Rabu, 27 Julai 2011

Theories of Bersih 2.0

The Bersih 2.0 9 July 2011 march drew thousands of Malaysians onto Kuala Lumpur’s streets to call for clean and fair elections. But according to Barisan Nasional (BN) leaders, the government-controlled press and the authorities, that’s not what the march was really about. In the aftermath of the Bersih march, The Nut Graph summarises some of the more popular theories by Bersih’s detractors of why it actually organised the march.

Berbagai Perkara Ganjil Berlaku Di Malaysia

Oleh ramziredang

"Banyak perkara ganjil dan aneh telah berlaku dan akan berlaku di Malaysia. Perkara ini tidak pernah berlaku di negara negara lain di dunia ini. Antaranya adalah beribu ribu mayat berjalan, tulang manusia yang masih hidup pula rapuh, emosi yang tidak tenteram, timbulnya batu permata yang aneh seperti jet, sesuatu yang mula mula memang ada tiba tiba hilang sekelip mata dan berbagai perkara aneh lagi.

1. Mayat berjalan. Di negeri Perak sahaja telah dapat dikesan akan berlaku 1700 mayat yang umurnya melebihi 100 tahun akan berjalan mencari sesuatu yang bernama biometrik. Beberapa ribu pula telah dapat di kesan di negeri lain seperti di pahang dan terengganu.
2. Ada juga dijumpai manusia yang mempunyai empat tangan, juga dipercayai berkaitan dengan biometrik. Bukti yang nyata telah ditemui di Setiu, terengganu. Seorang manusia mempunyai empat tangan untuk jari jarinya digunakan pada biometrik.
3. Ada pula manusia yang masih hidup, tulang tulangnya menjadi reput. Lantaran itu bila berlaku sesuatu insiden sesak nafas, tulangnya akan patah bila diberi CPR. Giginya pula akan luruh jika dimasukkan alat bantuan pernafasan.

Bila Tok Guru bikin correction

Oleh Penarik Beca
Harakah Daily hari ini menyiarkan berita bertajuk "Nik Aziz sokong PAS tolak biometrhttp://dinmerican.files.wordpress.com/2010/04/nik-aziz.pngik". Secara tersirat, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya membikin correction kepada kenyataannya semalam (lihat posting blog ini semalam "Enough is enough, Tok Guru!").

Padan Muka Wan Ahmad Kena Sorak

Oleh Mohd Sayuti Omar
Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar malu besar apabila diboo oleh hadirin di majlis dialog di antara SPR dengan Pengerusi Bersih, Ambiga Sereehttp://4.bp.blogspot.com/-uFCjapdatgI/Tidjq0Da79I/AAAAAAAABB8/V9PVS1_HD9U/s1600/Wan+Ahmad+Wan+Omar++2.jpgvasan di kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Saya dipelawa juga untuk hadir tetapi menolaknya kerana bukan ada alasan tetapi sudah dapat mengagak apa yang hendak diperkatakan oleh Wan Ahmad. Beberapa kenyataanya sebelum ini yang membela melulu SPR dan juga kerajaan menyebabkan saya dapat rasakan apa yang akan dipertahankan. Wan Ahmad seorang yang berdolak dalih cakapnya.

Bilakah polis, media mahu sertai kebangkitan rakyat?

Oleh LanH
PERHIMPUNAN Bersih di pusat kota KL pada tanggal 9 Julai lalu dijadualkan bermula jam 2.00 petang. Namun sebaik saja selesai makan di sebuah restoran mamak di tepi sebatang jalan menuju Lebuh Ampang jam 12.00 tengah hari, saya dan seorang rakan dikejutkan dengan orang ramai berlari-lari anak dari arah Pasar Seni.

Saya melihat asap gas pemedih dan terasa ‘sengatan’nya pada kulit. Sekalipun lari bertempiaran, orang ramai kembali membentuk satu kumpulan di sepanjang jalan yang kalau tidak silap saya Jalan Tun HS Lee.

Sepanjang perjalanan itu, peserta perhimpunan semakin ramai; mereka bagaikan kelkatu keluar daripada sarang masing-masing dan akhirnya membentuk satu himpunan besar yang saya anggarkan 10,000 orang ketika memasuki seterusnya terhenti di Jalan Sultan.

The man who would be PM

But we failed to take into consideration one very important point. And this one very important point is Dr Mahathir is a more seasoned politician than we gave him credit for. And the script for the final scenario was written by him: his puppet Najib became Prime Minister instead of Ku Li who wanted then to be ‘independent’, reform the government, and offer the opposition a role in the government under a Unity Government.


Raja Petra Kamarudin

TBH inquisition reveals racist underpinnings

CPI
 tbh-What is most telling about the Royal Commission report on Teoh Beng Hock is its total neglect of the two major structural factors accounting for the tragedy – the Umno and MACC agenda convergence, and the racist character of the civil service.
These ingredients together created a scenario where it is difficult to escape the implications that our independent public institutions, like the Malaysian Anti Corruption Commission, are neither independent nor public.

Malaysia: Struggle For Democracy Intensifies – Analysis

A notable feature of the Malaysian electoral system is that the electoral system favours the electorate in rural areas. And the rural areas are predominantly inhabited by the Malays. This legislation was introduced on the eve of the formation of Malaysia in 1963. 

EURASIA REVIEW
On July 9, 2011, thousands of Malaysians defied the government ban and marched through the streets of Kuala Lumpur demanding democratic rights for the people. The march was organized in response to the clarion call issued by Bersih – 2, a coalition of 62 non-governmental organizations, who have been demanding a level playing field and free and fair elections.

Ketua Pembangkang tuntut EO6 dibebaskan

Saya menuntut pemerintah agar segera membebaskan enam pemimpin Parti Sosialis, iaitu Ahli Parlimen Sungai Siput, Michael Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu tanpa sebarang syarat.  Sebelum ini alasan menahan enam yang terbabit dikatakan kerana terlibat dengan aktiviti subversif.  Akan tetapi ternyata itu merupakan helah pemerintah untuk memburuk-burukkan BERSIH 2.0 semata-mata.  Selepas permohonan Habeas Corpus, alasan penahanan bertukar pula kepada terbabit merancang Perhimpunan Aman BERSIH.  Alasan yang berdolak dalik ini menjadi bukti penahanan enam orang tersebut tidak berasas sama sekali.

Mahasiswa cadang SPR jadi 'badan urus pilihan raya'

Mahasiswa cadang SPR jadi 'badan urus pilihan raya'
Lebih baik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diturunkan taraf menjadi 'badan urus pilihan raya' sahaja, tegas Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (Pro-M UPM).

Ini kerana, suruhanjaya itu dilihat terlalu tunduk pada kemahuan parti pemerintah sehingga enggan melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang nyata mampu memperbaiki sistem yang sedia ada sebelum pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Sepatutnya kedudukan SPR perlu diletakkan  lebih tinggi daripada mana-mana parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

"Jika kuasa SPR hanyalah sekadar menguruskan pilihanraya UMUM semata-mata, maka adalah lebih baik ditukarkan terus  nama ‘Suruhanjaya Pilihanraya’ kepada ‘Badan Urus Pilihanraya’," ujar jurucakapnya Ramzul Nasri (gambar kanan).

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia -1

Oleh: MSK

Pagi tadi aku pergi pekena roti canai kat kedai Pak Long di Changkat Duku. Kedai janda Bakaq makin lama makin panas sejak aku jadi konsultan politik. Pantang duduk saja, ada orang mai tumpang tui. Kalau depa bayar..tak pa jugak. Semua kita kena tanggung..leceh la.
Baru nak suap roti canai, datang dua orang ke meja aku. Pasai apa aku pun tak tau. Pi la kat meja orang lain.
Kalau tengok kepada jubah dan janggut, aku ingat orang Pas, tapi kopiah depa lain sikit. Macam kopiah Taliban.

Video : PSM 6's Saras 'forced to take lie detector test'

Obama beri amaran 'krisis ekonomi yang mendalam'...kat M'sia ada yang susah hati sebab tak boleh raya sakan..!!!


WASHINGTON: Presiden Amerika, Encik Barack Obama, semalam memberi amaran tentang 'krisis ekonomi yang mendalam' sedang beliau mencabar Speaker Rumah Republikan, Encik John Boehner, mengenai batasan hutang.

' Kami tidak boleh membenarkan rakyat Amerika mengalami kerosakan kolateral kepada konflik politik Washington,' kata Encik Obama dalam ucapannya di Rumah Putih yang disiarkan di televisyen semalam, yang dipetik agensi berita Bloomberg.

Forget it, BN and EC won't put through any reform, not without Bersih 3.0

Forget it, BN and EC won't put through any reform, not without Bersih 3.0The job of the Election Commission is to conduct elections fairly and act as an impartial referee. It has no business to tilt the playing field in favour of any party. In Malaysia elections have never been free and fair and this has allowed one regime to rule for more than 50 years without any fear of losing power. It has created a pseudo-democracy with endemic corruption from the top down, subjugation of all the institutions of democracy to serve the regime and abuse of democratic rights. The EC is largely responsible for this sordid state of affairs by subverting the right of Malaysians to choose their own government and kick out a corrupt one.
There are many ways which the EC has colluded with BN or not acted against abuses such as gerrymandering, postal votes, phantom votes, inducting illegal aliens as voters, unfair access to media, short campaign period, improper use of government machinery, money politics, dirty politics, disenfranchising overseas Malaysians, etc. It may take years and a change of government to clean all these up but the 13th general election is approaching and there is not much time left.

Keberaniannya Menggugat Pihak Polis..!!


"Jangan takutt dengan Barua nii"..mungkin itu yang dinyatakan oleh awek
sempoi nii..bagi gua,siapa pun awek ni..beliau memang hebatt..Mungkin beginilah
Srikandi yang diperlukan untuk berhadapan dengan Penguasa yang Zalim.Kalau setakat Patriotaikkk kirim salam la beb..Apa pun Gua caya sama lu..Tabikk Springg beb..

ISU INSURAN: APA BEZA INSURAN KONVENSIONAL DENGAN TAKAFUL

DAN MENGAPA HASIL INSURAN DI KATAKAN HARAM


INSURAN KONVENSIONAL
  • Dalam Perniagaan Moden, salah satu cara untuk mengurangkan risiko kerugian yang disebabkan oleh kemalangan adalah melalui Insuran. 
  • Konsep Insuran dimana sumber-sumber keuntungan nya di guna-pakai untuk membantu orang-orang miskin tidak semesti nya bercanggah dengan Prinsip Islam dari Sudut memberi Pertolongan.

Revenge or not, police haul up Surendran for "attempted murder" accusation

Revenge or not, police haul up Surendran for "attempted murder" accusation
In a move that smacks of intimidation and revengefulness, police hauled up PKR vice president N Surendran for rebuking them over a brutal attack that badly injured several politicians including Opposition Leader Anwar Ibrahim, his bodyguard and Shah Alam MP Khalid Samad.
Surendran, who was also part of the group but escaped injury, had decsribed the police aggression as "attempted murder", a term that apparently upset the police and prompted them to grill him for nearly an hour at the Jalan Travers station this afternoon.
"“I stand by that statement irrespective how how many investigations they decide to institute against me," Surendran told reporters on Wednesday.

“I have been informed that the police lodged a report against me in relation to an article in The Malaysian Insider that said what happened at the KL Sentral underpass on July 9 is attempted murder. What I said earlier was that the circumstances in which the tear gas was fired into the underpass can cause great danger for those in the underpass and I asked for the matter to be categorised as attempted murder."

Buka kamus kalau tak faham demonstrasi- Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rakyat  perlu diberikan kefahaman tentang demokrasi,  termasuk  hak berhimpun sepertimana dilakukan Bersih, 9 Julai lalu.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan dalam debat ‘Apa Selepas 9 Julai’ yang dianjurkan Karangkraf di Shah Alam, semalam.
“Kepada mereka yang tidak faham makna demostrasi itu cuba buka Kamus Dewan dan fahami makna demonstrasi. Ia sememangnya adalah sebuah program, bukannya pertubuhan,” kata Saifuddin sambil mendapat tepukan dari orang ramai yang hadir.
Program debat itu menampilkan tiga ahli panel iaitu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Tiada Sambutan : Majlis Perundingan Media hanya cadangan, kata Rais


KUALA LUMPUR, 27 Julai – Di sebalik bantahan berterusan daripada organisasi media yang bimbang ia akan menambah kawalan pihak berkuasa, Putrajaya hari ini berkata, Majlis Perundingan Media (MPM) yang dihalusi Isnin lalu hanyalah satu cadangan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (gambar) berkata, MPM “hanya satu percubaan”.
“Jika ia tidak menerima sokongan... kami tiada masalah untuk melepaskan daripada penyeliaan kami,” katanya.
Bagaimanapun Rais yang juga pengerusi bersama MPM berkata, “ramai yang sudah menyatakan persetujuan” tetapi hanya golongan “elitis tidak memberi persetujuan mereka”.

Video : Buktikan Wahabi Itu Fahaman Pengganas

Video: Kempen 'Udahlah Tu...Bersaralah', Sangkal Dakwaan Polis, Kerajaan

Video : PAS Tuntut Keadilan Kematian Beng Hock

Video : Dakwa Cubaan Bunuh Anwar, Peguam Disoalsiasat

MACAMANA KALAU POLIS BUAT TUDUHAN PALSU ?

Hisham kata orang ramai yang membuat laporan palsu akan didakwa

Menteri KDN yang tak berapa cerdik ini sering kali membuat kenyataan-kenyataan ditahap bengong !! (sekali bengong )
Dia anggap rakyat bengong macam dia!  (dua kali bengong)
Dia anggap pemimpin-pemimpin pembangkang bengap !
macam dia ( tiga kali bengong)
Kita lihat dan baca apa dia kata dan apa rakyat kata.
Kita lihat dan baca apa dia kata dan apa rakyat kata.

Video Kempen 'Udahlah Tu...Bersaralah', Sangkal Dakwaan Polis, Kerajaan


KUALA LUMPUR 27 JULAI : Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini menayangkan video kempen "Udahlah, Bersaralah" kepada media sebagai bukti bahawa pertubuhan itu hanya menjalankan kempen kepartian dan bukannya seperti yang didakwa kerajaan sehingga menahan enam ahlinya di bawah Ordinan Darurat.

Presidennya, Dr Nasir Hashim berkata, penayangan video ini adalah satu gambaran jelas bahawa tiada isu mahupun unsur untuk mengaitkan kempen nasional anjuran parti itu dengan anasir asing mahu pun komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Buktikan Wahabi Itu Fahaman Pengganas - JIM


SHAH ALAM 27 JULAI : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) berpendirian ulamak tidak seharusnya dikaitkan dengan mana- mana fahaman terutamanya isu pengganas.

Justeru pengerusinya, Zaib Kamaruddin menegaskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu bertanggungjawab menjawab dan membuktikan penglibatan kesemua individu yang disenaraikan berpotensi menjadi pengganas, seperti yang didakwa.

Beliau yang dihubungi Tv Selangor berkata Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang membangkitkan isu tersebut, sejak awal tahun lalu harus menjelaskan kepada masyarakat tentang kesan fahaman itu samada dari sudut Feqah atau institusi gerakan.

Ini kerana menurut beliau Wahabi ternyata bukan sebuah pertubuhan yang didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti Al-Maunah dan Jemaah Islamiah (JI) yang dikaitkan dengan pengganas.

28,588 kontraktor bakal gulung tikar, transformasi tiada makna

Oleh: amkns

"Berita Harian - Seramai 28,588 kontraktor Kelas F di seluruh negara kini dalam kesempitan sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah manakala ramai lagi mungkin gulung tikar kerana tidak mendapat sebarang projek baru. Malah, sejak 2005 hingga sekarang, hampir 7,000 kontraktor sudah bankrap dan sebahagian besar yang lain kini dalam keadaan ‘hidup segan mati tidak mahu.’

“ Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) amat sedih dengan nasib kontraktor Kelas F yang tidak mendapat projek sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya kepada Berita Harian.  

SPR Bersifat Defensif Sepanjang Wacana, Salahkan Agensi Lain


SHAH ALAM 27 JULAI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat bersifat defensif dan mengelak dari mengambil tanggungjawab di atas kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.

Beberapa soalan yang diajukan peserta Wacana "Apa Selepas 9 Julai" semalam ditepis Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai salah agensi-agensi kerajaan yang lain.

Misalannya kewujudan pengundi yang meragukan dalam daftar pemilih dikatakan berpunca dari kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara mengemaskini data warganegara, ataupun keluarga pengundi mati hidup semula tidak memaklumkan kematian anggota keluarga berkenaan kepada JPN.

Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersemuka sekali lagi Jumaat ini untuk berhujah sama ada sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan.

Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Ahli jawatankuasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut.

Dalam diam-diam Muhyiddin berusaha untuk jadi PM?

WarkahDaily – Wah!, makin rancak nampaknya warna politik Malaysia sekarang ini. Dalam diam-diam, ada pihak tertentu cuba untuk berkempen menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sambil meletakkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengganti.


Tinjauan WarkahDaily Online hari ini ke satu ‘page’ Facebook yang memulakan kempen ‘Kami Sokong Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ dilihat cuba bersaing dengan ‘page’ yang bertajuk ‘3,000,000 People Want Najib To Stay’, iaitu kumpulan yang menyokong Najib sebagai PM.

Najib Perlu Nilai Tindakan Polis

SEBUAH protal berita hari ini melaporkan polis telah menangkap sekumpulan lelaki berbaju kuning di Setesen Pusat Keretaapi (KL Centeral) di Kuala Lumpur atas laporan kononnya kumpulan lelaki jantan itu hendak membuat kacau.

Menurut laporan itu polis membuat tangkapan kerana ada laporan kononnya kumpulan lelaki jantan itu hendak membuat kacau semasa perdana menteri dan rombongan tiba di setesen pusat keretapi itu dengan Ekspres Link dari Putrajaya untuk merasmikan satu upacara kibar bendera Malaysia sempena Medeka.

The ‘politicised’ civil society

The Malaysian civil society seems to pick and choose the issues which it wishes to champion, while its leaders prefer to be followers of politicians.
GEORGE TOWN: The civil society has suddenly voiced its grave concern over the draconian Emergency Ordinance (EO), wanting the security law repealed or at least reviewed.
The detention of six Parti Sosialis Malaysia (PSM) activists under the EO, which provides for detention without trial, was the wake-up call.
The six are Sungai Siput Member of Parliament Dr Michael D Jeyakumar, 56, PSM national deputy chairman M Saraswathy, 58, national Youth chief R Sarath Babu, 25, central committee members Choo Chon Kai, 33, and M Sukumaran, 50, and Sungai Siput branch secretary A Letchumanan, 49.
In the past, only a handful of civil society groups have voiced out against the EO but this changed with the latest arrests.

The Mother of All Elections: Pakatan's weak spots

The Mother of All Elections: Pakatan's weak spotsThere is already a high probability that the 13th General Election will be held after the Budget Presentation on October 7, 2011. Although there is still a bit of time leading up to the polls if they are to be held in October, the Pakatan Rakyat is facing a huge task ahead.
No doubt, it has made enormous gains with many fence-sitters turning the corner in the wake of Prime Minister Najib Razak's gross mishandling of the Berish rally - pre and post July 9.
But make no mistake, there are many obstacles and roadblocks that the ruling BN coalition can be counted on to throw at Pakatan, and chief among the instrucments at its disposal is none other than the all-powerful Election Commission.

Non-partisan atau Cross-partisan? Anak muda bosan dengan politik partisan

Penglibatan parti politik dalam BERSIH 2.0, satu gerakan yang seharusnya dipimpin masyarakat sivil mencungkil pertikaian.  Seorang hadirin menegur ketidakselarian hujah seperti "gulingkan kerajaan", dengan gerakan BERSIH 2.0; malah meluahkan "ketidakselesaan" adiknya yang menyertai perhimpunan 709 dengan laungan "takbir" ketika perarakan berlangsung.

Hadirin ini berpendapat bahawa imej BERSIH 2.0 sebagai entiti non-political harus dijaga, dan pemimpin mahupun penyokongnya perlu berpegang kepada pendirian itu.  Laungan "Takbir" mungkin memberi persepsi yang mengaitkan gerakan ini dengan PAS, padahal ia seharusnya satu gerakan yang didominasi masyarakat sivil dari latar belakang yang berbeza.

Kecewa Layanan Polis Terhadap Tahanan EO, PSM Mahu Jumpa Menteri


KUALA LUMPUR 27 JULAI : Sebagai usaha membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), PSM telah menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai menzahirkan rasa tidak puas hati selain mengutuk layanan terhadap tahanan.

Surat tersebut mengutarakan beberapa perkara kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengenai layanan yang diberikan kepada enam tahanan EO.

Selain itu, PSM juga menyifatkan penahanan aktivis PSM kononnya sebagai penggerak himpunan Bersih sebagai tidak masuk akal, satu bentuk salahguna kuasa dan zalim.

Fahmi Reza: 709 adalah jari tengah kepada elit pemerintah

Reaksi kerajaan Barisan Nasional terhadap BERSIH 2.0 mencungkil ketidakpuasan orang ramai, terutamanya orang muda, yang melihat bagaimana elit pemerintah semakin hari semakin tidak mewakili rakyatnya.  Kerajaan telah menyalahgunakan institusi awam untuk menjaga kepentingan diri - termasuk memanipulasikan media, mempergunakan polis untuk menguasai rakyat, seolah-olah dirinya raja yang mana rakyat kena ikut cakapnya.

"Jadi, 9 Julai (perhimpunan BERSIH 2.0) tu, is a big middle finger (jari tengah) to them, sebenarnya.  It's a big f*** you to them juga.  Ya, dia suruh kita jangan pakai yellow (kuning), we say f*** you, kita akan pakai apa-apa baju yang kita nak pakai.  They said you tak boleh turun ke jalan, we say f*** you, this is our country, this is our rights.  Dan kita akan jalan, whether you like it or not, because we are only exercising our rights untuk kebebasan berhimpun."

Naib Presiden PKR disoal ‘cubaan bunuh Anwar’

Surendran, pada asalnya hadir sebagai peguam mewakili Fayyadh untuk merakam kenyataan, secara tiba-tiba diarah pegawai polis berada dibilik berasingan untuk disoal.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR N Surendran hari ini disoal siasat polis berhubung kenyataannya yang mengaitkan tindakan polis dengan cubaan bunuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Surendran, yang pada asalnya hadir ke Balai Polis Travers sebagai peguam mewakili pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Al-Bakry untuk merakam kenyataan, secara tiba-tiba diarah pegawai polis berada dibilik berasingan untuk disoal.
Beliau disoal siasat kira-kira 45 minit dibawah Akta 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Surendran sebelum ini memberi kenyataan bahawa kecederaan dialami Fayyadh akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu itu adalah satu cubaan polis membahayakan nyawa Anwar selepas insiden ‘mata lebam’.

Stop calling Bersih "monkeys" and "communists", says dep minister

Stop calling Bersih "monkeys" and "communists", says dep ministerKUALA LUMPUR - An Umno deputy minister hit out today at Bersih detractors for using derogatory terms like “monkeys” and “communists” to label the movement’s supporters, saying it was un-Islamic to engage in name-calling.
“We should stop calling people names. Islam does not encourage calling names at other people. Even if you don’t agree, even if I don’t agree with you, I shouldn’t be calling you names because you are a Malaysian citizen, you have your rights,” Datuk Saifuddin Abdullah told reporters today after launching the national conference on management of international students.
Saifuddin, the sole Barisan Nasional (BN) politician who has spoken out against the government on the Bersih issue, instead urged his colleagues in the coalition look into revamping their approach when trying to deal with political dissent in the country.

PKR lawyers want top cops, home minister charged over Bersih ‘attacks’

PKR lawyers said today the police have yet to issue a response to allegations that tear gas canisters were fired directly at demonstrators in the KL Sentral underpass on July 9. — file pic
KUALA LUMPUR, July 27 — PKR lawyers demanded today that high-ranking police officers as well as those in the home ministry who had sanctioned the violent conduct of the police against Bersih 2.0 supporters be charged in court. Fadiah Nadwa Fikri, Vice-President N. Surendran, Latheefa Koya and Subang MP Sivarasa Rasiah spoke to reporters outside the Jalan Travers police station here after Datuk Seri Anwar Ibrahim’s injured bodyguard Fayyadh Afiq Albakqry, 25, gave his statement following the lodging of a police report on July 20.
“I notice that the police have until today not made any proper response to what we have alleged happened in the KL Sentral underpass. They have no answer as to why tear gas canisters were fired directly into the crowd including at Bersih, Pakatan leaders and ordinary Malaysians who were peacefully marching.

Zaid Ibrahim: Amanah mesti jelas niatnya

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim memohon kepada ahli parlimen Gua Musang supaya jelas dengan rancangan dan niat penubuhan NGO barunya, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Pengawal peribadi Anwar beri keterangan susulan keganasan polis

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Al Bakqry tiba di balai polis Jalan Travers untuk memberikan keterangan susulan laporan yang dibuatnya minggu lalu.
Fayyadh diiringi peguam N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri
Ia berhubung tindakan ganas polis yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk pada perhimpunan aman Bersih 2.0, 9 Julai lalu..

Peniaga Melayu tidak boleh harap pasar raya

Mereka perlu tubuh rumah dagang atau 'trading house' sendiri.

KUALA LUMPUR:  Peniaga Melayu tidak boleh bergantung harap kepada pasar raya besar untuk memasarkan produk mereka tetapi sebaliknya, mereka perlu tubuh rumah dagang atau ‘trading house’ sendiri.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL), Datuk Syed Amin Al-Jefry menegaskan pasar raya besar tidak membantu secukupnya dalam memasarkan produk orang Melayu.
“Giant, Mydin dan Tesco mempunyai alasan untuk tidak menjual produk orang Melayu. Mereka boleh memberi alasan mutu produk untuk menolak produk orang Melayu. Kalau Tesco kata kueh Mek tidak laku apa yang Mek boleh buat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Video Debat: Apa Selepas 9 Julai? (Pt 5/9)

Video : TI-Malaysia Gesa Kerajaan Penuhi Tuntutan Rakyat

Video : SPR Bersifat Defensif Sepanjang Wacana, Salahkan Agensi Lain

Video : 10 arrested for 'greeting' PM in yellow at KL Sentral

Wahabi: Isunya bukan Umno tapi ada pihak mahu cantas, kata ulama


KUALA LUMPUR, 27 Julai — Ulama muda Umno mengetepikan saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti itu, sebaliknya mahu mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dilapor mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.
Malah kata mereka, isunya bukan Umno tetapi ada pihak yang tidak suka dengan keanggotaan pihaknya dalam parti itu dan mahu mencantas dengan menggunakan label Wahabi.
“Saya sebenarnya tidak mahu beri apa-apa komen kerana kita tunggu untuk mengadakan perbincangan dengan MKN, bila ada perbincangan mungkin akan ada jalan keluar.
“Kita masih menunggu (untuk jumpa MKN), kita dalam proses ke arah itu, saya tidak mahu nak cakap banyak... kita mahu selesaikan masalah ini secara harmoni,” kata jurucakap ulama muda Fathul Bari Mat Jahya.

Video Polis Baik Bersih 2.0 tak laku..ha..ha..ha.. tak dak aksi..sape nak tengok...!!!

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.
Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.
Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.

PM: Kibar bendera tanda sanggup pertahan negara..ha..ha..ha...atau nak pertahankan Bik Mama..!!!

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat Malaysia perlu mengibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan bahawa mereka sanggup mempertahankan negara daripada "orang yang berniat jahat."

NONETanpa menyatakan individu yang dimaksudkan "berniat jahat" itu, Najib juga berkata ancaman yang perlu dihadapi pada masa kini bukan lagi penjajahan dalam bentuk ketenteraan.

Sebaliknya, warga Malaysia kini lebih terdedah dengan ancaman "penjajahan minda dan jati diri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya petang ini sebelum melancarkan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 di Kuala Lumpur.

Video : Insiden penangkapan anggota AMK di KL Sentral

10 ditahan ketika cuba serah surat pada Najib

KUALA LUMPUR, 27 Julai: 10 orang termasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.
Mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.
Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.
Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.
Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.
Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.
Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.
Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis.
Kesemuanya difahamkan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers.

Video : Seven PKR Youth arrested at KL Sentral

Sambutan kuning untuk PM di KL Sentral: 10 ditangkap

NONESepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

The last resort

By ViewAct
I will have to make this very short. As I don’t think I have much time left. Err … I mean, we don’t have much time left. The ruling party is in desperation now, as time is cut short for them before the coming GE.
Our DPM has, in many a time, hinted at snap polls; and our PM has recently cut short his overseas trip to make way for damage control after Bersih 2.0. But a G.E is still not due for at least a year! So why the rush?
I believe many of us have read the economist’s prediction that there will be another recession. With the uprising social movements worldwide, where people began to feel the impact of corrupted governments and decided to change for good, it wouldn’t be hard to see how things would be ahead of us.

Tengku Razaleigh & Friends



ZAID IBRAHIM
The launch of Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) last Friday by Tengku Razaleigh was not well reported by the mainstream media. That’s not at all surprising, but it’s still regrettable. Any movement—political or otherwise—that seeks to promote unity in the country deserves support from all quarters. We are a divided country; that is obvious for anyone to see. To know that some of our erstwhile leaders (mainly from BN) are getting together to declare “enough is enough” and target the present malaise gives hope to many Malaysians.
I was not invited to the launch but imposed myself by calling the organisers and asking if I could attend. Fortunately, they were gracious about it and I was there together with some 200 others being fêted with speeches about how rotten things have become and what needs to be done. I was seated next to Nurul Izzah Anwar and that was special too. I have always liked her very much and being able to have a friendly chat with her about politics after many months was memorable.

Wahabi, terorisme: Mufti gesa k'jaan segera perjelas


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Katanya, beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa "tuduhan liar" tersebut dalam majlis di Putrajaya itu.

Kita semua jadi mangsa Umno BN

Sudah dua kali hak saya sebagai warganegara Malaysia dihalang untuk bebas bergerak dan bersuara.
Pertama pada 9hb Julai 2011 saya dihalang untuk berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan semalam saya pula dihalang untuk mengajukan soalan kepada Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar kononnya atas arahan orang atasan.
Walaubagaimana pun saya mengucapkan tahniah kepada Sinar yang telah menganjurkan “Dialog Apa selepas 9 Julai?” dengan mempertemukan Bersih 2.0 dan SPR. Bersih 2.0 telah dianggap sebuah pertubuhan haram oleh Menteri Dalam Negeri.

Sistem biometrik: Lebih banyak masalah timbul

Menurut Pakatan Rakyat, kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berpendapat pelaksanaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum (PRU 13) akan terdedah kepada lebih banyak masalah dan bukannya menyelesaikan pelbagai penipuan yang berlaku selama ini.
Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi, demikian menurut satu kenyataan media bersama diwakili Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS), Liew Chin Tong (DAP) dan Mohd Rafizi Ramli (PKR) hari ini.
Menurut kenyataan itu, mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem.

Ulama muda Umno sudah jatuh ditimpa tangga

1. Saya masih ingat, antara maklumat yang diterima ramai orang dan bertiup pula ke serata ruang tatkala mengiringi kemasukan 40 ulama' muda ke dalam Umno baru-baru ini ialah kerana mahu mengelak dari dilabel sebagai pengganas atau terroris. Kebetulan, pada masa itu terdapat usaha dari beberapa pihak yang giat menyerang fahaman wahabi dan lebih nekad mengaitkannya dengan kumpulan pengganas.
2. Antara yang dipalit dan diseret ke kancah wahabi dan pengganas ialah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin mantan Mufti Perlis. Namun alhamdulillah, Dr. Mohd Asri tidak mudah terpedaya dan tidak mudah mengantuk biarpun telah dihulurkan bantal empuk buat beliau.

Akrab SPR dan BN

Oleh Amaluddin Zhafir

27 JULAI – Dalam satu majlis dialog yang panas di Shah Alam semalam, terbongkar sudah hakikat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan suara kepada Barisan Nasional apabila timbalan pengerusi suruhanjaya tersebut Datuk Wan Ahmad Wan Omar tersasul menyebut ‘kemesraan’ hubungan badan yang sepatutnya bebas itu dengan parti pemerintah.
“Barisan Nasional tak hentam SPR,” katanya disambut teriakan ‘boo’ oleh para hadirin sewaktu dialog berkenaan.
“Kita (SPR) memang ada hubungan yang baik dengan Bukit Aman,” antara yang disebutnya dengan lantang dan jelas.