Ahad, 3 Julai 2011

Video : Marilah sama sama melakukan satu detik sejarah..-Hishamuddin Rais Bersih 2.0

Video : Umno Pengecut, Nafi Sertai Demo Ganas

Video : National laureate urges intellectuals to take a stand

Beringatlah Umno sebelum jadi bahan sejarah

Umno dilanda wabak sakit kuning atau istilah perubatannya 'Jaundice'. Petua orang tua dulu-dulu, bayi-bayi yang terkena wabak kuning ketika baru dilahirkan perlu dimandikan dengan air inai. Tapi Umno, dengan air apa sepatutnya mereka dimandikan?

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussin menyatakan pakai baju BERSIH adalah haram kerana perhimpunan BERSIH itu haram.
Kalau berpandukan teori bangang Hishammuddin ini, bila seorang mat motor terlibat dalam lumba motor haram, maka segala yang dipakainya termasuk helmet, jaket, baju, seluar dan motor yang ditunggangnya adalah haram. Majlis fatwa tolong 'tegur' sikit Hishammuddin daripada terus mengeluarkan 'fatwa' bodoh beliau.

Bersih 2.0 : Ia bukan pertubuhan tapi kempen- CheGuBard

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), CheGuBard menyifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berfikiran dangkal apabila tidak tahu membezakan sebuah pertubuhan dengan satu siri kempen.
Ia berikutan Hishammuddin semalam mengisytiharkan himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini sebagai satu pertubuhan haram.
Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman semalam mengumumkan perisytiharan itu dibuat oleh Hishammuddin mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.
“Hishamuddin perlu jelas apa itu pertubuhan dan kempen, Bersih bukan sebuah pertubuhan tetapi kempen yang menuntut pilihan raya bersih.
“Jika dulu pada 2007, kita mengadakan Bersih, mereka juga mengeluarkan kenyataan yang sama dengan mengatakan haram.

Bersih 2.0 : Wahai Umno-BN

Kamu boleh paksa rakyat,
Kamu boleh paksa semua polis,
Tangkap, lokap, siasat ataupun sengaja menyusahkan...
Kamu paksa mereka rampas baju kerana kuningnya,
Kamu paksa mereka tahan penjual kerana kekuningan baju yang dijualnya,
Kamu paksa mereka seret kami ke balai...
Paksalah mereka ikatlah tangan-tangan kami dengan garimu,
Paksalah mereka tembaklah rakyatmu dengan gas yang ada ditanganmu,
Paksalah mereka semburlah orang-orang kuning dengan air asid itu...

Maka puaslah kamu,
Diperdaya oleh ego kuasa buta kamu...
Kerana semuanya ini,
Bakal mempercepatkan tumbangmu,
Tersungkur di balik kezalimanmu.
Bagi polis yang dipaksa,
Terimalah simpati kami,
Diharap saudara semua boleh kembali bertugas biasa,
Apabila pilihanraya menjadi Bersih dan adil nanti.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Bersih 2.0 : Polis amal dwistandard, baju merah Patriot ‘terlepas’

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyifatkan polis mengamalkan dwistandard kerana masih membisu berhubung pemakaian dan pengedaran baju merah Patriot Pemuda Umno sedangkan hampir beratus ditangkap kerana memakai baju kuning Bersih.
Demikian Khairul atau lebih dikenali sebagai Jonah menyifatkan betapa rakusnya polis mahu menggagalkan himpunan Bersih yang jelas mengumumkan akan diadakan secara aman.
“Polis amalkan double standard, itu sebab mereka tidak akan tangkap baju merah, kerana golongan itu mewakili suara pemerintah.
“Apabila setiap hari ada sahaja rakyat yang ditangkap kerana pakai baju Bersih dan kuning tetapi

Bersih 2.0 : Medan Pulih Demokrasi Negara


SHAH ALAM 3 JULAI : Rakyat di negara ini hakikatnya hanya mempunyai dua pilihan iaitu memperjuangkan sistem demokrasi yang semakin pudar fungsinya mahupun membiarkannya terkubur begitu sahaja.

Oleh itu kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Abdul Aziz Bari, satu pilihan bijak harus dibuat dalam memastikan masa depan negara terus terpelihara.
 
" Pilihan yang ada hanya dua sekarang, hendakkan perlembagaan diperkasa dan dimartabatkan atau hendak perlembagaan itu dipijak dan dinafikan tempatnya," kata Aziz kepada Tv Selangor ketika mengulas perkembangan terkini berhubung tindakan polis dan kerajaan pemerintah yang melakukan pelbagai cara demi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil pada 9 Julai ini. 

Bersih 2.0 : Setiap tangkapan satu paku untuk keranda BN

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Setiap tangkapan polis terhadap aktivis Bersih menambahkan kebencian rakyat dan tangkapan itu adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan dikuburkan bersama.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata demikian sebagai mengulas Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liew, telah ditahan polis malam semalam selepas satu majlis penerangan kerajaan negeri di Hulu Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau diberitahu oleh seorang lagi rakan Exconya, Teresa Kok, Ronnie ditahan kerana mengajak orang ramai menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dalam ceramah itu.
"Tangkapan-tangkapan yang berkaitan dengan Bersih 2.0 seperti ini semakin bertambah.

PAS: Putrajaya boleh haram Bersih tapi bukan kemarahan rakyat

PAS mengingatkan Menteri Dalam Negeri mereka boleh mengarah polis untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 tetapi tindakan mereka tidak akan menghalang rasa tidak puas hati rakyat daripada terus membara sehingga ia boleh mencetus pemberontakan dalaman.
Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kementerian Dalam Negeri perlu menghayati teguran Khalifah Umar Abdul Aziz kepada seorang gabenornya dalam menangani kebangkitan dan kemarahan rakyat sebelum terlambat.
“Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya ‘bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina’,” kata beliau.
“Wahai Kementerian Dalam Negeri, ambillah iktibar daripada Umar Abdul Aziz sebelum terlambat,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata PAS juga mengecam tindakan terdesak Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan Bersih 2.0 meskipun ia terhasil daripada 62 gabungan NGO yang sah dan berdaftar enam hari menjelang Himpunan Bersih Julai 9 ini.

Bersih 2.0 : 17 ditangkap di pejabat PAS Jasin

JASIN, 3 Julai: Seramai 17 orang pemimpin dan ahli PAS Jasin ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini untuk disoal siasat.
Mereka ditahan di Pejabat PAS Kawasan Jasin kira-kira jam 2.15 petang tadi.
Sehingga jam 5.00 petang tadi kesemua mereka masih disoal siasat berkaitan rampasan baju Bersih 2.0.
Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi dan beberapa ahli PAS Jasin.
Polis bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi.
Selain itu, pihak polis yang berjumlah 30 orang yang kesemua tidak beruniform merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0.

PSM buat laporan polis terhadap Hisham, IGP dan timbalan


KUALA LUMPUR, 3 Julai — Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar kerana melemparkan tuduhan palsu terhadap lima aktivis parti itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar.
Selain Michael, turut ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah  M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.
Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan.

Bersih 2.0 : Mungkin ada lagi tangkapan bawah EO - Polis UMNO

Polis tidak menolak kemungkinan membuat tangkapan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana penglibatan dalam anasir subversif.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tangkapan itu dibuat sesuka hati sebaliknya menegaskan ia dibuat mengikut lunas undang-undang negara.

"Ini adalah undang-undang yang ada di negara ini. Bukan pandai-pandai polis ambil tindakan sendiri. Apa juga tindakan kita adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada di Malaysia," katanya.

Semalam, polis menahan ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikut Ordinan Darurat itu.

More Arrests And Threats - The Campaign Of Intimidation Against Human Rights Defenders Continues

SUARAM condemns the continuing campaign of intimidation and harassment of human rights defenders by the government of Malaysia.
Since 22 June, over 100 individuals have been arrested because they have expressed their support for a mass rally on 9 July, called for by the Coalition for Free and Fair Elections (Bersih 2.0).
Political Activists Rearrested
6 Parti Sosialis Malaysia (PSM) members, Dr Jeyakumar (Member of Parliament), have been rearrested earlier today under the Emergency Ordinance (EO), which allows for 60 day detention without trial, renewable for up to 2 years at the discretion of the Home Minister.[1] The 6 were part of a group of 30 PSM activists who were remanded on 25 June for “waging war against the King”.

Umno's Yellow Streak


The Home Minister Hishammuddin Hussein, just like his Umno colleagues, has displayed a streak of yellow in these past few weeks, in response to the Bersih 2.0 march.
What else could explain the government’s unprecedented over-reaction to Bersih’s calls for electoral reform and the implementation of true democracy?
Despite the harassment of Bersih’s leaders, the arrests of social activists, opposition politicians and anyone who dares to wear the yellow Bersih T-shirts, Bersih committee member Maria Chin Abdullah has remained defiant and warned that Bersih’s Walk for Democracy will proceed as planned, on 9th July.
Maria said, “They (the government) can use preventive measures, which they have already threatened to use, but the rally is not about individuals in Bersih 2.0”.

Bersih 2.0 : Tafsiran bodoh oleh seorang TPM

Muhyiddin (gambar) berkata rakyat tidak harus terjebak dengan perbuatan mungkar yang didalangi kononnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebenarnya turut didokongi parti-parti pembangkang yang bermatlamat untuk mengambil alih kerajaan supaya pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

Wah sudah pandai TPM kita menyebut perkataan mungkar, lalu dikatakan badan-badan NGO dan parti pembangkang telah membuat kerja mungkar !  Bengap punya TPM!   Takkan lah  menuntut keadilan melalui himpunan BERSIH pun dikatakan kerja mungkar !?   Sedarkah dia, sudah berapa banyak UMNOBN telah membuat kerja mungkar selama ini?  
Inilah lemah dan bodohnya nya seorang pemimpin. Sepatutnya cerminlah diri dahulu sebelum bercakap.  Menurut Tan Seri Muhyiddin lagi,  matlamat perhimpunan BERSIH semata-mata nak meletakkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri !   Ish, ish ! ish !! cetek dan bantut sungguh rupanya cara berfikir Tan Seri ini.  Rakyat tak ghairah pun nak angkat Anwar sebagai PM !  Cuma Muhyiddin saja yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Al maklum dia sudah berangan kerusi PM itu akan menjadi miliknya !

Najib: Putrajaya guna Ordinan Darurat elak masalah serius...kepada BN dan UMNO..!!!

PEKAN, 3 Julai — Tindakan polis menahan beberapa individu di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata tindakan itu bertujuan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan.
“Ini sebagai langkah preventif, pencegahan lebih baik daripada berubat, apa-apa polis buat ini sebagai satu langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih serius berlaku,” katanya dipetik Bernama Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan enam individu termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr D. Jeyakumar mengikut Ordinan Darurat yang pertama kali digunakan terhadap penyokong Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini.
Najib berkata beliau yakin polis memahami segala implikasi dalam mengambil sebarang tindakan terhadap penyokong perhimpunan itu.

Lidah Syaitan : Demonstrasi P Pinang Gambaran Bersih-Utusan

"Demonstrasi P. Pinang gambaran Bersih

Malah tegas, Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Ifan Zaimi Md. Tahar, keadaan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini akan lebih huru-hara kerana jumlah yang dijangka menyertai perhimpunan Bersih adalah lebih besar.

BERSIH 2.0 : Pisau Dan Timun Di Tangan Polis...!!!

Oleh: wfauzdin_ns


NAJIB berucap di TV malam tadi menyebut bahawa Umno/Bn boleh himpunkan sehingga 3 juta rakyat memenuhi bandar Kuala Lumpur jika mahu. Namun, Umno tidak mahu berbuat demikian sebalik mengapa BERSIH mahu menghimpunkan hampir 1 juta pada 09 Jul nanti.

Kita tidak peduli samada Najib mahu himpun 3 juta atau pun berupaya menghimpunkan 10 juta sekali pun. Apa yang kita mahu cabar beliau agar buat sahaja perhimpunan puluhan juta sekali pun jika beliau benar, tetapi jangan sengaja mahu mencari tarikh serta lokasi yang sama dengan cadangan BERSIH untuk berhimpun. Apa tujuan mencari tarikh dan lokasi yang sama?

Makin Tersepit : Profesor AS terus membisu tentang video seks

alleged four full sex videos on youtube 290411 17Dua profesor Amerika yang melakukan analisis pengiktirafan wajah ke atas video seks lelaki mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjauhkan diri daripada pihak media selepas perbicaraan trio Datuk T berakhir dengan mereka mengaku bersalah menayangkan video tersebut bulan lepas.

Profesor sains komputer dari Dartmouth College di Hanover, New
Hampshire itu, dilaporkan telah mendapati 99.99 peratus padanan
antara lelaki dalam video itu dengan gambar pemimpin umum PKR itu, tetapi profesor tersebut tidak menjawab permintaan berulangkali untuk mengulas mengenai subjek tersebut.

Kit Siang: Gugur Hisham menteri, tarik balik haramkan Bersih


KUALA LUMPUR, 3 Julai — Lim Kit Siang menggesa Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin daripada jawatan itu sambil menyifatkan alasan pengharaman pertubuhan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak munasabah.
Tegas Penasihat DAP, tiga alasan yang diberikan Hishammuddin untuk mengharamkan Bersih 2.0 tidak munasabah kerana gerakan menuntut pembaharuan pilihan raya itu tidak melakukan sebarang kesalahan.
Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini dan dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang berkuat kuasa kelmarin.

Sinar Putar Belit Fakta : Mohd Sabu nafi laporan sedia ditahan ISA

NONETimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan laporan akhbar Sinar Harian hari ini bahawa beliau bersedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

Sebaliknya, katanya, beliau hanya menyebut bahawa polis mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa sahaja.

"(Laporan) itu tidak betul. Saya sebut polis ada kuasa unutk menahan sesiapa sahaja. Adalah pelik orang yang cintakan demokrasi ditangkap bawah ISA.

"Saya tidak sebut sedia ditangkap ISA, seolah-olah mencabar polis untuk tangkap (saya) bawah ISA... Siapa mahu kena tangkap ISA," katanya ketika menghubungi Malaysiakini.

Bersih 2.0 : Sastewan negara gesa para intelektual buat pendirian

NONEBersedia menghadapi kemungkinan ditangkap ketika hambatan terhadap penyokong BERSIH 2.0 semakin meningkat, Sasterwan Negara, Datuk A Samad Said menggesa para intelektual supaya berhenti menjadi 'carma' tetapi berani membuat pendirian terhadap kekejaman dan ketidakadilan.

Beliau mencipta istilah 'carma' itu - singkatan kepada 'cari makan' -
semasa pelancaran buku kartunis dan penulis satira politik, Zunar di ibunegara malam tadi.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata penulis jarang membuat pendirian dan kebanyakan mereka adalah 'carma'.

Tegasnya, sikap mereka yang tidak bersedia membuat pendirian tersebut mengakibatkan kejahatan berkembang dan merebak.

Benteng marah rakyat dengan adil, bukan polis

KUALA LUMPUR, 3 Julai: PAS mengingatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa mereka boleh mengarahkan polis untuk menghalang perhimpunan rakyat Bersih 2.0, akan tetapi tindakan mereka tidak akan menghalang rasa tidak puas hati rakyat daripada terus membara dan marak, sehingga ianya boleh mencetus pemberontakan dalaman.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan KDN untuk menghayati teguran Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada seorang gabenornya dalam menangani kebangkitan dan kemarahan rakyat sebelum terlambat.

Tanjong Pagar: Sesuatu Yang Kita Lupa

Oleh Mohd Sayuti Omar
SEINGAT saya tidak pernah ke Temasik dengan keretapi. Kali terakhir saya ke Temasik ialah tahun 1988. Entah kenapa negeri ini tidak begitu cocok dengan jiwa saya. Seakan ada sekangan dendam di celah hati. Telapak kaki saya menjadi panas bila memijak butiran pasir pantainya.

Beberapa kali ke negeri ini tidak pernah saya menaiki keretapi. Selalunya dengan kapal terbang atau pun berkereta.

Bersih 2.0 : Erti ancaman atas Ambiga

Oleh Subky Latif
Jisteru peguam Ambiaga yang mengepalai rapat perarakan Bersih bertegas untuk meneruskan perhimpunan 9 Julai ini, maka dia dan rakan-rakannya menerima ugutan mengancam keselamatan jiwa melalui SMS yang tidak dapat dikesan pengirimnya.
Dia juga menerima isyarat berupa amaran dari polis jika bertegas untuk meneruskan juga rancangan turun padang itu.

Umno dengan kerjasama silahanat haramjadah ingin jadikan Malaysia negara Komunis?

Tiada institusi lain selain Umno sendiri yang berniat beserta tindakannya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Komunis!
Umno menggunakan agensi kerajaan telah memutarkan belitkan fakta untuk mencetuskan huru-hara di negara Malaysia tercinta.
Malang sekali, badan penguatkuasa, PDRM yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat telah sunggup dibahalolkan oleh pemerintah yang rakus dan zalim!
“T-shirt Bersih hanya ada dalam kereta saya, saya ke pasar untuk bertemu Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu tapi sekumpulan polis datang dan terus menahan saya.


Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Setiausahanya Jayachandran ditahan di balai polis Sg Kapar Indah kerana memiliki sembilan helai t-shirt Bersih dalam kereta.

Buku komplikasi kartun Zunar dilancar, sarat sindiran kepada Umno BN

KUALA LUMPUR: Kompilasi kartun karya Zunar berjudul ‘Even A Pen Has a Stand’ dilancarkan dalam suasana meriah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, malam tadi.
Tidak seperti September tahun lalu apabila beliau ‘gagal’ menghadiri pelancaran kompilasi bukunya, ‘Cartoon-O-Fobia’ kerana ditahan polis, Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar al Haquekali kali ini hadir dengan lilitan tangan Bersih.
Majlis itu turut dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Syed Husin Ali; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Saharin atau Chegubard dan ramai pimpinan badan bukan kerajaan (NGO).

Siapa yang terkantoi dan termalu??

Excuse me... rampas-rampas ini bukan kerja kerajaan Negeri Kelantan, ya. Itu kerja LANUN. Aha.... macam lanun yang merampas kerajaan Darul Kartun dulu. Macam lanun yang merampas hak royalti minyak rakyat dan kerajaan Negeri Kelantan....

Don't play...play... Itu kerja LANUN. LANUN BESAQ punya!!

Berbalik kita kepada cerita lanun yag melawat Kelantan bebaru ini. Ituler... pergi buat lawatan tapi tak check tetatatif lawatannya bebetoi. Sepatutnya, mu check dan buat homework dulu. Jangan asyik terima jer bulat-bulat informasi yang orang bawah bagi. Last-last, diri sendiri yang terkantoi!!

Aha... padan muka!! Fitnah yang ditabur, sudah tersiar ke seluruh 1Malaysia. Rakyat bukan bodoh. Mereka tahu apa yang berlaku di bawah. Yang tak tahu dan tak mau ambil tahu ialah pemimpin atasan. Nah.... sekarang fitnah yang disogokkan, kepadanya dalam ucapannya terbukti salah dan telah disangkal oleh orang yang lebih tahu. Pemimpin atasan UMporNO menyebarkan maklumat salah, tak betul. Fitnah!! [Baca sini]

Malays don’t need ‘lazy uneducated’ Umno reps

If PM Najib retains his seat in his homeground Pekan in the next general election, it will 'only' be due to his 'personal' charisma and not because Pekan Umno worked hard.

Umno people don’t want to work hard. What’s the point of working hard when you don’t know whether you are contesting or not.
Maybe the Umno leaders have forgotten the bad habits of Umno people. They only work hard if they have a chance at becoming wakil rakyat or a member of parliament.
Hello! Malays don’t need a wakil rakyat who is uneducated and lazy. Umno people only want to work hard if they are selected as candidates.
Take Pekan Umno for instance. It’s Prime Minister Najib Tun Razak’s homeground. But even here the situation is not good.
The situation in Pekan is like it was in the 1990s. The people, namely the Umno operatives, noisely gather to welcome the PM’s return to Pekan.

PSM slams Deputy IGP over ridiculous accusations

The party want the police to charge the six if there are evidence of them being involved with foreign elements and have subversive tendencies.
GEORGE TOWN: Parti Sosialis Malaysia (PSM) today dismissed the police accusation that its six leaders detained under the Emergency Ordinance (EO) 1969 were involved with foreign elements and have subversive tendencies.
The same reasons were also given by Prime Minister Najib Tun Razak today, saying that the EO detention was necessary to prevent any untoward incidents.
PSM secretary-general S Arutchelvan rebuked the accusation made by Deputy Inspector General of Police Khalid Abu Bakar by calling them “ridiculous and outrageous.”
Khalid told reporters yesterday that the six, including Sungai Siput MP Dr D Michael Jeyakumar, were re-arrested under Section 3(1) of the EO because they were suspected to be involved with foreign elements and had rebellious inclination.
“What the deputy IGP is talking is full of rubbish and bullshit.

Najib tells Umno: Stop factional politics

Najib tells Umno: Stop factional politics
Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak reminded party members not to resort to factional politics as it could affect the party's performance in the coming general elections.
He said members should avoid putting each other down and instead put the party's interest ahead of personal interests.
“Factional politics undermines the performance of a party for elections, when it's time for elections we must do what is best for the party first,” he told reporters after launching the Pekan Umno delegates meeting Sunday.
Najib said such negative practices not only occurred in Umno and Barisan Nasional (BN) component parties, but also in opposition parties whereby it frequently happened during party elections.
“This happens within Umno and the opposition. When there is open election and differing views in a political party that practices democracy, there will be situations where various groups resort to such tactics at the grassroots level,” he said.

BN scores own goal

BN scores own goalWhat if you went to fight in a boxing match and when you arrived you found that your awesome opponent has punched himself up so much that defeating him would be much easier? In fact, you now have a real chance of defeating him where previously the contest was weighted very much in his favour.
This simple analogy is apt to describe what Prime Minister Najib Razak has done in his frenzied efforts to stop the Bersih rally. Najib and his cohorts fear that the rally will galvanize the people against BN although this conclusion is strange about a non-political rally to press for free and fair elections. What they have done is to imagine a threat which did not exist in the first place and then proceed to fulfill it.

3 reasons why the Bersih ban should be lifted, says Kit Siang

3 reasons why the Bersih ban should be lifted, says Kit SiangThe Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak should overrule the Home Minister, Datuk Seri Hishammuddin Hussein and lift  the ban on Bersih as the three grounds given for the ban under the Societies Act do not stand scrutiny and will only expose the government and country to public disdain and international scorn.
For instance, the first ground – “Being active and sparking an atmosphere of unrest and worry among the multiracial community in the country”.
Bersih is not guilty of this charge. Those guilty are Perkasa and Umno Youth, with the former even threatening another May 13 with warning to the Chinese to stay indoors and to stock up food and UMNO Youth in front of PKR headquarters threatening violence and chaos.  Why have Hishammuddin acted against Bersih the innocent  party while done nothing to the culprits, Perkasa and UMNO Youth as if they enjoy immunity and impunity for committing crimes.

Bersih 2.0 : Lucut kerakyatan Ambiga, ‘sesuai’ di negara kuku besi

KUALA LUMPUR: Cadangan Datuk Seri Ali Rustam untuk melucutkan kerakyatan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Datuk S Ambiga menunjukkan Ketua Menteri Melaka itu jahil Perlembagaan Negara, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Kenyataan  itu menunjukkan beliau seorang yang ekstrim, fanatik, dan jahil dengan sistem Perlembagaan Negara.
“Ali tidak layak jadi Ketua Menteri di negara demokrasi kerana tidak tahu apa itu demokrasi. Perbuatan sedemikian hanya memalukan negara,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily, hari ini.
Justeru, beliau mengesyorkan Ali supaya membaca Perlembagaan dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dangkal.
“Saya syorkan Ali Rustam baca Perlembagaan Negara. Melucut taraf warganegara seseorang tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Ban of bad faith: Hisham has to tell why Perkasa, Umno Youth spared

Ban of bad faith: Hisham has to tell why Perkasa, Umno Youth sparedBefore we all go nuts over the ban issued by the Home Minister, Hishamuddin Hussein Onn, we first need to remove all emotional sentiments and look at the matter in a logical and rational manner, lest we too act like any other warp-minded lunatic.
On the 1st of July, Hishamuddin issued a gazetted order citing Subsection 5(1) of the Societies Act 1966. This document can be found on the Attorney General’s website.
The ban order is a simply-worded document which merely states the following as the reason for the ban: “Whereas I am of the opinion and being satisfied that the Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH) movement is being used for purposes prejudicial to the interest of the security of Malaysia and public order”.

Bersih, the BN's Titantic: The people will go on

Bersih, the BN's Titantic: The people will go onWith one week to go until July 9th, the authorities are really starting to get uptight. Their desperation can be clearly seen as more controversies continue to surface. Not a day goes by without accusations against the Bersih or the Pakatan Rakyat.
Home Minister Hisham has banned the rally and DPM Muhyiddin has again stressed it is illegal and will cause 'endless' chaos that will weaken the country, enabling certain "major powers" to take over the country.
Such drama. Even Malaysians were taken aback. Initially reluctant to label BN desperate, as the Pakatan has been saying, there is little ground to disagree any more. So obviously 'cooked-up' are the BN allegations, it does bring a sense of shame and also doom to many living in the country.
How can a 2-hour rally, a simple quiet march by Malaysians to the King’s Palace to hand over a memorandum, be termed as total chaos? If BN has the will, it can control the crowd easily by asking Perkasa and Silat Lincah activists to march a day earlier while UMNO Youth can march a day later. The Police can be installed along the intended route to prevent any untoward incidents.

Nafi terlibat demo ganas, Pengerusi Umno Pulau Pinang berbohong- Guan Eng

PULAU PINANG: Tindakan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menafikan Umno Pulau Pinang terlibat dengan demonstrasi ganas di Pulau Pinang pada 1 Julai lalu adalah pembohongan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Kerajaan negeri Pulau Pinang berasa terkejut dengan pembohongan terbuka Zainal Abidin Osman yang mendakwa Umno tidak terlibat dengan demonstrasi ganas yang mengganggu aliran trafik sejauh 10 kilometer dan menyerang dua wartawan pada 1 Julai lalu di Komtar dan Jambatan Pulalu Pinang,” kata Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini.

Virus Kuning : MP Bakri Teck Hwa dan 5 lagi ditangkap kerana gotong-royong dengan warna kuning...!!!

johor dap arrested by police bersih 030711 01Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.

Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".

"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.

Bantahan Lynas Terus Bersemarak

Save Malaysia Gempur Komplek Membeli Belah Berjaya Megamall Mulai Semalam !!

KUANTAN, 3 Julai - NGO Save Malaysia terus mengadakan aktiviti mereka biar pun keputusan pakar IAEA terhadap keselamatan projek Lynas telah diketahui. Semalam, mereka mengadakan program berbentuk promosi "bantah Lynas" di komplek membeli belah Berjaya Megamall, dekat sini. Program yang bermula sekitar jam 1.30 petang itu berakhir beberapa jam kemudian. Jawatankuasa Save Malaysia yang diketuai oleh pengerusinya, Dr.Tan Bun Teat telah bertemu orang ramai untuk menunjukkan rakyat terus membantah projek berkenaan. Mereka memakai baju T-Shirt "Save Malaysia" dan bergerak bertemu orang ramai untuk meraih sokongan agar sama-sama meneruskan perjuangan membantah Lynas. Turut dilihat hadir ialah Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota dan prnyokong yang lain termasuk mahasiswa dari beberapa buat IPT sekitar Kuantan. Aktiviti kumpulan terbabit menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke situ. Tambah menarik apabila ramai petugas di PC Fair yang sedang berlangsung, juga mengenakan pakaian T-Shirt Save Malaysia. Apapun, tidak ada sessi ucapan atau acara perhimpunan. Mereka kemudian berkumpul di sebuah restoran makanan segera untuk berbincang isu-isu yang berkenaan.

Video : RARE EARTH 2011 - KUANTAN MENUJU KEHANCURAN.

Mai sini nak tengok rupa Umno

Umno ni kalau tengok umoq memang dah lanjut banyak dah. Tapi kalau tengok ke bentuk fizikal depa, ternyata lagi teruk... silap silap dok ataih kerusi roda jaaa... haha...
Awat tak lagu tu, dah badan ja nampak sasa tapi lembik... penyakit banyak, angin penyakit penuh badan.... kahkahkah... Tak guna jugak kalau Umno mendabik dada kata ahli yang berjuta juta. Badan yang besar sasa tapi tubuh badannya berpenyakit yang tunggu akhir kalamnya saja. Ada ahli yang sedaq dan mengkritik, penyokong dan penjilat penjilat tanpa tauliah akan menerpa mengutuk dan membidas kumpulan kecil yang sedaq ni. Pendeknya tidak ada apa-apa ruang untuk Umno memperbaiki dirinya.

Bersih 2.0 : Utusan supports EO arrests, wants more

KUALA LUMPUR, July 3 — Utusan Malaysia congratulated the government today for its recent dragnet on Bersih supporters including the use of emergency laws against Parti Sosialis Malaysia (PSM) members.
The Umno-owned newspaper further called for a “clean sweep” on Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bersih deputy chief and PAS deputy president Mohamad Sabu and also Datuk Ambiga Sreenevasan, who leads the coalition of 62 NGOs planning to march next weekend for electoral reform.
Under the Awang Selamat pseudonym used by its editors, the Malay daily said it was “relieved that the authorities are no longer playing around with warnings against the illegal Bersih gathering on July 9.”
“Congratulations to the police. Awang hopes the police will ‘sweep clean’ anyone who challenges the law and tries to threaten the peace,” it wrote in its Sunday edition Mingguan Malaysia, naming Ambiga, Mohamad and Anwar.
Utusan Malaysia praised the government for “preventative arrests” against hundreds, including opposition lawmakers.

Haram Bersih: Hishammuddin salah guna kuasa

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Pengharaman himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini oleh Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat kutukan keras daripada peguam Hak Asasi Manusia.
Menurut salah seorang daripada peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran dalam kenyataan medianya mempersoalkan bagaimana sebuah pergerakan perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni untuk menuntut pilihan raya yang adil boleh  menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
"Kami mengutuk keras tindakan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966," Katanya lagi.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat mendakwa arahan yang dibuat Hishammuddin adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.

Bersih 2.0: Ali Rustam jangan jadi batu api

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersikap adil dan tidak sewenang-wenangnya menghukum seseorang tanpa bersikap bias.
Beliau juga perlu memainkan peranan sebagai pemimpin Umno dan juga sebagai Presiden Pesaka agar tidak menjadi batu api dengan menjadikan pihak-pihak tertentu sebagai alat bagi mencetuskan permusuhan.
Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Muhamad Aizat Bahrudin menyatakan demikian sebagai merujuk kepada Mohd Ali yang mahukan kerajaan Persekutuan melucutkan kewarganegaraan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga.

Bersih 2.0 : PM Najib membakar sentimen keugaman dan bangsa

Oleh: mohdnoorawang

"'BERSIH TETAP BERSIH. YANG TETAP TIDAK BERSIH IALAH PM NAJIB DAN UMNO SERTA PEMBODEK BODOH.
Semalam PM Najib (perdana menteri yang terlibat dengan skendal rasuah dan pembunuhan wanita mongoliar) mula bersuara sumbang dan mengheret isu ugama dan perkuaman.  PM Najib mula membakar isu dan sentimen keugamaan terhadad pengerusi BERSIH Datuk Ambiga.

PM Najib takut pada bayang bayangnya sendiri. Untuk rekod Datuk Ambiga adalah peguam bela terhadap kes Lina Joy. Mengapa Najib sanggup menyentuh isu sensitive dan keputusan mahkamah telah dimuktamadkan.

Tanah Air Tergadai : Stesen Keretapi Tanah Melayu Tanjong Pagar Abadi Di Jiwa Kami

OLEH MOHD ZAINI ANNUAR
‘Pilu di hati, memendam rasa’... Berakhir sudah kisah duka yang menyayat hati seluruh rakyat – penutupan stesen Keretapi Tanah Melayu Tanjong Pagar, suatu detik hitam yang menjadi kenangan dan tatapan seluruh generasi Malaysia. Sejarah pembukaannya yang bermula se awal 1932, merupakan nadi sistem pengangkutan penumpang dan kargo yang terunggul yang telah menghubungkan antara Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu sehinggalah ke tawarikh 30 hb. Jun, 2011.

Husam : ‘Modal atas angin semata-mata’ - janji manis Najib

"Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah," kata Husam Musa.

PETALING JAYA:  Seorang exco kanan kerajaan negeri Kelantan menyifatkan dakwaan Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai modal atas angin semata-mata.
Dalam satu kenyataan media semalam, Dato’ Husam Musa berkata, selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib bahawa beliau (Najib) berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kononnya kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.
Ucapan Perdana Menteri semalam dipetik oleh Bernama di bawah tajuk “PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh”.

Trapped, Najib and BN have to hack their way out

Trapped, Najib and BN have to hack their way outRule No. 1 of Strategy 101 is never to work oneself into a corner whether it is on the battlefield or during negotiations. Basically, there are 7 Chinese Military Classics, Sun Tzu's treatise being one of them besides works by Sun Bin and a treatise on strategies employed by Cao Cao and Zhuge Liang and all 7 Chinese Military Classics stressed the paramount importance of leaving a loophole for escape so that one can live to fight another day.
In modern crisis management, it says that one must never get into a lose-lose situation and the terminology used is the word 'entrapment'. In politics as in war, politicians always try to work the enemy into a corner so that he has no means of escaping.
Prime Minister Najib Razak has surely read Sun Tzu's 'Art Of War', but due to his own busy schedule, he must have forgotten the teachings about entrapment. Therefore he may have worked himself into a corner and it is all his own doing, for failing to hear the most important call - that of the people.

A Samad Said : Kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!

Perkembangaan senario politik terkini sesungguhnya sesuatu yang agak merunsingkan buat seniman dan karyawan, namun sasterawan negara A Samad Said tetap tidak berganjak langkah dari pendiriannya ketika berdepan dengan kuasa pemerintah.  Sambil bersikap sinis terhadap kerajaan yang "takut dengan warna", A Samad Said menyuntik semangat dengan peringatan bahawa "kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!"
A Samad Said dipanggil polis untuk disoal-siasat pada 27 Jun, lantaran kehadiran beliau dalam majlis pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011.  Beliau kembali ke bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor semalam, untuk menghadiri majlis perlancaran buku kartun Zunar, "EVEN MY PEN HAS A STAND".

Zunar: Ambil risiko dengan kehormatan sebagai manusia

Berkecuali, tidak memihak mana-mana pihak, atau istilah "neutral", sering menjadi sikap manusia yang enggan mengambil risiko untuk menghalang kezaliman daripada berlaku.  Namun, "kalam" telah menyedarkan Zunar, bahawa "even my pen has a stand" (bahkan kalam mempunyai pendirian), apatah lagi kartunis sebagai manusia?
Zunar (gambar kiri), atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque mengisahkan bagaimana dirinya mendapat inspirasi untuk nama bukunya yang keempat, "Even My Pen Has A Stand", dalam majlis pelancaran bukunya, semalam.  Beliau menamakan bekas yang digunakan untuk mencelupkan pen dakwatnya itu sebagai "pen stand", lantas menyedari bahawa "bahkan kalam mempunyai pendirian" (stand dalam bahasa Inggeris juga bermakna pendirian).

Bersih 2.0 : Tuntut Pilihan Raya Adil Boleh Ancam Keselamatan Negara?


PETALING JAYA 3 JULAI : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media mempersoalkan bagaimana sebuah pergerakan yang menuntut sebuah pilihan raya adil dilaksanakan di negara ini boleh dianggap mengancam keselematan negara.

Darurat: Anwar gesa bebas semua tahanan

PETALING JAYA, 3 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat.
Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.
Anwar berkata, peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.
“Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Video : Demonstrasi Membantah Kepimpinan Lim Guan Eng...bukti keganasan pendemo Pro-BN..!!!

Video - Ali Rustam: Saya tak boleh kawal pesilat saya untuk bertempur dengan rakyat...!!!

Bersih 2.0 : BN tak perlu menari ikut pembangkang, kata Muhyiddin.....rakyat mahu SPR yang berubah dan adil...!!!!


KUALA LUMPUR, 3 Julai — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak kesahihan Himpunan Bersih 2.0 sambil terus menggambarkan pergerakan itu yang menuntut pembaharuan pilihan raya sebagai alat pembangkang mahu menggulingkan kerajaan.
Kerajaan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, seminggu sebelum ia merancang mengadakan Himpunan Bersih 2.0.
“Mereka menghasut orang ramai agar pergi ke jalan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.
“Mereka tidak menghormati mandat majoriti, tetapi memilih untuk demokrasi jalan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa,” kata beliau (gambar) ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan 2011 di sini hari ini.