Khamis, 30 Jun 2011

Video : Kekecohan @ Luar Stadium Malawati (Selepas Rampasan Baju BERSIH)

Video : MP Gopeng Dan ADUN Simpang Pulai Sasaran Terbaru Baju Kuning

Video : Protes ancaman polis, ahli parlimen PR berpakaian 'kuning'

Bagaimana kerajaan BN membelanjakan wang kita III


Ketika rakyat menghadapi kesan kenaikan harga barangan dan inflasi, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya telah membelanjakan RM17 juta wang rakyat untuk lawatan rasmi sejak memegang jawatan Perdana Menteri.

Setiausaha Organisasi DAP Negeri Selangor Lau Weng San berkata wang RM17juta itu sepatutnya digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat seperti membina 4 hospital besar atau 6 sekolah.

“Malahan ianya boleh digunakan untuk menanggung sebahagian daripada subsidi bahan api,” katanya mengulas jawapan Jabatan Perdana Menteri semasa menjawab soalan tentang perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri di Dewan Rakyat kelmarin.

Lau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku berkata kerajaan pusat mesti memberi butir-butir bagaimana RM17 juta itu dibelanjakan dan sama ada ia melibatkan perbelanjaan pegawai-pegawai kerajaan yang turut menyertai lawatan rasmi berkenaan.

“Rakyat juga ingin tahu apakah hasil lawatan dan pulangan yang mampu dibawa balik oleh PM dalam setiap lawatan. Adakah pulangan dan hasil-hasil lawatan ini setimpal dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan dalam setiap lawatan?

“Adakah kos lawatan rasmi PM dan isterinya termasuk lawatan kedua-duanya ke majlis konvokesyen dan majlis perkahwinan anak mereka turut menggunakan wang rakyat?”

Lau menjelaskan bahawa pada ketika pemimpin-pemimpin Barisan Nasional hidup dalam keadaan serba mewah dengan mengguna pakai wang rakyat, pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat pula hidup dalam keadaan sederhana.

Katanya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng masih menaiki kapal terbang tambang murah seperti AirAsia dan FireFly dalam menjalankan urusan rasminya untuk menjimatkan wang rakyat.

“Ini menunjukkan perbezaan yang begitu ketara antara BN yang hanya pandai bermain-main dengan cogan kata 1Malaysia dan PR yang bekerja keras, bersih dan jujur dalam pentadbirannya,” tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dalam sidang media di Parlimen semalam bersama Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof mengatakan pemimpin BN tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

Beliau mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz di Dewan Rakyat yang mendedahkan kerajaan membelanjakan RM48.8 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya.

Kiraan yang dibuat oleh Harakahdaily menunjukkan kos bayaran sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya kepada Perbadanan Putrajaya adalah lebih RM18,000 sehari, dengan bayaran bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

Kos baik pulih pula ialah RM60,000 sebulan. Jawapan Menteri tidak menjelaskan apa dan bagaimana RM60,000 sebulan digunakan untuk membaik pulih kedua-dua kediaman itu.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata beliau terkejut dengan perbelanjaan yang begitu besar.

“Saya tinggal bersama ibu bapa saya dan kami hanya membayar bil elektrik RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

“Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu, iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan,” tambahnya.

Bersih 2.0 Tiada Kaitan Dengan Usaha Pakatan Rampas Putrajaya


KUALA LUMPUR 30 JUN : Presiden Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim menolak sebarang dakwaan mengaitkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

Malah jelas beliau, fokus program itu adalah mudah dan khusus bagi mendesak pilihan raya adil dan bersih melalui lapan tuntutan yang telah disenarai-pendekkan dalam Bersih 2.0.

Dalam forum 'Hard-Talk on Bersih 2.0' yang dianjurkan baru-baru ini, Haris menegaskan bahawa tiada tekanan politik bersabit program yang bakal dianjurkan nanti.

Beliau mengambil pendirian merujuk kepada ucapan Presiden Bersih, Datuk Ambiga Sreenavesan pada pelancaran minggu lalu menyatakan program tersebut hasil inisiatif badan bukan kerajaan (NGO).

Malah beliau berkata telah menjemput parti Barisan Nasional (BN) untuk menyertai perhimpunan itu walau bagaimanapun pelawaan tersebut ditolak.

Namun demikian katanya, respon daripada kepimpinan Pakatan Rakyat amat menggalakan seraya akan membantu melancarkan program itu nanti.
"Bersih bukan berhasrat untuk membina struktur parti politik. Fokus kami sangat jelas iaitu pilihan raya bebas dan adil. Sama ada anda sistem dua parti atau lebih, kami hanya mahu bebas dan adil," kata beliau di hadapan peserta yang hadir.

Haris berkata antara lain usaha mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk turun bersama-sama menyertai perhimpunan Bersih telah mula dilakukan dengan menghubungi bakal penyokong setiap hari.

"Sebenarnya saya semak buku telefon setiap hari membuat panggilan kepada sepuluh orang dan menyuruh mereka menyertai Bersih sehingga mereka kata mereka datang," tambah beliau lagi.

Sehingga kini hampir 100 orang aktivis dan pemimpin politik telah ditahan polis di seluruh negara menjelang perhimpunan pada 9 Julai itu nanti.

Terbaru, ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai ditahan polis hari ini didakwa merancang perhimpunan awam.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sebuah majlis di Hotel Sri Pasific hari ini berkata, Bersih 2.0 sebagai pencetus momentum untuk Pakatan Rakyat merampas Putrajaya daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

Dalam masa yang sama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak agar kepimpinan negara berhenti mengancam dan mengugut rakyat yang ingin melakukan perhimpunan aman di ibu negara.

Namun menurut Haris, pendirian Bersih tidak berganjak untuk melaksanakan sepertimana yang telah dirancang.

Haris menjelaskan perarakan pada 9 Julai nanti akan tertumpu di Lembah Klang.

Namun menurutnya, berdasarkan respon yang diterima melalui panggilan telefon kepada urusetia Bersih, masyarakat di Sabah dan Sarawak turut mengambil langkah sama melancarkan perhimpunan solidariti bagi menyatakan sokongan kepada Bersih 2.0 yang akan berlangsung di ibu negara.

Jelas Haris, Bersih tidak berhasrat untuk membuat perhimpunan sama di negeri-negeri lain namun beliau mengalakkan rakyat seluruh negara untuk turun ke Kuala Lumpur pada hari itu nanti.

"Kita ada rakyat di Sabah yang menghubungi kami dengan mengatakan mereka akan menganjurkan perhimpunan solidariti di Kota Kinabalu pada 9 Julai termasuk di Sarawak," kata beliau.

Antara soalan yang diajukan kepada Haris termasuk tindakan lanjut Bersih sekiranya tuntutan itu nanti tidak akan dilayan.

Beliau berkata, jawantakuasa Bersih telah memmpunyai rancangan seterusnya namun beliau akan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara itu. an tapi beliau tidak ingin menyatakan lagi.

Namun beliau optimis jumlah penyokong yang besarkan akan turun memberi sokongan seperti yang dirancangan.

"9 Julai nanti apa yang akan anda lihat adalah sekurang-kurangnya 150 ribu masayarakat Malaysia memakai baju putih," ujarnya lagi.

Sementara itu Haris ditanya jika masyarakat antarabangsa akan turut mengambil bahagian di seluruh dunia pada hari yang sama.

Katanya, sehingga kini program itu dijangkakan akan mendapat liputan meluas seluruh dunia disertai rakyat antarabangsa di empat buah negeri di Amerika Sayrikat, Pnom Phenh, Taiwan, Seoul, London, Singapura dan tiga negeri di Ausralia.

Jelas beliau sekiranya rakyat memikirkan masa hadapan demokrasi negara maka hasrat untuk turut serta harus diperkuatkan.

Terdapat juga soalan di mana segelintir ahli Umno-BN berhasrat untuk menyertai perhimpunan itu nanti, namun kumpulan ini khuatir sekiranya mereka dilabel sebagai mengkhianati parti.

"Kalau parti politik lebih penting daripada bebas dan adil maka mereka akan terus menyembunyi dibelakang Umno walhal mereka kami semua melakukan perbersihan. Tidak mengapa kami akan tolong bersihkan untuk mereka," jelasnya lagi.

Haris menjangkakan perkhidmatan awam seperti bas dan Aliran Transit Ringan (LRT) akan dipantau oleh pihak berkuasa selain menutup beberapa stesen berhampiran kawasan perhimpunan.

Oleh yang demikian katanya sebagai langkah persediaan awal, Haris menasihatkan penyokong-penyokong untuk menghampiri lokasi berkumpul samada melalui berjalan kaki atau basikal.

Malah beliau turut mencadangkan agar penyokong-penyokong bermalam di ibu negara untuk mengelakkan sebarang halang oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

"Kita jangan membenarkan mereka mematahkan semangat kita. Kita perlu ada kesungguhan untuk melihat hasil perkara ini. Jadi fikirkan untuk mula berjalan dan hentikan hasrat untuk memandu ke pusat bandar.

"Jangan takut. Jangan benarkan orang yang patutnya berkhidmat untuk kita, membuli kita. Telah sampai masanya kita dibenarkan untuk menggunakan kuasa perlembagaan untuk menentukan. Siapa yang memerintah dan bagaimana mereka memintah kami yang tentukan sebab kita adalah ketua. Mari tunjukkan kepada mereka kita adalah ketua pada 9 Julai nanti," tegas beliau.

Baju kuning salah, merah Patriot tak apa


Terpanggil saya sebagai mahasiswa yang melihat perkembangan politik tanah air sekarang apabila melihat sendiri polis yang laungkan "kami berintigeriti" "kami adil telus dan amanah" sudah lari dari motifnya. maaf saya katakan sedemikian, sebagai anak muda yang melihat sendiri malah berfikir dengan perkembangan suasana Malaysia sekarang amatlah jauh berbeza dengan negara demokrasi yang lain.Malah boleh dikatakan polis Malaysia sama saja dengan pihak polis semasa pemerintahan Husni Mubarak di mesir sebelum terjadinya rusuhan.

Dalam kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis bukan sahaja mengisytiharkan perhimpunan 9 Julai itu adalah haram tetapi juga melarang penggunaan kemeja kuning dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH.

Dukacitanya, ramai dari pengikut Pakatan Rakyat yang memakai baju Kuning telah ditahan oleh pihak polis namun dalam akhbar hari ini yang dipetik dari Malaysikini atas tajuk "LOKMAN MAHU SAMAN SAIFUDDIN RM 500,000.99" terpampang gambar pemuda UMNO ini memasuki balai polis dengan pakaian rasmi perhimpunan 9 Julai akan datang yang tidak di kenakan sebarang tindakan atas pemaikaian mereka itu. adakah ini ADIL?

Sepekara lagi,mari kita rujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri dalam akhbar Malaysiakini bertarikh 29 Jun atas tajuk "HISYAM: HARAM PAKAI BAJU BERSIH, BOLEH DITANGKAP." Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Jadi amatlah tidak berakhlak boleh saya katakan kepada pihak yang hanya menyerang sebelah pihak tanpa melihat pihak yang lai,n dalam masa yang sama menghukum mereka dan membebaskan yang lain.Contohnya pengikut Pakatan hanya memasuki pasar dengan pakaian Kuning telah ditangkap, tapi satu lagi pihak masuk kedalam balai polis dengan pakaian Merah PATRIOT. Sedangkan kenyataan polis mana-mana perhimpunan 9 Julai adalah HARAM.

Bersih 2.0: Polis tidak patut double standard

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Sikap double standard pihak polis dalam menangani perarakan dengan jelas memberikan kerjasama yang baik kepada pihak Umno, tetapi bertindak sebaliknya pula ke atas Pakatan Rakyat, dikecam keras oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.

Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon ketika membuat kecaman itu berkata, pihak polis tidak seharusnya bersikap sedemikian kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang.

Menurutnya, namun ketika Umno dan pihak polis sendiri telah melakukan pelbagai provokasi untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 yang dirancang pada 9 Julai ini, pihak polis juga turut bersikap sebaliknya pula terhadap perarakan yang diadakan oleh Umno.

Katanya, sikap double standard pihak polis itu boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai hari ini apabila mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada Pemuda Umno Malaysia yang mengadakan perarakan ke Balai Polis Tropicana untuk membuat laporan polis.

"Walaupun tindakan Pemuda Umno itu sendiri jelas merupakan provokasi, tetapi pihak polis tetap juga memberikan kerjasama yang baik kepada mereka dari awal hingga akhir sehingga mereka bukan sahaja boleh melakukan perarakan dengan baik, tetapi juga boleh melaksanakan agenda mereka dengan sempurna," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Sebelum itu, sekitar 40 orang Pemuda Umno Malaysia telah melaksanakan agenda provokasi mereka dengan membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana, berhubung dakwaan yang dikatakan oleh mereka sebagai tidak berasas yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution baru-baru ini.

Mereka yang diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Nizar Marican dan Exconya, Lokman Adam serta Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizal Man pada awalnya dijangka tiba di Balai Polis Tropicana sekitar jam 11.00 pagi tetapi terlewat sehingga jam 12.00 tengah hari.

Pada awalnya, mereka didakwa akan benar-benar bertindak di luar batas dengan membakar ibu pejabat PKR ekoran kenyataan mereka sendiri mengenai perkara itu, tetapi sebenarnya hanya sekadar hadir untuk membuat laporan polis.

Ekoran dakwaan itu, seramai tidak kurang 30 orang ahli AMK telah berkawal di ibu pejabat PKR sejak sekitar jam 11.00 pagi ini bagi menyelamatkan ibu pejabat parti mereka dari menjadi mangsa provokasi pemuda Umno.

Setelah sejam menunggu, Nizar, Lokman, Rizal dan rakan-rakannya akhirnya muncul juga dengan berpakaian baju merah bertulis Patriot dengan membentuk satu perarakan, sesetelah memberhentikan kereta mereka di tepi jalan raya sekitar 300 meter dari balai polis tersebut.

Perarakan mereka ternyata mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis sehingga mereka terselamat dari sebarang ancaman dari pihak AMK yang ternyata mampu mengawal perasaan dengan baik, walaupun tindakan pemuda Umno itu sendiri telah dirasakan sebagai tindakan provokasi yang jelas terhadap mereka.

Setelah laporan polis dibuat, Nizar dan Lokman pada sidang media mereka menegaskan, dakwaan pihak PKR bahawa mereka ingin membakar ibu pejabat PKR disifatkan sebagai satu tuduhan liar, malah mereka mendakwa tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian dan melakukan sebarang provokasi.

Sehubungan itu, mereka ingin mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saifuddin berhubung dakwaan itu.

Pada sidang media itu, mereka juga menegaskan, Pemuda Umno tetap akan turun untuk mengadakan perarakan pada 9 Julai ini sekiranya Bersih tetap meneruskan perancangannya untuk mengadakan perhimpunan pada hari itu.

Menurut Khai Loon, dakwaan Pemuda Umno yang mereka tidak mempunyai niat untuk melakukan provokasi ternyata tidak berasas kerana sebelum ini mereka sendiri telah mengeluarkan kenyataan untuk membakar ibu pejabat PKR.

Beliau mendakwa, kenyataan Lokman untuk membakar ibu pejabat PKR itu bukan sekadar didengar oleh pihak tertentu, tetapi juga turut dirakam oleh pihak tertentu dan rakaman itu juga turut berada dalam simpanan PKR.

"Begitu juga dengan dakwaan mereka yang mereka sekadar ingin membuat laporan polis dengan aman, ternyata tidak berasas kerana Balai Polis Tropicana terletak amat dekat dengan ibu pejabat PKR.

"Jadi, kalau tidak kerana hendak membuat provokasi, kenapa mereka memilih Balai Polis Tropicana untuk membuat laporan polis, sedang masih banyak lagi balai-balai polis lain yang mereka boleh kunjungi untuk membuat laporan?

"Dalam masa yang sama, pihak polis pula memberikan kerjasama yang baik kepada mereka. Tindakan pihak polis itu amat berbeza ke atas pihak Pakatan Rakyat sehingga mereka menentang keras rancangan Bersih untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Jadi sekarang kepada pihak polis, kita minta mereka bertindak adil. Jika mereka boleh memberikan kerjasama dan layanan yang cukup baik kepada Pemuda Umno, pihak polis juga diharap turut bersikap sedemikian kepada pihak Pakatan Rakyat dan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini," katanya.

Beliau turut lega apabila kunjungan Pemuda Umno ke kawasan itu hari ini tidak disambut dengan kekasaran oleh ahli AMK, walaupun mereka mendakwa cuba diprovokasikan dengan beberapa tindakan, termasuk menerusi cabaran agar mereka ditumbuk oleh AMK jika AMK berani.

Kunjungan Pemuda Umno ke kawasan itu dikawal dan diberikan kerjasama baik oleh kira-kira 20 anggota polis. Selain mengawal keadaan, pihak polis turut mengadakan dua sekatan jalan raya di kawasan itu bagi menghalang kedua-dua pihak mengadakan perhimpunan lebih besar.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) kesal dan kecewa di atas tindakan segerombolan Pemuda Umno yang diketuai oleh exco pergerakan pemudanya, Lokman Nor Adam kerana cuba untuk mencetuskan provokasi dan huru-hara di hadapan ibu pejabat PKR di Tropicana, di sini, semalam.

Tindakan tersebut dilakukan oleh mereka dengan mengadakan perhimpunan khas yang ternyata satu perhimpunan tidak sah serta disulami dengan pelbagai ugutan, ancaman dan kata-kata berbaur hasutan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, lebih dikesali oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor apabila himpunan tersebut berlaku berhampiran dengan Balai Polis Tropicana.

Menurut beliau, bagaimanapun, anggota polis di situ hanya menjadi penonton dengan tiada sebarang tindakan dan tangkapan dibuat ke atas mereka.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan memantau dan mengharapkan penjelasan daripada pihak polis tentang tindakan mereka terhadap perkara itu.

"Ini kerana terdapat 2 versi yang berbeza berkenaan tindakan polis untuk menangani perhimpunan yang membabitkan orang ramai.

"Sekiranya pihak Umno/BN ataupun pihak yang pro kepada mereka, maka pihak polis akan memberikan kerjasama dan kawalan keselamatan yang baik untuk mempastikan perhimpunan berjalan lancar," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Namun, menurut beliau, sikap pihak polis ternyata berbeza pula apabila pihak NGO dan parti pembangkang yang pro Bersih cuba untuk mengadakan himpunan aman.

"Pada hal, himpunan yang diadakan oleh NGO dan parti pembangkang yang pro Bersih itu tanpa ada sebarang unsur-unsur provokasi, kecaman, ugutan dan kata-kata berbaur hasutan, tetapi tidak pula mendapat kerjasama pihak polis, malahan ada yang ditangkap di atas sebab-sebab keselamatan.

Katanya, pihak polis sepatutnya tidak bersikap “double standard” di dalam menangani persoalan itu kerana ini akan menjatuhkan maruah dan integriti pihak polis sebagai pasukan yang dihormati pada pandangan masyarakat sekiranya terus dipergunakan sebagai alat untuk meneruskan kesinambungan penguasaan kuasa pihak tertentu.

"Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan pihak polis agar berlaku adil, telus dan berwibawa di dalam menangani isu yang membabitkan hak-hak rakyat Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1) (b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat," tegasnya.

Bersih 2.0 : Agong Boleh Bertindak Terhadap Wan Ahmad, Kata Aziz Bari

SHAH ALAM 30 JUN: Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja harus mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.

"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.

Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.
Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.
"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.
"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri," kata beliau kepada TvSelangor.
Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.
Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.
Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.
Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.
Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.

"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.

"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.
Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".
"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya.

Video - Umno Youth exco member to sue PKR sec-gen

Video - 23 Kajang councillors hauled up over Bersih T-shirts

Video - Bersih to cops: Name route, we will follow

SPR: Sistem boleh kesan ‘pengundi hantu’ diguna mulai esok...maka memang sah ada 'Pengundi Hantu' la....!!!!

Azmin mendakwa seramai 11 pengundi didaftar mengguna alamat rumah ibunya. — file pic
KUALA LUMPUR, 30 Jun — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan satu sistem pengesanan — yang dilihat boleh membantu mengatasi masalah kewujudan “pemilih hantu” yang didakwa wujud oleh sesetengah pihak.

Sistem yang akan diguna pakai mulai esok akan membolehkan seseorang pemilih yang sah memperoleh maklumat akan kewujudan lebih daripada seorang pemilih di alamat yang sama, khususnya mereka yang tiada kaitan atau hubungan dengan pemilik alamat mereka.

“Kita sudah ada satu satu sistem, akan digunakan mulai 1 Julai ini (esok),” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pada sesi dialog forum makan tengah hari bertajuk “Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?” anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika menyentuh dakwaan kewujudan pengundi-pengundi hantu yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali 19 Jun lalu.

Menurut Azmin, terdapat lima pengundi kaum Cina yang didaftarkan pada alamat rumah milik ibunya di Kampung Kelang Gate dekat sini, dalam bahagian pilihan raya Gombak.

Termasuk lima pengundi Cina itu, yang menurut Azmin, ada 11 pengundi yang menggunakan alamat rumah ibunya.

Wan Ahmad berkata, jika seseorang mengesan kewujudan pengundi yang tiada kaitan dengan alamat rumah mereka, pihak berkenaan boleh menghubungi SPR.

Azmin merupakan Ahli Parlimen Gombak.

Bagaimanapun beliau tidak memberi gambaran mengenai bilangan mereka yang terlibat dalam kes-kes seumpama itu.

“Ada ruang bagi mereka membuat aduan kepada SPR, dan kami akan mengambil tindakan,” katanya.

Wan Ahmad berkata berdasarkan aduan itu pihaknya akan menghubungi pengundi-pengundi yang tidak berkaitan itu dan jika benar dakwaan, mereka akan diminta berpindah ke alamat mengikut kad pengenalan masing-masing.

Ia akan dilakukan mengikut peraturan pendaftaran pemilih.

Bagaimanapun Wan Ahmad mengakui SPR tiada kuasa untuk memindahkan mereka mengikut budi bicara suruhanjaya.

“SPR tiada kuasa memindahkan mereka. Perlembagaan tidak membenarkan,” katanya sambil menambah, jika pengundi terbabit enggan berpindah, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa.

Tanpa mahu menuding jari ke atas mana-mana pihak, kata Wan Ahmad, pendaftaran pemilih atau menukar pemilih ke satu-satu alamat berlaku sebelum peraturan pendaftaran pemilih mengikut alamat kad pengenalan diperkenalkan pada 2002.

“Ini kes-kes yang berlaku pada tahun 1994, 1996,” katanya.

PM: Umno pun mampu kerah 3 juta ahlinya...mari turun bersama tuntut BERSIH KAN SPR...!!!

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno, jika ia mahu, mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan. Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, parti tidak akan berbuat demikian kerana ia bukannya cara yang bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian. "Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," katanya.

Perdana menteri menegaskan demikian semasa berucap kepada hadirin yang menyambut kunjungan beliau di pekan pesisir pantai ini, kira-kira 150km ke selatan Kota Kinabalu hari ini. Najib berkata kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak mahukan kekerasan kerana menurutnya, "itu bukan cara kita selesaikan masalah di bumi Malaysia ini". Menurutnya pilihan raya sentiasa diadakan di Malaysia apabila tiba waktunya dan semua pihak boleh ambil bahagian semasa kempen. "Kita ada pilihan raya... nak kempen, kempen lah, nak berucap sampai tak larat lagi nak cakap, buatlah, nak bertempek pun, tempeklah," kata Najib yang sebelum itu berkunjung ke daerah pedalaman Tenom, di barat daya Sabah. "Mereka kata bersih... belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah," kata Najib. Perdana menteri menegaskan Malaysia bukannya seperti negara tertentu di mana pemerintahnya menang 95 peratus undi semasa pilihan raya yang pastinya banyak pihak yang mencurigai keputusan pilihan raya. "Di Malaysia tidak pernah berlaku seperti itu. Kita menang sebab rakyat support (sokong). Saya tak rela jadi perdana menteri atas penipuan. Saya nak jadi perdana menteri kerana rakyat sukakan kita (BN) dan rakyat percaya dan senang dengan BN," katanya. Atas kepercayaan rakyat terhadap BN, kata beliau, kerajaan akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk perjuangkan nasib rakyat. Najib berkata Malaysia kini berada di ambang transformasi ke arah menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera dengan pelan pembangunan yang jelas dan hanya menunggu masa untuk melaksanakannya. "Tetapi apakah ini harus dikorbankan semata-mata kerana hawa nafsu sesetengah pihak yang nak kejar jawatan perdana menteri, hendak menguasai Putrajaya?" katanya. Najib mengingatkan bahawa demonstrasi jalanan seperti dirancang pada 9 Julai boleh membawa kecelakaan dengan sekelip mata, lebih-lebih lagi apabila pihak tertentu membakar emosi dan perasaan orang ramai. Katanya jika ada pihak yang menjadi "tukang kipas, tukang bakar" emosi semasa perhimpunan haram itu, golongan yang bakal menjadi mangsa adalah juga "rakan kita, keluarga kita". Beliau berkata apabila berlaku "psikologi samseng", orang yang baik akan tiba-tiba bertukar menjadi ganas dan tidak boleh dikawal sehingga tidak kira harta benda atau nyawa orang lain terancam. Perdana menteri seterusnya menegaskan pentingnya gagasan 1Malaysia dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia agar ia bukan sekadar menjadi slogan yang menjadi sebutan atau paparan semata-mata, sebaliknya diterjemahkan sehingga menjadi nilai pegangan, sikap dan cara pemikiran rakyat Malaysia. Katanya, beliau mendapati keharmonian yang wujud di Sabah merupakan contoh terbaik konsep 1Malaysia bagi membolehkan rakyat pelbagai kaum hidup aman damai tanpa sebarang tembok pemisah. Di majlis itu, perdana menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk membina semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang dan peruntukan RM2.7 juta untuk memperbaiki bumbung Esplanade Sipitang yang sebelum in sering mengalami kerosakan akibat ditiup angin kencang. Hadir sama ialah ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan beberapa wakil rakyat tempatan parti komponen BN. - Bernama

Negara sedang hadapi ‘zaman Soeharto yang berkuasa’

Pihak berkuasa diminta bersikap adil menjalankan tugasnya melindungi rakyat semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan, kata Timbalan Presiden PAS.

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa diminta bersikap adil menjalankan tugasnya melindungi rakyat semasa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai depan dan bukan hanya memihak kepada mana-mana kumpulan atau badan tertentu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, polis perlu memantau golongan yang keluarkan kenyataan ‘bermandi darah’, ‘sanggup mati’, dan lain-lain perkataan yang luar biasa dalam membuat sesuatu perhimpunan aman.

Sambil merujuk kepada kenyataan mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Tan Sri Omar Din Mauju kelmarin yang mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dan berunsur ugutan untuk menghalang Bersih 2.0, Mat Sabu berkata polis perlu bersikap tegas dan bukan hanya membiarkannya melarat.

“Kita bukan ada kuasa terhadap pihak yang mengganggu, itu sepatutnya kerja pihak polis.

“Saya tak boleh nak arahkan polis, polis mesti dilihat adil kepada semua, sekarang rakyat nampak polis menjaga Umno,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Membidas mengenai arahan tangkapan yang dikeluarkan polis terhadap mana-mana pihak yang memakai baju Bersih 2.0 berwarna kuning termasuk menyerbu pejabat Bersih semalam, beliau mempersoalkan integriti polis yang terlalu mengikut telunjuk pemimpin Umno.

“Kalau pilihan raya adil, yang terancam adalah Umno-Barisan Nasional (BN). Kalau berlakunya pertukaran pemerintah, penjawat awam (polis) tetap perlu bertugas tak kira parti politik mana pun,” katanya.

Sistem demokrasi di Malaysia ‘mundur’

Beliau turut menyifatkan sistem demokrasi di Malaysia dilihat sebagai ‘mundur’ berbanding negara jiran apabila menyentuh mengenai hak kebebasan untuk berhimpun.

“Jika ada sesuatu demonstrasi di Indonesia, ketua Polis Jakarta sendiri akan buat pengumuman sehari sebelumnya di televisyen bagi menasihati orang awam yang ingin menyertainya supaya keluar awal dan mengawal perjalanan lalu lintas.

“Situasi ini berlaku selepas zaman kejatuhan Soeharto dan kita kini sedang menghadapi zaman Soeharto yang berkuasa,” katanya.

Sambil menjamin Bersih 2.0 nanti adalah perhimpunan yang aman, Mat Sabu berkata pihaknya bagaimanapun tidak akan mempertahankan jika ada ahlinya membuat sebarang provokasi kerana bertentangan dengan prinsip parti itu yang mahu mengelakkan sebarang provokasi dan kejadian yang tidak diingini pada 9 Julai nanti.

“Kalau ada ahli PAS buat kecoh seperti pecahkan cermin, pecahkan kereta, kita serah saja mereka kepada polis, kita takkan bela,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan dirinya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pagi tadi kerana disiasat berhubung ucapannya di Mukatamar PAS ke-57 di Taman Melewar, Gombak awal Jun lalu mengenai Bersih 2.0.

“Dalam soal siasat kira-kira 20 minit itu, saya bagaimanapun memilih untuk tidak menjawab sebarang soalan yang dikemukakan polis mengenai Bersih,” katanya.

Time for PM to break the Bersih impasse, says ASLI's Ramon Navaratnam

Time for PM to break the Bersih impasse, says ASLI's Ramon Navaratnam

As a Malaysian and a senior citizen, I have like most Malaysians become gravely concerned with the escalating unhealthy developments and rising public anxiety over the impeding Demonstrations on July 2.

What is at stake is our basic human rights and the need to uphold our Constitution, in regard to our essential Freedom of Assembly and Speech. Malaysians now keep asking why it is so difficult for the powers that be, to agree to give Permits for peaceful Marches from any quarter to ask for Free and Fair Elections .

While it is true that we enjoy higher standards of Democracy and Electoral Practices than many less mature democracies , we have to honestly admit that our Electoral System is not the best and actually leaves much to be desired and improved.

After all, why can't we seek to Transform the Electoral system to become more efficient and to serve the rakyat better, with the concept of People First and Performance Now?

People First, Performance Now

How can we move more purposefully to achieve our Vision 2020 goals, to become a Developed Country, with all its wider prerequisites, if we cannot have even peaceful marches to protest against any abuses in our electoral system?

Even if the Police cannot change their mind sets and provide Permits to have the Peaceful Assemblies and Marches ,I ask whether they could give the public some fraternal and friendly assurances that they could allow demonstrators to walk peacefully , if the demonstrators undertake to help the Police maintain Law and Order and even cooperate to apprehend any trouble makers?

I don't think its beyond our innovative capacity and our ingenuity, nor is it too late , for the Police and the Leaders of the Demonstrations to work out some acceptable Modus Operandi ? Together and in the spirit of national unity we can have a Malaysian Consensus , to ensure that the Demonstrations can be allowed , but with the full agreement for all to exercise restraint , moderation and patience on all sides?

Dirty politics

In any case the electoral demands are fair and reasonable . I don't think the Government can be against the requests for instance for - clean electoral roles , the reform of postal votes , the use of Indelible Ink , minimum 21 days for campaigning, free and fair access to the media , strengthening the enforcement of electoral rule, the eradication of Vote Buying and the rejection of "dirty politics"?

In fact, the rising tensions are quite unnecessary . We are making a mountain of a molehill. There is too much over reaction which can lead to ugly outcomes. Indeed we cannot risk mismanagement of this sensitive situation.

Hence I would humbly appeal to our Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak step into this breech and impasse immediately .

He can meet with the Leaders of all Three Groups that plan to demonstrate , to dialogue and negotiate some consensus that could allow the Freedom of Assembly, with peace and goodwill on all sides .

The Prime Minister could also address some of the serious Grievances raised by the Three Groups , immediately and / or on a planned basis , within a reasonable time frame .

We appeal to the Prime Minister to use his good offices and all parties concerned to show the Malaysian spirit to resolve the differences with peace and goodwill ,in the public and national interests, please.

- Tan Sri Ramon Navaratnam is the Chairman Asli Center of Public Policy Studies

Ambiga tells IGP: Bersih to follow any route given by police, but will not cancel

Ambiga tells IGP: Bersih to follow any route given by police, but will not cancel

Free-and-fair elections rally orgainiser Bersih has asked the police to suggest a route for its July 9 march to ensure best crowd-control and safety measures, but despite growing calls from the country's civil society to allow the peaceful assembly, Prime Minister Najib Razak is likely to snub the request.

“We have asked them, the police, now you choose from one point in Kuala Lumpur to Taman Jaya, whatever. You choose what route, we will follow. And we will do it peacefully," Bersih chairman Ambiga Sreenevasan told reporters on Thusrday.

She has just met the Inspector General of Police Ismail Omar, who ago bare bothered to hide his aggression towards the planned rally.

Uncivil response

Ismail invoked public condemnation for his uncivil language and for threatening "loss of life" if the rally was not cancelled.

“I am still being civil at this point but don’t force me to go to the next stage. Just watch. There have been arrests but you will see further action if anyone still dares to break the law,” Ismail told reporters on Wednesday.

“Based on PDRM intelligence if this rally is held, tension, chaos, the destruction of property, injury and even loss of life may occur. PDRM will not allow any individual or certain parties to do anything that could trigger chaos and anarchy.”

On July 9, two other groups have announced counter-marches in a bid to scare the crowds away from Bersih. These are UMNO Youth - a wing in Najib's political party - and sister-organisation Perkasa. Both have made no bones, they object to the Bersih rally.

Najib urged to break impasse

Due in large part to the manner in which UMNO and Najib have chosen to pressure Bersih to stop using aggression and the use of threats rather than conciliation, there is now widespread fear of riots being provoked by the government's agents, so as to pave the way for Najib to consolidate his power by installing emergency rule.

The Malaysian leader's popularity has plummeted since he took over as PM in April 2009 after reneging on his promises for social and economic reform.

Nonetheless, seasoned veterans are convinced that Najib can be persuaded to come around.

"The rising tensions are quite unnecessary . We are making a mountain of a molehill. There is too much over reaction which can lead to ugly outcomes. Indeed we cannot risk mismanagement of this sensitive situation," Ramon Navaratnam, chairman of Asli Centre of Pubnlic Policy Studies, said in a statement.

"Hence I would humbly appeal to our Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak step into this breech and impasse immediately. He can meet with the Leaders of all Three Groups that plan to demonstrate, to dialogue and negotiate some consensus that could allow the Freedom of Assembly, with peace and goodwill on all sides. The Prime Minister could also address some of the serious Grievances raised by the Three Groups, immediately and, or on a planned basis , within a reasonable time frame. We appeal to the Prime Minister to use his good offices and all parties concerned to show the Malaysian spirit to resolve the differences with peace and goodwill ,in the public and national interests."

- Malaysia Chronicle

Police who can 'foresee' loss of life and EC who can resurrect the dead

Police who can 'foresee' loss of life and EC who can resurrect the dead

The police has done a one up on the Election Commission.

It is well known that the Election Commission has the capabilities to resurrect dead voters come polling day and to register phantoms at home addresses without the occupants knowing about it - just ask PKR deputy president Azmin Ali.

11 phantom voters were registered to his mother’s residential address. His mum who lives alone apparently did not approve of the other 11 phantoms, and she lodged a complaint. If not the fact that her son is a high profile lawmaker, one wonders if the EC would do anything about it at all. As it its, they only say they will 'look inot it'.

And while the EC can raise the dead, the Malaysian police can see into the future.

Police chief foresees loss of life

The Inspector General of Police, Ismail Omar has foreseen “loss of life” and all things illegal with the Bersih march. Hence, the police’s move to arrest all things deemed “Bersih” in the name of law and order.

Yet, isn't this ability to forsee the future based merely on UMNO’s paranoia at seeing citizens stand up and speak out on the corrupt practices in the election process and obviously the BN government.

When measured against the light of the law, the IGP and the police force are acting on the basis of the lies that UMNO and the BN government may have spun. The police should take note that they risk legal action by blindly following such extreme orders. BN is BN and the police are the police. The distinction must be clear but Ismail Omar is very obviously a political appointee.

The moment the Bersih assembly was announced, even before Ambiga and the committee applied to the police for a permit, the assembly was tagged “illegal” by the Home Minister. And this is the news spun by the mainstream media and all organs aligned with UMNO.

Yet, how can an assembly be illegal before it is has gone through the formal process of applying for a permit? If that does not rile you, why then the arrests of supporters for something that has not happened yet?

Can one be arrested for “show of support”? And to charge people using the Sedition Act shows the level of idiocy in those who read the law in UMNO circles. Show of support is not sedition, and wearing a t-shirt that speaks of a future event is not sedition either.

Wearing the Bersih tee is no different than wearing a tee that promotes a Grateful Dead rock concert. Or as someone pointed out, is wearing a tee printed with a marijuana leaf going to get a person arrested for alleged intent to smoke pot?

Top cops beholden to the UMNO elite

There is no way out of it. No excuses they can hide behind. It is clear the police big guns are playing soothsayers for UMNO. And misguidedly, they are proud about it, but one wonders if the rank and file feel the same.

This is clear when the only people promoting the idea that mayhem and chaos will rain down on Malaysia, come 9th July, are those who stand to gain from the UMNO elite.

It shows just how dependent the police, through the top cops, are on the political masters of the day. The IGP and police force are puppets to the UMNO elite and follow the whims and fancies of their masters to the dot.

They close their eyes to outright criminals like Ibrahim Ali, Perkasa and Mat Rempits from UMNO Youth. But turn the lawful into unlawful when it comes to raiding the office of the Bersih organizers, arresting PKR workers distributing Malaysian flags because they wore Bersih tees, violating the Parliament to record statements from opposition MPs and walking the streets to grab all things yellow.

Time and time again, the police top cops have bent over backwards to please their political benefactors. Bersih is just another event in a string of events whereby the police have shown just how they are not independant as they are required to be.

Politically-motivated sodomy cases where “evidence” suddenly materializes out of mid-air, forever immortalized by the sight of policemen carrying in a soggy mattress into court to falsely nail their target, the convenient delay in investigating the Datuk T trio over a sex video that also suddenly cropped out, the incredible way former Malacca chief minister Rahim Thambi Chik was acquited for raping a minor because of lack of evidence. The list goes on, all highlighting the shady way the police in Malaysia go about their business.

And as the Bersih march draws nearer, expect more arrests by the police.

These arrests will not be made to ensure law and order, but instead, the police will arrest citizens of Malaysia because UMNO told them to. - Malaysia Chronicle

BERSIH: Tentukan laluan ke Istana, kita akan patuhi

Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

NONEMenurut ketua BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar diadakan dalam suasana yang 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,” katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.

Penyokong BERSIH 2.0 dijadual berkumpul di pusat membeli belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.

azlanPerarakan ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan negara dilakukan. Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA pula mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai bagi menolak perhimpunan yang menuntut supaya reform pilihan raya diadakan.

Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Selain itu, Pemuda Umno juga telah meluahkan hasrat mereka bagi berhimpun. Namun lokasi dan jalan bagi perarakan mereka belum diumumkan.

Subversif: Pemuda PAS tempelak Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menempelak kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican dalam Utusan Malaysia hari ini yang menuduh PAS, PKR, DAP dan Sekretariat Bersih mengamalkan kegiatan subversif dan anarki.

“Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS mencabar Pemuda Umno khususnya Reezal Merican untuk membuktikan apakah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengharamkan rakyat berhimpun secara aman dan tanpa senjata?

“Sedangkan saya mahu Reezal Merican melihat apakah tindakan provokasi ratusan Pemuda Umno Malaysia yang berhimpun untuk mengecam dan mencabar untuk membakar bangunan Parti Keadilan Rakyat beberapa malam yang lalu adalah perbuatan sopan dan baik,” kata ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Beliau mempersoalkan adakah Reezal Merican sedar bahawa Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) yang melancarkan Gerak Aman dan Pahlawan Keamanan sambil melontarkan beberapa kenyataan berbaur pertembungan fizikal bukan sesuatu yang mengancam keamanan negara.

Malah, tanya beliau lagi adakah Reezal Merican tahu terdapat pertubuhan silat di negara ini yang bersedia untuk menghalang peserta himpunan aman Bersih 9 Julai dengan tanpa jaminan bahawa anak-anak buah pertubuhan silat itu akan melakukan tindak balas yang agresif.

Katanya, sejak Sekretariat Bersih mengumumkan Himpunan Aman Bersih 2.0, tidak ada satu pun kenyataan kami yang menggambarkan akan berlaku kekacauan dan huru hara pada hari tersebut.

Tetapi sebenarnya, kata beliau reaksi emosional Umno termasuk rangkaian dan media miliknya yang cuba menanamkan rasa takut kepada jiwa rakyat sehingga pelbagai ancaman dilemparkan penganjur Bersih.

“Siapakah sebenarnya yang cuba bersikap subversif?

“Oleh yang demikian, saya tetap menyeru kepada rakyat khususnya anak muda yang cintakan keadilan di Malaysia dan menginginkan kehidupan yang lebih baik di negara ini agar dapat turun menyatakan sokongan tanpa rasa takut kerana perhimpunan ini dijamin di sisi Perlembagaan Persekutuan dan ia akan dilakukan secara aman tanpa sebarang perancangan dan agenda sulit,” katanya.

Bersih Akan Diteruskan, Keselamatan Peserta Diutamakan

KUALA LUMPUR 30 JUN : Perhimpunan Bersih 2.0 tetap akan diteruskan pada 9 Julai dalam keadaan aman dan keselamatan pesertanya terjamin, kata Presiden gerakan itu Datuk Ambiga Sreenevasan.

Ambiga memberi jaminan itu setelah menemui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman untuk memaklumkan persedianan yang dibuat oleh jawatankuasa penganjur bersabit perhimpunan aman itu.

Polis sebelum ini mengisthiarkan Bersih sebagai perhimpunan haram dan sudah menahan kira-kira 100 orang kerana memakai atau mengedar kemeja T dengan logo Bersih serta risalah perhimpunan aman itu.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mendakwa perhimpunan aman itu bertujuan mengguling kerajaan menerusi demostrasi jalanan, yang dinafikan oleh Ambiga dan Pakatan Rakyat.

Ambiga berkata pihaknya bersedia berjumpa dengan Polis untuk menetapkan laluan sesuai yang untuk digunakan oleh peserta Bersih yang tidak akan menggangu lalu lintas serta menjamin keselamatan mereka.

"Pihak kami mencadangkan untuk mendapatkan kebenaran polis tentunya satu lokasi berhimpun secara aman, laluan yang dicadangkan ialah Taman Jaya ke Kuala Lumpur," kata beliau kepada pemberita.

Ambiga berkata Tan Sri ismail bagaimanapun tidak memberikan kata putus mengenai cadangan-cadangan penganjur Bersih. Satu lagi mesyuarat antara kedua-dua pihak bakal diadakan.

"Kami akan menyediakan 5000 sukarelawan pada hari itu, dan 100 doktor sukarela dan peguam yang akan sama-sama turut serta bagi menjamin keselamatan sekiranya berlaku apa-apa," tambah beliau.

Bersih 2.0 : Polis sendiri menyalahi undang-undang

Kuala Lumpur : Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata, polis sendiri menyalahi undang-undang apabila menangkap pimpinan politik, NGO dan orang ramai yang dikaitkan dengan Perhimpunan Bersih 2.0.

Terbaru, dua pimpinan Pakatan, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai, Chan Ming Kai bersama dua yang lain ditahan pukul 10 pagi tadi.

Ia berikutan penglibatan mereka mengedar risalah Bersihdi Pasar Gunung Rapat, Gopeng meskipun ketika ditahan Dr Lee hanya memakai baju kuning biasa.

“Mereka (Polis) sepatutnya menegakkan undang-undang tetapi mereka sendiri menyalahi undang-undang. Polis seolah tidak menghormati hak asasi rakyat di bawah perlembagaan persekutuan,” kata Surendran.

“Atas kesalahan apa mereka ditangkap? Tiada apa-apa akta yang sabitkan kesalahan untuk mengedarkan risalah,”

“Tindakan polis menggambarkan kita berada dibawah negara diktator atau negara polis yang bukannya demokrasi tetapi diktator-fasis,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.

Pagi semalam, polis turut menahan 14 termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang di Sungai Siput, Perak menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditahan meningkat 95 orang.

Susulan itu, pakar perlembagaan , Profesor Dr Abdul Aziz Bari menegaskan Menteri dan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Ia berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mempromosikan himpunan itu.

SPR Guna Nada Umno-BN Bidas Bersih 2.0


KUALA LUMPUR 30 JUN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menggunakan nada Umno-Barisan Nasional(BN) apabila membidas Bersih sebagai perhimpunan yang bertujuan membina momentum Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, perhimpunan pertama BERSIH pada 2007 berjaya menyebabkan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008.

“Terdapat demonstrasi (pada 2007) dan hasilnya, momentum dibina dan pada pilihan raya 2008 (pembangkang) menang besar... sekarang spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa dan sejarah akan berulang.

“(Mereka fikir) jika kita adakan BERSIH 2.0 dengan lebih ramai penyokong, momentum akan berterusan dan kemungkinan akan dapat menang Putrajaya,” katanya pada forum bertema “Tuntutan Bersih, apa penjelasan SPR” hari ini.
Awal minggu ini, Perdana Menteri Najib Tun Razak mengatakan Pakatan menganjurkan Bersih 2.0 kerana ingin merampas momentum memenangi pilihanraya yang kini berpihak kepada beliau.
Najib turut mempertahankan SPR sebagai sebuah badan berwibawa dan menolak keperluan mengadalah perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus.
SPR adalah sebuah badan yang sepatutnya berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya negara ini namun badan itu dan sistem pilihanraya sendiri dicemari dengan pelbagai tuduhan ia berat sebelah kepada kerajaan.
Antaranya ialah ketelusan undi pos, isu pengundi hantu dan pemberian kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi Umno-BN.
Pada tahun 2008, SPR bersetuju menggunakan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih namun langkah itu dibatalkan sebelum PRU ke 12 meskipun dibantah oleh pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan serta badan pemantau pilihanraya.
Diforum pagi tadi, Wan Ahmad meletakkan syarat hanya akan berunding dengan Bersih jika Presidennya Ambiga Sreenevasan menyisihkan gerakan itu daripada parti pembangkang.

"Saya minta Ambiga jauhkan diri daripada parti politik dan mempermantapkan agendanya.

"Jika BERSIH mengasaingkan diri daripada parti politik, maka kita boleh jumpa BERSIH sebagai anggota masyarakat sivil kerana agendanya adalah untuk kebaikan semua pihak,” kata Wan Ahmad.

Ambiga sebelum ini menggesa semua parti politik untuk turun menyertai Bersih kerana tuntutan untuk pilihanraya adil dan telus akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Undangan itu bagaimanapun ditolak oleh Umno-BN namun disokong oleh Pakatan Rakyat.

Baju kuning: Pakai tak salah, tangkap salah

KUALA LUMPUR, 30 Jun: AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin (gambar) berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning.

“Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai,” katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang Bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh disaman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah.

Jelasnya lagi, Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

“Menangkap mana mana orang yang memakai baju Bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya yang juga pengamal undang-undang.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada portal Malaysikini semalam yang melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan Bersih.

Ini kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut.

Kata Hanipa, bagi Umno dan Hishammuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna.

Menurutnya, jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera PAS, kini warna kuning pula yang ditakuti.

“Sampai bila Umno nak takut dengan warna?” soalnya.

Mengenai hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti Bersih adalah haram, maka memakai baju kuning Bersih juga adalah haram, beliau bekata malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang.

“Saya mengesyorkan kepada Hishammuddin jika pun kamu benci sangat dengan Bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu.

“Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita,” ujarnya.

Beliau berkata, haram atau halal sesuatu perkara baik dari segi agama atau undang-undang adalah berdasarkan dalil dan bukannya berdasarkan kenyataan menteri.

Mungkin, katanya Hishammuddin boleh tunjukkan kepada kita di bawah peruntukan mana dan di dalam undang-undang mana memakai baju kuning berlambang Bersih adalah satu kesalahan.

“Jika kita menerima hujah Hishamuddin memakai baju kuning Bersih adalah haram kerana aktiviti Bersih adalah haram maka secara logiknya jika seseorang terlibat dengan berlumba motor secara haram, maka segala peralatan yang beliau pakai termasuklah helmet, seluar, jacket kulit dan motor yang beliau tunggang adalah kesemuanya haram,” katanya lagi.

Bersih 2.0 : PAS jamin BERSIH demo paling aman

PAS memberi jaminan, perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti akan mencatat sejarah sebagai perhimpunan paling aman dalam secara Malaysia.

NONEBagaimanapun,menurut timbalan presiden PAS, perkara itu hanya boleh berlaku jika polis memberikan kerjasama dengan membantu mengawal keadaan dan perjalanan lalu lintas, seperti amalan di pelbagai negara lain.

"Perhimpunan ini akan menjadi pilihan raya paling aman. Tidak akan ada satu pasu bunga pun akan terbalik, tidak akan ada seketul bata pun akan terbalik.

"Melainkan dia (polis) lepas gas pemedih mata. Kalau lepas gas pemedih mata, kandang babi pun kita (lari) masuk," katanya yang disambut ketawa besar orang ramai.

Berceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Mohamad juga mengingatkan penyokong PAS yang akan hadir nanti supaya tidak membawa senjata atau apa sahaja barang yang boleh ditafsirkan sebagai senjata.

"Setuju? Kita hendak lihat demonstrasi paling aman," tegasnya lagi sambil disambut jeritan "setuju" oleh 3,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.

'Menteri Dalam Negeri tidak tahu?'

Sementara itu, Mohamad juga mengkritik polis yang didakwanya lebih "menjaga Umno" daripada "menjaga rakyat."

"Perhimpunan BERSIH ini, yang patut bimbang adalah Umno. Jadi kenapa yang polis pergi bimbang sama?" soalnya yang lebih popular dengan gelaran Mat Sabu.

NONEMenjelang perhimpunan besar lagi dua minggu itu, pelbagai pihak disoalsiasat polis atas pelbagai alasan, termasuk menghasut, mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram dan menjual baju BERSIH.

Polis juga bertindak menyerbu Sekretariat BERSIH di Petaling Jaya semalam, merampas beberapa barang berkaitan dan menyoalsiasat kakitangan di pejabat itu.

Mohamad berkata, jika dibandingkan dengan pengalaman di negara maju dan negara jiran sendiri, tindakan tindakan polis di negara ini amat berbeza.

Di Indonesia sebagai contoh, ketua polis sendiri memberikan taklimat di kaca televisyen memberikan panduan bagaimana berdemonstrasi pada hari berikutnya, tambah Mohamad.

bersih rally in london 131107 peaceful"Di London pelacur pun diizin tunjuk perasaan," katanya yang terkenal dengan kelucuannya ketika berceramah.

"Takkan Menteri Dalam Negeri tidak tahu. Dia dahulunya belajar di London?"

Turun demo wajib

Mohamad juga mengingatkan tentang "wajib" bagi semua pihak menyertai perhimpunan anjuran gabungan NGO itu, berdasarkan pendapat dua pemimpin tertinggi parti itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

bersih rally 271207 04"Turun (menyertai) adalah wajib. Kalau tidak puas hati, pergi demonstrasi di (kediaman Nik Aziz di) Pulau Melaka," selorohnya lagi.

Beliau juga mengingatkan kerajaan tentang pentingnya sebuah pilihan raya yang adil supaya rakyat tidak memilih jalan lain menumbangkan kerajaan seperti berlaku di Mesir sebelum ini.

"Di Mesir, parti (presiden) Hosni Mubarak menang 98 peratus kerusi parlimen... sedangkan pilihan rayanya tidak adil.

"Akhirnya rakyat keluar ke jalan raya dan menumbangkan kerajaan. Inilah yang berlaku apabila pilihan raya tidak lagi dipercayai."

Ketua UMNO SPR : Timbalan pengerusi SPR dakwa Pakatan sudah risau kebangkitan BN

Kemenangan BN dalam pilihan raya sejak awal tahun telah membimbangkan PR, kata Wan Ahmad.
KUALA LUMPUR, 30 Jun — Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN) yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu.

Oleh itu kata beliau, parti-parti komponen berkenaan akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Di separuh pertama tempoh pascapilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh DAP, PAS dan PKR mencatatkan kemenangan bersiri di beberapa pilihan raya kecil, tetapi kedudukan itu digantikan oleh kemenangan di pihak BN sejak pertengahan 2009.

“BN sudah mula menang... (saya rasa) mereka sudah mula risau, trend (kemenangan dalam pilihan raya) sudah berubah (memihak kepada BN),” kata beliau pada sesi dialog forum makan tengah hari bertajuk “Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?” anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini hari ini.

Sehubungan itu kata beliau rakyat Malaysia perlu faham “apa agenda mereka”, dilihat merujuk kepada perkembangan semasa menyaksikan sokongan penyertaan komponen Pakatan Rakyat ke atas Himpunan Bersih 2.0 pada Julai ini.

Sejak selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 16 pilihan raya kecil, bermula dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir ialah pilihan raya kecil serentak kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.

Sementara Himpunan Bersih 2.0 mendapat sokongan daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan balas memprotes perhimpunan tersebut.

Seorang peserta forum mengemukakan soalan tentang pendirian SPR ekoran kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa pihaknya akan menggunakan pendekatan jalanan untuk menang pilihan raya umum dan menguasai Putrajaya.

Pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pihaknya akan menggunakan pilihan raya untuk menewaskan BN, bukannya cara lain.

Wan Ahmad juga mendakwa isu-isu yang dibawa Bersih dan parti-parti sokongan mereka bertujuan menimbulkan kebencian ke atas SPR dan institusi kerajaan, yang mana suasana itu akan diterjemahkan ke dalam bentuk undi ketika pilihan raya umum.

Kata Wan Ahmad, mereka akan pergi ke kawasan-kawasan kampung menyebarkan isu-isu yang tidak tepat untuk mempengaruhi pengundi di kawasan luar bandar.

“Sampai kakak saya pun kata apa yang dikatakan mereka itu betul,” katanya lagi.

Menjawab soalan mengenai status Pakatan Rakyat, Wan Ahmad mengakui ia bukan satu badan formal tetapi perikatan longgar.

Sehubungan itu katanya, beliau berharap Pakatan Rakyat akan didaftarkan sebagai perikatan yang sah bagi memudahkan perjalanan pilihan raya.

“Nasihat saya eloklah didaftar... baik untuk negara jika ada dua parti politik, untuk rakyat membuat pilihan,” katanya lagi.

Bersih 2.0 : Lokman mahu saman Saifuddin RM500,000.99

Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam membuat laporan polis terhadap setiausaha aguNONEng PKR, Saifuddin Nasution yang didakwanya telah memfitnahnya mahu membakar ibupejabat PKR.

Dalam laporan tersebut, Lokman juga mendakwa Saifuddin memfitnahnya bahawa beliau mengugut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi BERSIH 2.O, Datuk S Ambiga jika perhimpunan BERSIH diteruskan pada 9 Julai.

Lokman tiba dengan diiringi kira-kira 30 ahli Umno dan Kimma menuju ke balai polis Tropicana - yang terletak bersebelahan ibupejabat PKR - pada kira-kira jam 12.50 tengahari.

Beliau kemudian bersama ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican masuk membuat laporan.

NONEKetika hendak masuk ke balai, penyokong AMK bersorak dan Reezal kelihatan cuba menghampir mereka.

Bagaimanapun, lima anggota polis bertindak menenangkan keadaan tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Manakala timbalan ketua AMK, Khairul Annuar Ahmad Zainuddin turut kelihatan menenangkan ahli-ahlinya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan polis itu, Lokman berkata, dakwaan Saifuddin itu adalah satu fitnah dan beliau menyaman bernilai RM500,000.99 terhadap setiausaha agung PKR itu.

Menurut Lokman, nilai saman tersebut ialah RM500,000 nilai dirinya dan RM0.99 nilai Saifuddin.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionBeliau menuduhkan Saifuddin sebagai pembohong besar kerana "takkan saya nak bakar bangunan PKR kerana ia milik Datuk Soh Che Wen yang tak belaga angin dengan Datuk Seri Anwar."

"Takkan kita nak bakar (bangunan) musuh dia, kawan kita," tegasnya lagi.

Lokman juga mencabar Saifuddin (kanan) supaya menunjukkan pita video yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan mahu membakar bangunan PKR.

Katanya, beliau telah bertanya kepada kawan-kawannya, tetapi mereka berkata, beliau tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Bersih 2.0 : Mahkamah tolak permohonan bebaskan 30 ahli PSM kerana nak Perang dengan Agung..!!

Jeyakumar antara 30 ahli PSM yang direman. — Foto fail
GEORGE TOWN, 30 Jun — Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan agar dibebaskan 30 anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang kini ditahan reman untuk siasatan berhubung kesalahan mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong. Justeru tahanan reman selama seminggu ke atas mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj akan kekal sehingga 2 Julai ini.

Bersih 2.0 : 'Gelombang kuning' MP Pakatan di Parlimen

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hadir di Parlimen hari ini - sama ada memakai baju kuning atau bertali leher kuning - sebagai membantah tindakan polis menjelang perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

NONEKebanyakan ahli parlimen lelaki Pakatan, kelihatan bertali leher kuning - warna 'rasmi' BERSIH 2.0 - manakala ahi parlimen wanita pula memakai pakaian kuning.

Manakala ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa (kanan) memakai baju-T BERSIH 2.0. Begitu juga dengan menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata baju-T BERSIH haram dipakai dan mereka yang berbuat demikian boleh ditangkap.

Bersih 2.0 : Baju kuning pun jadi sasaran polis

             
Polis terus mengasak penyokong BERSIH 2.0 dengan menangkap mereka yang berpakaian kuning, termasuk dua lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak.

NONEAhli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (kiri) dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning.

Lee mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu pada jam 9 pagi. Wakil rakyat PKR itu terus digari dan diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.

"Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,” katanya ketika dihubungi.

Lee juga berkata beliau tidak mengedarkan sebarang risalah atau membawa sebarang sepanduk ketika itu.

Bersih 2.0 : SPR masih sedia dialog, mahu Bersih jauhi agenda politik....pilihanraya tu bukan politik kot...!!!!

Wan Ahmad berkata pintu perundingan masih dibuka kepada Bersih.
KUALA LUMPUR, 30 Jun — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pintu perbincangan dengan Bersih masih terbuka sambil merayu agar pertubuhan bukan kerajaan itu membatalkan Himpunan Bersih 2.0 dan “memisahkan diri” daripada agenda parti politik.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak pernah menutup pintu kepada Bersih untuk mengadakan perbincangan.

“Saya ingin merayu, pintu perundingan kepada Bersih masih terbuka, belum ditutup,” kata beliau dalam pembentangan pada forum makan tengah hari Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR? di sini hari ini.

Bersih 2.0 : 1 Malaysia pun komunis?

Dalam keghairahan mencegah dan mengekang demonstrasi Bersih kedua, kerajaan telah membangkitkan tentang ancaman komunisme, ekoran penangkapan sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia.

Tanpa membezakan sosialisme dengan komunisme, anasir komunisme yang pernah menjadi satu ancaman kepada negara satu masa dulu kembali dimunculkan.

Secara mudah, sosialisme lebih kepada satu bentuk fahaman berkaitan dengan pengurusan dan kawalan ekonomi oleh pemerintah, untuk memastikan kebajikan rakyat dipelihara.

Dalam banyak negara yang ditunjangi kapitalisme, unsur-unsur sosialisme wujud dengan kukuh untuk kepentingan rakyatnya seperti dilihat di negara-negara kebajikan di Eropah.

Sosialisme masih boleh berjalan di negara yang dikuasai kapitalisme. Sosialisme di negara-negara Eropah misalnya berperanan dalam memastikan hak pekerja mendapat pembelaan, dan rakyat mendapat khidmat perubatan murah atau percuma.

Sekiranya sosialisme dengan mudah dikaitkan dengan komunisme, unsur-unsur sosialisme yang dilaksanakan pemerintah juga boleh diletakkan sekali dalam satu kategori.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah memperlihatkan unsur-unsur yang boleh dikait dengan sosialisme melalui kedai 1 Malaysia dan klinik 1 Malaysia yang dilancar lebih awal.

Dari segi kegunaannya, kedai dan klinik tersebut mempunyai tujuan membantu rakyat daripada kesan-kesan buruk kapitalisme, iaitu pasaran yang membenarkan harga barang keperluan dan perkhidmatan meningkat sehingga membebankan.

Apapun yang menjadi motifnya, dari segi amalan, bantuan untuk rakyat seperti itu amat rapat dengan sosialisme. Dalam hal ini, pemerintah tentu mahu membezakan sosialisme dengan komunisme.

Peranan utama negara dalam penubuhan kedai dan klinik 1 Malaysia ini juga menyamai amalan negara-negara yang melaksanakan amalan-amalan sosialisme dalam ekonomi.

Politik sosialis dan komunis memang mempunyai persamaan, tetapi kedua-duanya bukan tidak mempunyai sebarang perbezaan sehingga boleh dengan mudah disamakan dan dikait dengan ancaman terhadap negara satu masa dulu.

Bersih 2.0 : Dr Lee Boon Chye ditangkap walaupun tidak memakai baju Bersih

Dr Lee Boon Chye dan Chan Ming Kai ditahan polis walau berpakaian biasa
IPOH: Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye ditangkap dan digari oleh polis di Pasar Gunung, kawasan Simpang Pulau, Gopeng.
Beliau ditahan ketika tiba di pasar berkenaan dalam operasi mengedar risalah Bersih 2.0, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Difahamkan beliau ditahan polis sungguhpun hanya memakai baju kuning biasa dan bukan baju  T  Bersih yang telah diharamkan kerajaan semalam.
Turut ditangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai, Chan Ming Kai yang memakai baju T Bersih berkenaan.
Selain itu dua lagi ahli KEADILAN ditahan, Loke Sai Kau dan Johny Tan.
Pagi semalam, polis menangkap 14 individu termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang dan Adun Jalong, Leong Mee Meng di Sungai Siput.
Kesemua mereka hanya dibebaskan kira-kira jam 8 malam, selepas keterangan mereka diambil polis.

Tunjuk perasaan sandiwara Pemuda Umno

JADIKAH Pemuda UMNO mengadakan tunjuk perasaan anti Bersih serentak dengan tunjuk perasaan Bersih pada 9 Julai nanti?
Pemuda UMNO telah membuat keputusan sebulat suara bagi menganjurkan tunjuk perasaannya di tengah polis, kerajaan dan penyokong UMNO dalam berbagai rupa menentang perarakan raksasa Bersih itu.
Sekali pun bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga menteri dalam negeri, Dato Hishammuddin Hussein memberi amaran kepada Pemuda UMNO sama keras dengan yang diberi kepada penganjur Bersih 2.0, tetapi Khairy Jamaluddin, pengganti Dato Hisham memberi alasan tiada sebab ia tidak boleh meneruskannya.
Sekali pun Pemuda UMNO tidak suka dengan objektif tunjuk perasaan Bersih itu, tetapi ia memberikan alasan perlembagaan dan tidak menimbulkan masalah keselamatan betapa unjuk rasanya itu boleh dan mesti diadakan.

Kebajikan untuk Semua

BERSIHKAN KOTOR
Saya meneruskan tulisan minggu ini dalam usaha saya untuk menerangkan kosep dan falsafah Negara Kebajikan. Saya berharap tulisan ini dapat memberi sadikit pencerahan kepada pembaca yang budiman tentang ekonomi dan politik Negara Kebajikan

Saban hari kita semua ada membaca, ada mendengar dan mungkin melihat di kaca Tv bagaimana parti-parti politik bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia cuba mengajukan dasar ekonomi kepada warga. Justeru perjuangan politik adalah pejuangan untuk merebut peluang ekonomi. Perjuangan politik ialah perjuangan agihan punca-puca ekonomi. Khalas.

Ada dua sistem ekonomi telah diwujudkan dalam dunia ini – sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis. Dua bentuk sistem ekonomi ini bertentangan antara satu sama lain. Akidah sistem ekonomi kapitalis ialah: keuntungan maksima sebagai pemandu. Manakala akidah sistem ekonomi sosialis ialah : kebajikan ramai menjadi kemudi.

Video : 14 arrested because of wearing BERSIH t-shirt and distributing Malaysia Flag

Of course, Bersih 2.0 serves a point

Of course, Bersih 2.0 serves a point“All it takes for evil to triumph is for good men [and women] to do nothing.” - Edmund Burke
Basically we are tired of an unfair election system. We are sick of the fact that the Electoral Commission can draw electoral lines at whim, and we are tired that we are not really sure that our vote counts as it should.
For instance, why is it that a DAP Member of Parliament can have a constituency of 50,000 people when a BN Member of Parliament has a constituency with only 10,000 people? This is most obvious in the case of Seputeh, where Teresa Kok received 47,230 votes from 58,207 votes cast versus the case of Putrajaya, where Tengku Adnan Tengku Mansor received a majority of 2,492 votes out of 5,500 votes. The disparity between seats are staggering.

The death and re-birth of Malaysia

The death and re-birth of MalaysiaWhen citizens are threatened, endangered and pushed to a corner by the high-handedness of law enforcement and the government, all for wanting to ask for free, fair and just elections, it spells disaster for a nation.
When the same government rallies various groups and vested parties with vested interest to increase the level of intimidation upon its own citizens, that nation is teetering on a dangerous slope of anarchy.
When the government uses the media to spin horrendous attacks on its own citizens, that nation is courting tyranny.
It is a stark fact that the UMNO-BN leaders have being ignoring the numerous symptoms of a nation of people crying out for moderation, justice, fairness, best practice management and the peace and love to go about their daily lives for a long time.
The agony that the government faces today is not the doing of its citizens. It was UMNO-BN’s own doing whether we like it or not.

BERSIH 2.0 : POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, • Balai Polis di mana anda dibawa.

1.1
Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan
pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada
kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda.
Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna :

• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
• Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

Bersih 2.0: Fahami Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR, 30 Jun: PAS hari ini menyeru orang awam untuk menelaah Perlembagaan Persekutuan untuk mengetahui hak masing-masing untuk berdepan dengan fobia Kementerian Dalam Negeri yang dikawal Barisan Nasional menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai ini.
“Dengan memahami Perlembagaan Persekutuan negara, orang awam boleh mengenal pasti dan sedar apabila batasan hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan telah dicabuli,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0, justeru, tangkapan ke atas mereka oleh polis adalah betul.
“Dengan adanya pengetahuan mengenai Perlembagaan Persekutuan, orang awam akan tahu bahawa kenyataan bahawa ia satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang dan juga perlembagaan negara,” tambah beliau.

Bersih : 1,000 juru gambar rakam provokasi perhimpunan aman.

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Pihak penganjur telah menyediakan 1,000 orang juru gambar untuk merakam insiden-insiden provokasi yang dicetuskan oleh pihak tertentu dalam Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Dalam masa yang sama, peserta-peserta himpunan pula bagaimanapun dilarang sama sekali mencetuskan sebarang provokasi pada himpunan iitu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasruddin Hassan Tantawi (gambar) menegaskan, walaupun Himpunan Bersih 2.0 adalah himpunan aman, tetapi pihak-pihak tertentu termasuk pihak polis diyakini tetap berusaha mengganggunya dengan mencetuskan pelbagai provokasi.
Menurut beliau, tindakan provokasi dari pihak polis pada Himpunan Bersih 2.0 diyakini lebih menjadi-jadi berbanding pengalaman pada himpunan aman lain termasuk Hiimpunan Bersih 1.0 yang lalu.

I’ll wear a yellow baju raya

I’ll wear a yellow baju rayaSemakin lara kita didera bara,
kita laungkan juga pesan merdeka,
demokrasi sebenderang mentari,
sehasrat hajat semurni harga diri

– A. Samad Said.

Yellow symbolises wisdom.

July 9th is just around the corner, and talks get heated up in every corner, from Facebook urbanites to long house foyers. Thanks to RTM and Utusan Malaysia for the free publicity.

People may differ. However, one thing in certain, all eyes are set on the upcoming saga.

BN has opened the Bersih Pandora's Box: Tsunami II is on the way

Every country goes through a crisis now and then. Malaysia is in the middle of one. It is a crisis that can be easily resolved. Bersih will stand down, if the Government of Malaysia promises to review and implement reforms to the Electoral Process to ensure Free and Fair Elections.
But our government will not budge. They insist that the Electoral Roll is clean. There is no hanky panky. There is nothing to change. Malaysians must accept that without question. It is the same concerning Royalty and Religion. You should never question these two institutions.
Today, everything is still force-fed, shoved down our throats. Malaysians are groomed never to question the status quo. You have no rights. To the non-Malays, you are free to leave this country if you are not happy with the order of things. To the Malays, they must discipline themselves to follow the Masterplan set out by UMNO since independence; that is to be a practising Muslim and practise Malay customs and traditions. Do not ape the West, as they are decadent, practise Devil Worship, Free Sex and are all doomed to Hell. Be a good boy and do not question UMNO’s wisdom.

World is taking stock of Najib's inability to handle Bersih

World is taking stock of Najib's inability to handle BersihThe Home Minister of Malaysia’s outright ban on the wearing of anything yellow – be it a T-shirt, shoes, pants or skirts, headband, or whatsoever, is imparting shockwaves down the spine of caring, concerned citizens.
The Home Minister’s announcement and the immediate police action that went into over-drive with premises raided, will be ringing alarm bells all over the world for certain.
The learned professor from the International Islamic University in Malaysia has in all honesty and with courage pointed out that there is no law in the country to effect such a ban. And that the highest law of a democratic nation - the Constitution of Malaysia is being compromised.
The authorities are claiming that this mother of all bans on wearing anything yellow and suggesting ‘Bersih 2.0’ is being invoked for “national security”. Simultaneously more threats are being pumped out of the government’s nozzle – i.e. the police, the various pro-UMNO and BN agentries and from the corriodors of vested interests.

KEADILAN: Serbuan dan penangkapan polis episod kegilaan BN

Serbuan dan penangkapan ke atas Sekretariat BERSIH hari ini merupakan episod terbaru kegilaan kerajaan Barisan Nasional menghadapi tuntutan pilihan raya bebas dan adil oleh BERSIH.
Dalam keadaan di mana rakyat dihantui oleh kadar jenayah yang tinggi dan suasana keselamatan yang mendesak, KEADILAN kesal institusi polis disalahgunakan untuk tujuan politik oleh rejim UMNO-BN.
Tindakan ini telah mencemarkan lagi imej negara di mata dunia.
KEADILAN mengecam tindakan terdesak ini dan mendesak kesemua tahanan aktivis BERSIH dibebaskan dan penindasan terhadap kempen BERSIH dihentikan dengan serta-merta.
*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung PKR merangkap ahli parlimen Machang.