Sabtu, 9 Julai 2011

Bersih 2.0 : Lensa Kuala Lumpur 30



























Bersih 2.0: Kebenaran Sentiasa Mengatasi Kekejaman

Penganjur Bersih petang tadi mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihanraya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat  dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi di tembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.

Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Seri Padukan Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ratusan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, Bersih 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihanraya disanubari kita semua.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai Bersih 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.

Bersih rally an eye-opener: BN loses big, GE-13 now seen in 2012

In the shadow of the Bersih rally, BN sees a haunting presentiment of its own defeat. Yet, in their fear of an Arab Spring spreading to Malaysia, they may have lit the fuse of a Malaysian Spring.
Never before has the regime which has governed for 54 years exhibited such fear. And never have Malaysians risen to occasion as they have today. More than 100,000 thronged the streets of Kuala Lumpur depite knowing that tear gas, chemical-laced water, canings, rubber hoses, jail and bail would be in store for them.
Unnecessary and foolish drama drew world attention
It was only a peaceful rally called by an umbrella group representing 62 NGOs to press demands for free and fair elections but BN has treated it as a naked attempt to overthrow it by force and reacted with paranoia. The high-handed, thuggish and lawless methods used to suppress the rally have left Malaysians with a bitter taste in the mouth.

Bersih 2.0 : Jangan sangka gari, peluru boleh takutkan orang

KUALA LUMPUR, 9 Julai: “Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru hati beliau cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis semasa menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 di sekitar ibu negara petang tadi.

Bersih 2.0 : Kami Akan Teruskan Perjuangan


Kenyataan penuh Bersih 2.0
Bersih 2.0 bangga kerana rakyat Malaysia pelbagai kaum bersatu untuk mengharungi segala kekejaman polis dan keluar dalam jumlah yang begitu besar untuk menzahirkan rasa kasih kepada negara dan prinsip keadilan.
Kami amat terkilan dengan penangkapan ratusan orang tanpa sebarang justifikasi. Kami  turut menyelar penahanan Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah yang menganggotai Jawankuasa Pemandu Bersih 2.0.
Tindakan jenayah yang berlaku hari ini adalah didalangi oleh polis semata-mata apabila mereka melepaskan gas pemedih mata dan air berkimia dalam jumlah begitu banyak ke atas orang awam yang tidak melakukan sebarang kesalahan.

Gelombang BERSIH 2.0 gagal disekat

Penangkapan 1,667 orang dalam satu perhimpunan massa semestinya satu rekod baru yang dicipta,kerajaan Najib Razak, malah beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) tercedera semasa polis menyuraikan perhimpunan dengan melepaskan gas pemedih mata, di KL Sentral.  Terbaru, seorang peserta yang berusia 59 tahun meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan terhidu gas pemedih.

Hampir semua tokoh utama dalam PAS dan PKR ditangkap, seperti Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Azmin Ali, Tian Chua, Fuziah Salleh, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain.  Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan yang disenarai sebagai 91 orang yang dilarang masuk ke beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini, juga ditangkap.  Senarai ini sudah cukup untuk menjelaskan sikap kerajaan dan strategi polis untuk berdepan dengan perhimpunan ini.

Bersih 2.0 : Presiden PAS dibebaskan

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan jam 7.25 malam dengan cara dihantar terus ke rumah penginapan beliau dekat Sentul.

Menurut sumber, Abdul Hadi dihantar dengan sebuah kereta polis selepas kenyataan beliau direkodkan di IPK Kuala Lumpur.
(Abdul Hadi dan setiausaha politiknya di atas trak polis sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang dan kemudiannya ke IPK KL)
Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga juga dibebaskan jam 6.30 petang tadi.

Nurul Izzah: Polis sasar ke arah orang ramai

Perangkaan rasmi polis setakat jam 3.30 petang tadi, menunjukkan 924 orang telah ditangkap pada perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini.
Daripada jumlah itu 49 adalah wanita.
NONEPAS pula mendakwa tidak kurang 300 pemimpin dan ahlinya juga ditangkap.

Mereka termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden parti itu - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Menurut Harakahdaily, pasukan peguam PAS setakat ini telah merekodkan 133 nama dari lebih 300 yang ditangkap oleh polis sehingga jam 4 petang ini.

Bersih 2.0 : Peserta perhimpunan meninggal kerana sesak nafas terhidu gas pemedih dan dikejar polis.

Seorang peserta perhimpunan BERSIH 2.0 telah meninggal dunia kerana sesak nafas, dipercayai disebabkan terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, yang dilepaskan oleh pihak polis tadi.  Baharuddin bin Ahmad, 59 menyertai perhimpunan di sekitar pusat beli belah SOGO, dan kemudian menuju ke KLCC.

Baharuddin Ahmad ialah suami kepada Rosni, Ketua Wanita PKR Cabang Titiwangsa.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview menuding jari terhadap kerajaan kerana menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.  "Ini sesuatu yang amat menyedihkan kerana menyebabkan kematian.  Kerajaan tidak faham apa itu kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, maka cara ia menangani perhimpunan telah menyebabkan tragedi ini."

Bersih berjaya capai matlamat - Dr Hatta

KUALA LUMPUR, 9 Julai: “Kita telah berjaya berhimpun di Stadium Merdeka dan ini menunjukkan kita telah berjaya mencapai matlamat kita.
Bersih berjaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong benarkan kita berhimpun di Stadum Merdeka. Daulat Tuanku!"

Demikian ucapan Dr Mohd Hatta Ramli yang mengetuai perarakan ke Stadium Merdeka sebaik tiba di stadium itu sekitar jam 2.38 petang tadi bersama tidak kurang 10,000 orang penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

“Negara kita aman dan kita menjunjung tinggi keamanan, manakala perhimpunan ini kita adakan untuk mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita,” katanya.

Bersih 2.0 anggap perarakan hari ini berjaya

BERSIH 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja.

Bersih 2.0 : 'Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.

NONEKatanya ketika mengadap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.

"Baginda bertitah boleh. Itu sebab saya ikut (perwakilan) hantar memo,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu.

Video : BERSIH2 (1)

Video : BERSIH2-Interview Peserta

Video : BERSIH2 Kezaliman Polis kaki patah 3

Video - Adegan Pancutan Water Cannon-Jln Tun Perak

Video : Bersih 2.0 Rally In KL

Video : Bersih 2.0 Rally

Video : Bersih2-part 19

Video : Bersih2-part 18

Video :Bersih2-part 17

Video : Bersih2-part 16

Video : Bersih2-part 15

Video : Bersih2-part 14

Video : Bersih2- part 13

Video : Bersih2-part 12

Video : Bersih2- part 11

Video : Bersih2-part 10

Video : Bersih2-part 9

Video : Bersih2-part 8

Video : Bersih2-part 7

Video : Bersih2-part 6

Video : Bersih2-part 6

Video : Bersih2-part 5

Video :Bersih2-part 4

Video : Bersih2 - Part1

Bersih 2.0 : Lensa Kuala Lumpur 29