Isnin, 4 Julai 2011

Bersih 2.0 : Apakah Bersih Sudah Bersin?

Titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya semua berpihak berfikir mengenai himpunan Bersih yang dirancang diadakan 9 Julai ini sedikit sebanyak memberi kesan. Selepas titah di raja itu nampaknya semua pihak termenung dan membuat koreksi terhadap nasihat dan pandangan Yang di-Pertuan Agong itu.


Ada tanda-tanda masing-masing sudah mula mengendur. Mereka yang baru berhajat untuk mendapatkan baju berwarna kuning hari ini sudah membatalkan niat. Manakala yang sudah memakainya masih terus pakai sebelum kata putus mengenai itu dibuat. Momentum untuk berhimpun sedikit terganggu dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong itu.
Baik di sebelah sini maupun di sebelah sana menerima dengan baik nasihat itu. Masing-masing menganggap titah itu sebagai satu panduan untuk semua demi kebaikan bersama. Perkasa(m) yang sudah mengendur sejak ketuanya di panggil polis bagaikan orang mengantuk disorong bantal dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong itu. Ketuanya tentu gembira sakan kerana kemaluannya terlindung kini.

Demikian juga dengan Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada kuasa, titah itu telah menyelamatkan air muka dan maruahnya. Sebab itulah sebelum kering dakwat dikri itu cepat-cepat mereka membuat kenyataan yang Patriot tidak akan meneruskan himpunan.

Bersama Rakyat : Teruskan perjuanganmu, Pak Samad!

Penulis yakin bahawa walaupun tanpa sokongan sesiapa, Datuk A Samad Said pasti tidak akan berundur.

Saya bertemu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Pak Samad) pada 26 Jun 2011 sempena Konvensyen Penulis di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Antara perkara yang kami bualkan dan bincangkan adalah berkaitan aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan isu-isu terkini dalam sastera negara.
Kemudian, pada keesokannya, saya mendapat berita bahawa Pak Samad disoal siasat oleh polis berhubung sajak “Unggun Bersih” yang disampaikannya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu.
Sebenarnya, saya tidak terkejut jika Pak Samad yang berumur 76 tahun itu diperlakukan begitu oleh polis – atas arahan pemerintah, tentunya – kerana itu sahaja yang mampu mereka lakukan. Fizikal sasterawan kelahiran Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka itu mungkin kelihatan lemah tetapi minda dan semangatnya tidak begitu.

Bersih 2.0 : MP Kapar beredar bila polis tak muncul untuk dakwa di Mahkamah.

NONESelepas menunggu selama satu jam 20 minit, ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam meninggalkan Mahkamah Majistret Klang selepas pegawai polis yang memintanya datang ke mahkamah, tidak kelihatan.

Menurut peguam beliau, anggota polis yang mahu mendakwanya, sedang memohon arahan lanjut dari Putrajaya.

Manikavasagam berkata, beliau telah diberitahu oleh pihak polis supaya hadir untuk didakwa.

"Selepas menunggu satu dan setengah jam, pegawai yang meminta
saya hadir tidak kelihatan.
"Peguam saya yang berada di sini sejak jam 9 pagi telah bersiap sedia untuk membela saya tetapi mereka tidak datang, "katanya.

"Jika mereka mahu saya datang, saya akan datang tetapi bukan pada 10 Julai, kerana saya akan ke luar negara bersama dengan ahli parlimen lain dari BN dan Pakatan Rakyat atas jemputan sebuah NGO," katanya.

Bersih 2.0 : Enam ditahan di Alor Setar cetak baju T Bersih

Polis menahan tiga lelaki dua daripadanya warga Bangladesh serta tiga wanita kerana dipercayai mencetak baju T Bersih di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar petang tadi.

Turut ditemui di situ ialah 150 helai baju T yang bercetak dengan perkataan Bersih.

"Kita rampas semua T-shirt tersebut sebelum ia diedarkan kepada masyarakat. Kita juga turut merampas tiga blok pencetak yang digunakan untuk mencetak T-shirt tersebut," kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim kepada pemberita di premis berkenaan.

Beliau berkata rakyat Bangaldesh itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Polis masih mengesan pemilik premis berkenaan.

Ahmad berkata rampasan itu merupakan yang pertama di Kedah yang melibatkan premis mencetak baju T Bersih.

Premis itu merupakan tempat mencetak baju T dan baju korporat.
- Bernama

Bersih 2.0: “Illegal”, chaos-causing “communists”?

l
The “evils” of Bersih
“They were carrying items inciting the people to hate the government. This is serious and can threaten national security.”
“They include flyers and t-shirts with Chin Peng, Rashid Maidin and Suriani Abdullah — all connected to MCP (Malayan Communist Party) — written on them.”
Penang deputy police chief Datuk Abdul Rahim Jaafar, commenting on the arrests of 31 Parti Sosialis Malaysia (PSM) members on 25 June 2011. He accused the PSM members of attempting to use Bersih 2.0’s upcoming 9 July 2011 rally to rekindle communist ideology and distributing flyers deemed a threat to national security.

Bersih 2.0 : It’s not about black or white

Still sitting on the fence?
Still sitting on the fence?
TO go yellow or not to go yellow? This seems to be the question among Malaysians these days. In cyberspace, Malaysians of all backgrounds are writing, forwarding and sharing comments and articles about the planned 9 July Bersih 2.0 march.
But what exactly are people saying about the ideas and principles behind the march itself? And why are people deciding to march or not? Are the issues clearly black or white?
To march…?

Bersih 2.0 : Satu Iktibar Kepemimpinan Tulen Untuk Najib

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai Bersih 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.

Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan- kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong Bersih 2.0.

Dalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan Bersih 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.

Titah baginda: “Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.

Bersih 2.0 : Untuk pilihan raya bebas, adil dan bersih

Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dalam perkembangan politik semasa amat penting bagi memastikan keadilan, keharmonian dan kestabilan negara. Sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka berhubung cadangan perhimpunan aman Bersih 2.0 untuk menuntut pilihan raya bebas, adil dan bersih, ia memberi gambaran pandangan jauh dari kaca mata seorang Ketua Negara.
“Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat,” titah Baginda dalam satu kenyataan.

“Bersih” KPI sebenar kerajaan

 oleh Putera Pulau
Aku seperti kebanyakan orang lain, hanya insan biasa dan perlu mencari rezeki demi meneruskan kehidupan. Sepertimana orang lain di dunia yang kebanyakan macam aku tidak kira warna kulit, agama dan bangsa pada hakikatnya adalah sama.
Sama dari aspek pegangan kehidupan, kita semua perlu makan untuk terus hidup, punya tanggungjawab dan punya keperluan. Realiti dan fantasi senantiasa bersilih ganti demi mencari kesenangan dalam kehidupan. Ada mahu terus hidup, ada mahu nama, ada mahu harta berjuta semuanya adalah fitrah kita sebagai manusia yang inginkan syurga dunia.
Namun, segalanya berpaksikan pada hakikat realiti individu tersendiri. Aku adalah aku yang pada hakikatnya seorang manusia bertaraf insan di bumi Malaysia bergelar RAKYAT.
Apalah daya aku sebagai rakyat yang hanya patuh dan akur terhadap rencana atau agenda ciptaan manusia lain bertaraf pemimpin. Sebuah golongan elit yang secara langsung menentukan hala tuju manusia seperti aku sebagai rakyat.

Bersih 2.0 : NGO buat laporan polis dakwa twitter hina Agong

Satu laporan polis hari ini dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan, 1Agenda, ke atas dua pemilik akaun laman sosial twitter kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.

Yang Dipertuanya, Zul Azhar Cha mendakwa 'DAPSugu' dan 'AMK Rembau' telah menghina dan memperlekehkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berikutan Titah Khas Seri Paduka yang menyentuh mengenai isu perhimpunan haram.

"Mereka biadab kerana beranggapan buruk terhadap Yang di-Pertuan Agong... ini adalah penghinaan besar kepada rakyat Malaysia kerana Agong merupakan ketua umat Islam dan Ketua Negara.

Bersih 2.0 : PSM 23 charged under Societies Act and ISA

They are accused of being in possession of Bersih pamphlets and subversive documents.

BUTTERWORTH: Twenty-three members of Parti Sosialis Malaysia (PSM) were charged in the magistrate’s court today with possession of 600 photocopies of Bersih pamphlets and subversive documents.
The accused ranged in age from 17 to 64. They were granted bail of RM4,000 for each of the two charges. Thirteen posted bail today and the others are expected to do so tomorrow. But police released all of them.
Pertaining to the Bersih pamphlets, they were charged under Section 48(1) of the Societies Act or alternatively Section 43 of the act. Section 48(1) carries a jail sentence not exceeding five years or a fine not above RM15,000 or both.  Section 43 carries a jail term not above three years or a maximum fine of RM3,000 or both.

Bye-bye Star, bye-bye NST

Bye-bye Star, bye-bye NSTI made one, and my family another stupendous decision today.
First, I decided to go yellow on the blog. ROS and Kerismudin, please take note!
My family then spoke to our daily newspaper delivery boy this morning and gave him the bad news. We decided to cancel with immediate effect our subscriptions to the Star, Sunday Star and the Sunday Times (NST Group).
We felt nothing but regret and sorrow. For the delivery boy, that is. We'd known him for over 10 years.
For the spinmeisters, we felt nothing but contempt, loathing and disgust.
I was particularly incensed after reading excerpts in these cat litterliners that DSAI was guilty of a crime, er..., what exactly I don't know.

Police, armed forces joint exercise unrelated to July 9

Police, armed forces joint exercise unrelated to July 9KUALA LUMPUR - The joint exercise between the police and the armed forces is unrelated to upcoming July 9 rallies.
“The exercise had been planned two years ago as the army had been assisting us in carrying out crime prevention patrols along the border and in few states,” said Inspector General of Police Tan Sri Ismail Omar on Monday, adding that it was not the first time both forces had such an exercise.
“They were also involved in assisting us in the Bukit Antarabangsa landslide incident,” he said when answering to a question from the media.
Ismail also urged everyone to heed the Yang di-Pertuan Agong's advice.
As far as the police was concerned, they would take action according to law, he said.

Menyahut saranan Titah YDPA: KL-SCAH seru agar semua pihak berunding

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) merancang untuk mengadakan perarakan pada 9 Julai yang bertujuan menyampaikan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk meminta kerajaan melaksanakan lapan tuntutan reformasi sistem pilihanraya.  Setelah perancangan perarakan tersebut dikemukakan, pihak Kerajaan telah mengambil tindakan untuk menahan individu yang memakai baju kuning yang berlambang BERSIH.  Tindakan sedemikian telah mencungkil kontroversi di kalangan masyarakat tempatan.
KL-SCAH berpendapat bahawa Titah Khas Seri Paduka Baginda (gambar kanan) mengenai perhimpunan beramai-ramai anjuran BERSIH mampu meredakan keadaan yang tegang pada masa sekarang dan juga menunjukkan prihatin dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda terhadap hal ehwal Negara.

Bersih 2.0 : Kain rentang "Bersama Berhimpun untuk pilihanraya bersih dan adil" hilang

Kain rentang "Bersama Berhimpun untuk pilihanraya bersih dan adil", yang digantung di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH) sebelum ini, telah hilang dari tempat asalnya, petang tadi.  Polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditemui berada di perkarangan KL-SCAH pada ketika itu, namun tiada orang melihat dengan mata sendiri siapakah yang menurunkan kain rentang tersebut.

Setiausaha Agung KL-SCAH, Stanley Yong (gambar kanan) ketika dihubungi MerdekaReview berkata, staf KL-SCAH mendapati kain rentang tersebut telah hilang pada jam 3 petang, tadi.  Bagaimanapun, tiada pegawai kerajaan mahupun mana-mana pihak yang menyatakan hasrat kepada KL-SCAH agar kain rentang itu diturunkan.

Stanley Yong berkata, menurut staf KL-SCAH, dua orang pegawai polis yang berpakaian uniform dan beberapa orang pegawai DBKL berada di kawasan letak kereta bangunan tersebut pada kira-kira jam 2 petang.  Bagaimanapun, KL-SCAH tidak tahu apakah tujuan mereka, malah tidak diberi notis, atau diaturkan pertemuan sebelum ini.  Justeru itu, mereka tidak memerhatikan secara rapi tindak tanduk mereka di situ.

SMM: Hormati titah Yang di-Pertuan Agong, hentikan provokasi polis dan media

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang dikeluarkan menerusi Abdul Rahman Othman yang menyatakan bahawa BERSIH 2.0 adalah perhimpunan haram yang bertujuan ingin menjatuhkan kerajaan Malaysia.  Kenyataan ini jelas berbaur fitnah dan cuba mengelirukan rakyat tentang objektif sebenar BERSIH 2.0.

Ugutan Menteri Dalam Negeri yang ingin menggunakan ISA bagi menghalang BERSIH 2.0 juga dilihat melampaui batas-batas negara demokrasi apabila perhimpunan rakyat secara aman dilabel sebagai gerakan subversif yang ingin menggulingkan kerajaan.  Mahasiswa meyakini kenyataan ini dikeluarkan oleh menteri berkenaan bagi menakutkan rakyat agar tidak turut serta dalam himpunan aman tersebut.  Namun mahasiswa juga cukup yakin bahawa rakyat sudah maklum mengenai objektif BERSIH 2.0 yang hanya mahukan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya dan tidak sedikitpun membawa motif politik.

Bersih 2.0 : Ikat Tangan Demontrans BERSIH.

Ini tali rafia namanya... hahaha...

Setelah pelbagai tuduhan dan tohmahan baik dari akhbar pencacai dan media elektronik keraaaajaan beEND/umPORno, tiba2 beb... mentol atas kepala gua menyala beb... hahaha... gua dapat idea beb.. tak tau lah boleh pakai atau tidak... lu orang buatlah tafsiran mengikut persepsi sendiri.

Secara ringkasnya macam nih...; 

Gua mencadangkan supaya setiap penyokong/peserta/pendemo perhimpunan BERSIH pada 9 Julai nanti supaya membawa tali sepanjang 4 meter setiap seorang. Atau pengelola perhimpunan ini menyediakan tali untuk kumpulan masing2, bawaklah sebanyak mungkin...

VIDEO BERSIH 2.0: First Time Kot (Pt. 2)

VIDEO BERSIH 2.0: First Time Kot (Pt. 1)

Bersih 2.0 : Hormati titah Agong, polis perlu henti tangkapan

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Pihak polis perlu menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan menghentikan tangkapan ke atas orang ramai berhubung rancangan Bersih untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Sehingga kini pihak polis telah menangkap 100 orang hanya disebabkan mereka memakai baju kuning Himpunan Bersih 2.0, manakala tindakan itu pula jelas bertentangan dengan undang-undang.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Ahad lalu, 3 Julai, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan titah khas yang antara lain menyebut yang Baginda Tuanku sedang mengikuti dengan teliti perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Baginda Tuanku.
Menurut beliau, Baginda Tuanku turut menyebut bahawa Baginda Tuanku sendiri turut mengikuti perkembangan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Katanya, Baginda Tuanku menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana kerana Baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
"Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu ternyata tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ia adalah hasil keperihatinan dan perhatian Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulatnya negara kita ini.
"Jadi kepada pihak Umno, Kerajaan BN, pihak polis, jika mereka menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, mereka mestilah menghentikan segala provokasi dan tangkapan ke atas orang ramai. Jika tidak, bermakna mereka tidak menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika ditemui di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.
Selain itu, Baginda Tuanku bertitah, setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena amat kesal kerana pihak Umno BN kini terlalu banyak melakukan provokasi mengenai rancangan Bersih untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sehingga menimbulkan kekeliruan hasil liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman itu. 
"Antaranya, pihak polis sendiri awal-awal lagi telah menutup pintu rundingan dengan Bersih. Ini jelas merupakan satu tindakan provokasi. Sedangkan polis sepatutnya berkerjasama dengan Bersih dengan mengadakan rundingan bagi membolehkan perhimpunan itu berjalan dengan sempurna.
"Kini setelah pintu rundingan ditutup dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri pula mahukan rundingan diadakan, apakah pihak polis akan membuka pintu rundingan kembali dengan Bersih?
"Jika polis menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, polis mestilah mengadakan rundingan dengan Bersih, bukannya menjadi alat Umno BN," tegasnya.
Terdahulu dari itu, pada sidang media yang diadakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di tempat yang sama yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Salahuddin Ayub, beliau berkata, dalam titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Baginda Tuanku tidak langsung menyebut tentang Himpunan Bersih 2.0 yang patut dihalang. 

"Baginda Tuanku hanyalah bertitah, "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik".
"Titah Yang di-Pertuan Agong itu juga merupakan satu pengiktirafan terhadap Bersih kerana baginda "tidak kata apa-apa yang negatif terhadap Bersih. Malah, Baginda menyeru kerajaan supaya bertindak secara adil. Ini satu pengiktirafan kepada Bersih," katanya.
Jadi titah Baginda Tuanku itu, katanya, perlu difahami dengan jelas oleh pihak Umno BN dan polis. Ia tidak dirujuk kepada Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti. Selain itu, tidak dinafikan niatnya baik. Jadi jika niat baik, ia tentunya menjadi baik.
"Ini samalah juga dengan himpunan-himpunan aman lain yang pernah diadakan oleh PAS, Pakatan Rakyat dan beberapa NGO sebelum ini.
"Semuanya baik kerana niatnya sememangnya baik. Ia menjadi buruk disebabkan pihak polis yang mencetuskan provokasi. Jika tidak kerana polis yang memburukkannya, ia tetap menjadi baik kerana niatnya memang baik," katanya. 
Sehubungan itu, beliau berharap kesemua pihak menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu kerana titah Baginda Tuanku itu adalah untuk kesemua pihak.

Bersih 2.0 : 9 Julai titik mula perjuangan rakyat

KOTA BHARU, 4 Julai: Episod pertama perjuangan Bersih 2.0 dianggap berjaya apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan intitusi raja bagi memastikan perhimpunan 9 Julai tidak menjadi kenyataan.
Namun apa yang jelas suara dan tuntutan lapan perkara diutara Bersih 2.0 sudah didengari di seluruh negara sehingga melewati pagar Istana Negara.
Ternyata kemunculan Bersih 2.0 yang digerakkan 60 badan bukan kerajaan berjaya meletakkan kerajaan BN dalam suasana cemas dan panik.
Sama seperti cabaran debat PAS terhadap pemimpin Umno suatu ketika dahulu akhirnya diarah dibatal menggunakan kuasa tertinggi negara.
Hari ini episod lama itu diulang kembali sebagai langkah terakhir bagi menyelamatkan kerajaan BN.
Namun bagi peguam hak asasi, Faizal Che Yusoff, 9 Julai perlu dijadikan titik mula mendesak secara berterusan terhadap kerajaan yang mengawal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Himpunan bagi menunjukkan rakyat bersama perjuangan demokrasi yang adil perlulah diadakan secara berkala di segenap tempat sehingga ke ceruk kampung.
“Program penerangan terhadap tuntutan Bersih 2.0 perlulah diadakan selama mana lapan perkara tidak ditunaikan pemerintah,” katanya di sini.

Bersih 2.0 : Peguam, keluarga tak dibenar temu tahanan Ordinan Darurat


Edmund Bon cakap dengan ahli keluarga enam ahli Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah Ordinan Darurat di-Bukit Aman Polis Station. – Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 4 Julai – Peguam dan ahli keluarga enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat tidak dibenarkan untuk menemui mereka hari ini. Lima peguam termasuk Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, K. Arumugam, Yudhistira Dorai (peguam cara) dan Fatima Ismail telah bertemu dengan pegawai polis yang bertanggungjawab lebih kurang satu jam untuk berunding bagi menemui tahanan itu.
“Semasa rundingan, kami memberikan alasan mengapa kami perlu menemui semua tahanan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Kod Prosedur Jenayah.
“Setiap rakyat yang ditahan mempunyai hak untuk mendapatkan pembelaan dan peguam sepatutnya dibenarkan untuk menemui mereka secepat yang mungkin,” kata Bon kepada pemberita di luar ibu pejabat polis Bukit Aman.

Bersih 2.0 : 3 lagi wakil rakyat Pakatan disoalsiasat

NONEMenjelang perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu ini, tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat disiasat polis berhubung kenyataan mereka dalam ceramah baru-baru ini.

Mereka ialah anggota parlimen Gombak Azmin Ali dan dua ADUN Ng Swee Lim (Sekinchan) dan Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) yang didakwa bercakap tentang BERSIH 2.0 yang diharamkan kerajaan.

Azmin (kiri) yang juga timbalan presiden PKR berkata, beliau ditemui pegawai daripada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya di ibu pejabat PKR pada jam 2 petang ini dan disoalsiasat selama 30 minit berhubung ceramah di Desa Mentari pada 25 Jun.

Katanya, soalan yang diajukan cuba dikaitkan dengan BERSIH, antaranya berkaitan ucapan, pemidato terlibat dan penganjur program itu.

"Atas nasihat peguam saya, saya membuat keputusan tidak menjawab setiap soalan," katanya selepas ketika ditemui selepas kenyataannya selesai dirakam.

Video : PSM activists under EO still denied legal access

Video - Marina Mahathir: Attacks on Ambiga in bad taste

Video - Bersih 2.0: Coalitions need not be registered

Bersih 2.0, mampukah tekanan hentikan semangat rakyat?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan kerajaan telah mengemukakan pandangannya berhubung himpunan aman anjuran Bersih 2.0 sebagai himpunan yang selari dengan Perlembagaan Negara.
Sementara polis kini sedang sibuk menyekat, menahan dan mencari siapa sahaja yang memakai, memiliki dan menjual baju ‘kuning’ Bersih 2.0, selain mula menyiasat beberapa pimpinan utama pembangkang berhubung kes Bersih 2.0.

Himpunan aman 9 Julai, pastinya suatu yang ‘besar’ kepada Umno-BN yang dilihat semakin resah dan gelisah dengan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Tekanan demi tekanan dilakukan, ugutan demi ugutan disuarakan oleh pemimpin Umno-BN, penguasa dan pihak yang berkepentingan.Semuanya menyuarakan kononnya himpunan ini akan memudharatkan negara, mencalar imej negara.

Najib dapat 'face saving device'

http://1.bp.blogspot.com/_DUnwVr2rZKo/SvlzrLwhdAI/AAAAAAAAAzM/pviQlhqeNpo/S220/Yang_di-pertuan_agong_ke-13%5B1%5D.pngOleh Aspan Alias
Titah Kebawah Duli Tuanku Yang diPertuan Agong semalam supaya kedua-dua belah pihak, Putrajaya dan Bersih (yang diharamkan oleh kerajaan) merupakan satu ‘face-saving device’ bagi pihak yang memerintah. Campur tangan Yang diPertuan Agong itu banyak memberikan kita kefahaman dan penilaian terhadap isu yang sedang negara hadapi


Pihak Polis telah menyatakan secara terbuka yang tidak ada lagi perundingan dengan penganjur rally ini dan setiap kuasa yang ada kepada mereka (polis) akan dipergunakan untuk memastikan rally itu tidak terjadi. Pemimpin-pemimpin UMNO pula mundar mandir denan kenyataan-kenyataan yang bengis dan marah-marah kerana isu ini. Cara mereka (pemimpin-pemimpin UMNO) menampakan pengakuan mereka yang penganjuran rally ini membuatkan mereka panik sehinggakan tiada lagi jalan yang mereka nampak selain dari mengharamkan pertubuhan NGO (Bersih) ini.

Najib uses King's words to pressure Bersih

Najib uses King's words to pressure BersihPUTRAJAYA - The Government is willing to provide a stadium for Bersih 2.0 to hold their rally, said Datuk Seri Najib Tun Razak.
The Prime Minister said the government would not object if the organiser from the beginning said they would assemble in a stadium from morning to night and later leave peacefully.
“Go on, assemble in the stadium and yell and shout till you are drained,
“Do it, its okay. No problem but don't do the street demonstration because it could bring a risk that is very harmful to our country,” he said at the Prime Minister's Department monthly assembly Monday .
Najib said if they were so adamant in submitting a memorandum and the like or even to show dissent in a democracy, they could deal with the authorities.
“Deal nicely and we are willing to prepare a stadium for them to assemble.

To avoid BN lip service to reforms, Pakatan wants in on Bersih meeting with King

To avoid BN lip service to reforms, Pakatan wants in on Bersih meeting with KingAmid fears that Prime Minister Najib Razak might only pay lip-service to the electoral reforms demanded by free-and-fair elections watchdog body Bersih, Pakatan Rakyat's top leadership wants to be a part of the meeting with the King, stressing that a cleanup was essential if Malaysia was to progress.
Its request is not unreasonable given that it is the main challenger to Najib's BN coalition and stands to lose the most in the event of a skewed playing field.
The Pakatan leadership council will hold an emergency meeting on Wednesday to discuss the latest development in the Bersih 2.0 rally slated for July 9. PKR, PAS and DAP are likely to join in the Bersih request to the King for an audience, where both Pakatan and Bersih are expected to detail to the Ruler the shocking level of corruption in the country's notorious election system.

Nizar: BN govt playing racial card

Barisan Nasional is using Malay sentiments to stop the growing participation of Malays for the Bersih rally, says former Perak MB Mohammad Nizar Jamaluddin.

IPOH: The Barisan Nasional government has been accused of using the racial card to neutralise Bersih’s “Walk for Democracy” rally on July 9.
Perak Pakatan Rakyat said the BN was using Malay sentiments like religion, waging war against the King and the revival of communism to stem the growing participation of Malays for the Bersih gathering.
“They are also trying to tarnish Bersih’s (chairperson) S Ambiga’s public image by alleging that she is anti-Islam and Malays should not support her in this public gathering,” said Perak PAS leader Mohammad Nizar Jamaluddin.
Nizar who was also the former Perak Pakatan menteri besar cited several factors to back his claim that BN was using Malay sentiments to defuse the community’s participation in the rally.

Najib: Abdullah kedua atau Mahathir kedua?

Perkembangan terkini senario politik tanahair jika ditafsir dengan istilah positif, akan berbunyi "ketegangan diredakan"; dan mungkin untuk mereka yang sudah bertekad untuk turun ke perhimpunan BERSIH 2.0 pada hujung minggu ini, akan mengeluh "anti-klimaks".
Antara perkembangan yang penting adalah titah khas Yang di-Pertuan Agong yang dikeluarkan Istana Negara semalam, diikuti dengan cadangan yang diulangi Perdana Menteri Najib Razak pada pagi ini, yang menawarkan stadium sebagai pengganti jalan raya untuk perhimpunan.  Terkini, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan memohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, dan bersedia membatalkan perhimpunan pada 9 Julai, seandainya dinasihat untuk berbuat demikian.

Bersih 2.0 : Marina Mahathir Bidas Tangkapan Polis


PETALING JAYA 4 JULAI : Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membidas penangkapan hampir 200 penyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan pihak yang takut tanpa bersebab.

“Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja T,” beliau memberitahu sidang akhir bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih.

Sejak minggu lalu, polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja T dengan logo Bersih atas alas an ia memudaratkan keselamatan negara.  Tangkapan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.

Enam daripada mereka termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Marina,  anak sulung  mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan polis melancarkan penangkapan beramai-ramai itu.

BERSIH 2.0 : Polis Geledah Rumah di Bukit Beruntung?


Yang Dipertua PAS kawasan Hulu Selangor (Paling kanan) turut hadir menyatakan sokongan kepada 'mangsa'.

Bukit Beruntung 3 Julai - Tidak cukup kedai diperiksa, rumahnya juga turut digeledah oleh pihak Polis untuk mencari bukti keterlibatan beliau dengan BERSIH 2.0. Inilah yang dialami oleh pemilik sebuah kedai buku disini hari ini.

Bersih 2.0 : Perkara 10 Perlembagaan Jamin Hak Perhimpunan Aman – Ambiga

Menjelang perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan perhatian semakin tertumpu kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil  (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan, seorang peguam terkenal yang pernah terpilih menjadi Presiden Majlis Peguam suatu ketika dahulu.
Buat pertama kali perhimpunan Bersih membantah pilihanraya tidak telus yang diamalkan kerajaan Umno-BN dikepalai oleh badan bukan kerajaan (NGO). Biasanya perhimpunan seperti itu dianjurkan oleh parti politik yang kesannya telah sedia maklum sebagaimana perhimpunan Bersih pada 2007 dahulu. Polis bertindak kasar meleraikannya secara kekerasan di beberapa lokasi. Bagaimanapun puluhan ribu rakyat berjaya meloloskan diri dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong meminta agar SPR dibersihkan dari mainan politik Umno-BN.
Bagi Ambiga, perhimpunan kali akan dijalankan secara aman. Bersih bukan inisiatif parti politik. Rakyat Malaysia berhak menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan dan SPR selepas segala rundingan dan forum tidak mendapat reaksi positif. Bagaimanapun polis terang-terangan memberi amaran akan bertindak dan sekutu parti pemerintah seperti pertubuhan Perkasa mengancam untuk menggagalkan perhimpunan pada hari berkenaan.
Di pihak pemimpin BN pula mereka cukup tertekan, sekiranya perhimpunan berjaya mengumpul puluhan ribu peserta maka tsunami politik pasti akan melanda sekali lagi sebagaimana perhimpunan Bersih pada 2007 lalu yang memberi impak kepada keputusan pilihanraya 2008.

Bersih 2.0 : Najib Tidak Hayati Titah Agong

SHAH ALAM 4 JULAI :Dengan menawarkan stadium untuk perhimpunan Bersih, Perdana Menteri Najib Razak cuba mengelak daripada menagani isu asas penganjur majlis itu iaitu keperluan memastikan pilihanraya ke 13 adalah adil dan telus.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua berkata Najib juga gagal menghayati pesanan yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mahukan kerajaan menggalas amanah rakyat secara adil dan bijaksana.
“Isunya bukan stadium, isunya adalah isu pokok seperti  yang telah dinasihat oleh Yang diPertuan Agong iaitu Kerajaan mesti ada keikhlasan untuk menangani dan menjawab   penyelewengan dalam sistem pilihan raya. Itu isu pokoknya,” kata Tian.

Bersih 2.0 : Families, lawyers blocked from seeing EO captives


Relatives of the six detainees gather outside the Bukit Aman police headquarters, July 4, 2011. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, July 4 — Families and lawyers of six PSM members currently held under the Emergency Ordinance were today barred from visiting the group, despite earlier reports by state-run media that visitations would be granted. Lawyers Edmond Bon, Amer Hamzah Arshad, K. Arumugam, Yudhistira Dorai, and Fatima Ismail met with the police officer in charge for about an hour to negotiate for access, but came away empty handed.
“During the discussion, we have given the reasons as to why we have to see the detainees under the Constitution and the Criminal Procedure Code.
“Every citizen detained has the right to be defended by lawyers and lawyers have to be given access to them as soon as possible,” Bon told reporters here outside the Bukit Aman Police Headquarters.
Bon said detainees were brought here at 10pm on Saturday.

Guru silat jangan campur isu politik- Cikgu Majid Mat Isa

KUALA LUMPUR: Guru Utama Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia, Cikgu Majid Mat Isa hari ini menyeru pertubuhan silat tidak mencampuri urusan politik demi menjaga nama baik persilatan.
Seruan itu dibuat Cikgu Majid respon kenyataan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Ali Rustam yang mengancam melakukan kekacauan seperti ’13 Mei 1969′, jika himpunan Bersih 9 Julai ini diteruskan.
Ali Rustam dipetik membuat kenyataan itu bersama pengasas Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju pada satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 2 Julai lalu.
Omardin sebelum ini turut mengancam akan mengerah pesilat dari perguruannya untuk ‘bertempur’ dengan peserta himpunan aman Bersih jika ia diteruskan.
Menurut Cikgu Majid, beliau sendiri mengambil pendirian yang berbeza sama sekali dengan Ali Rustam dan Omardin.

Video : PR Cadang Bersih Mengadap Yang Di-Pertuan Agong

Video : Campur Tangan Agong Jamin Pilihan Raya Adil Dan Bersih

Video : Bersih seeks audience with Agong, may put off rally

Bersih 2.0 : Pemuda Umno tak teruskan perhimpunan PATRIOT

Pemuda Umno tidak akan meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai ini tetapi memberi amaran kepada BERSIH supaya tidak meneruskan perhimpunan pada hari berkenaan.

"Jika tidak, PATRIOT tidak akan teragak-agak untuk turut hadir ke perhimpunan berkenaan bagi mempertahankan masyarakat "daripada dikhianati (pengerusi BERSIH, Datuk) Ambiga (Sreenevasan)," kata pengerusi perhimpunan PATRIOT, Datuk Reezal Merican Naina Merica.

Perhimpunan 9hb : Jika BERSIH buat, PERKASA teruskan

Datuk Ibrahim Ali berpendapat PERKASA perlu meneruskan perhimpunan mereka pada 9 Julai sekiranya BERSIH 2.0 meneruskan demonstrasinya.

Bagaimanapun perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasanya pada 6 Julai ini.

Asri: Terima tawaran PM sedia stadium, adakan Minggu Bersih


KUALA LUMPUR, 4 Julai — Sambil meminta sekretariat Bersih 2.0 menerima tawaran perdana menteri stadium sebagai lokasi perhimpunan, bekas mufti Perlis mengesyorkan penganjur menggantikan program 9 Julai dengan kempen Minggu Bersih supaya efektif.
“Bersih mungkin boleh ganti dengan melancarkan Minggu Bersih dengan meminta rakyat mengibarkan bendera Malaysia dalam minggu tersebut atau memakai petanda kuning atau selainnya-tidak semestinya ditulis Bersih,” kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai satu pertubuhan haram sejak 1 Julai.
Asri (gambar) berkata kempen Minggu Bersih akan membolehkan lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan “pilihan raya yang adil”.
“Juga mungkin mereka yang antipembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai.
“Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah,” katanya.

BERSIH 2.0: Gabungan ini tak perlu didaftar

BERSIH 2.0 berkata ia bukan sebuah 'pertubuhan haram' seperti yang diisytiharkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Sabtu lalu.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Subramniam Pillay berkata manakala bersetuju dengan kementerian dalam negeri bahawa ia sebuah pertubuhan tidak berdaftar, BERSIH 2.0 tidak diperlukan mengikut undang-undang untuk didaftarkan secara rasmi.

Bersih 2.0 : Suami isteri ditahan miliki baju-T BERSIH

Seorang lelaki dan seorang wanita berumur 51 dan 48 tahun, yang dipercayai suami isteri, ditahan polis kerana memiliki lima helai kemeja-t Bersih dalam sekatan jalan raya di Jalan Kubang Rotan-Kuala Kedah dekat Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata ketika ditahan polis pada kira-kira pukul 9.05 malam Sabtu lepas, kedua-dua suspek menaiki kereta jenis Proton Wira dan semasa pemeriksaan, polis menjumpai lima helai kemeja-T Bersih dalam kereta berkenaan.

"Saya difahamkan mereka adalah pasangan suami isteri. Mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sabtu lepas, seramai 14 orang yang dipercayai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan kerana cuba menghasut orang ramai untuk menyertai perhimpunan haram itu Sabtu ini.

- Bernama

Menjunjung Kasih : BERSIH mohon mengadap Agong

Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini, bergantung kepada keputusan pertemuan pemimpin gabungan itu dengan Yang di-Pertuan Agong.

NONEPengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata gabungan itu yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar hari ini permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

"Kami mahu menyampaikan keputusan kami kepada Seri Paduka dan kemudian kami akan mengumumkan (keputusan kami)," kata Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

Buat masa ini, katanya, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dan memutuskan ia ia "mematuhi" titah Seri Paduka yang dikeluarkan malam tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran keputusan jawatankuasa tersebut, sehinggalah mereka mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Ambiga berkata, gabungan itu menyambut baik titah Seri Paduka dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya dan 'campurtangan' yang perlu ekoran semakin meningkatnya ancaman dari penentang BERSIH 2.0.

NONEWalaupun terus ditekan oleh pemberita, Ambiga mengelak menjelaskan apa yang beliau dimaksudkan dengan "mematuhi", dan berkali-kali menyatakan adalah lebih adil perkara itu dibincangkan dengan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu daripada mengulasnya sekarang.

Apabila ditanya sama ada mereka akan membatalkan perhimpunan jika Seri Paduka menasihatkan demikian, dengan ringkas beliau menjawab "Ya".

Bersih 2.0 : Pakatan mengadap Agong, mesyuarat tergempar Rabu

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memohon campurtangan baginda berhubung kepincangan dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali hari ini memberitahu satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada hari Rabu ini untuk memperincikan perkara tersebut.
“Datuk Seri Anwar dah bercakap dengan (Presiden Pas) Haji Hadi dan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dari London dan ketiga-tiga parti bersetuju mengadakan mesyuarat tergempar Rabu ini dan kita bincangkannya secara terperinci.

Bersih 2.0 : 17 ditahan semalam direman 3 hari

AYER KEROH, 4 Julai: Polis hari ini berjaya mendapat perintah mahkamah yang membenarkan permohonan untuk menanan reman selama 3 hari ke atas 17 orang pemimpin dan ahli PAS yang ditahan di Jasin semalam.
Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan.
Mereka yang ditahan termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah dan 15 ahli PAS yang lain kira-kira jam 2.15 petang semalam.
Polis bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang semalam sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Himpunan Bersih 2.0 tetap diteruskan - Md Sabu

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur, tetap akan diteruskan seperti yang dirancang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, sehingga kini Bersih tetap tidak berganjak dengan keputusan itu kerana tiada sebab untuk Bersih membatalkannya.

Bersih 2.0 : Najib perlu terima nasihat Tuanku, laksana tuntutan Bersih- Azmin

PETALING JAYA: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima nasihat yang disampaikan Yang Di Pertuan Agong melalui titah baginda semalam.
Menurut  Azmin, Najib perlu menggunakan ruang perbincangan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), bagi melaksanakan semua tuntutan NGO itu.
“Saya mendesak Najib dan pentadbiran di Putrajaya menerima nasihat Tuanku dengan menganjurkan satu inisiatif yang bersifat konsultasi di antara kerajaan dan Bersih dan Pakatan Rakyat dalam semangat yang lebih bertanggungjawab, bertamadun dan bukan ambil sikap konfrontasi dengan rakyat yang diwakili oleh Bersih dan Pakatan Rakyat.

Bersih 2.0 : Junjung titah Agong, selesai 8 tuntutan- Saiful Idzham

KUALA LUMPUR: Sekiranya kerajaan serius untuk membersihkan sistem pilihan raya di negara ini, pemerintah itu perlu melaksanakan semua tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
Ia juga selaras dengan titah khas Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin  supaya kerajaan mengadakan rundingan dengan gabungan itu.
“Telah banyak penyelewengan berlaku dalam siri pilihan raya kecil. Maka, kita kemukakan 8 tuntutan ini, namun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bersikap seolah-olah pintu rundingan ditutup,” kata Senator Saiful Idzham pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Bersih 2.0 : Exco AMK ditahan di Lapangan Terbang Kuching

KUCHING: Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Kuching tengahari tadi kerana memakai Baju Bersih, sekaligus merupakan tangkapan pertama di Sarawak.
“Saya ditahan sebelum penerbangan saya dari Kuching ke Miri dan alasan pengakapan itu kerana saya berpakaian Bersih di bawah Akta polis Seksyen 27, kata polis itu kepada saya.
“Antara 10 hingga 15 Pegawai Polis berpakaian biasa bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan saya seorang,” katanya dihubungi Keadilan Daily.
Beliau yang ditahan di balai polis lapangan terbang Miri dan dihantar ke balai Polis di daerah itu akan diwakili peguam, Majen Panyuk.
Zulhaidah yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Miri berkata, ketika ditahan polis turut menggeledah beg pakaian beliau.

Bersih 2.0 : Malaysia bukan lagi negara hukum– Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Malaysia bukan lagi negara hukum, sebaliknya perlahan-lahan menjadi negara polis atau negara diktator, berikutan penguasanya bersikap ‘bersultan di mata, beraja di hati’, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
“Negara Berperlembagaan (constitutional state) ialah negara yang dipandu Perlembagaan. Semua orang, dari raja sampai ke rakyat bertindak mengikut peruntukan dan semangat Perlembagaan,” katanya.
Bercakap kepada Keadilandaily.com, beliau berkata, negara berperlembagaan mempunyai prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) dan semak dan imbang (check and balance), tetapi peristiwa seminggu lalu menunjukkan sebaliknya.

Bersih 2.0: PAS junjung tinggi titah Agong

KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad, 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini.
“Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini.
Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.