Khamis, 7 Julai 2011

Bersih 2.0 : Tetap ke stadium walau berjalan kaki

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini.

From the BN viewpoint: Illegal rally, don't be fooled by it!

From the BN viewpoint: Illegal rally, don't be fooled by it!For weeks, they were under the media glare for wanting to organise an illegal rally.
Their demands for a so-called clean electoral process was publicised and heard all over the country.
In fact, they received more than sufficient publicity and some support for their cause in the new media, apart from considerable objections and condemnation from groups, non-governmental organisations (NGOs) and individuals opposed to the illegal rally.
They were even granted an audience by His Majesty, the Yang di-Pertuan Agong.
Now, if all those were still not enough, what more does the outlawed Bersih and its leader, Datuk S. Ambiga, want?, asked University Teknologi Mara (UiTM) political science lecturer Che Hamdan Mohd Razali.
Some 48 hours left to Saturday and the group of trouble-makers was said to want to continue with their illegal rally, albeit in a stadium but, still with no guarantee that it will be held in peace.
Now, many do not believe anymore in the reason Ambiga gave that her group -- not registered with the Registrar of Societies (RoS) -- was to present their unhappiness with the Election Commission (EC) running the elections, and allegedly pro-Barisan Nasional (BN) government.

Apabila Najib buat pusingan- U dan pengikutnya tidak sempat brek...

Ia seolah-olah kembali ke titik asal.  "Ketegangan yang diredakan" berikutan Titah Khas DYMM Yang di-Pertuan Agong kini ditegangkan semula.  Tidak cukup dengan ketegasan bahawa BERSIH 2.0 tetap HARAM, Kementerian Dalam Negeri dan polis yang menurut perintahnya terus mengambil langkah drastik untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Terbaru, polis telah mendapatkan perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada BERSIH 2.0 (66 orang), PERKASA (14 orang) dan Pemuda UMNO (11 orang) untuk hadir di beberapa kawasan komersial dalam wilayah Kuala Lumpur, yang dipercayai tempat perhimpunan pada 9 Julai 2011.

Malah, Ketua Polis Negara (KPN) Ismail Omar membidas Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan kerana "degil" untuk menolak tawarannya agar perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan dalam stadium di luar Kuala Lumpur.  Kenyataan ini dibuat selepas pertemuan antara KPN dengan wakil-wakil BERSIH 2.0, petang tadi.

BERSIH 2.0 : Rakyat akan jadi 'peguam' diri sendiri berhadapan polis

Salam,

http://1.bp.blogspot.com/-XlTZOOK2pa4/Tg6nf9u9YiI/AAAAAAAAF4c/Niap6ppAwHA/s1600/Bersih.jpg

Suatu hari anak penulis yang belajar di sekolah negara orang putih menerangkan undang-undang yang berkaitan hak-hak polis di negara orang putih itu. Penulis tanya dia, adakah wajib pelajaran itu. Beliau jawab, wajib dipelajari setiap pelajar sekolah.

Penulis terfikir, patutlah polis di negara orang putih tidak boleh bertindak sesuka hati kerana setiap rakyat tahu undang-undang. Mereka diajar sejak dibangku sekolah. Rakyat di luar negara sebenarnya sudah lama tahu hak-hak mereka. Tahu apa yang boleh dibuat, apa yang salah termasuk polis.

Video : Injunksi mahkamah: Kemuncak kebaculan BN

Bersih 2.0: Sekitar 30 jalan di KL ditutup Sabtu

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi di kawasan panas dan menasihatkan publik agar menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya.
Bagaimanapun katanya, mereka yang kerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dibenarkan.
Kawasan-kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah:

Khairy: Polis semarak ketegangan dengan perintah larang masuk KL

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini.
Ketua Pemuda Umno (gambar) ini yang pulang dari menyertai misi kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya “diharamkan dari bandar raya beliau tinggal.”

Bersih 2.0 : Mengelak Di Tahan Sabtu ini...jangan.....

Video : Flip Flop Gambaran Buruk Kepimpinan Najib

Video : Bersih Gesa Najib Kotakan Janji

Video : 10 Kajang councillors charged over Bersih shirts

Video : Hold rally in Shah Alam, IGP tells Bersih

Bersih 2.0 : Najib Should Postpone His Overseas Trip

The censorship of memory is a clear mark of a dictator. Malaysia's Prime Minister Najib Tun Razak is no exception.

Not only did he flip flop on his decision to meet with Bersih 2.0 representatives, the premier also cleverly denied them access to hold a peaceful rally in Stadium Merdeka this Saturday.

If this is not embarrassing enough, Najib is set to leave the country tomorrow.

His official engagements in the UK and meeting with the Pope in Vatican City cannot be put on hold.

Any leader would stay in his country during the time of a political turmoil. Our Prime Minister is abandoning the nation at its most crucial time.

Bersih 2.0 : Puduraya, Putra and Pekeliling bus terminals closed on Saturday


Acting City police chief Senior Asst Comm Datuk Amar Sing said buses headed to Hentian Putra would be diverted to the Integrated Transport Terminal-Bandar Tasik Selatan (ITT-BTS).
"Those headed to Puduraya and Pekeliling will be diverted to Hentian Duta," he told reporters at a press conference here Thursday.
Meanwhile, the Land Public Transport Commission (SPAD), in a statement, confirmed the police's orders would take effect from 12.01am to 10pm Saturday.

Malaysia - a police state?

Malaysia - a police state?Is that not a laudable objective that should receive the support of everyone who truly believes in the democratic process?
When Malaya achieved Merdeka in 1957, it chose the parliamentary democracy style of government under a constitutional monarchy, with the Federal Constitution as the supreme law.
In order to elect a government, general elections are to be held at least one in every five years under the supervision of what was intended to be an independent, impartial Elections Commission to act as a neutral referee or umpire in electoral contests.
In the actual conduct of general and by-elections since 1957, the Election Commission has failed.
The actions of governmental agencies such as widespread gerrymandering of constituencies, the domination by one political party of television, radio and print media, a brief campaign period of between 7 to 10 days, the granting of gifts, money and other benefits to voters, have resulted in the ruling coalition having a tremendously unfair advantage whenever elections are held.

The day when the people rise up, July 9

That’s it! Bersish finally has had enough of the treacherous conduct of a shameless government which has lost all sense of decency!
In a firmly worded statement released late last night, Bersih effectively said “come what may, we will have our rally at the Stadium Merdeka on July 9 at 2 pm!”.
This is Bersih’s final answer to a battery of ridiculous obstructions, warnings and excuses put up by the Najib government to obstruct a Bersih rally in the stadium.
This is despite Bersih having made a major concession to shift the rally from the streets to a stadium under the unprecedented intervention of the Yang di-Pertuan Agong, and after Prime Minister Najib Razak’s offer of a suitable stadium for the purpose.
And the 360 degree turn by Najib and his government happened within one day!

Bersih 2.0 : Mesyuarat tergempar PR bincang larangan masuk KL – Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini yang antara lain akan membincangkan larangan memasuki KL terhadap 91 individu yang dikeluarkan polis petang tadi.
Perkara itu diberitahu Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu kepada KeadilanDaily.com sewaktu dihubungi bagi mendapatkan reaksi terhadap larangan itu.
Belia merupakan salah seorang daripada 91 individu yang dilarang masuk ke Kuala Lumpur Sabtu ini.
Bercakap lebih lanjut, Mat Sabu menyifatkan UMNO sebagai sudah terlalu panik kerana menggunakan pelbagai halangan untuk menyekat perhimpunan aman Bersih.
Beliau juga melihat sikap tidak profesional polis kerana terlibat dalam usaha melakukan intimidasi terhadap himpunan Bersih yang menuntut pilihan raya aman dan Bersih semata-mata.
“UMNO panik, PM pembohong, dan polis tidak profesional. Sekejap nak bagi stadium, sekejap tak bagi berarak, permit pun tak mahu diberikan” katanya.
Polis Kuala Lumpur petang tadi mengeluarkan senarai 91 orang yang dilarang berada di Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Seramai 66 orang invididu yang dinamakan adalah berkaitan dengan Bersih termasuklah pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsuliskandar Mohd Akin dan peguam muda LFL, Fadiah Nadwa Fikri.

Bersih 2.0 : Iringi Ambiga Ke Balai, Exco AMK Didakwa Isnin Depan


KUALA LUMPUR 7 JULAI : Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Rasip akan dihadapkan ke mahkamah Isnin ini berikutan dakwaan mengiringi Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan ke Ibu Pejabat Polis Jalan Travers 23 Jun lalu.

Menurut Rozan, beliau diminta ke Balai Polis Travers pagi tadi sekitar jam 11 dan disoal siasat selama kira-kira 1 jam 20 minit. Selesai siasatan beliau diberikan notis untuk hadir ke Mahkamah Jalan Duta Isnin depan am 9 pagi.

Bersih 2.0 : Panduan aliran trafik di Kuala Lumpur hari Sabtu, 9 Julai 2011

Mengikut sumber, berikut adalah panduan untuk aliran trafik di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini:
1. Trafik dari Lebuhraya Persekutuan ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Kelang Lam, Sungai Besi, dan Lebuh Raya Seremban
2. Trafik dari Jalan Kelang Lama ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Lebuh Raya Seremban atau Petaling Jaya
3. Trafik dari Jalan Bangsar/Jalan Travers ke pusat bandar akan dilencongkan ke Jalan Mahameru
4. Trafik dari Jalan Mahameru ke pusat bandar melalui laluan Muzium Negara akan dilencongkan ke Jalan Bangsar
5. Jalan dari Sungai Besi ke Istana Negara akan ditutup.


Bersih 2.0 : PAS Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Polis Selangor, Pemangku Ketua Polis K.Lumpur.


SHAH ALAM 7 JULAI : Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman hari ini membuat satu laporan polis keatas Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berikutan tindakan pihak berkuasa itu menuduh aktivis Bersih memiliki beberapa bahan dan senjata yang dirampasnya baru-baru ini. 

Laporan tersebut juga bertujuan bagi menggesa pihak polis mendedahkan maklumat lebih terperinchi mengenai rampasan senjata oleh polis yang dikaitkan kepada Bersih dua hari lalu.

"Meskipun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak polis atas kejayaan memberkas suspek dan menemui senjata berbahaya, sebaliknya timbul banyak keraguan orang ramai tentang sejauh mana ketelusan pihak polis atas isu tersebut," katanya.

Bersih 2.0 : Mazlan Bidas Polis


SHAH ALAM 7 JULAI : PAS hari ini membidas tindakan terbaru polis mendapatkan perintah mahakamah untuk menghalang penganjur dan pemimpin pembangkang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini.

"Siapa yang sebenarnya berkuasa di negara kita, adakah polis lebih besar daripada Yang Di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri, dan adakah polis ini tidak menjunjung pelembagaan persekutuan, di artikel 10 berhubung kebebasan berkumpul, kebebasan bersuara dan berpesatuan yang mana jelas termaktub dalam perlembagaan persekutuan," kata Ahli Jawantakuasa PAS Pusat Mazlan Aliman.

Peludah Warna

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Bersih 2.0 : Polis 'berkampung' di kampus Universiti Malaya

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya hari ini mendedahkan beberapa skuad polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berkampung di kampus mereka.

Menurut mereka, tindakan itu dipercayai sebagai persiapan menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu ini.

Bersih 2.0: Operasi Hentian Puduraya dihenti sementara

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Pihak berkuasa mula memperketatkan tindakan penguatkuasaan menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini dengan yang terbaru mengarahkan agar operasi Hentian Puduraya, yang terletak di pusat bandar raya, ditutup sementara mulai tengah malam esok dan dipindahkan ke lokasi lain.
Hentian Puduraya, salah satu hentian utama di ibu negara, mengendalikan 300 perjalanan setiap hari.
Pusat perhentian itu terletak kira-kira dua kilometer dari Stadium Merdeka - lokasi Bersih 2.0 merancang untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini sebelum membatalkan perhimpunan jalanan.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini, Pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan bahawa operasi Hentian Puduraya akan dihentikan buat sementara mulai tengah malam esok dan pada hari Sabtu ini.

Bersih 2.0 : Senarai Nama 91 Orang Yang Di Halang Masuk Ke K.Lumpur Pada 9hb.Julai.2011 (kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan)


Perkasa
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ab Rahman Abu Bakar
Syed Hassan Syed Ali
Irawah Fahmi Ideris
Roslan Kassim
Sharifuddin Abd Hamid
Dr Zubir Harun
Ameir Hassan
Datuk Ahmad Saad
Ahmad Zaini Ismail
Muhammad Zaid Md Arip
Abdullah Mansor
Zaira Jaafar
Norkhaila Jamaludin

Pemuda Umno
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Datuk Megat Firdouz Megat Junid
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Megat Zulkarnaian Omardin
Rizalman Mokhtar
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Lokman Noor Adam
Datuk Abdul Azeez Rahim
Ungku Saleh Ungku Jamal
Arman Azha Abu Hanifa
Tun Faisal Ismail Aziz

Bersih
Datuk Ambiga Sreenevasan
Mohamad Sabu
Hishamuddin Md Rais
Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
Maria Chin Abdullah
Chua Tian Chang
Kamarulzaman Mohamad
Dr Mohd Hatta Md Ramli
Syed Shahir Syed Mohamud
Syed Ibrahim Syed Noh
Teresa Kok Suh Sim
Badrul Hisha Shaharin
Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
Arutchelvam A/L Subramaniam
Wong Chin Huat
Ong Boon Keong
Enalini A/P Elumalai
Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
Datuk Khalid Yunus
Datuk Zulkifli Noordin
Dr Zubir Harun
Datuk Seri Abd Hadi Awang
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Nurul Izzah Anwar
Kohila Yanasekaran
Zaid Kamaruddin
Khoo Teng Swee
Fadiah Nadwa Fikri
Yap Swee Seng
Salahuddin Ayub
Datuk Mahfuz Omar
Nasrudin Hasan
Mazlan Aliman
Dr Syed Azman Syed Nawawi
Dr Dzulkifli Ahmad
Dr Mujahid Yusof
Khalid Abd Samad
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Azman Shapawi Abd Rani
Suhaizan Kaiat
Nor Azli bin Musa
Mohd Firdaus Jaafar
Loke Siew Fook
Lau Wen San
Mohd Azmin Ali
Mat Shuhaimi Shafie
Satipul Bahari Amamt
Wan Hassan Mohd Ramli
Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Hilman Idham
Mohd Shukri Che Ab Razab
Mohd Syukri Kamaruddin
Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
Choo Chon Kai
Sarasvathy Muthu
Soh Sook Hwa
Nurul Izham Nurul Anuar
Abd Rahim Osman
Mohd Sibri Ismail
Mohd Lukam Muda
Datuk Prof Kamaruddin Kachar
Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

Video - PKR Wanita: Hisham has committed treason

Bersih 2.0 : Najib digesa arah Stadium Negara benarkan perhimpunan

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Bersih meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mengarahkan pengurusan Stadium Merdeka membenarkan pihaknya menggunakan premis itu bagi tujuan perhimpunan pada Sabtu ini menuntut pembaharuan pilihan raya bebas dan adil.
Gabungan itu berkata satu pertemuan dengan polis telah dijelaskan bahawa salah satu daripada 62 anggotanya boleh memohon mendapatkan permit polis jika boleh menempah Stadium Merdeka.
“Bersih 2.0 meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercampur tangan dan mengarahkan pengurusan Stadium Merdeka mengeluarkan satu surat kelulusan bagi menggunakan Stadium Merdeka bagi Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 (Sabtu ini).
“Ini selari dengan janji kerajaan untuk menyediakan kami dengan stadium bagi perhimpunan,” kata jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan petang ini.

Bersih 2.0 : Polis nafi perkhidmatan telefon, Internet akan diganggu

NONEPolis sebentar tadi menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini menjelang perhimpunan Sabtu ini.

Sesiapa yang menyebarkan khabar angin itu akan ditangkap dan didakwa, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Jangan buat andaian sendiri. Siapa yang sebarkan khabar angin ini? Ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khbar angin untuk memburukkan pihak berkuasa dan polis.

Bersih 2.0 : Polis Sebotaj Jatuhkan Najib?

POLIS Kuala Lumpur telah mendapat perintah mahkamah untuk menghalang 99 orang pemimpin dan 66 individu daripada menghadiri himpunan Bersih. Permohonan mendapat larangan ini dibuat oleh polis Kuala Lumpur. Tindakan terbaru ini menunjukkan kerajaan semakin terdesak dengan suara rakyat yang digelombangkan menerusi Bersih.

Antara mereka yang dihalang ialah Presiden Bersih, S Ambiga, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Musydul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Pemimpin lain sehingga kini tidak disebut.

Tetapi dipercayai bilangan itu akan bertambah dari masa ke semasa, yang akhirnya berakhir dengan larangan ke atas seluruh himpunan berkenaan. Polis dipercayai akan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengangkap sesiapa saja yang berlegar di sekitar lokasi himpunan Sabtu depan.

Video : Najib Setuju BERSIH 2.0 Berhimpun Di Stadium

Bersih godsent for self-appointed warrior

Lest we all forget the Election Commission is anwerable to the Agong, and Bersih 2.0 is about a need for electoral reforms, not about the Umno-led BN government.

Many people are turning yellow-bellied over the color of yellow. The people thinking of participating in the Bersih rally on Saturday are going to do so in yellow t-shirts.
We have to ask, why do some people get overly disturbed by people donning yellow colour and banding themselves as rally participants?
When I was studying at University Malaya, there were many occasions when politicians were invited to participate in forums.
In one such forum on the dreaded Internal Security Act (ISA), an Umno minister then said: “only those violating the mischiefs protected by the ISA should be afraid of them. Those not, should not be afraid.”
The same simplistic answer can now be applied on those scared of the colour yellow.
The yellow T-shirts are striking fear in the hearts of those who conduct themselves unfairly in securing power.
That is the inevitable deduction.

Pakai baju BERSIH: 10 ahli majlis Kajang didakwa

Sepuluh ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kajang di Putrajaya kerana memakai baju T BERSIH 2.0 semasa mesyuarat majlis itu pada 29 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 47(1) Akta Pertubuhan 1966 kerana dituduh memaparkan simbol atau propaganda sebuah pertubuhan haram.

Ahli majlis itu didakwa melanggar undang-undang dengan “mempamerkan kenyataan bergambar dan tulisan melalui baju yang dipakai bagi kepentingan satu pertubuhan yang melanggar undang-undang iaitu BERSIH 2.0”.

Politik baru Malaysia medan antara Najib-Anwar

Oleh Lanh

TANPA mengira waktu Tengku Jab mengangkat jari telunjuknya. Tak kira siang atau malam, jari telunjuk seringkali diangkat ke atas. Itulah yang tidak lupa dilakukan Tengku Jab apabila bertemu dengan seseorang.

Apa makna mengangkat jari telunjuk bagi Tengku Jab. Tentunya ada makna tersirat. Jari telunjuk itu bermakna RM1. Apabila bertemu dengan orang dikenali jari telunjuknya digoyang-goyang ke atas.Itu tandanya Tengku Jib minta duit RM1. Anehnya sejak September 2009 bukan setakat Tengku Jib yang menjulang jari telunjuk. Perdana Menteri pun mulai pandai menunjukkan jari telunjuk.

Kalau batal demo pun takkan selesai masalah ...

Oleh DINSMAN 
Mengapa mereka begitu takut kepada cadangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk berhimpun di Kuala Lumpur 9 Julai ini? Bukan kali pertama perhimpunan begini diadakan di Kuala Lumpur. Sudah beberapa kali pun dibuat. Mana pernah berlaku perkara-perkara yang boleh mengancam atau membahayakan keselamatan?
Perhimpunan Bersih pun ini kali yang kedua. Kali pertama dulu apakah ada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, yang merosakkan harta awam, atau mencederakan mana-mana manusia? Tak ada!

Himpunan bantah PPSMI yang disertai oleh rakyat awam yang lebih kurang sama ramainya itu pun, sama juga. Tak ada berlaku apa-apa yang perlu ditakuti pun. Huru-hara dan hiruk-pikuk itu hanya berlaku apabila pihak polis bertindak menembak gas, air gatal dan mengejar untuk menangkap mereka. Tanpa itu semuanya aman dan terkawal sahaja.

Najib tidak bertanggungjawab, kata Dr Dzulkefly

Negara kini mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab dengan melibatkan kumpulan silat sebagai benteng pertahanan negara yang ketiga.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengheret kumpulan silat lincah di negara ini ke dalam kancah politik sebagai tidak bertanggungjawab.
Mengulas perkara ini dalam blognya hari ini, beliau berkata, negara kini mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab dengan melibatkan kumpulan silat sebagai benteng pertahanan negara yang ketiga selepas pasukan polis dan tentera.
Beliau berkata demikian ketika menyentuh mengenai perhimpunan Bersih Sabtu ini dan kenyataan Najib semalam yang menganggap kumpulan silat sebagai barisan pertahanan ketiga negara.
“Dengan meniupkan api perkauman dan menyemarakkan perasaan benci dalam peristiwa kepala lembu dan serangan ke atas rumah-rumah ibadat menyerlah peribadi sebenar Najib.

Bersih 2.0 : Zulhaidah’s detention ‘politically motivated’

By declaring ‘Bersih’ as illegal on July 1, the Home Ministry has caused “an atmosphere of unrest,” says Sarawak PKR chief Baru Bian
KUCHING: The three-day police detention of PKR Youth secretary Zulhaidah Suboh for wearing a yellow T-shirt is “political intimidation” of the highest order, Sarawak PKR chief Baru Bian said today.
“Not only is it absurd, it is also both repressive and oppressive that citizens of a democratic country are not allowed to wear T-shirts of their own choice, yellow-coloured or otherwise.
“It is equally illogical for the home minister (Hishammuddin Hussein) to rule that wearing yellow T-shirts is a criminal offence.
“Where does it state in our nation’s laws that wearing yellow T-shirts is a criminal offence? Is it not the prerogative of Parliament to enact laws?
“Does the home minister, a lawyer himself, need reminding of the doctrine of sovereignty of Parliament?”
Calling for her immediate release, Bian, who is also the Ba’Kelalan assemblyman, said the party denounced such “high-handed bullying tactics inflicted on Zulhaidah”.

Sekat komunikasi awam tidak halang himpunan Bersih

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Jawatankuasa Bersih 2.0 menasihatkan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional supaya tidak menghenti akses kepada saluran komunikasi awam seperti telefon mudah alih, internet, perkhidmatan 3G mudah alih, laman web tertentu atau media sosial kerana ia tidak akan berjaya untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 di Stadium Merdeka Sabtu ini.
Bersih 2.0 mendakwa mereka terkejut apabila dimaklumkan matlumat perisikan bahawa mungkin ada sekatan ke penuh atau sebahagian di internet menjelang perhimpunan aman anjuran mereka hujung minggu ini.
“Jika diganggu dalam sebarang bentuk, pihak berkuasa akan kelihatan tidak berbeza daripada diktator di Timur Tengah yang telah menggunakan cara yang sama, tapi langsung tidak membawa kesan,” tegur Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataannya, Bersih 2.0 juga menggesa orang ramai yang mahu menyertai perhimpunan bersejarah 9 Julai ini masuk ke pusat bandar hari ini atau pagi esok kerana maklumat perisikan menunjukkan bahawa pengangkutan awam akan ditutup, sama ada sebahagian atau sepenuhnya pada hari Jumaat dan/atau Sabtu.
Memerhatikan fakta yang mengejutkan bahawa permit bas ke Kuala Lumpur telah dibekukan, Bersih 2.0 berkata satu pelan rapi nampaknya sudah diusahakan untuk menyulitkan orang memasuki kawasan Kuala Lumpur pada 9 Julai ini sesukar yang boleh.

Bersih rally goes global

Malaysians in more than 30 cities around the world will gather in a show of solidarity for Bersih 2.0's call for free and fair elections.
PETALING JAYA: Malaysians living abroad will stage gatherings in 30 cities around the world in solidarity with Bersih 2.0′s “Walk for Democracy” on Saturday.
In Australia, organisers are expecting some 1,000 Malaysians or double that figure to turn up to support the call for free and fair elections.
“Over there, it’s not being viewed as an ‘anti-government’ protest but a solidarity movement. We’re appalled by the intimidation and roadblocks happening back home.
“Nobody is angry here, the mood is peaceful. We’re more concerned than anything else,” said Melbourne-based David Teoh, who is a key organiser of the rallies which will be held in several Australian cities.

Flip-Flop, Gambaran Buruk Kepimpinan Najib


SHAH ALAM 7 JULAI : Tindakan Perdana Menteri, Najib Razak mula berdolak dalih berhubung tawaran untuk perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium dan bukan dijalanan hanya memberi gambaran buruk kepada kepimpinan beliau.

Presiden Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keengganan Najib untuk bekerjasama dengan Bersih 2.0 jelas menunjukkan Najib tidak akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan terus menghalang Himpunan Bersih 2.0, Sabtu ini.

Silapkah Seri Paduka Baginda Terima Wakil 62 NGO Berdaftar Mengadap?

 “Hanya kerana Yang Di-Pertuan Agong menemui mereka (Bersih) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan.”  Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. 

Dalam keghairahan untuk terus menyerang Bersih 2.0, Hishamuddin mencadangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan. 

Pendapat ini kemudiannya turut disokong  oleh sepupu beliau – Perdana Menteri Najib Razak sebagai alasan untuk menafikan Bersih permit bagi mengadakan perhimpunan amannya di  sebuah stadium pada Sabtu ini. 

15,000 pemuda PAS Terengganu ke himpunan Bersih

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan menghantar 15,000 orang ahlinya ke Kuala Lumpur untuk mengikuti himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
Mereka akan bergerak bersendirian dengan semangat kental untuk bersama-sama Bersih 2.0 mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di tanah air.
Ketua DPPNT, Mohd Nor Hamzah (gambar) menjelaskan, pemuda PAS Terengganu seperti juga pemuda PAS di negeri-negeri lain di seluruh negara sememangnya begitu bersemangat untuk menyertai perhimpunan itu sejak mula dirancangkan.
Beliau bagaimanapun secara jujur mengakui, semangat mereka mula berkurangan apabila Bersih 2.0 mengumumkan akan mengadakan perhimpunan aman itu di stadium.
"Namun dengan semangat perjuangan yang sudah sedia ada dalam diri masing-masing, semangat mereka itu amat mudah dinaikkan kembali.

Bersih 2.0: Adakan Di Mana-mana Kecuali KL, Kata Polis

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis hari ini mendesak penganjur Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan mereka pada Sabtu ini di luar ibu negara atas alasan perhimpunan di Stadium Merdeka akan menyebabkan kesesakan dan gangguan lain. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar  berkata langkah ini perlu demi kepentingan orang ramai yang tidak terlibat dalam pergerakan tuntutan pembaharuan pilihan raya.
“Saya mengesyorkan mereka agar mengadakan di luar Kuala Lumpur. Jangan menyebabkan kesesakan di Stadium Merdeka yang dekat dengan pusat bandar raya dan menyebabkan gangguan,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Bersih 2.0 : JPA arah k'tangan awam tak hadiri himpunan

civil servants government workersTertekan dengan hasrat rakyat yang mahu meneruskan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling melarang penglibatan pegawai awam terbabit dengan perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.

Pekeliling bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagaimanapun tidak menamakan mana-mana perhimpunan.

Pada 9 Julai ini, tiga perhimpunan dirancang yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), PERKASA dan juga Pemuda Umno.

Stadium Merdeka simbolik kebebasan rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di atas kesudian menerima kehadiran pihak Bersih untuk mengadap Baginda.
Naib Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamad (gambar) berkata, ia melambangkan keprihatinan Tuanku terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat jelata di negara ini.
“Namun amat mendukacitakan apabila pihak kerajaan yang dipimpin oleh Umno BN nampaknya seolah-seolah tidak memahami titah Tuanku ini apabila masih berdolak dalih untuk menyediakan stadium untuk Himpunan Bersih yang insya Allah yang akan diadakan pada 9 Julai ini,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, seluruh rakyat Malaysia masih segar mengingati apabila pihak kerajaan menjanjikan akan menyediakan stadium bagi tujuan tersebut.
Pihak Bersih setelah pergi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil keputusan untuk tidak mengadakan himpunan Bersih di jalanan kerana akur dan menghormati Agong selaku penaung kepada seluruh rakyat Malaysia.

SMM: BERSIH 2.0 berjaya memperlihatkan kepada rakyat kerosakan sistem demokrasi Malaysia

1. Politik Fitnah.
Sejak BERSIH 2.0 mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan aman dibandar Kuala Lumpur awal tahun ini, pelbagai reaksi negatif timbul khususnya daripada kumpulan pro-UMNO seperti PERKASA dan Pemuda UMNO sendiri.  Bermacam-macam fitnah dilemparkan terhadap BERSIH 2.0 seperti cubaan merampas kuasa dan membuat negara menjadi huru hara.  Tidak cukup dengan itu, PERKASA melalui Ibrahim Ali dengan berani cuba memainkan isu perkauman semata-mata ingin mencemar imej perhimpunan aman BERSIH.  Koordinator utama BERSIH 2.0 iaitu Ambiga diserang dengan isu isu peribadi yang tidak berkait langsung dengan dasar perlaksanaan himpunan BERSIH 2.0.

Perhimpunan BERSIH 2.0: Perjuangan yang Terkubur atau Tertangguh?

Rapat perarakan BERSIH 2.0 akhirnya terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan perhimpunan dalam stadium tertutup.  Demikianlah perkembangan terbaru perarakan jalanan yang tidak kurang kejutannya bagi sesetengah pihak.  Perkembangan yang dianggap sebagai anti-klimaks ini sebenarnya tidak sukar dicongak kerana pada episod akhir peristiwa tersebut, pemimpin BERSIH sebenarnya telah terjebak lalu terikat dengan rentak dan tata permainan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.  Justeru, tidak hairanlah titah Yang di-Pertuan Agong seolah-olah menjadi suatu isyarat penyelamat yang terakhir atau sebagaimana kata pepatah Inggeris the last straw to clutch at buat pemimpin BERSIH, terutamanya pada saat-saat getir menanggung tekanan yang bukan kepalang daripada pihak berkuasa.

BERSIH 2.0 yakin PM boleh mengarahkan agar Stadium Merdeka disewa

Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan berkata, BERSIH 2.0 beralih untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka kerana janji Perdana Menteri Najib Razak.  Justeru itu, beliau yakin bahawa PM mampu memberi arahan supaya pihak Stadium Merdeka menyewa tempat tersebut kepada BERSIH 2.0.  Untuk Ambiga, kenyataan Najib sebelum ini adalah janji kerajaan persekutuan.
Ambiga berkata, BERSIH 2.0 mengandaikan mereka telah dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan di stadium berikutan kenyataan Najib.  Mereka yakin bahawa kerajaan boleh mengarahkan agar Stadium Merdeka bersetuju untuk menyewakan tempatnya kepada BERSIH 2.0.  "Saya akan terkejut seandainya Stadium Merdeka menolak permohonan kami," kata Ambiga.

Kempen anti BERSIH dibawa ke lebuhraya

Kerajaan memperhebatkan kempen bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini dengan menyebarkan larangan itu bukan sahaja di masjid dan universiti tetapi juga di beberapa lebuhraya.

highway 200404Tinjauan Malaysiakini hari ini mendapati amaran berkenaan bukan sahaja dipaparkan di kain rentang tetapi juga dipamerkan di papan tanda elektronik sepanjang lebuhraya DUKE.

Notis yang sama juga dikesan sejak dua hari lalu di lebuhraya Sprint berhampiran Mont Kiara.

Selain itu, sekolah-sekolah seluruh negara, khususnya sekitar Lembah Klang juga difahamkan telah mengingatkan pelajar dan guru-guru supaya menjauhkan diri mereka daripada perhimpunan itu.

Bersih 2.0 : Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini


Ambiga coming out of Bukit Aman speaking to reporters. — Picture by Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabru ini. Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai “sangat tidak digalakkan” ke ibu negara Sabtu ini.
Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah.
Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini.
Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno.

Bersih 2.0 : Wanita PKR dakwa Hisham langgar titah Agong

Wanita PKR hari ini mengecam perdana menteri kerana didakwa membiarkan menteri dalam negeri mengenakan tindakan ke atas perhimpunan BERSIH.

NONEKetua pergerakan itu, Zuraida Kamaruddin berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak seharusnya membiarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein terus mengarahkan polis menahan individu yang didakwa terbabit dengan perhimpunan berkenaan.

"Ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas telah melanggar titah baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Ini kerana, secara jelas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan (Zainal Abidin) telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini.

Bersih 2.0 : Kementerian Pelajaran bekal borang pantau guru, pelajar

NONESemua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri diarah membekalkan butiran pegawai, guru dan kakitangannya yang mungin menyertai perhimpunan haram Sabtu ini.

Borang yang dinamakan 'Pemantauan Penglibatan Pegawai/Guru dalam Perhimpunan Haram atau Gerakan Yang Mengancam Keselamatan Negara' itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

Semua pengarah dikehendaki mengisi butiran mereka yang terlibat termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat institusi dan nombor telefonnya.

Adalah dipercayai borang itu disasarkan kepada kakitangannya yang bakal menyertai BERSIH 2.0.

Selepas diisi, semua borang mesti dikembalikan ke pejabat ketua pengarah pelajaran sama ada melalui faks atau emel.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud dalam pekelilingnya yang bertarikh 30 Jun melarang semua pegawai, guru, pensyarah dan pelajar daripada penyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

BERSIH dakwa telco, Internet mungkin diganggu

Kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa mereka menerima maklumat bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini.

Dalam kenyataan media hari ini, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata tindakan itu bagi membantutkan perhimpunan berkenaan akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.

Ambiga: BERSIH tempah semula Stadium Merdeka

NONEKurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, pengerusinya Datuk S Ambiga berkata gabungan itu akan mencuba sekali lagi membuat tempahan di Stadium Merdeka dan memohon permit polis jika pengurusan perbadanan stadium itu memberikan kelulusannya.

Perkara itu disampaikan oleh Ambiga kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan mereka di ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini.

Hadir bersama pada mesyuarat selama sejam itu adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0