Isnin, 11 Julai 2011

Pasca Bersih : Ambiga Tidak Dengar Pun Pekikan Ibrahim

SAYA bersetuju benar dengan bedalan sektariat Suaram Fadiah Nadwa Fikri yang menyifatkan Inchik Ibrahim Ali sebagai orang yang ketinggalan zaman ekoran ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tikit Pas itu mahukan kerakyatan Ambiga dilucutkan. Katanya saranan Ibrahim itu sebagai mengarut.

Alasan Inchik Ibrahim kerana Ambiga melanggar titah Yang di-Pertuan Agong. Mungkin orang akan terkising-kising sendiri apabila mendengar kata-kata Inchik Ibrhaim itu, bila masa Ambiga menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Inchik Ibrahim membuat kesimpulan apabila Ambiga terus mengajak rakyat berhimpun di perkarangan stadium Merdeka itu sebagai menderhaka. Sebenarnya Incik Ibrahim perlu menilik mukanya sendiri sebelum dia menyerang dan memberi saranan supaya kerakyataan Ambiga dilucutkan. Cari tempurung bulu kencing dan tilik muka sendiri.

Parents upset over no action on Umno bully

An Umno official has been implicated in an asault on a 15-year-old schoolboy in Sabah. The police however say the injuries could have been self-inflicted.
KOTA KINABALU: A 15-year-old school boy, who was allegedly bashed-up by an Umno division information chief just outside his school, may not see justice.
A teacher, who went to check on the assault report lodged by the boy’s mother at the Tanjung Aru station two weeks ago, was told that the boy was ‘not assaulted’ and instead had merely injured him by falling into a drain.
The police reaction has sparked fears of a cover-up.
The shocked mother is demanding to know why it’s taking so long to investigate the assault on her son, Louise Ting Chee Fui.
“It has been two weeks since the report was lodged but we have not heard anything regarding the case from the police.

Video : Bersih 2.0 in Melbourne

Pasca Bersih : ‘Perhimpunan Bersih agenda runtuhkan orang Melayu’ dakwa Perkasa

Sehubungan itu, akhbar tersebut meminta umat Islam supaya berhati-hati dengan gerakan yang boleh menjatuhkan orang Melayu melalui orang Melayu juga.
PETALING JAYA: Akhbar Perkasa, NGO Melayu yang menentang perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur mendakwa perhimpunan itu adalah salah satu agenda untuk meruntuhkan  orang Melayu.
Suara Perkasa mendakwa satu lagi agenda untuk meruntuhkan orang Melayu ialah pilihan raya masjid di Pulau Pinang yang telah dibatalkan oleh Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini.
Sehubungan itu, akhbar tersebut meminta umat Islam supaya berhati-hati dengan gerakan yang boleh menjatuhkan orang Melayu melalui orang Melayu juga.Akhbar Perkasa itu juga mendakwa, dengan sokongan kelompok Melayu dari PAS dan PKR telah memberi semangat yang kuat kepada Pengerusi Bersih Datuk Ambiga S untuk menjayakan perhimpunan Bersih.
“Melihat kepada kesungguhan PAS untuk menjadi pengekor Ambiga, ramai yang tertanya-tanya apa sudah jadi dengan PAS sekarang?

Pasca Bersih : Amk P.Pinang desak Berita Harian mohon maaf atas penipuan gambar BERSIH

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini mengecam sekeras-kerasnya imej yang dipaparkan oleh akhbar Berita Minggu bertarikh Ahad (10 Julai 2011) bertajuk 'KL Tegang' dengan memaparkan imej kononnya seorang lelaki mahu merusuh dengan bersenjatakan pisau. Setelah mengkaji foto tersebut dengan teliti dan membandingkannya dengan foto asal lelaki tersebut, beliau hanya memegang bendera dan bukannya pisau

Pasca Bersih : Pakatan kumpul bukti dakwaan keganasan polis

Pakatan Rakyat mahu mangsa dan saksi dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, tampil mengemukakan maklumat mengenainya.

azlanTimbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, pakatan pembangkang
sedang mengumpul bukti sebanyak yang boleh untuk kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis.

Beliau menggesa sesiapa yang mempunyai bukti dakwaan keganasan polis yang telah didokumenkan sewaktu perhimpunan tersebut supaya menghantarnya sama ada terus kepada sekretariat BERSIH 2.0 atau parti anggota Pakatan.

DUN S'gor: Kejutan kuning dari ADUN BN

Seorang ADUN BN menjadi 'merah padam' apabila tidak menyedari telah memakai tali leher kuning ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini, ketika penyokong kerajaan bercakap menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

NONESubahan Kamal (BN-Taman Templer) cuba mencelah ketika ketua whip,
Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) sedang membahaskan rang undang-undang bekalan tambahan.

Dalam ucapan pembukaan, Azmin memuji peserta perhimpunan tersebut, terutama rakyat Selangor, Sabtu lalu, dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menyertai ribuan peserta lain di 'kota larangan' Kuala Lumpur - yang merujuk kepada perintah larangan yang dikeluarkan terhadap 91 orang, termasuk Azmin sendiri.

NONEIni menarik perhatian Subahan (kanan), tetapi sebelum sempat beliau
menghabiskan ayat pertama, Azmin segera mencelah, dengan menyamakan warta tali leher ADUN BN itu dengan sokongan kepada BERSIH 2.0, yang menggunakan kuning sebagai warna pilihan.

"Terima kasih, Taman Templer, kerana memakai tali leher kuning," kata Azmin, menyebabkan Subahan terhenti bercakap.

Subahan yang kelihatan tergamam kedengaran berkata beliau tidak menyedari yang dia memakai tali leher belang kuning-hitam.

Sejurus kemudian, Subahan sekali lagi cuba mencelah, dengan mendakwa warna tali leher itu bukan warna BERSIH tetapi warna "Harimau Malaya", atau pasukan bola sepak negara yang memakai jersey hitam kuning.

Pasca Bersih : PAS mahu inkues siasat kematian peserta Himpunan Bersih

KUALA LUMPUR, 11 Julai – PAS Selangor mahu Putrajaya mengadakan satu inkues berhubung kematian penyokong Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad yang menyertai perhimpunan di ibu negara kelmarin.
PAS Selangor juga menegaskan pihaknya musykil ekoran percanggahan kenyataan pihak polis Kuala Lumpur berhubung kematian Allahyarham Baharuddin.
“Sehubungan itu, PAS Selangor menuntut satu inkues dilakukan, laporan post-mortem didedahkan, siasatan terbuka dilakukan dan pihak yang terbabit dibawa ke muka pengadilan serta-merta,” kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin berkata, mengikut keluarga Allahyarham Baharuddin seorang yang sihat dan tidak pernah mempunyai sejarah sakit jantung.
“Kenyataan keluarga mangsa bahawa empat tulang dada Allahyarham dan tiga batang giginya patah sangat-sangat menimbulkan keraguan kepada kewibawaan kenyataan pemangku ketua polis Kuala Lumpur,” kata Khairuddin lagi.
Baharuddin merupakan ahli PAS Wilayah Persekutuan.

Purported anti-Bersih script surfaces online


The media were to highlight that the Bersih assembly was illegal. — file pic
KUALA LUMPUR, July 11 — Popular website Malaysia Today today leaked what appears to be a letter from the Prime Minister’s Office (PMO) with guidelines on how to demonise Bersih in the run-up to last Saturday’s rally. The letter, ostensibly issued on June 17 and signed by national communications head Jalil Hamid, said such treatment was necessary because the rally “will certainly go beyond issues of fair and free elections” to inflation, Teoh Beng Hock and even the controversial Lynas plant.

Anti-Bersih group holds Najib to ransom

The petition’s starter threatened to abandon Najib if his administration does not address his demands. — file pic
KUALA LUMPUR, July 11 — Anti-Bersih supporters have mounted a petition online, threatening to abandon its support for Datuk Seri Najib Razak’s administration if the prime minister fails to revoke the citizenships of Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Ambiga Sreenavasan and punish Bersih marchers. Pledging one million signatures, the petition started by one Rahmat Azim Abd Aziz, 39, warns Najib against ignoring its five demands, saying its signatories would not hesitate to rebel to defend Malaysia, “even without the help of Datuk Seri’s (Najib) government”.

Pasca Bersih: Tangkapan pertama di Sabah

NONEKetua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu menjadi individu pertama ditahan polis setelah tamatnya perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur semalam.

Beliau ditahan pada jam 5 petang semalam di sebuah restoran pinggir bandar Kota Kinabalu kerana memakai baju BERSIH dan cuba mengedarkan 20 helai lagi kepada rakan-rakannya.

Menurut Lahirul (kiri), polis menyiasatnya mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Pasca Bersih : Kekalkan Momentum BERSIH 2.0

Tema Aidil Fitri tahun ini ialah : Kuning
1. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya mengucapkan sejuta tahniah dan syabas buat seluruh anak muda negara yang mempamerkan satu kebangkitan luarbiasa pada 9 Julai 2011 dalam memperjuangkan 8 tuntutan BERSIH 2.0 agar ia menjadi satu realiti kelak insyaallah. Sekaligus mempamerkan kualiti solidariti rakyat yang semakin baik dan erat dari pelbagai bangsa, bahasa dan warna kulit dalam memperjuangkan hak bersama.
2. Biarpun tanpa baju BERSIH 2.0 berwarna kuning yang tertera senarai 8 tuntutan, namun kandungan 8 tuntutan itu telah menjadi slogan dan laungan para peserta BERSIH 2.0 sepanjang himpunan berlangsung di bawah siraman water canon dan tembakan gas pemedih mata. Tidak hilang seri himpunan BERSIH 2.0 tanpa baju rasmi himpunan kerana fokus adalah kepada senarai 8 tuntutan yang dikemukakan, bukan pada warna bajunya semata - mata.

Pasca Bersih : A. Samad Said dan golongan muda

Abd Shukur Harun
Meneliti video dan gambar Himpunan Bersih 2.0 di Ibukota Sabtu lalu ada sesuatu yang menarik, iaitu kita dapat menyaksikan bahawa hampir lapan puluh peratus (80%) mereka yang menyertai Himpunan tersebut adalah golongan muda.

Ini semua phenomena yang menarik. Boleh jadi di antara mereka bukan dari kalangan pendukung parti politik tertentu, walaupun tidak dinafikan ada sebahagian mereka yang menjadi aktivis parti. Namun semua yang menyertai Himpunan Bersih 2.0 itu adalah rakyat yang sangat ingin kepada demokrasi dan mahukan pilihan raya negara ini dilaksanakan dengan bersih dan adil. Inilah yang mendorong mereka menyertai perhimpunan aman tersebut.

Phenomena menarik ini dirancakkan lagi dengan kemunculan Sasterawan Negara A. Samad Said di tengah-tengan Himpunan Bersih 2.0 tersebut di tengah-tengah suasana pergelutan dan semburan gas pemedih mata dari FRU. Sasterawan Negara itu dijangkakan akan menyerahkan memorandum Bersih 2.0 kepada Yang DiPertuan Agung tetapi dihalang.

Pasca Bersih : Guna kekerasan bukti BN tak tahu demokrasi

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Cara pihak polis menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak tahu makna demokrasi.

Tindakan BN itu disifatkan amat malang bagi sebuah negara yang mengaku sedang menuju negara maju tetapi para pemimpinnya tidak tahu menghargai suara rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 3 PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Sabki Yusuf berkata, sebaliknya, ratusan ribu rakyat yang berhimpun secara aman bagi menyampaikan suara hati mereka agar kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil di negara kita dilayan dengan amat kasar.

(AJK PAS Pusat, Khalid Samad terpaksa menerima enam jahitan di kepala selepas ditembak dengan gas pemedih mata tepat ke kepalanya)

Pada hal, menurut beliau, apalah salahnya jika pihak polis mengendalikan perhimpunan itu dengan baik, menanganinya dengan tenang di setiap tempat perhimpunan diadakan?

"Ini tidak, atas arahan kerajaan BN, pihak polis memilih untuk bertempur dengan rakyat dengan melakukan pelbagai keganasan terhadap para pemimpin Bersih, Pakatan Rakyat dan para peserta perhimpunan itu," katanya ketika ditemui.

Pasca Bersih : Polis tangkap luar kawasan perintah mahkamah

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing membuat laporan polis hari ini berhubung penahanan tanpa sebab ke atas mereka di Setesen Sentral Kuala Lumpur pada tengahari 9 Julai lalu.

Mahfuz yang hadir berbaju kuning bercetak "Bersih 2.0" bersama Salahudin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Sri Petaling kira-kira jam 10.40 pagi ini.

Kedua-duanya diiringi peguam masing-masing.
(Salahudin dan Mahfuz bersama peguam masing-masing menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat)
Bercakap kepada pemberita selepas itu, kedua-duanya sekali lagi mempersoal berhubung penangkapan tanpa dinyatakan alasan kepada mereka pada hari tersebut.

Mat Sabu: Polis dah macam gangster

Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan tindakan polis sebagai ‘gangster’ ketika perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu.
Menceritakan detik cemas itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata motosikal yang dinaikinya dirempuh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalanan.
Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi akan dibuat pada Jumaat ini.

Pasca Bersih : Umno usah berbohong tentang Bersih

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Pemimpin dan media pro Umno perlu menghentikan pembohongan dan putar belit berhubung himpunan Bersih 9 Julai lalu kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, kenyataan pemimpin Umno dan laporan medianya khususnya Utusan Malaysia sudah tidak keruan dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas.

Bersih 2.0 : A revolution that signals beginning of BN’s end

Instead of adopting a conciliatory measure, Najib's hardline strategy would only serve to further alienate the people.
By Charles Santiago

Sometimes one creates a dynamic impression by saying something, and sometimes one creates as significant an impression by remaining silent – these are the words of the Dalai Lama.
The revered leader lives in exile following the 1959 Tibetan uprising which is largely seen as mirroring the discontent of the people against Chinese repression.
The overwhelming sea of yellow Malaysians on Saturday, who called for tougher measures to curb electoral fraud, reflect a similar dissatisfaction.
Reading the comments of leaders from ruling Umno/Barisan Nasional, the meaning of Dalai Lama’s words dawned upon me.
Their rambling comments, aimed to downplay the Saturday rally, signify their embarrassment and inability to concede defeat.

Bersih 2.0 : Foreign media praises rally marchers, condemns govt

International coverage of the July 9 Bersih rally portrays a continuous struggle for democracy in Malaysia, and more bad press for its government.

PETALING JAYA: Foreign media organisations have praised the “bersih spirit” and roundly condemned the government’s handling of the July 9 Bersih 2.0 (Coalition for Free and Fair Elections) rally.
They wrote that the Bersih rally was a demand for democracy and Malaysia’s search for a true identity.
The protests, which saw about 15,000 people take to the streets of Kuala Lumpur and thousands more across the world, were described by Saudi-based Al-Arabiya website as “an Arab Spring copycat … at first glance”.
The Al-Arabiya editorial by Teresita Cruz-Del Rosario added that Malaysia’s rallies could not be compared to the unrest currently taking place in the Middle East.
“The culture of protest goes much further back in Malaysian history to resistance against British efforts at colonially-inspired modernization,” she wrote.

Bersih 2.0 : The day I lost my fear

Golongan Kiri

JULY 11 — On Saturday, July 9, thousands of ordinary Malaysians thronged into various spots around central KL to demand a just electoral system. The government had tried its best to suppress the rally through various means, but ultimately failed to stop it from going ahead.
With the previous week’s cat and mouse game played by the government in agreeing to the rally and the roadblocks to intimidate citizens, the fact that the rally even materialised is a moral victory for the cause and major slap in the government’s face. Obviously shutting off the entire city centre and major traffic arteries failed to paralyse the movement of protestors into the city.
I decided to join the rally for a host of reasons. Primarily it was the cause; it is a cause I believe in and a cause worth fighting for. This was my way of showing support. The government’s attitude towards Bersih 2.0 and its obvious bad faith in handling the matter had raised the stakes from just electoral reform to everything else that is wrong with this country today.
This rally was fast becoming one of the most significant events in recent Malaysian history and I felt that this was a watershed moment in our nation’s history. I wanted to be a part of that.

Pasca Bersih : Dari tingkat 14, hotel dekat Stadium Merdeka

Ahmad Lutfi Othman   
Ketika menulis catatan ini, jam 11 malam Jumaat, 8 Julai, saya di tingkat 14, sebuah hotel berdekatan Stadium Merdeka. Saya terpaksa menyelinap masuk Kuala Lumpur lebih awal bagi mengelak sekatan pihak polis, apatah lagi dalam keadaan agak uzur dan masih bertongkat ini, kudrat amat terbatas untuk mengharung gangguan yang disengajakan pemerintah.

Selepas solat Maghrib tadi, bersama seorang teman, kami "bersiar-siar" sekitar bandaraya. Dari Kampung Baru, melalui Jalan Tunku Abdul Rahman, menuju Masjid Negara, seterusnya meninjau kawasan sekitar stadium yang menjadi tumpuan himpunan aman Bersih 2.0 esok petang. Tiada tanda-tanda ketegangan, cuaca pula menyenangkan, cuma orang ramai seperti menghindari jantung ibu kota.

"Memang dalam KL tak terasa gangguan polis. Sekatan dibuat di pintu-pintu masuk kotaraya," kawan saya di hujung talian menjawab bila saya beritahu Kuala Lumpur sunyi. "Orang yang terjejas kerana KL ditutup, khususnya peniaga, tak pasti akan mendendami siapa. Polis, Umno atau Bersih, ya ... Pakatan Rakyat?" tambahnya.

Video Bersih 2.0: At the KLCC

Video : PAS veeps lodge report over 'wrongful arrest'

Video : Tung Shin Hospital 'not hit' in rally crackdown..!!!

Pasca Bersih 2.0: Kekasaran polis punca utama kematian Baharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Bersih 2.0 hari mendakwa mereka menerima laporan bahawa punca utama kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad adalah disebabkan kekasaran polis dan kegagalan mereka untuk memberikan bantuan perubatan yang sepatutnya dan pada masanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Bersih 2.0 mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad sambil menuntut pihak berkuasa supaya tidak berdalih lagi dengan hakikat bahawa polis telah menggunakan kekerasan yang berat terhadap para peserta Bersih 2.0 dan melepaskan semua tahanan dengan kadar segera.
(Anak kedua Baharudin, Nazrul, memeluk Tuan Guru Nik Aziz ketika beliau mengunjungi rumah Baharudin semalam)

The best of Bersih

Art Harun

JULY 11 — In so far as Bersih is concerned, I am done lecturing on the concept of fundamental liberties and the rights of the people. I am done writing about the true concept of social contract and the duties of the State. Because, really, knock, knock, knock, and there’s nobody home.
So  today I am going to do what I have not done in the past, namely, I would post links to the websites which, I think, depict the best of Bersih. In fact, they depict the best of Malaysia, really (it proves that one does not have to engage a super high powered Jewish company and pay them millions to sell a concept such as 1 Malaysia. Bersih proves that when there is a unity of purpose, the people will unite).
Let me begin with part of the lyrics of Guns & Roses’ song, “Civil War”:
“What we’ve got here is failure to communicate.
Some men you just can’t reach...

Video A Samad Said: "Apa namanya ni?"

Kapla otak kau Tan Sri Ismail, ko ni besar punya kelentong!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pihak tertentu agar tidak menghasut rakyat mencetuskan huru-hara melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Twitter dan Facebook ekoran kejayaan polis menggagalkan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), semalam.

Sambil menegaskan perbuatan itu berbahaya kerana boleh mencetuskan kekacauan, beliau meminta supaya ia dihentikan segera.

Kerajaan Rakyat: hello... yang menghasut... yang menipu tu sapa? ... yang tuduh rakyat nak bakar bangunan.... bawak parang... bawak molotov cocktail tu sapa? ... berapa banyak bangunan yang dah terbakar semasa Himpunan Aman Bersih?

Pasca Bersih : 9 Julai detik bersejarah kebangkitan rakyat

KOTA BHARU, 11 Julai: Perhimpunan anjuran Bersih 2.0 Sabtu lalu dianggap satu kejayaan besar memandangkan program itu dari awal lagi cuba dihalang secara kekerasan menggunakan pasukan polis.
Kehadiran puluhan ribu rakyat memenuhi ibu kota dibayar dengan tembakan gas pemedih mata dan water cannon berulang kali.
Kesan segera tindakan itu menyebabkan seorang peserta menjadi korban.
Mangsa, Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 biar pun disifatkan polis mati akibat serangan jantung, namun diakui ramai beliau cuba menyelamatkan diri akibat tembakan gas pemedih mata.
Ini kerana ramai lagi yang cedera termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad. Polis juga menahan 1,667 orang.
Biar pun laporan akhbar Umno hanya sekitar 6,000 orang hadir pada perhimpunan tersebut, ia dianggap banyak pihak buat sekian kalinya kerajaan BN memperbodohkan rakyat.

Pasca Bersih 2.0 : Bukti anak muda tidak takut amaran BN

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Kesanggupan anak-anak muda menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur walaupun terpaksa datang dari jauh, jelas membuktikan belia Malaysia hari ini mahukan perubahan.

Walaupun dihalang dengan pelbagai cara, anak-anak muda ternyata telah memecahkan tembok ketakutan terhadap BN untuk menyertai perhimpunan itu bagi menyampaikan mesej mereka ke arah membawa Malaysia hari ini kepada Malaysia baru.
(Anak muda yang memenuhi Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil Sabtu lepas)

Pulak Dah : KP kastam dakwa media punca imej jabatan tercalar

NONEKetua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf hari ini menempelak media yang dianggapnya sebagai punca imej jabatan itu terjejas.

Merujuk kepada laporan beberapa kes berprofil tinggi, beliau berkata media suka "mencari kontroversi" dengan paparan berita yang negatif menyebabkan beliau kini mengamalkan sikap berdiam diri.

"Saya kini 'media shy'," katanya pada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Jabatan Kastam Sarawak, di Kuching.

Katanya beliau juga sedang melakukan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan integriti jabatan itu dan mahu warga kastam melakukan transformasi segera bagi memperbaiki sebarang kelemahan.

Di majlis itu, seramai 92 warga kastam Sarawak menerima anugerah masing-masing.

Pasca Bersih 2.0: Pemuda PAS buat laporan di Suhakam esok


KUALA LUMPUR, 11 Julai – Dewan Pemuda PAS pusat akan membuat satu laporan rasmi di Suhakam esok berhubung tindakan keras pihak berkuasa semasa menangani peserta Himpunan Bersih 2.0 kelmarin.
Ketuanya Nasrudin Hasan berkata, pihaknya mempunyai banyak bukti berhubung kekerasan yang digunakan pihak berkuasa semasa perhimpunan itu.
“Isunya sekarang adalah mengenai keganasan pihak polis atau pihak keselamatan yang bertindakn ganas ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0.
“Dan, kita mempunyai banyak bukti sama ada melalui gambar atau rakaman video yang secara jelas memaparkan tindakan ganas polis ke atas peserta yang ketika itu dalam keadaan tidak bersenjata dan tidak mencetuskan provokasi tetapi mereka ditindas dengan begitu kasar dan kejam oleh polis,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pasca Bersih : Video menunjukkan gas pemedih ditembak ke hospital

Sama ada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital, ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, kini menjadi pertikaian.  Tidak kurang gambar dan video dimuatnaik ke laman internet, untuk menyanggah "penafian" kerajaan dan polis.

Amaran keras diulangi dari bibir Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pada hari ini, bahawa tindakan akan diambil ke atas media yang membuat tuduhan tanpa asas.  Seorang pembaca MerdekaReview memuatnaikkan satu klip video yang panjang 41 saat, untuk membuktikan bahawa gas pemedih mata sememangnya ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina.

Pembaca ini menyedari bahawa terdapat gambar dan klip video yang telah dimuatnaik ke laman internet, menunjukkan bagaimana gas pemedih mata itu ditembak ke dalam perkarangan hospital.  Beliau pada ketika itu berada di tempat yang agak tinggi, dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, yang bersebelahan dengan Hospital Tung Shin.

Beliau sempat merakamkan secara jelas bagaimana gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, dan mengambil keputusan untuk berkongsi klip video ini, agar membuktikan kerajaan dan polis berbohong dalam hal ini.

Selain ini, beberapa gambar telah dimuatnaik ke laman internet untuk membuktikan bahawa meriam air ditembak ke arah Hospital Tung Shin.  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar kerajaan semalam kerana hospital tidak akan menjadi sasaran serangan, walaupun ketika dalam peperangan.

Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa polis menembak gas pemedih mata ke dalam hospital, mendakwa bahawa ia sekadar "khabar angin", dalam satu sidang media yang diadakan pada petang 9 Julai, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 bersurai.
 

Bersih 2.0 : Lensa Kuala Lumpur 35