Rabu, 13 Julai 2011

Pasca Bersih : Doktor kecam polis tembak gas ke hospital

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Sekumpulan doktor terkenal hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengutuk cara pihak berkuasa mengendalikan perhimpunan aman Bersih, terutamanya tindakan polis yang menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin di Jalan Pudu Sabtu lalu.

Menyatakan bahawa hospital sepatutnya menjadi ‘santuari yang selamat untuk semua’ dan ‘tempat yang dikhaskan untuk perlindungan’ bahkan semasa masa perang, sebelas doktor dan pakar bedah, ada yang di antaranya berkhidmat di hospital berkenaan telah mengutuk keras tindakan polis yang memasuki kawasan hospital untuk memburu para pendemo aman yang lari lintang-pukang akibat serangan polis.

Kekerasan polis: Suhakam nafi kenyataan Tiong Lai

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tidak berasas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menafikan tindakan kekerasan pihak polis ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Sebaliknya, pihak Suhakam sendiri turut melihat sendiri penggunaan kekerasan melampau pihak polis terhadap para peserta, apabila Suhakam dengan 35 orang pegawainya turut memantau perhimpunan tersebut.
Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha’ani Abdullah menegaskan, malah beliau sendiri yang turut turun ke perhimpunan itu bagi melakukan pemantauan turut melihat dengan jelas tindakan kekerasan pihak polis terhadap para peserta termasuk di lokasi yang dinafikan oleh Tiong Lai.

Pasca Bersih : Sebelas doktor tampil sahkan hospital diserang...video, gambar, doktor, rakyat semua tipu...polis dan menteri betul...!!!

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalSehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

Bersih 2.0 : Doctors say cops fired tear gas into Tung Shin compound....who cheat...!!!!!!

KUALA LUMPUR, July 13 — A group of doctors said today they were prepared to provide sworn affidavits to say that police had fired tear gas and chemical-laced water into the compounds of the Tung Shin and Chinese Maternity Hospitals during the Bersih rally last Saturday.
In a statement tonight, 11 doctors, including some who were at the scene, said they were outraged at the actions of the police in firing tear gas and water cannons without scant regard for the safety of patients and doctors.
“We, the undersigned doctors, wish not to enter into the polemics of the Bersih 2.0 march on 9th July 2011 but would like to clarify the inconvenient truth.

Video BERSIH 2.0 - Untuk Allahyarham Baharudin Ahmad

Video : BERSIH 2.0 - Ambiga & The Rise of The Rakyats.

Video : The Lady of Liberty.Annie Ooi aka Aunty Bersih.

Video : Tribute to Allahyarham Baharuddin Ahmad.

Hero Melayu yang terlebih bijak lagi berani !!

DASYATNYA POLIS MALAYSIA !!


Mereka berani !  mereka hebat !,  mereka kuat!   dan mereka juga samseng?. Gelaran PDRM telah bertukar kepada PRDM ? (Polis Raja Di Malaysia),..   Raja Di Malaysia bermaksud – boleh berbuat sesuka hati !  Kalau tidak, takkan mereka berani engkar perintah DYMM YDP Agong!  Agong kata boleh!  Perhimpunan “BERSIH”  boleh diadakan di stadium, PRDM kata tak boleh.  Agong kata “BERSIH” bukan pertubuhan haram,  polis kata “BERSIH” pertubuhan haram !  Tujuan polis membuat tuduhan begitu semata-mata untuk menghalalkan tindakan ganas mereka !

KPN kata Anwar penipu, PM Bapak Penipu !!

Ketua Polis Negara mendakwa Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim cuba menipu berhubung dengan kecederaan yang di alaminya semasa demontrasi BERSIH 9 Julai 2011 kelmarin.  Menurut KPN  Anwar tidak berada di lokasi dimana polis melepaskan tembakan gas pemedih mata itu.


Merujuk kes Mat Sabu pula,    Mat Sabu mendakwa beliau benar-benar telah dilanggar oleh kenderaan polis semasa sedang membonceng motosikal  dan mendapat kecederaan,..  namun pihak polis tetap tidak  mengaku, malah menafikan.

Dalam kedua-dua kes KPN bercakap benar atau cuba bermain wayang ! atau KPN sengaja cuba mempertahankan kecurangan dan keterlanjuran orang-orang bawahannya?

Banyak rekod telah membuktikan PDRM sering berbohong atau berdolak-dalik!. Kenapa PDRM suka berbohong? Kenapa mereka tak takut berbohong?  Jawapannya mudah!,...Kerana pemimpin negara paling atas adalah seorang pembohong!  Membohong dan memfitnah menjadi amalan mereka ! 

Doctors blast police attack on hospitals, ready to issue affidavits


(Harakah Daily) - A group of senior medical doctors today issued a joint statement expressing outrage at the authorities' handling of the Bersih rally, specifically when police fired tear gas into the compounds of the Tung Shin and Chinese Maternity Hospitals along Jalan Pudu.
PICTURE PROOF ... The Tung Shin hospital building being fired upon, July 9

Saying hospitals should be "safe sanctuaries for all" and "consecrated places of refuge" even during war time, the eleven doctors and surgeons, some of whom serve at the said hospitals, also condemned the police for entering the hospital buildings in search of some protesters fleeing from the police attacks.

"What was most frightening and witnessed by many was the unprovoked violent assault within the hospital compounds and apprehension of several protesters who had merely ran into the hospitals to seek shelter from the tear gas and the water cannons!" they said in a statement emailed to Harakahdaily, the first public reaction by medical doctors following the police's denial that its men had shot tear gas into hospital compounds on July 9.

176,597 netizens tell Najib Razak: Be a man and step down

176,597 netizens tell Najib Razak: Be a man and step downThe Najib administration is a mess and it is right for Najib Razak to take responsibility for his fumbling that has disgraced the country and step down as Prime Minister.
But since this may be an impossible call as the UMNO elite would definitely force their hand to retain Najib as a puppet administrator for their own twisted plans, the 'resignation' of the Prime Minister can be initiated by members of Parliament.
The Federal Constitution mandates that the Prime Minister be appointed by the Agong after selecting from members of Parliament someone who in His Highness’s judgement, commands the confidence of the Parliament. The appointment of the Prime Minister is thus, the prerogative to the Agong.

Lessons learnt in a walk with friends

Sheila Santharamohana

JULY 13 — Like all others who came alone for Saturday’s Bersih rally, I found that I needn’t have worried. In the confusion and chaos with each blinding onslaught, we reached out and found each other. The strong supported the overcome, the sighted helped the blinded and in the fog of it all, we were one.
If anything, the rally brought to light that our lives, whatever our race may be, are interconnected. Malaysia is woven of the different strands, where in the tapestry of our destiny and shared experience, there can inevitably be only one outcome.
For those who wanted to make Bersih about the Malays and the non-Malays, they were misguided. Out on that day, as we walked alongside, we knew that it was the system and the proponents of such a system, not the people who had divided us.

I was afraid, therefore I walked

Celine Yong

I almost didn’t make it. But I went.
The week leading up to the Bersih 2.0 rally on July 9th, I was like most of my friends; poked fun at the BN government’s decision to ban yellow outfits and Bersih T-shirts on my Facebook, changed my profile picture to a bright yellow Sponge Bob, showing my support to Bersih online. But it was all talk only.
Although I was angry with the highhandedness of the government in handling the Bersih rally, I never really thought about going. Didn’t go the last Bersih rally either. Not that I was afraid (the May 13th thing doesn’t scare me a bit, it only infuriates me), or didn’t agree with the principle of the Bersih rally (especially after what had happened in the Sarawak election, I am all for the Bersih principles), I just thought there would be enough people going; the NGOs, the activists, the politicians.

UMNO, BN tak habis-habis rasis

KUALA LUMPUR, 13 JULAI – Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam sekali lagi memaparkan kecetekan minda dan sikap perkauman dengan menghina masyarakat Cina sebagai kaum yang suka bermain judi.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjelaskan bahawa walau pun judi tidak pernah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Cina, pemimpin UMNO seperti Ali masih lagi dikongkong sikap rasis yang tidak tahu menghormati rakyat Malaysia yang berbeza kaum dan agama dengan mereka.
“Oleh kerana Ali dan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menjelaskan mengapa mereka masih mengeluarkan lesen perjudian, maka mereka cuba untuk menuding kesalahan kepada masyarakat Cina.
“Ini adalah satu lagi contoh yang jelas pemimpin-pemimpin BN tidak menghormati rakyat Malaysia. Apabila mereka berhadapan dengan tekanan dan percanggahan pendapat umum, mereka sekali lagi menggunakan satu-satunya saluran yang mereka tahu, iaitu politik perkauman,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Guan Eng, kesan daripada perhimpunan aman Bersih 2.0, UMNO mula bermain sentimen Melayu dengan mendakwa bahawa masyarakat Melayu telah menjadi hamba dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memenuhi agenda bukan Melayu.

Pelabur hilang keyakinan jika kerajaan rejim korup, zalim

PETALING JAYA, 13 JULAI – Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu faham bahawa keyakinan pelabur terhadap Malaysia hanya akan hilang jika negara ini diperintah oleh rejim yang korup, zalim dan ganas, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
Menurutnya, pelabur-pelabur antarabangsa sudah lama faham tentang perlunya kebebasan dan demokrasi untuk menggalakkan kemajuan serta pertumbuhan ekonomi, dan mereka akan menolak pandangan Presiden MCA itu yang mendakwa perhimpunan aman boleh menjejaskan kemasukan pelaburan ke Malaysia.
Sekarang di kebanyakan negara seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan yang sering diadakan rapat umum serta perhimpunan aman, ia tidak pernah menjejaskan prestasi ekonomi mereka.
Malah negara yang menghadkan hak asasi dan amalan demokrasi seperti Malaysia lah yang sentiasa berangan-angan mahu maju seperti negara-negara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Wanita MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan telah mendakwa kononnya industri pelancongan neagra rugi kira-kira RM100 juta kerana perhimpunan aman Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Masyarakat Cina Malaysia tidak takut lagi dengan demonstrasi

oleh Anthony Loke

13 JULAI – Tanggal 9 Julai 2011 membuka satu lembaran baru dalam proses pendewasaaan demokrasi di Malaysia. Puluhan ribu rakyat Malaysia melepasi segala rintangan sekatan polis dan ugutan kekerasan untuk berhimpun dan berarak demi satu matlamat bersama – sistem pilihanraya yang BERSIH.
Apa yang lebih signifikan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kali ini ialah ia bukan sahaja berlansung di Kuala Lumpur malah di berpuluh bandaraya di seluruh dunia di mana rakyat Malaysia menetap.
Pada hari tersebut, yang keluar berarak atau berhimpun tidak melihat dirinya sebagai orang Melayu, India, Dayak, Kadazan atau Cina tetapi sebagai rakyat Malaysia yang mahu memastikan kesuburan sistem demokrasi terjamin untuk generasi yang akan datang.

Imej Malaysia tercemar kerana tindakan melampau terhadap Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 13 JULAI – Tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia mengharamkan pemakaian t-shirt Bersih, baju kuning dan bahan cetak berkaitan dengan Bersih telah menjadikan kerajaan Barisan Nasional sebagai bahan jenaka seluruh dunia.
Untuk memulihkan semula imej negara yang sudah tercalar itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok menggesa pengharaman berkenaan perlu ditarik balik.
Beliau turut mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan PDRM supaya meminta maaf kepada seluruh warga Malaysia atas keganasan dan tindakan melampau terhadap rakyat yang menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.
“Pada perhimpunan Bersih 2.0, PDRM telah menyerang orang yang berhimpun secara aman dengan gas pemedih mata dan meriam air, dan menangkap 1,667 orang di pusat bandar Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum perhimpunan itu diadakan, polis PDRM telah menahan 198 orang dan menyoal-siasat 25 lagi, kebanyakannya pemimpin Bersih, Pakatan Rakyat dan beberapa NGO.

Bersih 2.0 Exposed Najib's Eroding Legitimacy To Govern



William Leong
Prime Minister Najib Tun Razak in using brute force and spin doctors in the BN-controlled media to stop the Bersih 2.0 rally lost the game even before it started. Ambiga Sreenevasan, chairman of the coalition of NGOs, told the press conference in the early afternoon of 9th July that Bersih 2.0 had achieved its objectives even before the first step in the march for electoral reforms was taken.
Najib’s attempt to derail the rally exposed the eroding legitimacy of his administration to govern. Just like all the King’s horses and all the King’s men could not put Humpty Dumpty back together again, all of Najib’s police and spin doctors cannot repair the damage he has done to his own administration.

Inaccurate! Rais slams foreign media

The minister says the foreign media has a political agenda to portray Malaysia in a bad light.

KUALA LUMPUR: The foreign media enjoys portraying Malaysia as a nation plagued with problems, Information, Communications and Arts Minister Rais Yatim said.
Commenting on the recent Bersih 2.0 rally, he claimed that international news agencies preferred to sensationalise an issue and portray Malaysia in a bad light as it fitted their agenda well.
“They have their own political agenda,” he told a press conference here.
On Saturday, tens of thousands of Bersih supporters marched on the streets of the nation’s capital, calling for electoral reforms despite warnings from the police.

Utusan Buat Lawak Bodoh Bila Tuduh Media Asing Dan Internet Buat Cerita Bohong

PETALING JAYA: Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak lagi memberi muka kepada akhbar asing dan portal berita yang menurutnya menyokong pembangkang.

Menurut akhbar itu, media asing terutama portal pembangkang di negara ini begitu berani membuat laporan yang tidak benar kerana begitu yakin kerajaan melalui KDN tidak akan mengambil tindakan.

Akhbar itu mendakwa, dua portal berita tempatan Malaysiakini dan The Malaysian Insider sealiran dengan akhbar luar membuat laporan palsu mengenai perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

Kantoi : Penipuan jijik Akhbar terbongkar!

Laporan Harakahdaily ada menyebut tentang penipuan sebuah akhbar arus perdana kawalan gerombolan songkok tinggi baru-baru ini. Akhbar pengampu United Malays No Otak, UMNO itu dilihat secara terang-terangan menyebarkan fitnah apabila memaparkan gambar seorang peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang membawa pisau, padahal peserta itu sebenarnya memegang bendera [Harakahdaily].


Hasil dari penelitian yang dibuat terhadap gambar yang dipaparkan pada akhbar tersebut, jelas sekali tujuannya untuk menipu makcik dan pakcik FELDA serta orang kampung yang tinggal di pedalaman.

Dr Asri: ‘Islam tak beri pemerintah lesen lakukan apa sahaja’


KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.
Bekas mufti Perlis (gambar) berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah “korupsi dan zalim” mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka.
“Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah,” kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif.
Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan ‘lesen’ besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.

'Kedah haramkan pusat hiburan semasa Ramadan'

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Kerajaan Kedah pimpinan PAS mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu mengentikan operasinya pada Ramadan ini.

Menurut harian berbahasa Cina Guang Ming, kerajaan negeri mengeluarkan arahan bertulis kepada semua pejabat daerah memaklumkan perkara itu.

MCA dilaporkan menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai perlanggaran hak asasi manusia dan hak dalam perlembagaan terhadap bukan Islam.

Ketua biro profesional muda MCA Chua Tee Yong berkata, pengharaman itu melibatkan 13 jenis pusat hiburan, termasuk panggung wayang, pusat snuker dan permainan video, karaoke, bowling dan pub.

Nik Aziz: Saya sokong Bersih 3.0 jika tuntutan tak dilayan

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea mengadakan Himpunan Bersih 3.0 jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih berkeras untuk tidak melaksanakan tuntutan dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Nik Aziz (gambar), yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perhimpunan itu perlu diadakan bagi memastikan keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihan raya negara.

Pasca Bersih : Laporan pro-BERSIH 2.0, akhbar Cina ditegur?

Editor kanan tiga akhbar Cina dipanggil ke Kementerian Dalam Negeri semalam, dipercayai berhubung liputan media yang didakwa memihak penganjur perhimpunan BERSIH 2.0.

Menurut sumber yang membuat dakwaan itu surat tunjuk sebab akan menyusul tidak lama lagi.

Berita mengenai mesyuarat itu tersebar apabila editor berkenaan pulang ke pejabat masing-masing dan mengadakan mesyuarat dalaman mereka.

Unit Kawalan Penerbitan dan Al-Quran mengesahkan mesyuarat memang berlangsung tetapi menganggapnya hanya sebagai 'mesyuarat biasa'.Tiada amaran

"Kami memang bermesyuarat dengan (editor) akhbar Cina, Melayu dan Inggeris dari semasa ke semasa bagi membincangkan laporan yang kita tidak senang hati,” kata ketua unit itu, Abd Aziz Md Nor ketika dihubungi hari ini.

Pasca Bersih : Pengajaran berharga dari BERSIH 2.0

Himpunan BERSIH 2.0 berjaya juga dilaksanakan pada 9 Julai 2011 yang lalu.  Tarikh 9 Julai 2011 pasti akan terpahat dalam sejarah, kerana rakyat dari segenap pelusuk tanahair berani keluar menyatakan pendirian mereka.  Meskipun diancam, diugut, disekat dan ditangkap, rakyat sedikitpun tidak gentar dengan pelbagai halangan ini.  Puluhan ribu, bahkan sesetengah penganalisis meletakkan angka ratusan ribu rakyat membanjiri ibu kota untuk bersama-sama berhimpun dalam himpunan BERSIH 2.0.

Terlalu banyak pengajaran yang berharga yang boleh dicatatkan hasil dari Himpunan ini.

Pasca Bersih : Seorang rakyat Malaysia mahu Najib berundur setiap 5 saat

KUALA LUMPUR: Mengikut pemerhatian Keadilandaily.com, secara purata rakyat Malaysia yang menyertai laman peminat Facebook untuk mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, bertambah setiap lima saat apabila butang F5 (refresh) ditekan.
Sementara menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit untuk menekan butang like (suka) pada satu-satu masa- dengan sasarannya mendapatkan 100,000 penyokong.
Sehingga kini, lebih 170,000 pengguna Facebook menyukai laman itu sejak ia diwujudkan pada Sabtu lalu- iaitu satu jumlah yang telah melebihi sasaran pentadbir laman berkenaan.

Fitnah Bersih : 4 dibebas selepas 5 hari ditahan

BENTONG, 13 Julai: Empat penyokong PAS yang ditahan polis di sini Jumaat lalu atas dakwaan membawa senjata untuk ke perhimpunan Bersih 2.0 dibebaskan tanpa syarat pagi tadi.

Hakim Mahkamah Sesyen Bentong membuat keputusan membebaskan Mohd Azri Shamsuddin, Ahmad Kamal Shamsuddin, Mohd Asli Abdullah dan Yusri Yusof setelah pihak pendakwa menarik balik pertuduhan.

Keputusan yang diumumkan jam 10 pagi oleh peguam tertuduh Ahmad Nizam Hamid dan Harris Abdullah itu telah disambut laungan takbir dan tahmid oleh kaum keluarga serta penyokong di luar nahkamah.

Bantahan pada saman Ambiga didengar 3 Ogos

Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Ogos untuk mendengar bantahan awal Ketua Menteri Sarawak terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan pengerusi pertubuhan tidak berdaftar BERSIH 2.O Datuk S Ambiga untuk mencabar notis tidak membenarkannya memasuki Sarawak pada pilihan raya negeri lepas.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu selepas mengadakan perjumpaan dengan kedua-dua pihak dalam kamarnya hari ini.

NONEPeguam James Khong yang mewakili Ambiga (kanan), memberitahu pemberita bahawa Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan dalam permohonannya bahawa beliau bukan pihak berkuasa negeri untuk dinamakan dalam permohonan semakan kehakiman itu.

Khong berkata Ketua Menteri Sarawak itu juga menyatakan perkara pokok itu tidak boleh disemak mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 23 Mei, Ambiga memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Pengarah Imigresen Sarawak dan Taib sebagai responden.

Menangani fenomena literalis agama

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

13 JULAI — Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa — yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka.
Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan ‘kuat beragama’. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah.
Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia. Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia menjadi sempit di bawah lembayung Islam.

Pasca Bersih : Umno, Utusan penderhaka sebenar

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dengan tegas menyokong tuntutan Bersih 2.0, Lim Kit Siang hari ini menyifatkan Utusan Malaysia dan Umno adalah “penderhaka kepada Sultan” kerana cuba menghalang perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke Istana Negara.
Penasihat DAP (gambar) menegaskan tuduhan yang dilemparkan terhadap pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat bahawa tidak akur perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah tidak bertanggungjawab.
“Ia tuduhan yang tidak bertanggungjawab, tidak benar dan liar dilakukan Utusan Malaysia yang menuduh Pakatan Rakyat Selangor tidak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor kerana bertindak meneruskan sokongan terhadap Himpunan Bersih 2.0.

Tak De Batu : Baca cerita ini, malunya makhluk yang bernama Brahim Ali


eleh! bini aku tak bagi keluar, nak
buat cam mana !!!

Apalah malangnya Ibrahim Ali. Hilang terus kredebilitinya sebagai pahlawan terbilang Melayu Perkasa. Kali ini dia diejek dalam surat khabar Cina My Sinchew yang membandingkan bagaimana seorang tua wanita verumur 65 tahun dengan selamba menyertai Bersih dengan naik bas dari rumahnya siap dengan berpakaian kuning.

Kena menonggeng - Baru Menang lawan dengan Anwar Ibrahim !!

Salam Sejahtera,

Minta maaflah, kali ini menyiarkan gambar yang ada sedikit kelucahan melampau....,



Aku tak faham bagaimana seorang Timbalan Menteri Pelajaran yang ada PHD boleh membuat penilaian sedemikian rupa,,,, TM ini mengandaikan nak lawan Anwar umpama lawan dengan hantu, jadi kena menonggeng....,

Pasca Bersih : Laporan Majlis Peguam bukti polis mahu ‘perangi’ Bersih


KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa laporan Majlis Peguam menunjukkan pihak polis menyerang peserta perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu seolah-olah mereka itu merupakan pengganas, sehingga mahu menyebabkan kecederaan.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar) memberitahu The Malaysian Insider, ia jelas dua minggu sebelum menjelang perhimpunan 9 Julai menuntut pembaharuan pilihan raya yang adil dan bebas, polis telah menahan enam pemimpin dan anggota Parti Sosialis Malaysia, didakwa mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.
“Pada Sabtu lalu polis pula melancarkan perang ke atas kami,” kata Ahli Parlimen Machang ini.

Allahyarham Raja Aziz Addruse selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah Peguam tersohor, Raja Aziz Addruse, 75  selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor tengahari tadi.
Antara yang hadir dalam upacara pengkebumian itu ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco Negeri Selangor, Teresa Kok, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sigh Deo.
Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Param Cumaraswamy serta peguam seperti Malik Imtiaz Sarwar dan Sulaiman Abdullah juga hadir.
Jenazah allahyarham sebelum itu ditempatkan di kediamannya di Bukit Kenny, bagi memberi peluang kepada tokoh kenamaan dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Bersih 2.0 : I was there, I saw. How can Liow say tear gas wasn't fired

S'wak PKR leader: I was there, I saw. How can Liow say tear gas wasn't fired KUCHING - Although several days have passed since the July 9 Bersih rally for free and fair elections took place in Kuala Lumpur, the march and tales of how people wearing yellow were indiscrimately arrested are still hot topics amongst the people here.
It appears that the 'Bersih' word, which stands for 'clean', is here to stay in the Land of the Hornbills for a long time to come, despite the obvious disapproval from the Najib administration as well as the state government.
For the group of Sarawakians who took the trouble to fly all the way down to KL to support the march, it was an experience of a lifetime and something that they are proud to be part of.
Many are still upset and even outright angry when they talk about how the federal government unleashed the police on them. Sad to say, the police use all their equipment on the crowd - the water canons, tear gas, rattan canes, rubber hoses and kicks and punches as well.

Umno, Utusan the real traitors, says Kit Siang

Lim presents flowers to a patient at Tung Shin Hospital, Kuala Lumpur one of the main focal points of the Bersih rally July 9 2011. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, July 13 — Lim Kit Siang today turned the tables on Umno and Utusan Malaysia, which he said were “traitors to the King” for attempting to tar Bersih protesters as turncoats. The DAP parliamentary leader said such unfounded accusations by the ruling party and its mouthpiece would only serve to turn the sentiments of the majority of patriotic Malaysians against King and country.
“Is Utusan and the Umno leadership seriously suggesting that the 50,000 Malaysians who braved police threats, mass arrests, tear gas and water cannon to peacefully gather in support of Bersih 2.0... are disloyal and traitors to King and country?” he said in a statement today.
“No, it is Utusan and the Umno leadership who are disloyal and traitors to King and country if they are so irresponsible and reckless as to make such wild allegations that tens and hundreds of thousands and even millions of Malaysians are disloyal and traitors for supporting the peaceful 709 Bersih 2.0 rally.”

Pasca Bersih : Pemuda PAS sedia gerakkan Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat, sedia menggerakkan massa untuk mengadakan himpunan Bersih sekali lagi, seperti diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam jika kerajaan masih berdegil dan enggan mendengar tuntutan rakyat.

Menerusi perhimpunan itu, rakyat menuntut kerajaan melaksanakan 8 perkara iaitu membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan berkata, tuntutan tersebut bukanlah sesuatu yang rumit untuk dilaksanakan jika kerajaan benar-benar jujur kepada rakyat.

Menurut beliau, tambahan pula, kesemua tuntutan itu bukanlah sesuatu yang pelik, malah ia amat wajar dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin keadilan kepada rakyat dan membersihkan imej kerajaan serta negara.

Pasca Bersih : Bersihkan Laman Ini

kita bersihkan laman  rumah ini
peninggalan warisan nenek moyang
di desa yang kian sepi ditinggalkan
bendang gersang yang tidak dipedulikan
tetangga yang menyulam masa silam

kita bersihkan gubuk pusaka yang kian runtuh
agar kita sentiasa ingat asal-usul dahulu
buat anak cucu yang tidak betah lagi
menangkap keli memasang lukah di tambatan
kerana sungai jernih telah  jauh dari pandangan

kita bersihkan jerebu kota dan desa
dari serombong muntahan sang haloba
penguasa dan hulubalang petualang
yang kini memberi sisa-sisa untuk esok
racun onak duri berbisa kalbu terluka

kita bersihkan sarang yang melakari lelangit
walau pintu senja kian menghampiri
kebendaan kota kian rakus menghimpit
kerana tiada jalan lain untuk dipilih
dan kita padamkan segala kotor terpalit!

Oleh DR. RAJIEE HADI, Kuala Lumpur.

Noh: Ambiga 'cucuk hidung' MP Pakatan..,ha..ha..hang kena cucuk hidung oleh Najib tak pe...!!!!

NONEMenteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga "lebih hebat" daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Dengan sinis, Noh berkata, ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga, antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu.

"Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.

"Kerana dalam parlimen, ramai ahli parlimen (Pakatan). Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara, mereka boleh menyuarakan lapan perkara, yang mereka tidak puas hati.

Guan Eng minta IGP benar MP lawat Jayakumar di IJN

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Lim Guan Eng meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membenarkan ahli-ahli Parlimen melawat Dr. Michael Jayakumar yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Jayakumar bersama lima pemimpin dan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini ditahan di bawah Ordinan Darurat, sejak ditahan dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan Sabtu lalu.
Dalam suratnya kepada Ismail semalam, Setiausaha Agung DAP (gambar) itu berkata, sembilan orang Ahli Parlimen dan seorang Senator telah dilarang melawat Jayakumar, yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Siput.
“Oleh yang demikian, saya pohon jasa baik dan keprihatinan Tan Sri (Ismail) untuk memberi kebenaran kepada kami membuat lawatan tersebut sebagai tanda keprihatinan kami kepada beliau yang terlantar di IJN,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pasca Bersih : Kenali 'wirawati' BERSIH 2.0 - Auntie Anne

NONEAntara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih.

Wanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.

Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Auntie BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.

Pasca Bersih : Utusan marah media luar, portal pembangkang...sebab tak dapat menipu rakyat....BH/NST dengan kantoi gambar edit.!!!

Akhbar itu mendakwa, dua portal berita tempatan Malaysiakini dan The Malaysian Insider sealiran dengan akhbar luar negeri membuat laporan palsu mengenai perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

PETALING JAYA: Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak lagi memberi muka kepada akhbar asing dan portal berita yang menurutnya menyokong pembangkang.
Menurut akhbar itu, media asing terutama portal pembangkang di negara ini begitu berani membuat laporan yang tidak benar kerana begitu yakin kerajaan melalui KDN tidak akan mengambil tindakan.
Akhbar itu mendakwa, dua portal berita tempatan Malaysiakini dan The Malaysian Insider sealiran dengan akhbar luar membuat laporan palsu mengenai perhimpunan Bersih Sabtu lalu.
Utusan Malaysia dalam rencana pengarang hari ini mendakwa kedua-dua portal itu membuat banyak laporan palsu ketika perhimpunan
Bersih berlangsung bertujuan untuk memburukkan kerajaan di mata masyarakat dan mencemarkan Malaysia di pentas antarabangsa.

Tutup Operasi Esso Di M'sia, Bukti Kegagalan Najib Yakinkan Pelabur Asing

SHAH ALAM 13 JULAI : Desas-desus Exxonmobil mahu melupuskan pegangannya di dalam Esso Malaysia sekali gus menutup operasi runcitnya di negara ini kerana mempunyai margin keuntungan yang rendah merupakan faktor utama kegagalan pentadbiran Najib meyakinkan pelabur asing berhubung keadaan ekonomi semasa Malaysia.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, tindakan Exxonmobil itu bukan saja menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengekalkan pelabur sedia ada, malah ia menjadi kayu pengukur kepada tahap kemampuan Perdana Menteri menguruskan negara.

"Esso telah bertapak dinegara kita lebih 50 tahun, kenapa tiba-tiba mereka mahu tarik diri dari melabur? Mesti ianya bersebab?," soalnya.

Bar report shows police waged war against Bersih, says Pakatan


Bar Council monitors reported that the police had behaved “arbitrarily, indiscriminately and excessively” when dealing with protestors on Saturday. — file pic
KUALA LUMPUR, July 13 — Pakatan Rakyat (PR) leaders have accused the police of attacking protestors at Saturday’s Bersih rally “as if we were terrorists” following the Bar Council’s report that the police had fired water cannons and tear gas canisters in a manner suggesting an intention to inflict injury. PKR secretary-general Saifuddin Nasution told The Malaysian Insider that it was ironic that in the week leading up to the July 9 march for free and fair elections, the police had arrested Parti Sosialis members for waging war on the Agong.
“On Saturday, the police were waging war against us,” the Machang MP said.
DAP parliamentary leader Lim Kit Siang also said that the Bersih gathering had witnessed “regime policing from the colonial era, protecting the ruling regime from the public.”

Nurul: Kami tak ingin seperti Mesir

"Kami mengambil pelajarannya. Tapi, penerapannya di Malaysia akan kami sesuaikan sendiri," tegasnya.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, perhimpunan jalanan mungkin tidak berlaku lagi kerana tidak mahu apa yang berlaku di Mesir atau Syria berlaku di negara ini.
“Kami ni masih cintakan Malaysia. Dan apa pun masalah yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN), bila kami menang, tentu kami yang akan mewarisinya.
“Semangat kami adalah semangat memperbaiki keadaan,” katanya dalam temubual dengan akhbar Jawa Pos.
Beliau ditanya mengenai perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.
Kata Nurul Izzah, anak sulung pemimpin pembangkang utama Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya memang melihat proses transisi di Indonesia, Mesir dan beberapa negara lainnya.
“Kami mengambil pelajarannya. Tapi, penerapannya di Malaysia akan kami sesuaikan sendiri,” tegasnya.
Tetapi Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya memang tidak ingin kehilangan momentum rakyat dari perhimpunan tersebut.

Bersih 2.0 : Auntie Anne - the making of an iconic image

Among the scores of photos and video recordings on the Bersih 2.0, one subject stands out - dressed in a bright yellow T-shirt and holding white chrysanthemums, she is drenched after being doused with chemical-laced water outside the Tung Shin Hospital.

NONEFormer English teacher Anne Ooi, 65, has become the defining image of the rally - and has quickly been dubbed 'the Malaysian Lady of Liberty' and 'Bersih Aunty'. She now has a Facebook following as well.

Photographer Hugo Teng told Malaysiakini that he took the photo while running towards Wisma Magnum from the Chinese Maternity Hospital, to escape the police who were moving in to arrest rally participants.

The Chinese Maternity Hospital is situated next to Tung Shin Hospital, while Wisma Magnum is opposite the two hospitals in Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

“I wanted to get into the Chinese Maternity Hospital compound over the gate, but I saw the policemen rushing in to arrest people, so I changed my mind and ran to Wisma Magnum. On my way, I saw an elderly woman facing a big team of riot police.

Video : "Pengerusi SPR jangan angkuh sangat"

Video - TG Hadi Awang: Himpunan Bersih mahu pulih demokrasi

Pasca Bersih : Pelajar saksi warga tua dihenyak polis.."mungkin dia pak chik yang meninggal itu"..!!

NONESeorang pelajar berkata beliau melihat seorang warga emas terjatuh dan dihenyak oleh polis ketika sepasukan lebih 100 orang anggota berkenaan menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 berhampiran menara KLCC pada Sabtu lalu.
Pelajar berkenaan berkata, warga emas berkenaan mungkin merupakan individu yang meninggal dunia selepas dibawa ke hospital selepas terjatuh semasa perhimpunan itu berlaku.
"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.
"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Ketika ditanya, pelajar itu berkata beliau tidak melihat sekiranya polis telah menendang lelaki terbabit, "tapi saya rasa polis henyak dia. Tak mahu bagi dia bergerak."

Pasca Bersih : Keluarga Baharuddin terkilan laporan bedah siasat ‘ditangguh’

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia semasa Himpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu terkilan kerana masih belum menerima laporan bedah siasat dan dijangka akan didedahkan bulan depan.
Anak Sulungnya Mohd Nasrul (gambar, kanan) berkata dia telah dimaklumkan pada Sabtu lalu bahawa laporan bedah akan siap dalam masa “empat hingga lima hari”, namun hari ini diberitahu Hospital Kuala Lumpur ia akan didedahkan dalam tempoh empat hingga lima minggu.
“Apa yang terjadi? Jenazah sudah dikebumikan jadi apa yang mereka tunggu lagi?” kata remaja berusia 22 tahun ini kepada The Malaysian Insider.