Sabtu, 6 Ogos 2011

Jadilah pendengar yang baik wahai pemimpin!



raja semutMendengar adalah sesuatu yang memenatkan, apatah lagi kalau kita tidak berminat dengan apa yang diperkatakan.
Dalam keadaan mengantuk macam mana sekalipun, kita akan menjadi segar apabila bicara yang kita dengar itu mendapat perhatian minda kita.
Bagi orang yang bertanggungjawab pula, dia akan rasa berdosa kalau tidak mendengar setiap perkataan pengikut atau orang yang sedang dipimpinnya.
Wanita dikatakan seorang pendengar yang baik. Namun lelaki pemimpin seharusnya diberi peluang untuk meningkatkan mutu mendengarnya. Meminjam teknik-teknik kaunseling sangat membantu pemimpin untuk menjadi pendengar yang baik.

BERSIH 2.0: Lima trend baru bakal merobah Malaysia

MS Ismail

BERSIH 2.0Dengan melihat rentetan peristiwa sebelum, semasa dan selepas Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, kerajaan tidak ada pilihan lain melainkan bertindak segera bagi memenuhi hasrat yang terkandung di dalam tuntutan lapan perkara mengenai penambahbaikan proses pilihan raya.
Gelombang rakyat menuntut hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutan Malaysia ini tidak boleh dibendung lagi. Walaupun berdepan dengan pelbagai halangan, lebih 70,000 orang rakyat yang merentasi pelbagai kaum dan latar belakang telah berkumpul secara aman.
Tidak ada pertumpahan darah, tidak ada harta benda dirosakkan oleh penunjuk perasaan kecuali tembakan gas pemedih mata dan air berasid oleh polis. Mereka berhimpun tanpa senjata selain tekad dan semangat untuk melihat pilihan raya yang lebih adil dan bebas di negara ini.

Bersih 2.0: Fakta Yang Hilang

Ada beberapa natijah dari peristiwa bersejarah 9 Julai 2011. Ada yang kita terlepas pandang dan ada yang sengaja tidak diberi liputan oleh media tradisional yang dikuasai kerajaan.
1. Suara ramai usah diperkecil atau dibuli. Apabila para penganjur Bersih bersetuju dengan saranan Yang di-Pertuan Agong, kerajaan sengaja tidak memberi kerjasama. Polis melambat-lambatkan dan menidakkan permit dengan harapan bakal peserta kecewa dan bosan atau keliru, lantas memilih untuk tidak turun pada 9 Julai. Apa yang kerajaan gagal fahami adalah Ambiga dan jawatankuasanya hanya wakil suara rakyat. Rakyat lebih rela memilih turun ke jalan raya daripada menunggu dengan tidak sabar di rumah masing-masing.

Sejauh Mana Usaha Kita Melindungi Aurat?

Apabila berbicara tentang aurat, selalunya kita memfokuskannya kepada kaum wanita. Adakah mereka sahaja yang wajib menjaga dan menutup aurat? Bagaimana pula dengan kaum lelaki? Sebenarnya, dalam hal-hal berkaitan aurat, kedua-duanya tidak terkecuali daripada kewajipan menjaga dan menutup aurat. Bagaimanapun, kaum wanita sering dipandang berat akan hal ini kerana pada wanita ada tarikan sehingga ia boleh menimbulkan fitnah.
Walaupun isu aurat sering dibahaskan dan menjadi topik perbualan dalam kehidupan seharian, namun ia dipandang sepi oleh umat Islam sendiri.
Jika cetek ilmu sekalipun, tidakkah mereka memerhatikan mengapa ada Muslim dan Muslimah yang begitu menjaga dari aspek pemakaian mereka tanpa mendedahkan aurat dan mengapa pula kita dengan ringkasnya memakai kemeja-T tanpa lengan bagi wanita, berseluar pendek dan tidak mengenakan tudung?

Iman 4.0 Flat

altMungkin apa yang ingin aku sampaikan ini adalah perkara biasa bagi sesetengah individu. Namun, aku harapkan moga pengalaman hidup ini dapat dijadikan iktibar dan titik tolak perubahan insan yang membacanya. Insya-Allah.
Aku berasal daripada keluarga yang serba kekurangan... makan, minum dan pakaian jauh sama sekali seperti rakan-rakan yang lain. Mungkin ini yang menyebabkan aku kurang mempunyai sahabat yang dapat mendengar keluh-kesah hidupku. Seingat aku, hanya ada tiga insan yang teramat penting dan bermakna dalam hidup pada waktu itu, ibu, kakak dan abang Cik. Mereka antara insan kurniaan Tuhan yang sentiasa menjadi tempat untukku bergurau dan berjenaka. Sahabat? Saat itu aku masih belum memahami makna di sebalik perkataan itu.

Tapi Bagaimana Dengan Pencerobohan Di JPN Dan SPR?

Tidak izin walau ceroboh seinci
Dr Ahmad Zahid Hamidi
DIKATEGORIKAN sebagai kawasan paling sensitif ekoran ancaman Kumpulan Abu Sayyaf yang berlaku di Pulau Pandanan dan Pulau Sipadan sejak lebih sedekad lalu, Pulau Danawan kini diberikan perhatian penuh oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Umno Telah Melacurkan Status Warganegara Malaysia...


Menjadi warga kepada sebuah negara berdaulat dan amat istimewa seperti Malaysia sememangnya adalah suatu anugerah yang tidak ternilai.  Ia tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit, atau dengan satu pangkah undi mahupun dengan maruah peribadi.  Hasrat menjadi warganegara Malaysia menuntut pengorbanan yang sangat tinggi. 

Biometrik daripada poket kuning rakyat


Saya rasa terpanggil untuk memberi pandangan mengenai isu penggunaan sistem biometrik yang dicanang-canang akan digunakan dalam PRU-13 akan datang. Bahkan isyarat awal tergambar jelas apabila perdana menteri sendiri yang menyatakan akan meluluskan sejumlah peruntukan untuk perbelanjaan sistem ini akan datang.

Saya juga merasa tertanya-tanya apabila Perdana Menteri sendiri difahamkan berpendirian tegas dalam menyokong usaha menggunakan sistem yang belum ternyata telus ini.

Beliau dipetik menyebut:"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (dengan menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat."

Christian charity conversion report a ‘conspiracy’, say PAS MP, priest

KUALA LUMPUR, Aug 6 — Calling it yet another conspiracy plot, a PAS MP and a Catholic priest both spoke out today against the latest news linking church charity groups to covert conversions as a ploy to pit Muslims against Christians.
Kuala Selangor MP Dr Dzulkefly Ahmad suggested it was it was a political move calculated to claw back the support of Malay-Muslim voters ahead of the 13th general election, expected to be called by year-end.

Dzulkefly said it was a political move to win back the support of Malay-Muslim voters. — File pic
“You see it now, they are full of conspiracy plots,” the PAS central working committee (CWC) member told The Malaysian Insider in an immediate reaction to the allegations following a Selangor Islamic Religious Department (Jais) raid on the Damansara Utama Methodist Church (DUMC) in Petaling Jaya last Wednesday night. Earlier today, Umno-owned Berita Harian and its sister newspaper Harian Metro had accused certain Christian groups of buying over Muslims in an attempt to swell their ranks by offering cash, free food and housing to poverty-stricken Malays.

Jais: Isma persoal media cuba beri imej negatif

BANGI, 6 Ogos: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berpendapat Jais perlu meneruskan siasatan jika badan itu mendapati wujud kes gereja terlibat dalam kegiatan menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam seperti yang dilaporkan dalam satu kejadian di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya.

Isma juga meminta supaya pihak-pihak lain tidak mempolitikkan perkara ini yang boleh mengganggu siasatan Jais.

Krisis hutang AS: Putrajaya optimis, Bursa dijangka susut lagi

KUALA LUMPUR, 6 Ogos ─ Penurunan harga di Bursa Malaysia mungkin berlanjutan hingga minggu depan ekoran jualan besar-besaran baru-baru ini disebabkan kebimbangan yang semakin memuncak tentang kelembapan ekonomi global, kata peniaga.
Ini juga disebabkan oleh data-data lemah dari Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan tentang pasaran kerja AS yanvg tidak memberangsangkan pada masa ini yang menunjukkan tanda-tanda kemungkinan berlaku kemelesetan teruk.
Laporan Bernama Online memetik ketua penyelidikan runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata, FBM KLCI akan terus susut dan menguji paras sokongan psikologi pada 1,500, berikutan isyarat-isyarat ekonomi yang negatif dan jangkaan kemelesetan berganda dalam pasaran-pasaran Barat.

Biar JAIS siasat tanpa gangguan, kata NGO Islam

abdullah zaik pembela seminar on islam under seigeJAIS perlu meneruskan siasatannya jika badan itu mendapati wujud kes gereja terlibat dalam kegiatan menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam, kata NGO Islam Ikatan Muslimin Malaysia.

Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman (kiri) berkata, pihak-pihak lain diharapkan tidak mempolitikkan serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya kerana ia boleh mengganggu siasatan.

“ISMA mahu JAIS meneruskan siasatan tanpa diganggu oleh mana-mana pihak kerana ia bertepatan dengan bidang tugas JAIS dan undang-undang.

'Sidang Parlimen Tergempar' Pakatan Ingatkan Najib

PETALING JAYA 6 OGOS : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekali lagi mengingatkan pentadbiran Perdana Menteri agar segera memutuskan desakan pemimpin parti itu supaya sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, peringatan itu dibuat berikutan tempoh seminggu yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan seolah-olah dipandang sepi.

"Ini adalah peringatan kembali kepada beliau (Najib) bahawa beliau hanya ada kurang dari 3 hari untuk menjawap gesaan Pakatan Rakyat," tegasnya.

"Kami memberi seminggu kepada Perdana Menteri untuk mengadakan sidang parlimen tergempar bagi membincangkan isu warga asing yang diberikan kad pengenalan sekali gus disenaraikan dalam senarai pemilih," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini. 

‘No’ to child refugees in Malaysia

Both the Malaysian and Australian governments, are being slammed for allowing '13 unaccompanied children' to be transferred to Malaysia under the refugee swap deal.
PETALING JAYA: News that 19 minors will be among the first batch of refugees to arrive in Malaysia from Australia on Sunday has sparked outrage against the governments of both countries.
The boatload of 54 Afghan refugees that was intercepted in Australian waters earlier this week are currently in Christmas Island.
They are expected to board a flight to Kuala Lumpur by tomorrow.
On Thursday night two senior Malaysian police officers flew into Christmas Island to inspect the process of selecting asylum-seekers for transfer.

Hands off Anwar’s trial, Karpal warns detractor

Detractors of Anwar Ibrahim have been reminded that the opposition leader has a right to exhaust 'all legal remedies available to him under the law to prove his innocense'.
GEORGE TOWN: Senior lawyer and parliamentarian Karpal Singh today warned detractors that they have no right to pressure the court to speed up the on-going Pakatan Rakyat leader Anwar Ibrahim’s Sodomy II trial.  ”It amounts to contempt of court.  ”It’s a direct interference in the administration of justice,” warned Karpal who is Anwar’s defence counsel.
He said it was wrong to say that Anwar’s trial was of national importance merely because he is the parliamentary opposition leader and Permatang Pauh MP.
He noted that all trials were of equal significance and shall be treated equally across the board in accordance to Article 8 (1) of the Federal Constitution.

Video : PR Desak Batalkan Biometrik, Tetap Mahu Dakwat Kekal

TERBUKTI DAKWAAN DSAI DI PARLIMEN BENAR DAN BLOGGER UMNO LEMBAB TAHAP MAKSIMUM!


Dakwaan Anwar Tentang Penglibatan PDRM-ASIASOFT Sebuah Syarikat Israel Mula Nampak Kebenarannya? Dah setahun isu dan kes itu diutarakan.

Kod '71' - Blogger Umno pandy kutty punya spin

Dalam seminggu ni portal berita bebas dan blog yang menyokong Pakatan Rakyat hampir semuanya ulas isu 'Mismah Gate'. Sebelum aku ulas pasai blogger Umno pandy kutty punya spin isu ni elok aku cerita secara ringkas macamana isu ni boleh timbul untuk mudahkan orang yang masih blur pasai isu ni faham apa cerita sebenarnya dengan isu 'Mismah Gate' ni.

Isu ni timbul bila dibuat screening ke atas senarai nama dalam Rang Daftar Tambahan suku ke-2 2011 yang dipamirkan untuk semakan dan bantahan bermula  27 Julai hingga 2 Ogos lepas. Kalau tak silap aku mula terbit dalam blog Amenoworld, kemudian dalam blog Perisik Rakyat sebelum disensasikan dalam Malaysiakini.  

Program Meniti Usia Baligh dapat sambutan hangat



KUBANG KERIAN – Hampir 100 orang remaja lelaki dan perempuan telah mengikuti Program Meniti Usia Baligh (MUB) di Dewan Murni, Kampus Kesihatan HUSM  pada 23 Julai baru-baru ini.
Menurut Pengarah Program, Hj Che Rahimi Samat, program ini bertujuan memberi kesedaran kepada para remaja tentang perubahan yang berlaku serta peranan dan tanggungjawab mereka apabila mula memasuki usia baligh.
“Program ini bukan saja bermanfaat kepada anak-anak remaja bahkan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang tanggungjawab yang terpikul untuk membimbing anak-anak pada usia ini,” jelas beliau.

Pakatan rangka bajet 'Kesejahteraan Untuk Semua'

PETALING JAYA, 6 Ogos: Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan mereka sebagai alternatif kepada Bajet 2012 yang akan diumumkan perdana menteri Oktober ini.
Malah ianya akan dibentang lebih awal berbanding yang akan dibentang Datuk Seri Najib Razak, kata anggota jawatankuasa Pakatan Rakyat, Dr. Dzulkefly Ahmad.
Selain Dzulkefly, wakil PAS dalam jawatankuasa merangka belanjawan Pakatan Rakyat itu adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan, Dr. Rosli Yaakob.
PKR pula diwakili Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua manakala DAP diwakili Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Biometrik tidak halang pengundian berulang

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mempertahankan penggunaan dakwat kekal sebagai satu-satunya pengesahan bagi mengelakkan seseorang individu membuang undi berulang kali, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Katanya, sistem biometrik yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya mengesahkan identiti seseorang tetapi tidak berupaya mengesahkan sama ada individu itu sudah membuang undi menggunakan identiti berlainan.
“Sistem biometrik hanya boleh mengesahkan kad pengenalan tetapi tidak mengesahkan sama ada seseorang itu ada tiga kad pengenalan atau sudah mengundi di lokasi berbeza.

Muhyiddin: Saya sendiri tak mampu jawab sebab pelajar gagal kuasai BI...la menteri ape ni...????

SEGAMAT, 6 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah dikaji semula bagi memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai bahasa penting itu sebagai bahasa kedua.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran melaksanakan kajian itu.
Menyatakan pandangan beratnya terhadap soal menguasai bahasa tersebut oleh pelajar, Timbalan Perdana Menteri berkata, penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa dan ekonomi.

250,000 amah akan didaftar biometrik..hi..hi...bakal jadi pengundi baru biometrik....!!!!!

Seramai 250,000 pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata ia berikutan pembantu rumah tidak termasuk dalam kumpulan pekerja dalam industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.

"Bilangan pekerja asing secara sah ialah 1.9 juta orang dan bilangan pembantu rumah yang sah adalah 250,000 orang.

Video Che'gu Bard: UMNO pengkhianat Melayu!

Video Che'gu Bard: UMNO/BN mencipta kekecohan supaya mendapat balik sokongan rakyat

Video Che'gu Bard: Najib menghasut untuk menjatuhkan kerajaan sah Pakatan Rakyat!

Kenapa Kaum Erdogan PAS Terlalu Apologetik?

 ibrahimbaba
"

Dari mana suntikan angin sebegini timbul dalam PAS?
Parti yang asas perjuangannya Islam kini lebih apologetik dengan musuh Islam dan keras yang amat dengan sesama Islam.
Dan di mana letaknya pula ayat ” …orang-orang yang bersama dengan Baginda adalah bersikap keras (tegas) terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka (muslim)…"

JAIS, Pisang berbuah dua kali dan disegat dua kali pada lubang sama

Oleh: mohdnoorawang
"

ISU paling panas dalam bulan Ramadam 1432H yang putarkan oleh media arus perdana dan semua tv milik BN/UMNOapco ialah " JAIS ( Jabatan Ugama Islam Selangor) MENYERBU MAJLIS MAKAN MALAM DI GEREJA METHODIST DAMANSARA (DUMC)."
Dalam ruang waktu yang terhad dan kita umumnya tidak tahu apa yang berlaku "Serbuan JAIS". Kita tunggu laporan JAIS dan menteri besar Negeri Selangor Tan Seri Khalid bakal mengadap Kebawah Duli Tuanku"Serbuan Jais ketada Gerja DUMC".

Hanya 1,000 ahli Umno bincang kaedah terbaik bangunkan Kelantan

Hasil perbincangan itu akan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
BACHOK: Lebih 1,000 anggota Umno daripada 13 bahagian di Kelantan menyertai perbincangan mencari kaedah terbaik membangunkan negeri itu yang jauh ketinggalan berbanding negeri lain.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata perbincangan yang digabung dengan pengisian Ramadhan itu bermula tengah hari sehingga lewat malam ini.
“Saya dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Fuad Hassan akan menjadi ahli panel kepada perbincangan itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Umno Bahagian Bachok hari ini.

Wan Azizah: Why should Anwar quit now?


Wan Azizah: Why should Anwar quit now?Should Opposition Leader Anwar Ibrahim, who has faced not one but three damaging sexual allegations, quit politics?

This was the question posed to PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail about her embattled husband, who will take the witness stand on Monday to face his second sodomy trial.

According to Wan Azizah, she does not believe Anwar should throw in the towel just yet, but conceded that the thought did cross her mind.
"Not now. Before, yes - when he was a professor in Johns Hopkins (University). I enjoyed life (then). I must be frank about it. We were an ordinary family (then) - the kids were there (in United States), having their education, getting on with life and we had a nice time.

Malaysians in an uproar as BN voting fraud exposed

Malaysians in an uproar as BN voting fraud exposedMalaysians are in danger of losing their beloved country if immediate steps are not taken to stop the government's electoral manipulation of illegal immigrants’ status to allow them voting rights so that power-crazed leaders can stay in power.
In the case of one Indonesian permanent resident, Mismah, it was revealed that her status was changed from PR to full citizen within hours so as to allow her full voting rights. In Selangor, 1,000 permanent residents and in Penang 1,500 were found on the voter rolls although only full-fleged voters can have such rights. Again in Penang, Chief Minister Lim Guan Eng discovered a staggering 32,000 new voters being registered within three months.

Video : Sidang Parlimen Tergempar, Pakatan Ingatkan Najib

Video : Pakatan begins work on alternative budget

Nik Abduh : Ceroboh rumah ibadat tak dibenar tanpa ‘kuasa dan hak’


KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan semua rumah ibadat tidak boleh diceroboh dan sebarang bentuk pencabulan tidak dibenarkan melainkan dengan “kuasa dan hak.”
Lebih selesa bercakap dari sudut ajaran Islam, Nik Abduh berkata setiap rumah ibadat perlu sentiasa dijaga dan dihormati.
Bagaimanapun tegas beliau sekiranya ada bukti mengaitkan dalam usaha untuk memurtadkan orang Islam tindakan boleh dilakukan tapi mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
“Dari sudut Islam semua rumah ibadat termasuk gereja tidak boleh ada apa-apa pencabulan kecuali dengan kuasa dan hak yang dibenarkan selain mempunyai bukti yang kukuh, baru ia (serbuan) boleh dilakukan.
“Kita tidak boleh membunuh kecuali dengan hak, kita tidak boleh mencuri kecuali dengan hak, sama seperti rumah ibadat... rumah ibadat ini perlu dijaga, kalau nak buat serbuan perlu ada bukti yang kukuh,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ramadhan dan perpaduan di Sarawak

Ramadhan dan perpaduan di SarawakRamadhan bukan sahaja dihayati oleh penduduk Islam di Sarawak tetapi penduduk bukan Islam juga memainkan peranan penting tatkala bersama warga Islam apabila waktu untuk berbuka puasa.
Ramadhan bukan sahaja memfokuskan kepada berpuasa dan menunaikan solat, ia juga mengajar erti kesabaran dan merendah diri. Bagi umat Islam, ia juga membawa kepada mengeratkan tali persaudaraan dan juga silaturahim dengan kalangan sahabat bukan Islam.
Kaum Cina dan Dayak juga memeriahkan lagi bulan Ramadhan dengan turut serta mengunjungi gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa bersama rakan-rakan Islam.
Maimunan Ishak paling gembira pada bulan Ramadhan kerana inilah masanya semua anak-anak lelaki yang sudah dewasa bebuka puasa dengannya. “Bila anak-anak membesar, mereka lebih banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka dan jarang makan bersama keluarga di rumah. Hanya pada bulan puasa, mereka mencuba sedaya-upaya untuk makan besama saya dan ayah mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berusaha pulang”, katanya lagi.

PR Desak Batalkan Biometrik, Tetap Mahu Dakwat Kekal

PETALING JAYA 6 OGOS : Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini sekali lagi mempersoalkan keghairahan Kerajaan pusat terhadap penggunaan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Malah, sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan berhubung kepincangan sistem itu dikemukakan.

Sebaliknya, beberapa pendedahan terbaru mengenai kepincangan sistem itu juga jelas menunjukkan bahawa ia tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.

Bersih 2.0 : Khairi mesti letak jawatan jika mahu berpolitik

KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung aduan salah laku Pegawai Atase Pendidikan Malaysia, Khairi Jalalluddin.
Keputusan itu dibuat setelah delegasi DPPM meneliti dari dekat mengenai aduan mahasiswa Malaysia di Mesir sewaktu ke sana 2 Ogos lalu.
Malah banyak salah laku beliau telah didedahkan di laman sosial facebook "KJ Bocor Fan Club".
Antara contoh salah laku beliau yang dilapor dan didedahkan adalah berusaha untuk memecahkan kesatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRM).

Pemuda PAS optimis kes pelajar Mesir dipecat selesai

KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) optimis menemui jalan penyelesaian terbaik berhubung kes mahasiswa Malaysia di Mesir yang dibuang universiti kerana menganjurkan himpunan Bersih 2.0 di sana.
Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) DPPM, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, pertemuan dengan pihak kedutaan Malaysia di Mesir menampakkan kejayaan awal.
Beliau bersama ketua DPPM, Nasrudin Hassan ke Mesir 2 Ogos lalu bertemu dengan Duta Malaysia di Mesir, Profesor Madya Dr Fakhruddin Abdul Mukhti dan pegawai pendidikan Malaysia di sana bagi membincangkan kes tersebut.

Bersih 2.0: Kedutaan Malaysia di Mesir beri jaminan selesai isu pelajar dibuang


KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat berkata Kedutaan Malaysia di Mesir memberi jaminan akan menyelesaikan isu pembuangan seorang penuntut Universiti Al-Azhar kerana terlibat dengan Himpunan Bersih 2.0 di negara itu.
Menurut Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS pusat Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, hasil pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Mesir Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti telah membuahkan hasil.

Kesan Bomoh Rosmah Mansor: Najib naik, tidak turun


Kerajaan Rakyat tidak berani nak kata cerita ni betul ke tak... tapi ramai orang cakap... Rosmah Mansor  suka berbomoh.

Dari sumber yang dipercayai... kabar ceritanya... Rosmah Mansor ni jenis pantang bekutuk.... pantang beketik.... mesti dia jumpa bomoh dia. 

Satu hal yang nampak macam betul.... kabar kisahnya... Najib Razak tu dah kena ilmu penunduk dek bini dia sendiri.... 'Sipendek'  tu. 

Kes yang paling kesian kat Najib Razak tu... dengar cerita masa dok minum kat Pekan, Pahang.... 'senjata' dia tu...  Sipendek aka Rosmah Mansor dah ikat.... kira macam si Rosmah tu kasi benda alah Najib tu kena remote control.... controlnya Rosmah yang pegang.

Kesian ... kan! Kalau nampak hak best.... Najib leh naik tapi takleh nak turunkan.... dia kena cari Sipendek juga baru leh turun.... selagi Rosmah tak kasi turun.... dok ngang situ lah benda alah Najib tu... ( Najib Kerja Rosmah Arah ) NKRA.

'Saksi sahkan gas dilepas ke Hospital Tung Shin'

Kenyataan saksi dan bukti "konsisten" menunjukkan gas pemedih mata dilepaskan di perkarangan Hospital Tung Shin pada perhimpunan BERSIH 2.0 bulan lalu, demikian kesimpulan laporan Tenaganita kepada Suhakam.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3NGO itu menyerahkan laporan lapan halaman semalam, yang merupakan kompilasi testimoni 18 saksi yang berada di tempat kontoversi hospital dan Hospital Bersalin Cina sekitar Jalan Pudu.

"Tiada provokasi terhadap polis oleh peserta (tiada gangguan lisan, tidak menghamburkan kata-kata kasar dan tiada provokasi fizikal) meski pun hakikatnya kami dikepung ke hujung jalan dan TIDAK dibenarkan bersurai atau berarak," laporan itu dipetik.

Daripada kenyataan itu, tambah laporan Tenaganita, peserta perhimpunan di tempat itu menunjukkannya berlangsung dengan "aman dan tertib", berbeza sama sekali dengan laporan media arus perdana sebelum ini.

Pakatan mulakan belanjawan alternatif

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmadJawatankuasa kerja Pakatan Rakyat hari ini mengadakan mesyuarat pertamanya bagi membincangkan belanjawan alternatif, sekali gus mendepani pengumuman Belanjawan 2012 pada Oktober.

Anggota jawatankuasanya Dzulkefly Ahmad (kanan) berkata hasil perbincangannya akan dikeluarkan sebelum kerajaan pusat mengumumkan belanjawannya.

Bagaimanapun, anggota parlimen Kuala Selangor itu menegaskan, ia bukan belanjawan bayangan sepenuhnya tetapi lebih kepada pendekatan strategik, seperti dikeluarkan Pakatan pada 2008.

Bercakap dalam sidang media di pejabat Pakatan di Petaling Jaya hari ini, Dzulkefly berkata, gabungan itu akan menagmbil pendekatan strategik, di mana semua parameter sektor akan diambil kira.

Wan Azizah akan ganti Anwar 'jika perlu'

NONEDatuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui pernah terlintas di fikiran bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang berdepan dengan dakwaan demi dakwaan salah laku seks – patut bersara dari politik.
Tetapi bukanlah sekarang, kata Wan Azizah.

Apatah lagi, ketua umum PKR itu perlu membela dirinya dalam perbicaraan kes Liwat II yang akan bermula pada Isnin, tambahnya.
Malaysiakini mengemukakan soalan berkenaan kepadanya dalam satu temubual minggu lalu bagi menanggap sejauh manakah dakwaan berkenaan menjejaskan kepemimpinan Anwar setakat ini.
"Sebelum ini, ya – ketika dia menjadi profesor di (Universiti) John Hopkins. Saya gembira dengan kehidupan (pada waktu itu).

Warkah buat cinta ku, Malaysia


I.

Ketakutan kamu berpunca dari salah faham. Untuk melihat kamu dan mengeluarkan segala yang di dada, sungguh amat menyakitkan. Bagaimana pun, bukankah cinta itu datang bersama rasa gentar, dan perubahan pula bergenggamkan keyakinan?

Tidak rugi jika terlewat, dan tidak pula terlewat jika gagal dalam perubahan. Aku genggam ini seperti kali terakhir menggenggam tangan kamu, Malaysia. Lima puluh empat tahun, dan Kuasa mereka terus menghancurkan cita-cita kamu.

Perubahan adalah jenaka kepada mereka. Walau pun sudah tidak mampu melihat wajah kamu, kamu takkan hilang. Perubahan adalah langkah teragung kamu mampu lakukan.

Video :Kes Scorpene Di Perancis Dapat Perhatian

Isu gereja: PAS buat pendirian rasmi esok

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — PAS akan membuat pendirian rasmi berhubung serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama esok selepas mendapatkan penjelasan daripada Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali.
“Kami akan membuat pendirian esok, apakah pendirian PAS esok... kita tunggu esok,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
PAS akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat esok, di mana Hasan merupakan salah seorang ahlinya.
Hasan merupakan Exco Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam.

Umno Dapat senjata baru

Oleh Sofi Wahab

Sehari dua ini Umno/BN melalui pencacainya Utusan mendapat senjata baru untuk menghentam PR khususnya kerajaan negeri Selangor. Isu serbuan JAIS terhadap majlis anjuran sebuah gereja di Selangor terus diulas bagi menggambarkan kerajaan negeri Selangor lebih cenderung menjaga hati gereja dari Islam.

Tidak mustahil perkara sudah dirancang dengan begitu rapi oleh mereka bagi mengaut keuntungan politik. Mereka mahu menawan hati terutamanya umat Islam.

Anak semua bangsa & Malapetaka Ogos

Oleh Hishamuddin Rais
Setiap 15 Mei, warga Palestin akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambhttp://www.za3tar.net/wp-content/uploads/2011/05/nakba.jpegut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel dipacakkan ke atas bumi Arab. Justeru, pada tarikh ini warga Palestin di seluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.


Semenjak 15 Mei 1948 warga Palestin berhadapan dengan segala macam kesengsaraan. Tanah mereka dirampas, rumah mereka diroboh. Mereka hilang harta benda, hak demokrasi dan kampung halaman. Rakyat Palestin diserang, dibunuh dan dihalau dari kampung halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.

Isu JAIS serbu gereja : Jangan lupa ISU AGENSI KERAJAAN gadaikan keselamatan negara

Sofi Wahab

Heboh 1Malaysia JAIS menyerbu sebuah gereja di Selangor kerana didakwa menyebarkan agama kristian kepada umat Islam. Kita tidak tahu samada ianya benar-benar berlaku. Ianya mesti disiasat. Jika benar berlaku perkara demikian maka ianya sesuatu yang serius. Saya tidak mahu komen lebih lanjut tentang perkara itu, kita tunggu laporan lengkap dari pihak yang terlibat iaitu JAIS, Dr Hassan Ali dan Kerajaan Negeri Selangor.

Saya cuma ingin mengingatkan saudara-saudara kita di Selangor bahawa di sana satu isu yang sangat besar yang tidak boleh dilupakan. Rakyat juga mesti sentiasa diingatkan supaya mereka tidak lupa dan tidak sedar akan kebejatan dan kezaliman yang dilakukan.

Wanita Islam ini mengaku terima bantuan daripada komuniti gereja di Damansara Utama


JASMINE mengaku menerima bantuan daripada sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya.

Waytha’s US$4 trillion suit to ‘clear’ ambiguity

Hindraf Makkal Sakhti's legal bid in UK is expected to reveal whether Article 153 of the Federal Consitution has been 'misused and abused'.
GEORGE TOWN: Hindraf Makkal Sakti’s impending US$4 trillion legal suit against the British government is expected to finally provide a ‘clear and unambiguous’ representation of Article 153 of the Federal Constitution.
Article 153 governs the special status of majority ethnic Malays and provides constitutional features to safeguard the interests, rights and benefits of minorities.
Speaking to FMT recently DAP assemblyman M Manoharan said the legal suit would disclose the correct information and real happenings that took place during the pre-independence talks on Article 153 and drafting of the Federal Constitution.

Christian groups on drive to convert Muslims, Malay papers report


KUALA LUMPUR, Aug 6 — Two Malay dailies alleged today that Christian organizations are carrying out covert missions to convert poverty-stricken Muslims by offering them cash, free food and housing in a follow-up to a controversial church raid this week.
In its frontpage story titled “Sogok wang gadai akidah” [“Cash bribes faith pawned”], Berita Harian reported that certain organizations were hiding behind the guide of welfare aide and offering all manner of monthly cash allowances of at least RM1,000 to hard-hit Muslims and their families in an attempt to turn them into Christians.
The pro-Barisan Nasional newspaper did not name any of the organizations but posted a pixelised photo of a woman on its cover, which it captioned as “Jasmine admits receiving aid from a community church in Damansara Utama, Petaling Jaya”.

BN can only win Selangor through fraud, says Teresa

PUCHONG, Aug 6 — Barisan Nasional (BN) can only recapture Selangor in the coming polls by resorting to electoral fraud, Selangor state executive councillor Teresa Kok said today.
The Selangor DAP chief said she was not surprised with Selangor Umno infomation chief Abdul Shukor Idrus’s claim that BN will trounce Pakatan Rakyat (PR) with a 20-seat majority in the country’s richest state.
“If they claim that, that proves...all the evidence found out by Pakatan Rakyat on electoral fraud is proven correct,” Kok (picture) told reporters today.
The Seputeh MP pointed out that PAS leaders told her they found 400 permanent residence (PR) holders in Hulu Selangor registered as voters.

Belasungkawa : Dari '?' kepada pencipta logo Keadilan

Pada kira-kira jam 9.45 malam, tanggal 30 Julai 2011, saya menerima pesanan ringkas daripada anak saudara Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal yang mengatakan bahawa tokoh seni rupa yang dihormati itu telah dijemput Ilahi.

Tergamam seketika, hanya kalimah "Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali" yang terdaya diucapkan.

Walau pilu, ada rasa kesyukuran yang melintas bila mengingat akan kenikmatan allahyarham berpulang pada saat-saat umat Islam bersedia melangkah ke bulan Ramadan Al-Mubarak.

Syed Ahmad Jamal lahir pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah (1936-1938), sebelum ke Sekolah Tambatan Tinggi (1939), Ngee Heng English School (1940), Bukit Zahrah English School dan English College, Johor Bahru sehingga 1949.

Jantan : Ku Sangka 3...Rupanya 8..!!!

Kikis lapan isteri

BUKTI...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat dan gambar suaminya.
BUKTI...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat dan gambar suaminya. 
 
KUALA LUMPUR: “Saya terpedaya dengan pujuk rayunya dan tidak menduga dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita yang semuanya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya pecah.

Nasib Anggota Rela : Pampasan cuma RM99


KEAN EWE (kanan) menunjukkan pampasan RM99 yang diterima kepada Swee Kong di Ipoh semalam.


IPOH - Sudahlah terlantar hampir dua minggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini akibat dirempuh pelesit rempit semasa menyertai satu operasi bersepadu, pampasan insurans yang diterimanya cuma RM99.
Demikian nasib anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Khaw Kean Ewe, 44, yang mendakwa nilai pampasan perlindungan insurans kelompok yang diterimanya tidak memadai dengan kecederaan serius yang dialami pada 9 September 2007 itu.
Katanya, dalam kemalangan pukul 3 pagi itu, dia mengalami kecederaan parah pada kaki, badan dan kedua-dua tangannya.
Menurutnya, harapan terhadap rayuan yang dikemukakan kepada pengurusan Rela dan syarikat insurans terbabit untuk mengkaji semula nilai pampasan yang diserahkan kepadanya pada Julai 2009 lalu tidak menjadi kenyataan.
"Hampir setiap bulan saya berulang-alik ke premis syarikat insurans berkenaan namun dua minggu lepas, saya diberitahu ia tidak lagi akan dipertimbangkan.
"Apa yang menyedihkan, sudahlah kos rawatan susulan mencecah ribuan ringgit, saya dimaklumkan setiap anggota Rela yang dimasukkan dalam wad boleh menerima sehingga RM100 sehari namun yang diterima sekadar RM99," katanya.

Dawama : Majikan ingkar arahan menteri...


ZAINAL (kiri) memberi taklimat kepada pekerja-pekerja Dawama selepas mereka tidak dibenarkan masuk ke premis syarikat itu di Hulu Klang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai 380 pekerja Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) mendakwa masih belum mendapatkan penjelasan rasmi daripada majikan berhubung pembatalan notis cuti tanpa gaji meskipun arahan itu telah dikeluarkan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam (gambar) kelmarin.