wang zakat yang dikutip setiap tahun meningkat. Tetapi dalam masa sama orang-orang Islam masih lagi dihimpit kesusahan dan kesempitan hidup.
“Wang zakat adalah amanah yang perlu diurus dengan sebaik mungkin dan sampai kepada penerima yang berhak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

‘No basis to blame online media readers’

There is a difference of opinion on whether online media readers are a telling force in dominating public 

PETALING JAYA: The government’s tight rein over the traditional media has been a boon for online media and a local university lecturer has claimed online readers are accepting the news as the gospel truth.
Universiti Malaysia Sarawak senior lecturer Jeniri Amir in a Bernama report yesterday said this has led the online media to dominate public opinion.
Jeniri said this development has raised an alarm because the trend was for some of the young Internet users to just blindly accept and believe what they read online, thus making it difficult to put forward a rational and civilised debate.
But Universiti Malaya law professor and media columnist Azmi Sharom begs to differ.

Isu murtad: Perkasa pertahan Hasan Ali

"Kita bersama Hasan walaupun dia orang PAS jika terbukti dakwaannya itu benar," kata ketua wiranya.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini membuat laporan polis menggesa siasatan dakwaan wujudnya usaha memurtadkan orang Islam dijalankan.
Ketua Wira Perkasa Malaysia Irwan Fahmi Idris membuat laporan itu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira 2.30 petang tadi.
Irwan dalam laporannya mahu dakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai usaha untuk memurtadkan orang Islam secara halus iaitu dengan menawarkan bantuan untuk meringankan beban hidup disiasat dengan segera.

‘Sabah must get more from new oil finds’

With the new oil and gas finds in Sabah, it is imperative that the deal with Petronas is revisited, says Jeffrey Kitingan.
KOTA KINABALU: Jeffrey Kitingan today claimed that state Barisan Nasional leaders stopped making a fuss about the meagre oil royalties from Petronas once their ‘associates’ had been awarded lucrative contracts by the national oil company.
Disclosing this, Borneo Heritage Foundation (BHF) leader Jeffrey said: “Sabah BN leaders should also stop paying lip service and for once seriously consider the interests of the state and the plight of the poor citizens.
“The time is up for these leaders and for patriotic leaders to rise and demand for the rights of Sabah and its people to be the paramount criteria, especially for the sake of the future generations of Sabahans.”

Gutter politics ahead of GE-13: High-profile political couple break off

Gutter politics ahead of GE-13: High-profile political couple break offA well-known opposition couple - a woman elected representative and a human rights lawyer - has gone splitsville after the female elected representative spent too much time away from the relationship.
Friends of the couple said the relationship which was strong prior of 2008 went sour after the Selangor woman politician started spending more time on her political duties after she was given more responsibilities following her party’s strong showing.
They say that the male lawyer also became too busy to maintain some romance in the relationship because he was preoccupied in courts in the past three years.
While she was busy being part of a new Government, he was too busy playing solicitor to every Opposition member who got arrested or wanted to lodge a police report.
Friends tried to warn them that the relationship would suffer especially since they were not married and that they are from different ethnic backgrounds.

Upset, Christians tell each other to pray for a change in government

Upset, Christians tell each other to pray for a change in governmentAs Jais enforcement officers conducted a raid at Damansara Utama Methodist Church in Selangor and disrupted a function there last week, Christians in Sarawak watched with bated breath and wondered when the next wave of persecutions would come.s
Although a number prayed for an amicable ending to the senseless attacks against their faith, many held the view that only a change in government would stop the nonsense. The DU raid was not the first but the umpteenth since Prime Minister Najib Razak took power in April 2009, with the first serious one launched in January 2010 in the aftermath of the High Court's decision on the use of the word Allah in its publications.
Don't let it come to Sarawak shores

Isu Jais : BN cuba tenggelamkan warga asing dalam daftar pemilih

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.
“Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar.
“Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Polis nafi benarkan himpunan anti-Taib

NONEPolis menafikan bahawa ia telah menetapkan syarat tertentu sebelum membenarkan Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) mengadakan perhimpunan yang dijadualkan pada 13 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong berkata setakat ini polis tidak pernah memberikan sebarang respons bertulis berhubung permohonan permit mereka dan ia masih belum diluluskan.

"Kita tidak pernah menetapkan syarat dan kami masih meneliti permohonan mereka," katanya kepada Bernama di Kuching, hari ini.

Hilang Atas Kertas : Malaysia terus rasa kesan global, nilai Bursa ‘terhakis’ RM31 bilion lagi


KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion ‘terhakis’ dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat.
Ekoran trend jualan saham yang diakibatkan oleh penurunan taraf oleh Standard and Poor ke atas kredit Amerika Syarikad dan Eropah, pasaran saham Kuala Lumpur terhakis nilai sehingga RM65 bilion sejak Isnin lalu.
Pemegang-pemegang saham yang rugi mengatasi mereka yang membuat untung – 1,051 berbanding 67 hari ini, manakala indeks Emas menurun 2.39 peratus sehingga 10,227.95 mata, paling rendah dalam lima bulan.

K'tan timbang injunksi bayaran royalti T'ganu

Kelantan menimbang untuk memohon injunksi terhadap bayaran royalti oleh Petronas kepada negeri Terengganu, kata exco kerajaan negeri itu, Datuk Husam Musa.

"Ini dalam pertimbangan kita. Mungkin dibawa dalam sidang exco," tambahnya.

NONEKatanya, tindakan itu mungkin diambil memandangkan bayaran lima peratus royalti sebanyak RM900 juta itu merupakan keputusan berat sebelah dalam pemakaian undang-undang.

Sedangkan, tegas Husam, hasil petroleum yang diusahakan Petronas di perairan Terengganu itu juga berada lebih tiga batu nautika daripada pantainya.

Husam memberi alasan, pembayaran royalti itu melibatkan kepentingan Kelantan dalam kes tuntutan yang dikemukakannya memandangkan berlakunya "pertindihan" melibatkan dua telaga minyak Terengganu.

"Jika dibayar, ia juga melibatkan kepentingan Kelantan," kata naib presiden PAS itu lagi ketika ditemui di mahkamah persekutuan di Putrajaya hari ini.

PR: Pakatan anggap sidang parlimen paling baik


KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan surat rasmi kepada Datuk Seri Najib Razak bagi meminta Perdana Menteri itu memanggil satu sidang khas parlimen berkaitan isu penduduk tetap (PR) menjadi warganegara segera dan berdaftar sebagai pemilih.
Surat tersebut diserahkan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub kepada Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang mewakili perdana menteri di parlimen hari ini.
Turut serta pada penyerahan itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Mohd Hata Ramli (PAS-Kuala Kerai), Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Tony Pua (DAP-PJ Utara).

Tolak Dialog Wahabi : Tindakan Kurang Bijak Uthman El-Muhammady, Kata Dr Asri

SHAH ALAM 8 OGOS : Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan keengganan pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady untuk menerima pelawaan dialog berhubung isu Wahabi sebagai reaksi tidak profesional dan "kurang intelek" pemimpin itu.

Bercakap kepada Tv Selangor, Dr Asri berkata, seorang pemimpin Islam seharusnya mencerminkan sikap cendekiawan dan bukannya membiarkan sesuatu perkara yang dibangkitkannya menjadi pertikaian awam dan dibiarkan begitu sahaja.

Jualan bersilang MAS-AirAsia bakal lahirkan monopoli


KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Langkah kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sebanyak 20 peratus melalui pertukaran saham akan membentuk monopoli dalam industri penerbangan negara dan bakal merugikan negara dan rakyat.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia berupa satu bail out oleh CEO Air Asia, Tony Fernandes yang rugikan rakyat dan pengguna akhirnya.

Beliau mengulas tindakan Khazanah Nasional yang menjual 20 peratus daripada 69 peratus saham yang dimilkinya dalam MAS kepada Tony Fernandes secara 'penjualan bersilang' (share swap) dengan saham Air Asia yang dimilikki oleh Tune Air Sdn Bhd. Sebaliknya Khazanah juga akan membeli sejumlah saham Tune Air.

Dengan harga saham MAS yang berada pada RM1.60 satu saham, tentunya Tony Fernandez boleh senyum lebar kerana saham Air Asia pada harga RM3.60 satu saham.

"Kita sedar MAS hadapi kerugian bersih RM243.3 juta untuk suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM310.6 juta untuk tempoh yang sama tahun 2010 dahulu.

K'jaan umum bonus setengah bulan gaji...Cuepacs minta 2 bulan..sendiri mau ingat maa..!!!!

azlanKerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Seluruh parti Masitah bergelejat dengan PAS

Corak penulisan yang saya amat tidak gemar ialah mengulas tulisan orang lain. Rasanya tidak ada karya seperti itu pernah saya hasilkan.

Membaca tulisan Dr. Masitah pagi ini menjadikan saya terpaksa melupakan kebencian ini.

Pas - Parti Aloh Sokmo - begitulah bunyi tajuk artikel timbalan menteri agama yang terkenal ini.

Sebenarnya bukan beliau seorang. Seluruh tubuh badan parti sekongkol Masitah sedang bergelejat dengan perkembangan PAS sekarang.

PAS mulai memasuki era baru. Dari satu parti yang disokong oleh tok lebai dan pemberontak kampungan, kini parti ini mendapat perhatian banyak pihak.

Video : EO6 thanks Rakyat

Video - Ambiga: EC can change if put under pressure

Video : Sidang tergempar Nazri akan maklumkan pada Najib

Video : PAS veeps sue gov't, police over Bersih arrests

Video : Salah Tangkap Salahuddin, Mahfuz Saman Kerajaan dan Ketua Polis Negara

Mampukah Najib bersilat ? sama-sama kita tonton !

Bersetuju kena!, tak bersetuju pun kena !
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak semakin hari semakin  terhimpit dan tersepit. Pembongkaran kes pembelian kapal selam yang melibatkan pembunuhan Altantuya  terus menghantuinya!  Sikap pendustanya dalam isu  “BERSIH 2” sudah terbukti dan diketahui umum! . Perangai dan sikap melampau Datin “first lady” nya cukup memeningkan kepalanya !

Terbaru,  diberitakan mahkamah sudahpun  membenarkan pihak peguam bela memanggil beliau dan isterinya Rosmah Mansor  untuk menjadi saksi dalam kes fitnah “Liwat 2” yang kini hampir sampai ke penghujungnya!  Soalnya,  mahukah Najib? Beranikah Najib tampil di makhkamah?  A tau Najib dalam keadaan serba salah? Semuanya mungkin !

'Political Punishment' dalam Pakatan Rakyat

Oleh muhaimin sulam

1. Dalam politik sebenar tiada istilah `memaafkan' pada kesilapan. Meskipun kesilapan itu berlaku sebelum aqil baligh. Buku rekod tadika ataupun sekolah menengah akan dijadikan bahan bukti pengukuhan dakwaan. Oleh itu, ia akan dihukum sepanjang zaman. Selagi ada nadinya.

2, Anehnya, ia seperti tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR). Sukar untuk aku mengketogorikan kondisi ini sebagai betapa `jiwa besar' pemimpin PR. Apatah lagi, jika hendak dikaitkan dengan PAS itu sendiri. Apakah ini dinamakan toleransi atau demi masa depan politik kita?
 
3. Contohnya, adegan lompat-melompat di kalangan beberapa pemimpin politik dilihat sebagai isu individu. Tiada kena mengena dengan kredibiliti dengan parti yang terbabit. Sedangkan secara normalnya, penyakit kronik itu menjadikan pengundi dan rakyat merasa jijik, geli geleman dan mengambil langkah berjaga-jaga dan semakin curiga.

Video : Prosecution gets a week to comply with order

Video : Istana Ala Bali Khir Diarah Bela Diri

Video : Mahkamah Jalan Duta - Kes Fitnah Liwat II 8-8-2011

Confusion over Tung Shin incident inquiry

The Health Ministry had set up an internal inquiry team to investigate the incident, but now the police have stepped in.
KUALA LUMPUR: Just who is investigating the Tung Shin hospital incident? The Health Ministry or the police? If, you ask Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, he will say the ministry is abdicating its duty.
Pua said that the ministry was now trying to abdicate their responsibility to the police instead. He said that he and three other DAP members who had volunteered to be witnesses to the Health Ministry’s inquiry were now being called by the police over the Tung Shin incident.
The Tung Shin hospital incident had caused a public uproar when eye-witnesses, video and photographic evidence showed that tear gas and water cannon were fired into the hospital premises during the July 9 Bersih 2.0 rally while authorities say otherwise.

Jurang Realiti 2

Oleh: MSK
Setiap kali kita makan nasi…tahukah kita dari mana datangnya beras itu? Bila kita makan ikan, dari mana datangnya ikan itu? Bila kita makan ayam, dari ladang mana ayam itu?
Pengguna sudah tak kisah kalau peha ayam dari Manjong, kepak ayam dari China, dada dari Vietnam. Itu tak penting…yang penting kita makan saja.
Bila kita makan sayur, tahukah kita sayur itu dari Indonesia atau dari Australia?
Ramai pelawat ke Cameron Highlands suka mencari ubi keledek rebus Cameron Highlands. Ubi keledek ni special sebab kurang serat dan manis. Apa yang orang tak tau…ubi ini dari Indonesia tapi dijual di Cameron Highlands.

MAS RUGI : Mengapa Pertukaran Saham MAS-AirAsia Terlalu Berisiko??

ANALISIS


Pertukaran saham esok antara syarikat penerbangan milik negara, Malaysia Airlines Bhd (MAS) dan AirAsia Bhd mungkin tidak cukup untuk memulihkan jenama negara itu yang bermasalah yang mengalami kerugian demi kerugian dari hasil pendapatan rendah, penganalisis berkata.

Mereka berkata bahawa isu-isu di syarikat penerbangan negara muncul disebabkan lebih kepada budaya korporat dan campur tangan politik.

Mengikut perjanjian itu, utama AirAsia pemegang saham Tune Air Sdn Bhd akan mengambil masa sehingga 20 peratus kepentingan dalam MAS melalui pertukaran saham.

Daftar pemilih: PM akan putuskan sidang tergempar Parlimen

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi — akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Najib Razak.
Bercakap pada sidang media selepas menerima surat rasmi daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang diketuai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Nazri berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri petang ini di Putrajaya.

Kod "71" : Nazri akan jumpa PM berhubung sidang tergempar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau akan membincangkan dengan perdana menteri hari ini berhubung usul Pakatan Rakyat meminta diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat untuk membincangkan isu 'Mismah'.NONEKatanya, beliau akan membangkitkan perkara itu dengan Datuk Seri
Najib Tun Razak semasa majlis berbuka puasa, yang difahamkan akan diadakan di kediaman perdana menteri di Putrajaya.

Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Nazri berkata beliau masih belum membaca kandungan usul tersebut.

Bagaimanapun, tambahnya, selepas membincangkan perkara dengan PM, kemungkinan pihaknya akan memberi respons.

Katanya, beliau tidak mahu mendahului perdana menteri berhubung isu tersebut.

Najib, Rosmah tiada alasan tidak hadir ke mahkamah


Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi menjawab pertanyaan media selepas kes Fitnah II ditangguh 15 Ogos ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor tidak boleh lari lagi daripada hadir ke mahkamah memberi keterangan dalam kes Fitnah II apabila mereka diperintahkan berbuat demikian hari ini.
Perkara itu dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mahkamah ditangguhkan sebentar tadi.

Dawama secara terbuka dakwa DBP punca ia rugi, rujuk ‘nasihat peguam’


KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Dalam kenyataan terbuka pertama, Dawama Sdn Bhd mendakwa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bertindak bertentangan dengan semangat konsesi, sekali gus menjadi punca ia tidak boleh beroperasi lagi dan dilanda masalah kewangan. Di bawah konsesi 12 tahun, sejak 2002, Dawama perlu mencetak, mengagih dan memasarkan buku dan majalah terbitan DBP.
Justeru, menerusi satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini, Dawama berkata ia akan mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan konsesi dengan agensi Kementerian Pelajaran itu.
“Akibat daripada tindakan-tindakan DBP, Dawama Sdn Bhd tiada pilihan lain kecuali mengambil nasihat undang-undang untuk menguatkuasakan hak Dawama Sdn Bhd,” katanya lagi.
Dawama berkata isu semasa memuncak sejak kebelakangan ini akibat tindakan DBP, sejak bulan lalu untuk mengambil alih penerbitan buku teks kegunaan sesi persekolahan tahun depan tanpa memberi notis penamatan konsesi.
“Ini dengan jelas adalah satu tindakan melanggar perjanjian konsensi (dimeterai) antara DBP-Dawama pada tahun 2002. Ini telah menjejaskan operasi syarikat,” kata kenyataan itu lagi.

DAP dakwa klip video Kedai 1 Malaysia rasis, mahu Putrajaya siasat


KUALA LUMPUR, 8 Ogos — DAP mahu pihak berkuasa menyiasat dalang satu video di YouTube.com yang mendakwa parti itu mahu peniaga-peniaga Cina menaikkan harga barang dan mencetuskan kemarahan ke atas pentadbiran Barisan Nasional (BN). Klip video lapan minit dengan tajuk “Sembang Rakyat - Kedai 1 Malaysia” itu dilihat satu usaha untuk mendakwa ia sebahagian daripada konspirasi DAP memancing sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum.
“Ini tindakan penggunaan Internet yang sangat tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa dengan mendalam.
“Sudah pasti ia bermotifkan politik dan sesuatu yang mudah untuk mengesyaki siapa di belakangnya,” kata Penasihat  DAP Lim Kit Siang (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Rahsia UMNO@BN : Tentera, polis miliki 2 kad pengenalan?

RANTAU PANJANG, 8 Ogos: Rahsia Umno dan Barisan Nasional (BN) berupaya mengekalkan kuasa sehingga 54 tahun kini terbongkar sedikit demi sedikit.
Sedangkan di negara lain tidak ada lagi parti yang mampu menguasai kerajaan dalam tempoh begitu lama seperti BN di Malaysia.
Rahsianya ada di sebalik undi pos dan keupayaan memperalatkan jabatan-jabatan penting kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara dan pasukan polis.
Dan hari ini satu lagi kegiatan yang dianggap sulit dibongkar apabila ramai anggota polis dan tentera yang masih berkhidmat dikesan memiliki kad pengenalan awam.
“Mereka didapati memiliki dua kad pengenalan. Satunya kad sebagai anggota pasukan keselamatan bagi melayakkan mereka mengundi secara pos.

Guan Eng : "Sembang Rakyat-Kedai 1 Malaysia" Taktik Kotor Kerajaan BN


KUALA LUMPUR 8 OGOS : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan klip video bertajuk "Sembang Rakyat-Kedai 1 Malaysia" yang tersebar luas di internet sebagai usaha terbaru kerajaan menggunakan taktik kotor bagi menjatuhkan parti lain.

"Kerajaan BN sekarang dengan nyatanya menyalahkan pihak yang tidak bersalah dan ini adalah satu permainan politik yang amat kotor dan jahat sekali.

" (Oleh itu) kita juga mahu pihak berkuasa polis menyiasat para pelakon yang terlibat untuk mendedahkan siapa pelakon dalam klip video itu termasuk watak apek cina,"katanya pada satu sidang media khas di ibu pejabat DAP semalam.

Jangan sampai rakyat hilang keyakinan pada institusi zakat

KUALA LUMPUR: Pengurusan wang zakat perlu direformasikan bagi mengelakkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi itu, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEAIDLAN (Bippa), Ahmad Kassim.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempersoalkan ke mana mengalirnya wang zakat di negara ini.
“Zakat perlulah disalurkan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan. Ini tidak, kadang-kadang orang yang tak sepatutnya terima duit ini.
“Jangankan sampai satu peringkat, rakyat hilang keyakinan dengan sistem zakat sehingga sanggup turun untuk menyampaikan wang mereka ke tangan orang miskin sendiri,” katanya.

SPR Hanya Akan Buat Perubahan Bila Ditekan



KUALA LUMPUR 8 OGOS : Selepas mendapat sokongan meluas daripada ribuan rakyat pelbagai lapisan masyarakat pada perhimpunan 9 Julai lalu, Bersih 2.0 meneruskan tekanan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melakukan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.


Namun, pada dua perdebatan di antara pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dengan timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini, tidak menunjukkan ada tanda-tanda SPR mempunyai komitmen bagi mengusahakan sebarang pembaharuan atas alasan suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa perundangan bagi berbuat demikian.



Justeru, ramai penyokong Bersih 2.0 mencadangkan supaya gabungan itu memindahkan fokus mereka kepada kerajaan BN yang memiliki kuasa majoriti di parlimen bagi meminda undang-undang sebelum pembaharuan boleh dijalankan.

Biometrik: SPR boleh manipulasi data JPN

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpeluang memanipulasi data pekerja asing berdaftar yang diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan memasukkan nama mereka ke dalam senarai pengundi.
Dengan cap jari disimpan dalam data sistem biometrik, seseorang berstatus penduduk tetap (PR) boleh menjadi warganegara dan pengundi berdaftar dengan hanya ketikan di papan kekunci komputer, kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat.
“Ia sangat mudah dibuat kerana kedua badan tersebut (SPR dan JPN) berangkaian. Ada kemungkinan JPN akan meluluskan sementara kerakyatan Malaysia pemegang kad MyPR.