Jumaat, 1 Julai 2011

Khutbah hentam Bersih, Jawi jadi alat Umno

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengam khutbah Jumaat keluaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dibacakan di masjid-masjid di seluruh Kuala Lumpur hari ini, memandangkan ia jelas memburukkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
Di tengah kita menyambut Israk dan Mikraj yang mengandungi amat banyak pengajaran besar, Jawi hari ini telah melakukan kesilapan besar dengan mengeluarkan khutbah tersebut yang jelas melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Riduan Mohd Nor menegaskan, pada hal di dalam negara kita ini amat banyak perkara yang perlu diketengahkan oleh Jawi termasuklah usaha-usaha untuk mengatasi gejala sosial dan penghinaan terhadap syariat Islam.

Kalau isi khutbah macam ini dibaca kepada pengikut Perkasam dan Ameno , agak-agak depa marah atau suka ?


Khutbah "Memelihara Nikmat Keamanan" versi baru

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membincangkan tajuk khutbah mengenai " Memelihara Nikmat Keamanan " .

Terbukti : Dunia Saksikan, Bukan BERSIH Tetapi UMNO Pencetus & Peneraju Keganasan


300 bantah KM P Pinang kerana sokong BERSIH

Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Dalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.

Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.

Kisah demonstrasi dua kota

Kisah demonstrasi aman seperti ini kalau pun tidak di semua negara Barat, senario yang hampir sama kerap berlaku di negara-negara maju yang menghormati kebebasan rakyatnya untuk bersuara.

Bahagian 1
Pada suatu petang, di sebatang jalan raya di hadapan sebuah bangunan kerajaan di negara mat saleh yang pemerintahannya dianggap mempunyai rekod buruk dalam isu hak asasi manusia petang itu dibanjiri hampir dua ribu manusia.
Sambil memegang sepanduk-sepanduk memprotes dan mengecam dasar pentadbiran negara itu yang dikatakan melaksanakan dasar menindas kehidupan rakyatnya, mereka turut melaungkan slogan-slogan memprotes tindakan pentadbiran presiden mereka.
Tidak berapa jauh dari situ, di kaki-kaki lima deretan kedai-kedai sepanjang jalan kelihatan orang-orang awam yang tidak menyertai demonstrasi itu turut berada di sekitar kawasan itu dan memerhatikan demonstrasi tersebut dengan penuh minat.
Rata-rata orang-orang awam yang berada di situ kelihatan sedang leka membeli-belah di beraneka kedai-kedai yang ada, kompleks membeli-belah mahupun sekadar minum dan bersantai di restoran-restoran yang banyak terdapat di situ.

Bersih and the illogical replies from the Election Commission

Bersih and the illogical replies from the Election CommissionMalaysian Communications and Multimedia Commission has called on the media to term the Bersih Rally as an illegal gathering in all their news casting. But it is technically not really correct to call Bersih that. Furthermore, most Malaysians do not think it is illegal either. But for this article, let's play along with MCMC and YB Rais Yatim. We won't call it illegal because technically we can get sued by the Bersih organisers if we did so. But we also want to 'bodek' or butter Rais a bit, so let's call it the "Not Kotor" or "Not Dirty" Rally.
So ladies and gentleman, this planned peaceful gathering has given the government horrible nightmares, and they are determined that Malaysians should not go through with it. The BN says it is not Arab Spring, Tahreer Square, Tunisia or Libya that it is worried about. It is about physical violence and fighting that can break out if a gathering of Malaysians from all walks of life take place.

Lebih banyak kecacatan Lynas terdedah: PKR gesa wujudkan panel Pakar Kejuruteraan dan Kesihatan Awam

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bimbang dan ragu dengan liputan media The New York Times bahawa Lynas berhadapan dengan isu kejuruteraan dalam tangki simpanan, paip penghantar dan tapak kilang.

Menurut Ahli Jawatankuasa KEADILAN Pahang Lee Chean Chung (gambar kiri), kelemahan dan kecacatan kejuruteraan tersebut menunjukkan laporan yang disediakan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) adalah kurang lengkap kerana tidak menilai projek ini secara menyeluruh dan hanya membuat pemeriksaan dari segi keselamatan radioaktif dan pengurusan sisa buangan radioaktif sahaja.
"Menurut New York Times, masalah yang dihadapi oleh Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng termasuk: Dinding 70 tangki takungan didapati mengalami rekahan struktur, ketirisan dan terkandung poket udara, paip tidak memenuhi ketetapan piawaian, tapak tidak dapat menebat air, dan sebagainya."
Antaranya, paip keluli yang digunakan merupakan keluli biasa yang tidak dapat menahan kehausan dan kehakisan; Tangki konkrit juga diperbuat oleh simen biasa dan bukan Konkrit Polimer lebih mahal yang bercampuran dengan bahan plastik; Tapak simen kilang tersebut juga tidak dilitupi oleh penebat plastik bagi menghalang air dan kelembapan.

Perspektif Perlembagaan

Berdasarkan kepada pembacaan buku Perspektif Perlembagaan hasil tulisan Profesor Abdul Aziz Bari, saya berpandangan bahawa beliau telah menghasilkan sebuah karya akademik Perlembagaan Persekutuan yang menyeluruh, serta bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat termasuklah yang tidak memiliki latar belakang undang-undang.
Bermula dengan bab asas konsep perlembagaan, kemudian dikembangkan analisisnya yang menyentuh soal-soal sistem monarki atau sistem beraja, parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), kuasa eksekutif, badan kehakiman, pilihanraya, perkhidmatan awam dan krisis politik Perak - semua ini dibincangkan dan dikemukakan secara fakta mengikut perspektif Perlembagaan Persekutuan.
Dalam bab Perlembagaan misalnya, penulis memberikan fakta Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya.  Maknanya, Perlembagaan Persekutuan itu bukan sekadar undang-undang rumit yang dimiliki dan diamalkan oleh hakim-hakim ataupun golongan professional sahaja sebaliknya penulis berjaya melanjutkan pemahaman konservatif tersebut kepada suatu bentuk "Perlembagaan Rakyat" yang boleh disesuaikan dengan iklim politik dan sosial semasa.

Antara Hak Asasi dan Ketenteraman Awam

Oleh A Kadir Jasin
BEBERAPA orang pembahas dan kenalan kedai kopi bertanya mengapa saya tidahttp://4.bp.blogspot.com/-XDQu3-POF9o/Tg2IVdxzMMI/AAAAAAAABeY/SZvv4L3rT84/s1600/bersih_demandsBM.jpgk menulis mengenai cadangan tunjuk perasaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Sebenarnya, saya sudah menulis mengenainya beberapa bulan lalu dalam majalah ekonomi Malaysian Business. Pertama, saya berkata, adalah kesilapan bagi kerajaan dan Barisan Nasional bercakap mengenai pilihan raya umum (PRU) terlalu awal.

Menghalal Cara : ‘Potret Shamsiah Fakeh disalahguna, tuduh kami komunis’

Ketua Empower dan kumpulan NGO wanita kecam tuduhan melulu polis.

PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Malaysia (Empower) Maria Chin Abdullah hari ini menjelaskan bahawa potret Shamsiah Fakeh disalahguna oleh pihak polis untuk menuduh mereka sebagai pertubuhan komunis.
Pada hari kelmarin pihak polis telah membuat serbuan tanpa waran ke atas pejabatnya yang turut berfungsi sebagai pejabat urusetia Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
“Sebenarnya potret Shamsiah merupakan salah satu daripada 10 gambar yang kami gunakan untuk program kesedaran wanita bernama ‘Hidden Faces, Unheard Voices’ sejak Disember 2010,” kata Maria dalam satu sidang media di sini petang tadi.

Pemuda PAS minta RTM henti iklan gambarkan Himpunan Bersih negatif

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Dewan Pemuda PAS pusat kesal dengan tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menyiarkan iklan khas dengan tujuan memberikan gambaran buruk terhadap Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Menurut Ketua Peneranganya Riduan Mohd Nor, iklan khas itu mula disiarkan di TV2 sejak semalam dengan memaparkan tiga pelakon muda negara.
“Iklan pendek berkenaan dimulai dengan salah seorang pelakon menunjukan risalah Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) yang kemudiaannya disambut baik oleh pelakon Bell Ngasri yang menyatakan minat untuk menyertai perhimpunan di awalnya.
“Kemudian pelakon ketiga, Ezany Nizariff pula menunjukan klip video huru-hara yang berlaku di luar negara dan mengatakan bahawa itulah yang akan berlaku dalam himpunan Bersih.

Sorok Tangan : Rais tak tahu ada arahan SKMM momok BERSIH

 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak menyedari terdapat arahan yang dikeluarkan oleh agensinya berhubung penyekatan penyiaran liputan berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

NONEMenterinya, Datuk Seri Rais Yatim mendakwa tidak mengetahui apa-apa berhubung arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada stesen televisyen dan radio swasta supaya melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.

“Setahu saya, tiada,” katanya ketika ditanya sama ada SKMM ada mengeluarkan arahan seumpama itu selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Angkasapuri hari ini.

Hari ini, Malaysiakini memetik beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan berkata semua stesen televisyen dan radio diarah menghantar laporan harian mengenai liputan 9 Julai mereka.

Bersih 2.0 : “Lepaslah mereka yang ditangkap”

KEPALA BATAS, 1 Julai: "Lepaslah mereka yang ditangkap. Mereka tidak bersalah apa-apa pun. Tak kan pakai baju berlambangkan Bersih 2.0 salah sehingga dilabelkan melawan Yang di-Pertuan Agong dan ingin hidupkan semangat komunisme," tegas kaum keluarga dan sahabat handai 30 tahanan yang masih merengkok dalam lokap polis sehingga hari ini.
Difahamkan mereka terus ditahan beberapa hari lagi untuk siasatan manakala mahkamah semalam memutuskan tahanan boleh dilawati walaupun bercakap berhalangan tanpa nampak wajah yang jelas.
Semalam sekali lagi ahli keluarga dan rakan yang turut memberikan sokongan moral memenuhi Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas yang menempatkan 11 orang perempuan, Ibu Pejabat Kontijen Polis Pulau Pinang (IPK) di Georgetown 7 orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar, Pejabat Polis Butterworth seramai 10 lelaki serta 2 orang kanak-kanak belasan tahun di Balai Polis Sungai Dua.

Bersih 2.0 : Dakwaan Wan Ahmad Bukti SPR Tidak Telus

SHAH ALAM 1 JULAI : DAP Selangor mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan lapan tuntutan BERSIH 2.0 sekiranya badan itu tetap menganggap mereka adalah telus dan adil.
Pengerusinya, Teresa Kok turut membidas Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar yang menuduh himpunan BERSIH 2.0 telah diperalatkan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
“Wan Ahmad telah menghina Himpunan Bersih 2.0 apabila mengatakan ia adalah matlamat Pakatan Rakyat dan ia jelas bahawa SPR sendiri bukan satu badan bebas dan tidak boleh diharap untuk mendukung hak rakyat bagi melaksanakan pilihan raya bersih dan adil,"katanya.

Haiyooo.... Gila babi mali!!


Aaaikkk....
Senator Senatak al-Sesumpah pun berdemo sama
Selangor mari, Penang pergi.

Kenapa, ya??

Analisa warna : Hanya KUNING boleh mengubah semua warna lain

http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/8-Lelaki-Pakai-Baju-Kuning-Bertulis-Bersih-Ditahan.jpg
Perkembangan politik di Malaysia semakin menarik. Cuba kita menganalisa berdasarkan warna simbol parti dan organisasi. Kenapa BERSIH 2.0 memilih warna Kuning bukan warna lain seperti warna putih yang nampak bersih.

Sebelum itu, cuba perhatikan warna simbol parti politik utama iaitu BN (Biru Tua), UMNO (Merah), PAS (Hijau) dan PKR (Biru Muda) dan DAP (Merah).

Kesilapan memilih warna akan menyebabkan terserlah kemuraman warna tersebut. Contohnya kalau Biru Tua dicampur dengan Merah menjadi Unggu (warna menjadi tidak menarik dan gelap).

Fitnah : Kait Empower dengan komunis tindakan 'keji'

NONESekumpulan NGO wanita hari ini mengutuk tuduhan "keji" yang mengaitkan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) dengan unsur komunis.

Tuduhan berkenaan, ekoran serbuan polis ke atas pejabat Empower semalam, disifatkan sebagai cubaan untuk menjatuhkan nama baik organisasi berkenaan.

Operasi mengejut ke pejabat Empower merupakan salah satu daripada tindakan pihak berkuasa bagi menghalang mobilisasi penyertaan ke perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Dalam operasi tersebut, sekumpulan polis turut merampas poster nasionalis wanita Shamsiah Fakeh yang dipaparkan di dada akhbar hari ini sebagai "bukti bahawa Empower mempunyai kaitan dengan komunisme."

BN Terdesak : Kempen anti-BERSIH naik ke mimbar Jumaat

Kempen anti-BERSIH oleh kerajaan nampaknya sudah naik ke mimbar masjid apabila khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini melarang umat Islam hadir berdemonstrasi pada 9 Julai ini.

NONEDengan menggunakan label yang keras seperti pengkhianat dan pelampau terhadap penganjur dan pesertanya, khutbah masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya mendakwa perhimpunan BERSIH haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan".

Dalam khutbah itu, penganjurnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) juga didakwa memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam.

"Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan," khutbah itu dipetik.

Polis akan pastikan perhimpunan 9 Julai tidak jadi, kata timbalan IGP

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menegaskan pihaknya menutup segala bentuk rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan tidak sah yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
Jelas Khalid, keputusan itu dibuat selepas kesemua penganjur iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pemuda Umno dan Perkasa tetap berkeras meneruskan perhimpunan haram itu sambil memberi amaran bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang.
“Kami sudah memberikan penjelasan kepada mereka, memberi peringatan dan amaran tetapi mereka tetap tidak peduli. Kami akan memastikan perhimpunan ini tidak akan berlaku.
“Kami tidak akan mengadakan sebarang perbincangan lagi. Bersiap sedia berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya.

Tidak peduli kempen cemar, Bersih 2.0 teruskan kempen


PETALING JAYA, 1 Julai — Meskipun berhadapan dengan siri amaran dan dakwaan bahawa dipengaruhi oleh fahaman komunis, sekretariat Bersih menegaskan pihaknya akan meneruskan rancangan menganjurkan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil atas alasan pihaknya tidak mencabar sesiapa.
Polis pula menegaskan pihaknya akan memastikan perhimpunan 9 Julai ini tidak menjadi kenyataan manakala kerajaan Barisan Nasional (BN) melarang orang ramai menjauhkan diri daripada pergerakan Bersih atas alasan ia dipengaruhi oleh agenda politik Pakatan Rakyat.
“Saya merayu kepada kerajaan agar bertindak rasional. Atasi isu-isu yang diletakkan di atas meja dan berikan kami satu penjelasan ... jangan serang pertubuhan madani.
“Mereka fikir mereka mematikan saraf kempen ini. Sebenarnya, ia sudah menjangkaui sekretariat ini. Rakyat adalah saraf,” kata Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah di sini.
Premis Empower dan Women’s Aid Organisation (WAO) bertindak sebagai sekretariat Bersih, yang diserbu oleh polis dua hari lalu.

Video : Timbalan Pengerusi SPR Alat Politik UMNO BN

Video : Khutbah Jumaat Tuduh Peserta Bersih 'Sanggup Bunuh' Pasukan Keselamatan

Video : UMNO BN Komunis ,Bukan PSM

Video : Misi ke Gaza: Umno, PAS, NGO serah memo bantahan

Video : Tale of three women: 13 May 1969

Video : The Bersih 2.0 secretariat raid

Video : Perception-Walk for Democracy

Video : Persepsi Cabaran Dewan Pemuda PAS

Video : Lagi Teruk Dari Negara KOMUNIS - Chegu Bard VS OCPD

Bersih 2.0: Umno makin takut kebangkitan rakyat

Sebaikbaik sahaja sekretariat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) http://pemudapasbktbendera.files.wordpress.com/2011/05/nasarudin-tantawi1.jpgmengumumkan akan mengadakan himpunan aman menuntut pilihan raya bersih dan adil, pasukan keselamatan, kerajaan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang tidak senang dengan tindakan tersebut mula mengeluarkan pelbagai ancaman dan kecaman.
 
Apakah amaran dan kecaman tersebut melunturkan semangat PAS sebagai salah satu parti yang bertekad menggerakkan rakyat ke perhimpunan itu? Wartawan, NYZA AYOB mendapatkan pandangan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan mengenai perkara tersebut.

Ada Apa Dengan Ambiga?

Oleh: zuhairy

"Saban hari media perdana negara kita yang masih di bawah ketiak BN memomokan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 adalah haram yang bakal mencetuskan kacau-bilau yang maha dahsyat. Perhimpunan yang belum lagi dilaksanakan itu digambarkan dalam bentuk yang hodoh, kotor dan jijik seolah-olah seperti di Mesir ataupun Syria.

Tak cukup dengan laporan berat sebelah, Pengerusi Bersih itu sendiri dihentam bertalu-talu. Di antaranya, Ambiga dilaporkan sebagai seorang yang beragama Hindu dan anti Islam, menjadi peguambela kepada seorang wanita Islam yang murtad iaitu Lina Joy, pendukung dan penggerak IFC ( Interfaith Commision) dan lain-lain lagi.
Dari satu sudut, mungkin kita boleh bersetuju dengan dakwaan seperti itu jika ianya benar. Tetapi, itu semua bukan pokoknya kerana ia boleh dibincangkan kemudian dalam platform yang lain. Isunya sekarang bukan Ambiga tetapi ia mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya yang adil dan bersih. Saya nak bertanya kepada individu yang mempertikaikan latar belakang Ambiga. Jika yang menggerakkan Bersih 2.0 ini adalah individu lain yang beragama Islam, adakah anda akan menyokongnya? Saya rasa tidak!

Walau apa pun halangan, Bersih akan tetap diteruskan- Maria Chin

KUALA LUMPUR: Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun pihak polis menegaskan akan memastikan perhimpunan itu tidak akan berlaku.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan cuba memohon untuk mengadakan dialog kali kedua bersama pihak polis.
Namun sekiranya gagal, katanya, perhimpunan itu akan tetap diteruskan.
“Kalau mereka berkeras saya amat kecewa dengan tindakan mereka. Namun kita masih memohon agar sesi dialog akan dibuat untuk kali kedua.
“Apapun kami tetap akan mengusulkan dan membuat rundingan sekali lagi.Walau apapun halangan, perhimpunan akan diteruskan,” kata Maria ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Beliau memberi reaksi berhubung kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini, bahawa polis telah menutup semua pintu rundingan dengan penganjur.
Ia ekoran pertemuan Pengerusi Bersih 2.0, S Ambiga dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam bagi mencari jalan rundingan dengan polis sendiri menentukan jalan laluan peserta Bersih ke Istana Negara. Bercakap pada sidang media di Bukit Aman,

Bersihkan nama pejuang berhaluan kiri, kata pewaris keluarga

Mewakili seluruh ahli keluarga haluan kiri pejuang kemerdekaan memohon agar dihentikan laporan berita dan kenyataan yang dilihat seolah-oleh pejuang kemerdekaan berhaluan kiri sebagai musuh Negara dan pengganas.
Dengan melahirkan perasaan sedih dan kecewa, pihak keluarga pejuang kemerdekaan berhaluan kiri mendesak agar pihak-pihak yang membuat laporan berita dan kenyataan-kenyataan yang mengguris hati waris keluarga dihentikan.
Pejuang-pejuang kemerdekaan dilihat pengkianat dan pengganas hanya kerana mereka tidak sanggup melihat Negara dijajah oleh British mahupun Jepun.  Pejuang kemerdekaan yang berjuang pada awal di dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) diharamkan pada tahun 1950 membuatkan parti itu tidak dibenarkan menyertai pilihanraya umum pertama tanah melayu pada tahun 1955.

MCMC: We will shut down websites if necessary


SAY NO TO BERSIH AND AVOID GETTING CLOSED DOWN
(The Star) - Websites with offensive content and deemed a threat to national security, including those that promote or help in organising the July 9 rally, risked being shut down by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).
MCMC chief strategy officer Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi said the MCMC would not hesitate to take action against any website for breaching the Communication and Multimedia Act.

Isu pemilih: SPR seolah-olah cuci tangan salahkan kerajaan, kata GPMS


KUALA LUMPUR, 1 Julai — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah bertindak “cuci tangan” dalam isu pembaharuan sistem pilihan raya melibatkan pindaan undang-undang, khususnya berkaitan peraturan pendaftaran pemilih secara automatik.
Ia juga merupakan salah satu daripada lapan tuntutan yang dibawa oleh Bersih 2.0 kepada perhatian SPR baru-baru ini.
Dengan merujuk kepada tuntutan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, Presidennya Jais Abdul Karim berkata, SPR sepatutnya bertanggungjawab dan bertindak lebih telus dalam memperkenalkan sistem pengundian secara automatik bagi mereka yang mencapai 21 tahun.
Sambil mengakui SPR juga ada memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti sistem undi pos dan kaedah biometrik menentukan status pengundi pada hari pengundian, Jais berkata, SPR sepatutnya bertindak lebih proaktif untuk membawa pindaan baru ke atas undang-undang lama atau prosedur zaman merdeka yang sudah lagi sesuai dengan era semasa.

Emergency rule, the most foolish and revealing step by the BN so far

Emergency rule, the most foolish and revealing step by the BN so farMalaysia's BN government is now talking about Emergency rule. And all because of a citizens' march for free and fair elections. To outsiders and most Malaysians, it is the silliest idea to come from Prime Minister Najib Razak. And while the older generation still feel a stab of alarm at the word 'Emergency', the reaction of the younger especially the Gen Y Malaysians is that, this only proves the BN's shelf life is up. Most can't even be bothered to dignify the threat with a response.
Be that as it may, dire consequences always befall empires or nations wherein the leader acts irrationally. The Roman Emperor Nero was considered a mad man and he was instrumental in causing the downfall of the Roman Empire. Another mad leader who brought destruction to his nation was Adolf Hitler who precipitated the fall of Nazi Germany.
On the other hand, Britain's Sir Winston Churchill and America's Abraham Lincoln are known as great statesmen for being able to make wise decisions when their nations were in crisis. Lincoln was President during the American Civil War between the North and the South, while Churchill was the British Prime Minister during World War II.

Emergency - the BN's final frontier and what happens next

Emergency - the BN's final frontier and what happens nextIt is without doubt that Malaysia has come to a crossroad. Recent events have lent that eerie feeling that something big is about to happen soon. Opposition Leader Anwar Ibrahim has warned that Emergency rule may be an option to deter the Bersih Rally, and used by Prime Minister Najib Razak's BN government as an excuse to clamp down on the Pakatan Rakyat opposition front.
Incredulously, Bersih, which means clean, is now a dirty word. Yellow is worn at your own peril. The authorities are clamping down hard on Bersih organizers, while participants in Bersih road-shows are slapped with ridiculous charges that border on the insane. More than 100 activists and supporters have been arrested, including foreigners. Daily reports in the mainstream media talks about a foreign plot to topple a democratically elected government. Alleged Christian funding by foreign NGO’s are splashed in the daily news.

Bersih: We're not communist and July 9 is on

Bersih: We're not communist and July 9 is onDespite repeated warnings and claims of communist links from the authorities, the Bersih secretariat today insisted they will continue organising a rally for free and fair elections as they are “not challenging anyone”.
Police have said they will ensure the July 9 rally does not take place while leaders from the ruling Barisan Nasional (BN) government have warned people to stay away from the Bersih movement, which they claim has been hijacked by political interests.
“I appeal to the government to be rational. Deal with the issue brought to the table and give us an explanation... don’t attack the civil societies.
“They think they are killing the nerve of this campaign. But in fact, it has gone beyond this the secretariat. The rakyat is the nerve,” Empower executive director Maria Chin Abdullah told reporters here today.

Behind Umno's fear of Bersih: Malays catching the T-shirt revolution

Behind Umno's fear of Bersih: Malays catching the T-shirt revolutionFinally, the top UMNO leadership is starting to let slip why it is resisting the July 9 Bersih 2.0 free-fair-elections rally with such extraordinary vehemence.
"From the beginning to the end, it was always about preventing a political tsunami like what happened in Egypt and Tunisia from being repeated amongst the Malay middle ground," Kuala Krai MP Hatta Ramli told Malaysia Chronicle.
"They have tried to make the rally a fight between the Najib administration and the urban non-Malays, the Pakatan Rakyat and the NGOs. But actually, what they fear is the sense of reform surging through the Malay electorate."
Indeed, as another PAS leader Nizar Jamaluddin has pointed out, overall sales of the Bersih2.0 T-shirt has been soaring despite the threats and multiple arrests of those caught promoting the rally, leafleting or even wearing the T-shirt.

Pilihan raya kotor, SPR masih dibayangi sindrom penafian!

"Takkan Bersih buat perhimpunan rakyat itu untuk mengajak orang sayang kepahttp://web1.themalaysianinsider.net/images/sized/images/uploads/mugshots/mahfuz-omar-june6-240x160.2.jpgda BN dalam keadaan BN korup, zalim , tidak adil dan sebagainya'""Macam itu, juga Umno pun buat perhimpunan menyuruh orang meluat kepada Pakatan Rakyat, iaitu PAS, DAP dan KeADILan," kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Wartawan  ROY RASUL dalam wawancara bersama beliau.Ikuti wawancara tersebut:

Bukti Sahih : Satu Alamat 88 pengundi.. Apa penjelasan SPR? Siapa bohong...siapa kencing...!!!

SPR adalah sebuah Badan yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan bertanggungjawab mengawal selia proses pilihanraya negara ini. Ianya sewajarnya adalah sebuah Badan yang bebas dan berkecuali dari mana-mana parti politik samada dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang.

Bagaimanapun semalam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Wan Ahmad Wan Omar telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti SPR sendiri.

Dalam kenyataannya yang jelas menunjukkan beliau memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad telah mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya.

Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.

Dilindungi : 300 bantah KM P Pinang kerana sokong BERSIH

Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan ketua menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

NONEDalam kekecohan itu enam penunjuk perasaan ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.

Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.

Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menunju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.

Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.

Selepas menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.

Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim. Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.

Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.

Bersih 2.0 : Penganjur sedia 5000 petugas keselamatan

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Bersih 2.0 akan menyediakan 5000 petugas keselamatan bagi mengawal dan menjaga keselamatan rakyat yang  berhimpun secara aman 9 Julai ini.
Menurut Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, dakwaan bahawa Bersih ingin mencetuskan rusuhan dan melakukan keganasan adalah tidak benar.
“Peranan unit keselamatan adalah untuk mengawal dan menjaga keselamatan aktivis Bersih. Ini jelas menunjukkan kami sememangnya menitikberatkan keselamatan rakyat bukannya ingin menimbulkan kekecohan dan keganasan,” katanya.
Menurutnya, Bersih juga menyediakan 100 anggota perubatan yang menawarkan diri secara sukarela dan semuanya terdiri di kalangan rakyat biasa.
“Mereka juga akan turun membantu orang ramai sekiranya berlaku apa-apa kemalangan,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.
Ini ditambah lagi dengan khidmat kira-kira  400 peguam yang turut serta menawarkan diri untuk membela aktivis Bersih sekiranya ada tangkapan dilakukan pihak polis.

Fitnah Mimbar : Khutbah Jumaat Tuduh Peserta Bersih "Sanggup Bunuh" Pasukan Keselamatan

KUALA LUMPUR 1 JULAI : Susulan tindakan polis menangkap lebih 100 orang penyokong Bersih 2.0 dan kecaman media arus perdana terhadap gerakan itu diperhebatkan, kini institusi masjid  pula  diheret dalam cubaan membatalkan perhimpunan aman berkenaan.

Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini diwajibkan membaca Khutbah Jumaat yang menuduh penganjur Bersih sebagai “pengkhianat” dan mendakwa peserta himpunan itu  “akan bertindak ganas, merosakkan harta benda…malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan.”

Peniaga ditangkap kerana jual baju Bersih

KOTA BHARU, 1 Julai: Seorang peniaga, Zakaria Che Wail telah ditahan polis selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini pagi tadi kerana dipercayai menjual kemeja T yang tertera tulisan Bersih.

Beliau yang diminta menyerahkan kemaja T berkenaan dengan tenang menyerahkan barang jualannya itu kepada salah seorang anggota polis.
(Zakaria dibawa ke balai polis)

Bagaimanapun, pihak polis mengambil semua hasil jualannya termasuk yang masih terdapat dalam van untuk di bawa ke Ibu Pejabat Polis Kota Bharu (IPD) Pengkalan Chepa.

Dianggarkan lebih 10 orang anggota polis termasuk tiga darinya beruniform dan seorang berpangkat inspector sejak awal lagi berada di sekitar Dataran Ilmu.

Menurut seorang saksi, sewaktu pihak polis ingin membawa Zakaria termasuk vannya keluar dari situ, berlaku sedikit ketegangan apabila orang ramai cuba menghalangnya.

“Bagaimanapun, atas nasihat seorang pakchik, mereka akhirnya memberi kerjasama sehingga akhirnya van berjaya dikeluarkan dari situ,”ujarnya.

Sehingga berita ini ditulis, Zakaria masih lagi ditahan untuk siasatan lanjut.
(Polis dikerumuni orang ramai di Dataran Ilmu pagi tadi)

Wartawan dan jurugambar yang cuba ingin mendapatkan maklumat berhubung perkara itu di IPD pagi tadi tidak dibenarkan masuk.

Menurut polis yang bertugas, beliau menerima arahan agar tidak membenarkan orang ramai termasuk media memasuki kawasan terbabit.

Bersih: Umno fobia dengan nasib Hosni Mubarak

KOTA BHARU, 1 Julai: Kerajaan Malaysia yang dipimpin Perdana Menteri Najin Tun Razak dibayangi demontrasi rakyat terhadap Hosni Mubarak, sehinggakan Himpunan Bersih 2.0 dianggap perkara yang sama.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, ketika ditemui berkata kerana diundang rasa bersalah terhadap rakyat selama ini, himpunan aman yang hanya ingin menuntut keadilan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pemimpin Umno begitu fobia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kerajaan memerangi Himpunan Bersih 2.0 selepas merasmikan kursus sukarelawan Ekspo Cheng Ho 2011 (KelCheff 2011) di Balai Islam, Lundang, di sini pagi tadi.

Menurutnya, kerajaan seharusnya menjadikan Himpunan Bersih buat kali pertama diadakan sebelum ini yang langsung tidak berlaku sebarang huru hara.

BERSIH 2.0 : Tiada lagi rundingan dan tutup pintu, kata polis UMNO.......!!!

  Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak lagi berminat berunding atau berbincang dengan mana-mana penganjur perhimpunan pada 9 Julai ini selepas nasihat diberikan kepada pemimpin masing-masing sejak kelmarin dan semalam.

NONEUtusan Malaysia Online memetik beliau sebagai berkata mereka yang berkeras untuk meneruskan dan menyertai perhimpunan itu bakal dikenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Semalam, pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, bemesyuarat dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan meminta laluan supaya pihaknya dapat menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

Pada mesyuarat itu, menurut Ambiga, Ismail melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan, walaupun diberi jaminan ia akan dijalankan secara aman.
BERSIH 2.0, berharap dapat berunding dengan Ismail sekali lagi minggu depan bagi mendapatkan bantuan polis bagi memastikan perhimpunan itu selamat.
Selain BERSIH, Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA juga berhasrat berhimpun pada hari yang sama dan telah berjumpa dengan polis.
Semua ketiga-tiga kumpulan juga memberi jaminan perhimpunan mereka akan diadakan secara aman.

Ugutan : Berhimpun tutup jambatan, jika teruskan demo 9 Julai

Lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang merancang mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini jika perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai diteruskan, kata yang dipertua PERKASA Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad.
Katanya, tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak.

"Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat.

"Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya dalam sidang media di George Town hari ini.

Police to make sure July 9 rallies do ‘not take place’

KUALA LUMPUR, July 1 — The police have shut out all forms of negotiations with organisers of the upcoming July 9 rallies, with Datuk Khalid Abu Bakar warning today that the police will make sure the rallies do not take place.
The Deputy Inspector-General of Police said that there would be no more room for discussions, and warned the organisers — Bersih, Perkasa and Umno Youth — to be prepared to be arrested if they did not abort the rally.
“We have given them explanations and warnings and reminders, but they do not heed. We will make sure the rallies do not take place.”
“We will not discuss anymore. Be ready to face the laws of this country,” he said.
Khalid (picture), speaking at a hastily called press conference at Bukit Aman, did not discount the possibility of using the Internal Security Act (ISA) against those involved in the upcoming rallies.

Hindraf and Bersih: Last chance to unite

Perhaps, if the Hindraf movement will not join the rally, then hopefully, individual Hindraf members will participate in their personal capacities.

One name stands out in the Bersih 2.0 rally: Hindraf. In a communiqué issued on June 15, Hindraf leader P Uthayakumar said that Hindraf would not participate in the march because Pakatan Rakyat had reneged on its promise to Hindraf after the 2008 general election.
Uthayakumar said, “We are not participating because Pakatan failed to endorse our 18-point demand made in 2007.”
Might Hindraf be persuaded to reconsider its earlier decision to stay away?
When would we be given another golden opportunity to show unity among the various communities in Malaysia? In another 54 years perhaps?
People of various ages, faiths, races and backgrounds would be coming together on July 9 in a show of strength.

Bard : Ikut Kelantan, boikot Utusan

Keputusan yang diambil oleh Nik Aziz adalah amat tepat memandangkan Utusan Malaysia sudah melampaui batas adab susila dan norma manusia serta menghina agama Islam itu sendiri.

PETALING JAYA – Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) digesa untuk mempertimbangkan cadangan memboikot akhbar Utusan Malaysia yang terang lagi bersuluh melanggar etika kewartawanan dan sering menyiarkan laporan berbentuk pembohongan, fitnah dan membakar semangat perkauman.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata adalah wajar kerajaan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang mengikuti jejak langkah kerajaan Kelantan apabila Menteri Besarnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan untuk memboikot akhbar tersebut kerana menyiarkan karikatur yang menghina Islam baru-baru ini.
“Keputusan yang diambil oleh Nik Aziz adalah amat tepat memandangkan Utusan Malaysia sudah melampaui batas adab susila dan norma manusia serta menghina agama Islam itu sendiri.
“Saya tidak setuju dengan kecaman satu dua NGO yang berkata kononnya Nik Aziz tidak menghormati kebebasan media.

Tiada situasi menang buat Umno

Detik ini (Himpunan Bersih 2.0) menjadi satu titik tolak yang penting dalam perjuangan kita untuk menuntut kembali kuasa rakyat dan demokrasi.

Ditengah-tengah kegilaan pihak berkuasa menggunakan undang-undang zalim untuk menyekat perhimpunan Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai, ramai rakyat Malaysia terpinga-pinga – adakah Malaysia kini ‘tersesat’ dalam hutan rimba yang sudah tidak mengenal undang-undang.
Sebaik sahaja Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein memberi amaran bahawa memakai baju T Bersih berwarna kuning adalah haram di segi undang-undang, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar memburukkan lagi keadaan.
Beliau (Ismail) mengisytiharkan bahawa malahan “kasut, kereta, bas dan apa sahaja alat yang digunakan untuk mempromosi perhimpunan Bersih adalah haram, kerana ini boleh dianggap sebagai hasutan dan mereka yang terlibat akan ditahan.
Sehingga hari ini, lebih 100 orang telah ditangkap di seluruh negara dalam tempoh empat hari lalu, kebanyakannya kerana memakai baju T Bersih.

Yellow is royal, ‘hysterical’ Hisham told

An opposition leader slams the home minister, saying his yellow phobia has turned him into another Hosni Mubarak.

TAIPING: Following his arrest yesterday morning, a PKR leader lashed out at Home Minister Hishammuddin Hussein, saying he is suffering from yellow phobia over the Bersih 2.0 rally scheduled for July 9.
Perak PKR deputy chief Dr Lee Boon Chye added that the home minister had turned into Hosni Mubarak, the former president of Egypt, by making arbitrary decisions.
“Why must he get hysterical and have a phobia when yellow is our royal colour?” he asked.
“He cannot become judge and executioner in proclaiming that Bersih is illegal… after all, he is only a minister and cannot override the supremacy of the Federal Constitution which guarantees the freedom to assemble peacefully,” he added.

Bersih 2.0 : Guru Silat Baik Berjuang Di Palestine Jika Terasa Hebat Sangat

wfauzdin_ns

"ADA seorang Guru Silat, terkenal dulu kerana pernah dibuang daerah ke Pulau Jerjak kalau tak silap kerana menunjukkan `gedebe'nya. Bila keluar dari pulau tersebut, menjadi pengampu nombor Wahid kepada Umno. Baru-baru ni, Guru Silat yang OKU ini bercakap bagaikan `Panglima Harimau Berantai' kununnya sanggup bermandi darah sekiranya BERSIH meneruskan perhimpunan.

Guru Silat ini dulu pernah menunjukkan `kehebatan'nya apabila beliau di`tanam' hidup-hidup selama beberapa minit. Setahu saya Silat yang sebenarnya bukan untuk dimegah-megahkan tetapi hanya digunakan untuk mempertahankan diri atau membantu orang yang dizalimi. Tetapi, sekarang ini Silat hanya sebagai pertunjukan sahaja lebih dahsyat lagi pertubuhan Silat kini banyak yang telah diperkudakan.

Mahathir Firaun 1 Najib Firaun 2. Angkuh Dan Samseng

Oleh: mohdnoorawang

"Jelas dan terang PM Najib Razak membawa obor angkuh dan samseng dan legasi atau corak berkuasa seperti bekas PM terdahulu Tun Mahathir. Corak dan bentuk sama hanya beza tindakkan dan cara.

Menjelang berjalan bersama BERSIH yang dianjurkan bersama NGOs dan parti politik. Bermacam ulusan dan tomohan dari BN/UMNO khasnya orang melayu yang berjiwa UMNOporno melebelkan "Berjalan bersama BERSIH diresapi kominis dan seribu ulusan bodoh dari UMNO dan orang yang sealiran denganya.

Cabaran Menjadi Golongan Ghuraba

Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Banyak perkara yang mengelirukan kita pada akhir zaman ini. Kita hidup di zamhttp://2.bp.blogspot.com/-hJ7ts2sM0jk/TZOmdayd-SI/AAAAAAAAB6g/gHcSm1b5Mnc/s1600/asri.jpgan yang penuh kekeliruan. Pemikiran kita bercampur-campur. Antara kekalutan situasi yang ada dan kerencaman pelbagai anasir yang wujud dalam menyelesaikan kekalutan itu. Banyak ketulenan sudah hilang. Agama yang asal juga diubah menurut kehendak penaja yang bercakap mengenainya. Bercampur baur antara sunnah dan bidaah. Semua perkara didagangkan, demikian agama juga dilelong. Siapakah yang jujur sukar dicari.

Kualiti kepemimpinan Umno

Oleh Sakmongkol AK47
Bila saya cakap, orang Umno marah. Penyokong mereka dalam internet pun marah. Tapi tidak apa, semua perbalahan ini akan selesai dalam pilihanraya. Pilihhttp://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/image/20110108/najib-st.jpganraya ke 13 ini mungkin akan lebih teruk daripada yang sudah untuk Umno. Jika saya salah, bagus. Tapi jika pengamatan saya betul, kali ini ramai yang akan kecundang.
Bila DS Najib kata kali ini dia akan menampilkan lebih ramai pimpinan muda, itu adalah kenyataan yang baik. Sebab, rata rata rakyat melihat pemimpin lama yang berkuasa, sedang berlumba lumbaan membuat hay while the sun shines. Dan oleh kerana mereka pun tahu the sun is setting extraordinarily fast, perlumbaan makin sengit.