Jumaat, 29 Julai 2011

Video : Saya Saksi Kejadian di KL Sentral - Yeo Boon Lye

SPR : Pengundi Hantu Akibat Tiada Penyelarasan JPN-Polis


PETALING JAYA 29 JULAI: Masalah pengundi hantu tidak mungkin diselesaikan selagi polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menyelaraskan data antara mereka berhubung kematian pengundi.

Ini kerana maklumat tentang kematian seseorang yang dilaporkan kepada polis tidak dipanjangkan kepada JPN, menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad menganggap kelemahan tersebut perlu diajukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Pengkalan data polis, SPR dan JPN adalah lain. (Perkara) itu perlu cakap dengan KDN untuk menyelaraskan pengkalan data," kata beliau pada forum Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) di sini petang tadi.

Jeyakumar: Too ‘politically costly’ for BN to continue holding us


Dr Jeyakumar (C) said tonight that mounting pressure from the public had led to the release of the PSM 6. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, July 29 — Sungai Siput MP Dr Michael Jeyakumar asserted tonight that the order to release all Parti Sosialis Malaysia (PSM) detainees had been a political decision and not because the “police had come to their senses”.

"Inilah kuasa rakyat" - Dr. Jeyakumar

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D Jeyakumar menyifatkan pembebasan beliau bersama lima aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dari tahanan Ordinan Darurat (EO) sebagai kuasa rakyat.

Beliau berkata demikian sewaktu disambut ahli-ahli PSM dan aktivis di perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam ini.

“Terima kasih semua. Jika tidak kerana anda semua, kami masih di dalam. Ini kuasa rakyat. Bukan kerana polis yang membebaskan kami,” katanya.

Beliau merupakan bekas tahanan pertama tiba di KLSCAH, kira-kira jam 8.15 malam selepas dibebaskan di balai polis Jinjang kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Video : Tian Chua Tidak Serang Pihak Polis

“Dulu projek milion, kini bilion”

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheihttp://3.bp.blogspot.com/-SWM-H29Mmyw/Tik75K1_GAI/AAAAAAAATo8/BOc62VW8xdE/s1600/KADIR_SHEIKH_FADZIR3.jpgkh Fadzir menyelar sikap boros kerajaan yang kini membina projekprojek tertentu dengan kaedah runding terus walaupun projek berkenaan menelan belanja bilion ringgit.
Secara sinis beliau menyebut “dahulu sebut milion (juta) kini bilion-bilion (ratusan juta),” katanya semasa berucap di majlis penubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH).

AMANAH ialah sebuah NGO yang ditubuhkan dan dipengerusikan oleh ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah serta dianggotai oleh bekasbekas menteri kanan kerajaan BN.

A hung Parliament: Can it happen in M'sia and what will it be like

A hung Parliament: Can it happen in M'sia and what will it be likeIn a two-party parliamentary system of government, a hung parliament occurs when neither major political party (or bloc of allied parties) has an absolute majority of seats in the parliament.
This was exactly the case in Australia in 2010 where there are 150 members in the House of Representatives, so to have an outright majority one of the parties needs to hold 76 seats. Neither Labor nor the Coalition reached that point. Instead, they'll had to negotiate with the three sitting independents who have been re-elected - Tony Windsor, Bob Katter and Rob Oakeshott - as well as the Greens' Adam Bandt, who won the seat of Melbourne.
Eventually the Labor party lead by Julia Gillard won over the independents to form a minority government.

Lama Dah Kena Jual : Najib nafi restu projek saluran paip gas RM300b


KUALA LUMPUR, 29 Julai — Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau telah memberi lampu hijau kepada sebuah syarikat tempatan untuk membangunkan projek saluran paip gas serantau sejauh 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China.
Perdana Menteri (gambar) kelihatan bingung apabila ditanya oleh pemberita hari ini berhubung kenyataan PanelPoint Sdn Bhd semalam bahawa Najib telah memberikan restu ke atas projek mereka yang bernilai AS$100 bilion (RM300 bilion).
“Tidak, tiada perkara sedemikian. Ia tidak pernah dibincangkan,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.

SPR pertimbang tambah hari berkempen, kata Wan Ahmad


ETALING JAYA, 29 Julai ─ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti secara serius cadangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar tempoh kempen pilihan raya dipanjang berbanding sebelum ini.
Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad (gambar), cadangan tempoh kempen selama 21 hari tidak mungkin boleh dilaksanakan.
“Kita sedang melihat perkara ini, kita lihat (cadangan) tempoh kempen 21 hari ini dengan serius dan kita perlu mendapatkan respons semua pihak termasuk pihak berkuasa.

Ordinan Darurat: Ambiga harap Putrajaya tak ulang kesilapan sama

PETALING JAYA, 29 Julai — Terkejut dengan pembebasan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) lewat petang ini daripada tahanan Ordinan Darurat, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan menggesa Putrajaya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa depan.
“Ini adalah berita yang paling menggembirakan hari ini, mereka memang tidak sepatutnya ditahan di bawah Ordinan Darurat.
“Saya tidak faham mengapa kerajaan gunakan Ordinan Darurat untuk menahan mereka,” katanya pada sidang media selepas forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Kesatuan piket bantah Putrajaya sambung kontrak Presiden KTMB

Kakitangan KTMB berpiket di hadapan ibu pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur membantah Putrajaya menyambung kontrak presidennya. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kira-kira 300 anggota Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) hari ini mengadakan piket secara aman membantah penyambungan kontrak Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan selama dua tahun mulai Isnin ini.

Gila kerana gerainya hilang? ha.ha...ha..bawak coli dan seluar dalam nak kasi KM.....

Mamak yang paling popular dalam Penang tahun ni.. apa saja demonstrasi menentang Guan Eng dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang muka dia mesti ada.. dia tak peduli apa.. main sondol membabi buta saja..

Hari ini pula dia bawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Puncanya ialah kerana kerajaan negeri dikatakan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar..


GEORGETOWN: Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Video : PKR Dedah Video Polis Guna Keganasan Maksimum

Video : SPR Mesti Berlapang Dada Jayakan Wacana

Video : Cincin RM24j Sikap Boros Rosmah Akan Hancurkan Negara

Video : RUM bantah sambung kontrak presiden KTMB

PRU-13 guna dakwat kekal jika biometrik tak sedia, Bersih minta SPR


PETALING JAYA, 29 Julai — Dalam pertemuan kedua minggu ini Datuk Ambiga Sreenevesan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya sistem biometrik yang diperkenalkan agensi itu masih tidak boleh dilaksanakan.
Bercakap pada forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya  anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di sini, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kekal dengan pendirian agar dakwat kekal digunakan bagi menggantikan sistem biometrik.
Ini kerana tegas Ambiga, sistem biometrik yang berada di peringkat akhir kajian masih memerlukan banyak masa untuk dilaksanakan terutamanya dalam memberi penerangan kepada rakyat dan wakil parti politik.

SPR berdepan krisis kepercayaan?

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hanya mampu mendepa tangan dan mengangkat bahu ketika ditanya mengenai masalah birokrasi dalam membersihkan daftar pemilih.

Wan Ahmad memberi reaksi sedemikian ketika mengulas mengenai amalan sedia ada yang mewajibkan waris pengundi yang meninggal dunia supaya memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila keadaan itu berlaku.

Jelasnya, JPN hanya dapat mengemaskini data berkenaan apabila mendapat laporan daripada waris berkenaan – yang membolehkan SPR mengemaskini data berhubung pengundi berkenaan.

"Tapi bawah sistem sedia ada, balai polis yang mengeluarkan permit mengkebumi jenazah tidak dirangkaikan dengan JPN.

Sambutan tahanan EO6, Dr Jeya diserbu rakyat di KLSCAH

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar menjadi bekas tahanan Ordinan Darurat, pertama tiba di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) dengan kenderaan yang dipandu peguam, Edmund Bon, kira-kira jam 8.15 malam.
Jeyakumar diserbu ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang memeluknya, diiringi laungan ‘Hidup-hidup, Hidup Rakyat’ sebelum pemimpin itu membuat ucapan ringkas, mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membela nasib mereka selama ini.
“Terima kasih semua. Jika tidak kerana anda semua, kami masih di dalam. Ini kuasa rakyat. Bukan kerana polis yang membebaskan kami,” katanya.

Berlian RM24.45 juta, Rosmah perlu jawab dulu

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan pembelian cincin berlian berharga RM24.45 juta, sebelum menafikan ia sebagai fitnah.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Rosmah tidak memberikan jawapan berhubung maklumat diperoleh  pada sistem Kastam di Raja Malaysia (KDRM), malah penafiannya hanya mengundang spekulasi.
“Saya tidak tuduh, Rosmah kena tampil kerana nama kamu ada tertera dalam skrin sistem Kastam. Bukan menepis dengan mengatakan itu semua fitnah,” kata Badrul atau popular dengan Chegu Bard.

Perdana Menteri yang tak bijak berkata-kata

Oleh Drs Khalil Idham Lim

Saya ingin menyatakan bahawa kurang bijak bagi seorang Perdana Menteri berkata bahawa Pakatan tidak akan menerima sebarang usul untuk bakal dilaksana bertujuan baik untuk rakyat, kenyataan sebegini amat dangkal dan merapu.

Kenyataan beliau (Najib) berhubung isu biomatrik yang bakal diguna pakai dalam PRU 13 sebagai alternatif terhadap penggunaan dakwat kekal dan yang pasti pengunaan dakwat lebih murah dan praktikal untuk mengesan pengundi yang telah membuat undian.

Kenapa Perlu Mencari Kesempurnaan Jika Nak Jadi Pemimpin

Oleh: mrzem

"Fitrah kejadian manusia di katakan adalah penciptaan yang terbaik daripada Allah S.W.T. Tetapi kenapa manusia masih mengatakan setiap orang tidak sempurna “nobody perfect”. Kadang-kadang kita bingung memikirkan kenapa di istilahkan sebegitu rupa. Tetapi tuhan dah janjikan manusia adalah kejadian yang terbaik sebaik-baik kejadian. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya, itulah sebenarnya pengukur kepada kenapa istilah manusia tidak sempurna itu wujud.

Najib denies US$100b pipeline deal..ha..ha...sales..!!!

The prime minister looked perplexed when quizzed by reporters today over the deal. — file pic
KUALA LUMPUR, July 28 — Datuk Seri Najib Razak has denied giving the green light to a little-known local company to develop an 8,000km gas pipeline linking Asean countries, including Malaysia, with China. The prime minister looked perplexed when quizzed by reporters today over PanelPoint Sdn Bhd’s claim that Najib had given his “blessing” for the deal it claimed was worth US$100 billion (RM300 billion).
“No, no such thing. It was never discussed,” he said after chairing an Umno supreme council meeting.
PanelPoint had faced a hostile press pack yesterday when announcing it would form a consortium to develop what it dubbed the Trans-Asian Oil and Gas (TOAG) Pipeline.

EC agrees with Bersih but says bound by system

Wan Ahmad reiterated today that the EC’s hands are tied as it cannot go against the existing framework. — file pic
PETALING JAYA, July 29 — The Election Commission (EC) has said it sympathises with Bersih’s demands but can only work towards electoral reforms “within the system”. EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said the commission will keep pushing for reforms in tandem with non-governmental organisations but stressed all parties would have to work with the government to succeed.
“The EC has to work within the system. It is very difficult for the EC to ... bulldoze the system,” he told reporters here after a forum organised by the Association for the Promotion of Human Rights (Proham) at the Dream Centre here.

PKR Gempur Kampung Semasa Ramadan Dan Cuti Aidilfitri


SHAH ALAM 29 JULAI :  Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan mempunyai misi khas apabila pulang ke kampung halaman sempena bulan Ramadhan dan sambutan Aidilfitri.

Mereka akan dibekalkan beg khas yang muat dengan risalah, cakera padat dan rakaman video yang memberi penjelasan mengenai isu-isu nasional untuk disebarkan kepada penduduk luar bandar.

Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution  menjelaskan anak- anak muda PKR akan pulang ke kampung dan membantu  menangkis segala tomahan kerajaan Umno-BN terhadap Pakatan Rakyat.

"Orang- orang bandar akan balik kampung untuk meraikan Ramadhan dan Aidilfitri. Mereka akan jadi duta kecil kepada Pakatan Rakyat. Untuk balik ke kampung, mereka akan dibekalkan dengan ole- ole iaitu bahan- bahan kempen yang tertentu.

Video Perception: Why We Must Stop Lynas?

Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

KUALA LUMPUR, 29 Julai: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.
“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.
Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.
Tambahnya, ini dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.
Ini, ujarnya satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar kerana penipuan perjalanan pilihan raya semakin terserlah.
Beliau beberapa keraguan penggunaan biometrik, antaranya penggunaan  biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak.

Badar kesal, pejabat MB Pahang kosong sambut mereka

KUANTAN, 29 Julai: Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) menyatakan rasa kesal dan amat berdukacita di atas sikap yang di tunjukkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam menangani isu Lynas yang sarat di rundung kontroversi yang tidak berkesudahan.

Ini dapat di lihat melalui keengganan MB untuk menerima delegasi Badar yang berkunjung bagi  menghantar memorandum bantahan di pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang pada Rabu 27 Julai lepas.

“Kita sudah menghantar surat sebanyak dua kali bagi mendapatkan tarikh pertemuan dengan Menteri Besar iaitu pada 14 Julai dan hari ini 27 Julai 2011. Surat pertama kami dibalas secara rasmi dengan memaklumkan bahawa Menteri Besar mempunyai jadual yang telah di atur terlebih awal dan meminta agar kami mencadangkan satu tarikh cadangan yang baru.

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia 3

Oleh: MSK
“Ok..Saudara. Saya dah tau sejarah Yahudi dengan Umno. Tapi apa perancangan depa seterusnya?” aku tanya Sidek bila kami makan pagi semalam kat kedai Pak Long.
“Yang ni lagi bahaya. Sebabnya…lebih ramai orang Islam akan percaya, tambahan pulak, tekbologi yang digunakan cukup canggih.” Kata Sidek. “Tuan percaya kepada kitab-kita suci Zabor, taurat, injil dan Quran?” tanya sidek.
“Kena percaya la. Kalau tak percaya nanti bukan Islam pulak.” Aku jawab.

Islam dan demokrasi

Oleh Aishah

29 JULAI – Demokrasi mempunyai dua aspek. Pertama, sebagai sebuah sistem dan bentuk negara dan kedua sebagai nilai-nilai universal yang diperjuangkan demi kemanusiaan. Islam lebih luas konteks kepada sebuah agama dan aturan hidup bermasyarakat, tidak berbicara tentang sistem, apa lagi bentuk khusus sebuah negara.
Di Eropah pula, idea demokrasi dikembangkan melalui sekularisme (Niccolo Machiavelli), negara kontrak (Thomas Hobbes), pengasingan kuasa (John Locke) yang disempurnakan (Baron de Montesquieu), kedaulatan rakyat dan kontrak sosial (Jean-Jacques Rousseau).

Kit Siang: What Plan B? If Anwar jailed, it will hasten Najib-BN's demise

Kit Siang: What Plan B? If Anwar jailed, it will hasten Najib-BN's demiseIt appears that Malaysia's opposition is looking at covering all its bases in anticipation of a snap general election that Prime Minister Najib Abdul Razak may call at any time.
With speculation that snap polls could be called as early as November, Pakatan Rakyat has already gone into discussions to determine its candidates for each of the 222 parliamentary seats up for grabs.
DAP adviser Lim Kit Siang said the plan is for Pakatan leaders at state level to finalise their seat negotiations by Sunday (July 31), though he did not discount the possibility that the negotiations may require more time.
What is more significant, however, is how the three Pakatan member parties - PKR, DAP and PAS - iron out their differences and accommodate one another's needs for growth, both within the confines of the coalition and in the broader scope of Malaysian politics.
Lim pointed out that "it is time" for DAP to expand its support base beyond that of majority Chinese areas and urban centres and "reach out" to all Malaysians regardless of race and locality, in line with the party's founding vision.

In the Jews, Najib and Rosmah look to pin fallout from RM24mil ring?

In the Jews, Najib and Rosmah look to pin fallout from RM24mil ring? As anticipated, a massive clean-up has begun for Prime Minister Najib Razak, starting with his wife Rosmah Mansor and her alleged RM24.4 million diamond ring. The main purpose - to defend his very shaky UMNO presidency ahead of party polls due next year.
Although the country is also headed for snap elections widely expected to be held in October or November 2011, Najib appears more concerned about his personal power as more leaders from both within UMNO and BN turn to his deputy Muhyiddin Yassin for guidance after a series of governance and political blunders by his administration.
Meanwhile, pundits expressed disappointment that Najib would again revert to Jew-bashing in a bid to get Rosmah and himself off the hook. Although news of the garagantuan diamond ring had shocked everyday Malaysians, not many have doubts that the first couple had more than enough money to make such a purchase, which in US terms is worth $8 million.

Pakatan to avoid BN bashing


PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has reportedly told party members that endless BN-bashing will no longer hold water with today’s more discerning electorate. — file photo
KUALA LUMPUR, July 29 — With elections drawing nearer, Pakatan Rakyat (PR) plans to add more bite to its campaign by keeping its anti-Barisan Nasional (BN) rhetoric to a minimum and choosing instead to pitch what the opposition has to offer. Opposition leaders have acknowledged that voters not only need to know what the ruling pact has purportedly done wrong but what PR, seen as the only alternative with a fighting chance to score Putrajaya in the next polls, can do to correct these wrongs.
PAS appears to have taken the lead in this respect, with its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang reportedly telling party members recently that endless BN-bashing will no longer hold water with today’s more discerning electorate.

Saman Fitnah : Polis diberi 24 jam mohon maaf kepada Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

PSM’s EO6 released

Sungai Siput MP Dr D Michael Jeyakumar and five of his PSM colleagues have been released after being detained under the Emergency Ordinance for 28 days.

PETALING JAYA: The police today released the six PSM leaders who had been held without trial under the Emergency Ordinance since July 2.
“The six have been released unconditionally. It is official,” said their legal counsel D Yudistira after a meeting with CID deputy director Hadi Ho Abdullah.
Their 30-day initial detention ends on Sunday.  The Home Ministry had the discretion to extend it for another 30 days and subsequently for two years.
The six are Sungai Siput MP Dr Michael D Jeyakumar, PSM deputy president M Sarasvathy, central committee members Choo Chon Kai and M Sukumaran, Youth chief R Saratbabu and Sungai Siput branch secretary A Letchumanan.

Tahniah : Semua enam tahanan EO dibebaskan

Semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 2 Julai lalu mengikut Ordinan Darurat dibebaskan sebentar tadi.
Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang dan menurut setiausaha agung PSM S Arulchelvam dalam tweeternya, pembebasan mereka adalah tanpa syarat.

NONEMereka termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.
Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi.

BN perlu lebih agresif berdepan pembangkang..Hero berbunyi lagi..!!!

Presiden MCA berkata pembangkang gemar menggunakan Selangor dan Pulau Pinang sebagai contoh mereka berjaya lebih-lebih lagi dalam hal kebajikan.
KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi mengambil sikap defensif bila berhadapan dengan pembangkang memandangkan pihak lawan kini lebih agresif terutama dalam menunjuk jasa mereka kepada rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Beliau berkata pembangkang gemar menggunakan Selangor dan Pulau Pinang sebagai contoh mereka berjaya lebih-lebih lagi dalam hal kebajikan namun mereka lupa pada Kelantan dan Kedah yang jika dilihat dari segi prestasi di dua negeri itu, keadaan memang tidak memuaskan.

DAP dakwa transaksi tanah 300ha Sendayan tak telus

NONEKetua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook mendakwa menteri besar negeri itu tidak telus dalam penjualan tanah seluas 303.5 hektar di Sendayan untuk menggantikan pangkalan udara tentera di Sungai Besi.

"Berapakah harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi? Apakah terma-terma dalam perjanjian jual-beli tersebut?

"Apakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka atau rundingan terus?" soal Loke (kiri) bertubi-tubi kepada Datuk Seri Mohamad Hassan.

Loke juga mempersoalkan kenapa transaksi tersebut "dijalankan dengan begitu sulit" dan sama ada wujud perkara yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum.

"Apa yang lebih memeranjatkan ialah speaker DUN Negeri Sembilan telah menolak soalan saya berhubung dengan isu tersebut dalam Persidangan DUN pada 8 Ogos depan," katanya.

Perangi kos hidup, satu lagi janji manis Najib

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Setelah berdepan pelbagai keluhan dari rakyat berhubung bebanan kos hidup yang tinggi, terbaru Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pula mahu memerangi kos kehidupan rakyat.

Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat merupakan satu lagi tambahan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin.

Bagaimanapun ianya dilihat todak banyak beza dengan apa yang dijanji kerajaan sebelum ini yang sehingga kini masih terus terbeban dengan kos hidup yang terus meningkat.

Wartawan wilayah Utara tolak majlis media

Lima pertubuhan media dari wilayah utara menolak cadangan penubuhan Majlis Perundingan Media (MPM), yang menurut mereka, 'didominasi' oleh kerajaan.

Mereka terdiri daripada Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (PEWAJU), Kesatuan Wartawan Utara Malaysia, Kelab Akhbar Pulau Pinang, Persatuan Wartwan Seberang Prai dan Koperasi Pekerja Akhbar Pulau Pinang berhad.

Fahaman Umno lebih bahaya daripada Wahabi?

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Keghairahan Umno melalui agensi Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', tapi bukan soal penafian prinsip Islam.

“Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Umno dalam sejarahnya, kata Tuan Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menganggap politik suku agama suku.

Cincin RM24j : SAMM Tolak Penafian "Angkuh" Rosmah


KUALA LUMPUR 29 JULAI : Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak penafian isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bahawa beliau bukan pemilik sebentuk cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat.
 
Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata penafian "bongkak dan angkuh" Rosmah tidak boleh diterima kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu yang dikemukakan oleh SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

SPR Mesti Berlapang Dada, Jika Mahu Wacana Berjaya


SHAH ALAM 29 JULAI : Jika Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih bersikap defensif dan terus menunding jari kepada pihak lain, wacana pusingan kedua antara badan tersebut dengan Bersih 2.0 tidak akan berjaya.
 
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata matlamat wacana itu sendiri adalah positif dan akan memberi banyak ruang kepada kerjasama antara kedua- dua badan tersebut.
 
Namun sikap keterbukaan kedua- dua pihak amat penting untuk memastikan majlis perkongsian minda itu berjalan lancar seterusnya mencapai kata sepakat. 
 
"Apakah ia akan membuahkan hasil ? Itu tergantung pada perbincangan itu," tegasnya.
 
Wan Ahmad dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum ini terpaksa berdepan dengan cemuhan hadirin dalam debat mengenai hala tuju sistem pilihanraya negara.

Banteras Rasuah P/Raya - Bukan Kerja Kami, Kata SPR


PETALING JAYA 29 JULAI :Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunding jari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai pihak yang bertanggungjawab membanteras rasuah politik semasa pilihan raya diadakan.
 
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan pihaknya tidak mempunyai kuasa-kuasa penguatkuasaan dan ia hanya sebuah badan yang menguruskan pilihan raya.

Wan Ahmad berkata, SPR hanya berpandu kepada Peguam Negara "dan undang-undang yang diberikan adalah undang-undang pengurusan."

Pasca Bersih : Cubaan polis membunuh di KL Sentral, KEADILAN kemuka video

PETALING JAYA: Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral,  9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.
Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila  melepaskan tembakan ke dalam tempat tertutup atau di dalam terowong.
Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pasca Bersih : PKR Dedah Video Polis Guna Keganasan Maksimum

PETALING JAYA 29 JULAI : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menayangkan klip video yang menunjukkan dengan jelas bagaimana polis bertindak dengan niat mendatangkan kecederaan kepada peserta himpunan aman Bersih 2.0 di KL Sentral, 9 Julai lalu.
 
Ia memperlihatkan bagaimana tembakan dilepaskan tanpa provokasi peserta demonstrasi seperti yang didakwa polis sebelum ini. 

Bahkan, klip video itu dengan jelas memaparkan Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengarahkan anggotanya mensasarkan tembakan gas pemedih mata ke arah peserta, meskipun dalam keadaan mereka telah dikepung.

DAP ketepikan Cina utamakan Melayu, dakwa MCA...UMNO kata DAP ketepikan Melayu....ha.ha..ha,..

PULAU PINANG, 29 Julai: Rakan karib Umno, MCA hari ini membelasah DAP kerana memberikan semua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  Negeri Pulau Pinang kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim tapi tidak kepada orang Cina dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang menempelak DAP yang didakwa mereka mengetepikan kaum Cina dalam penanugerahan kontrak JPS Negeri Pulau Pinang sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 2008.

Pulak Dah : MKN nafi label ulama pengganas, Wahabi....dah ketuk baru brek...!!!

Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam menafikan melabelkan mana-mana ulama sebagai Wahabi dan pengganas dalam taklimat anjurannya di Putrajaya baru-baru ini.

Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (bawah) berkata, apa yang dilabelkan adalah tafsiran peribadi pembentang dan bukan pandangan MKN, lapor Umno Online.

Pasca Bersih : Peguam PKR pula tayang video nafi dakwaan polis

PETALING JAYA, 29 Julai — Peguam-peguam PKR menayangkan rakaman video mereka sendiri, yang dirakamkan ketika 9 Julai lalu di kawasan terowong KL Sentral, sebagai respons kepada dakwaan polis kononnya peserta perhimpunan memprovokasi pasukan keselamatan sehingga memaksa menggunakan gas pemedih mata.
Polis menayangkan rakaman video mereka Khamis lalu dan kemudian disiarkan menerusi RTM sejak itu.
KL Sentral merupakan antara lokasi menjadi fokus pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhimpun sebelum cuba bergerak ke kawasan Stadium Merdeka.

Wan Ahmad: SPR hanya 'badan pengurusan'..pulak dah...!!!

NONETimbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi bahawa SPR hanya sebuah "badan pengurusan" di bawah undang-undang untuk menguruskan pilihan raya, dan bukannya sebuah agensi penguatkuasa.

Katanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara "dan
undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan."

Beliau menyatakan demikian di forum "Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya' anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

UTUSAN TIBAI ROSMAH LAGI!

INI DIA PERMATA ITU

PERMATA PERLU PERUNTUKAN LEBIH : ROSMAH - meloya

POKOK SENA 28 Julai - Program Permata Negara (PPN) memerlukan peruntukan yang lebih bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NAK DUIT LAAGIIIII..
nota:
lihat ini tajuk berita utusan hari ini
jelas dan amat ketara
tajuk berita ini hal permata

Kak Mah kena fitnah ..isk..isk...kesian.....!!!


CheGU Bard... hang buat fitnah ekk?

La... awatlah hang reka cipta cerita sensasi lagu tu. Citer 'The RM24 Million Ring' sudah capai box-office di pentas 1Malaysia, tup-tup empunya cincin bersuara. Rosmah kata...

No...No.... Itu semua fitnah belaka. Mampuih hangpa la. Aku tak der masa nak layan. Daripada layan fitnah hangpa, lebih baik aku buat benda lain yang berfaedah such as beri tumpuan pada 'Permata'ku.

Ku Li ketuai Pakatan Rakyat?

Tengku Razaleigh Hamzah kini disebut-sebut sebagai sedang ditarik untuk memimpin gabungan pembangkang, dakwaan yang walaupun luar biasa, mempunyai merit tersendiri.

Melalui Angkatan Amanah Merdeka, veteran Umno yang mesra dengan panggilan Ku Li itu menempatkan diri dalam bahasa baharu politik yang lebih liberal, menyediakan ruang bergerak yang lebih selesa antara konservatif seperti Umno dan gabungan Pakatan Rakyat yang lebih liberal.

Tokoh yang dulu mengetuai parti Semangat 46 yang mendakwa lebih tegas memperjuangkan Melayu berbanding Umno, kini menerajui pula sebuah pertubuhan yang boleh disifatkan sebagai membawa "semangat merdeka" yang lebih inklusif.

Penubuhan Amanah dan bahasa yang dibawa memperlihatkan strategi politik yang cerdik oleh Ku Li, ketika apa yang disifatkan sebagai "politik baharu" menjadi sebutan popular, walaupun beliau dan beberapa individu yang menyertai Amanah merupakan orang lama dalam politik.

Pasca Bersih : PKR kemuka saksi baru, video tangkis dakwaan polis

NONESeorang lagi saksi tampil dengan beberapa gambar bagi membuktikan kecederaan yang dialami di mukanya akibat terkena kanister gas pemedih mata di terowong KL Sentral semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Mangsa Yew Boon Lye yang juga ketua PKR cawangan Klang pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini berkata, akibat tembakan gas pemedih berkenaan, mata kirinya juga lebam.

"Saya kemudiannya dengan segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik apabila pulang ke Klang. Lebam itu mengambil masa beberapa minggu sebelum ia hilang,” kata Yew.

AHAAAKS : PERCATURAN MUHYIDIN DAN ZAHID SUDAH BERMULA....KITA LIHAT SAPE YANG KENA..!!!

http://2.bp.blogspot.com/_qyxHOFrMS4s/TSm1Q0PQUFI/AAAAAAAACiE/udVyAT-JFnQ/s1600/Rosmah+n+Najib+Altantuya+01.jpg

Nada kenyataan politik Muhyidin sudah agak keras kebelakangan ini. Semacam ada satu kemarahan yang terbuku di jiwa nya.

Kemarahan ini mudah untuk dibaca.

Bukanlah marah ini berpunca kerana tidak dapat menjadi Perdana Menteri , kemarahan ini berpunca dek segala tindak tanduk Rosmah yang makin hari menjahanamkan parti UMNO.

Orang UMNO dari utara sampai ke selatan semua dah berbunyi ;

" Dato Najib kena contol habis dengan Rosmah.."

SIAPA MENJAHANAMKAN NAMA BAIK POLIS ?

Kasihan PDRM, diperlakukan seperti lembu dan kerbau, hidung dicucuk !

Bermula 1998 nama polis yang sebelum ini boleh dikata agak bersih,  sedikit demi sedikit telah tercemar.   Ia di mulai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir,  Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor dan kemudian diikuti oleh Musa Hasan.

Hari ini imej dan kredebiliti polis terus menjadi parah Rakyat hilang kepercayaan dan hilang rasa hormat kepada polis !.  Kenapa?  Siapa  yang bertanggungjawab memburukkan imej PDRM?