Rabu, 20 Julai 2011

UMNO termonyeh... rupanya 10 tahun mereka tunduk pada MCA

Oleh Zulkifli Yahaya

Melayu Tolak Umno CelakaSaya masih ingat peristiwa pada minggu orientasi pelajar baru UKM tahun 1984, Zulkifli Mamat (sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kelantan) selaku pengarah minggu orientasi telah memanggil beberapa orang pelajar yang dianggap melanggar tatatertib berpakaian naik ke pentas. Salah seorang darinya ialah pelajar lelaki berketurunan Sikh yang memakai gelang tangan. Mengikut peraturan minggu orientasi memakai gelang tidak dibenarkan, kecuali jika menjadi amalan agama.

Apabila diberitahu bahawa ‘kesalahannya’ ialah memakai gelang, pelajar Sikh tersebut melenting, “Ini adalah kepercayaan agama saya,” katanya. Dengan selamba Zulkifli menjawab, “maafkan saya, saya tidak tahu itu kepercayaan agama awak, teruskan memakai.” Kata-kata itu diucapkan di hadapan ribuan pelajar baru pelbagai kaum. Ramai yang memuji sikap toleransi Persatuan Mahasiswa UKM terhadap kebebasan amalan dalam agama masing-masing. Sikap toleransi itu menjadi antara sebab kepimpinan PMUKM dikekalkan apabila pilihanraya kampus diadakan sejurus selepas itu.

MCA comes out from hidey-hole to blame Home Ministry for Economist fiasco

MCA comes out from hidey-hole to blame Home Ministry for Economist fiascoAt last MCA came out from its hidey hole. Vice president Gan Ping Sieu slammed the Home Ministry for censoring sections of an article in the The Economist magazine relating to July 9 Bersih 2.0 rally for free and fair elections.
"The Ministry of Home Affairs should realise that overzealous censorship is counter-productive and can be perceived as an infringement of the freedom of expression and media interference," Gan (right) said in a statement.

"In the aftermath of Bersih 2.0, the authorities ought to have wised up to the fact that over-reaction on their part can fuel public anger towards the government. This can sway public sympathy to causes by organisations like the opposition-backed Bersih 2.0."

Video : Pengawal Peribadi Anwar Buat Laporan Kerana Keganasan Polis

Pasca Bersih : Juham kaji tindakan keganasan polis pada Tiong Huat

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengkaji setiap sudut berkaitan keganasan pihak polis terhadap seorang lelaki berketurunan Cina dari Sarawak, Hii Tiong Huat, 59, yang ditahan polis sempena perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Sepanjang berada dalam tahanan polis, Hii Tiong Huat didakwa telah dikasari oleh pihak polis dengan pelbagai perlakuan yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan beliau pengsan.
Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan, kajian tersebut akan dibuat bersama laporan-laporan lain bagi membolehkan Juham mengambil tindakan lebih lanjut berhubung keganasan pihak polis.
Menurut beliau, ia juga adalah lanjutan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyarankan agar setiap pihak yang menjadi mangsa keganasan polis tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaan masing-masing.
Katanya, kes yang berlaku ke atas Tiong Huat ternyata merupakan sebahagian daripada keganasan polis terhadap orang awam, khususnya para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Pasca Bersih: Lagi pemuda dedah jadi mangsa polis


BANDAR JENGKA, 20 Julai: Seorang lagi peserta himpunan Bersih 2.0 tampil mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis walaupun selepas bersurai.
Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19 dekat sini, berkata beliau dibelasah ketika melalui tangga OCBC Bank dalam perjalanan ke stesen LRT untuk pulang.
“Saya menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain. Kira-kira pukul 4.30 petang perhimpunan bersurai setelah diarahkan polis dan saya berjalan mencari stesen LRT yang beroperasi untuk pulang ke Pahang,” katanya ketika bercerita kepada Harakahdaily.
Tambahnya, semasa perjalanan pulang itu beliau memang memegang baju kuning Bersih di tangan dan sedar terpaksa melalui deretan polis di tepi jalan.

FRU, Sila Baca Apa Kata Pemedih Mata ISRAEL Ini Tulis

Gas Pemedih Mata buatan Federal Laboratories, pembekal utama kepada tentera Israel ini telah digunakan terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu.

Pemedih mata yang turut digunakan oleh tentera Israel ini mempunyai panduan arahan "do not fire directly" (jangan tembak secara terus).

Bersih: Persatuan jurufoto pertahan gambar akhbar Kumpulan NST

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membuat laporan polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa sekeping gambar yang diambil oleh seorang jurufoto Kumpulan New Straits Times pada perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas menggunakan teknik 'super impose'.
Laporan itu dibuat oleh Presiden MPPA Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada pukul 3.30 petang ini.
Dalam laporan itu MPPA mempertahankan keaslian gambar itu dan menafikan dakwaan seorang lelaki dalam laman sosial “Facebook” pada 11 Julai lepas bahawa gambar itu “super imposed.”
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mat Salim berkata gambar yang menunjukkan seorang lelaki berbaju putih, berseluar celoreng tentera serta bertopeng seperti hendak melontarkan sesuatu kira-kira pukul 12 tengah hari di hadapan Dataran Maybank yang menjadi gambar muka hadapan akhbar New Sunday Times dan Berita Minggu keesokan harinya, adalah gambar tulen.
Beliau berkata tuduhan lelaki itu yang dianggap liar dan tanpa usul periksa boleh menjejaskan imej MPPA yang dianggotai 400 jurugambar, terutama jurugambar media.

Bersih & Nakba orang Melayu

Maka pada pagi yang mulia ini hamba pun pergilah mengambil bulu ayam dan dakwat untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu-cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya; agar cucu-cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 9 Julai 2011 di kurun masehi ke-21 ini.

Biarlah hamba menjadi tok perawi yang sahih, membawa kisah dari mulut ke mulut agar menjadi ajaran dan pedoman kepada cucu-cicit kita yang akan datang. Yang busuk kita tanamkan hendaknya dan yang bersih kita kisahkanlah hendaknya. Amin.

Wahai anak cucu-cicit sekalian, kisahnya bermula dari sini:

Di negeri Arab Palestin berlaku Nakba pada 15 Mei 1948 apabila kaum Zionis dari Eropah datang dan menghalau Arab Palestin dari tanah air mereka. Meleleh air mata orang Palestin melihat tanah-tanah mereka dirampas dan diduduki oleh kaum Zionis.

Polis: PSM6 ditahan kerana 'peranan utama' dalam BERSIH

NONESatu afidavit yang difailkan oleh pihak polis mengesahkan bahawa enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan peranan mereka dalam BERSIH 2.0, dan bukannya kerana aktiviti yang berkaitan dengan komunisme.

Dalam sidang akhbar PSM di Kuala Lumpur hari ini, peguam Edmund
Bon (dua dari kanan) - yang mewakili PSM6 mendedahkan kandungan afidavit tersebut.

Afidavit itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam oleh penolong pengarah tahanan (D7B) di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibupejabat polis Bukit Aman, ACP Kamarul zaman Mamat.

AP Exclusive: Anwar confident of Malaysia poll win

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim speaks during an interview in Lumpur, Malaysia, Wednesday, July 20, 2011. Anwar said the recent opposition-backed demonstration had stirred public anger and greater political awareness over allegations of electoral fraud and the government's refusal to allow large-scale street demonstrations. Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim speaks during an interview in Lumpur, Malaysia, Wednesday, July 20, 2011. Anwar said the recent opposition-backed demonstration had stirred public anger and greater political awareness over allegations of electoral fraud and the government's refusal to allow large-scale street demonstrations. (AP Photo/Vincent Thian) 
 
By Eileen Ng Associated Press / July 20, 2011

KUALA LUMPUR, Malaysia—Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim told The Associated Press on Wednesday that his three-party alliance could win general elections widely expected next year because its support has risen after a government crackdown on a rally for electoral reforms.
Anwar said in an interview that the recent opposition-backed demonstration had stirred public anger and greater political awareness over allegations of electoral fraud and the government's refusal to allow large-scale street protests.
Police fired tear gas and detained more than 1,600 people on July 9 when at least 20,000 Malaysians defied government warnings by marching in Kuala Lumpur to demand more transparency in election laws.
"We have gained new momentum," Anwar told AP. "If we can sustain and increase this level of support ... there are huge possibilities we can make it, we will win" the next elections.
Anwar's alliance captured slightly more than one-third of Parliament seats in 2008 polls, the worst electoral result for the long-ruling National Front since independence from Britain in 1957.
Anwar said he expects Prime Minister Najib Razak to hold early elections before the government's mandate expires in mid-2013. Most analysts predict Najib will seek a fresh mandate early next year amid signs of a strengthening economy.
Najib has invested heavily in what the government calls an "economic transformation plan" since he took office in April 2009. But Anwar said that "other than slogans, there have been no changes."
"People are clearly clamoring for justice and democratic rule. The ruling clique is in the last stages of resisting at all cost but I don't think they can withstand the onslaught of the people and also the historical reality. Even the most authoritarian rule in the Middle East is changing," Anwar said.
He said his alliance is in much better shape compared to 2008 and has demonstrated strong leadership in four states that it wrested from the National Front in 2008.

Jeyakumar: 'We need to empower the marhein of the world'


Dr Jeyakumar Devaraj   
July 20, 2011
LETTER FROM PRISON Dr Jeyakumar Devaraj, currently detained without trial together with six others under the draconian Emergency Ordinance, writes on his political convictions and his belief that the current economic system favouring big cooperation was at the cost of ordinary people.
“Hey Kumar! Still tilting at windmills are you?” a doctor friend greeted me at an MMA function 4 years ago. There had been some news regarding the Parti Sosialis Malaysia in the media that previous week.

For many, the socialist experiment had already been assigned to the dustbin of history and only deluded people would still work towards socialism.

But in the PSM, we believe that socialism has an important, even crucial, role to play in averting a colossal economic-ecological disaster that will occur within the next 30-60 years!

We believe that the world has to find a workable alternative to an economy driven by corporate greed. We advise 3 main arguments for this position.

1. Malaysia’s current economic course recommends to a “Race of the bottom”

Najib, the Queen and the Pope

Najib, the Queen and the PopeMarrying the demands of international diplomacy with the political realities of home is a tough ask for most countries and their foreign ministries. The two can be a difficult fit, as Malaysian Prime Minister Najib Razak has found out all too well.
Some back home seem determined to provide an unwanted backdrop for his whistle-stop European tour designed to shore-up his country’s vastly improving relations with the West and bring in some much needed foreign investment.
However, echoes of the Bersih movement and their demands for electoral reform have dogged Najib and his entourage from London to Rome, while the prime minister’s own supporters have provided the nastiest thorn in his political side with wild and unsubstantiated claims of unwanted foreign meddling in domestic affairs.

Taken to the cleaners


Political affray in Malaysia
An overzealous government response to an opposition rally
None of this bodes well for Malaysia. The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge.
The Economist
MALAYSIA is one of South-East Asia’s stabler nations; but a rally in Kuala Lumpur on July 9th in demand of electoral reform turned surprisingly nasty, leading to the arrest of more than 1,600 people. The police fired tear gas and water cannon into the crowd, and one man died of a heart attack. All those arrested were released fairly quickly, but Amnesty International, a London-based human-rights group, called it “the worst campaign of repression in the country for years”. The government’s reaction showed a lot of nervousness about how much opposition it can tolerate.

Rakyat adalah majikan, kerajaan hanya pengurus

KUALA LUMPUR, 20 JULAI – Majikan kepada kerajaan adalah rakyat Malaysia sebagai pengundi dan pembayar cukai yang berhak menyokong atau membantah apa-apa tindakan kerajaan.
Setiasuaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong kerajaan yang memungut cukai dari rakyat memperuntukkan sebahagian hasil itu kepada polis untuk berkhidmat demi rakyat dan bukan untuk kepentingan-kepentingan politik pihak tertentu.
“Kerajaan UMNO-Barisan Nasional pula bukanlah tuan, sebaliknya hanyalah ‘pengurus’ yang dipilih oleh rakyat.
“Jika kerajaan dipilih dalam pilihan raya yang tidak bersih dan tidak adil, maka kerajaan itu tidak sah dan ianya bukan sebuah sistem yang bersifat demokratik. Maka rakyat sebagai majikan atau boss bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan ini,” katanya kepada Roketkini.

Ke Mana Dan Untuk Apa Amanah Merdeka

SEJAK dari semalam saya menerima tidak kurang 10 SMS yang memaklumkan Tengku Razaleigh Hamzah akan melancarkan sebuah Ngo yang dinamakan Angakatan Amanah Merdeka (Merdeka). Perlancaran itu akan berlangsung di Dewam Aditorium Mermorial Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Jalan Dato' Onn Kauala Lumpur jam 9:30 Jumaat, lusa.

Sebelum ini saya sudah membuat satu pengeposan dua minggu lalu mengenai sebuah Ngo akan dilancarkan tanpa menyebut namanya dan hanya menyebut ianya dikepalai oleh tokoh politik veteran negara ini.

Tidak ada maklumat lanjut siapakah yang menganggotai Amanah Merdeka ini. Tetapi saya yakin dan percaya mereka terdiri daripada ahli politik Umno yang sudah tidak yakin lagi dengan perjuangan Umno untuk membawa kemajuan dan kesejahtraan kepada negara ini. Mereka juga terdiri daripada para bekas pegawai tinggi kerajaan tidak lagi yakin dengan perjuangan Umno dan juga kepimpinan Najib Razak sebagai PM.

Siapa-siapakah mereka? Memang ada beberapa orang veteran Umno yang bersama Tengku Razaleigh dan menjadi penyokong setianya. Mereka ini termasuklah anak-anak pemimpin Umno yang kini sudah tidak ada lagi percaya kepada Umno yang dilihat sudah jauh menyimpang dan menyeleweng dari prinsip asal perjuangannya.

Inflation hits 27-month high


Malaysia’s inflation rate rise was driven by higher food and transport prices. — Reuters file pic
KUALA LUMPUR, July 20 — Malaysia’s inflation rate rose to a 27-month high of 3.5 per cent in June, driven by higher food and transport prices. The government cut back on food and fuel subsidies in recent months in a bid to trim its ballooning budget deficit, which was 5.6 per cent of GDP last year.
The rising inflation rate could put additional pressure on Bank Negara Malaysia (BNM) to raise its benchmark interest rate later this year.
Most economists polled by Reuters expect the central bank to raise key interest rates by at least 25 points at its next policy meeting in September after maintaining the benchmark overnight policy rate (OPR) at three per cent earlier this month.

ISU BURUH: ANTARA RAKYAT DENGAN BURUH IMPORT

SIAPA YANG LEBIH PENTING DALAM EKONOMI NEGARA


TENAGA BURUH MALAYSIA

  • Di dalam Negara Malaysia, walaupun memiliki Tenaga Buruh sekitar 12 Juta Orang di kalangan Rakyat Tempatan tetapi beberapa Sektor Industri mengalami kekurangan Tenaga Buruh untuk di gaji kan sebagai Pekerja.
  • Industri yang terjejas teruk ialah di dalam Sektor & Sekmen Pertanian, Perladangan, Penternakan, Pembinaan, Restoran, Perhotelan, Perkhidmatan dan Peruncitan.
  • Kekurangan Tenaga Buruh untuk Sektor dan sekmen tersebut telah mendorong Para Majikan untuk mendapatkan bekalan Tenaga Buruh daripada Negara-Negara Asing seperti dari India, Bangladesh, Pakistan, China, Indonesia dan Thailand untuk Mengisi kekosongan yang di alami.

ANTARA DUA MANUSIA...!!!! BUAT APA SEHAJA PASTI JAHAT....

ADA seorang sahaja manusia paling jahat, paling pengkhianat, paling memecah belahkan rakyat di negara ini, namanya Anwar Ibrahim. Jika dia ke Amerika, maka dia akan bertemu dengan Yahudi untuk menjatuhkan Islam, memporak perandakan Malaysia. Jika dia ke Indonesia, maka dia akan menghasut rakyat Indonesia untuk membenci Malaysia, serta memberikan tekanan kepada Malaysia [Utusan].

Temu Pope usaha Najib tarik sokongan PRU 13

Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan Pope Benedict ke-16 di Vatican City sekaligus menjalin hubungan diplomatik dengan Holy See tidak dapat dielakkan daripada dilihat berdasarkan politik Pilihan Raya Umum ke-13.

Pertemuan ini merupakan yang ketiga selepas pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri India Manmohan Singh dan Perdana Menteri China, Wen Jiabao yang mempunyai implikasi terhadap sokongan komuniti minoriti kepada parti pemerintah.

Pakatan Selesai Pembahagian Kerusi Hujung Bulan

KUALA LUMPUR 20 JULAI : Kepimpinan Pakatan Rakyat yakin pembahagian kerusi pilihan raya - kedua-dua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara PKR, PAS dan DAP akan dimuktamadkan hujung bulan ini sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu telah dibincangkan dalam sesi pemukiman kepimpinan parti perikatan itu semalam - di mana pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan peruntukan kerusi akan dibuat secara rundingan secepat mungkin bagi mengelakkan konflik antara mereka.

“Peruntukan kerusi dibincangkan secara umum, tidak secara terperinci... kami mahu selesaikan ia hujung bulan ini. Sebaiknya kami mahu ia (rundingan kerusi) diselesaikan di peringkat negeri,” kata pemimpin DAP Zairil Khir Johari kepada portal itu.

Ku Li : Kerajaan Wajar Timbang Tuntutan Bersih 2.0


SHAH ALAM 20 JULAI : Tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah  sekali lagi “melawan arus” pendirian kepimpinan Umno, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus.
 
Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan  demokrasi.
 
“Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih),” kata Tengku Razaleigh kepada pemberita.

Video : Liow Dituntut 'Tunai Janji' Siasat Hospital Tung Shin

Video : Saring Maklumat Bukti Malaysia Masih Mundur, Terkebelakang

Video : Assault on Anwar's guard 'attempted murder'

Peringatan : Kuliah dan Sampul Surat.

Oleh: indraputra80

"Saya tidak menyangka,apa yg.ada dalam fikiran saya selama ini,hampir sama dgn wasiat yang. Dr Lo' Lo' katakan.

“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”. - YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali"

Hari ini terlalu banyak Kuliah di Masjid Masjid serta Surau.,terutama di kawasan Bandar.

Dari Kuliah Magrib sampai ke Kuliah Subuh.

Tambah tambah pulak sekarang nie ,di mana mana saja terpampang iklan Kuliah Ishraq Mekraj.,oleh tokoh tokoh Agama dari yg.terkemuka sahinggalah kepada kalangan Ustaz Ustaz Muda yg.cuba cuba menempah nama.

Saban Tahun cerita ini di ulang ulang,

Reformasi Pilihanraya Mengancam Keselamatan Negara???

Oleh: ibnuhaq2020

"Benarkah keselamatan dan keamanan negara kita diancam? Apakah punca kepada ancaman ini berlaku?

Pandangan pertama merujuk kepada perspektif perjuangan pro demokrasi. Mereka yang memperjuangkan demokrasi tulen, adil dan saksama. Mereka menuntut supaya reformasi berterusan keatas sistem pilihanraya negara yang diuruskan oleh SPR dibuat supaya layanan yang adil dan tidak memihak diberikan kepada semua parti, penyelewengan dan penipuan pilihanraya dihapuskan, serta penyalahgunaan kuasa dan rasuah politik dihentikan. Pelbagai kempen telah dilakukan oleh kumpulan pro reformasi ini di seluruh Negara sehingga mencetus beberapa siri perhimpunan dan demonstrasi. Bermula dengan BERSIH 1 dan yang terbaru pada 9 Julai 2011 menjadi tarikh keramat bagi pejuangan pro demokrasi dengan kejayaan perhimpunan BERSIH 2 yang menggamit puluhan ribu rakyat utk sama2 menyertainya. Pandangan ini secara umumnya adalah bertentangan dengan pandangan arus perdana yang melihat agenda keselamatan dan keamanan Negara mengatasi segalanya.

Video - Cops: PSM6 detained due to 'key role' in Bersih

Umno silap besar ‘menjolok sarang tebuan’

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno tersilap besar sekiranya menyangka dengan apa yang telah diperlakukannya terhadap pihak penganjur dan pendokong Himpunan Bersih 2.0 akan memberi keuntungan politik kepadanya.

Lebih tersilap lagi andainya mereka berharap dengan tekanan, momokan dan cereka buruk yang mereka lontarkan terhadap semua pihak terlibat menjayakan himpunan itu akan menghakis sokongan rakyat terhadap perjuangan menegakkan keadilan dan membedah demokrasi negara.

Apa yang terhasil ekoran manipulasi jahat BN, termasuk tindakan ganas dan rakus anggota keselamatan dalam menggagalkan himpunan aman itu, sebaliknya bertukar menjadi pembakar semangat dan pencetus gelombang kebangkitan lebih membugar di kalangan pendokong parti-parti pembangkang.

Bersihkan negara dari keganasan polis

Kita hidup dalam negara Malaysia yang berdaulat, mempunyai keluhuran undang-undang, berada dalam suasana yang aman lagi sejahtera.Negara kita mempunyai sistem. Sistem yang berpaksikan kepada prinsip-prinsip demokrasi, yang seharusnya diamalkan dengan jujur dan adil oleh semua pihak, demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama.
Dalam sebuah negara demokrasi, rakyat diberikan hak untuk bersuara dan berhimpun, selama mana perlakuan mereka tidak mencetuskan sebarang tindakan ganas atau mengancam keselamatan negara.

Malaysia menyaksikan banyak sisi perhimpunan rakyat, antaranya isu Bersih, isu PPSMI, isu ISA, isu karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w, isu kekejaman Amerika Syarikat, isu Palestin, isu kejahatan Israel dan sebagainya

9 Julai dan pemikiran baru: satu renungan

Oleh Dinsman
Tengahari 9 Julai yang dinanti-nantikan dengan penuh resah dan debar itu telahttp://4.bp.blogspot.com/-B6o0iWeAyOk/ThjtJnn4rII/AAAAAAAAEn0/NHCQe9r5NxI/s320/A+SAMAD+SAID+384.jpghpun berlalu. Saya pun sempat mencatatkan resah dan debar pemikiran sendiri melalui Wacana Budaya (WB) 10 Julai, bahawa: “Pemikiran dan suasana selepas 9 Julai tentunya sangat berbeza. Apa yang sebenarnya berlaku pada 9 Julai tentunya sangat mempengaruhi pemikiran dan suasana selepasnya.”

Seterusnya wacana itu mencatatkan: “Apa pun yang berlaku, dan bagaimanapun yang berlaku; suasana politik kita tak akan sama lagi. 9 Julai menjadi garis pemisahnya. Nama Ambiga Sreenevasan dan Samad Said melonjak paling tinggi dan telah terpahat dalam sejarah Malaysia baru. Tak siapa pun terduga hal ini sebulan yang lalu.”

Rakyat ada jawapan insiden 9 Julai untuk hukum BN!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Bukan mudah untuk kerajaan Umno-BN menghalang mana-mana pihak untuk melaporkan apa sahaja yang berlaku pada himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu.Rakyat yang telah disuburkan dengan pengetahuan ICT sejak ianya diperkenalkan dizaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad telah mula celik dengan perkembangan melalui internet.
Jika dahulu, ramai yang beranggapan kononnya isu-isu di kota raya Kuala Lumpur tidak akan sampai ke kampung-kampung mahupun di corok rantau.


Kini semuanya boleh sampai, malah melalui penggunaan Laptop 1 Malaysia yang diagihkan kerajaan kepada warga kampung dan pelajar boleh dimanfaatkan untuk tujuan mengetahui perkembangan.
Justeru insiden 'tindakan kasar' polis pada 9 Julai lalu seperti yang didakwa penganjur Bersih 2.0 bukan sahaja menjadi bahan dakwaan, malah ianya dibuktikan melalui tayangan klip video yang disebar melalui Youtube dan laman sesawang tertentu.
Malaysiakini, Harakahdaily dan banyak lagi portal turut menjadi nadi menyebarkan kisah-kisah 'unreported' yang tidak tersiar dimana-mana akhbar arus perdana.

Cincin RM24.45 juta, Rosmah masih berdiam diri

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua minggu, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih berdiam diri berhubung dakwaan beliau membeli sebentuk cincin berlian bernilai RM24.45 juta.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Rosmah sebaliknya menggunakan blogger pro Umno untuk menangkis dakwaan itu.
Katanya, selepas menyatakan tuduhan itu sebagai palsu,  pihak berkenaan kini mendakwa berlian itu dibawa masuk ke negara ini bagi tujuan pameran.
“Maka muncul pula ‘borang kastam kedua’ kononnya berlian itu dibawa keluar 4 hari selepas itu.
“Kononnya berlian itu untuk satu pameran belian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard.

Saring Maklumat Bukti Malaysia Masih Mundur, Terkebelakang-IDEAS


SHAH ALAM 20 JULAI : Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan membidas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melakukan tapisan ke atas artikel dari majalah antarabangsa The Enonomist berhubung himpunan Bersih, 9 Julai lalu.

Menyifatkan ia sebagai tindakan terkebelakang dalam dunia moden pada hari ini, Wan Saiful berkata adalah tidak masuk akal sama sekali untuk KDN menghitamkan beberapa ayat dalam laporan itu meskipun KDN meminta kebenaran dari majalah itu sekali pun.

Karpal: Nazri, anda silap fakta tentang EO

Pengerusi DAP Karpal Singh membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana memperolehi fakta yang silap dalam mempertahankan penahanan enam aktivis PSM di bawah Ordinan Darurat (EO).

NONEMengulas kenyataan kenyataan Nazri bahawa EO yang digubal dan
dikuatkuasa untuk membendung pemberontakan komunis pada 1948 hingga 1960, Karpal berkata Ordinan No 5 Darurat (Perintah Awam dan Pencegahan Jenayah) tahun 1969, digubal selepas rusuhan 13 Mei, dan bukannya bertujuan untuk memerangi komunisme.

Ia adalah Peraturan-Peraturan Darurat 1948 yang digubal British pada kemuncak pemberontakan komunis dan selepas kemerdekaan pada tahun 1957, telah diolah semula menjadi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1960.

Ordinan (EO) tersebut, kata Karpal, telah digunakan untuk membanteras aktiviti jenayah ganas.

"Ia tidak pernah digunakan untuk memerangi komunisme," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Kes Sarbaini: Peguam mahu buat laporan polis, dakwa tulisan Raja Petra ada asas

July 20, 2011
KUALA LUMPUR, 20 Julai – Peguam keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menegaskan pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan baru dibuat editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu 6 April lalu.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Awtar Singh berkata, pendedahan yang dibuat Raja Petra itu ada asasnya kerana mustahil untuk Sarbaini (gambar) membunuh diri seperti yang didakwa.
Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian di kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.
Mahkamah koroner yang diketuai  Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

'Bini puaka': Pendakwaan tarik balik rayuan

rosmah in graffiti case universiti malaya student activists 3Pendakwaraya kes 'bini puaka' memutuskan tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang membebaskan semua tertuduh pada September lalu.

Sehubungan itu, kelima-lima bekas mahasiswa Universiti Malaya (UM) itu kekal bebas daripada tuduhan cuba melakukan khianat dengan api dan melakukan pencerobohan jenayah dua tahun lalu.

Lima mahasiswa Keputusan itu dimaklumkan kepada seorang peguam mahasiswa berkenaan Zulhazmi Shariff yang hadir dalam pengurusan kes di pejabat timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bad news for Najib: French police have found "crucial" Scorpene documents

Bad news for Najib: French police have found "crucial" Scorpene documentsFrench police have obtained "quite crucial documents" in the Scorpene submarines probe into whether French arms giant DCN had paid kickbacks to Malaysian officials, including Prime Minister Najib Razak, to secure the deal.
The 58-year old Najib had been the Defense minister sanctioning the acquisition in 2002. Even then, there had been much public unhappiness over the price which was seen as too expensive, and furthernore, the high-tech submarines considered as unsuitable for patrolling the country's shallow coastline. Right now, both ships are docked in Sabah and hardly used.
"It is likely that in September we should have access to the first police conclusions from all the investigations that have taken place over the last 18 months. We know that the police seem to have obtained quite crucial documents," Asia Sentinel reported Paris-based lawyer William Bourdon assaying.

Kantoi : Ibrahim sendiri cadang Anugerah Ibrahim Ali..masuk tong lompat sendiri..he.he..he..!!!

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Selepas ditertawakan pelbagai lapisan rakyat, Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar hari ini memperjelaskan status kedudukan Anugerah Ibrahim Ali yang tertera di laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM semalam.
Menurut beliau, anugerah tersebut dicadangkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi menegaskan bahawa sebelum anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga Pengarah UiTM untuk kelulusan.
“UiTM tidak pilih nama atau buat sebarang cadangan anugerah tersebut. Cadangkan itu datang dari Datuk Ibrahim Ali sendiri. Saya hanya minta dibawa ke Senat untuk keputusan. Kalau setuju, baru bawa untuk endorsement lembaga.
"Proses bukan muda dan mengambil masa di senate - ada 60 org professor ,dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobby. Satu badan yang kuat dan independent di UiTM,” terang beliau di laman Facebook beliau.
Semalam, IMPAK menyiarkan info mengenai bahawa pecalonan untuk Anugerah Ibrahim Ali, yang menawarkan RM5,000 sebagai ganjaran yang ditaja Ibrahim sendiri telah dibuka kepada pelajar UiTM.

Kompilasi Pendedahan Cincin RM24Juta Imelda Rosmah !!


Salam hormat,

Kompilasi siri-siri pendedahan mengenai cincin RM24juta ini dihasilkan supaya menjadi rujukan kepada mereka yang ingin tahu kronologi bagaimana isu ini dibangkit. Siapa yang boleh berdiam diri apabila melihat negara musnah dek kerakusan Imelda Rosmah ?

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan apa jua kepincangan baik di pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang sendiri. SAMM adalah gabungan anak muda pendesak perubahan, pasti tidak akan berdiam dan akan terus mara berjuang.

HANYA UMNO/BN YANG MENGHALALKAN JUDI DAN INI BUKTINYA...

http://2.bp.blogspot.com/-sfO9hK6A3HM/Th5Hz0-4cxI/AAAAAAAAAkg/K9EEfqFCPKc/s1600/tak-nak-judi.jpg

Tiga saman kerajaan Kelantan haramkan judi

KUALA LUMPUR, 20 Julai ─ Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan PAS Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuat kuasa Februari lalu.

Ulang Siar : Inilah 30 'Jasa' UMNO kepada orang Melayu yang patut dikenang

http://2.bp.blogspot.com/-0M5jrQP_uus/TeeG0eNUsTI/AAAAAAAACgY/sxh1u5opsY4/s1600/umno-pengkhianat1.jpg1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
Link

28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Bersih warns of rally for EO6

Steering committee members reject a police allegation that the six PSM leaders were prime movers of the July 9 march.
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 today denied that the six detained Parti Sosialis Malaysia (PSM) members were prime movers of its July 9 rally and raised the possibility of another rally to demand their release.
“The allegation has no factual foundation,” Haris Ibrahim of the Bersih steering committee said in reference to a police response to affidavits submitted by families of the detained.
He called for their immediate release.
The six, held without trial under the 1969 Emergency Ordinance, are Sungai Siput MP Dr D Michael Jeyakumar, PSM deputy president M Sarasvathy, central committee members Choo Chon Kai and M Sugumaran, Youth chief R Saratbabu and Sungai Siput branch secretary A Letchumanan.

Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Kit Siang labels Najib, Hisham ‘instant jokes’ over Economist black-out

Lim poked fun at the Najib administration’s “ham-fisted” reaction to The Economist article today. — file pic
KUALA LUMPUR, July 20 – Putrajaya’s decision to black-out portions of international magazine The Economist’s latest issue has backfired on the prime minister and home minister who both are now the target of jokes worldwide, DAP leader Lim Kit Siang said today. The veteran opposition lawmaker recommended that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak also overhaul the home ministry led by the latter’s cousin Datuk Seri Hishammuddin Hussein and appoint as officers in charge those who were more tech-savvy and up-to-date on current affairs.
Lim poked fun at the Najib administration for blotting out large segments of the weekly magazine’s July 16 edition that covered the Bersih 2.0 rally earlier this month, despite the article being also available online.

Pasca Bersih : 'Liow, mana janji nak siasat?'

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dicabar mendedahkan kemajuan siasatan kementerian itu berhubung insiden di Hospital Tung Shin semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

NONESetiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mengingatkan Liow
bahawa parti itu telah menawarkan empat orang saksi ketika polis didakwanya menembak gas pemedih mata dan air bercampur kimia ke dalam perkarangan hospital, tempat peserta perhimpunan itu berlindung.

Keempat-empat mereka ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong (Bukit Bendera); setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP, Zairil Khir Johari; dan Pua sendiri.

Pasca Bersih : Serangan gas di hospital, panggil semua saksi

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Naib Presiden PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng (gambar) menggesa pihak polis memanggil semua saksi berhubung serangan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin, ketika himpunan aman Bersih 2.0.
Katanya, siasatan tersebut perlu telus dengan memanggil saksi berkenaan termasuk dari Majlis Peguam dan individu yang turut berada di tempat kejadian semasa serangan itu dilakukan, lapor KeadilanDaily.
Beliau berkata demikian mengulas penubuhan dua pasukan khas oleh polis bagi menyiasat dakwaan 11 doktor dari hospital berkenaan yang mendakwa serangan pada 9 Julai itu  benar-benar berlaku.
“Polis sebelum ini boleh menafi dengan sekerasnya, dan kini kita menunggu siasatan dijalankan. Kita boleh tunggu namun siasatan tersebut perlu dipercepatkan” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Pasca Bersih : Polis tembak gas secara sejajar membahayakan

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Fayyadh Afiq Al-Bakri hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan polis melepaskan gas pemedih mata di terowong KL Sentral sewaktu perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lau.

Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pecah tulang pipi sebelah kiri akibat terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan pihak polis.

Fayyad, 25 terpaksa menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Pantai pada 11 Julai lalu bagi meletakkan plat titanum bagi menggantikan tulang pipinya.

Bekas komander: Jika FRU berkasar, ramai di hospital

Jika dakwaan bahawa polis terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageSupt (B) Sulaiman Menga Din berkata anggota FRU telah dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan para penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).

Semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci termasuk dakwaan melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

"Setiap kali orang FRU diperlukan berada di lapangan, mereka diberi penerangan berdasarkan maklumat yang diterima mengenai jangkaan orang yang berhimpun, isu yang terlibat dan sama ada mereka bersenjata dan maklumat lain yang berkaitan," kata Sulaiman.

Pasca Bersih: PKR dakwa polis cuba bunuh Anwar


KUALA LUMPUR, 20 Julai – PKR menuduh polis cuba membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.
Pemimpin parti itu berkata anggota pasukan keselamatan telah melepaskan gas pemedih mata ke arah sebuah terowong di mana ketua pembangkang dan peserta Himpunan Bersih 2.0 berkumpul.
Mereka mendakwa polis telah menyasarkan tembakan gas pemedih mata untuk membunuh Anwar yang mana beliau dilindungi pegawai peribadinya sehingga mengalami kecederaan teruk di muka dan menghancurkan tulang pipi.
“Mereka (polis) menyasarkan tembakan itu ke arah kepala dan ia jika terkena boleh terbunuh. Kami mahu perkara ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh,” kata naib presiden N. Surendran yang menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Albakqry membuat laporan polis di Balas Polis Dang Wangi di sini.
Selain Surendran, turut menemani Fayyadh ialah Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan beberapa peguam PKR selepas dibenarkan keluar daripada hospital.