Isnin, 18 Julai 2011

Video - Jenice Lee: We march together

Video : Seeking Help of Almighty Lord Ganesha

Video : PSM top guns secure meeting with Hisham

Video : Negara Polis Semakin Ketara Di Malaysia

Video : Keluarga Baharuddin Terus Gesa Prosiding Khas Siasat Kematian Allahyarham

Video : Demokrasi Yang Tercalar.. Bangun Anak-Anak Muda - Kata Pak Samad

Video : MP Titiwangsa Bahas Bajet 2010 (2)

Video : MP Titiwangsa Bahas Bajet 2010 (1)

Video : MP Titiwangsa: Sesi soalan jawab lisan, 25 Nov. 2008

Video : 30 Mac 2011 - Sesi Soalan - MP PAS Titiwangsa

Video : Perbahasan Titah Ucapan DiRaja - MP PAS Titiwangsa

Video : MP Titiwangsa kemuka Usul Bincang Campurtangan pihak Ke3 dalam PDRM

Video : MP Titiwangsa: Zalim! Ditahan tanpa bicara

Video : Ucapan YB Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, 30hb April 2008

Video - MP PAS Titiwangsa: Bahas RUU LHDN (peringkat Jawatankuasa)

Dr Lo’ Lo’ Sekadar Yang Saya Kenali

http://drmaza.com/home/wp-content/dr_lolo.jpg

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Balasungkawa - Allahyarhamah Dr. Lo'Lo' dihormati kawan dan lawan

Sejak berita kematian muncul lewat malam tadi, mesej menerusi Twitter tidak putus-putus dihantar oleh pelbagai pihak, tidak kira fahaman politik.

Meskipun Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali merupakan wakil rakyat kerusi Parlimen Titiwangsa dari PAS, namun mesej mengucapkan takziah turut diucapkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Salah seorang daripada mereka, Datuk Saifuddin Abdullah yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno antara lain menyifatkan Dr Lo’ Lo’ sebagai “antara MP wanita yg bersuara, bernas di Dewan Rakyat. Al-Fatihah.”

Berita kematian beliau juga menarik perhatian Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, yang turut mengucapkan takziah sambil berkata sumbangan dan jasa Dr Lo’ Lo’ akan sentiasa dikenang.

Rakyat Sudah Kehilangan Pimpinan...

BAHAGIAN PERTAMA


Apabila kekusutan politik berlaku terutamanya di kalangan orang-orang Melayu tentulah fokus ramai adalah kepada Umno, sebab Umno ialah sebuah parti yang telah memupuk dan membina kepimpinan Melayu.

PAS juga telah membina kepimpinan Melayu (Islam) tetapi oleh Umno itu adalah sebuah parti yang memerintah tentulah parti itu menjadi badan siasah yang akan menerima baik dan buruknya dalam isu pembangunan kepimpinan bangsa Melayu.

Apa kesalahan wanita ini hingga diperlaku seperti penjenayah?

Cops to probe alleged brutality in Bersih rally


A police officer prepares to arrest a woman incapacitated earlier by tear gas, in Kuala Lumpur, July 9, 2011. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, July 18 — Six teams will be set up to probe alleged incidents of brutality and violence by the authorities during the Bersih 2.0 rally on July 9, Deputy Inspector-General of Police Datuk Khalid Abu Bakar has said. He also appealed to the public to submit video footage captured during the march as evidence that police used excessive force in dispersing protesters.
“We will investigate transparently, in detail, and the police will not hide any facts,” Khalid said after opening an anti-car theft workshop in Genting Highlands.

CEO PERMATA : Cincin 24 Juta, Rosmah cuba diselamatkan......

Dua dokumen di bawah muncul di laman2 blog Pro UMNO untuk membela Rosmah kononnya sebagai bukti bahawa Cincin yang bernilai USD24Juta itu bukanlah milik Rosmah tetapi dipinjamkan untuk pameran..

Sejak kali pertama sebahagian bukti mengenai belian 24.45 j itu didedahkan bukan sedikit puak-puak pengampu Imelda Rosmah muncul untuk membuat pembelaan.

Antara pembelaan 'segera' yang dihamburkan ialah

- gambar screen komputer itu kononya palsu dan dah diubah suai
- A. Krishnan tidak wujud
- tidak ada belian semahal RM24.45 j


Namun apabila SAMM tampil membuat laporan SPRM dan SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, ini telah membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu. Maka 'pengampu' terpaksa memasuki episod baru membuat pembelaan mengampu untuk membuktikan mereka membuat kerja.

Kita juga harus faham bukan sedikit yang dilaburkan oleh regim atau bagi pihak regim dalam memenangi perang cyber ini.

SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja. Nampak sangat SPRM tidak membuat kerja rumah dengan betul. Memang menurut undang - undang yang telah dipinda oleh Najib dalam membentangkan belanjawan belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) tidak lagi dikenakan cukai. Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu ? Namun sesuatu yang amat berharga diperolehi dari tindakan SPRM ini ialah SPRM membuktikan bahawa data dari sistem kastam mengenai belian RM 24.4 j itu benar wujud dan bukan palsu.

Mamat ni ghairah, tuduh PKR dalangi “BERSIH”

Tak habis-habis Si Mamat pengerusi SPR ini menuduh PKR telah mendalangi perhimpunan “BERSIH”  pada Sabtu 9 Julai 2011 yang lalu.  Wahai Tan Sri!, Siapa pun yang mendalangi tak penting!.  NGO bukan pertubuhan haram!  Parti-parti politik juga bukan pertubuhan haram!!  Soal dalang atau penyokong,  itu bukan persoalan pokok. Yang penting,  tuntutan yang dibuat oleh “BERSIH” itu wajar atau tidak wajar!  Lojik atau tidak? Manasabah atau tidak manasabah? 

Ketidakadilan SPR selama ini mahu diakui atau tidak? Keterlanjuran dan salahlaku SPR yang semakin ketara itu mahu diperbetulkan atau tidak?   Kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof !   Janganlah nak menegakkan benang basah!  Tak usahlah terus-terusan menyerang kepimpinan Bersih 2.0. 

Berhentilah mendakwa mereka didalangi parti politik dan “tidak benar-benar ikhlas.”  Soal ikhlas tidak ikhlas ini begitu subjektif. Kamu boleh kata orang lain tak ikhlas, tetapi adakah Tan Sri  sendiri cukup ikhlas?  Cakap lain. buat lain !  adakah itu ikhlas namanya?

Malangnya rakyat Malaysia mempunyai seorang PM yang bebal dan pekak badak

Memetik kata-kata Najib ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya dipetik Bernama Online.
Bersihkan dulu SPR !! tunaikan permintaan rakyat / BERSIH 2,  baru boleh cakap soal anak jantan dalam PRU.  Kalau masih mengharapkan bantuan SPR sampai bila pun Najib BN tak akan menjadi anak jantan,  melainkan sebagai PONDAN tua lah selama-lamanya!

Krisis Legitemasi Intelektual UMNO-BN

Oleh Haris Zuan

18 JULAI – “DAP anti-Melayu”, “DAP tidak hormat Islam”, “DAP cauvinistik”, antara sebahagian dari tomahan UMNO-Barisan Nasional kepada Parti Tindakan Demokratik. Sikap tidak beretika dan perkauman UMNO-BN ini bukanlah perkara baru dan ramai yang telah sedia maklum.
Maka, bukanlah menjadi tujuan tulisan ini untuk menghuraikan satu persatu tuduhan UMNO-BN ini, melainkan untuk melihat hubungan sentimen perkauman ini dengan krisis legitemasi moral dan intelektual UMNO-BN.
“Legitimacy is a generalized perception or assumption that the actions of an entity  are desirable, proper, or appropriate within some socially constructed system of  norms, values, beliefs, and definitions” (Suchman, 574: 1995)
Legitemasi atau keabsahan adalah kemampuan untuk membuatkan warga mematuhi dan menerima tindakan atau kenyataan yang dibuat oleh sesuatu autoriti.

DAP sedih dan pilu atas pemergian Dr Lo’ Lo’

KUALA LUMPUR, 18 JULAI – DAP hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Ghazali atas pemergian tokoh wanita PAS itu buat selama-lamanya semalam.
Para pemimpin DAP menyifatkan ia sebagai satu kerugian besar buat Pakatan Rakyat dan PAS kerana dedikasi dan sumbangan yang diberikan Allahyarham kepada perjuangan rakyat dan wanita sangat besar.
Ketua Wanita DAP Chong Eng berkata Dr Lo’ Lo’ merupakan wanita pertama dari parti PAS yang beliau kenal dan beliau berasa sedih atas pemergian awal tokoh wanita PAS itu.
“Beliau mempunyai pemikiran yang tersendiri, malah beliau adalah wanita pertama di dalam PAS yang memegang jawatan-jawatan penting.
“Sayangnya, beliau pergi terlalu awal dalam usia yang masih muda. Ini adalah satu kerugian yang besar buat muslimat PAS juga,” katanya kepada Roketkini.
Chong yang menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan atas pemergian tokoh PAS tersebut.

Memahami Bersih (bahagian 1)

Sakmongkol AK47

18 JULAI — Saya telah menulis beberapa artikel mengenai Bersih dalam Bahasa Inggeris. Inginlah saya membuat suatu artikel dalam Bahasa Melayu pula supaya mudah mudahan isiu sebenar nya dapat di fahami.
Semua orang mahukan PRU yang bersih. Perdana Menteri Najib Razak pun besyarah berapi api sehingga merah padam dan bersembur air liur, dia tidak mahu menang dengan cara tipu dan muslihat. Kita mengalu ngalukan keberanian PM kita. Tabik!
Sebab itu, 8 tuntutan yang di pelopori oleh Bersih, kita sokong. Kita bukan sokong siapa disebalik gerakan Bersih tersebut. Perkara yang di majukan itu kita sokong. Penglibatan parti pembangkang dalam gerakan Bersih jangan di jadikan alasan tuntutan tersebut tidak boleh di terima. Come on lah, takkan ini jawapan dari pengerusi SPR. Standard lah sikit Tan Sri.
Tuntutan Bersih tidak perlu di takuti. Hanya orang yang mampu menang dengan cara kotor sahaja yang takutkan PRU yang bersih.

Mengapa susah sangat hendak sahkan kematian Allahyarham Baharuddin

Oleh Sofi Wahab

Mengapa sehingga sekarang pihak berkuasa masih belum mengumumkan laporan rasmi Post Mortem kematian Pejuang Bersih Allahyarham Baharuddin Ahmad. Walaupun sudah 9 hari peristiwa itu berlaku keluarga Allahyarham masih belum berpuashati dengan sebab sebenar pemergian Allahyarham ke alam baqa'.

Mengapa begitu susah pihak berkuasa yang dikatakan cekap, telus, amanah, cepat dan hebat menjalankan kerja, hendak mengeluarkan kenyataan rasmi atau menyerahkan laporan kepada keluarga Allahyarham sehingga memaksa keluarganya membuat laporan Polis.

Aktivis Bersih sangkal dakwaan Utusan

Dakwaan sebuah akhbar milik Umno hari ini bahawa protes menuntut pembaharuan pilihan raya boleh mendedahkan negara kepada campurtangan kelompok pro-Yahudi, hari ini disangkal oleh aktivitis pilihan raya.

Lidah pengarang Utusan Malaysia hari ini menyebut: "Ketika gendang atas nama hak asasi manusia semakin kuat dipalukan ia memberikan kesempatan terbaik kepada kelompok pro-Yahudi untuk campurtangan di mana-mana juga negara Islam."

Info palsu: Kumpulan NST perlu tanggungjawab, kata Kit Siang

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Pengurusan dan wartawan kanan Kumpulan New Straits Times (NST) perlu bertanggungjawab atas maklumat palsu menggambarkan seorang anggota Unit Amal PAS ketika perhimpunan Bersih 2.0.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, gambar tersebut disiarkan di muka hadapan akhbar terbabit pada 10 Julai lalu menunjukkan Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh sebagai seorang pengganas dan penunjuk perasaan bersenjatakan pisau.
“Akhbar itu menggambarkan anggota Unit Amal tersebut bersenjatakan pisau sedangkan dia hanya memegang bendera Malaysia dan dia juga tidak membaling batu ke arah pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen ini berkata, tindakan akhbar tersebut juga telah melanggar prinsip asas dan etika kewartawanan yang mana ia berperanan sebagai satu medium untuk menyampaikan perkara yang benar dan adil.
Tambah Lim, New Sunday Times dan Berita Minggu telah melanggar etika kewartawanan secara terang-terangan dan oleh itu kumpulan tersebut harus bertanggungjawab.

Armed for cyberwar, Umno Youth wants ammo from Putrajaya

BN had its nose bloodied at the 12th General Election in urban centres such as the Klang Valley and Penang, ceding its customary two-thirds majority in Parliament as the opposition took a record 82 seats and, at the same time, five state governments.


KUALA LUMPUR, July 18 — In mid-2009, Umno Youth held a course in online media for its grassroots leaders in Kuantan. The names of a few prominent bloggers drew blank stares.
“Only 10 per cent (of those present) were familiar with those names,” the youth wing’s new media chief, Tun Faisal Ismail Aziz, told The Malaysian Insider. “Some didn’t even have email.”

Dewan Ulamak PAS rakam ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarhamaha Dr. Lo’Lo’



"Ampang. 17hb Julai 2011. Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan Takziah kepada seluruh ahli keluarga, kenalan dan mereka yang mengenali Allahyarhamaha Dr. Lo’Lo’ Mohd Ghazali yang kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Allahyarhamaha banyak mencurahkan keringat dan bakti kepada perjuangan Islam PAS disepanjang penglibatan beliau dalam parti, khususnya sepanjang perkhidmatan beliau sebagai ahli Parlimen Titiwangsa. Sumbangan beliau adalah tersangat besar yang hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya.
Kehilangan beliau merupakan kehilangan sebutir permata di dalam PAS yang amat sukar dicari ganti. Kita berdoa agar ruh beliau ditempatkan bersama-sama dengan para anbia’, para sahabat, para  mujahidin dan orang-orang yang soleh.
Al-fatehah …

Pas Perak Ucap Takziah Buat Kelurga Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali

Oleh Ustaz Abu Bakar bin Hussain

PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali diatas pemergiannya kerahmatullah

PAS Perak dan seluruh kawasan dan cawangan PAS di Perak, kehilangan seorang pejuang yang begitu gigih dan sangat kosisten dalam memartabatkan Islam di bumi Malaysia. Pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS di negeri Perak.

Pengorbanan dan semangat juangnya inilah yang wajar dicontohi oleh ahli-ahli PAS terutamanya generasi muda.
PAS Perak melihat, walaupun pemergian Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS, tetapi Allahyarhamah telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT. Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.
Salam Takziah
Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )

Perjuangan Al-Marhumah YB Dr Lo'lo Perlu Diteruskan

Oleh Haji Mohd Shahir Abu Hasan

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan takziah di atas kembalinya Almarhumah YB Dr Lo'lo' binti Hj Ghazali ke pangkuan Allah SWT semalam dan Alhamdulillah selamat dikebumikan jam 11.30 tengahari tadi.

Sememangnya pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Titiwangsa kerana peranan beliau yang sangat penting dalam perjuangan PAS di Titwangsa dan semestinya ia amat sukar dicari ganti.

Almarhumah YB Dr Lo'lo' juga seorang yang gigih berjuang dan telah berjaya dengan segenap tenaga beliau melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya. Dan ini terbukti beliau telah berjaya menempatkan diri di hati masyarakat parlimen Titiwangsa khususnya selepas beliau diamanahkan sebagai wakil rakyat pada pilihanraya ke-12 yang lalu.

Najib or Anwar?

IN light of the recent Bersih 2.0 demonstrations, and the unjustified crackdown by the authorities, one may be forgiven if one were to be carried away in denouncing the current administration. They handled the demonstrations in an appalling manner, both in the run-up to the actual day and on the day itself. The conduct of the administration is shameful, arrogant, and senseless. The lies that are spewed to cover up the very public acts of violence add insult to injury.
In contrast, the Pakatan Rakyat (PR) has cleverly stepped in to support Bersih 2.0. It cannot be denied that Bersih 2.0’s demands, which promote fair play and a level playing field during elections, would end up favouring the federal opposition. And except for Datuk Seri Anwar Ibrahim’s gaffe in claiming that he could call off the demonstrations, the PR has generally allowed civil society to take the lead in this movement.

Bersih 2 Haram? Tangkap, Pukul, Tembak Gas, Rasuah, Tipu Pilihanraya, Tak Haram

Oleh: Tok Janggut
Ingat amaran Nabi kita yang bermasud "Barangsiapa yang menyerupai satu-satu kaum itu, maka serupalah mereka dengan kaum itu". Disini ulama mentafsirkan bahawa mana-mana umat Islam, umat Nabi Muhammad S.A.W yang mengikut perangai, tindakan, perbuatan, percakapan, budaya, ekonomi, undang-undang, pakaian dan apa saja yang dibuat oleh kaum atau bangsa atau agama lain yang bukan dari ajaran Islam atau yang bercanggah dengan syariat, maka samalah puak itu dengan golongan yang diikuti atau ditiru itu.

FRU Parti Cap Ayam - Satu lagi komponen BN




Tak perlu ulas gambar ini, rasanya pembaca/pelawat boleh nilai sendiri. Kide angkat tabik spring pada si mamat ni! (klik gambar nak besarkan)

Dr Lo'lo tokoh pejuang wanita dalam PAS

Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa dan aktivis Dewan Muslimat PAS meninggal dunia akibat kanser malam semalam, selepas bertahun bertarung melawan penyakit itu.

Pagi tadi, lebih 2,000 hadir ke solat jenazah dan pengkebumiannya di Datuk Keramat, daripada kalangan rakyat, aktivis dan pemimpin-pemimpin politik.

Lo'lo' dikenali sebagai aktivis muslimat yang lantang bersuara dalam isu-isu wanita, sama ada dalam mahupun luar parti.

Allahyarhamah mula dikenali dan menjadi tumpuan media pada awal dekad 2000, ketika masih agak baru terlibat aktif dalam PAS di peringkat pusat.

Lo'lo' pada masa itu bersuara menuntut pemimpin-pemimpin muslimat diletakkan pada kedudukan sama di atas pentas dengan pemimpin-pemimpin lelaki yang merupakan majoriti pimpinan PAS.

Tidak pernah saya rasa begitu benci pada kerajaan


(Gambar: Pak Samad menurunkan tandatangan pada baju seorang anak muda yang hadir pada malam itu.)

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Yellow Saturday di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar malam kelmarin. Turut berucap ialah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta anggota Unit Amal yang difitnah membawa pisau semasa himpunan Bersih 2.0, Abdul Razak.

Tiada PRK Parlimen Titiwangsa - SPR

PETALING JAYA: Tidak ada pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan biarpun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa ekoran kematian penyandahttp://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/40880_166494230027627_154134134596970_583064_5982780_n.jpgngnya, Dr Lo’ Lo’ Ghazali pada malam Ahad.
Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak ada keperluaan bagi suruhanjaya itu mengadakan PRK bagi kerusi Parlimen Titiwangsa kerana penggal Parlimen ke-12 telah mencapai tempoh mandat tiga tahun pada 28 April lalu.


“Ya, memang tidak perlu diadakan pilihan raya kecil walaupun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa.

SPR Perlu Tinggalkan Legasi

Oleh Muhammad Hafizuddin
BERSIH 2.0 masih memanaskan dunia politik Malaysia. Walaupun jelas perhimpunan rakyat ini dikepalai oleh pelbagai NGO di Malaysia, namun sokongan parti politik pembangkang menyebabkan BERSIH 2.0 dilabelkan kerajaan sebagai agenda Pakatan Rakyat. 8 tuntutan BERSIH 2.0:

Husam: Terengganu jadi bukti penipuan SPR

"Statistik PRU ke-11 bagi Terengganu tidak masuk akal kerana pengundi baru bertambah sebanyak 62 peratus iaitu tertinggi di dunia," kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

PETALING JAYA: Keputusan pilihan raya umum (PRU) 2004 di Terengganu menjadi bukti penipuan yang meluas dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
“Statistik PRU ke-11 bagi Terengganu tidak masuk akal kerana pengundi baru bertambah sebanyak 62 peratus iaitu tertinggi di dunia,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Katanya, dalam pilihan raya tersebut, peratusan undi Umno bertambah 62 peratus tetapi undi PAS merosot lima peratus.
Menurut Husam, pertambahan pengundi muda yang baru didaftarkan pun tidak sama dengan jumlah pertambahan pengundi dalam tahun 2004.
“Dalam keputusan PRU ke-11 itu, terdapat tujuh undi di negeri Terengganu yang tidak boleh disahkan, berbeza dengan jumlah yang terdapat dalam daftar pemilih.

Keluarga Baharudin belum terima laporan awal bedah siasat

"Kami amat hairan kerana tanpa laporan itu dan tanpa persetujuan pihak keluarga ada pihak lain boleh membuat kenyataan rasmi berhubung kematian beliau," kata peguam Ahmad Jufliz Faiza.

PETALING JAYA: Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih belum menerima laporan awal bedah siasat mengenai kematiannya.
“Kami amat hairan kerana tanpa laporan itu dan tanpa persetujuan pihak keluarga ada pihak lain boleh membuat kenyataan rasmi berhubung kematian beliau,” kata Ahmad Jufliz Faiza, peguam yang mewakili keluarga Baharudin dalam satu kenyataannya hari ini.
Menurut Ahmad Jufliz, pihak keluarga turut bersedih memandangkan sehingga kini tiada ucapan takziah diterima daripada pihak polis mahupun kerajaan.
Sebaliknya pihak keluarga terharu dengan hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat yang sudi meluangkan masa untuk menziarahi mereka.

Gerakan man tells Umno: Govern like PAS

The Islamic party can teach Putrajaya a thing or two about good governance, says Baljit Singh.

GEORGE TOWN: A Gerakan leader today praised the Kedah government for cancelling its blanket ban on entertainment during Ramadan.
It shows that PAS, unlike the Umno-led Barisan Nasional government, respects public opinion, according to Baljit Singh, who heads Penang Gerakan’s Legal and Human Rights Bureau.
The PAS-led Kedah administration yesterday revoked a decision to shut bars, discos and other entertainment outlets during the Muslim fasting month, just days after announcing it and provoking a public uproar. Operators are now required merely to turn away Muslim customers.

RM24 million ring is for exhibition..ha..ha..ha..!!!

Fresh information has surfaced that the prime minister's wife did not purchase the diamond ring which was brought in for a private exhibition.
KUALA LUMPUR: New documents have emerged to reveal that the diamond ring allegedly “purchased” by the prime minister’s wife Rosmah Mansor left the country just four days after it was brought into Malaysia.
In an e-mail sent to FMT, a blogger who wished to remain anonymous, said the RM24 million “natural fancy blue cushion cut diamond ring” was brought into the country on April 16 for a private exhibition by an unknown VVIP and was not bought by Rosmah as earlier claimed.
The ring was sent to Singapore on April 20.
A set of import and export declaration documents showed that the ring was brought into the country by Jacob & Co c/o (care of) Malca Amit Kuala Lumpur. Jacob & Co are producers of the ring.
The document also had a special print which states: “Inspection by: H.E.Datin Paduka Seri Rosmah  Mansor.”

Titiwangsa : MP PAS S’gor ambil alih tugas Dr Lo’ Lo’

Mereka ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).
PETALING JAYA: Tiga Ahli Parlimen PAS Selangor akan mengambil alih tugas untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan Titiwangsa ekoran pemergian ahli parlimennya, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmatullah malam tadi.
Mereka ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).
Perkara ini dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ditanya mengenai siapakah di kalangan ahli Parlimen yang akan mengambil alih tugas Allahyarham Dr Lo’Lo’ yang meninggal dunia kira-kira jam 10.25 malam tadi akibat penyakit barah.
“Mereka akan memikul tanggung jawab itu sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Lo’ Lo’: ‘Kenang daku dalam doamu’

"Antara wasiat terakhirnya kepada kami adalah beliau mahu dirinya sentiasa dikenang dan diingati atas jasa dan bakti khidmat yang telah diberikan," kata Muhd Fawwaz.

KUALA LUMPUR: Anak kedua Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, Muhd Fawwaz Aminuddin mendedahkan arwah ibunya menderita kanser paru-paru sejak tiga tahun lalu.
Muhd Fawwaz, 28, berkata selepas mula dikesan pada Ogos 2009, ibunya menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi namun kesihatannya semakin merosot sejak tahun lepas.
“Pada malam-malam terakhir pemergiannya beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana diberi ubat dan kami sekeluarga tetap setia disisi arwah sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 10.20 malam tadi.
“Antara wasiat terakhirnya kepada kami adalah beliau mahu dirinya sentiasa dikenang dan diingati atas jasa dan bakti khidmat yang telah diberikan,” katanya kepada FMT selepas selesai urusan pengebumian.
Selain Muhd Fawwaz, Dr Lo’ Lo’ turut meninggalkan dua anak perempuan iaitu Mawaddah, 30, Sakinah,26, dan anak bongsu Muhd Farhan, 25.

From a no-good overseas M'sian bum: Bersih through the eyes of apathy

From a no-good overseas M'sian bum: Bersih through the eyes of apathyIt’s been over a week since the Bersih 2.0 rally took place on July 4th, but the event and its aftermath are still dominating Malaysia’s media, conversations and thoughts, and rightly so.
I found out about the rally on the Saturday it took place, all the way from Greece. I was mooching off the Internet of a café in the Thessaloniki airport, feeling quite sorry for myself for having missed my flight back to England by cleverly forgetting which day of the week it was, you know, as we all do.
A slew of Facebook status updates with “Casualty at Bersih rally” and “Over 1,000 arrested at protest” and “What next, Malaysia?” wasn’t what I had expected to see from my friends from home after 2 weeks of being virtually isolated from anything outside of mythological Greece. A sense of familiarity and dread quickly overtook my slightly vacant state of mind- a result of too much sun and sea. The pit of my stomach churned as I read article after article describing the rally and its violence, reminiscent of those in Greece, Libya and Egypt.
It felt surreal reading about the rally’s intensity on international news; I had always assumed that the dissatisfaction of Malaysia’s people was suppressed by an even greater sense of apathy. An online portal once quoted the secretary-general of the Malay Supremacy, Perkasa saying, “The Chinese, the Indians, they like to leave the country, they are used to (it)...” And I suppose that’s true. Over time, a sense of “learned helplessness” had developed in Malaysia. “Nothing ever changes, so why bother?” is the society’s mantra, and the Malaysian dream is to leave; I suppose that is why I, like so many of my peers, am here overseas, and not back home.

Pemukiman PAS rangka pendekatan hadapi PRU 13

KUALA LUMPUR 18 Julai: Presiden PAS,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan, pemukiman yang dibuat oleh PAS telah mempersiapkan PAS menghadapi pilihan raya umum akan datang melalui projek Roadmap to Putrajaya.
"Kita telah berbincang panjang berdasarkan kajian dan perbentangan yang dibuat dan kita gembira sekarang kerana mempunyai fokus yang jelas dalam mempersiapkan diri kita menghadapi PRU ke 13," kata Abdul Hadi dalam wawancara khas dengan Harakah dan Harakahdaily hari ini.
Wawancara itu diadakan selepas pemukiman khas yang diadakan oleh PAS selama dua hari bermula 17 Julai hingga hari ini di sebuah hotel dekat Ampang.
Ia melibatkan semua pimpinan utama PAS khasnya AJK PAS Pusat dengan dipimpin oleh Abdul Hadi sendiri.
Dalam mencapai hasrat ini, katanya, PAS akan melaksanakan dua pendekatan iaitu memulihkan demokrasi dan memecahkan kebuntuan maklumat bagi mempastikan maklumat sampai ke peringkat akar umbi.

Najib disambut dengan lagu 'Yellow Submarine'

Protes terakhir Jumaat lalu semasa lawatan Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak ke London menyaksikan tidak kurang 50 orang rakyat Malaysia dan juga asing berpakaian serba kuning dengan iringi lagu the Beatles 'Yellow Submarine'.

NONETindakan itu sebagai membantah tekanan, sekatan dan hambatan yang dikenakan ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Bertempat di hadapan Hotel Intercontinental, London, penunjuk perasaan membawa sepanduk yang antaranya tertera “Ya kepada pelancongan, tidak kepada penyiksaan”, “Bebaskan pemimpin kami sekarang”, “Hentikan tahanan tanpa perbicaraan”, “Hentikan perdagangan dengan Malaysia yang kejam' dan melaungkan “Malu, malu, malu Najib”.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu dalam perjalanan ke hotel untuk makan malam.

Tunjuk perasaan bermula pada jam 7 malam hingga 8 malam, 15 Jun dan menurut seorang pemimpin pemuda PKR Ginie Lim ia mendapat sambutan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga rakyat Britain.

Kematian Baharuddin : Kerajaan, Polis Nampak Macam Nak 'Cuci Tangan'- Wan Azizah

KUALA LUMPUR 18 JULAI : Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mahu punca kematian peserta Himpunan Bersih 2.0 Baharuddin Ahmad disiasat dengan adil dan saksama.

Menurut beliau, punca kematian Allahyarham yang menyertai himpunan Bersih untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 Julai lalu masih tidak diketahui keluarga beliau walaupun ramai saksi menyaksikan tindakan polis pada hari tersebut.

"Cara polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tangani himpunan tuntutan yang murni itu menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dengan sistem negara kita, " kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Polis sebelum ini telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

RTM sedia siar video BERSIH demi kesahihan, keadilan

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan rakaman polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram pada 9 Julai lalu.

rais yatim pc 020709 02Beliau berkata polis tidak seharusnya menyimpan rakaman video yang memaparkan kekasaran yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram itu terlalu lama sehingga menjadi satu "elemen kontra" kepada pasukan itu.

"Pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis mendedahkan rakaman video mereka mengenai salah laku peserta perhimpunan haram itu perlu disambut baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri Pulau Carey dekat Banting hari ini.

Rais berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sanggup menyiarkan rakaman video itu demi kesahihan dan keadilan.

Beliau juga berkata polis tidak semestinya "sentiasa senyum dan gosok belakang orang."

"Kalau polis sudah begitu, orang awam tidak gentar. Kita tidak mahu polis terlalu senyum atau terlalu lembut sampai orang kata bagaimana nak mempertahankan negara," katanya.

- Bernama

Tuntut keadilan untuk keluarga Allahyarham Baharudin- Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut supaya keadilan diberikan kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia ketika himpunan Bersih, 9 Julai lalu.
Wan Azizah bersama balu Allahyarham, Rosni Mazlan dan kedua anak lelakinya.
Menurutnya, kematian Allahyarham merupakan tragedi kepada negara kerana beliau hanya bersama dengan rakyat yang lain berjuang untuk menuntut demokrasi yang lebih baik di negara ini.

Negara Polis Semakin Ketara Di Malaysia


PETALING JAYA 18 JULAI: Dakwaan bahawa Malaysia sebuah negara bebas berlandaskan prinsip demokrasi hanya kenyataan palsu Perdana Menteri, menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran.

Justeru jelas beliau,tindakan Datuk Seri Najib Razak mencanang nama Malaysia kepada pelabur asing bagi menaruh keyakinan kepada amalan demokrasi harus dihentikan kerana perkara itu ternyata meleset.

Dalam kenyataan medianya, Surendran mengecam kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang menyalahgunakan kuasa polis sebagai alat politik bagi menutup suara pembangkang dan masyarakat umum.

Beliau menyatakan kebimbangan terhadap status negara demokrasi yang bertukar menjadi "negara polis" sejak perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu apabila agensi itu dilihat menutup kesemua pintu rundingan dengan pihak bukan pro-kerajaan.

Kenyatan Yang Paling Lawak Dalam Sejarah..ha..ha..ha..

Orang ramai diminta serah video perhimpunan haram.
GENTING HIGHLANDS 18 Julai — Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu.
"Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Banteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut. - Bernama

Laporan terhadap polis dan polis juga yang menyasat.. sapa nak mengaku berak tengah jalan beb.!!!

No, this isn't Monty Python, the Ibrahim Ali Leadership Award is for real

No, this isn't Monty Python, the Ibrahim Ali Leadership Award is for realIn a bid to further make a hero of himself, Perkasa chief Ibrahim Ali has mooted a leadership award in his own name for both male and female students at the UiTM. And to sure that there will be applicants for The Ibrahim Ali Leadership Award, the man himself is sponsoring a cash prize of RM5,000.
"Not that we want to undermine him, but really, when I first heard of it, I though it was a joke like Monty Python," PKR legal affairs director Latheefa Koya told Malaysia Chronicle.
"I am glad UiTM spelt out the criteria or students might think that to win, they have learn to shout and holler, rabble-rouse and create trouble like him. The key thing though, it is not all about money. Ibrahim stands for racism of the worst sort and students should think carefully if they want to endorse such a character like him and what he stands for."

AMK jelajah setiap negeri jayakan program ‘Kita Semua Baharudin’ (We all Baharudin)

Angkatan Muda KEADILAN, (AMK ) mengambil inisiatif melancarkan ‘Program Jelajah 709: Kita semua Baharudin’ (We all Baharudin) ke setiap negeri dalam menjayakan rangka kerja penerangan di semua peringkat AMK.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan program tersebut akan dijalankan selama 30 hari merangkumi pelbagai aktiviti termasuk ceramah penerangan dan edaran risalah tawaran Pakatan Rakyat.
“Kita buat ketetapan untuk melancarkan ‘Program Jelajah 709: Kami semua adalah Baharudin’ akan kita mulakan sepanjang bulan Ramadhan mulai 1 Ogos ini,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.
Tambahnya, program yang diatur itu bukan sahaja melibatkan aktiviti keagamaan tetapi turut memberikan penerangan ke semua peringkat yang dengan menjurus kepada golongan muda.

UiTM tawar Anugerah Ibrahim Ali untuk pelajar

Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

NONEInstitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya.

Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.
Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Kriteria lain adalah:

• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus

MB Kelantan berehat di wad

KOTA BHARU, 18 Julai: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihat doktor berehat di wad memandangkan kepenatan melaksana tugas harian.
Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Menteri Besar dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian tengahari semalam selepas mengadu sakit perut.
“Mungkin hanya silap makan menyebabkan perutnya sakit. Ketika datang mendapat rawatan, doktor menasihatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya berehat di wad.
“Lagi pun apabila berada di wad membolehkan doktor membuat rawatan susulan sambil beliau berehat tanpa ada gangguan lain,” katanya di sini.
Menteri Besar kembali daripada lawatan di luar negara minggu lepas selepas lebih seminggu berada di beberapa negara termasuk menunaikan umrah di Makkah.
Oleh itu Fadhli menasihat orang ramai tidak perlu gusar dengan perkembangan kesihatan Mursyidul Am PAS berikutan berada di hospital sejak semalam.
Sementara itu dalam perkembangan lain Menteri Besar Kelantan turut merakam ucapan takziah di atas kematian anggota parlimen Titiwangsa almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali malam tadi.
“Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam sehingga ke saat akhir hayatnya. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya.

Pusat hiburan: Umno patut malu dengan PAS

Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.
Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kain rentang anti BERSIH di Pejabat Umno Ampang

Polis akan menyiasat kain rentang anti-BERSIH 2.0 yang dipasang di bangunan Umno bahagian Ampang di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

NONEMenurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Amiruddin Jamaluddin, anggotanya belum menyedari kehadiran kain rentang itu dan akan menyiasat.

“Ini berkaitan BERSIH. Kita akan menyiasat kain rentang dan melihat sama ada ia mematuhi undang-undang negara,” katanya.

Kain rentang itu, antaranya berbunyi: “Agenda jahat Pakatan haram! Kuburkan Bersih!”. Turut dipaparkan adalah logo BERSIH 2.0 yang berwarna kuning.

NONESatu lagi kain rentang berbunyi: “Himpunan Bersih gugat keselamatan negara, KDN bertindak sekarang.

Gambar kain rentang berkenaan dihantar oleh pembaca Malaysiakini yangmempertikaikan ketiadaan tindakan terhadap Umno yang dianggap “dwi-standard”.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata logo BERSIH 2.0 adalah haram dan mereka yang memakai baju T dengan logo berkenaan akan ditangkap.

Polis tendang saya, dakwa aktivis K'tan

Seorang aktivis di Kelantan mendakwa dia telah ditendang dua kali oleh anggota polis yang berlainan ketika ditahan di lokap ibupejabat polis Bachok bulan lalu.
azlanDalam laporan polisnya, Ahmad Syauqey Abdul Ghani, 36, berkata, dia dalam perjalanan untuk mengambil tiga anak perempuannya di SK Serting pada kira-kira jam 1.15 petang 20 Jun, apabila dia diarahkan berhenti oleh lelaki berpakaian seragam di Wakaf Aik-Kota di Jembal.

"Tiada kon polis dan pagar sekatan polis diadakan," katanya sambil menambah dia keluar dari kereta dan memberitahu keretanya ada cukai jalan dan dia dalam perjalanan menjemput anaknya di SK Sering.

Katanya, seorang lelaki yang memakai tanda nama Fairus kemudian memintanya menunjukkan lesen memandu.

Dakwa atau bebaskan enam anggota PSM, Proham gesa Putrajaya

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) hari ini memberi kata dua kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar mendakwa Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat sekiranya mempunyai bukti.
Sebaliknya tegas Pengerusi Proham Tan Sri Simon Sipaun, kesemua mereka harus dibebaskan dengan segera jika Putrajaya tidak mempunyai sebarang bukti mengaitkan mereka dengan fahaman subversif.
Beliau juga meminta agar Putrajaya tidak berselindung di sebalik undang-undang itu, yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari.
Kesemua enam individu itu telah ditahan di bawah Ordinan Darurat sejak tiga minggu lalu.
“Apa tujuan mereka ditahan? Adakah polis mempunyai bukti? Kalau tiada bukti macam mana? Dan, tiada sebab untuk menahan mereka.

Bersih 2.0 and lessons learned from history

Dennis G. Kloeth

JULY 18 — If history is anything to go by, then Malaysian Prime Minister Najib Razak better understand that the riots of Saturday, July 9, were merely ringing the bell for the final round of a fight in Malaysia between “rulers” and the “common people”. After decades of political suppression, the latter clearly aim at putting an end to a 54-year grip on power by the country’s ruling party.
The start of democratisation or the “Asian Spring”, in all of Asia, perhaps, may be a foregone conclusion, but for governments such as the ones of Malaysia, Myanmar and China (to name just a few), history may well be their best teacher and advisor. Over the past 60 years, “people movements” around the world have proven to be an unbeatable force.
Going down the road of history, one could see that, in the 1960s, European students were setting up democratic movements. They were clearly dissatisfied with the world they inherited from their parents and in a bid to have “a say” in the way (their) universities were run and in support of the urban poor, in May 1968, they took to the streets.

Pasca Bersih : Keluarga Baharuddin Terus Gesa Prosiding Khas Siasat Kematian Allahyarham


KUALA LUMPUR 18 JULAI : Keluarga dan pimpinan Pakatan Rakyat terus mendesak agar satu prosiding khas atau siasatan dilakukan kerajaan berhubung kematian peserta Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad dilakukan dengan segera.
 
Peguam keluarga Baharuddin berkata, keluarga mangsa telah membuat satu lagi laporan polis semalam untuk mendesak pihak berkenaan supaya tidak memutarbelitkan kematian Allahyarham.

Ahmad Jufliz Faiza berkata prosiding khas itu perlu memandangkan keterangan-keterangan saksi di tempat kejadian bercanggah dengan versi kematian Allahyarham yang dihebahkan oleh pihak polis

"Terdapat beberapa saksi memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa sama polis bertindak dan melakukan kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang.