Selasa, 12 Julai 2011

Pasca Bersih : Lawak Ketua Polis Malaysia Pasal Senjata Api & Bom Petrol

Blog PenorehGetah




Masih ingatkah anda? Ketua Polis Malaysia dan Ketua Polis Selangor beriya-iya dalam TV mengatakan penemuan senjata yang dipercayai didalagi oleh pihak BERSIH untuk merusuh di ibukota pada 9 Julai 2011 nanti.

Pasca Bersih : 'Sajak Orang Kepanasan' Rendra.

Oleh: abuhikam
Perhimpunan Bersih 2.0 gagal. PM kata gagal. Media kata gagal. UMNO kata gagal. Tidak pasti apakah dunia juga mengatakan gagal. Pabila menatap TV dan akhbar, ternyata hampir benar. Dan seluruh rakyat diberitahu bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang dirasuk komunis dan menghakis ketuanan melayu itu gagal.

Pastinya sebahagian rakyat kecil menarik nafas panjang dan percaya sebulat-bulatnya. Dan sebahagian lagi tersenyum sumbing di sudut bibir, entah apa maknanya.

Bersih rally shows May 13 ‘bogeyman’ buried, says Bar Council

A sea of Malaysians of different backgrounds coming together at the Bersih rally July 9 2011. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, July 12 — The Bar Council today said that Saturday’s Bersih 2.0 rally had shown that the “bogeyman” of the May 13, 1969, race riot has been buried and will no longer be feared by Malaysians.
Its president Lim Chee Wee told a press conference here that although the spectre of the violent racial clash had been raised prior to the rally, Malaysians had still dared to gather in the streets of the capital here to march for free and fair elections. While stressing that the council was apolitical, Lim observed that the thousands who thronged the city on Saturday had not instigated violence against one another or turned the gathering racial.

BERSIH 2.0 : Hishamuddin & PDRM Nak Keluarkan Video Ala Video Seks Datuk T?


PDRM Rakam Sepanjang Perhimpunan Haram Berlangsung Sebagai Bukti - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan haram Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu melalui pelbagai saluran, termasuk media asing dan tempatan akan disiasat melalui rakaman yang diambil PDRM sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

"Bilik operasi kita (PDRM) mempunyai rakaman semua yang berlaku pada Sabtu lepas. Jadi apa-apa yang telah pun didakwa atau dituduh oleh pihak-pihak tertentu, perkara ini akan disiasat dengan bukti yang kukuh," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Isnin.

Video BERSIH 2.0: Kezaliman Penguasa

Video BERSIH 2.0: Brave Sabahan

Tolonglah maafkan, saya hanya memondan dalam Bersih kali ni

Oleh Penarik Beca
Dalam posting bertajuk "Kerajaan curi-curi Malaysia" 16 Jun lalu, saya tulis seperti berikut:
Orang dok mengutuk tiap-tiap hari, anak nak bersedap-sedap pun tibai duit rakyat. Depa peduli apa, tengah-tengah orang dok bising fasal beg tangan, orang yang berlegar di sekitar istana depa bikin cerita bahawa masuk lagi beg tangan import.
Tu tak kira lagi sok sek-sok sek depa tentang kemasukan berlian bernilai RM13 juta sebulan dua yang lalu. Gila-gila punya cerita. Kita takat bersembang fasal khabar angin dari istana depa je la. Bukti tak ada.

Bersih to work towards getting demands met

Bersih to work towards getting demands metKUALA LUMPUR - Bersih 2.0 has no immediate plans to organise another rally but will work towards seeing its demands for clean and fair elections met, its chief Datuk S. Ambiga said.
The coalition of non-governmental organisations (NGOs) will also seek to hand over a memorandum on its cause to Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin through other means, after failing to do so at last Saturday's rally.
"We have no immediate plans to hold another rally. Rallies cannot be held at just the drop of a hat. If they are held, there must be a good reason," Ambiga said at a press conference Tuesday.
Ambiga also welcomed Umno Youth's offer to publicly talk about Bersih's demands for electoral reform.

UMNO bersendirian dalam perhimpunan

Oleh farzu

"Kuala Lumpur 9 Julai 2011 telah menyaksikan satu perhimpunan yang amat besar dengan tekanan dan ugutan. Perhimpunan berjaya juga dianjurkan. Tepat 2.00 petang berduyun-duyun manusia yang ingin menuntut keadilan dalam piliharaya berhimpun. Ramai dari mereka terkandas atau dihalang untuk menyertai perhimpunan tersebut tetapi tidak sedikit pun merapuhkan semangat. Banyak lokasi disekat dan dikepung bagi menghalang ribuan manusia yang ingin bersama dalam perhimpunan yang sangat bersejarah ini.

Bersih fiasco: Najib Razak, be a man and step down

Bersih fiasco: Najib Razak, be a man and step downThe Najib administration is a mess and it is right for Najib Razak to take responsibility for his fumbling that has disgraced the country and step down as Prime Minister.
But since this may be an impossible call as the UMNO elite would definitely force their hand to retain Najib as a puppet administrator for their own twisted plans, the 'resignation' of the Prime Minister can be initiated by members of Parliament.
The Federal Constitution mandates that the Prime Minister be appointed by the Agong after selecting from members of Parliament someone who in His Highness’s judgement, commands the confidence of the Parliament. The appointment of the Prime Minister is thus, the prerogative to the Agong.
Nowhere does it stipulate that the Prime Minister must come from the majority seat-holding party. This was surely the case in India, when Prime Minister Dr Manmohan Singh was selected from the minority Singh community and interestingly, he was also the Opposition leader from 1998 - 2004. And under Prime Minister Manmohan, India has had a resurgence in its economy and industrial standing.

Pasca Bersih : Tetap aman

Oleh Mujahid Yusof Rawa
Ada satu perkara yang kurang difahami oleh kebanyakan orang dalam hak untuk berhimpun. Mereka tidak dapat membezakan antara perhimpunan aman dengan perhimpunan haram.
Istilah “haram” hanyalah satu pengklasan himpunan yang dilabelkan sebagai tidak mendapat permit polis, manakala perhimpunan aman adalah satu istilah yang diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan sebagai satu hak. 


Walaupun tidak mendapat izin ia tetap satu hak yang perlu dihormati oleh semua pihak tidak terkecuali pihak polis. Segala tindakan yang menghalang hak ini adalah satu pencabulan kepada hak asasi manusia secara berperlembagaan dalam konteks Malaysia mahupun dalam piawian antarabangsa.

Pasca Bersih : TAHNIAH PADA RAKYAT ANDA BERJAYA!


Walau cuba ditipu, dibohongi dan dimomok oleh kerajaan  UMNO-BarisanNasional, rakyat Malaysia tidak mudah diperdayakan.
Walau diancam, diugut dan dizalimi pihak berkuasa yang menjadi alat  kerajaan UMNO-BN, rakyat Malaysia tidak takut dengan gertakan.
Walau terpaksa berdepan dengan gas pemedih mata, pancutan meriam  air dan bantaian cota polis, rakyat Malaysia tidak gentar dengan  keganasan pihak berkuasa.
Walau berita palsu disebarkan oleh media arus perdana milik kerajaan  UMNO-BN, rakyat Malaysia tidak lagi percaya dengan tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh pemimpin politik yang sedang nazak di puncak kuasa.

Bersih 2.0 : When the ordinary became extraordinary

I’m as ordinary as it gets. I live in a decent-sized condo, in a fairly popular middle-upper class neighbourhood. I married my husband in my early 30s. I’ve got a decent job in a well-regarded private corporation, where I’m middle management.
No children just yet but we’re trying for the average number of two. On the weekends, we do what most Malaysians in our circumstances might do — head to the cinema, have a meal at one of KL’s many malls, catch up with family and friends.
Recently, I had to answer a little profile write-up for work. When asked “what’s your biggest achievement?”, I could think of nothing I’d done so far that qualified. Yes, I’m that ordinary.
This ordinary Malaysian grew up in a normal household. My father was a university lecturer, my mother a secondary school teacher. We weren’t poor, nor were we rich.

Polis tindak melampau ke atas peserta Bersih, kata Majlis Peguam


KUALA LUMPUR, 12 Julai — Polis telah bertindak secara “rambang, sembarangan dan melampau” dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat serta di bawah aras mata terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, kata laporan pemerhatian Majlis Peguam.
Laporan itu mengatakan polis melepaskan gas pemedih mata dengan tujuan mahu menyebabkan kecederaan.
Pada Sabtu lalu, Majlis Peguam telah meletakkan anggotanya di beberapa lokasi untuk memantau perhimpunan itu.
Ia mendedahkan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berjalan dalam suasana aman sekiranya polis tidak melepaskan gas pemedih mata ke atas peserta.
Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) berkata, pihaknya akan membentangkan hasil laporan itu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan yang dijangka akan diadakan minggu ini.
Pasukan pemantauan itu, kata Lim, melaporkan beberapa insiden kecil di mana peserta berkelakuan liar dengan melempar botol air mineral ke atas wartawan stesen televisyen.

Video : Drop siege mentality, Hishammuddin told

Pasca Bersih : Rakyat perlu memilih – Malaysia yang Bersih atau kotor

Arahan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia kepada anggota-anggota polis yang telah bertindak ganas dengan menyerang orang ramai yang berhimpun secara aman sempena perhimpunan Bersih 2.0 adalah bukti pelanggaran hak asasi manusia.
Tindakan kejam itu bertentangan dengan saranan Suruhanjaya Diraja Mengenai Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada 2005 yang mencadangkan tiga fungsi utama polis – mengurangkan jenayah, membasmi rasuah dan menegakkan hak asasi manusia.
“Polis tidak menegakkan hak asasi manusia, sebaliknya melanggar hak asasi manusia dengan menindas rakyat,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Pasca Bersih : Rupa-rupanya UMNO-BN masih tak sedar diri

Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Peringatan Yang di-Pertuan Agong terhadap perhimpunan aman Bersih 2.0 akhirnya menjadi self-fulfilling prophecy atau ramalan yang benar-benar terjadi yang dibuat sendiri oleh kerajaan UMNO-Barisan Nasional.
Usaha Datuk Seri Najib Razak menggunakan tekanan dan melalui pihak berkuasa untuk menggagalkan Bersih 2.0 ternyata meleset; akhirnya para pemimpin UMNO-BN  terlopong melihat puluhan ribu rakyat berteriak “Bersih!” dan “Hidup Rakyat!” di tengah-tengah bandaraya pada petang Sabtu lalu.
Ini adalah akibat kedegilan Perdana Menteri dan kerajaan UMNO-BN untuk akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu kerajaan melaksanakan segala amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bijaksana.

Pasca Bersih : Sehari selepas Bersih 2.0

Oleh Aishah

11 July 2011
i
ada bulan di luar
bersih dan mekar
menyeberangi cahayanya
lewat malam baru.

untuk saat ini
tak mungkin aku pandai
memilih yang cantik
pemandanganku retak
oleh luka dalam

ii
bagaimanakah rupa kenyataan?
ataukah pernah ada bentuk padanya:
yang baik dipilih
dengan perasaan hormat,
untuk penyumbang dikarangkan
terima kasih dan diucapkan selamat,
yang sederhana disudutkan pada kebiasaan,
yang jujur dianjur menjaga nilai
yang berani dibenarkan berkata awal?

tapi ini semuanya mimpi,
dilayangkan oleh purnama,
kerana yang kulihat hanya kacau:
yang licik jadi ketua,
yang kejam jadi hakim,
pemuji dipangkatkan tinggi,
pemikir diawas-awasi.
sarjana dipencilkan ke bilik,
si rajin dituduh bercita-cita,
si malas merancang kuasa.

gelap dunia ini
rimba subur
membeli sopan dan seni
kudengar ketawa besar
dari daerah peniaga
dan terkelip senyum
pada sekutunya yang bertakhta.

tiada lukisan, tiada puisi.
lagu telah tenggelam di bawah arahan,
penari dirogol oleh pengurusnya.

iii
bulan luntur
abuk malam terpercik ke parasnya
yang tinggal waktu lebihan
tanpa cahaya atau bersihnya.

Bulan Luntur
25 Mei 1983, Muhammad Haji Salleh

Video : Pendedahan Penting Cincin RM24.5 Juta oleh Chegubard

Pasca Bersih : Pengalaman Lt Col (R) Aw Yong Tian Teck Menyertai bersih

Ikuti cerita uncle Aw Yong Tian Teck, seoran pesara tentera yang turut sama menyertai perhimpunan Bersih bersama-sama majoriti orang Melayu di bawah.

Bagi Uncle Yong ia merupakan satu pengalaman hebat yang membuatkan dia tersenyum bangga dan puas. itulah kali pertama ia merasakan dia amat berbangga dengan negaranya dan sanggup membuat apa saja demi membaiki negara tercinta ke arah yang lebih baik.

Menarik juga komennya terhadap akhlak umat Melayu/Islam yang tidak memandang kulit dalam menghulurkan pertolongan kepada semua rakan seperjuangan.

Apa lagi yang kita harap dari UMNO-BN?

Oleh Adil Mat Selamat

12 JULAI – Perhimpunan aman Bersih 2.0 sudah berakhir, dunia telah menyaksikan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum telah bersatu di bawah satu niat iaitu reformasi sistem pilihan raya.
Dunia juga telah melihat bagaimana anggota polis menjalankan “tugas”. Dan, rakyat Malaysia sendiri telah mendengar silat lidah para pemimpin UMNO-Barisan Nasional yang menangkis semua dakwaan salah guna kuasa, penindasan dan kezaliman.
Ini bukan zaman Tunku Abdul Rahman atau Tun Razak dengan satu stesen TV dan radio serta tiga empat akhbar. Ini zaman internet. Lihat saja YouTube, Facebook dan sebagainya untuk menyaksikan kebenaran.

Pasca Bersih: Demo gagal dihalang, mana molotov cocktail?


Polis menutup semua pintu masuk ke Kuala Lumpur mulai petang 8 Julai namun semua itu tidak menghalang kira-kira 50,000 penunjuk perasaan untuk membanjiri tengah Kuala Lumpur melaksanakan bantahan menuntut penganjuran pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia.
Kerajaan menggambarkan selama dua minggu tunjuk perasaan tersebut sama ganasnya dengan rusuhan berdarah di luar negara melalui slot iklan di semua stesen penyiaran dan akhbar. Seolah-olah Kuala Lumpur akan terbakar seperti kota Jakarta dalam kebangkitan Reformasi 1998.
Akibatnya kebanyakan pekedai dan pemilik kompleks membeli belah menutup perniagaan. Jalan masuk ditutup menyebabkan orang ramai tidak boleh mengunjungi ibu negara. Namun  semua itu hanya merugikan peniaga dan orang yang tiada kena mengena dengan tunjuk perasaan.

Pasca Bersih : Takut-takut berani 9 Julai

Oleh Amaluddin Zhafir


12 JULAI – Pada 9 Julai jam enam petang, kami berada di sebuah restoran mamak bersembang selepas pertembungan antara polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan puluhan ribu rakyat, di Jalan Ampang berhampiran KLCC.
Masing-masing antara kami bercerita mengenai pengalaman yang ditempuhi ketika di perhimpunan aman Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur.
“Weh, masa dekat Maybank tadi, kau ada dengar tak bunyi ‘ptut, ptut, ptut’?” soal seorang jurugambar yang baru aku kenal.
“Alah… Itu DBKL tembak gagak tu,” kata Syahrul, spontan sambil menjamah makanan.
***

Pasca Bersih : 10 pertubuhan Cina desak China Press mohon maaf

Pemuda Persatuan Cina mengecam China Press berikutan liputan berita perhimpunan aman BERSIH 2.0, yang disiarkan pada malam 9 Julai dan pagi 10 Julai.  Cara liputan bukan sahaja secara seriusnya memutarbelitkan kebenaran, tetapi juga mengelirukan pembaca ketika memahami tuntutan sebenar BERSIH 2.0.

Pada 9 Julai, China Press telah menemuramah beberapa kanak-kanak sekolah yang berumur antara 6 hingga 18 tahun, yang mencungkil kecurigaan sama ada kanak-kanak ini diperalatkan.  Mereka ditemuramah seolah-olah dirancang oleh pihak atasan, dan tajuk berita ditulis sebagai "Orang dewasa, jangan bergaduh lagi!".  Tuntutan demokrasi rakyat telah dilaporkan seolah-olah "perbalahan antara dua pihak".

Rakyat No Longer Afraid To Stand Up For Their Rights

On July 9th, many Sarawakians had travelled to Kuala Lumpur to be a part of the BERSIH 2.0 rally, which called for sweeping electoral reforms. The objective was clear. Many of the people who participated were flag waving, God-fearing, patriotic citizens who wanted nothing more than a peaceful expression of their frustration of the status quo.
I was personally present at the rally and I was glad to be part of the rakyat’s voice. The rally was peaceful and our security men and marshals were splendid in crowd control. Despite being shot at with water cannons and tear gas canisters, the rakyat remained non-violent. I am proud that I had a taste of tear gas myself.

Bersih 2.0’s Walk For Democracy: The Govt Shows Its True Colours?


SUARAM condemns in the strongest terms the conduct of the government of Malaysia in their handling of the 9 July electoral reform rally – ‘Walk for Democracy’ - called for by the Coalition for Free and Fair Elections, Bersih 2.0 (bersih in Malay means clean). The Inspector-General of Police, Ismail Omar said that 1667 persons had been arrested on the day of the rally, including 151 women and 18 minors.[1] Among those arrested were members of the Bersih 2.0 Steering Committee, Maria Chin and S. Ambiga; and Members of Parliament, Sivarasa Rasiah, Tian Chua, Azmin Ali and Khairy Jamaluddin.[2]
In KL Sentral railway station, police not only confined a peaceful crowd in the underpass, but also proceeded to fire numerous rounds of teargas canisters angled directly at them. Teargas canisters can be harmful if fired directly at people and used in confined spaces. The incident injured Bersih 2.0 leaders, PAS Shah Alam MP Khalid Samad, and Anwar Ibrahim's bodyguard Fayyadh Afiq. Dozens emerged from the underpass choking on clouds of teargas. Further, Mohamed Sabu, PAS Deputy President, was injured en-route to Masjid Negara by a police Land Rover that deliberately knocked into his motorbike.

Pasca Bersih : Warga internet tuntut pimpinan letak jawatan

Gelombang kuning terus mengombak di dunia internet.  Jika laman sosial facebook diwarnai "kuning" dengan gambar profile warganya menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, maka kini memperlihatkan trend untuk menubuhkan "page" mendesak pimpinan utama kerajaan meletak jawatan.

Bermula dengan page "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation", kini warga internet menyasarkan beberapa pimpinan utama dalam kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, dan Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai.  Malah, Ketua Polis Negara Ismail Omar juga tidak terelak daripada desakan warga internet untuk letak jawatan.

Pasca Bersih : Sebagai anak CINA, saya rasa lebih selamat bersama orang PAS

Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?"  Saya menuding jari ke depan.  Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan.  Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.  Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu?  Berarak adalah hak kita.  Mengapa pula saya takut?  Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda.  Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.  Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap.  Saya tahu beliau cuba menakutkan saya.  Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka.  Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka.  Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu.  Ya, saya rasa sangat selamat.

Pasca Bersih : Keluarga Masih Tunggu Laporan Bedah Siasat Baharuddin

SETIAWANGSA 12 JULAI : Rusni Melan masih menunggu laporan bedah siasat ke atas jenazah suaminya, Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Laporan bedah siasat itu penting bagi membolehkan keluarganya mengetahui sebab sebenar kematian Allahyarham, kata Rusni ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya di AU3, Setiawangsa hari ini.

Sedangkan, polis telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Bersih 2.0 : ‘Tear gas was used incorrectly’

The Bar Council Monitoring Team, in its report of the Bersih 2.0 rally, concluded that there was 'no need for police to have used their water cannons and tear gas' against the marchers.

KUALA LUMPUR: The Malaysian Bar Council will raise the issue of police aggression against supporters of last Saturday’s Bersih 2.0 rally when it next meets with the Inspector General of Police.
Its president Lim Chee Wee said they were waiting for an appointment with the IGP when they will also handover a report compiled by the Bar Council Monitoring Team on the events of July 9.
Lim said the report prepared by the team summed up their findings from the march.
The report concluded that the rally was peaceful and there was no need for the police to have used water cannons or tear gas against the marchers.
“The police indiscriminately used tear gas and water cannon when there was no need to do so. There was a lack of warning issued to the marchers.

Pasca Bersih : Malaysia Masih Terperangkap Dalam Dunia Primitif


SEBERANG JAYA 12 JULAI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengungkapkan negara Malaysia masih berada di alam primitif dunia ke tiga berikutan kecenderungan pihak berkuasa mengasari rakyat bagi melindungi kepentingan pemimpin.

Sehubungan dengan itu beliau merayu kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar menjaga keselamatan rakyat dan bukan menjadi alat Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau yang cedera di lutut kiri ekoran tindakan ganas polis pada perhimpunan gabungan Bersih di ibu negara Sabtu lalu menyamatarafkan corak diktator pemerintahan di Malaysia dengan Burma.

Pasca Bersih : KPT didakwa cuba sekat siswa

Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu menyerahkan senarai nama mahasiswa institut pengajian tinggi awam untuk diambil tindakan mendapat tentangan NGO dan aktivis mahasiswa.

Mereka rata-rata berpendapat "hukuman" tersebut bertujuan menyekat hak mahasiswa untuk bersuara.

NONEMenurut Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Ahmad Syazwan Muhamad Hasan, tindakan itu dilihat sebagai tidak demokratik dan bersifat menghukum.

"Usaha KPT sepatutnya bukan mewakili kepentingan parti politik, mereka (KPT) perlu menjadi jururunding untuk mahasiswa bagi menjelaskan perkara ini (lapan tuntutan BERSIH)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Ahmad Syazwan (kiri) juga mempersoalkan tindakan terbaru kementerian itu yang sebelum ini didakwa membiarkan mahasiswa yang terlibat mengadakan demonstrasi menentang dasar kerajaan Pakatan Rakyat tidak diambil tindakan.

Beliau mengingatkan kembali kepada perhimpunan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UITM) di Shah Alam tiga tahun lalu bagi menentang cadangan membuka universiti itu kepada pelajar bukan bumiputera.

Video : Suhakam urged to probe 'police brutality'

Video -Bar Council: Tung Shin Hospital was hit

Video : Bersih calls for 'Yellow Saturdays'

Video : Tunaikan Tuntutan ,Atau Hadapi Bersih 3 0

Video : Keganasan Bersih 2 0 Amnesty International Desak UK Tekan Najib

Video : Kuning setiap Sabtu

Pasca Bersih : Saksi BERSIH mengadu pada Suhakam


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini mendengar aduan daripada beberapa orang awam yang mendakwa terdapat keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.

Hadir bersama pemimpin Pemuda PAS, beberapa saksi kejadian tampil menceritakan pengalaman mereka kepada suruhanjaya itu.

Menurut seorang pembantu doktor Abu Bakar Abdul Rahman, dalam perhimpunan itu, beliau menyaksikan sendiri berlakunya polis menyalahgunakan kuasa mereka.

Dengan sebak, pengamal perubatan itu berkata, terdapat peserta yang sedang "bersujud" di atas jalan raya ditendang oleh polis dengan sengaja.

Pasca Bersih : Pemuda PAS mahu Suhakam arah KDN, polis minta maaf


KUALA LUMPUR, 12 Julai — Dewan Pemuda PAS mengemukakan empat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia melibatkan polis ketika menangani Himpunan Bersih 2.0 dan mahu Kementerian Dalam Menteri meminta maaf secara terbuka.
“Kami mahu Kementerian Dalam Negeri dan polis mintaa maaf secara terbuka ekoran keganasan dan kekerasan yang dilakukan semasa perhimpunan itu.
“Kita mempunyai bukti pihak keselamatan telah melakukan keganasan dan kekerasan ke atas peserta perhimpunan, kita ada rakaman video dan gambar bagi menjelaskan apa yang berlaku,” kata ketuanya Nasrudin Hasan (gambar) pada sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Suhakam.
Tegas beliau, walaupun polis memohon maaf, namun tindakan undang-undang tetap akan diambil terhadap pentadbiran Najib.
“Ya, kalau mereka minta maaf pun kita akan tetap ambil tindakan undang-undang kerana apa yang mereka lakukan ini amat bertentangan dengan hak asasi manusia, mereka sepatutnya menjadi pengamal keselamatan, bukan penggugat keselamatan,” katanya.

Majlis Peguam: Hospital Tung Shin jadi sasaran

Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas menafikan polis melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air berkimia ke Hospital Tung Shin dalam perhimpunan Sabtu lalu, pasukan pemantau Majlis Peguam hari ini tampil dengan pengakuan lebih ramai saksi berhubung apa yang sebenarnya terjadi.

NONEHasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman.

Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital.

Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan.

Pasca Bersih : Ajk Bersih selar ugutan polis terhadap saksi keganasan

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyelar tindakan polis yang mengganggu dan mengugut mereka yang membuat laporan keganasan polis pada himpunan Bersih, 9 Julai lalu.
Menurutnya, beliau diberitahu seorang saksi berhubung gangguan itu, selepas membuat laporan polis mengenai tindakan pihak berkuasa  melepaskan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin, pada hari himpunan berlansung.
“Pagi ini saya menerima panggilan telefon seorang saksi yang melihat Hospital Tung Shin ditembak dengan gas pemedih mata. Dia kini diganggu polis dan diugut supaya menarik laporannya,” tegas Maria.
Justeru beliau menyeru orang ramai dan peserta himpunan yang mempunyai bukti rakaman video atau gambar keganasan polis agar tampil memberikan salinan kepada pihaknya.
“Kita juga menyeru mereka yang mengalami sendiri kekasaran pada himpunan 9 Julai itu untuk membuat laporan polis dan memberikan salinannya kepada kami,”

An environment of ‘fear and repression’

The Wall Street Journal says the silent majority has been awakened and will speak up against the Najib administration.
KUALA LUMPUR: The Wall Street Journal said the handling of the Bersih 2.0 by the Najib administration has created an environment of “fear and repression.
In today’s edition of the The Wall Street Journal (WSJ), it said because of the harsh response to the rally, the silent majority has been awakened and will speak up.
The newspaper called it “Crackdown 2.0″ and pointed out that the clampdown had only strengthened the opposition Pakatan Rakyat and also noted that it will also trigger a voter backlash against the ruling front.
“On Sunday, Mr Najib called on the ‘silent majority’ of Malaysians, who he claims opposed Bersih, to speak up. If he continues to create an environment of fear and repression, he may find this silent majority speaking up soon, but against him,” the newspaper said.

Kekerasan: Pemuda PAS serah memo pada Suhakam

UALA LUMPUR, 12 Julai: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini telah menyerahkan memorandum khas kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung tindakan penggunaan kekerasan tidak munasabah pihak polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.
Memorandum tersebut diserahkan sekitar jam 3.30 petang tadi oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan dan diterima oleh Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee bersama Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah di ibu pejabat Suhakam, di sini.

Pasca Bersih : : 900 adu untuk saman polis

Seramai 900 peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu sudah mengadu kepada PAS bagi diteliti sama ada mereka boleh menyaman pihak berkuasa yang didakwa bertindak tidak wajar menyuraikan mereka.

NONEPengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, buat masa ini, mereka masih mengumpulkan maklumat untuk diteliti satu persatu.

"Kita sekarang dalam proses mengumpulkan bukti, termasuk rakaman video, gambar dan saksi-saksi yang juga menjado mangsa," katanya.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Ahmad Zamri berkata, jabatan itu kini membuka tiga talian hotline selama 24 jam bagi mengumpulkan aduan pihak terlibat.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan beberapa anggota jawatankuasa dan wakil rakyat parti Islam itu.

Menurut Ahmad Zamri, sebagai langkah awal, mereka dijadual melaporkan perkara itu terlebih dahulu kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) petang ini.

Pasca Bersih: PAS jamin bela kakitangan awam, mahasiswa

KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS akan bersama dan memberi perlindungan kepada mana-mana kakitangan awam, mahupun mahasiswa yang dikenakan tindakan tatatertib ekoran menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Komitmen itu dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily hari ini.
"Kita akan memberi perlindungan kepada mereka jika dikenakan tindakan, kita tetap bersama mereka," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata PAS kesal dan kecewa dengan sikap kerajaan yang mahu menghukum mereka yang menuntut demokrasi dalam negara diperbetulkan.

PAS mahu demokrasi mencerdikkan rakyat

KUALA TERENGGANU, 12 Julai: “Kita mahu demokrasi yang mencerdikkan rakyat dan bukan demokrasi yang membodohkan rakyat,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, jelasnya, himpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0 diatur oleh pertubahan bukan kerajaan di kalangan Islam dan bukan Islam.
Menurutnya, mereka bukan parti politik dan tidak terlibat dengan pilihan raya.
Mereka, ujarnya adalah kalangan cerdik pandai, profesional di seluruh negara daripada pelbagai kaum yang melihat banyak perkara yang tidak kena, yang boleh merosakkan negara kerana demokrasi dirosakkan.
“Walau pun hari ini Umno menganjurkan perhimpunan, presidennya (Najib) mengatakan hendak mendukung dan menghidupkan demokrasi, demokrasi jenis apa,” ujarnya ketika berucap kepada orang ramai yang menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, malam tadi.

Baju Bersih: 2 lagi pemimpin PAS ditangkap

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Dua orang pemimpin PAS kawasan di Johor hari ini ditahan polis kerana memakai baju kunig bercetak "Bersih 2.0".

Kedua-duanya adalah Yang DiPertua PAS Johor Bharu Rosli Kemim dan Naib Yang DiPertua PAS Pulai Zaaba Ibrahim.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengahari ketika mereka sedang mengadakan sidang media bersama pemimpin PAS negeri itu selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan pihak berkuasa pada perhimpunan Bersih, 9 Julai lalu.

Pasca Bersih : Ramai kesal tindakan polis

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Kejayaan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu telah mencatat sejarah baru buat seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan inginkan keadilan sistem pilihan raya.

Biarpun berdepan sekatan dan halangan pihak polis sejak tarikh perhimpunan diumumkan, kehadiran puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa khususnya golongan muda membuktikan rakyat Malaysia benar-benar mahukan perubahan.

Berikut antara pendapat orang ramai yang sempat ditemubual dalam himpunan Bersih Sabtu lalu.

Mazni Osman- Klang

"Saya begitu kesal dengan tindakan polis yang keterlaluan. Sebelum tiga hari himpunan diadakan kita lihat jalan banyak disekat. Kebanyakkan kenderaan dibuat pemeriksaan oleh polis. Saya rasa negara kita yang sudah mencapai 52 tahun kemerdekaan ini seolah-olah kembali kepada zaman Jepun.

"Polis menangkap rakyat yang tidak bersalah seperti hanya membeli dan memakai baju kuning, bahkan pihak penganjur juga telah berusaha untuk meminta kelulusan permit tidak diberi. Perbincangan telah diadakan berulang kali namun tidak mendapat kerjasama dengan baik. Sikap mereka ini membuatkan rakyat terutamanya belia yang semakin matang berfikir tahu sama ada mahu menyokong BN atau ingin menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya akan datang."

P'raya: Bersih desak tubuh Suruhanjaya Diraja

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera bagi meneliti secara keseluruhan sistem pilihan raya di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan, berkata suruhanjaya itu seharusnya dianggotai oleh mereka yang mendapat kepercayaan rakyat.

"Usaha Bersih 2.0 tetap diteruskan, kami percaya langkah terbaik untuk terus maju adalah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, yang mana ahli-ahlinya dipilih dan diterima oleh rakyat.

Pasca Bersih : Rakyat diminta 'pakai kuning' setiap Sabtu

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu yang menuntut lapan perkara bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

NONEKetua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga meminta rakyat memakai apa-apa yang kuning pada setiap Sabtu sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada tuntutan 62 NGO gabungannya itu.

"Sehingga reform seumpama itu dibuat, kita minta rakyat memakai apa sahaja yang kuning pada setiap Sabtu. Tidak kira sama ada baju atau apa-apa sahaja...,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Ambiga berkata walaupun perhimpunan Sabtu lalu mendapat sambutan luar biasa rakyat, tetapi tugasnya membuat lapan tuntutan bagi sistem pilihan raya bersih dan adil di negara ini masih belum selesai.

Sehubungan itu, katanya BERSIH 2.0 mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera bagi meneliti secara keseluruhan sistem pilihan raya di negara ini.

Tanah tumpahnya darahku

Esther Goh

JULY 12 — “Are you ready to die for the country?” I asked as I walked together with Simeon heading from Mirama Hotel on Jalan Maharajalela to Petaling Street.
My honest answer to my own question was, “No. I don’t believe I should die now. When I’m only 24. There is so much more that I want and believe I can do for my country.”
“But what if it takes bloodshed for people to wake up? What if we were the ones to go — so that people will finally realise the need for change?” was Simeon’s reply.
***

Pengerusi Bersih Ambiga tidak akan tanding PRU-13


KUALA LUMPUR, 12 Julai — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan beliau tidak akan sama sekali bertanding pada pilihan raya umum ke-13 meskipun ada gesaan agar meneruskan perjuangannya dengan menjadi wakil rakyat.
Bekas presiden Majlis Peguam (gambar) ini dilihat sebagai ikon baru pergerakan masyarakat madani bersama Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said selepas menerajui perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya umum meskipun berhadapan dengan kritikan dan halangan pentadbiran Najib.
Ekoran populariti itu, beberapa pihak mahukan beliau bertanding dalam pilihan raya umum yang dijangka diadakan awal tahun depan.
“Sudah pasti tidak,” kata beliau ketika ditanya sama ada akan bertanding pada sidang media hari ini.
“Dan, saya boleh mengatakan mengapa (tidak). Saya tidak dapat bertahan dengan politik negara ini,” kata beliau.

Bersih 2.0 sedia temu Pemuda Umno bincang tuntutan

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Kepimpinan Bersih 2.0 menyambut baik tawaran Pergerakan Pemuda untuk bercakap di umum berhubung tuntutan-tuntutan pembaharuan pilihan raya dibawa oleh gabungan itu.
“Tiada masalah. Kami bersedia untuk lakukan,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) pada sidang media di sini hari ini.
“Kami bersedia untuk berdebat di umum mengenai tuntutan Bersih 2.0 dengan sesiapa,” kata beliau sambil menambah, termasuk juga dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ambiga menyifatkan tawaran Pemuda Umno sebagai satu cara yang sihat untuk membawa tuntutan Bersih 2.0 ke depan.
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di ibu negara Sabtu lalu berhubung lapan tuntutan pihaknya.
Pada hari yang sama, Pergerakan Pemuda Umno mengadakan perhimpunan balas Patriot menentang Bersih 2.0 dengan mengumpulkan sekitar 500 orang.

Jui Meng: Bersih shows Chinese fear of Umno has "fled"

Jui Meng: Bersih shows Chinese fear of Umno has "fled" PKR vice president Chua Jui Meng slammed the BN for trying to tarnish the Bersih 2.0 rally with a racial taint.
In particular, he zoomed in on the MCA for discouraging the Chinese from attending the July 9 march, pointing out that the large number of young Chinese professionals who came was a slap in the face for party president Chua Soi Lek and underscored the irrelevance of the MCA.
"From Masjid Jamek to Menara Maybank, Puduraya, Chinese Maternity Hospital, Jalan Sultan nearest to Merdeka Stadium, Petaling Street, Jalan Masjid and the finale at KLCC, there were tens of thousands of all races," Jui Meng, a former Health minister and ex-MCA vice president, told Malaysia Chronicle.
From a Chinese to Malay rally

Pasca Bersih : Nafi dibayar, peserta Bersih bukan macam Umno

KUALA LUMPUR: Peserta himpunan Bersih pada 9 Julai lalu hadir berhimpun menuntut reformasi pilihan raya atas kesedaran diri dan tidak pernah diupah mana-mana pihak, kata Senator Dr Syed Husin Ali.
“(Peserta ) Yang datang bukan jenis (ahli) Umno. Mereka datang dengan semangat dan kesedaran sendiri.
“Kalau tak, takkan mereka berani datang sendiri,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen selepas persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau sekaligus menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya peserta Bersih sebelum ini diupah antara RM150 sehingga RM200.
Bercakap lebih lanjut, Syed Husin berkata kekasaran dan keganasan  yang dilakukan oleh polis terhadap peserta perhimpunan itu amat memalukan negara.