Jumaat, 22 Julai 2011

Pasca Bersih : PM Britain tanya Najib tentang perhimpunan 9 Julai

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini.

najib visit united kingdom 150711 najib and protestorsDalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan yang dianjurkan badan tidak berdaftar ketika lawatan itu berlangsung.

"Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom "that we have room for dissent) (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia," katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada hampir 3,000 orang yang menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang setelah mengakhiri lawatan ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari.

Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene

NONESiasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pegawai tinggi Malaysia, mungkin dapat menyingkap misteri yang menyelubungi kematian Altantuya Shaariibuu.

Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia.

Bourdon (kiri), yang telah ditahan pegawai imigresen di apangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan.

Pasca Bersih: Dr Asri minta Putrajaya tubuh panel khas siasatan


KUALA LUMPUR, 22 Julai – Sementara polemik mengenai Himpunan Bersih 2.0 berterusan, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul mencadangkan agar Putrajaya menubuhkan satu badan khas bagi menyiasat kebenaran mengenai dakwaan kekerasan melibatkan pihak berkuasa.
Kata bekas mufti Perlis ini (gambar), selepas pendedahan rakaman video yang didedahkan polis semalam ia telah menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kekerasan yang digunakan pihak keselamatan semasa menghuraikan perhimpunan yang turut disertai pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat.
Asri yang dilihat sebagai pemerhati politik negara berkata demikian sehari selepas polis mengumumkan hasil siasatan melibatkan enam jawatankuasa mereka semalam.
Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pulang dari luar negara mendakwa perhimpunan 9 Julai lalu bertujuan menggulingkan kerajaan pimpinannya.
Petang tadi, Suhakam mengumumkan terma rujukan mengenai usaha mereka mahu mengadakan siasatan awam mengenai kekerasan pihak berkuasa sebelum dan selepas perhimpunan 9 Julai.
Namun kata Asri, rakaman yang diperoleh oleh peserta dan media menunjukkan sebaliknya tentang apa yang berlaku berbeza dengan apa yang didedahkan polis.

Pasca Bersih : Buktikan polis tidak zalim

22 JULAI — Sudah masuk dua minggu tunjuk perasaan Bersih 2.0 berlalu, persoalan yang dipolemik dalam masyarakat ialah polis dikatakan bertindak berlebihan atau keterlaluan.
Macam-macamlah orang kata tentang polis. Ada pun Bersih itu boleh jadi ia ada terus atau ia mungkin tidak ada lagi. Tetapi polis mesti ada selagi ada orang dan ada negara.
Perbincangan kejadian pada 9 Julai 2011 tentang polis akan berlangsung lebih lama dari perbincangan tentang Bersih.
Maka polis seperti sedang dibicarakan dalam mahkamah umum oleh masyarakat umum dalam negeri dan luar negeri.
Lalu polis pun dalam pembelaan dirinya minta orang ramai, khususnya penyokong Bersih 2.0 buktikan polis zalim atau polis ganas dalam menangani peristiwa 9 Julai itu.
Apakah polis zalim atau ganas atau sebaliknya tidak dapat ditentukan oleh orang ramai. Ia ditentukan oleh sikap dan tindakan polis sendiri.
Hari 9 Julai 2011 itu sendiri dapat menyatakan apakah polis hari itu ganas atau adil?
Untuk mendapatkan bukti dari orang ramai tentang polis hari itu zalam atau tidak akan memakan masa yang lama dan payah. Ia memerlukan makanisma yang payah untuk dilaksanakan.

MMA gesa bebaskan Jeyakumar

penang psm dinner 181210 jeyakumar devarajPersatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa perdana menteri dan menteri dalam negeri supaya membebaskan Dr D Jeyakumar, yang sedang ditahan hampir sebulan di bawah Ordinan Darurat, sejak beliau ditangkap pada 2 Julai.

Jeyakumar yang juga ahli PSM dan ahli parlimen Sungai Siput
(kanan) merupakan ahli seumur hidup MMA yang dianggotai 13,000 pengamal profesyen perubatan.

"Dalam tempoh beberapa minggu lalu, MMA menerima banyak panggilan telefon, e-mel dan mesej dari ramai ahli kami yang memandangkan berat penangkapan dan penahanan berterusan Dr Jeyakumar," kata Presiden MMA, Dr Mary Suma Cardosa dalam satu kenyataan hari ini.

Video Bersih Versi Polis : Taklimat & sidang media khas PDRM - Tayangan video insiden BERSIH 2.0

Pasca Bersih : Suhakam mula kumpul bukti tindakan keras pihak berkuasa

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Suhakam meminta pihak yang mempunyai bahan bukti atau maklumat berkaitan dakwaan mengenai penggunaan kekerasan melampau pihak berkuasa dalam menangani perhimpunan Bersih 9 Julai lalu agar menyerahkannya kepada badan itu sebelum 2 Ogos ini.
“Orang awam yang telah menyaksikan sebarang perbuatan atau insiden mengenai dakwaan-dakwaan yang disebutkan atau mereka yang boleh memberi maklumat yang berkaitan dan atau dokumen serta bukti-bukti termasuk rakaman video atau gambar mengenai dakwaan-dakwaan ini diminta menghubungi suruhanjaya dengan segera,” kata Suhakam dalam satu kenyataan hari ini.

Wikileaks: US envoy says Umno abused security laws, institutions


The leaked cable said that “in good times Umno can maintain control by distributing power and money to get what it wants (but) in bad times, it uses the stick.” — Reuters file pic
KUALA LUMPUR, July 22 — The United States ambassador here told Washington in 2008 that Malaysia was facing a “political crisis” caused by Umno’s control and abuse of security institutions and national security laws to remain in power. US ambassador James R. Keith said in a leaked cable, released by whistleblower site WikiLeaks through the Malaysia Today news portal that “in good times Umno can maintain control by distributing power and money to get what it wants (but) in bad times, it uses the stick, and for now that means intimidation.”

Video Bersih : Polis Cuba Tutup Kezaliman Diri

Kesian Aminah.. Kena Berbohong Demi Sedikit Wang

PULAU PINANG 21 Julai – Peserta demonstrasi jalanan anjuran pembangkang telah diajar dengan taktik-taktik tertentu bagi menampakkan tindakan polis terhadap mereka seolah-olah ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Perkara itu diakui sendiri oleh bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah yang pernah terbabit dalam beberapa perhimpunan haram dahulu.

Jelasnya, mereka yang diarah bertindak sedemikian akan menerima habuan tertentu seperti wang ringgit.


“Dulu semasa berdemonstrasi kalau polis pegang sikit anggota badan, kita akan meronta-ronta bagi memaksa polis pegang kita dengan lebih kuat dan kadangkala sehingga baju terkoyak supaya nampak seperti tindakan ganas.

“Ada ketika juga kita disuruh duduk di atas jalan, supaya polis terpaksa mengheret kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Apa Motif Lakonan Semula Himpunan BERSIH??

Polis Lakon Semula Demonstrasi Bersih...!!

Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia Lapang Sasar Bukit Jugra berhampiran Pusat Latihan Penguat kuasa Selangor (Pulapes), Banting, di sini, mengadakan satu perhimpunan olok-olok, semalam.

Menurut sumber,perhimpunan itu dilakukan untuk menilai dan menguji sejauh mana kesan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air bagi mengawal perhimpunan haram.

Kira-kira 200 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dan mereka menggunakan sebuah jentera penyembur air.

Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab


SHAH ALAM 22 JULAI : Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut.

Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini.

Post Bersih : Footage confirms police caused Mat Sabu's injury?

Jul 22: Far from proving that the police had nothing to do with the injury suffered by PAS deputy president Mohamad Sabu on July 9, a video footage shown to members of the press yesterday showed how his motorcycle was rudely cornered by a police 4WD vehicle causing him to hit another police vehicle behind him and fall to the ground.

This screenshot from a video footage said to be taken near the Sri Bukit Persekutuan entrance, shows Mat Sabu as pillion rider seconds before the police's Pajero made a sharp turn to block him

Salleh Mat Rashid, who was recently promoted to head the Internal Security and Public Order, dedicated a whole topic during the police presentation to rebut Mat Sabu's claim that police caused his injury which required a surgery on a torn ligament last week.

Backed by a 4WD vehicle and two Proton Waja patrol cars, the police tailed the PAS leader through major roads in the city in a bid to arrest him. During the briefing, Salleh however did not specify why the three police vehicles had wanted to arrest Mat Sabu.

Perhimpunan di Bukit Aman tuntut bebas aktivis PSM

Kira-kira 150 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM), Pakatan Rakyat dan NGO mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk Ibupejabat polis Bukit Aman petang ini, menuntut pembebasan enam aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Bayangan Altantuya : Peguam 'Scorpene' ditahan, dijangka diusir pulang

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, beliau akan diusir pulang, paling awal malam ini.Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

Bekas tahanan: ISA, EO lucutkan maruah manusia

Apabila Lim Chin Chin ditahan pada Operasi Lalang 1987, beliau langsung tidak menjangka apa yang bakal dilaluinya.

Aktivis masyarakat yang kini berkhidmat dengan All Women's Action Society (Awam), itu mengimbas semula pengalaman dua tahunnya dalam tahanan berkata maruahnya sebagai manusia habis dilucutkan.

Tahanan katanya, hilang identiti, mereka tidak tahu di mana mereka dan malah tidak mempunyai pakaian dalam untuk dipakai.

1 Malaysia is officially dead!

Lucius Goon

JULY 22 — If the Vatican ever needed evidence of the type of leader the Malaysian prime minister is, they should just read his statement on returning home.
Speaking to BN supporters, he sounded like Ibrahim Ali when he said that Muslims (may I suggest that he is only qualified to speak on behalf of Umno Malays) will respect Christians if they respect the Islamic leadership of the country.
Nice one, Najib. You have been officially inducted into the right-wing Hall of Fame, together with Ibrahim, Perkasa and Utusan Malaysia.
The Christians in this country have been law abiding and they answer to the Lord Almighty.

Tagih Janji : ‘Najib akan pertahankan Islam’

Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin berkata, janji itu dibuat oleh perdana menteri dalam pertemuan dengan pemimpin NGO Islam dan masyarakat agama tidak lama dulu.
PETALING JAYA: Petubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membela orang Melayu dan Islam di dalam negara ini.
Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin berkata, janji itu dibuat oleh perdana menteri dalam perjumpaan dengan pemimpin NGO Islam dan masyarakat agama  tidak lama dulu.
“Dalam pertemuan tersebut, Najib berkata dia akan mempertahankan Islam dan saya tidak ragu dengan ketegasannya.
“Saya yakin Najib akan membela Islam kerana beliau sendiri beragama Islam dan beliau juga tahu tanggungjawab semasa mengangkat sumpah sebagai perdana menteri tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Perpaduan hilang kerana memerintah tak betul

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Rakyat di negara ini diingatkan agar tidak lagi berpeluk tubuh dengan menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata.
Sebaliknya, setiap warga negara yang berfikiran benar dan saksama perlu bertindak segera sebelum keadaan itu sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara selama ini hancur dan musnah.
Presiden sebuah NGO yang baru ditubuhkan, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah berkata, setiap warga negara Malaysia yang tulus, prihatin dan bertanggungjawab tidak boleh menunggu lagi untuk melakukan perubahan dari sekarang sebelum terlambat.

Tangkap Bourdon: Najib burukkan lagi nama Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon (gambar) akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu dengan Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, Najib mempunyai pandangan lebih luas tetapi ternyata tidak.

Post Bersih : Police version of rally unacceptable..shame.....

The police version of the Bersih 2.0 rally has been slammed as a political message aimed at the government's rural constituents.
PETALING JAYA: PAS’ Kuala Selangor MP, Dzulkefly Ahmad, has voiced shock over the police version of the Bersih 2.0 rally and dismissed it as a message meant for Barisan Nasional’s rural constituents.
Yesterday the police screened videos to support their take on the rally which depicted police restraint, provocations by demonstrators and police hospitality towards detainees.
Part of the footage included “acts of kindness” shown to Dzulkefly and Lembah Pantai MP, Nurul Izzah Anwar.
The police presenter claimed that the MPs were offered oxygen mask after being tear gassed in the KL Sentral tunnel. But Dzulkefly reacted with amazement when told of this.

Post Bersih : Taking it out on rakyat for backing Bersih

The BN government is out to teach the rakyat a lesson for supporting the July 9 rally calling for clean and fair elections.

The Barisan Nasional government has post-July 9 made a conclusion that the belief in communism is still alive and and kicking in Malaysia, hence the justification for retaining the repressive Internal Security Act (ISA) 1960 and the Emergency Ordinance (EO) 1969 laws.
To Minister in the Prime Minister’s Department, Nazri Abdul Aziz, communism is still a threat to national security and that is why six activists who are also members of Parti Sosialis Malaysia (PSM) who were caught on claims of campaigning for the Bersih 2.0 July 9 rally best remain behind doors.
“The name of the law is just Emergency Ordinance. The communist (insurgency), even though it has been declared over, the EO is still in effect so that this (communism) will not happen,” he told reporters recently.
Nazri says as long as communism is still around, both the ISA and EO will remain.

Scorpene scandal: ‘Truth to surface soon’

French lawyer William Bourdon says corruption related to the submarine deal will be exposed when a judge is picked in September to hear the case.
GEORGE TOWN: The French investigative judge who will hear the case into the Scorpene submarine scandal will be picked in September and the truth will be exposed, said prominent human rights lawyer William Bourdon.
The Frenchman said he would then have smooth access to scrutinise all documents and interview major witnesses pertaining to the submarine deal between Malaysia and France.
“I would be able to disclose more information on the case and identify those involved,” he said after a speech at Suaram’s fundraiser dubbed “Ops Scorpene” in Bayan Baru here last night.
Suaram filed a case against French naval defence giant DCNS in 2009 over irregularities in the Scorpene deal between Malaysia and France.

Scorpenes French lawyer William Bourdon detained at KLIA

Scorpenes French lawyer William Bourdon detained at KLIAMalaysian authorities have detained French lawyer William Bourdon, who is acting on behalf of civil rights group Suaram in a high-profile "corruption" and "kickbacks" case involving Prime Minister Najib Razak over his purchase of two Scorpene submarines for the ministry of defense in the early 2000s.
Bourdon is now at the Immigration detention centre in the Kuala Lumpur International Airport. He was flying in from Penang, where he had given a briefing on the case to a citizens group of 600 on Thursday night ahead of open-court hearings in Paris in September.
"We are trying to get the French embassy officials over," Batu MP Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Another international black-eye

Pasca Bersih : "Jika Betul Saya Mahu Rempuh Polis, Dakwa Saya Di Mahkamah"

SHAH ALAM 22 JULAI : Polis Di- Raja Malaysia (PDRM) dibidas kerana menuduh secara sembarangan kononnya peserta himpunan aman Bersih 2.0 melakukan provokasi sehingga memaksa anggotanya bertindak menyembur air bercampur kimia dan gas pemedih mata bagi menyurai himpunan tersebut.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, tindakan polis menayang rakaman terpilih semalam, seraya menuduh peserta himpunan membuat provokasi sangat tidak profesional berikutan mereka langsung tidak dipanggil untuk sebarang siasatan dan tiada ruang untuk membela diri.  
 
"Ini adalah satu tindakan yang tidak profesional, kerana mereka (polis) membuat pertuduhan terbuka keatas individu-individu tanpa membolehkan mereka membela diri atau disoal siasat terlebih dahulu," tegas Tian.

TBH : 'Paksa hingga bunuh diri sama saja dengan membunuh'

KUALA LUMPUR, 22 Julai: DAP menyifatkan tindakan pegawai SPRM memaksa sehingga menyebabkan Teoh Beng Hock membunuh diri adalah sama sahaja dengan tindakan  membunuh.

Sehubungan itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuntut SPRM bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

“Paksa sehingga bunuh diri turut mirip tindakan membunuh, oleh itu, SPRM bertanggungjawab berhadapan dengan kesannya,” kata Lim  Kit Siang.

Hantu Altantuya : Peguam Perancis kes kapal selam ditahan di KLIA

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Peguam Perancis Willian Bourdon telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja tiba selepas menghadiri majlis makan malam di Pulau Pinang malam tadi.
Di Pulau Pinang beliau memberi penerangan tentang perkembangan terbaru berhubung kontroversi perjanjian pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion yang dilakukan oleh Malaysia.
Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel, yang mengiringi Bourdon sepanjang lawatan itu berkata, peguam itu ditahan ketika berada dalam pesawat oleh seorang pegawai imigresen sebaik sahaja kapal terbang mendarat.

Ku Li ajak rakyat bersama Amanah lawan penyelewengan


KUALA LUMPUR, 22 Julai — Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba masanya untuk rakyat negara ini bangkit menentang segala penyelewengan yang berlaku termasuk rasuah, kronisme, sikap pelampau dan pembaziran.
Tegas beliau, rakyat jangan membiarkan perbuatan memanipulasikan politik digunakan untuk memecahkan perpaduan rakyat melalui dasar dan keputusan yang memihak kepada pihak yang berkepentingan.
“Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun untuk memecahkan rakyat majoriti melalui dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan.

Pasca Bersih : Peguam bangkit alasan tahan enam ahli PSM kerana Bersih

UALA LUMPUR, 22 Julai — Enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempersoalkan alasan mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat sedangkan perhimpunan Bersih 2.0 sudah berlalu, demikian menurut peguam mereka di Mahkamah Tinggi hari ini.
Peguam PSM Sulaiman Abdullah menekankan bahawa keenam-enam mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj (gambar) ditahan semula pada 2 Julai atas alasan sebagai pihak utama menggerakkan perhimpunan 9 Julai.
“Bagaimana anda boleh menjustifikasikan tahanan selepas 9 Julai?” kata Sulaiman hari ini.
“Tiada mana-mana afidavit menekankan poin ini,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini.
Keenam-enam mereka ditahan dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0.
Mereka turut didakwa ditahan reman kerana cuba melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan kemudian ditahan di bawah Ordinan Darurat sehingga kini.

Pasca Bersih : Polis tayang 'detik terpilih', bukan menyeluruh

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menayangkan keseluruhan video perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, bukan menayangkan 'detik-detik terpilih'.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, video yang ditayangkan pihak polis semalam tidak menggambarkan secara keseluruhan situasi pada hari tersebut.
"Tayangan video itu tidak memberi apa-apa makna kerana yang ditayangkan hanya saat-saat dan detik-detik pilihan yang tidak menceritakan keseluruhannya.
"Sepatutnya polis kalau dah ada video tunjuk semua, jangan hanya detik-detik tertentu.Kita minta polis tunjuk semua, jangan hanya detik-detik pilihan yang nak tunjukkan mereka baik sahaja," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Pasca Bersih : Najib dakwa Bersih 2.0 cuba guling kerajaan BN....


KUALA LUMPUR, 22 Julai — Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa Bersih 2.0 cuba untuk menggulingkan kerajaannya dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran selain menafikan dakwaan gabungan itu bahawa wujud penipuan dalam sistem pilihan raya.
Ketika berucap selepas kembali kei tanah air daripada lawatan luar negara, perdana menteri terus mempertahankan bahawa pilihan raya di Malaysia adalah bersih sepanjang masa.
“Kita tidak pernah menipu dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia,” kata beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini.
Najib (gambar) juga menolak dakwaan Bersih 2.0 bahawa BN mempunyai kelebihan tidak adil dengan memiliki ruang besar di media ketika berkempen.

Pasca Bersih : Najib perlu pastikan pilihan raya bersih, Bersih 2.0 ada asas


KUALA LUMPUR, 22 Julai — Seorang bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.
Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
“Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik,” kata beliau.
“Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan,” kata Abdul Kadir (gambar) sambil menambah, “merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat.”

Pasca Bersih : Mat Sabu arah peguam fail saman PDRM

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Mohamad Sabu telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada Polis Diraja Malaysia kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan motosikal dinaikinya ketika perhimpunan 9 Julai.
Mengikut laporan HarakahDaily, Hanipa berkata, Timbalan Presiden PAS telah menghubunginya pagi ini dan mengarahkan beliau menghantar notis kepada pihak berkenaan ekoran dakwaan semalam.
Semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.
“Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar ‘fender’ Pajero,” katanya.

Pesanan kepada PDRM: Antara Alat dan Diperalatkan


Adalah paling bahaya bilamana institusi penguatkuasaan dalam negara hilang integriti dan krediabialiti. Terbaru adalah pendedahan PDRM terhadap Himpunan BERSIH 2.0 yang memaparkan 'kekejaman' pendemo tanpa senjata, niat Tuntut 8 Perkara telah dengan sengaja disalah ertikan sebagai 'tujuan menggulingkan kerajaan yang ada.

Bagi sesetengah orang yang rasional, desakan rakyat tidak 'meluap-luap' sebegini jika kerajaan atau pihak berkuasa yang ada jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Paling tidak kerajaan rakyat takut dengan rakyat. Sebaliknya kerajaan yang ada meremehkan rakyat. Walaupun sudah dianalisa, disokong dengan pandangan para cendakiawan, ahli politik, kerajaan tetap berdegil dan akur dengan pandangan-pandangan bersifat untuk kebaikan bersama.

Mohamad Sabu arah peguam saman Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Peguam Mohamed Hanipa Maidin telah menerima arahan dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu agar menghantar surat saman kepada Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Polis ekoran dakwaan beliau (Mohamad) menipu.

Hanipa berkata, Mohamad telah menghubungi beliau pagi ini dan mengarahkan beliau menghantar notis kepada pihak berkenaan ekoran dakwaan itu.

Semalam Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

Tengok nii...Iklan Yang Baik Tak Pernah Lagi Ada Dalam Dunia..


( Klik berapa kali lu orang suka...nak kasi besar iklan nii..)

Macam mana Yossi Benayoun boleh terlepas masuk ke negara kita..

English Premier League Chelsea player Yossi Benayoun (R) tries to block Malaysia's Mohd Fandi Othman (C) during a friendly football match at The Bukit Jalil Stadium in Kuala Lumpur on July 21, 2011, part of the Chelsea Asia Tour 2011.
English Premier League Chelsea player Yossi Benayoun (R) tries to block Malaysia’s Mohd Fandi Othman (C) during a friendly football match at The Bukit Jalil Stadium in Kuala Lumpur on July 21, 2011, part of the Chelsea Asia Tour 2011.

Mamat Yahudi Boleh Masuk Ke Malaysia

macam mana Yossi Benayoun (pemain Chelsea) boleh terlepas masuk ke negara kita sedangkan Malaysia & Israel tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik!!!!!!Sape yg harus dipersalahkan???Pro Events, FAM @ Kerajaan Malaysia????atas alasan apakah MaMat Yahudi ni boleh masuk ke Malaysia…..semangat “kesukanan”???bagaimana pula kalo ade yahudi lain yang ingin masuk ke Malaysia atas alasan ‘pendidikan’ @ ‘bantuan kemanusiaan’????APA PANDANGAN ANDA?????
Kaki Bola

Demokrasi ala-Malaysia mesti di Bersihkan

Oleh Dr.Syed azman Syed ahmad

“Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," Begitulah luahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS kepada wartawan yang menemui beliau semasa menziarahi keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 akibat sesak nafas terhidu gas dan semburan serta dikejar oleh FRU.

Inilah realiti demokrasi tempang di negara kita. Kita bertarung secara demokrasi ala-Malaysia ibarat di lempar kegelangang pertarungan demokrasi dengan kaki dan tangan diikat serta mulut disumbat, lalu diajak bersaing dengan Umno/BN yang bebas sebebasnya. Lebih parah lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya menjadi pengadil pertarungan telah bertindak secara tidak adil dan berat sebelah.

Pemuda PAS kempen di padang bola

Bola sepak dan sukan sentiasa menjadi salah satu medan permainan simbol politik, mempertemukan kumpulan dan negara yang datang bersama sentimen masing-masing.

Di kedua-dua belah pemerintah dan pembangkang, sentimen yang dapat dilahirkan melalui aktiviti sukan menjadi satu bahagian kempen yang ingin dimanfaatkan.

Politik Malaysia kini menyaksikan bola sepak semakin menampakkan sisi politiknya, dengan penglibatan aktif Pemuda PAS melalui pelbagai program dan kenyataan.

Turning Najib and Hisham into international clowns

Turning Najib and Hisham into international clownsDAP's Lim Kit Siang recently poked fun at the Najib administration for blotting out large segments of The Economist’s article entitled Taken to the Cleaners, which covered the July 9 Bersih 2.0 rally.
Not only was it an act to be condemned as threatening to democracy, but it was also an exercise in futility because the article - completely uncensored and as its editors wanted - was fully and easily available online!
“It takes quite a special genius to turn both the Home Minister Hishammuddin Hussein and the Prime Minister Najib Razak into instant home and international jokes with one stroke of the pen!” Lim said, before blaming overzealous and outdated home ministry officials in the publications control and quranic text division for compromising the dignity of the country’s top leadership.

Scorpenes: M'sians will get "truth and justice", promised French lawyers

Scorpenes: M'sians will get "truth and justice", promised French lawyersFinally, the much-awaited briefings by the French lawyers hired by Suaram for its kickbacks complaint on the Scorpene submarines purchase began.
Not only did a packed dinner crowd greet William Bourdon and other guest speakers with great enthusiasm, they raised a roaring cheer when he promised that Malaysians would obtain "truth and justice".
"Despite many obstacles and although such proceedings are complex and difficult, the truth shall emerge in France and we will expose the corruption related to the submarine deal," William told a 600-strong audience in Penang on Thursday night.
He then announced that an investigative judge would be appointed in September, and this a major coup as there is a difference in the French legal system. An investigative judge has greater powers to expand the scope of the probe and to order the relevant parties to open their books.

Mystery of the ‘missing’ loan

Najib announced it in the last budget and is now gearing up for his new budget. But the loan for Indian plantation workers has yet to materialise.
KUALA LUMPUR: The government’s move to set up a special revolving fund for residents of Chinese new villages nationwide has been lauded. But a consumer group is wondering what happened to a loan scheme announced in the last budget for Indian plantation workers.
What more when the 2012 Budget will be unveiled by Prime Minister Najib Tun Razak in October.
Malaysian Consumer Advisory Association (MCAA) president M Varatharajoo said he received a letter dated June 21 from Bank Simpanan Nasional (BSN) – which was appointed to handle the scheme – stating that the money had not come in.

Mat Sabu : Apologise or I will sue

The PAS deputy president says he will file a suit against the police for saying that he lied that a police vehicle rammed into him. The police say he fell when his motocycle hit a divider.
KUALA LUMPUR: PAS deputy president Mohamad Sabu has demanded an apology from the police for claiming that he lied about being hit by a police vehicle during the July 9 Bersih 2.0 rally.
“If they continue with this lie, I will not hesitate to take legal action. I have spoken to my lawyer and he has advised me to do so,” he said.
Mohamad said he wanted the police to retract and apologise their false accusation against him.
“Otherwise, I will see those who lie and perhaps any other individuals who repeat that lie, in court,” he said.
Mohamad said that a police report he lodged earlier this week at the Dang Wangi district police headquarters was the true account of what happened.

Video - PSM 6 Candlelight vigil: Auntie Bersih to the support

Firma media ‘diam-diam’ protes Putrajaya bentuk Majlis Perundingan Media


KUALA LUMPUR, 22 Julai — Beberapa ketua organisasi media dijangka membantah cadangan Putrajaya yang mahu membentuk Majlis Perundingan Media (MCC) dengan tidak mempedulikan satu pertemuan bagi membincangkan terma rujukannya minggu depan.
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menghantar surat kepada pelbagai organisasi, menjemput mereka hadir mesyuarat pertama di bangunan Sultan Abdul Samad di sini, Isnin ini.
Bagaimanapun satu sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa daripada mereka sendiri menghadiri pertemuan itu, beberapa ketua media telah bersetuju untuk memperlihatkan protes dengan menghantar editor-editor junior sebagai wakil.

Pasca Bersih: 3 pelajar dihalau dari asrama

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki menyatakan kekesalan terhadap tindakan warden Asrama Rumah Melayu Abbasiah (Arma), Kaherah yang menghalau 3 orang mahasiswa kerana didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Tindakan itu sangat memalukan Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), kerana ia dianggap sebagai tindakan yang tidak profesional, lapor laman web Media Mesir.
Pada 19 Julai lalu, salah seorang daripada mangsa telah menceritakan kronologi pembuangan mereka daripada asrama tersebut.

Tulang rusuk Baharudin patah akibat 'CPR'..Apa Citer Ni...Polis jadi Doktor.....Doktor Jadi Polis..!!!

Police menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

NONESebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.

Pasca Bersih : Demokrasi dunia perlu sokong hak rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Susulan perhimpunan Bersih 2.0 awal bulan ini, bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia John R. Malott berkata, negara-negara demokrasi perlu menyokong usaha digerakkan rakyat menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas.
Dalam tulisan terbaru mengenai kesan dan implikasi perhimpunan Bersih 2.0, Malott berkata, Malaysia sebenarnya bukan sebuah negara demokrasi sepenuhnya.
“Kerajaan Malaysia kemungkinan berpandangan sebaliknya, tetapi bukti-bukti amat memihak kepada pihak Bersih. Malaysia bukan negara demokrasi sepenuhnya, malah pilihan rayanya juga bukan sesuatu yang bebas atau adil. Rakyat Malaysia sudah mula bangkit ke arah itu,” kata Malott (gambar) dalam tulisan terbaru dalam Asia Pacific Bulletin (APB), siri terbitan East-West Center.
Sehubungan itu kata Malott, negara-negara demokrasi dunia “perlu berdiri di pihak yang betul berhubung masa depan Malaysia.”

Post Bersih : Hansel and Gretel 2.0

Suhaimy Kamaruddin

JULY 22 — Once upon a time, there was a poor woodcutter who lived in a cottage at the edge of a big forest with his two children: a boy named Hansel and a girl called Gretel. He loved them very much, although God knows why he couldn’t have given the kids better names.[1] 
Sadly, their mother, Chlotichilda,[2] died when they were very young. She accidentally stabbed herself in the neck with a bouquet of freshly sharpened pencils while getting ready to go to the farm one morning. It was not a pretty sight.
The woodcutter later remarried the daughter of a local butcher who was not only ugly, but also absolutely loathed the children. She nagged incessantly that they ate too much, that there was not enough food for anyone else. Times were hard and the economy was suffering from a recession not seen since The Great Depression. Recovery had been tepid at best, and everyone was struggling to put food on the table.
“There are too many mouths to feed! We shall starve if this goes on, so we must get rid of the two brats,” she declared one night. “We must take them into the forest and leave them there — far enough so that they won’t find their way back.”

Video : Versi Polis Vs Versi Rakyat....LU PIKIR SENDIRI MAA...!!!

DIKELUARKAN PADA 21-7-2011 
(VIDEO VERSI POLIS...AMAT BAIK DAN DIPUJI......ASLI DAN HALAL)

DIKELUARKAN PADA 10-7-2011 - by  
(VIDEO VERSI RAKYAT...IA PALSU DAN HARAM)

DIKELUARKAN PADA 11-7-2011 - by 
(VIDEO VERSI RAKYAT...NI LAGI TAK BETUL...VIDEO FIKSYEN DAN KHAYALAN)

SENDIRI MAU INGAT AH.........

Video - Fahaman Komunis : PSM Timbang Tindakan Undang Undang

Video - Kes Sarbani Isteri Mahu Polis Siasat Dakwaan Raja Petra

Video : Cops may take action over Mat Sabu's 'false claim'

Video : Cops screen videos to prove their 'hospitality'