Selasa, 26 Julai 2011

Video: Politik Malaysia Belum Matang

Video Debat: Apa Selepas 9 Julai? (Pt 2)

Video Debat: Apa Selepas 9 Julai? (Pt 1)

Wibawa Pilihan Raya : SPR Persoal Komitmen BN


SHAH ALAM 25 JULAI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kali pertama mempersoalkan tekad Barisan Nasional ke arah menambah baik proses pilihanraya negara ini. 
 
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berkata sebarang cadangan SPR tidak akan menjadi realiti jika Barisan Nasional enggan menggunakan kuasa majoritinya di Parlimen meluluskan pindaan undang-undang berkenaan. 
 
Wan Ahmad menjelaskan undang-undang tertentu tertentu perlu dipinda terlebih dahulu sebelum sebarang reformasi proses pilihanraya dapat dijalankan secara mutlak. 

SPR tak BEBAS rupanya


Ini.... kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar semasa debat dengan Ambiga ajuran Kumpulan Media Karangkraf siang tadi.

Pasca Bersih : Polis Terus Mengelirukan Orang Ramai


Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Mohamad Sabu mendakwa polis terus mengelirukan orang ramai sambil menegaskan motosikal yang diboncengnya ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu secara sengaja telah dirempuh oleh kereta polis Proton Waja dan bukannya Mitsubishi Pajero.

Rosmah Mansor: FLOM or Ringgit Malaysia. what's in a name

Rosmah Mansor: FLOM or Ringgit Malaysia. what's in a nameIn countless times in ancient Chinese history, Kingdoms fell because of women. In modern political history, two women who have contributed towards a man's downfall is Christine Keeler in the Profumo-scandal affair and Monica Lewinsky who was involved in an extra-marital affair with Bill Clinton, who was then the president of the USA.
Therefore it is not very true to say that women is the weaker sex. Many women, through their cunning wiles have managed to outfox an intelligent man. It has also been said that women are more cunning then men although research has not produced concrete proof of this and no empirical data is available.
In Malaysian political history, the powerful kingdom of BN may be brought down by a woman and the probability of this happening is rather high right now. Needless to say that BN is an extremely powerful entity. It controls the whole nation and its tenacious tentacles can even reach to strangle national institutions like the MACC, the Election Commission, the police, et al. But still its power pales in comparison to the most powerful woman in Malaysia, our very own First Lady, Rosmah Mansor, whose initials of RM can even be taken to mean Ringgit Malaysia, the Malaysian currency.

Resign or snap election for Najib, here are the reasons why

Resign or snap election for Najib, here are the reasons why
 As much as I would like to stop writing about PM Najib administration, the plot just got interesting and I think he may just hit the bull’s eye as far as my prediction that his downfall may be faster than his predecessor, Abdullah Badawi, is concerned. Compared with Najib, Badawi now seems like a cute adorable little kitten, who merely likes to sleep (on the job). Malaysians tend to be more forgiving on lazy prime minister but not a prime minister who lies, cheats, brutal, dirty (allegation on Mongolian Altantuya’s murder), hypocrite but above all foolish yet arrogant.
One cannot help but fall off the chair laughing after reading that Najib said he cancelled a family vacation because he wants to spend more time with Malaysians. This was perhaps the best joke ever by premier Najib since he took over from Abdullah Badawi. This joke is actually worth a thousand “Likes” on his Facebook page. Forget about Bersih 2.0 because this guy may quit under pressure – not from opposition parties or Bersih 2.0 but from his internal UMNO party. Boy, if it was true that the US$24 million controversial diamond ring indeed belongs to his wife Rosmah Mansor, that ring is cursed.

Duty to God comes before country, Asri tells cops


KUALA LUMPUR, July 26 — Influential Muslim scholar Dr Mohd Asri Zainul Abidin, who has been put on a terror watch list by the Najib administration, reminded the police today that their first duty is to God and not the country.
In a five-page open letter today, the former Perlis mufti, who is said to follow the Wahhabi school of Islam rather than the official Sunni recognised by the federal government, also advised the police on the dangers of power abuse and urged them to follow their conscience in discharging their duty instead.
“The duty of a policeman — ahead of his country — is as instructed by Allah and his Prophet [Mohammad], which is ‘To do good, prevent evil’,” he said, before adding that the phrase had been the original motto of the police force and noted that they seemed to have forgotten it in their focus to deliver on the second half.
Asri (picture) thanked the police for “saving society from God’s wrath, oppression and destruction” but said their authority could easily be misused for oppression, which he described as a “poison… that not only hurts those oppressed but will one day bring suffering to the oppressor and turn him into a sacrifice”.

Ambiga wants non-partisan committee for electoral reform

Wan Ahmad (R) sidestepped Ambiga’s suggestion of the formation of a non-partisan committee throughout today's forum. — Picture by Choo Choy May
SHAH ALAM, July 26 — Datuk Ambiga Sreenevasan today proposed that the Election Commission (EC) set up a special committee to discuss issues concerning electoral reform following public outcry over the existing electoral system.

Wahabi, terorisme: Menteri agama elak ulas

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengelak mengulas berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh ulama dengan fahaman Wahabi dan terorisme semalam.

NONEWalaupun ditanya beberapa kali oleh pemberita, beliau hanya mahu menjawab berhubung isu berhubung programnya pada hari ini sahaja yang antaranya berkaitan hal ehwal pegawai penyelarasan masjid di daerah-daerah (PPMD).

"(Perkara) yang hari ini. Saya fokus yang hari ini. Pasal, kalau tidak tak keluar pula (dalam akhbar).

"Sebab (program) semalam, tak keluar, jadi saya berasa rasa kecil hati," katanya dalam sidang media selepas majlis pertemuan dengan pegawai PPMD di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya petang ini.

Diminta sekali lagi mengulas isu kebimbangan yang ditimbulkan dalam taklimat MKN di Putrajaya semalam, Jamil Khir tetap menjawab:

Video : Beri Ruang Penuh Kepada Media Tentukan Hala Tuju

Video : Langkah Kerajaan Kawal Inflasi Bebankan Golongan Muda

Video : Guan Eng on Media Consultative Council

Video : Media council a step backwards

Video Media council a step backwards

Video : PKR supports RCI on MACC death

Video : Datuk Salleh didakwa berbohong

Politik Malaysia Belum Matang


SHAH ALAM 26 JULAI: Kematangan politik di negara ini masih pada tahap rendah sebagaimana yang dizahirkan dengan keengganan pemerintah  bekerjasama dengan pembangkang untuk menuntut sistem pilihan raya yang telus dan adil, menurut Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga.

Ambiga berkata usaha Bersih untuk menggembeling suara pemerintah dan pembangkang dalam menzahirkan hasrat rakyat yang mahukan proses pilihanraya lebih baik tidak berjaya apabila Barisan Nasional enggan memberikan kerjasama.

PRU-13: Bersih 2.0 tidak yakin biometrik kaedah efektif


SHAH ALAM, 26 Julai — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (2.0) hari ini secara terbuka menerima apa sahaja sistem yang baik untuk pilihan raya tetapi menegaskan mahu penjelasan lanjut mengenai sistem biometrik yang akan digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevesan (gambar) berkata cadangan yang dikemukakan SPR itu boleh diterima sekiranya semua maklumat mengenai sistem itu dijelaskan secara terperinci kepada rakyat.

Undi Bertindih : Biometrik Bukan Penyelesaian, Kata Ambiga

SHAH ALAM 26 JULAI : Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk mengatasi masalah pengundi hantu tidak harus bersandar kepada rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semata- mata, kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreneevasan.

Ini kerana JPN sendiri tidak mempunyai rekod lengkap mengenai individu yang telah meninggal dunia, sekaligus memberi ruang kepada pihak tertentu memanipulasi butiran mereka untuk dimasukkan dalam daftar pengundi SPR, kata beliau.

Bercakap dalam forum "Apa Selepas 9 Julai" sebentar tadi, Ambiga mengambil sikap terbuka kepada cadangan SPR menggunakan teknologi biometrik namun mempersoalkan keupayaan JPN memastikan rekod- rekodnya adalah tepat dan terkini.

BERSIH cabar SPR dedah cadangan pindaan

Wacana bagi membincangkan tuntutan BERSIH 2.0 serta perhimpunan 9 Julai kecoh apabila penonton mengambil peluang membuat bising ketika Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberikan penjelasan.

Namun, ada di antara 600 orang hadirin yang bertempik kegembiraan serta bertepuk tangan apabila pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap dalam majlis berkenaan.

SPR tak boleh beri jaminan PRU-13 akan guna biometrik


SHAH ALAM, 26 Julai — Kajian mengenai sistem biometrik sudah berada di peringkat akhir tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat memberi jaminan sama ada ia boleh digunakan pada pilihan raya umum ke-13.
Spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat selepas sambutan Aidilfitri awal September ini. Mandat semasa Parlimen hanya berakhir April 2013.
“Kita masih di peringkat kajian dan kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan kerana kita tak tahu bila Parlimen akan dibubarkan,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) hari ini.

Shamsul Amri: Sudah 54 tahun merdeka, kita masih dikongkong


SHAH ALAM, 26 Julai — Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menegaskan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun rakyat negara ini masih dikongkong oleh sistem pentadbiran sedia ada.
Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 akhir bulan depan.
Shamsul Amri ketika menjawab berhujah pada Wacana Apa Selepas 9 Julai di Shah Alam hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
Bercakap pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menegaskan, rakyat negara ini masih belum mendapat kebebasan seperti mana yang sepatutnya. “Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan) dan keluar daripada kongkongan ini,” kata Pengarah Institut Kajian Etnik UKM ini.
“Empat tuntutan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah sistem sosial yang masih dikongkong dan tidak mendapat kebebasan, ini adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan,” kata Shamsul Amri merujuk kepada tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kepada SPR.

Video : Apa Selepas 9 Julai Pusingan Keempat Dr Wong

Video : Apa Selepas 9 Julai Pusingan Keempat Datuk Saifuddin

Video : Apa Selepas 9 Julai? - Pusingan Ketiga - Q & A - 6

Video : Apa Selepas 9 Julai? - Pusingan Ketiga - Q & A - 5

Video : Apa Selepas 9 Julai? - Pusingan Ketiga - Q & A - 4

Video : Apa Selepas 9 Julai? - Pusingan Ketiga - Q & A - 3

Video : Apa Selepas 9 Julai? - Pusingan Ketiga - Q & A - 2

Video : Apa Selepas 9 Julai? - Pusingan Ketiga - Q & A - 1

Video : Apa Selepas 9 Julai? - Pusingan Kedua

Video : Apa Selepas 9 Julai? - Pusingan Pertama

SPR Lepas Tangan : Kami tiada kuasa, hanya Putrajaya boleh tunai tuntutan Bersih 2.0


Wan Ahmad Wan Omar (kiri) menjawab soalan hadirin pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 26 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu. Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan pemerintah.
Jelas beliau, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Peguam: Cukup mudah untuk salah guna EO

Peguam Baljit Singh Sidhu berkata 20 hingga 30 peratus tahanan EO adalah mereka yang tidak bersalah tetapi merengkok di penjara kerana tidak mampu mendapatkan khidmat perundangan.

Diamlah, kata pengguna internet pada Najib

Pengguna internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Datuk Salleh patut rujuk laporan polis, bukan hear say

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid perlu merujuk kepada laporan polis, bukan hear say.
Katanya, salinan laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian kejadian pada 9 Julai yang sepatutnya dirujuk oleh Salleh, bukan merujuk kepada hear say atau laporan akhbar.
Beliau menyatakan demikian di dalam blognya, mohamadsabu.com.
Berikut adalah salinan laporan polis berkenaan.

 

Biometrik Hanya Boleh Dilaksana Jika Senarai Daftar Pengundi Bersih

SHAH ALAM 26 JULAI : Penggunaan sistem Biometrik hanya akan boleh dilaksanakan jika senarai data dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikemaskini dan dibersihkan daripada elemen pengundi hantu dan sebagainya.

Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata SPR sebenarnya tidak memahami permasalahan pokok dan enggan memahami mengapa Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan sistem ini.

“SPR tak faham masalah sebenarnya. Sebenarnya  ialah biometric ini boleh dilaksanakan dengan syarat bahawa  data yang ada pada SPR itu telah dikemaskini. 

RM20 juta Pembelian Sistem Biometrik SPR

Oleh: mohdnoorawang

"Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menggunakan Sistem Biometrik (sistem cap jari) untuk mengatasi isu pengundi hantu. PRU13 bakal menggunakan sistem cap jari. Peralatan untuk sistem biometrik dijangkan berharga puluhan juta ringgit. Dianggarkan kerajaan BN/UMNOapco membelanjakan sebanyak RM15 hingga RM20 juta. Siapa pula atau kroni atau syarikat yang berjaya membekal sistem biometrik kepada SPR?. Mungkin kroni PM Najib dan Rosmah Mansor @ Imelda Rosmah atau kroni TPM Mahyuddin Yassin atau Sepupu Najib yang bernama Hisyamuddin. Hanya yang ada jawapan ialah PM Najib Razak.

27 Juta Dicaturkan Oleh Golongan Minoriti.

Oleh: AntiKarat

"

Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan. - ucapan Tengku Razaliegh Hamzah

Proposed media council: ‘It’s taking two steps backwards’

The proposal to form a council to set the direction for media growth has come under fire.

PETALING JAYA: PKR’s communications director Nik Nazmi Nik Ahmad dismissed the government’s proposed National Media Council as taking “two steps backwards”.
He also criticised the proposal that two Barisan Nasional (BN) ministers – Home Minister Hishammuddin Hussein and Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim – be made co-chairmen of the council.
“This is not a step forward. This is two steps backwards. What is being proposed is not moving away from the old regime,” Nik Nazmi, who is also Seri Setia state assemblyman, told the press here today.
He said the council should be an autonomous body, with media practitioners determining its direction and not the government.

MCA pulak nak huru-harakan negara jika PR memerintah?

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Ingatkan PEKIDA, PEKASA sahaja yang rasis. Sebelum Bersih 2.0 baru-baru ni pun dah ingat K.Lumpur akan memandikan darah. Yelah!!! Para ahli silat pun nakhttp://4.bp.blogspot.com/-hNYA_O58jp8/Ti37Z-fhgDI/AAAAAAAADEY/xqzkoic_Ibg/s1600/api1.jpgmengamuk jugak kalau Bersih 2.0 diteruskan. Ibrahim Ali, jangan cakaplah… pengalaman beliau ketika Mageran di Kelantan sudah diketahui umum.

Takut sangat ke kalau Umno hilang kuasa. Sehingga MCA pun percaya dengan khurafat Umno ini. Kalau Umno-BN kalah, negara jadi huru-hara. Pembangkang pernah memerintah negeri Terengganu pada tahun 1959 dan 1999. Takde pulak huru-haranya.

Tahanan EO naik 400 peratus

Laporan Hak Asasi Manusia 2010 yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mendedahkan bahawa tahanan mengikut Ordinan Darurat (EO) meningkat sehingga 400 peratus sejak 10 tahun yang lalu.

Kesatuan piket Jumaat protes kontrak Presiden KTMB disambung

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) merancang mengadakan piket secara aman di pekarangan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di sini Jumaat ini bagi membantah penyambungan kontrak presiden KTM Dr. Aminuddin Adnan selama dua tahun mulai 1 Ogos ini.

PM, Isteri Digesa Beri Kerjasama, Elak Sapina


SHAH ALAM 26 JULAI : Lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor diingatkan agar tidak terus mengelak untuk memberi keterangan sekaligus terhindar dari dikenakan sapina oleh mahkamah dalam perbicaraan kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum 8 Ogos depan.

Peguam Ketua Pembangkang, Sankara Nair berkata, mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan.

Jika Polis Benar Profesyenal, Henti Ugut Rakyat


Polis siasat laporan palsu ketika perhimpunan 9 Julai

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang membuat laporan palsu terhadap tindakan pegawai dan anggota polis semasa perhimpunan haram 9 Julai lepas akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata jika disabit kesalahan, mereka akan dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya siasatan mendapati perkara yang diadukan dalam laporan polis adalah tidak benar, polis tidak akan teragak-agak mencadangkan tindakan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Biometric voting system a sham?

Sarawak DAP believes the biometric voting system can be manipulated by the Election Commission.

KUCHING: The biometric voting system being touted by the Election Commission (EC) is not a solution to a free and fair election process.
According to state opposition DAP, the system can “still be manipulated”.
The EC had said that it would introduce the biometric system for the coming parliamentary election.
But state DAP secretary Chong Chieng Jen thinks otherwise.
“The biometric system can still be manipulated.
“Secondly, it is too costly. The EC needs to have thumb-print reader in every stream and in every polling station.

Depa bunuh kita, lepas tu depa tuduh kita bunuh diri

Oleh Penarik Beca
Dalam berita bertajuk "Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL", Malaysiakini hari ni melaporkan:
 http://4.bp.blogspot.com/-vzn7KIH_3Wg/Ti0W7AVkO0I/AAAAAAAADqo/kBv7OVE7dqE/s1600/Baharudin.jpg
Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu.

Sedangkan, pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah Allahyarham pada malam 9 Julai lalu, kata seorang anak mangsa berkenaan, Mohd Nasrul.

Hindraf suit good for Indians, says academic

Law lecturer Azmi Sharom sees great relevance in the message behind the class action.

GEORGE TOWN: An academic has hailed Hindraf Makkal Sakti’s decision to revive its suit against the British government, saying it will serve to draw domestic and international attention to the plight of Malaysian Indians.
“The success of the suit is not relevant; it is the intended message that matters,” said Azmi Sharom, who teaches law at Universiti Malaya.
The class action suit demands US$4 trillion in compensation for Malaysians descended from Indians whom the British brought to Malaysia as indentured labour. Hindraf claims that the British government, when it granted independence to Malaya, left the Indians without representation and at the mercy of Malay extremists.

Makna dan pengaruh mendalam: Perarakan Tunjuk Perasaan 709

Walaupun menghadapi pelbagai penipuan, halangan, ugutan, dan berikutan dengan represi yang menyeluruh oleh golongan pemerintah UMNO-BN, di bawah kepimpinan betul dan kebijaksanaan kolektif yang ditonjolkan oleh BERSIH 2.0 dan di bawah sokongan dan penyertaan yang berani oleh rakyat pelbagai kaum, "Perhimpunan dan Perarakan Demokrasi 709" telah diadakan dengan berjayanya di pusat jantung Malaysia, Bandaraya Kuala Lumpur.

Menteri Dalam Negeri Hishammudin Hussein telah menggerakkan sejumlah besar  pasukan FRU yang serba lengkap dengan pelbagai senjata untuk menyekat jalan di sekitar kawasan perhimpunan, memasang dawai berduri di sekitar pintu masuk Stadium Merdeka, serta menggerakkan ribuan anggota polis untuk melakukan penangkapan dan menyuraikan rakyat yang berkumpul di merata tempat.  Akibatnya hanya beberapa ribu penyokong BERSIH berjaya menebusi benteng sekatan polis dan berjaya sampai ke kawasan sekitar Stadium Merdeka.

Tuduhan Wahabi boleh jejaskan hubungan Malaysia-Arab

"Sudahlah sekarang ini hubungan kita dengan Perancis (berhubing isu kapal selam Scorpene) terjejas, sekarang pula mahu rosakkan hubungan dengan negara Arab," kata Mohammad berseloroh.

KUALA LUMPUR: PAS bimbang dakwaan yang mengaitkan pengikut fahaman Wahabi dengan pengganas akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara luar, terutamanya Arab Saudi dan negara Timur Tengah yang lain.
Sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan, Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berkata dakwaan yang dilemparkan itu tidak ubah seperti tuduhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan dibawah Ordinan Darurat (EO) atas alasan cuba menghidupkan semula fahaman komunis dan memerangi Yang Di-Pertuan Agong.
“Ini propaganda sempit yang cuba dibuktikan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihanraya,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS  di sini hari ini.

Video : PAS tolak sistem Biometrik

Video : Pengundi hantu, Pemuda PAS lapor polis

Isu Wahabi : Asri tulis warkah sentuh tanggungjawab polis


KUALA LUMPUR, 26 Julai — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang semalam mendapat perhatian ekoran laporan bahawa menjadi fokus pihak berkuasa berhubung isu Wahabi dan terorisme, hari ini menulis warkah sambil meminta polis dapat mempertahankan keadilan sebaik mungkin agar “dibenci” dan “diragui” rakyat.
Bekas mufti Perlis ini berkata bidang tugas dan kuasa “saudara yang menghalang kezaliman itu, jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.”
“Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya,” kata beliau dalam tulisannya bertajuk “Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis”, yang bersifat umum, yang diedarkan kepada media hari ini.
Tulisannya tidak merujuk kepada mana-mana kes khusus.
Mengikut laporan media semalam, Majlis Keselamatan Negara telah memutuskan agar agensi agama negeri dan para mufti memantau pergerakan fahaman Wahabi dan dipercayai boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

Pakatan Rakyat Perlis selesai pembahagian kerusi

PAS akan bertanding semua tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau dan lapan kerusi DUN.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat Perlis telah berjaya menyelesaikan pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum ke 13, kata pesuruhjaya  PAS negeri hari ini.
Menurut Hashim Jasin, wakil PAS, PKR dan DAP akan memuktamadkan  penyelesaian itu selewat-lewatnya minggu depan.
“PAS akan bertanding semua tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau dan lapan kerusi DUN.
“PKR mendapat tujuh kerusi DUN dan DAP dua kerusi,” katanya hari ini.
Kata Hashim, pembahagian kerusi kali ini menyaksikan jumlah kerusi DUN yang ditanding oleh PAS berkurangan sebanyak empat kerusi.

Umno gunning for Ku Li

Tengku Razaleigh's Amanah gathering of 'has-beens' is a sign that the original guardians of Umno cannot endure the transgressions and abuse the country is taking.


Some Umno people are already worried and in the coming days will do their best to demonize Tengku Razaleigh Hamzah, the spirit behind Amanah.
Never mind them. They are just gasping for air and clutching at the last straws. In the past few years, this country of ours has been put on a course of self-destruction.
Our economy is not doing that good compared to the countries in Southeast Asia.
Umno which claimed to represent the Malays can’t put on a straight face to say whether they have done well for the Malays.
It only takes one example to demolish their self-conceit – the wealth disparity among Malays is greatest in Malaysia inspite of all the help that Umno says it has given.

PAS dakwa miliki bukti 500 senarai pengundi bertindih

Naib Presiden PAS Datuk Hussam Musa berkata, PAS Selangor berjaya mengesan kecacatan senarai itu yang lengkap dengan nama dan alamat.
KUALA LUMPUR: PAS  hari ini mendakwa memiliki bukti sebanyak 500 senarai nama pengundi berdaftar yang bertindih, kesan daripada
kegagalan sistem pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Naib Presiden PAS Datuk Hussam Musa berkata, PAS Selangor berjaya mengesan kecacatan senarai itu yang lengkap dengan nama dan alamat.
“Kita juga sudah pergi berjumpa dengan individu yang dikesan terbabit dan mereka turut mengakui nama mereka tersenarai lebih satu kawasan.
“Kita telah berjumpa dengan SPR bagi mendapatkan penjelasan dan mereka mengakui kewujudan apa yang ditemui PAS Selangor ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas pemimpin tertinggi parti di pejabat agung PAS  di sini hari ini.

Clone voters: ‘EC confessed so police must act’

The discovery of several news cases of 'clone voters' has compelled PAS to lodge a police report.

PETALING JAYA: The police must investigate allegations of “clone voters” now that the Election Commission (EC) has confessed to its existence in the electoral rolls.
PAS Youth secretary Khairul Faizi Ahmad Kamil said the discovery of several new cases of “clone voters” is irrefutable proof that phantom voters existed on the EC’s voter lists.
Khairul, who lodged a report at the Dang Wangi police headquarters today, said that since the EC itself had admitted to the existence of “clones”, the police must take immediate action.
“This is serious. These cases seem to show that anyone in Malaysia can get two ICs and two different people can have a same IC number.

Bersih 2.0: Mat Sabu kekal pertahan pendirian, tikai kenyataan polis


KUALA LUMPUR, 26 Julai — Mohamad Sabu mendakwa polis terus mengelirukan orang ramai sambil menegaskan motosikal yang diboncengnya ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu secara sengaja telah dirempuh oleh kereta polis Proton Waja dan bukannya Mitsubishi Pajero.
Polis mengeluarkan klip video berkaitan isu itu Khamis lalu.
Timbalan Presiden PAS (gambar) ini berkata, dalam laporan polis dibuat pada 14 Julai lalu, yang diedarkan kepada media hari ini, beliau mengatakan bahawa Proton Waja yang merempuh motosikal diinaikinya dan menyebabkan kecederaan dan kemudian ditahan polis yang membawanya ke Mitsubishi Pajero.

Polis: Hanya RTM setuju tayang video 9 Julai setakat ini

PORT DICKSON, 26 Julai — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan video perhimpunan 9 Julai lepas untuk ditayangkan lagi di mana-mana stesen televisyen di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini hanya RTM bersetuju menerima tawaran ini dan telah menayangkannya.
“Jika ada stesen televisyen lain yang ingin menayangkan video tersebut, kita sedia menyerahkan video ini untuk ditayangkan. Sebenarnya, klip video ini juga kini boleh dilihat di laman web PDRM,” kata beliau dipetik Bernama Online.
“Kita berterima kasih kepada RTM kerana telah menyiarkan klip video sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan haram 9 Julai lepas.
“Kita mengharapkan dengan ditayangkan klip video ini masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut,” katanya  selepas menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan perdana perajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.
Khalid berharap dengan penayangan klip video tersebut tidak ada lagi pihak-pihak yang membuat tuduhan, tomahan dan andaian bahawa polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara haram di ibu negara pada 9 Julai lepas.

( TERBONGKAR VIDEO POLIS DINAFIKAN OLEH AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM BAHARUDIN DALAM DEBAT AMBIGA VS SPR DI SHAH ALAM HARI INI)

Wakil SPR 'dibu' dalam debat dengan Ambiga

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

PAS tolak biometrik

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.
"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Kes Fitnah : Anwar Fail Permohonan Temu Bual Najib, Rosmah


KUALA LUMPUR 26 JULAI : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos depan.

Dalam permohonannya yang difailkan menerusi Tetuan Karpal Singh & Co pagi ini, Anwar selain menamakan Najib dan Rosmah, turut menamakan tiga saksi yang lain.
 
Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
 

Tindakan pada pelajar semarak kebencian Umno BN

KUALA LUMPUR, 26 Julai: PAS hari memberi amaran bahawa tindakan yang dikenakan oleh pihak Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia terhadap para pelajar negara di Mesir yang mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kaherah akan menyemarakkan lagi kebencian mahasiswa-mahasiswi terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional.
“Tindakan yang diambil jelas menzalimi mahasiswa tersebut dan melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman  yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Mesir.
“ Tindakan zalim ini hanya akan menyemarakkan kebencian mahasiswa-mahasiswi terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional, dan ia tidak membina sesuatu yang berguna bagi masa depan negara,” selar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Terorisme Wahabi Dr Asri, ulama: Mat Sabu ketawa

NONETimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini cuma ketawa apabila diajukan soalan tentang beberapa tokoh ulama Islam yang dikaitkan dengan Wahabi dan terorisme.

"Ini macam enam orang yang ditahan bawah Ordinan Darurat. Kalau nak guna biarlah berasas.

"Ini propaganda sempit BN dan menjejaskan imej Malaysia di mata antarabangsa," dakwanya yang terus tersenyum.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam yang berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bimbang terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

118 laporan terhadap Bersih mungkin didalangi Umno – AMK

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri percaya 118 laporan polis yang dibuat orang awam terhadap Bersih pada 9 Julai lalu,  mungkin didalangi Umno.
Ia berikutan laporan Utusan Malaysia bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 118 laporan polis yang mempertikaikan tingkah laku peserta perhimpunan itu pada 9 Julai lalu.
“Bagi saya yang buat laporan itu hanyalah segelintir dan itu pun kita tak tau samada ianya benar atau sudah dirancang oleh Umno,” katanya.
Menurut Azmizam, polis juga perlu bertindak adil dengan menyiasat Patriot yang turut sama berhimpun pada hari itu, kerana ia tidak dilakukan tanpa tanpa permit.
“Patriot juga mengadakan perhimpunan tanpa permit tapi tidak dikenakan apa-apa tindakan malah tidak dihalang sekerasnya sebelum ini,”

‘Moderate Najib impinging human rights’

Suaram launches its annual report for 2010, which states that the standards of human rights continue to fall.

PETALING JAYA: Human rights standards in Malaysia continue to deteriorate under Prime Minister Najib Tun Razak’s administration despite the latter’s efforts to project himself as a moderate leader.
In its annual report released today, rights group Suaram said there had been little or no improvent for the year 2010.
“Basically, In 2009 when Najib took office he wanted to be seen as a ‘do good guy’, he wanted to be magnanimous.
“But I don’t think he wants to lose power by giving people more liberty like what happened to (former PM) Abdullah Ahmad Badawi so he continues to impinge on people’s liberties,” said Suaram chairperson K Arumugam.

Najib takut Bourdon, rakyat makin curiga

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kehadiran peguam Perancis, William Bourdon yang berusaha membongkar skandal pembelian Scorpene menguatkan lagi kecurigaan rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).
"Bila Najib nampak sangat begitu takut dengan kehadiran Bourdon sehingga ke peringkat membatalkan lawatan dan percutiannya di luar negara, kelakuannya itu menguatkan lagi kecurigaan rakyat terhadap penyelewengan dalam pembelian Scorpene dan kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Tidak timbul sebarang tuduhan terhadap Najib, tetapi kelakuannya yang memaksa rakyat merasa curiga.
"Ketakutan Najib yang begitu ketara terhadap kehadiran Bourdon ke negara ini menguatkan lagi sangkaan dan keraguan rakyat terhadapnya," kata beliau.

Suaram: Budaya 'terlepas hukuman' makin buruk

NONEBudaya terlepas daripada hukuman yang dinikmati oleh polis dan agensi penguatkuasaan yang lain telah bertambah buruk, menurut laporan hak asasi manusia yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi tahun 2010.

Meskipun aduan ke atas polis terus menimbun, namun bilangan mereka yang 'gemar melepaskan tembakan' terus meningkat setiap tahun.

Dalam mendedahkan fakta itu, pengerusi Suaram, K Arumugam (kiri) menjangkakan situasai berkenaan akan bertambah buruk kerana pihak berkuasa gagal menangani situasi hak asasi manusia.

“Situasi hak asasi manusia tahun depan akan bertambah buruk kerana mereka yang berkuasa tidak mahu mengubah. Mereka terus berpaut untuk berkuasa dan bukannya berjuang untuk kebebasan,” kata aktivis hak asasi itu.

Isu Wahabi: Umno manipulasi Islam demi politik, kata PKR


PETALING JAYA, 26 Julai — PKR mendakwa pentadbiran mempunyai agenda politik apabila mengaitkan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai “pengganas” kerana mempunyai hubungan dengan Wahabi.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan berbuat demikian Putrajaya secara automatik mendedahkan Barisan Nasional (BN) memanipulasikan agama bagi memenuhi kepentingan politik.
“Ia memanipulasikan agama,” katanya pada sidang media hari ini.

Suaram: Pengusiran 'cabuli kuasa eksekutif'

NGO hak asasai manusia Suaram membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerna “mencabuli kuasa eksekutif” ketika mengusir peguam Perancis, William Bourdon, Jumaat lalu.