Rabu, 6 Julai 2011

Video : Selangor Kesal Polis Tangkap 11 Ahli Majlis Berbaju Bersih.

Video : Bersih dan Pakatan Selar Hisham

Video : ''Saya akan Usaha Dapat Kebenaran Stadium Negara''

Video : Q & A with Ibrahim Ali

Video : PERKASA mahu berhimpun, pohon mengadap Agong

Bersih 2.0 :: 44 kertas siasatan, 23 ditahan di Kedah

Sebanyak 345 laporan dan 44 kertas siasatan dibuka, manakala seramai 23 individu ditahan sehingga kini, berhubung perhimpunan haram yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata ia merupakan jumlah terkini yang direkodkan membabitkan kes-kes yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan perhimpunan terbabit.

"Pada pagi ini, dua individu (pasangan suami isteri) telah dituduh di mahkamah, yang lain-lain sedang tunggu tindakan selanjutnya, mereka yang ditangkap sebelum ini dibebaskan selepas polis mengambil kenyataan, atas jaminan polis," katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.

‘Ambiga should be arrested, not granted royal audience’ - Perkasa

Perkasa will also submit a letter seeking an audience with the King before July 9

KUALA LUMPUR: Bersih chairman S Ambiga should be arrested under the Internal Security Act (ISA) instead of being invited to the palace, Perkasa said today.
“We were shocked that Ambiga was granted an audience,” Perkasa chief Ibrahim Ali told a press conference here. “His Majesty should not be receiving people like that. We know Ambiga represents an illegal organisation.”
“She should be arrested under the ISA or the Emergency Ordinance (EO) and not being invited to the palace,” he said.
Nevertheless, Ibrahim said Perkasa respected the decision of the Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin to grant Ambiga a royal audience.
He added that the move reflected a benevolent King who cared for his country and people.
“The King’s willingness shows his concern for the safety of his people.”

Najib: Saya tak kata akan jumpa BERSIH...ha..ha..kena kencing dah..!!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tidak semestinya beliau yang akan bertemu dengan pemimpin BERSIH 2.0 untuk berbincang mengenai perhimpunan di stadium, kerana ada orang lain yang boleh mewakili kerajaan.

NONEKatanya, beliau tidak mengatakan yang beliau akan menemui BERSIH.

Semalam, katanya, beliau berkata kerajaan yang akan menemui
gabungan tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Klang petang ini, Najib berkata kerajaan tidak bermaksud beliau secara peribadi.

Beliau diminta mengulas cadangan pemimpin BERSIH untuk bertemu dengan beliau berhubung perhimpunan tersebut.

Najib juga berkata beliau masih belum menerima permintaan dari pemimpin BERSIH untuk bertemu dengannya.

Cops: All pro-Bersih materials illegal, remand on PSM 6 stays

Cops: All pro-Bersih materials illegal, remand on PSM 6 staysDeputy Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar said protestors found with pro-Bersih 2.0 materials will be arrested even though they have been allowed to hold a rally at the stadium because the organisation was deemed to be "illegal".
“On clothing or items with Bersih motifs on them, Bersih 2.0 has been gazetted as illegal so anything to do with Bersih 2.0 will be wrong, will be disallowed and we will take action,” he told a press conference on Wednesday.
“Bersih is an illegal society so we advise them not to use materials supporting it or anything showing support of Bersih is illegal."
This means if the coalition were granted a permit for the rally, anyone found with materials in support of the outlawed group would be hauled in.

A day ago, the King; today, Ibrahim Ali ticks off the PM over Bersih

A day ago, the King; today, Ibrahim Ali ticks off the PM over BersihFrom King to Prime Minister, Perkasa president Ibrahim Ali is afraid of neither. But both appear to be frightened of him, a rotund 60-year old rabble rouser from east coast Kelantan state.
A day ago, Ibrahim minced no words, questioning the King for agreeing to meet Bersih chairman Ambiga Sreenevasan over the planned July 9 Bersih rally for free and fair elections.
Today, Ibrahim Ali ticked off Prime Minister Najib Razak in public. He issued a clear warning to the hapless Najib not to order the police to issue a permit to Bersih, even though Bersih had accepted the King's advice and Najib's offer to hold the rally in a stadium rather than on the streets.
“Police know the best about security, not the prime minister. The prime minister has to listen to advice from the police, not the other way around. No political decision in security matters," Ibrahim Ali told the press on Wednesday.
"There should be no compromise for the political interests of any political party, including the ruling party.”

Video : Pakatan kesal sikap melampau KDN, polis

Himpunan Bersih untuk nasihati pemerintah

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Himpunan aman Bersih yang menurut cadangannya akan diadakan dengan kerjasama pihak keselamatan dan pihak berkuasa di Stadium Merdeka pada 9 Julai nanti merupakan salah satu usaha menyampaikan nasihat kepada pemerintah dan rakyat yang diperintah secara baik.
Hal ini bersandarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat Imam Muslim yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat,” iaitu “(Nasihat) bagi Allah, bagi Kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi pemerintah orang-orang Islam dan rakyat mereka,” demikian menurut Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali.

Rakyat tidak harus berundur tuntutan Bersih

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Senator Mumtaz Md Nawi menyifatkan Bersih 2.0 menempa satu kejayaan awal apabila Yang di-Pertuan Agong memberikan ruang untuk mereka mengadakan perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini.
Sambil mengucapkan tahniah kepada sekretariat Bersih 2.0 yang bersifat terbuka untuk sebarang rundingan, Mumtaz berkata, Bersih 2.0 menunjukkan pendirian yang jelas iaitu ingin memastikan lapan tuntutan mereka didengar untuk diambil tindakan.
"Ini menunjukkan sikap terbuka pihak Bersih 2.0 nak menyelesaikan isu. Ia bukan masalah nak menunjukkan bantahan sahaja.
"Kalau memang tujuan mereka nak berjalan, mereka akan teruskan di jalan raya tapi kerana tujuan untuk menyelesaikan masalah.
"Ini satu tindakan matang dan rasional pihak Bersih 2.0 dalam menghormati Yang di-Pertuan Agong, bersikap terbuka, dan sekurang-kurangnya sudah nampak satu kejayaan apabila diberi satu ruang untuk dengar tuntutannya secara terbuka," kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Negara hari ini.

Spesies Perosak Bangsa Melayu...!!!!


Tu diaaaaa.... inilah pejuang melayu... kah... kah.. kah... macam cibai wa cakap lu...

Pejuang Melayu apa... Pejuang Melayu kepala bana tokwan dia laaaa... apa macam punya pejuang melayu nih...!!!!

Himpunan Bersih: Pihak berkuasa kurang ikhlas, kata Ambiga


KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh pihak berkuasa memperlihatkan sikap “kurang ikhlas” kerana meminta gabungan itu memohon  permit bagi mengadakan perhimpunan di stadium, Sabtu ini.
Ambiga (gambar) berkata halangan terbaru menjelang perhimpunan Sabtu ini bagi menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bebas tidak konsisten sama sekali dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum bahawa Bersih 2.0 akan disediakan sebuah stadium, malah ia juga kehendak Yang di-Pertuan Agong.
“Mengapa anda minta kami memohon permit sedangkan perdana menteri sudah pun kata OK?
“Kami tidak faham,” kata beliau pada majlis Kelab Koresponden Asing di sini.
Petang tadi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan Bersih 2.0 agar memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan Sabtu ini sambil menegaskan, kegagalan berbuat demikian bermakna ia akan dianggap sebagai satu perhimpunan tidak sah.

Stadium Merdeka bukan milik Umno

KUALA LUMPUR: Stadium Merdeka bukan milik Umno dan bukan parti itu sahaja yang layak menggunakan kemudahan stadium tersebut, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin. Beliau mengulas kenyataan Pemuda Umno yang membantah keputusan Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.
Khairul berkata, Pemuda Umno memberi hujah dangkal untuk tidak membenarkan stadium itu digunakan, atas alasan ia mempunyai nilai sejarah termasuk menjadi tempat pemasyuran kemerdekaan.
“Bukan Umno sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Banyak pihak lain yang menitiskan darah dan keringat memperjuangkan kemerdekaan.

'Ganyang Komunis'; Provokasi Gertak dan Umno

 http://buletinonline.net/images/stories/berita49/gertak%20komunis.JPGDewan Pemuda PAS Negeri Terengganu memandang serius kain rentang dan kad jemputan program “Ganyang Komunis” yang diedar oleh Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) yang memaparkan logo BERSIH pada topi ‘Komunis’. Kain Rentang tersebut dapat dilihat di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu dan Kad Jemputan tersebut turut disebarkan melalui laman sosial Facebook.

Ianya secara langsung telah mengaitkan BERSIH 2.0 dengan komunis dan menggambarkan perjuangan BERSIH 2.0 adalah sama dengan perjuangan komunis.

MPMN: Universiti perlu akur titah Agong

Saya bersyukur mempunyai Ketua Negara yang cukup prihatin terhadap perjalanan demokrasi di negara ini.  Apabila Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj memperkenan kumpulan BERSIH 2.0 tampil menghadap Baginda, ia merupakan signal yang sangat baik yang memberi nafas baru bagi pelaksanaan demokrasi di negara ini.

Perkenan Baginda terhadap tuntutan kumpulan itu untuk berhimpun menuntut sistem pilihanraya bersih perlu dihormati oleh semua pihak.  Bagi mahasiswa yang merupakan rakyat Malaysia yang sah, hak berhimpun seperti yang diperkenan oleh Baginda perlu diambil perhatian oleh pihak universiti.  Dalam hal ini, pihak universiti perlu akur terhadap titah Baginda dan dalam masa yang sama mereka perlu segera menarik kembali larangan yang telah dikeluarkan di peringkat universiti.

Is Putrajaya joking about Bersih?

JULY 6 — The circumstances surrounding the July 9 Bersih rally have been changing since the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin issued a rare edict and met both the prime minister and Bersih leaders.
Somethings haven’t changed. Bersih is still outlawed. Wearing their yellow T-shirt with the word Bersih will land you in the lock-up.
Government agencies like Stadium Merdeka are waiting for the Cabinet to direct them whether to accept Bersih’s application. The police are waiting for Bersih’s application which must state the venue.
And now Datuk Seri Najib Razak is saying he didn’t promise to see Bersih over the rally and that it’s up to the police to decide whether the rally can proceed.
Is this a joke?
Can the government of the day stop stonewalling Bersih or waffling about where the electoral reform movement can have their rally? All this drama has made a mountain out of a molehill and makes the royal audience yesterday just a scene from a farce.

Selangor Kesal Polis Tangkap 11 Ahli Majlis Berbaju Bersih 2.0


SHAH ALAM 6 JULAI : Menteri Besar Selangor kesal dengan tindakan polis yang menahan 11 ahli majlis Perbandaran Kajang atas dakwaan memakai baju rasmi BERSIH 2.0 ketika menghadiri mesyuarat rasminya baru- baru ini.

Beliau menegaskan, polis tidak berhak bertindak sedemikian berikutan Perlembagaan Persekutuan menjamin hak bersuara dan berkumpul dalam menyatakan pandangannya.

Justeru, tindakan 11 ahli PBT itu menyokong himpunan aman tersebut dengan memakai baju BERSIH 2.0 adalah wajar dan tidak menyalahi undang- undang negara.

Najib kata dia adil

MENGULAS tentang rancangan unjuk rasa Bersih 2.0 bagi menuntut perjalan pilihan raya bersih dan adil serta mewujudkan sebuah SPR yang adil dan bersih, maka Perdana Menteri Najib berkata bahawa dirinya dan kerajaannya telah mengendali perjalanan pilihan raya dan mewujudkan SPR yang adil dan bersih.
Alasan mudahnya betapa ia bersih dan adil ialah ada pembangkang berjaya mengalahkan BN di lima negeri dalam Pilihan Raya  Umum 2008 dulu dan ditambah pula BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya itu.
Termasuk akal setengah orang yang tidak panjang akalnya dengan alasan itu.
Oleh kerana adanya cerita jenaka arnab tertidur di tengah perlumbaannya dengan kura-kura, maka kalah arnab oleh kura-kura dalam perlumbaan itu. Adakah dapat diterima dalam realitinya kura-kura juga sama pantas berlari dengan arnab?

Isu Bersih : Stadium, Najib Mula Dolak- Dalih



KUALA LUMPUR 6 JULAI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula berdolak dalih, kurang 24 jam selepas membuat   tawaran untuk perhimpunan Bersih diadakan di stadium dan bukan dijalanan.

Selepas tawaran berkenaan diterima oleh penganjur perhimpunan semalam, Najib hari ini menegaskan Bersih adalah pertubuhan haram dan justeru itu,  tidak boleh memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu.

Najib berkata mana-mana pihak yang membuat permohonan untuk perhimpunan sedemikian harus berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Video -Cops:"Illegal" Bersih does not meet criteria for permit

Video : We compromised, cops should too - Bersih

Bersih 2.0 sasar Stadium Merdeka, Najib pula serah pada polis..flip-flop untuk gagalkan perhimpunan.


KLANG, 6 Julai – Datuk Seri Najib Razak berkata Bersih 2.0, yang masih dianggap sebagai pertubuhan haram, perlu membuat permohonan rasmi kepada polis meskipun ia sudah memutuskan tidak akan mengadakan perhimpunan jalanan sebaliknya menerima tawaran perdana menteri berhimpun di stadium.
Sehubungan itu Najib (gambar) menjelaskan bahawa tawarannya untuk berunding mengenai satu lokasi yang sesuai dibuat bagi pihak pentadbirannya, bukannya atas kapasiti peribadi beliau.
“Kami akan serahkan kepada pihak berkuasa. Polis akan membuat keputusan atas kepentingan keselamatan. Satu permohonan rasmi belum dibuat.
“Saya tidak pernah berkata saya akan bertemu mereka secara peribadi. Sesiapa dalam kerajaan boleh berunding,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bersih 2.0 : Demonstrasi tentera untuk takutkan rakyat

Kuala Lumpur : Naib Presiden KEADILAN N.Surendran berkata, demonstrasi Angkatan Tentera Malaysia dan Polis di Raja Malaysia bertujuan menakut-nakutkan orang ramai berhimpun 9 Julai ini.
Beliau mengulas Demontrasi yang dinamakan ‘Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman di antara tentera dan polisyang dilakukan di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur.
Antara yang paling menonjol semasa demontrasi berkenaan adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya ‘bersurai jika tidak mahu ditembak’, dalam pelbagai bahasa.

Apabila rasional BERSIH 2.0 bertembung dengan ketidakikhlasan BN...

Kepercayaan adalah asas yang mendasari sesebuah masyarakat.  Apabila manusia tidak berpegang kepada janjinya, maka lembu mempunyai alasan untuk membebaskan diri dari talinya.

Kata kunci pada detik saat yang kurang daripada 70 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 ini adalah "Rasional".  Malangnya, inilah yang amat kurang dalam kerajaan Barisan Nasional setakat ini.  Lebih malang lagi, sikap "rasional" BERSIH 2.0 seolah-olah tidak hargai, malah tidak dibalas dengan reaksi yang sewajarnya.

Kempen BERSIH ditukar jadi KOTOR...waa..kah.kah..baru depa kena...!!!

“Mereka tak mahu BERSIH jadi kita beri mereka KOTOR.”

Ini adalah reaksi ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye pagi ini apabila beliau mengunjung sebuah pasar di Gunung Rapat Ipoh, tempat dia ditahan polis minggu lalu kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0.

NONEBersama ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai - yang juga ditangkap minggu lalu atas sebab yang sama - Lee dan anggota PKR Perak memakai baju yang tertera perkataan 'KOTOR' kali ini.

Pada kemeja itu, perkataan 'BN' dan '53 tahun menggantikan perkataan 'bersihkan pilihan raya'.

Menurut Lee ketika dihubungi, anggota polis yang menahan mereka minggu lalu juga tergelak melihat telatah mereka dan diberi peringatan ia mungkin mencetuskan kemarahan kumpulan bertentangan yang lain seperti PERKASA dan Pemuda Umno.

Bersih: Menteri KDN canggah kenyataan Najib

KOTA BHARU, 6 Julai: Kelmarin Perdana Menteri kata kerajaan sanggup sediakan stadium untuk Bersih 2.0 berkumpul, Ahad lalu Yang di-Pertuan Agong menitahkan kerajaan melaksana segala amanah secara adil dan bijaksana.
Anehnya hari ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilapor berkata, tangkapan ke atas aktiviti berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 akan berjalan seperti biasa.
Persoalannya siapa lebih berkuasa di antara Menteri Dalam Negeri (KDN) atau Perdana Menteri.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri tidak memperlihatkan semangat seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.
”Pemuda PAS menjunjung kasih di atas titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ampuni perkenan menerima mengadap wakil Bersih 2.0 semalam.

Perkasa juga mahukan stadium lawan Bersih 2.0


KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sebagimana diputuskan Bersih 2.0 semalam, Perkasa yang merancang mengadakan perhimpunan balas protes juga mengambil langkah yang sama.
Pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu (gambar) telah memohon kepada tiga stadium di ibu negara bagi tujuan tersebut.
Bagaimanapun pengurusan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Titiwangsa belum lagi meluluskan permohonan mereka.
Ibrahim berkata Perkasa telah memutuskan untuk tidak membatalkan Gerak Aman 9 Julai sebab Bersih 2.0 mahu terus mengadakan perhimpunan Sabtu ini meskipun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, seramai 14,661 ahli Perkasa dan pertubuhan bukan kerajaan termasuk 2,000 bukan Melayu sudah pun menandatangani petisyen menyokong perhimpunan balas.

Pakatan kesal sikap melampau KDN, polis

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pakatan Rakyat kesal dengan sikap Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang masih memberi pelbagai tekanan dan halangan kepada himpunan Bersih 2.0 walaupun Yang di-Pertuan Agong membenarkan himpunan di stadium.
Ianya termasuk penangkapan mereka yang memakai dan membawa baju Bersih, halangan ceramah Bersih, pendakwaan mereka yang ditangkap, dan keengganan membenarkan bersih berhimpun di stadium.
"Kita kesal dengan sikap keterlaluan Menteri Dalam Negeri yang menyimpang dari rundingan Yang di-Pertuan Agong, seolah-olah mengatakan 'kami tidak peduli rundingan kamu dengan Agong," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bersih 2.0 : Enam pemimpin PSM fail habeas corpus dibebas segera

Peguam Yudistra Darma Dorai dan Edmund Bon melihat pada dokumen selepas memfailkan permohonan habeas corpus hari ini. – Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 6 Julai – Enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D. Michael Jeyakumar, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 hari ini memfailkan permohonan habeas corpus supaya dibebaskan dengan segera. Mereka memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini, pada 3.30 petang melalui firma guaman Tetuan Raj, Ong & Co dengan menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Selain Dr Jeyakumar, 56, mereka yang lain ialah Sukumaran Munisamy, 50; Letchumanan Aseer Patham, 49; Choo Chon Kai, 33; Sarasvathy Muthu, 58, dan Sarat Babu Raman, 25.

Video : Pakatan backs Stadium Merdeka proposal

Video : 'Divine intervention' cools heads

Himpunan BERSIH: Pakatan gesa Najib patuhi janji

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.
"Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

Hisham: Tangkapan pencegahan diteruskan

bn youth joint pc parliament 210806 hishamuddin worryMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penguatkuasaan, termasuk tangkapan pencegahan ke atas aktivitis yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini akan berjalan seperti biasa.

"Saya percaya begitu. Ia masih haram dan masih jatuh (tertakluk) bawah undang-undang negara. Kita konsisten," katanya ketika ditanya sama ada tangkapan akan diteruskan jika perlu.

Bercakap pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini, Hishammuddin juga berkata larangan memakai baju kuning BERSIH 2.0 juga masih berkuatkuasa dan mereka yang memakai ataupun memilikinya akan ditangkap dan didakwa.

Selepas tak dilayan : PERKASA mahu berhimpun, pohon mengadap Agong

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan meneruskan rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai di stadium memandangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) juga berniat berbuat demikian.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan itu merancang untuk mengadakan perhimpunan berkenaan sama ada di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau di Stadium Titiwangsa.

Sebelum itu, PERKASA akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendengar titah Seri Paduka berhubung perhimpunan berkenaan.

Polis: BERSIH tidak penuhi kriteria untuk permit

Pihak polis mahu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan yang dijadualkan pada Sabtu ini, tetapi mengakui pertubuhan itu tidak layak berbuat demikian.

NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini mengadakan sidang akhbar bagi menasihatkan BERSIH 2.0 supaya memohon permit.

"Setakat ini, tiada permohonan bagi mengadakan perhimpunan di stadium,” kata Khalid pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, petang ini.

"Saya cadangkan (mereka) memohon permit dengan segera. Kita akan memprosesnya secepat mungkin.”

Apabila wartawan mengingatkan Khalid bahawa BERSIH 2.0 telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri dan tidak mungkin layak mendapatkan permit, Khalid hanya mengangguk.

Topi komunis berlogo Bersih, Gertak biadap

KUALA TERENGGANU, 6 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang serius kain rentang dan kad jemputan program ‘Ganyang Komunis’ yang diedar oleh Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang memaparkan logo Bersih pada topi ‘Komunis’.
Setiausaha DPPNT, Muhammad Zaidan Abdullah berkata, kain rentang tersebut dapat dilihat di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu dan Kad Jemputan tersebut turut disebarkan melalui laman sosial Facebook.
Beliau menambah, ia secara langsung telah mengaitkan Bersih 2.0 dengan komunis dan menggambarkan perjuangan Bersih 2.0 adalah sama dengan perjuangan komunis.
“Maka dengan itu, DPPNT memandang bahawa ini merupakan satu cubaan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Video : PSM lawyers file order for detainees' release

Pakatan Rakyat kerah 300,000 sertai Bersih

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat bersetuju untuk mengerahkan 300,000 ahli dan penyokong ke perhimpunan Bersih pada hari Sabtu, 9 Julai ini di Stadium Merdeka.
“Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat menyokong keputusan Bersih bagi menuntut pilihan raya yang telus, bebas dan adil.
“Majlis akan mengerahkan 300,000 ahli dan penyokong ke perhimpunan Bersih pada hari Sabtu, 9 Julai ini di Stadium Merdeka,” katanya pada sidang media di G Tower, di Jalan Tun Razak, sebentar tadi.
Beliau turut menuntut kerajaan menghormati semangat pertemuan di antara Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dengan Yang di- Pertuan Agong.
“Kami kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri seolah-olah mereka tidak peduli pertemuan Bersih dengan Tuanku. Seolah-olah Yang Dipertuan Agong memanggil ‘kumpulan haram’ untuk berbincang.

PAS cadang Najib hadir himpunan Bersih 2.0

SHAH ALAM, 6 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disaran hadir ke Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Dengan kehadirannya, sudah pasti beliau dapat mendengar sendiri semua ucapan pimpinan Bersih dan jemputan mereka terutama huraian lapan tuntutan berkaitan pilihan raya bersih dan telus dalam negara. 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bersetuju penuh dengan saranan agar Najib hadir sendiri di Stadium Merdeka, Sabtu ini untuk mendengar dengan lebih dekat lagi isu yang dibangkitkan Bersih mewakili lebih 60 NGO.
"Ya elok sangat jika perdana menteri dapat hadir dalam Himpunan Bersih ini," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Namun begitu Najib, ujarnya,  tidak dijemput untuk merasmikan Himpunan Aman Bersih tetapi beliau boleh hadir sebagai penonton biasa sahaja seperti orang lain juga.

30,000 ahli PAS Johor ke himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pemuda PAS Johor akan mengerahkan lebih 30 ribu ahli dan penyokong untuk hadir secara beramai-ramai ke Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
Mereka tidak perlu bimbang untuk hadir kerana himpunan itu bukan himpunan haram, sebaliknya himpunan halal yang dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia dan tidak bertentangan dengan Akta Polis 1967.
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, tambahan pula, Jawatankuasa Bersih 2.0 tidak perlu mendapat permit daripada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium kerana kawasan tersebut adalah kawasan persendirian.
Menurut beliau yang juga Pengerusi  Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), ini telah jelas dinyatakan dalam seksyen 27A Akta Polis 1967 (Akta 344) dan yang perlu dipohon adalah kebenaran pemilik stadium sahaja.

"Saya Akan Usaha Dapatkan Kebenaran Stadium Merdeka" - Ambiga


SHAH ALAM 6 JULAI : Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenavasan berkata beliau akan sedaya upaya mendapatkan kebenaran dari pihak pengurusan Stadium Merdeka untuk mengadakan himpunan Bersih 2.0 di stadium itu, Sabtu ini.

Beliau ketika dihubungi Tv Selangor tadi berkata, pihaknya kesal dengan tindakan pihak pengurusan stadium itu yang memberi bayangan untuk menolak permohonan tersebut.

Bayangan itu dipetik daripada kenyataan sekretariat BERSIH menerusi laman Facebook BERSIH 2.0.

'Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak'

Pihak berkuasa memperhebatkan tekanan ke atas kumpulan yang bercadang menyertai perhimpunan atau demonstrasi dengan mempamerkan layanan yang bakal menanti mereka jika terus menyertai perhimpunan 9 Julai ini.

NONEAntara yang paling menonjol semasa Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.

“Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

‘Bom petrol’ dalam botol plastik: Ia satu lawak, kata Jonah

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK)  Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, menyifatkan dakwaan polis bahawa rampasan beberapa jenis senjata berbahaya dikaitkan dengan perhimpunan Bersih, melucukan.
Demikian beliau yang dikenali sebagai Jonah mengulas dakwaan polis, berikutan rampasan beberapa senjata termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo Bersih, di tiga lokasi.
Bom petrol dan mercun yang dijumpai dikatakan disembunyikan di pasu bunga manakala baju T Bersih pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah.
Minyak petrol, beserta sumbu yang diisi ke dalam botol air mineral

Di Kuala Lumpur, barangan itu kononnya dijumpai di sekitar Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama.

Bersih criticises police for weapons link

Police officers display items found in the three weapons stashes. — file pic
KUALA LUMPUR, July 6 — Bersih today accused the police of being “simplistic” when implying that several weapons caches discovered two days ago were stashed away by the electoral reforms movement ahead of this Saturday’s gathering. Steering committee member Wong Chin Huat said that the police should investigate the case professionally and not jump to quick conclusions simply because the stash was found along with four Bersih T-shirts.
“If police uniforms were found among robbers, should we conclude that police are involved in organised crime?” he said.

Despite royal audience, Hisham says Bersih still illegal...so what hisham..!!!

PUTRAJAYA, July 6 — Datuk Seri Hishammuddin Hussein insisted today that Bersih is still outlawed, saying that neither an audience with the King nor moving the planned July 9 rally to a stadium could turn the electoral reforms movement legal.

However, the home minister said that Bersih could still apply for a permit for the July 9 gathering using “other methods.” “No, they are still banned, still illegal. Nobody can be above the law. Just because Tuanku met them, doesn’t mean they are no longer illegal,” he said, referring to the audience granted by the Yang di-Pertuan Agong to Bersih yesterday, after which it accepted the stadium offer.

Terkini : Stadium Merdeka tolak tempahan BERSIH

Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan di Facebook BERSIH 2.0, pegawai tempahan memberikan beberapa 'alasan' untuk menolak tempahan itu.

“Antara alasan yang tidak jelas yang dibekalkan oleh pegawai itu adalah 'majlis pengurusan sukan dalaman' dan 'kerja-kerja ubahsuai'.

“(Ini) di sebalik kenyataan ada rancangan bagi mengadakan 'Konsert Raksaksa 2' pada 9 Julai di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

Konsert Raksaksa 2, memaparkan legenda tempatan seperti Sweet Charity dan Blues Gang, bagaimanapun telah ditunda sehingga 1 Oktober kerana faktor keselamatan.

BERSIH 2.0 : Kami berkompromi, polis juga patut begitu

NONEGabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa kerajaan supaya menghentikan operasi penangkapan terhadap penyokong gabungan itu susulan kesediaan mereka untuk berkompromi.

Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga berkata sejak gabungan itu "mengendur" dengan bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium dan tidak di jalan raya, polis juga perlu menghentikan tangkapan.

"Kami rasa terpedaya sekiranya tindakan kerajaan bercanggah dengan kata-kata mereka dan ini merupakan satu perkara yang akan dibincangkan dengan perdana menteri.

KDN: BERSIH masih haram....haa mau lawan lagi ka...!!!!

Walaupun telah mengadap Yang Di-Pertuan Agong semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, BERSIH 2.0 masih sebuah perhimpunan haram.

"Ia masih lagi diharamkan. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Hanya bila berjumpa dengan Tuanku tidak bermaksud ia halal," katanya.

Beliau juga berkata, pengharaman gabungan NGO itu sebelum ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk atas nasihat peguam negara.

Bersih denies tweet on street demo

Bersih says there is no truth to the twitter posting that the movement will forge ahead with its street rally on July 9.
PETALING JAYA: Bersih has shot down rumours in cyberspace that its street rally will go on as planned on July 9 despite declaring its intention to hold the gathering in Stadium Merdeka.A tweet reading “Himpunan #Bersih 2.0 terus berlangsung perarakan bermula jam 2pm, Masjid Jamek Kg Baru, sogo, DBKL ke Stadium Merdeka utk serah 8 tuntutan” was forwarded on Twitter over the past hour. After an audience with the Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin yesterday, Bersih chairperson Ambiga Sreenevasan announced yesterday that the rally would be held in a stadium.
Commenting on the tweet, Bersih steering committee member Haris Ibrahim said there was no truth to it.
“No, it’s not true, the street demonstration has been called off. That tweet is inaccurate.
“We have not told people how they should get to the stadium nor are they any meeting points. All we advise is that they take public transport to avoid traffic congestion,” he added.
Police roadblocks were set up along major roads heading into the city during rush hour this morning much to the ire of motorists who were caught in massive traffic snarls.

Video : Bersih wants Saturday rally at Stadium Merdeka

Handling demos: Two-day course for cops

Despite Bersih moving its rally indoors, 1,200 police personnel will continue with their refresher course.

KUALA LUMPUR: The police are pushing ahead with their two-day refresher course for 1,200 personnel despite the Bersih 2.0 rally being moved indoors.
The course, which involves officers as well as rank-and-file personnel from all state contingent headquarters, is being conducted at the police training centre in Cheras.
It focuses on how to handle demonstrations and partcipants are briefed on the laws and limitations of the police in exercising their powers under such circumstances.
FMT learnt that briefings will be carried out by the police’s internal security and public order department as well as deputy public prosecutors from the Attorney-General’s Office.

Bersih 2.0 : Pak Pandir, Pak Kaduk dan ‘molotov cocktail’

Pak Pandir asal hanyalah seorang lelaki kampung, kolot dan lurus bendul tetapi tidaklah mempunyai agenda jahat terhadap masyarakat kampungnya seperti mana Pak Pandir yang meletakkan 'molotov cocktail' itu.

Setelah berfikir panjang, akhirnya Pak Pandir mendapat idea terbaik untuk mengelakkan daripada orang-orang kampung mengetahui dia memiliki wang simpanan yang banyak di rumahnya.
Tanpa berlengah lagi, pada malam itu juga Pak Pandir segera mencapai cangkul dan menggali lubang betul-betul di bawah pokok rambutan di halaman rumahnya itu.
Setelah lubang yang digalinya mencecah hampir dua kaki dalamnya, dia mencampakkan karung duitnya ke dalam lubang itu dan segera mengambusnya kembali.
Tidak cukup dengan itu, bagi benar-benar memastikan tiada jiran-jirannya dapat mengesyaki ada duit tertanam di situ, Pak Pandir turut meletakkan papan tanda yang bertulis “tiada duit ditanam di sini” betul-betul di tempat dia menanam duitnya tadi.

Bersih 2.0 : Yellow Malaysians vs Umno-BN

The whole Barisan Nasional (BN) government is clearly jittery and sometimes its leaders cannot get things right.

The events in the next few days would give us an idea as to how the police would treat the “yellow Malaysians” who would gather for the indoor rally.
It’s now confirmed that the Bersih 2.0 rally, which calls for free and fair elections, would be held at a stadium. But the rally organisers have their demands – to hold the rally at Stadium Merdeka, set up a Royal Commission of Inquiry (RCI) on the electoral process and release all detainees, including those arrested under the Emergency Ordinance (EO)
But yellow T-shirts are still deemed illegal and Bersih stays an unlawful organisation. How would Prime Minister Najib Tun Razak negotiate with an unlawful organisation? Beats me.

Bersih 2.0 : Pemuda Umno bantah BERSIH di Stadium Merdeka

NONEPemuda Umno hari ini membantahan keputusan BERSIH 2.0 yang memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.

Ketua penerangan pergerakan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah tempat berkenaan.

"Kami bantah di Stadium Merdeka. Ia bukan tempat perhimpunan politik. Buatlah di negeri Pakatan Rakyat. Lagi pun Stadium Shah Alam sudah ditawarkan," katanya.

Stadium Merdeka dianggap sebagai tempat istimewa ekoran menjadi tempat di mana kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1967 di hadapan 10,000 orang.

Polis: Sekatan jalan bagi elak senjata diseludup ke KL...ha.ha..ha..!!!!

Sekatan jalanraya yang dibuat oleh polis pagi tadi di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan kesesakan teruk bertujuan menghalang elemen yang tidak diingini daripada 'menyeludup' senjata ke ibu negara, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

NONEWalaupun Tun Hisan (dua dari kiri), the Star Online memohon maaf kerana gangguan itu tetapi berkata tindakan berkenaan perlu kerana sepanjang 48 jam yang lalu pihak polis telah merampas sejumlah bom petrol, parang dan mercun.
Katanya, polis percaya senjata berkenaan akan digunakan pada perhimpunan Sabtu ini.

“Tindakan ini adalah pencegahan. Kami mempunyai tugas untuk melindungi orang ramai dan memastikan ketenteraman dan keselamatan terkawal dan aman sepanjang masa.

“Kami harap orang ramai akan bersabar dan memberi kerjasama kerana bukan tujuan kami menimbulkan masalah. Kami mempunyai tanggungjawab dan terpaksa melakukannya,” katanya.