Isnin, 27 Jun 2011

Altantuya case: Judge yet to file judgment

Minister Nazri Aziz explains to Parliament the delay in the appeal of the two cops convicted for murder.

KUALA LUMPUR: The appeal of the two policemen convicted in the murder of Altantuya Sharriibuu is delayed by the High Court judge’s need for more time to complete his judgment, the Dewan Rakyat was told.
“Given that the judgment has not been filed, the appeal record is not complete,” Minister in the Prime Minister Department Mohd Nazri Aziz said in a written reply dated June 23 to Karpal Singh (DAP-Batu Gelugor).
“Hence,” he added, “the date for trial with the Court of Appeal cannot be determined as yet.”
He said the large amounts of statement notes and evidences presented in the trial prevented the judge from filing his judgment more speedily.

Election and war

Lim Mun Fah

JUNE 27 — War is cruel as the two parties involved will usually end up either living or dying.
In reality, elections are always likened to wars and that is why Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said that “coming in second means ending up with zero”.
Although they are different in form, in which wars are all about live ammunition while elections rely on votes, once they are launched, they always result in blood and tears.
Democratic elections are still controversial today. The rules of the game, in which the winner of an election will control the power while the loser has to become the opposition, have sometimes turned the process of a democratic election vicious and treacherous.

Big-hearted Ibrahim Ali supports ISA for Bersih marchers: "Better to act now"

Big-hearted Ibrahim Ali supports ISA for Bersih marchers: "Better to act now"Perkasa chief Ibrahim Ali, often blamed as the source and cause of many of Malaysia's racial problems, cheered news that the Najib administration might resort to using the draconian Internal Security Act to stop the Bersih 2.0 rally from taking place on July 9.
In fact, to the rabble rouser, the quicker the BN government arrests and detains fellow citizens under the ISA, the better. The ISA is dreaded because it allows for detention without trial for indefinite periods of time.
“Better to act now, though unpopular, but in the long term, the people will understand this is the price we have to pay for peace. Meaning, if need to arrest, then arrest,” Ibrahim Ali, who is also the MP for Pasir Mas, was reported as saying on Monday.
His comments drew an immediate slew of scoldings from his fellow parliamentarians.
"How does he know he won't the first one to be held under ISA. Actually, he should be the first for making his racist comments about May 13," Gopeng MP Lee Boon Chye told Malaysia Chronicle.

Kenaikan elaun hakim taktik Umno peralat institusi Kehakiman – Anwar

KUALA LUMPUR: Kenaikan emolumen hakim melibatkan individu tertentu membuktikan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mahu terus memperalat institusi mahkamah untuk kepentingan politik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEADILAN-Permatang Pauh).
Ketua Pembangkang itu pada sesi Dewan Rakyat mempersoal Pindaan Rang Undang-Undang Saraan Hakim yang memberi kepentingan untuk Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.
Jika benar kerajaan Umno BN mahu mengenang jasa Zaki, Anwar berkata, institusi kehakiman tidak harus dijadikan alat bagi mempertahankan pimpinan parti pemerintah.
“Tidak perlu guna Parlimen untuk pinda Perlembagaan (bagi memenuhi) hasrat satu orang sahaja,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Saraan Hakim di Dewan Rakyat, petang ini.
Beliau mempertikai badan kehakiman yang semakin terhakis kebebasannya terutama melibatkan individu tertentu sehingga tidak boleh diheret ke muka pengadilan walaupun jelas melakukan kesalahan.

Video : National laureate probed over 'seditious poem'

Polis Dan Kerajaan Perlu Patuh Dan Hormat Gesaan SUHAKAM


Hak rakyat untuk berhimpun – Suhakam

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengulangi pendiriannya ke atas perhimpunan Bersih, Pemuda Umno mahupun Perkasa yang akan diadakan serentak pada 9 Julai ini, sebagai hak orang ramai untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Menurut Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam (gambar), perkara itu termaktub di dalam perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Rosmah cakap: Aku Perdana Menteri, aku punya sukalah.. apasal korang dengki?

Kerajaan Rakyat


Aku ni kan perdana menteri, suka aku lah nak buat apa dengan duit negara aku ni. Apasal yang korang suka sangat dengki kat aku?.

Dulu Madey jadi Perdana Menteri... dia pun rebat billion-billion jugak...

Dollah jadi Perdana Menteri, dia tidur...  tapi menantu dia rembat billion-billion jugak.

Lani zaman aku lah pulak merembat billion-billion-billion sebab aku Perdana Menteri.. !!

Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak, barang dan kos sara hidup, kerajaan pula membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya.
Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air, lapor Harakahdaily.

Yahooo...!! BERSIH tak berganjak. Masih onn..


Yaahoo...!! The BERSIH rally will go on as schedule on 9th July.

Si penakut, pihak sebelah sana, siang-siang sudah kata takkan beri permit. Kata Ambiga, mampuih pi la dengan permit. Kalau dah tak mau bagi, BERSIH pun tak hingin nak mengemis. Lantak lu orang ler. BERSIH tetap BERSIH!! Bravo Ambiga!! [sini]

Selangor Sasar RM1.5 bilion Bajet 2012


SUBANG JAYA 27 JUN : Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan bajet kira- kira RM1.5 bilion untuk tahun 2012 dan dari jumlah itu sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk program- program kebajikan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, peruntukan untuk kebajikan itu tidak akan disalurkan begitu sahaja tetapi melalui benih dana untuk menggalakkan rakyat berdikari dan membina asas ekonomi yang kukuh, untuk manfaat jangka masa panjang.

"Matlamat kami adalah untuk merapatkan jurang pendapatan yang nampaknya semakin membesar di Malaysia. Pembangunan untuk golongan yang berada mesti diteruskan, tetapi kami bertekad penuh untuk memastikan bahawa golongan miskin tidak terus terperangkapdalam lingkaran miskin. 

Kakitangan Awam Jana Ekonomi Rakyat Selangor- Anwar

SUBANG JAYA 27 JUN : Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan negeri supaya melaksanakan tugas dengan penuh tatkelola yang baik dalam memastikan unjuran peningkatan ekonomi negeri dapat berlangsung baik.

Menurutnya, perbelanjaan kerajaan negeri perlu mengambilkira keupayaan menjana pendapatan agar hasil yang diperolehi dapat dinikmati semua pihak.

“Kita menyeru dan merayu rakan-rakan pimpinan dan para pegawai supaya ruang untuk mempertingkatkan kecekapan kita dapat diterjemahkan dengan kelulusan itu dibuat dengan cara secepat mungkin. Melengahkan pemberian khidmat itu, membebankan rakyat jelata,” katanya.

Video : Dakwa BERSIH Guling Kerajaan,Karbinet Najib Mula Gentar

Video : Police quiz Ambiga; Nurul Izzah, Sivarasa next

AMK: Hentikan intimidasi serta bebaskan semua tahanan politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam sekeras-kerasnya tindakan penangkapan ramai aktivis hak asasi manusia serta demokrasi sejak tiga hari yang lepas.  Penangkapan dan intimidasi polis telah bercanggah dengan prinsip perlembagaan persekutuan serta ciri-ciri sebuah negara hukum.  Malaysia telah menjadi sebuah negara polis yang menindas hak asasi manusia khasnya dari segi kebebasan bersuara, berkumpul serta berpersatuan.
Untuk mengelakkan rekod hak asasi manusia di Malaysia terus menjunam, maka polis perlu didedahkan kepada pendidikan hak asasi manusia serta belajar bagaimana untuk menghormati kebebasan semua rakyat.
Sejak tiga hari yang lepas, banyak penangkapan berlaku, malah aktivis BERSIH 2.0 telah dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar (gambar kanan), empat anggota AMK di Kapar, empat anggota AMK di Hulu Selangor, dua anggota AMK di Gombak, lapan aktivis BERSIH di Ampang, enam orang di Kluang, 30 orang di Pulau Pinang, tiga orang di Tanjung Malim dan lain-lain lagi.  Bilangannya lebih daripada 50 orang.

SUHAKAM: Hak untuk mengadakan perhimpunan aman mesti dilindungi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda UMNO dan PERKASA, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada Kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun, seperti yang terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967, dan mengesyorkan agar pihak Polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.
Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.  Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya.

*Kenyataan media oleh Hasmy Agam (gambar kiri) selaku Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Teks ucapan A. Samad Said pada malam pelancaran BERSIH 2.0

 "Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini.  Kita menghantar pesanan yang sangat waras.  Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.
Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi?  Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?  Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini.  Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.
Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah.  Maka itu, kita menjadi lebih berazam.  Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana.  Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.  Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.  Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.
Kita tidak begitu.  Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.  Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.

Utusan caught in another lie: Bersih denies Christian funding

Utusan caught in another lie: Bersih denies Christian funding Bersih organising chairman Ambiga Sreenevasan denied an Utusan Malaysia report that its funding for the planned July 9 Bersiih rally was obtained from overseas Christians groups, saying that donations came from Malaysians, including the Malaysian diaspora, which is also planning sister rallies in 8 cities around the world.
This is not the first time that the UMNO-owned Utusan has been caught out in a lie. Just a month ago, it created havoc by accusing the DAP and 8 Christian pastors of conspiring to overthrow the King, install a Christian prime minister and make Christianity the official religion of the country.
Its Christian-state report turned out to be false, motivated by the UMNO elite in a last-ditch bid to force PAS into a merger with the BN by creating hatred amongst the PAS grassroots for the DAP.

BN vs Bersih and the biggest joke in town

BN vs Bersih and the biggest joke in townDo you know what the biggest joke in town is? It is Khairy getting a death threat. Guess, who sent it? Now everyone is getting a death threat. If you join the rally there is also a threat of arrest. Police has announced that there are many ways to thwart the rally. Already, they have arrested a number of PSM supporters at the toll booth, who were expected to be in Penang for the road-show.
Fancy, the handsome Khairy, who is the darling of UMNO Youth getting a death threat. A ladies-man no doubt, who will expect the Wanita to swoon at his smile, and even men get a kick when he speaks about getting a death threat. But it is true, and he has lodged a police report.
Just days ago he has renewed his vow to carry on with the march, even though it was not endorsed by the Home Ministry, which got Hishammuddin foaming at the mouth. But this time, he has hinted albeit ever so slightly that UMNO Youth will infiltrate the Bersih march as supporters instead. What are his true intentions, no one knows. What a budak (youth) this one is, and can he be trusted?
But Bersih 2.0 welcomes everyone, whether friend or foe. The magic of Bersih 2.0 will transform everyone in the true spirit of cleanliness, fairness and democracy. Any one attending the march will be blessed in their effort to transform Malaysia into a democracy.

BERSIH 2.0 : Pak Samad Sedia Beri Keterangan Di Mahkamah


KUALA LUMPUR 27 JUN : Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said hari ini memberi keterangan dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 Seksyen 4 (1) dan Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Bagaimanapun A. Samad Said yang lebih mesra dipanggil sebagai Pak Samad kelihatan tenang sahaja dan menyatakan beliau bersedia memberi keterangan jika didakwa di Mahkamah kelak.

"Saya cuma diambil keterangan mengapa saya hadir membaca puisi di pelancaran Bersih 2.0 dan saya beri jawapan saya akan jelaskan bila dipanggil ke Mahkamah nanti. Saya tak kata apa-apa jadi sebarang kata-kata akan dijelaskan di mahkamah nanti, "kata beliau di hadapan wartawan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Video Kuantan anti-Lynas walk draws 1,000

Video : 'Since when are T-shirts deemed as waging war?'

BERSIH 2.0 Dan Tuntutan Murtad Dua Perkara Berbeza


SHAH ALAM 27 JUN : Tindakan media arus perdana mengaitkan peranan dan tugas Pengerusi BERSIH 2.0, Ambiga Sreenavasan sebelum ini, sebagai peguam yang mewakili kes murtad dengan himpunan aman BERSIH 2.0 sebagai sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak relevan sama sekali.

Ini kerana ia dua perkara yang amat berbeza, lantaran tugas mewakili anak guamnya Lina Joy yang memohon untuk murtad adalah bersangkut paut dengan syariah manakala tuntutan BERSIH 2.0 bertumpu pada desakan agar pilihan raya diadakan secara bersih dan adil.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata dua isu yang dibangkitkan saling tidak berkait. 

Tubuh boleh dipenjara - pemikiran tetap bebas

Saya sudah kurang keyakinan yang UMNO akan kembali seperti sediakala. Di dalam isu Bersih dan rally nya, saya bertambah kurang yakin yang UMNO mampu untuk menahan kemaraan bangkangan dari rakyat ramai. UMNO hanya mampu untuk berkumpul sesama penyokongnya dan berucap berapi-api dikalangan mereka sendiri. Retorik dan ucapan berapi-api oleh Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid dan lebih-lebih lagi dari Hishamudin hanya memberikan keyakinan kepada penyokong-penyokong yang sedia ada sahaja.

Orang ramai menerima teguran dan ucapan pemimpin kita ibarat angin lalu sahaja….masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dalam isu Bersih yang dipersoalkan secara keterlaluan oleh pihak yang berkuasa bukan sahaja tidak dapat menambah keyakinan rakyat tetapi yang jelas pihak yng duduk di atas pagar lebih mirip dan cenderung untuk memberikan sokongan kepada Bersih.


Menyokong perjuangan Bersih bukan salah dari segi undang-undang dan moral serta politiknya. Bersih adalah badan NGO yang memperjuangkan pengendalian pilihanraya dengan bersih dan adil dan Bersih tidak mewakili mana-mana parti politik. Bersih juga meminta UMNO menyokong mereka untuk mempastikan pelaksanaan pilihanraya itu berjalan dengan baik dan UMNO juga akan mendapat kebaikan jika pilihanraya berjalan secara adil.

Dakwa BERSIH Guling Kerajaan, Kabinet Najib Mula Gentar

KUALA LUMPUR 27 JUN : Bahang perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung 9 Julai nanti semakin dirasai oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hingga wujud tanggapan bahawa rakyat berhasrat menggulingkan kerajaan menerusi demostrasi jalanan.

Ini berikutan hampir 81 orang aktivis- aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang dilaporkan kini telah ditangkap dengan pelbagai alasan kurang munasabah.

Sehubungan dengan itu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak merasakan seolah-olah ditentang oleh rakyat walhal isu yang disuarakan semata- mata bersabit tuntutan perubahan dalam sistem demokrasi negara.  

Kita perlu mempersuci demokrasi, bukan keruhkannya- A Samad Said

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hairan apabila  dipanggil memberi keterangan oleh polis hanya kerana membaca puisi yang menyeru kepada demokrasi yang lebih baik.
Sasterawan yang lebih mesra dengan panggilan  Pak Samad itu berkata demikian selesai memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi  berhubung Perhimpunan Bersih, 9 Julai.
Beliau disoal siasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis kerana hadir dan membacakan puisi pada Pelancaran Bersih 2.0, 19 Jun lalu.
Ketika ditemui pemberita, Pak Samad berkata, beliau hadir pada majlis itu bukan dengan niat menghasut, sebaliknya dengan tujuan yang murni untuk demokrasi di negara ini

Bersih nafi NGO asing biaya himpunan 9 Julai

Ambiga Sreenevasan dan A Samad Said ditemu bual oleh wartawan selepas kedua-dua mereka disoal siasat oleh polis hari ini. – Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menafikan laporan Utusan Malaysia hari ini kononnya perhimpunan anjuran mereka pada 9 Julai ini dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan Kristian luar negara. Sebaliknya kata beliau, sumber kewangan bagi membiayai Himpunan Bersih 2.0 datang daripada rakyat Malaysia di dalam dan luar negara.
“Dana bagi perhimpunan datang daripada derma awam dan hasil jualan kemeja-T Bersih... saya tidak pernah mendengar kumpulan (asing) itu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi selepas disoal siasat oleh polis berhubung Himpunan Bersih 2.0 anjuran mereka, yang turut mencetuskan perhimpunan balas yang akan diadakan oleh Perkasa dan Pemuda Umno pada tarikh yang sama.

Pak Samad: Puisi sudah jadi 'senjata'

NONESasterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata.
Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."
"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.
"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.
"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.
Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Terjemah pesan juang Usman Awang dalam Bersih 2.0!

Oleh JAMAL AWWAL
Barangkali ada yang menganggap Sasterawan Negara ketiga, Usman Awang (1929–2001) sinonim dengan karya puisi “jiwa-jiwa” atau bernada lembut sahahttp://img.photobucket.com/albums/v616/mylias/People/usman2.jpga. Pengalaman penulis semasa di bangku sekolah rendah pada tahun 1991 juga sedemikian apabila amat terkesan dengan puisi beliau bertajuk Ke Makam Bonda yang dimuatkan dalam buku teks Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu?) KBSR ketika itu.


Seperti kebanyakan murid Darjah Empat yang lain, penulis tidak “kenal” siapa Usman Awang tetapi puisinya itu dibaca berulang-kali lantaran “disampuk” dengan keindahan makna puisi itu. Namun, dalam meniti usia penulis semakin sedar bahawa Usman Awang bukanlah penyair yang “cuma mencoret-coret sajak” (Kami Tetap Bekerja, 1950) sebaliknya karyanya sarat dengan pesan juang agar anak bangsanya memiliki jiwa yang bebas dan berani.

Najib and Rosmah spent a whopping RM17mil on overseas trips

Najib and Rosmah spent a whopping RM17mil on overseas trips Those who have suspected Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor of overspending on overseas trips must have felt vindicated when the government confirmed the couple spent a whopping RM17 million on their official overseas trips during the two-and-a-half year period from 2008 to mid-2011.
"The expenses have been on an increasing trend. For this year alone, it is already almost RM5 million. But what and how have the trips translated into benefits for the people. What trade and diplomate gains has the country received?" PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"In 2009, FDI plunged 81%. In 2010, we were far behind Singapore and could only pip Thailand and Thailand was hit by political turmoil. Were the trips justified or were they just super-luxury holidays."

NGOs rallying around Bersih banner

NGOs are solidly supporting July 9 peaceful assembly while condeming the government for abuse of power and the legal process.
KUALA LUMPUR: NGOs nationwide are banding together in support of Bersih’s upcoming march for clean and clear elections, set to take place on July 9.
The much-discussed march has been met with opposition from several sectors, including Prime Minister Najib Tun Razak who accused the organisers of attempting to “wrest back political momentum from the Barisan Nasional”, saying that the Bersih supporters are to be blamed if the march leads to chaos.
Also strindently opposing the rally are pro-Malay rights group Perkasa, led by firebrand Ibrahim Ali, and Umno Youth headed by Rembau MP Khairy Jamaluddin.

Hak rakyat untuk berhimpun – Suhakam

Perkara itu termaktub di dalam perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengulangi pendiriannya ke atas perhimpunan Bersih, Pemuda Umno mahupun Perkasa yang akan diadakan serentak pada 9 Julai ini, sebagai hak orang ramai untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.
Menurut Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam, perkara itu termaktub di dalam perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

PRU-13: Tiada dua pertiga di Perak

BN merupakan pihak yang menanggung risiko terbesar dalam PRU-13 nanti akibat daripada peristiwa yang dianggap PR sebagai rampasan kuasa yang tidak sah itu.
Setelah negara dilanda tsunami politik dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU-12) lalu, tidak mudah untuk mencongak percaturan pengundi negara ini dalam PRU-13 nanti lebih-lebih lagi bagi sebuah kerajaan negeri yang begitu cepat bertukar tangan seperti yang berlaku di Perak Darul Ridzuan.
Kejutan tsunami PRU-12 lalu tidak berhenti setakat itu sahaja, malah ia turut membawa kepada satu lagi kejutan; kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Perak kehilangan kuasa kepada Barisan Nasional (BN) setelah hanya 10 bulan berkuasa tentunya memberi kesan terhadap keputusan PRU-13 nanti.

Ibrahim Ali is bigger than Umno

If demonstrations are not allowed then the law must also work restrospectively against those who protested aggressively against Bersih and its chairman S Ambiga.

Umno is at sixes and sevens as to how to deal with Perkasa’s Ibrahim Ali.  He is now bigger than Umno, becoming the de facto voice of the Malays and an indictment on the current Umno leadership.
Umno has lost its Malayness and is seen as no longer capable of speaking for the Malay.
The more important Umno leaders simply don’t have the personal experience of what it means to be Malay.
Hence they can’t really empathize with the real Malay.
If Ibrahim is able to tap into the fears and anxieties, imagined or real of the Malays, it means the Umno leadership has failed to address them.

Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan yang disoal siasat oleh polis hari ini menegaskan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini akan diteruskan sebagaimana telah dirancang.
Bekas presiden Majlis Peguam itu (gambar) berkata pihaknya juga tidak akan memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan memandangkan Menteri Dalam Negeri dan polis berpendirian tegas bahawa tidak akan memberi kelulusan bagi tujuan itu.

Bohong, tidak masuk akal mahu hidupkan komunis

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan keras dakwaan kerajaan bahawa mereka mempunyai agenda untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM).
Setiausahanya, S. Arutchelvan berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar adalah tidak berasas dan tidak masuk akal serta satu pembohongan bermotifkan politik dan sandiwara pihak kerajaan.

Himpunan Bersih: Guna ISA jalan mudah

KUALA LUMPUR: Ancaman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap  penganjur Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai, merupakan jalan mudah menzalimi rakyat.
Presiden Gerakan Mansuh ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak menolak kemungkinan ISA diguna terhadap penganjur perhimpunan aman itu.
“Ini merupakan jalan mudah untuk menangkis apa-apa cabaran dan teguran politik mahupun yang menyentuh dasar dan polisi kerajaan,”
” Saya sama sekali tidak bersetuju jika perlaksanaan ini dilakukan dan sebaliknya menyarankan agar kerajaan dan pihak polis membenarkan perhimpunan ini berarak secara aman tanpa sebarang sekatan dan gangguan” tegasnya ketika dihubungi Keadilandaily.
Menurut Syed Ibrahim, banyak lagi opsyen yang boleh digunakan kerajaan selain ISA yang sememangnya zalim kerana membenarkan seseorang ditahan tanpa membela diri.

Bersih : Kerahan Tenaga Untuk Media Dayus Perdana

Kini seluruh jentera media arus perdana dikerah untuk menakutkan rakyat supaya tidak menyertai Perhimpunan Bersih 9 Julai untuk menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus. 

Media cetak, televisyen dan radio digerakkan untuk merakamkan “keresahan” peniaga mengenai kehilangan rezeki  yang menurut media akan mencecah jutaan ringgit. Bagaimana taksiran ini dibuat – Wallahu a‘lam. 

Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan, seorang peguam yang amat dihormati, kini dilabel oleh media sebagai tali barut pembangkang yang mahu menjatuhkan BN menerusi demostrasi jalanan. 

Bersih 2.0: Suhakam mahu Putrajaya benar himpunan aman 9 Julai

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.
“Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.
Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh dan masa yang sama.

Tangkapan menjelang perhimpunan BERSIH cecah 81

Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH 2.0 berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai, polis melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.

Suasana tegang bila polis hadir program Bersih

Exco Pembangunan Usahawan Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari berkata, kehadiran pihak polis telah menimbulkan rasa kurang selesa kepada para pengunjung.
PETALING JAYA: Seorang exco kerajaan negeri Selangor mendakwa kehadiran anggota polis di Uptown Shah Alam semalam telah menukar suasana kemeriahan majlis promosi kempen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menjadi tegang.
Exco Pembangunan Usahawan Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari berkata, kehadiran pihak polis telah menimbulkan rasa kurang selesa kepada para pengunjung.
“Keadaan menjadi lebih meruncing apabila pihak polis membuat sekatan jalan raya yang menyebabkan kesesakan yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tak masuk akal pakai baju Bersih nak guling Agong

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Pemuda PAS Pusat menyifatkan dakwaan yang mengatakan bahawa aktivis PSM mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong adalah sangat melucukan.
“Bagaimana mereka boleh memerangi Yang di-Pertuan Agong hanya dengan menaiki bas tanpa senjata dan bergerak secara terbuka di tempat awam.
“Sangat tidak masuk akal dengan persiapan membawa baju, risalah, bendera dan pembesar suara sahaja boleh menggulingkan Yang di-Pertuan Agong,” kata Pengerusi  Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, jika usaha seumpama itu boleh mengulingkan Yang di-Pertuan Agong maka tahap keselamatan negara kita adalah sangat lemah.

Reinforcing the case for Bersih’s march

Reading the independent and scholarly work on Malaysian elections should lead most in the country to conclude that the Bersih march has good reason to go ahead.

Many Malaysians may be unaware of the considerable research work by social scientists – both local and foreign – that have unequivocally concluded that the country’s record on free and fair elections has been abysmal.
Analysis of this remarkable record of trickery, manipulation and gerrymandering by first the Alliance, followed by Barisan Nasional (BN), goes back for more than 50 years – in fact soon after the country received its independence.
Dishonest election conduct takes the following main forms:

Kawal baju yang dipakai rakyat bukti ketakutan melampau BN- AMK

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) kecewa dengan kerakusan Barisan Nasional (BN) menggunakan institusi keselamatan negara seperti polis untuk menghalang perhimpunan Bersih 9 Julai ini.
Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli berkata, BN kini sangat takut kepada kebangkitan rakyat sehingga baju yang dipakai oleh rakyat sendiri perlu dikawal parti pemerintah itu.
“Ketakutan melampau Barisan Nasional ini membuatkan mereka ingin mengawal segalanya baik dari gerakan politik, cara berfikir, cara hidup, hinggalah warna baju yang dipakai harus selaras dengan kehendak UMNO-Barisan Nasional,” ujarnya dalam satu kenyataan.
AMK katanya membantah tindakan polis menahan dan menyoal siasat mantan ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Zainuddin di Shah Alam, bersama beberapa anggota AMK lain, Jumaat lalu.

PSM: Dakwaan mahu hidupkan komunis alasan Putrajaya mahu guna ISA

Arulcheltvan memberi penerangan kepada media sewaktu sidang media hari ini. — Foto Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 27 Jun — Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa Putrajaya secara semberono mengaitkan parti itu dengan usaha menghidupkan fahaman komunis sambil menegaskan ia salah satu alasan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). “Usaha terdesak polis untuk membawa alasan komunis zaman Perang Dingin satu cara oleh Umno-BN untuk kekal berkuasa dengan menakut-nakutkan orang ramai dan menjustifikasikan tindakan menggunakan ISA,” kata Setiausaha Agungnya S. Arutchelvan di sini hari ini.
Arutchelvan mengecam tahanan aktivis PSM kelmarin sambil mendakwa ia usaha awal sebelum membawa kepada penahanan lebih ramai orang menjelang Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.

SCKLM: Antara peserta yang berlari untuk BERSIH...

"Saya nak buktikan, jikalau pihak polis boleh menutup jalan di Kuala Lumpur untuk mengadakan Marathon, mengapa tidak untuk perhimpunan BERSIH?  Walaupun dijangka 50 ribu akan hadir untuk himpunan BERSIH, satu kali ganda lebih daripada 22 ribu yang hadir hari ini.  Tetapi dengan tempoh persiapan yang mencukupi, mengapa tidak?"
Demikianlah luahan Ong Kian Ming, penganalisa politik tanahair, yang menyertai "Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2011" (SCKLM) dengan pakaian kuning, tidak segan silu untuk menunjukkan pendiriannya terhadap Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (BERSIH 2.0).

BERSIH: Pembuka Jalan Politik Baru

Perhimpunan BERSIH 2.0 telah mengundang berbagai tindak balas dari penyokong Barisan Nasional. Dari respon yang kurang bijak persatuan-persatuan peniaga pro-BN yang menyatakan bangkangan mereka di atas alasan terjejasnya perniagaan; kepada yang paling ekstrim dalam bentuk ancaman membunuh Pengerusi BERSIH, Dato’ Ambiga. Walau apa sekali pun respon dan alasan di sebaliknya, kesemuanya bertujuan untuk menghalang berlakunya himpunan ini. Respon dan tindak balas sebegini merupakan bukti betapa BN amat gentar dengan himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Mereka khuatir kerana perhimpunan ini merupakan pembuka jalan kepada era politik baru dan penamat kepada politik kotor yang berpaksikan fitnah pimpinan BN.

Hakikatnya, rakyat semua mengetahui betapa Pilihan Raya yang dianjurkan selama ini adalah tidak adil, berat sebelah dan diurus dengan tujuan untuk memenangkan BN. Pilihan Raya dan kebebasan bersuara yang dibenarkan sekadar untuk memberikan persepsi adanya demokrasi, tetapi tahapnya dikawal supaya tidak menjejas kedudukan BN. Dalam keadaan begitu sekalipun BN telah dapat dikalahkan di beberapa Negeri pada tahun 2008. Sekiranya Pilihan Raya pada ketika itu diadakan secara bebas dan bersih, dengan diberi semua pihak akses kepada media perdana, tiadanya undi pos dan lain-lain seperti terkandung dalam tuntutan BERSIH (1), insyaAllah sudah pasti BN akan dapat dikalahkan diperingkat Kebangsaan juga.

Soal siasat Pak Samad, karyawan perlu bangkit- Zunar

KUALA LUMPUR: Kartunis Politik, Zulkifli Anwar Ul Haque atau lebih popular dengan panggilan Zunar, menyeru karyawan supaya bangkit menyatakan pendirian mereka dan mendepani isu yang menyentuh kepentingan rakyat terbanyak.
Zunar mengulas tindakan polis memanggil Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berhubung kehadiran dan ucapannya pada majlis pelancaran Bersih 2.0 di ibu negara 19 Jun lalu.
Sasterawan rakyat itu dipanggil untuk disoal siasat pada jam 2.30 petang di Balai Polis Dang Wangi.
“Saya menyeru karyawan-karyawan di Malaysia; penulis, penyajak, penyanyi, pelakon, pelukis, pengarah filem, pencipta lagu, penggiat teater dan sebagainya supaya bangkit dari lena yang panjang dan mengikuti jejak langkah A Samad,”
“Karyawan yang bertanggungjawab adalah golongan yang paling dekat dengan rakyat. Karyawan mesti marasai degup jantung rakyat dan mendepani isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat,” tegas Zunar dalam satu kenyataan media hari ini.

Soal siasat A Samad Said, intimidasi polis takutkan rakyat- peguam

KUALA LUMPUR : Tindakan polis memanggil Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk memberi keterangan berhubung Himpunan Bersih 9 Julai ini, merupakan satu bentuk intimidasi dan bertujuan menakutkan rakyat.
Peguam yang mewakili beliau, Fadiah Nadwa Fitri berkata demikian mengulas tindakan polis menyoal siasat Pak Samad berhubung kehadirannya pada pelancaran Bersih 2.0, 19 Jun lalu.
Menurut Fadiah, pada majlis tersebut A Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan pak samad antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul Unggun Bersih.

Kenapa takut sangat kepada Bersih

KUALA LUMPUR, 27 Jun: "Kalau pilihan raya bersih, tidak perlu cabar untuk kami menyertai pilihan raya tetapi soalannya sekarang adalah pilihan raya tidak bersih," kata Setiausaha Agung Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSM), S Aruchelvan.

Dua hari lepas beliau bersama Presiden PSM, Dr Jeyakumar Devaraj serta 30 lagi penyokong mereka ditahan polis atas tuduhan cuba menghidupkan perjuangan parti komunis yang diharamkan.
(Aru [berbaju merah] melihat surat yang dikeluarkan oleh polis kepada beliau)

BERSIH 2.0: A Samad Said, Ambiga disiasat

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said merupakan antara yang dipanggil bagi memberi keterangan kepada polis hari ini, dipercayai berhubung ucapannya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.
"Saya pun tak tahulah, tengok sajalah," kata A Samad ketika ditanya berhubung siasatan yang dijalankan ke atasnya itu.
Tambahnya, siasatan itu "mungkin" dijalankan berhubung ucapannya di majlis berkenaan.
Selain menyampaikan ucapan ringkas, A Samad turut membacakan puis berjudul Unggun Bersih pada majlis berkenaan.

Perangai Setan.............!!!!!!!!!!!!

Propaganda dan tuduhan puak2 Iblis umPORno/beEnd terhadap Perhimpunan Bersih..;

1. Dikuasai puak Hindu anti Islam

2. Dikuasai puak yang mahu murtadkan umat Islam.

3. Menakut-nakutkan Pelancong.

Bersih: Tindakan A Samad Said terhormat, dipuji

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Tindakan Datuk A Samad Said (gambar) hadir pada majlis Bersih adalah satu tindakan terhormat oleh seorang yang bergelar Sasterawan Negara dan ia wajar dipuji, kata kartunis, Zunar.
A Samad Said dipanggil untuk disoal siasat oleh polis di Balai Dang Wangi pada jam 2.30 petang, hari ini.
Ini berikutan kehadiran beliau di majlis pelancaran Bersih pada 20 Jun lepas di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.
Menurut Zunar, kehadiran A Samad pada pelancaran itu adalah untuk bersama-sama rakyat menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih. (Gambar kanan)
Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.
Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.
Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.
Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

Program 100 hari Pakatan Rakyat mufliskan negara?

Antara tawaran Program 100 Hari Pakatan rakyat yang agak kontroversi adalah membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. Apa maksudnya dan bagaimana ia boleh dilaksanakan?
Felda kini sudah tidak ubah seperti syarikat-syarikat perladangan yang lain. Felda Plantations itu hanyalah sebuah syarikat perladangan, mereka ambil tanah, bawa masuk hingga 60 peratus ekerja asing dan ia diusahakan secara ladang komersil, bukan secara tanah persekutuan dan untungnya tak sampai kepada peneroka walau pun mereka kata keuntungan itu akan diagih-agihkan. Ini yang jadi kemarahan dan kemelut generasi kedua dan ketiga Felda.

Mansuh Felda Plantations, peneroka kaut untung

KUALA LUMPUR, 27 JUN – Mengapa Pakatan Rakyat mahu memansuhkan Felda Plantations?
“Felda Plantations berpusing-pusing mencari tanah di seluruh Malaysia terutamanya di Sabah dengan menggunakan nama Felda. Bila dapat tanah beribu-ribu ekar, mereka tidak guna sebagai rancangan tanah persekutuan, sebaliknya dijadikan tanah perladangan swasta biasa.
“Felda Plantations sebagai syarikat telah membeli tanah, memasukkan 60 peratus pekerja asing dan tanah itu diusahakan secara ladang biasa. (Felda Plantations mempunyai 87,000 hektar tanah di Sabah).

Bersih uji imej Najib dan sokongan untuk pembangkang

Perhimpunan besar-besaran Bersih pertama pada 2007 telah menjejaskan dengan teruk imej kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Liputan media dalam dan luar negara yang meluas telah meletakkan kerajaan pada masa itu dalam keadaan defensif, terutama dengan munculnya rakaman-rakaman tindakan keras pihak berkuasa terhadap peserta demonstrasi.

Media antarabangsa dari Australia ke Amerika Syarikat membuat liputan yang memalukan kepada kerajaan Abdullah.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai pemimpin gerakan itu menyaksikan peningkatan imej ekoran kejayaan himpunan besar-besaran itu.

Kali ini, Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak sekali lagi berdepan ujian imej yang besar, pada masa sama isu seperti kapal selam Perancis dan hal berkaitan turut mendapat liputan media antarabangsa.